tugasan pent kewangan

Upload: sangkaran-karan

Post on 02-Jun-2018

329 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

  • 8/10/2019 Tugasan Pent Kewangan

    1/23

  • 8/10/2019 Tugasan Pent Kewangan

    2/23

    GMGF 2023 PENTADBIRAN KEWANGAN

    2 210815

    bakal terjadi pada masa hadapan. Dalam erti kata lain, organisasi yang tidak

    mempunyai belanjawan:

    tidak mempunyai hala tuju yang jelas;

    tidak dapat meramalkan sebarang masalah yang bakal menimpa terlebih

    awal;

    sukar menganalisis keputusan yang dicapai oleh organisasi kerana tidak ada

    alat pengukur yang jelas; dan

    tidak dapat melaksanakan pengukuran prestasi yang objektif.

    Belanjawan yang telah disiapkan oleh pihak pengurusan akan dihebahkan kepada

    ahli organisasi yang lain. Belanjawan tersebut dijadikan panduan dalam merancang

    dan melaksana aktiviti agar dapat mencapai sasaran seperti yang telah ditetapkan.

    Di samping itu, seseorang pengurus itu juga dapat mengetahui perancangan yang

    telah dibuat oleh pengurus bahagian lain. Dengan itu,pengurus tersebut dapat

    merancang tindakan yang selari bagi mencapai matlamat organisasi secara

    keseluruhannya. Sebagai contoh, apabila pengurus pengeluaran mendapat

    maklumat yang tepat tentang perancangan jualan yang telah dibuat oleh pengurus

    jualan, maka beliau dapat merancang tahap pengeluaran yang dapat memenuhi

    kehendak bahagian pemasaran.Dalam erti kata lain, proses koordinasi dan integrasi

    dalam organisasi lebih mudah dilaksanakan dengan adanya belanjawan. Pendek

    kata, belanjawan menjadi alat komunikasi antara beberapa pihak dalam

    organisasi belanjawan juga digunakan sebagai alat pengagihan sumber.Ini adalah

    kerana sumber yang terhad memaksa syarikat mengagih dan mengguna sumber

    tersebut secara efektif. Syarikat yang tidak mempunyai belanjawan sering kali gagal

    mengagihkan sumber secara rasional dan sistematik.

  • 8/10/2019 Tugasan Pent Kewangan

    3/23

    GMGF 2023 PENTADBIRAN KEWANGAN

    3 210815

    Komponen Belanjawan

    Rajah 1.1 : Komponen Belanjawan

    Rajah 1.1 di atas menunjukan komponen-komponen belanjawan awam dalam

    membuat sesuatu perbelanjaaan awam. Jumlah hasil dan pembiayaan akan

    disatukan dan membentuk kumpulan wang disatukan. Belanjawan memainkan

    peranan untuk menentukan penggunaan sumber yang diperolehi terhadap perkara

    atau bidang mengikut keutamaan dan seterusnya menentukan perbelanjaan. .

    Bahagian seterusnya akan membincangkan tentang sumber- sumber hasil negara.

    Hasil Pembiayaa

    Kumpulan Wang Disatukan

    Bajet / Belanjawan

    Perbelanjaan

  • 8/10/2019 Tugasan Pent Kewangan

    4/23

    GMGF 2023 PENTADBIRAN KEWANGAN

    4 210815

    Bagi menggenali belanjawan dengan lebih lanjut dan terperinci lebih bagus

    jika memilih sebuah belanjawan di peringkat perseketuan,kerajaan negeri atau

    tempatan di Malaysia sebagai model kajian untuk mengetahuai sistem perjalanan

    pengurusan dan juga perbelanjaan organisasi yang dipilih untuk mencapai matlamat

    yang dirancang tanpa sebarang masalah.untuk itu kita akan memilih Kementerian

    Pelajaran Malayasia sebagai topik kajian untuk mengetahui lebih lanjut mengenai

    belanjawan yang digunakan dalam organisasi tersebut untuk mncapai matlamat dan

    aspek aspek yang penting dalam belanjawan untuk menjayakkan sebuah organisasi

    dalam menyampaikan perkhidmatan yang cemerlang.

    LATARBELAKANG KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

    Dalam tahun-tahun menuju kemerdekaan, telah timbul kesedaran di kalangan

    pemimpin dan rakyat Malaysia tentang betapa mustahaknya diadakan satu sistem

    pendidikan kebangsaan untuk mengganti sistem pendidikan penjajah bagi

    memenuhi kehendak negara. Atas kesedaran inilah lahir satu Dasar

    Pendidikan(Pelajaran) Kebangsaan melalui Penyata Razak 1956 dan dimaktubkan

    dalam Ordinan Pelajaran, 1957. Dasar pendidikan ini telah disemak semula dalam

    tahun 1960 yang menghasilkan Laporan Rahman Talib. Laporan Rahman Talib ini

    kemudian dimaktubkan dalam Akta Pelajaran, 1961.Kemudian, sebuah

    Jawatankuasa Kabinet telah ditubuhkan dalam tahun 1974 untuk mengkaji semula

    Dasar Pendidikan dengan tujuan untuk memperbaiki pelaksanaannya supaya

    matlamat untuk melahirkan satu masyarakat yang bersatupadu dan berdisiplin serta

    memenuhi keperluan tenaga rakyat yang terlatih bagi pembangunan negara dapat

    dicapai. Laporan Jawatankuasa ini telah diterbitkan dalam tahun 1979.

  • 8/10/2019 Tugasan Pent Kewangan

    5/23

    GMGF 2023 PENTADBIRAN KEWANGAN

    5 210815

    Struktur dan organisasi pentadbiran pendidikan di Malaysia dibentuk berdasarkan

    kepada sistem politik dan pentadbiran negara. Sistem pendidikan di Malaysia

    merupakan sistem pendidikan berpusat.Struktur organisasi Kementerian Pelajaran

    Malaysia (KPM) adalah sangat besar, namunsecara ringkas terbahagi kepada lima

    peringkat iaitu;

    1.Eksekutif

    2.Pengurusan

    3.Penyeliaan

    4.Teknikal

    5.Pelaksana

    Kelima-lima peringkat di atas boleh dikategorikan kepada empat bahagian/struktur

    pentadbiran, iaitu: Peringkat Persekutuan, Peringkat Negeri, Peringkat Daerah dan

    Peringkat Sekolah.Kementerian Pelajaran terdiri daripada dua puluh bahagian. Dua

    belas bahagian professional dan lapan bahagian pentadbiran. Tiap-tiap bahagian

    professional diketuai oleh seorang pengarah sementara bahagian pendaftaran

    Sekolah dan Guru di ketuai oleh Timbalan pendaftar Besar dan bahagian Nazir

    diketuai oleh seorang ketua Nazir persekutuan. Tiap-tiap bahagian pentadbiran pula

    diketuai oleh seorang setiausaha kecuali bahagian pentadbiran diketuai oleh

    seorang ketua penolong setiausaha.

    Kementerian Pelajaran Malaysia adalah satu organisasi yang besar yang merujuk

    kepada proses mengurus dan mentadbir sistem pendidikan negara. Proses

    perkembangan bangsa dan proses kemajuan negara berkaitan secara langsung

    dengan sistem pendidikan.Pendidikan bermutu melahirkan generasi yang sedar dan

  • 8/10/2019 Tugasan Pent Kewangan

    6/23

    GMGF 2023 PENTADBIRAN KEWANGAN

    6 210815

    insaf dengan erti hidup dan tanggungjawab. Mereka berusaha memperkembangkan

    potensi masing-masing bagi mencapai kesejahteraan diri, keluarga, masyarakat, dan

    negara. Justeru itu pendidikan berfungsi sebagai alat memenuhi keperluan-

    keperluan negara dalam pelbagai aspek samaada politik, ekonomi ataupun sosial.

    (Yahaya Don, 2005).Bagi merealisasikan hasrat dan wawasan ini, Kementerian

    Pelajaran Malaysia telah menyusun jentera pentadbiran yang mampu menjana

    bangsa ke arah penguasaan ilmu pengetahuan yang luas dan keupayaan generasi

    muda meningkatkan daya saing untuk menjadi bangsa yang cemerlang gemilang

    dan terbilang.

    Kamaruddin Kachar (1990) mendefinisikan pentadbiran pendidikan sebagai satu

    daya menyeluruh untuk memandu, mengawal dan menyatupadukan ikhtiar manusia

    yang saling berkaitan, ke arah pencapaian matlamat pendidikan. Beliau melihat

    pentadbiran pendidikan sebagai satu proses perkhidmatan yang melibatkan proses

    perancangan pendidikan,pengelolaan pendidikan, pengurusan kakitangan

    pendidikan, pengarahan pendidikan,penyelarasan pendidikan, penyediaan

    belanjawaan pendidikan dan penilaian pendidikan.Makna pentadbiran agak berbeza

    dengan makna pengurusan. Pengurusan melaksanakan tugas-tugas atasan seperti

    membuat perancangan, menyusun atur, mengelola, mengarah,memimpin,

    mengawal sumber-sumber dan mendapatkan kerjasama daripada setiap individu di

    dalam sesuah organisasi. Manakala pentadbiran pula membantu pengurusan

    melaksanakan apa yang telah dirancang, disusun atur, dikelola, diarah, dipimpin dan

    dikawal supaya menjadi kenyataan. Ia adalah satu proses pengendalian sesebuah

    organisasi pendidikan, secara menyeluruh dalam usaha mencapai matlamat

    pendidikan.Jelaslah juga bahawa kedua-dua istilah tersebut mengurus dan

    mentadbir adalah saling melengkapi. Dalam pendidikan istilah yang paling sesuai

  • 8/10/2019 Tugasan Pent Kewangan

    7/23

    GMGF 2023 PENTADBIRAN KEWANGAN

    7 210815

    digunakan ialah pengurusan dan pentadbiran pendidikan kerana tugas kedua-

    duanya terdapat dalam mana-mana Institusi Pendidikan.

    TOPIK KAJIAN

    Topik kajian akan merangkumi segala perbelanjaan yang telah

    dilakuakan,perbelanjaan yang telah dirancang dan perbelanjaan yang akan

    dirancang oleh kementerian pelajaran Malaysia selama tiga tahun.kajian ini akan

    menjelaskan segala penambahbaikan yang telah dilakukan bagi memberi

    perkhidmatan yang cemerlang dan langkah-langkah yang telah diambil dan juga

    cadangan yang dirancang bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan yang cemerlang

    kementerian pelajaran Malaysia.Perbelanjaan kewangan adalah penting di setiap

    peringkat pengurusan dari peringkat atasan sehingga ke peringkat bawah dan setiap

    perbelanjaan yang dilakukan mestilah mempunyai rekod yang teliti supaya semakan

    dapat dilakukan apabila timbul masalah dalam perbelanjaan tersebut.

    Sektor pendidikan adalah kritikal, bukan sahaja sebagai satu saluran untuk

    melahirkan modal insan bertaraf dunia dan mewujudkan mobiliti sosial, tetapi juga

    sebagai enjin pembangunan di atas kewibawaannya sendiri. Wawasan Malaysia

    adalah untuk membangunkan Malaysia sebagai sebuah pusat kecemerlangan

    serantau dalam pendidikan tertiari. Kerajaan berhasrat untuk melahirkan lebih ramai

    para penyelidik dan ahli saintis, lebih ramai jurutera dan ahli profesional, lebih ramai

    pakar dan tenaga kerja berkemahiran teknikal, yang boleh berjaya dalam pasaran

    global yang semakin berdaya saing. Kedua-dua institusi pendidikan tinggi awam dan

    swasta harus melengkapkan diri untuk menyahut cabaran ini. Terdapat banyak

    peruntukan untuk bidang pendidikan dalam belanjawan pada setiap tahun.

  • 8/10/2019 Tugasan Pent Kewangan

    8/23

    GMGF 2023 PENTADBIRAN KEWANGAN

    8 210815

    BELANJAWAN PENDIDIKAN TAHUN 2008

    Dalam belanjawan 2008 yang dibentangkan oleh YAB Dato Seri Abdullah bin Hj

    Ahmad Badawi, dengan tema Bersama membina Negara dan menikmati

    kemakmuran, strategi kedua adalah memperkasa pembangunan modal insan.

    Dalam memperkasakan sekolah rendah dan sekolah menengah, sebanyak RM 30

    bilion diperuntukan untuk Kementerian Pelajaran Malaysia melaksanakan Pelan

    Induk Pembangunan Pendidikan termasuklah program sekolah cemerlang,

    memertabatkan profesion keguruan, merapatkan jurang pendidikan Bandar dan luar

    Bandar.

    Peruntukan berjumlah 500 ribu ringgit akan diberi bagi setiap sekolah kluster untuk

    tujuan aktiviti kokurikulum, latihan dan pembelian peralatan pembelajaran. Kerajaan

    juga memberikan pendidikan percuma untuk semua pelajar dengan memansuhkan

    yuran peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia, yuran tahunan sekolah rendah dan

    sekolah menengah, memberikan pinjaman buku teks untuk semua pelajar, dan

    memberikan uniform percuma untuk pelajar daripada keluarga dengan pendapatan

    isi rumah RM1000 dan ke bawah.

    Selain itu, dalam memartabatkan profesion keguruan, kerajaan telah meningkatkan

    elaun guru pendidikan khas daripada 100 ringgit kepada 250 ringgit sebulan,

    menaikkan kadar elaun guru ganti berkelulusan ijazah daripada 85 ringgit kepada

    150 ringgit sehari, dan menyediakan elaun sebanyak 60 ringgit sejam bagi lepasan

    ijazah dan 50 ringgit sejam bagi lepasan diploma kepada guru yang mengajar

    bahasa Cina dan Tamil di sekolah kebangsaan.

    Dalam memantapkan pengajian tinggi, Sebanyak 12 bilion ringgit diperuntukkan

    bagi melaksanakan pelbagai projek dan program, antaranya, meningkatkan aktiviti

  • 8/10/2019 Tugasan Pent Kewangan

    9/23

    GMGF 2023 PENTADBIRAN KEWANGAN

    9 210815

    penyelidikan, pembangunan dan pengkomersilan di empat buah Universiti

    Penyelidikan, meningkatkan peruntukan kepada Universiti Teknologi MARA bagi

    mencapai sasaran 200,000 mahasiswa menjelang tahun 2010, menaik taraf serta

    memperluaskan Universiti Malaysia Kelantan, Universiti Darul Iman dan Universiti

    Pertahanan, dan menjenamakan semula kolej komuniti melalui penyediaan kursus di

    peringkat diploma, menubuhkan kolej komuniti baru dan menggiatkan kolaborasi

    dengan syarikat swasta.

    Terdapat beberapa peruntukan kerajaan dalam mempertingkatkan program latihan

    dan kemahiran iaitu, sejumlah dua bilion ringgit telah diperuntukkan kepada

    pelbagai agensi latihan kerajaan untuk meningkatkan bilangan dan kualiti pekerja

    terlatih selaras dengan keperluan pasaran. Daripada jumlah tersebut, 480 juta

    ringgit diperuntukkan untuk program latihan GiatMARA dan Institut Latihan

    Perindustrian (ILP) serta latihan kemahiran di Institut Kemahiran Belia Negara.

    Bagi meningkatkan kapasiti institusi latihan, 550 juta ringgit diperuntukkan untuk

    menaik taraf politeknik dan kolej komuniti. Sejumlah 750 juta ringgit pula

    diperuntukkan untuk membina sebuah Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) di

    Taiping dan sebuah ILP di Marang. Peruntukan ini juga akan digunakan untuk

    menaik taraf ILP dan ADTEC di seluruh negara dan untuk membina lapan buah

    MRSM, empat buah IKM dan 28 pusat GiatMARA.

    Bagi menggalakkan pembelajaran sepanjang hayat di kalangan rakyat Malaysia,

    Kerajaan mencadangkan pelepasan cukai sehingga 5,000 ringgit ke atas yuran

    pengajian diperluaskan kepada semua bidang di peringkat pasca ijazah.

    Untuk penyelidikan, pembangunan dan pengkomersilan, kerajaan akan

    mempergiatkan lagi aktiviti penyelidikan, pembangunan dan pengkomersilan,

  • 8/10/2019 Tugasan Pent Kewangan

    10/23

  • 8/10/2019 Tugasan Pent Kewangan

    11/23

    GMGF 2023 PENTADBIRAN KEWANGAN

    11 210815

    Dalam usaha untuk meningkatkan perkhidmatan kesihatan, Kerajaan akan

    menambah bilangan jururawat di hospital Kerajaan. Peruntukan 70 juta ringgit

    disediakan pada tahun 2009 untuk melatih 5,600 jururawat di Institusi Latihan

    Kejururawatan Kementerian Kesihatan Malaysia, termasuk dua ribu pelatih di

    institusi latihan swasta yang diiktiraf. Untuk menyokong pembangunan pusat

    pelancongan kesihatan di Wilayah Ekonomi Koridor Utara,

    Kerajaan akan menyediakan geran pelancaran 30 juta ringgit untuk mewujudkan

    pusat latihan jururawat tidak bermotifkan keuntungan. Ini bertujuan

    mempertingkatkan kebolehan dan kemahiran jururawat dan perkhidmatan berkaitan

    untuk menampung permintaan pasaran yang semakin tinggi untuk jururawat

    berkepakaran khusus.

    Dalam meningkatkan kualiti pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia

    diperuntukkan 31 bilion ringgit, untuk menyediakan pendidikan bagi manfaat 5.8 juta

    pelajar. Sejumlah 1.6 bilion ringgit disediakan bagi membiayai perluasan program

    sedia ada, iaitu pertambahan perjawatan berikutan pembukaan 26 buah sekolah

    rendah dan 41 buah sekolah menengah yang baru dan pertambahan perbelanjaan

    untuk penyelenggaraan, bantuan makanan, biasiswa, geran per kapita dan peralatan

    baru.

    Sejumlah 110 buah sekolah rendah dan 181 buah sekolah menengah baru akan

    dibina bagi mengatasi masalah kekurangan sekolah dan menggantikan sekolah-

    sekolah 21 yang telah usang.Di samping itu, 615 juta ringgit disediakan untuk

    penyelenggaraan sekolah dan asrama bagi memastikan semua sekolah berada

    dalam keadaan bersih dan selamat. Bagi meningkatkan kualiti pembelajaran di

    peringkat pengajian tinggi, peruntukan 14.1 bilion ringgit disediakan kepada

  • 8/10/2019 Tugasan Pent Kewangan

    12/23

    GMGF 2023 PENTADBIRAN KEWANGAN

    12 210815

    Kementerian Pengajian Tinggi. Daripada jumlah ini, 8 bilion ringgit diperuntukkan

    bagi perbelanjaan mengurus institusi pengajian tinggi awam, 627 juta ringgit kepada

    Politeknik dan Kolej Komuniti serta 37 juta ringgit kepada Agensi Kelayakan

    Malaysia. Sebanyak 4.4 bilion ringgit diperuntukkan untuk perbelanjaan

    pembangunan, termasuk pembinaan kemudahan klinikal dan bangunan fakulti

    perubatan serta menyediakan latihan penyelidikan.

    BELANJAWAN PENDIDIKAN TAHUN 2010

    Dalam belanjawan 2010 yang dibentangkan oleh YAB Dato Sri Mohd Najib Tun

    Abdul Razak, dengan tema 1 Malaysia, Kemakmuran Bersama, strategi kedua

    adalah Memastikan Pembangunan Holistik dan Mapan. Dalam meluaskan akses

    kepada pendidikan berkualiti dan berkemampuan, kerajaan memperuntukkan lebih

    RM 30 bilion untuk sekolah menengah dan sekolah rendah. Bayaran emolumen

    operasi pendidikan sebanyak RM 19 bilion. 2.8 bilion ringgit untuk bantuan pelajar

    dan biasisiwa. 1.6 bilion ringgit untuk membina sekolah baru dan blok gantian. 1.1

    bilion ringgit untuk menaiktaraf sekolah di seluruh Negara.

    Selain itu, sebanyak 32 juta ringgit untuk menigkatkan kadar literasi dan numerasi

    murid sekolah rendah. Dalam usaha menggilap kemahiran tenaga kerja, kerajaan

    telah menyediakan 1.3 bilion ringgit untuk membiayai pengurusan dan naik taraf

    politeknik dan kolej komuniti serta peruntukan kepada tabung pinjaman untuk

    pelajarnya. Di samping itu, 504 juta ringgit diperuntukkan menyelenggarakan

    peralatan di Intitut Latihan Industri. 438 juta ringgit juga disediakan untuk Intitut

    Kemahiran MARA menaiktaraf dan pengurusan latihan.110 juta ringgit juga

  • 8/10/2019 Tugasan Pent Kewangan

    13/23

    GMGF 2023 PENTADBIRAN KEWANGAN

    13 210815

    disediakan untuk pusat latihan kemahiran negeri bagi kursus yang terpilih. 100 juta

    ringgit untuk mempergiatkan program PERMATA.

    Untuk memperluaskan akses kepada pendidikan berkualiti,kepada pendidikan,

    kerajaan menyediakan 6.4 bilion ringgit bagi membina, menaiktaraf sekolah, asrama,

    kemudahan dan peralatan dan memartabatkan profesion keguruan. Di samping itu,

    sejumlah 213 juta ringgit sebagai ganjaran kepada sekolah berprestasi tinggi dan

    imbuhan kepada pengetua, atau guru besar dan guru cemerlang.Dalam usaha

    memperkasakan pendidikan awal, kerajaan memperuntukkan sebanyak 111 juta

    ringgit untuk program PERMATA. Ini termasuk pembinaan Fasa II sekolah

    PERMATA Pintar ,membina 32 buah Pusat Anak PERMATA Negara, dan

    membiayai operasi 52 Pusat Anak PERMATA yang telah siap.

    Selain itu, dalam memantapkan pendidikan sekolah rendah dan sekolah menengah,

    kerajaan telah memperuntukkan sebanyak 250 juta ringgit untuk sekolah bantuan

    modal agama, sekolah bantuan modal jenis cina, sekolah kebangsaaan Tamil,

    sekolah bantuan modal mubaligh, dan sekolah bantuan kerajaan seluruh Negara.

    Sebagai mengiktiraf pendidikan Islam pula, kerajaan bersetuju membiayai bantuan

    per kapita untuk sekolah agama rakyat rendah dan menengah dengan peruntukan

    sebanyak 95 juta ringgit. Selanjutnya bagi menyediakan guru serta tenaga pengajar

    yang kompeten dan berkualiti yang dapat membimbing pelajar sekolah dengan

    sebaiknya, sekolah dengan sebaiknya, kerajaan menyediakan 576 juta ringgit dalam

    bentuk biasiswa kepada mereka yang ingin melanjautkan pelajaran. Sejumlah 213

    juta ringgit pula untuk mengangkat tinggi penguasaan Bahasa Malaysia,

    mempersadakan Bahasa Inggeris, dan mengemaskan Kurikulum Standard Sekolah

    Rendah.

  • 8/10/2019 Tugasan Pent Kewangan

    14/23

    GMGF 2023 PENTADBIRAN KEWANGAN

    14 210815

    Untuk memperkasakan institusi pengajian tinggi bertaraf dunia, kerajaan

    menyediakan 20 juta ringgit untuk menambah peratusan staf berkelulusan PhD di

    university dan menambah baik peluang kenaiakan pangkat pensyarah di

    IPTA.Kerajaan menyediakan 60 juta ringgit bagi mempergiatkan lagi Program

    Industrila Skill Enhancement Programme di Pusat Latijan Kemahiran Negeri dalam

    usaha mempergiat program latihan dan kemahiran. Selain itu, sebanyak 220 juta

    ringgit untuk memastikan siswazah jurusan lain memperkembangkan kompentensi

    dan kebolehpasaran mereka. 50 juta ringgit juga diperuntukkan untuk Multimedia

    Development Corporation untuk melatih graduan dalam bidang ICT untuk

    menigkatkan kebolehpasaran dan memenuhi keperluan dalam industri ICT Negara.

    Sebagai tambahan, sebayak 474 juta ringgit disediakan untuk golongan bukan

    siswazah untuk meningkatkan produktiviti dan latihan di bawah pelbagai industri

    kemahiran.Seperkara yang penting, Negara memerlukan tenaga pekerja yang

    sentiasa menambah ilmu penegetahuan dan kemahiran yang sedia ada.

    Sehubungan dengan itu, 500 juta ringgit disediakan untuk program latihan 1

    Malaysia.

    ANALISIS TERHADAP BELANJAWAN

    Ilmu pengetahuan adalah tonggak kepada pembikinan sesebuah tamadun dan

    pelapik asas bagi mencapai kecemerlangan. Jadinya, untuk menuju aspirasi negara

    maju berpendapatan tinggi, Kerajaan memberi keutamaan kepada pembangunan

    sistem pendidikan yang dapat melahirkan tenaga kerja berbakat, berkemahiran

  • 8/10/2019 Tugasan Pent Kewangan

    15/23

    GMGF 2023 PENTADBIRAN KEWANGAN

    15 210815

    tinggi, mempunyai daya kreativiti serta berinovatif. Sektor pendidikan akan

    diperuntukkan 50.2 bilion ringgit bagi tahun 2012. Bagi Kementerian Pelajaran,

    peruntukan pembangunan sebanyak 1.9 bilion ringgit akan dibelanjakan untuk

    semua jenis sekolah terdiri daripada Sekolah Kebangsaan, Sekolah Jenis

    Kebangsaan Cina dan Tamil, Sekolah Mubaligh dan Sekolah Agama Bantuan

    Kerajaan.

    Sebagai tambahan, peruntukan 1 bilion ringgit akan diwujudkan melalui Tabung

    Khas Pembinaan, Penambahbaikan dan Penyelenggaraan Sekolah khusus bagi

    keperluan mendesak untuk membaik-pulih bangunan sekolah, penyelenggaraan,

    pembelian peralatan dan pembinaan blok tambahan. Daripada peruntukan tersebut,

    500 juta ringgit kepada Sekolah Kebangsaan, 100 juta ringgit disediakan kepada

    Sekolah Jenis Kebangsaan Cina, 100 jutaringgit Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil,

    100 juta ringgit Sekolah Mubaligh, 100 juta ringgit Sekolah Agama Bantuan Kerajaan

    dan 100 juta ringgit kepada Maktab Rendah Sains MARA.

    Bagi membolehkan setiap anak-anak Malaysia tanpa mengira latar sosioekonomi

    berpeluang kepada masa depan yang lebih baik maka kerajaan akan mempastikan

    akses kepada pendidikan berkualiti dan berkemampuan. Pada masa ini, pelajar

    masih dikenakan bayaran 24 ringgit 50 sen bagi sekolah rendah dan 33 ringgit 50

    sen bagi sekolah menengah untuk bayaran kokurikulum, kertas ujian dalaman,

    Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia dan Insuran Takaful.Mulai sesi

    persekolahan 2012, bayaran ini akan dimansuhkan.Buat pertama kalinya dalam

    sejarah, pendidikan rendah dan menengah di sekolah-sekolah kerajaan adalah

    disediakan dengan percuma. Pemansuhan semua bayaran ini akan melibatkan

    peruntukan sebanyak 150 juta ringgit.

  • 8/10/2019 Tugasan Pent Kewangan

    16/23

    GMGF 2023 PENTADBIRAN KEWANGAN

    16 210815

    Sektor swasta turut memainkan peranan penting dalam menyediakan pendidikan

    berkualiti untuk melahirkan generasi masa hadapan yang cemerlang. Oleh itu,

    Kerajaan mencadangkan sekolah swasta yang berdaftar dengan Kementerian

    Pelajaran dan memenuhi peraturan yang ditetapkan diberi galakan berikut:

    Pengecualian cukai pendapatan sebanyak 70 peratus atau Elaun Cukai

    Pelaburan sebanyak 100 peratus ke atas perbelanjaan modal dalam tempoh

    lima tahun;

    Potongan dua kali bagi perbelanjaan promosi di luar negara bagi menarik

    lebih ramaikemasukan pelajar asing; dan

    Pengecualian duti import dan cukai jualan ke atas semua peralatan

    pembelajaran.

    Kerajaan berharap, dengan adanya penjimatan kos ini kepada pengendali sekolah

    swasta,sebagai imbal balas dapatlah dikurangkan sedikit yuran sekolah para pelajar,

    agar beban para ibu bapa dapat diringankan.

    Institusi pendidikan rendah dan menengah yang berdaftar, termasuklah sekolah

    kebangsaan, sekolah jenis kebangsaan, sekolah mubaligh dan sekolah agama,

    seringkali menerima sumbangan kewangan daripada syarikat dan orang

    perseorangan bagi menambahbaik kemudahan di sekolah-sekolah tersebut. Bagi

    menggalakkan orang ramai menyumbang kepada sekolah-sekolah tersebut, maka

    sumbangan seperti ini diberi potongan cukai.Kemudahan ini juga dipanjangkan

    kepada semua tempat-tempat ibadat yang berdaftar.Kerajaan akan menyegerakan

    kelulusan pengecualian cukai bagi institusi pendidikan dan semua rumah ibadat

    dalam tempoh masa yang singkat.

  • 8/10/2019 Tugasan Pent Kewangan

    17/23

    GMGF 2023 PENTADBIRAN KEWANGAN

    17 210815

    Di samping itu, sektor swasta adalah disaran untuk berganding bahu memantapkan

    pembangunan modal insan berkemahiran tinggi. Untuk ini, Kerajaan mencadangkan

    pemberian galakan cukai berikut:

    Potongan dua kali ke atas perbelanjaan yang dilakukan oleh syarikat

    dalammelaksanakan program Internship;

    Potongan dua kali ke atas pemberian biasiswa; dan

    Potongan dua kali ke atas perbelanjaan bagi menyertai pameran kerjaya di

    luar negara.

    Untuk menjadi pelaksana yang berkesan kepada dasar-dasar kerajaan,penjawat

    awam mesti sentiasa melengkapkan diri dengan pengetahuan, mempunyai

    pemikiran dinamik dan analitis.Bagi maksud ini, Kerajaan akan menawarkan

    bantuan yuran pengajian kepada penjawat awam untuk menyambung pengajian ke

    peringkat lebih tinggi secara separuh masa. Pada tahun 2012, Kerajaan dengan

    kerjasama IPTA akan menawarkan 5,000 peluang peringkat ijazah sarjana dan 500

    lagi peringkat kedoktoran falsafah kepada penjawat awam yang layak,termasuklah

    para guru dengan peruntukan sebanyak 120 juta ringgit. Kerajaan akan menawarkan

    20,000 tempat kepada kumpulan guru diploma yang ingin melanjutkan pengajian

    keperingkat sarjana muda. Untuk tujuan ini kerajaan akan memperuntukkan

    sejumlah 80 juta ringgit bagi tahun pertama. Kita yakin, dengan pendekatan ini, para

    penjawat awam dan para guru, secara keseluruhan perjalanan kerjaya mereka akan

    bertambah baik dengan peluang kenaikan pangkat yang lebih cerah.

    Terdapat beberapa usaha yang telah diambil oleh Kementerian Pelajaran dan

    Kementerian Pengajian Tinggi bagi menjadikan Malaysia sebagai hab untuk

    pendidikan tinggi seperti menarik kemasukan pelajar-pelajar luar negara,

  • 8/10/2019 Tugasan Pent Kewangan

    18/23

    GMGF 2023 PENTADBIRAN KEWANGAN

    18 210815

    membenarkan university luar membuka cawangan, kerjasama pintar di antara

    universiti tempatan dan luar negara dan penubuhan kampus pengajian oleh

    beberapa institusi Malaysia di luar negara. Kawalan kualiti ke atas institusi

    pendidikan tinggi bagi mencapai taraf antarabangsa akan menjadi mantap dengan

    penubuhan Malaysian Qualification Agency (MQA).

    Pengantarabangsaan universiti adalah satu langkah yang sangat tepat bagi

    menjadikan Malaysia mempunyai universiti bertaraf global supaya para pensyarah

    dan penyelidik dapat bekerjasama dengan para akademik daripada luar negara.

    Bagi merealisasikan hasrat berkenaan, globalisasi adalah elemen utama bagi

    mendapatkan tenaga kepakaran dari seluruh dunia untuk memenuhi fakulti-fakulti di

    universiti dengan tenaga pengajar yang bertaraf dunia. Mereka ini bukan sahaja

    bertindak sebagai memberi nilai tambah terhadap imej dan kedudukan universiti

    malah terhadap kerajaan dan organisasi antarabangsa.

    ANALISIS PERBANDINGAN

    Sebagai langkah untuk menambah kualiti dan kuantiti pendidikan negara kita

    pelbagai langkah dan peruntukan telah diagih dalam pembentangan belanjawan

    yang telah dibentangkan oleh menteri kewangan dan juga perdana menteri dan juga

    bekas bekas perdana menteri kita.pendidkan menjadi tonggak utama kejayaan

    negara kita dan mesti diberi perhatian yang lebih serius untuk meningkatkan lagi

    mutu pendidikan dalam melahirkan para sarjana yang mahir dalam pelbagai

    bidang.Peruntukan kepada kementerian pendidikan adalah satu komitmen kerajaan

    dalam mewujudkan satu sistem pendidikan yang bermutu tinggi dan bertaraf

    antarabangsa.

  • 8/10/2019 Tugasan Pent Kewangan

    19/23

    GMGF 2023 PENTADBIRAN KEWANGAN

    19 210815

    Kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM 1 bilion dalam belanjawan tahun

    2013 bagi meningkatkan lagi taraf pendidikan negara kita dan penambahbaikan

    sekolah.penambahbaikan ini terdiri daripada pembinaan bangunan dan sekolah baru

    di kawasan yang tidak mempunyai sekolah dan kekurangan bangunan

    sekolah.bukan keperluan logistik sahaja dititk beratkan dalam peruntukan tersebut

    malah keperluan untuk meningkatkan ilmu juga diperlukan seperti buku dan guru

    yang terlatih.sistem pendidikan negara kita mesti menepati peredaran masa terkini

    iaitu penggunaan buku mestilah bersesuaian dengan masa sekarang dan mudah

    difahami oleh para pelajar.penggunaan teknologi juga penting dalam meningkatkan

    mutu pendidikan negara seperti penggunaan internet di sekolah dan pelajaran yang

    beroriantasiakan teknologi sekarang.

    RM500 juta diberikan pada sekolah kebangsaa,manakala M100 juta diperuntukkan

    masing-masing kepada sekolah jenis kebangsaan (Cina), sekolah jenis kebangsaan

    (Tamil), sekolah mubaligh, sekolah agama bantuan kerajaan dan Maktab Rendah

    Sains Mara.Kerajaan memansuhkan yuran pendidikan rendah dan menengah di

    semua sekolah kerajaan. Ini termasuk pemansuhan bayaran bagi kegiatan ko-

    kurikulum, insurans takaful dan sebagainya.

    Pendidikan prasekolah adalah penting untuk membina asas dan kesediaan

    pembelajaran yang kukuh di kalangan kanak-kanak pada awal usia. Pada peringkat

    ini, kanak-kanak mudah menerima ajaran dan mudah dibentuk dari segi sahsiah.

    Oleh itu, penyediaan kemudahan infrastruktur untuk prasekolah akan diperluas oleh

    pelbagai agensi kerajaan dan pihak swasta terutama di kawasan pedalaman dan

    terpencil serta kawasan bandar dan pinggir bandar yang penduduknya miskin.

    Dengan adanya infrastruktur yang lengkap,kadar penyertaan kanak-kanak pada

    peringkat ini dapat dipertingkatkan dan seterusnya mengurangkan jurang kesediaan

  • 8/10/2019 Tugasan Pent Kewangan

    20/23

    GMGF 2023 PENTADBIRAN KEWANGAN

    20 210815

    belajar dan prestasi antara kanak-kanak di kawasan bandar dengan luar bandar.

    Bagi penyediaan tenaga pengajar prasekolah, iaitu guru dan pembantu guru, KPM

    akan mengambil lebih ramai guru serta menyediakan latihan.

    Pembangunan pendidikan rendah akan memberi tumpuan kepada usaha untuk

    memperluas kemudahan pendidikan dengan membuka sekolah di kawasan

    pembangunan baru,menggantikan bangunan sekolah yang uzur dan membaik pulih

    bangunan yang usang,dan menambah kemudahan serta mengubah suai premis

    yang sedia ada mengikut keperluan pengajaran dan pembelajaran. Usaha

    memperluas kemudahan infrastruktur asas seperti bekalan air, elektrik, dan telefon

    akan dipertingkatkan. Program sokongan yang disediakanoleh KPM seperti asrama,

    buku teks, bahan pengajaran, pusat sumber,komputer, dan sebagainya akan

    diperluas dan dipertingkatkan. Usaha ini secara langsung akan meningkatkan

    penyertaan kanak-kanak 6+ hingga 11+ tahun di sekolah rendah. Peluasan dan

    peningkatan akses kepada pendidikan rendah merupakan langkah utama ke arah

    pelaksanaan pendidikan wajib.

    Perbelanjaan Pengurusan dan Pembangunan Kementerian Pendidikan

    1990-2000

    Perkara 1990 1998 2000

    Perbelanjaan Pembangunan (Rmjuta) 1,624 3,044 3,695

    Perbelanjaan Pengurusan (Rmjuta) 4,962 10,383 11,937

    1990 1995 2000

    Jumlah gunatenaga(juta orang) 6.7 8.7 9

    Kadar pengangguran (peratus) 10.10% 4.50% 3.00%

    KDNK (Harga Pasar) (RM bilion) 78.9 120.5 159.6

  • 8/10/2019 Tugasan Pent Kewangan

    21/23

    GMGF 2023 PENTADBIRAN KEWANGAN

    21 210815

    KESIMPULAN

    Bukanlah menjadi satu kehairanan bagi banyak negara di dunia pada ketika ini

    berlumba-lumba memajukan sistem pendidikan mereka samada negara itu miskin

    ataupun negara maju. Pendidikan telah menjadi agenda penting dalam perancangan

    pembangunan negara. Hampir 20% perbelanjaan negara digunakan bagi tujuan

    membangunkan infrastruktur pendidikannya. Ini mendorong penubuhan kolej-kolej

    awam ataupun swasta samada bekerjasama dengan institusi luar ataupun awam

    tempatan. Kerajaan telah dibebankan dengan kos bagi memberikan pendidikan

    percuma di peringkat rendah, menengah sehinggalah ke peringkat universiti bagi

    pelajar yang berkelayakan. Pada peringkat menengah, pendidikan berbentuk

    manakah boleh mendatangkan pulangan hasil pelaburan yang menguntungkan

    kerajaan ataupun ibu bapa pelajar. Perancangan yang betul sudah tentu tidak akan

    membazirkan sumber hasil negara. Sumber dana ini boleh digunakan bagi

    membiayai program-program yang terpaksa dilepaskan. Penambahan bilangan

    sekolah-sekolah samada berbentuk akademik ataupun teknik sudah tentu

    memerlukan bukan sedikit peruntukan kewangan, tetapi apakah perbelanjaan ini

    benar-benar boleh mendatangkan hasil semaksima mungkin? Desakan semakin

    hebat di kalangan ibubapa dan masyarakat bagi menyediakan kemudahan

    pendidikan yang terbaik kepada generasi muda, dengan pembinaan sekolah-

    sekolah menengah teknik/vokasional. Namun kemampuan negara amat terhad bagi

    membiayai persekolahan jenis tersebut oleh itu sebahagian kecil sahaja pelajar yang

    bekesempatan memasukinya. Contohnya dalam tahun 2000 cuma 60,425 (8.6%)

    orang sahaja pelajar yang mengikuti pendidikan menengah teknik/vokasional di 84

    buah sekolah seluruh negara berbanding dengan pendidikan menengah

    kebangsaan berjumlah 693,880 (91.4%) orang pelajar di 1,561 buah sekolah

  • 8/10/2019 Tugasan Pent Kewangan

    22/23

  • 8/10/2019 Tugasan Pent Kewangan

    23/23

    GMGF 2023 PENTADBIRAN KEWANGAN

    23 210815

    RUJUKAN

    Ahmad Nordin Zakaria, Ketua Audit Negara. Siri Syarahan Profesor Adjung Universiti

    Utara Malaysia.Agensi luar belanjawan: Isu, cabaran dan akauntabiliti.

    Ahmad Sarji Abd Hamid. (1996).Perkhidmatan awam menuju ke era baru.Kuala Lumpur:

    INTAN.

    Akaun Awam. (1993).Laporan Kewangan Kerajaan Persekutuan Malaysia.Jabatan Akauntan

    Negara.

    Akta Acara Kewangan.(1957) (Pindaan 1972).

    Akta Audit.(1957).

    Akta Audit . (1957).

    Akta Kerajaan Tempatan (Akta 171). International Law Book Services(19915), KualaLumpur.

    Anggaran Belanjawan Kerajaan Persekutuan bagi tahun 1999, Buku Anggaran

    Belanjawan, Program dan Prestasi, KementerianKewangan, 1998.

    Belanjawan 2008 Diperoleh daripadahttp://www.treasury.gov.my/pdf/bajet/ub08.pdf Di muat

    turun pada 19 November 2011

    Belanjawan 2009 Diperoleh daripadahttp://www.treasury.gov.my/pdf/bajet/ub09.pdf Di muat

    turun pada 19 November 2011

    Belanjawan 2010 Diperoleh daripadahttp://www.treasury.gov.my/pdf/bajet/ub10.pdf Di muat

    turun pada 19 November 2011

    Belanjawan 2011 Diperoleh daripadahttp://www.treasury.gov.my/pdf/bajet/ub11.pdf

    Di muat turun pada 19 November 2011.

    http://www.treasury.gov.my/pdf/bajet/ub08.pdfhttp://www.treasury.gov.my/pdf/bajet/ub08.pdf