tugasan penyeliaan

12
PENGURUSAN PENYELIAAN : ANTARA TEORI DAN AMALAN DI SEKOLAH PERLU ANJAKAN PARADIGMA. OLEH : Shidan Bin Ramli SMK Tinggi Batu Pahat, Johor. & Rashidah Bt Hj Harun SMK Penghulu Saad, Pt. Sulong, Batu Pahat. 1. RASIONAL Berdasarkan Pekeliling Bilangan :3/1987 KP(BS) 8591/JLD.1,1977 bertarikh 11 Nov 1987 menyatakan; “ Mengarahkan Guru Besar/Pengetua melaksanakan penyeliaan pengajaran-pemelajaran secara rapi dan sistematik untuk memastikan kejayaan pelaksanaan kurikulum di sekolah” Sebagai ulasan dapat dikatakan bahawa Pengetua perlu menjalankan penyeliaan terhadap guru-guru di sekolah bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan baik dan lancar. Ini secara langsung menjadi titik- tolak ke arah peningkatan pencapaian pelajar dalam akademik, seterusnya memastikan kecemerlangan sekolah. 2. DEFINISI Terdapat berbagai definisi yang menghuraikan berkaitan penyeliaan. Antaranya oleh Glatthorn (1984) mengatakan; “a process designed to improve instruction by conferring with the teacher on lesson

Upload: akusait

Post on 29-Nov-2015

38 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

seliaan

TRANSCRIPT

Page 1: TUGASAN PENYELIAAN

PENGURUSAN PENYELIAAN : ANTARA TEORI DAN AMALAN DI SEKOLAH PERLU ANJAKAN

PARADIGMA.

OLEH :

Shidan Bin RamliSMK Tinggi Batu Pahat, Johor.

&

Rashidah Bt Hj HarunSMK Penghulu Saad, Pt. Sulong, Batu Pahat.

1. RASIONAL Berdasarkan Pekeliling Bilangan :3/1987 KP(BS) 8591/JLD.1,1977 bertarikh 11 Nov 1987 menyatakan;

“ Mengarahkan Guru Besar/Pengetua melaksanakan penyeliaan pengajaran-pemelajaran secara rapi dan sistematik untuk memastikan kejayaan pelaksanaan kurikulum di sekolah”

Sebagai ulasan dapat dikatakan bahawa Pengetua perlu menjalankan penyeliaan terhadap guru-guru di sekolah bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan baik dan lancar. Ini secara langsung menjadi titik-tolak ke arah peningkatan pencapaian pelajar dalam akademik, seterusnya memastikan kecemerlangan sekolah.

2. DEFINISI

Terdapat berbagai definisi yang menghuraikan berkaitan penyeliaan. Antaranya oleh Glatthorn (1984) mengatakan; “a process designed to improve instruction by conferring with the teacher on lesson planning, observation the lesson, analyzing the observation data, and giving the teacher feedback about the observation”

Oleh itu, dapat dikatakan bahawa dalam konteks sekolah, penyeliaan bermaksud menyelia proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah/kelas iaitu dengan memfokus kepada penyeliaan kurikulum operasi. Sementara Ben Harris (1985), berpendapat; “ Penyeliaan ialah apa-apa yang dibuat oleh kakitangan sekolah terhadap manusia dan benda yang terdapat di dalamnya bagi mengekal atau mengubah perjalanan untuk mempengaruhi secara langsung pencapaian matlamat pengajaran dan

Page 2: TUGASAN PENYELIAAN

pembelajarannya”

Kesimpulannya, dapat dikatakan bahawa penyeliaan berkaitan secara langsung dengan pengajaran dan pembelajaran walau dari sudut mana sekalipun dilihat. Justeru itu, guru-guru perlu menerima hakikat bahawa proses penyeliaan pengajaran dan pembelajaran tidak boleh dipisahkan. Penyeliaan perlu dilihat dari sudut positif bukan sebaliknya.

3. OBJEKTIF PENYELIAAN

Secara khusus pula penyeliaan ke arah:i. Menghasilkan kaedah yang lebih baik untuk pengajaran dan pembelajaran.ii. Menimbulkan iklim fizikal, sosial dan psikologikal yang lebih sesuai untuk

pengajaran dan pembelajaran.iii. Menghasilkan penyusunan secara bersepadu segala usaha dan bahan bagi

menentukan kesinambungan pengajaran dan pembelajaran.iv. Mewujudkan kerjasama semua staf dalam mengatasi masalah pengajaran.

4. MODEL-MODEL PENYELIAAN

Model penyeliaan klinikal yang digunakan oleh Goldhammer (1969) ialah satu metodologi penyeliaan yang menekankan pertalian usahasama di antara penyelia dengan yang diselia. Model tersebut mempunyai 5 peringkat iaitu:

i. Konferensi pra pemerhatianii. Menyelia pengajaran dalam kelasiii. Membuat analisis data cerapaniv. Konferensi penyeliaan (antara penyelia dengan guru)v. Analisis post-konferens

Berikut dibincangkan secara ringkas bagi setiap peringkat. Peringkat 1 : Konferensi pra pemerhatian Pengetua mendapat maklumat mengenai objektif pelajaran, prosedur pengajaran dan kriteria penilaian guru; membuat kontrak antara pengetua dengan guru berkenaan yang hendak maklum balas; dan menubuhkan rancangan spesifik bagi menjalankan pemerhatian seperti had masa, instrumen dan lain-lainnya.

Peringkat 2 : Menyelia pengajaran dalam kelas Pengetua mencerap pengajaran seperti yang telah dirancangkan dalam konferen pra pemerhatian.

Peringkat 3: Membuat analisis dan cerapan Pengetua mentafsir pelajaran yang hendak dicerap, menimbangkan implikasi penyeliaan dan mengembangkan strategi untuk membantu guru ke arah pengajaran yang lebih berkesan.

Page 3: TUGASAN PENYELIAAN

Peringkat 4 : Konferensi penyeliaan Pengetua membekalkan maklum balas dan dasar untuk menambahbaik pengajaran yang akan datang, dengan mentakrif dan mengesah isu-isu pengajaran, menghulur bantuan didaktik jika perlu dan memberi latihan teknik penyeliaan kendiri kepada guru.

Peringkat 5: Analisis post-konferens Pengetua mentafsir konferen dari segi tujuan pengajaran, kriteria penyeliaan dan nilai konferen kepada guru. Guru yang kurang mahir boleh diberi aktiviti atau kursus dalam perkhidmatan. Oleh itu, saya berpendapat model ini menekankan dalam aspek hubungan antara penyelia dengan guru yang diselia. Perbincangan awal untuk menentukan halatuju penyeliaan dalam pengajaran oleh guru perlu dilakukan terlebih dahulu oleh pengetua bagi mendapat maklumat awal mengenai kebolehan, keterampilan dan ilmu yang ada pada seseorang guru.

Mengikut Cogan (1973) berpendapat “Penyeliaan klinikal amat berguna untuk memperbaiki prestasi guru dalam bilik darjah”.

Ini kerana terdapat beberapa unsur dalam penyeliaan klinikal seperti lawatan ke bilik darjah, aspek yang khusus, sistematik, berkomunikasi sebagai rakan profesional, guru mengenalpasti masalah dan penyelia memberi syor.

5. PERANAN & TUGAS PENYELIA

Bagi memastikan bahawa proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan secara lancar di sekolah, pengetua bertanggungjawab melakukan penyeliaan. Penyeliaan mesti mempunyai beberapa syarat mutlak. Antaranya;

i. Mengenai dasar pengetahuan. Pengetua perlu memahami pengecualian yang bertentangan dengan norma; iaitu “ Apakah yang guru dan sekolah boleh dijadikan” bertentangan dengan “Apakah guru dan sekolah yang tipikal” (What teachers and school can be vs. What teachers and school typically are). Pengetua perlu memahami bagaimana pengetahuan orang dewasa dan guru berkembang dan juga amalan alternatif yang boleh mengubah norma sederhana yang wujud di sekolah tipikal.

ii. Mengenai dasar kemahiran interpersonal. Pengetua mesti mengenal pasti bagaimana tingkahlaku interpersonalnya mempengaruhi guru secara individu dan kumpulan. Seterusnya, mengkaji jenis tingkah laku interpersonal yang boleh digunakan untuk meningkatkan perhubungan yang lebih positif dan berorientasikan perubahan.

Page 4: TUGASAN PENYELIAAN

iii. Penyelia mesti mempunyai kemahiran teknik untuk mencerap, merancang, mentaksir dan menilai bagi tujuan penambahbaikan pengajaran.

6. LANGKAH-LANGKAH PENYELIAAN

Terdapat beberapa langkah dalam proses penyeliaan yang boleh dihuraikan seperti berikut;

6.1 Menetapkan kontrak penyeliaan dasar umum mengenai penyeliaan. Ini merujuk kepada penjelasan dan persetujuan mengenai falsafah, tujuan, proses, prosedur, jadual, fokus, matlamat dan maklumbalas, aktiviti susulan dan lain-lain.

6.2 Persediaan guru dan sokongan pengetua. Ini merujuk kepada objektif pelajaran, teknik penyampaian, penilaian, keperluan resos, keperluan kepakaran, percubaan, pengendalian dan khidmat sokongan pengetua.

6.3 Perbincangan pra-pemerhatian dengan guru melibatkan aspek sokongan moral, menyemak persediaan guru dan ringkasan mengajar, mengulang kaji proses prosedur pemerhatian serta objektif dan strategi pembelajaran, mengeratkan hubungan profesional, menyelaras kemasukan ke kelas berkenaan.

6.4 Pemerhatian dalam bilik darjah. Ini melibatkan proses prosedur masuk dan keluar kelas, prinsip pemerhatian, tingkahlaku semasa memerhati, teknik merekod data, instrumen pemerhatian berfokus.

6.5 Kaunseling selepas pemerhatian. Ini melibatkan aspek menganalisis data, pilihan masa dan tempat perjumpaan, prinsip dan peraturan dalam sesi kaunseling, perbincangan berasaskan data, maklumbalas berfokus, mencari alternatif, penetapan tindakan susulan.

6.6 Tindakan susulan seperti mengajar semula, latihan pengajaran mikro, rujukan, refleksi, latihtubi, demontrasi dan lain-lain. Latihan penyeliaan berakhir apabila guru telah memperbaiki, meneguhkan atau menghalusi kemahiran mengajarnya.

7. AMALAN DI SEKOLAH

Penyeliaan merupakan satu aspek pentadbiran sekolah. Pelaksanaan proses penyeliaan sentiasa dipandang negatif oleh sebilangan guru dan kedatangan penyelia ke kelas disambut dengan perasaan yang serba salah. Ini berikutan di sekolah proses pelaksanaan penyeliaan tidak dilakukan sebagaimana yang dibincangkan pada bahagian 5 iaitu langkah-langkah penyeliaan. Terdapat beberapa perkara negatif di sekolah yang menjadi amalan sewaktu melakukan penyeliaan. Antaranya;

a. Tiada perbincangan antara penyelia dan guru yang diselia diadakan terlebih dahulu.

b. Penyeliaan yang sama dilakukan kepada semua guru yang berbeza kategori (DG3 & DG6) dan tahap pelajar yang berbeza ( berpencapaian tinggi dan rendah).

c. Penyeliaan dibuat untuk mencari kelemahan guru semata-mata, terutama kepada golongan guru yang dianggap bermasalah.

Page 5: TUGASAN PENYELIAAN

d. Tiada jadual perancangan yang teliti dan disebarkan.e. Merupakan rutin bagi memenuhi kehendak PPD atau JPN.f. Pendedahan tentang proses penyeliaan sebenar kepada semua guru tidak pernah

dilakukan sama ada dalam mesyuarat atau taklimat.g. Penyeliaan mengganggu tumpuan pengajaran guru di dalam kelas.h. Guru-guru boleh melabelkan penyelia yang baik atau sebaliknya (Pengetua,

GPK, Guru Bidang dan Penyelia Petang). i. Tiada maklumbalas dibuat antara penyelia dan guru yang diselia.

Kesimpulannya, boleh dikatakan bahawa dalam keadaan sebenar penyeliaan itu mendatangkan masalah atau kesan negatif kepada guru-guru. Oleh itu, penjelasan tentang proses penyeliaan MESTI dilakukan oleh pentadbir sekolah supaya guru-guru memahami objektif proses penyeliaan yang dijalankan di sekolah.

8. ANJAKAN PARADIGMA DALAM PENYELIAAN

Perkembangan proses penyeliaan dalam sistem sekolah di Malaysia berlaku dengan pesat, menyebabkan pengetua-pengetua sekolah dibebani dengan tugas-tugas dan tanggungjawab tambahan sehingga “terlupa” terhadap tugas penyeliaan yang penting untuk menentukan keberkesanan sekolah. Oleh itu, tugas penyeliaan bukan sahaja dipikul pengetua seorang diri sebaliknya dibantu oleh Penolong Kanan, Penyelia Petang dan Guru Kanan Mata Pelajaran. Tambahan pula, dicadangkan terdapat sekolah meminta guru ketua panitia mata pelajaran melakukan penyeliaan terhadap guru-guru. Jawatankuasa penyeliaan ini hendaklah bermesyuarat untuk menentukan standard yang digunapakai semasa proses penyeliaan nanti. Keputusan akhir penyeliaan hendaklah diumumkan agar satu keputusan bersama dapat dicapai tentang kekuatan dan kelemahan hasil penyeliaan. Satu laporan khusus hendaklah dikemukakan kepada pihak pengurusan sekolah untuk penilaian semasa. Seterusnya, proses penyeliaan haruslah membawa perubahan positif atau pembangunan diri dan profesional serta pembaharuan diri guru untuk meningkatkan mutu pengajarannya, akhirnya pembelajaran pelajar-pelajar. Ini berikutan terdapat pandangan negatif terhadap penyeliaan, yang perlu diberi perhatian kerana pandangan sedemikian secara langsung bertentangan dengan peranan pengetua sebagai pemimpin pengajaran dan juga berlaku kemerosotan terhadap kualiti pengajaran di sekolah. Sebenarnya, pandangan negatif tersebut perlu dianggap penting supaya penyeliaan pengajaran lebih diperlukan lagi berbanding pada masa dahulu. Penyeliaan merupakan suatu proses penambahbaikan ilmu kepada penyelia dan guru yang diselia. Hakikat ini boleh dijelaskan bahawa tiada aspek yang sempurna dalam diri manusia, justeru itu proses pembelajaran berlaku berterusan dalam diri manusia sama ada secara langsung atau tidak langsung; sama ada disedari atau sebaliknya. Selain itu, melalui penyeliaan guru dapat dibimbing dan dibantu ke arah perubahan atau anjakan paradigma dalam proses peningkatan mutu pengajarannya. Guru yang tidak pernah diawasi pengajarannya selepas mengikuti latihan perguruan sama ada di maktab atau universiti mungkin terus melakukan kesilapan-kesilapan tanpa menyedarinya dan apabila kebiasaan terbentuk akan sukar untuk menimbulkan perubahan walaupun

Page 6: TUGASAN PENYELIAAN

perubahan diperlukan. Hal ini boleh diandaikan bahawa antara teori dan amalan sebenar terdapat perbezaan ketara. Walaupun terdapat halangan, penyeliaan boleh mencapai matlamat dan objektifnya jika penyelia bersikap profesional dalam beberapa aspek. Antaranya; Menyedari tanggungjawab. Tugas utama seorang penyelia ialah mempertingkatkan

mutu pengajaran guru dalam kelas supaya pendidikan yang diberi menjadi lebih berkesan dan berupaya membantu pelajar mencapai kecemerlangan dalam semua aspek sama ada rohani, jasmani, emosi atau intelek.

Mempunyai kepakaran dalam pengajaran. Seseorang penyelia mesti tahu tentang sains dan seni pengajaran berkesan yang boleh dimanfaatkan oleh guru di kelas.

Sedia bekerjasama dengan guru dalam kelas. Penyelia mesti sanggup membantu guru memahami dengan lebih mendalam tentang pengajaran; membina dan mengaplikasikan kepakarannya; membantu guru dalam penyampaian kurikulum selaras dengan kehendak dasarnya; dan mengenalpasti masalah pengajaran dan bertindak menyelesaikannya.

9. KESIMPULAN

Oleh itu, dapat dibuat kesimpulan bahawa dalam melaksanakan proses penyeliaan perlu melalui etika atau prinsip sebenar. Disenaraikan beberapa etika dalam penyeliaan;

Prinsip kebaikan – berkhidmat untuk kebaikan maksima. Prinsip tidak menganiaya. Prinsip hormat-menghormati Prinsip keadilan Prinsip menerima seseorang sebagai unik Prinsip kerahsiaan – tidak melanggar kerahsiaan Prinsip pembangunan diri

Selain itu, pengetua merupakan penyelia utama di sekolah dan menyedari dimensi tanggungjawabnya luas dan kebanyakannya bertindih dengan tanggungjawab sebagai pengurus. Antara dimensi-dimensi tersebut ialah:

1. Dimensi Pengurusan Menentukan matlamat sekolah Membuat polisi dan piawai prestasi Membuat perancangan jangka panjang Menyediakan sumber Membuat pengelolaan untuk pengajaran

2. Dimensi Kurikulum Menentukan objektif kurikulum Membina program kurikulum Mengkaji dan menyemak program kurikulum Mengadakan orientasi untuk guru

Page 7: TUGASAN PENYELIAAN

3. Dimensi Pengajaran Membina rancangan pengajaran Menilai rancangan pengajaran Menyediakan sumber pengajaran Menasihati dan membantu guru Mengadakan kursus dalaman

Penyeliaan pendidikan bermakna memberi pimpinan kepada para guru untuk berkembang, meningkat dan mencapai kesempurnaan dalam tugas mereka. Oleh itu, pengetua harus bijak menggunakan kebolehan dan potensi yang ada pada guru untuk sampai kepada tahap yang maksimum. Melalui penyeliaan, pengetua akan berhadapan dengan pelbagai situasi positif atau negatif. Namun, tindakan susulan mestilah berupa bimbingan dan nasihat supaya guru-guru di bawah pimpinannya meningkatkan mutu perkhidmatan dan menghapuskan semua halangan yang wujud. Hakikatnya, tiada guru yang tidak mahu perubahan dan berjaya; semuanya berusaha ke arah kejayaan kendiri dan profesional. Justeru, penyeliaan hendaklah dilakukan dari semasa ke semasa dengan mendapat kerjasama daripada semua pihak. Anjakan paradigma dalam proses penyeliaan di sekolah harus dilakukan secara bersungguh-sungguh dan berterusan. Dengan itu, objektif mewujudkan iklim persekolahan yang kondusif sama ada di kalangan guru-guru, pentadbir dan para pelajar dapat dilaksanakan secara berkesan.

Page 8: TUGASAN PENYELIAAN

Bibliografi.

1. Abdul Rahman Aroff & Zakaria Kasa (1987). Falsafah & Konsep Pendidikan. Fajar Bakti, Petaling Jaya.

2. Abdul Shukor Abdullah (1991). Pengurusan Organisasi, Perspektif, Pemikiran & Teori. Dewan Bahasa & Pustaka, Kuala Lumpur.

3. Abu Zahari Abu Bakar (1988). Memahami Psikologi Pembelajaran. Fajar Bakti, Petaling Jaya.

4. Ibrahim Mamat (1998). Kepemimpinan Sekolah : Teori Untuk Praktis. Kumpulan Budiman Sdn Bhd. Kuala Lumpur.

5. Thomas J. Sergiovanni & Robert J. Starratt (1998). Supervision A Redefinition (Sixth Edition). Mcgraw-Hill Companies, United States of America.

6. Wan Zahid Wan Nordin (1993). Wawasan Pendidikan : Agenda Pengisian. Nurin Enterprise. Kuala Lumpur.

Page 9: TUGASAN PENYELIAAN