cikgu june kurikulum

38
TUGASAN MEI 2015 SEMESTER KOD MATA PELAJARAN : EKM 331 NAMA MATA PELAJARAN : KURIKULUM BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH. PROGRAM : SARJANA MUDA PENDIDIKAN NAMA PELAJAR : NO. MATRIK : E 30209130 FASILITATOR AKADEMIK : PUAN NURLILA BINTI ABDUL WAHAB. PUSAT PEMBELAJARAN : SEK.MEN. YU YUAN

Upload: iskandar

Post on 11-Jan-2016

51 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

curricular activities

TRANSCRIPT

Page 1: Cikgu June Kurikulum

TUGASANMEI 2015 SEMESTER

KOD MATA PELAJARAN

: EKM 331

NAMA MATA PELAJARAN

: KURIKULUM BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH.

PROGRAM : SARJANA MUDA PENDIDIKAN

NAMA PELAJAR :

NO. MATRIK : E 30209130

FASILITATOR AKADEMIK

: PUAN NURLILA BINTI ABDUL WAHAB.

PUSAT PEMBELAJARAN

: SEK.MEN. YU YUAN

Page 2: Cikgu June Kurikulum

ISI KANDUNGAN MUKA SURAT

BAHAGIAN A 1 - 7

BAHAGIAN B 8 - 13

BAHAGIAN C 14 - 24

RUJUKAN 25

Page 3: Cikgu June Kurikulum

BAHAGIAN A.

a ) Artikel yang telah dihasilkan oleh Sharifah Nor Puteh , Nor Adibah Ghazali , Mohd

Mahzan Tamyis dan Aliza Ali, Universiti Kebangsaan Malaysia yang bertajuk “Keprihatinan

Guru Bahasa Melayu dalam Melaksanakan Kemahiran Berfikir secara Kritis dan Kreatif”

adalah bertujuan untuk :

1. Mengenal pasti peringkat keprihatinan guru Bahasa Melayu terhadap amalan KBKK

dalam

pengajaran dan pembelajaran .

2. Mengenal pasti tahap penggunaan amalan KBKK oleh guru Bahasa Melayu dalam

pengajaran.

Rasionalnya melalui kajian ini telah dikenalpasti masalah yang timbul dan usaha untuk

mencari jalan penyelesaiannya. Sewajarnya KBKK ini dilaksanakan di sekolah kerana ianya

dapat menjana dan merangsang minda pelajar. Ini selari dan memenuhi matlamat kurikulum

itu sendiri yang mahu melahirkan pelajar yang mempunyai pelajar yang mempunyai

pemikiran bertaraf dunia.

1

Page 4: Cikgu June Kurikulum

b ) Penyelidik menghuraikan konsep KBKK , iaitu berfikir di mana ia merupakan satu

proses mental atau aktiviti mental untuk mencari makna. Ini dikuatkan lagi oleh ( McGregor

2007 ) di mana menurut beliau pengajaran dan pembelajaran yang menekankan kemahiran

berfikir ialah teras kepada pembelajaran. Dalam konteks pendidikan di Malaysia ,

penerapan KBKK ini merupakan satu proses menggunakan minda sama ada dalam mencari

makna dan pemahaman terhadap sesuatu, membuat pertimbangan dan keputusan, atau

menyelesaikan masalah. Manakala proses pengajaran dan pembelajaran ( P&P ) adalah

berteraskan kemahiran berfikir dan strategi berfikir memerlukan penggunaan strategi dan

kaedah pengajaran dan pembelajaran yang terancang agar dapat mengembangkan minda

pelajar ( KPM 2001 ).

Dalam transformasi pendidikan negara melalui pelaksanaan Kurikulum Standard

Sekolah Rendah ( KSSR ) mulai 2011 dan seterusnya Kurikulum Standard Sekolah

Menengah ( KSSM ) pada 2017 , daya pemikiran kritis dan kreatif serta daya pemikiran

inovatif menjadi fokus dalam usaha melahirkan modal insan yang seimbang agar dapat

menangani cabaran semasa dan akan datang ( KPM 2010 ).

Malah dalam Pelan Pendidikan Induk Pembangunan Pendidikan 2006 – 2010 ( PIPP )

sendiri di mana Kementerian Pelajaran Malaysia ( KPM 2006 ) telah menetapkan objektif

pembangunan modal insan dengan tumpuan diberikan kepada strategi meningkatkan

keupayaan dan penguasaan ilmu pengetahuan , iaitu pelaksanaan yang lebih menekankan

kemahiran berfikir aras tinggi.

2

Page 5: Cikgu June Kurikulum

c ) Hasil kajian telah mendapati bahawa guru-guru yang terlibat dalam kajian ini

mengakui mengintergrasikan KBKK dalam pengajaran dan pembelajaran mereka di dalam

kelas. Hasil kajian ini juga telah merungkaikan peri pentingnya pemerhatian terhadap

peringkat keperihatinan ( SoC ) dan tahap penggunaan ( LoU ) menerusi aplikasi CBAM

yang telah digunakan dalam pelaksanaan KBKK. Kekurangan , kelemahan serta lompang

yang telah dikenal pasti dalam kajian ini secara implikasinya menunjukkan KBKK ini masih

belum lagi mencapai tahap kejayaan seperti yang dihasratkan.

Dalam hal ini kajian mungkin bileh dijadikan petunjuk arah perencanaan program

intervensi yang bersesuaian untuk membantu dan menyokong guru-guru berganjak kepaada

peringkat keprihatinan kendiri dalam menggunakan amalan KBKK mekanikal ke peringkat

lebih tinggi bukan sahaja dalam kalangan guru Bahasa Melayu malahan bagi semua guru

mata pelajaran lain.

Hasil dapatan kajian juga mendapati bahawa guru-guru yang terlibat dalam kajian ini

didapati tidak prihatin dan mengambil berat terhadap kewujudan KBKK dan kepentingan

untuk mengintegrasikan KBKK dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Namun

dari sudut yang lain pula mereka dilihat mempunyai idea dan alternatif lain untuk

menerapkan KBKK dalam pengajaran mereka. Guru –guru yang terlibat dalam kajian ini juga

berusaha menerapkan KBKK dan memahirkan diri mengguna inovasi , tetapi tidak

teraancang dalam pengajarannya.

Sebagai pelaksana dasar pendidikan negara , guru dilihat seharusnya mempunyai

pengetahuan , informasi , dan keupayaan dalam memenuhi hasrat pendidikan negara dalam

mencapai matlamat dasar yang telah ditetapkan. Namun kajian ini mendapati guru-guru yang

terlibat dalam kajian ini mempunyai kesedaran yang tinggi , tetapi pengetahuan dalam KBKK

adalah secara umum sahaja. Ini dibuktikan dalam Tahap Penggunaan LoU yang telah

menunjukkan mereka tidak mengetahui secara terperinci KBKK , tidak menggunakan KBKK

secara terancang , dan tidak berlandaskan aspek KBKK yang telah digariskan dalam

dokumen KBKK oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.

3

Page 6: Cikgu June Kurikulum

Menurut Hall dan Hord ( 2011 ) peringkat keprihatinan informasi dan personal adalah

Keprihatinan Kendiri ( Self – Concern ) , peringkat keprihatinan pengurusan adalah

Kerihatinan Tugas ( Task – Concern ) , konsekuen , kolaborasi dan pemfokusan semula

adalah Keperibadian Impak ( Impact – Concern ).

Dapatan kajian juga menunjukkan guru-guru yang terlibat mempunyai kesedaran

tinggi tetapi mempunyai pengetahuan umum sahaja tentang KBKK sebagaimana yang telah

ditunjukkan dalam Tahap Penggunaan LoU di mana mereka tidak mengetahui KBKK ini

secara terperinci dan menggunakannya secra tidak terancang dan ianya tidak berlandaskan

aspek KBKK yang digariskan dalam dokumen KBKK oleh KPM. Ini menggambarkan

mereka mempunyai keprihatinan dan penggunaan yang minimum terhadap pelaksanaan

KBKK.

Hasil kajian juga mendapati guru lebih fokus kepada keprihatinan kendiri dan sedikit

keprihatinan impak . Kajian ini juga menggambarkan amalan KBKK oleh guru-guru Bahasa

Melayu belum lagi mencapai Tahap IV iaitu Rutin dalam pengajaran mereka. Menurut

Spillane ( 1999 ) keprihatinan pada peringkat kendiri dan tahap penggunaan LoU inovasi

yang rendah ini menunjukkan pengguna inovasi berada dalam ‘zone of enactment’ yang

mana usaha ditumpukan terhadap proses untuk merealisasikan inovasi.

Walau bagaimanapun mereka boleh berubah kepada peringkat yang lebih baik iaitu

pada peringkat Keprihatinan Impak sekiranya proses pelaksanaan inovasi disokong dan

dibantu secara sistematik melalui kursus-kursus atau latihan perkembanagan professional

( Fullan 2007 ; Hall & Hord 2011 ).

4

Page 7: Cikgu June Kurikulum

d ) Antara implikasi yang terdapat dalam kajian ini adalah berdasarkan kepada hasil kajian

yang dijalankan oleh Umi Nadiha , Zamri dan Jamaludin ( 2011 ) tentang penerapan

kemahiran generic dalam kalangan guru Bahasa Melayu menunjukkan lima kemahiran , iaitu

kemahiran beretika dan moral , kemahiran bekerja dalam kumpulan , kemahiran merancang

dan mengelolakan aktiviti , dan juga kemahiran menyelesaikan masalah yang mana ini kerap

dilakukan oleh guru dalam pengajaran dan pembelajaran mereka di dalam kelas.

Dalam kajian yang telah dijalankan terdapat guru yang menggunakan KBKK dalam

pengajaran Bahasa Melayu tetapi hanya memasukkannya secara tidak langsung . Malah

mereka menggunakan KBKK dalam pengajaran memerlukan masa dan persediaan yang rapi

terutamanya dari segi efektif dan kognitif. Guru tidak dapat mempraktikkan KBKK

sebagaimana yang dikehendaki olek Kementerian kerana maklumat KBKK kurang dan ini

akan menyebabkab apa yang ingin disampaikan tidak dapat dilaksanakan sepenuhnya

mengikut kehendak kurikulum itu sendiri. Latihan dan maklumat KBKK seharusnya sampai

kepada guru sepenuhnya barulah ianya boleh diterapkan dalam pengajaran.

Kesungguhan untuk memenuhi keperluan dalam menjadikan Malaysia sebuah negara

yang mencapai tahap pendidikan bertaraf dunia, beberapa perubahan dan inovasi telah

diperkenalkan terutamanya dalam kurikulum di sekolah bagi mencapai matlamat tersebut.

Ianya dirancang ke arah melengkapkan murid dengan keupayaan, kemahiran pengetahuan

dan nilai serta semangat kesedaran bagi membolehkan mereka menghadapi cabaran

kehidupan masa kelak.

Ini dilihat melibatkan transformasi kurikulum persekolahan disemak semula dan

diberi penambahbaikan atau nafas baru agar ianya terus relevan dan berupaya menghasilkan

murid yang boleh menghadapi persekitaran global. Namun begitu perubahan ini

membuatkan guru-guru kurang memahami sama ada perubahan dari segi strategi pengajaran

ataupun matlamat perubahan kurikulum. Kebanyakan guru ada yang tahu tentang

pembaharuan sesuatu kurikulum itu tetapi tidak secara terperinci dan masih tercari – cari

untuk mengaplikasikannya dalam pengajaran di kelas. Ini secara tidak langsung akan

mempengaruhi pengajaran mereka dalam

5

Page 8: Cikgu June Kurikulum

kelas terutamanya dalam pengajaran Bahasa Melayu , di mana mereka masih samar-samar

untuk melaksanakannya dalam subjek tersebut.

Masalah kegusaran guru terhadap kurikulum dan ini jelas memperlihatkan bagaimana

ia mempengaruhi pelaksanaan inovasi dalam pengisian kurikulum. Guru –guru dilihat telah

mengubah inovasi yang diperkenalkan sehingga banyak perbezaan antara perkara yang

diamalkan di bilik darjah dengan perkara yang dikehendaki oleh kurikulum. Ini secara tidak

langsung akan mempengaruhi pembelajaran murid di kelas. Matlamat yang ingin dicapai

oleh kurikulum tidak dapat disampaikan terus kepada murid akibat ianya telah diubahsuai

oleh guru itu sendiri. Maka pengajaran terutamanya pengajaran Bahasa Melayu tidak akan

mencapai matlamatnya. Guru sekadar mengajar tanpa menyelitkan unsur-unsur KBKK di

dalam pengajaran mereka.

Dalam banyak laporan serta kajian mengenai pelaksanaan KBSM dan KBSR oleh

pihak KPM dan para penyelidik akademik mendapati pelaksanaan tidak seperti yang

dihasratkan oleh Falsafah Pendidikan Negara , matlamat serta cadangan strategi pengajaran

yang terkandung dalam kurikulum berkenaan ( Sharifah Nor Puteh 1994 ; Sharifah

Maimunah 2007 ; Habib Mat Som & Megat Ahmad Kamaluddin 2008 ).

Adalah menjadi tanggungjawab perencana kurikulum dan pembuat dasar , iaitu KPM

dan Bahagian Pembangunan Kurikulum mengambil tindakan yang sewajarnya bagi

memastikan KBKK dilaksanakan secara berkesan agar dapat mencapai hasrat melahirkan

modal insan yang berfikiran kritis , kreatif dan inovatif. Pelbagai perubahan dan inovasi dan

kurikulum telah dirancang untuk dilaksanakan ke arah melengkapkan murid dengan

keupayaan , kemahiran , pengetahuan dan nilai serta semangat kesedaran yang diperlukan

untuk membolehkan mereka menangani cabaran kehidupan masa hadapan.

6

Page 9: Cikgu June Kurikulum

e ) Melalui artikel ini saya berpendapat bahawa kemahiran KBKK ini seharusnya

diterapkan oleh guru-guru dalam pengajaran dan pembelajaran mereka di dalam kelas.

Kemahiran KBKK ini dilihat mampu merangasang dan mencerna minda pelajar dalam

mengutarakan pendapat dan pandangan mereka dalam sesi pengajaran yang disediakan oleh

guru. Ini bukan sahaja mampu memperlihatkan kepetahan mereka mengeluarkan pendapat

malah mampu menonjolkan sikap kepimpinan mereka dalam menyelesaikan sesuatu tugasan

yang diberi.

Setiap konsep atau dasar yang diperkenalkan pasti ada masalah yang timbul , namun

begitu setiap masalah ada jalan penyelesaiannya dan ianya perlu ditangani dengan sebijak-

bijaknya agar apa yang ingin direalisasikan oleh Kementerian akan dapat dilaksanakan dan

dicapai sejajar dengan apa yang diingini. Guru selaku agen pelaksana seharusnya mampu

berganding bahu dengan KPM dalam usaha melaksanakan dan cuba menyelesaikan masalah

yang timbul. Sepatutnya masalah maklumat kurang tentang KBKK dan tidak sampai kepada

guru seharusnya tidak timbul kerana setiap usaha telah digiatkan agar pelaksanaannya

berjalan dengan lancar. Kecanggihan teknologi maklumat masa kini seharusnya tidak jadi

pemghalang kerana setiap maklumat ada di hujung jari.

Saya melihat usaha yang jitu dan mantap amat diperlukan dalam usaha untuk

merealisasikan keberkesanan dan berjayanya pelaksanaan KBKK ini di semua sekolah.

Semua pihak seharusnya menggembling tenaga dalam usaha menjadikan pelajar sebagai

pelajar yang mempunyai pemikiran yang kritis dan kreatif.

7

Page 10: Cikgu June Kurikulum

BAHAGIAN B.

Penerapan Teknologi Maklumat dan Komunikasi ( TMK ) atau ICT dalam kurikulum

Bahasa Melayu merupakan satu transformasi kurikulum yang membawa maksud proses

melakukan satu bentuk perubahan yang holistik berdasarkan kurikulum persekolahan sedia

ada dengan mengambil kira keperluan – keperluan perubahan kepada aspek asas kurikulum ,

struktur kandungan , pedagogi , peruntukan masa , kaedah pentaksiran , bahan kurikulum dan

pengurusan sekolah.

Ini selaras dengan perkembangan dan permintaan semasa yang menuntut modal insan

yang lebih berkualiti sejajar dengan zaman yang serba maju dan mempu bersaing di peringkat

global. Proses pengajaran dan pembelajaran akan menggunakan modul TMK ( ICT ) yang

akan menggantikan buku teks yang mana lebih bersifat eksplorasi dan penuh kreativiti .

Ianya dilihat mampu menjana pemikiran kelas dunia di kalangan murid , selaras dengan Pelan

Induk Pembangunan Pendidikan ( PIPP ).

Tahun 2004 bukan sahaja berkehendakkan manusia mengamalkan budaya fikir tetapi

bersama-sama menggabungkan penggunaan teknologi dalam sebarang bentuk tindakan.

Perkembangan dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi ( ICT ) serta penggunaan

komputer dalam bidang pendidikan menjadikan ilmu mudah diakses , disebar dan juga

disimpan. Manakala kecanggihan serta kemampuannya menyampaikan maklumat secara

cepat , tepat dan menarik dalam bentuk multimedia menjadikannya sebagai satu daya tarikan

ke arah mewujudkan satu senario belajar yang lebih menyeronokkan.

Maka dalam hal ini profesion perguruan dilihat mampu menguasai dan

menggabungkan kemahiran-kemahiran yang berkaitan untuk melahirkan satu bentuk

pengajaran dan pembelajaran yang lebih bermakna dan bestari. Teknologi dilihat sebagai

factor pemangkin ke arah mempercepatkan proses keberkesanannya . Namun begitu

kemahiran dari aspek pedagogi

8

Page 11: Cikgu June Kurikulum

dan psikologi tidak patut diketepikan malah ianya dilihat perlu dalam usaha melahirkan

pelajar yang seimbang secara holistik.

Sebenarnya , kemajuan pesat dalam bidang teknologi maklumat telah membawa

banyak perubahan terhadap kaedah pengajaran bahasa. Daripada kaedah konvensional di

dalam bilik darjah , pengajaran bahasa kini telah berkembang kepada kaedah pengajaran yang

baru, iaitu pengajaran bahasa di alam siber. Dengan kaedah baru ini, para pendidik bahasa

dapat berkomunikasi dan mengajar melalui komputer yang dihubungkan dengan modem

perisian komunikasi.

Dalam pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer (PPBK) merupakan satu

kaedah pengajaran yang menggunakan komputer dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran

(P&P). Penggunaannya kini dilihat menjadi semakin penting khususnya dalam meningkatkan

kefahaman murid dalam pengajaran dan pembelajaran dalam membantu meningkatkan

pemahaman murid. Padaperingkat awal, kemunculan teknologi komputer secara tradisinya

digunakan sebagai alat pemprosesan data atau menaip teks semata-mata. Namun kini,

penggunaannya telah diperluaskan lagi untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran.

Corak penyampaian komputer pada satu ketika dahulu hanya terhad kepada

penggunaan teks, numerik, grafik dan animasi mudah sahaja. Namun dengan kemajuan

teknologi multimedia ianya telah berupaya untuk mempersembahkan video bergerak, animasi

yang canggih dan grafik warna. Kemampuan multimedia dalam menyampaikan sesuatu

maklumat dengan cepat,tepat dan mampu menjadi daya tarikan bagi mewujudkan suasana

pembelajaran yang menyeronokkan ( Zamri & Mohamed Amin, 2008 ). Pengajaran Bahasa

Melayu sudah tentu tidak terkecuali daripada pengaruh penggunaan teknologi maklumat dan

komunikasi (Yahya & Dayang Raini, 2011).

Dari sudut pengajaran bahasa menggunakan ICT , pelajar boleh mempelajari bahasa

dengan menggunakan komputer tanpa kehadiran guru. Ini dilihat pelajar mempunyai sikap

belajar

9

Page 12: Cikgu June Kurikulum

secara kendiri , dan ini mampu menjadikan pelajar belajar secara sendiri dan mampu mencari

maklumat yang diperlukan secara bersendiri atau berkumpulan.

Pelajar juga boleh mempelajari aspek bahasa contohnya tatabahasa dengan

menggunakan komputer. Aspek Tatabahasa merupakan unsur asas bahasa yang mendasari

setiap kemahiran bahasa yang dipupuk iaitu kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan

menulis. Dalam sistem bahasa, terdapat beberapa subsistem penting terkandung di dalamnya,

di mana tatabahasa menjadi asas kepada sistem tersebut. Antara subsistem tersebut adalah

sistem ejaan, sebutan, peristilahan, kosakata umum, tatabahasa dan laras bahasa. Antara enam

subsistem tersebut, tatabahasa merupakan sendinya. Walau bagaimanapun, tatabahasa sering

dianggap oleh pelajar sebagai subjek yang kaku, membosankan, dan kadang kala menakutkan

(Awang, 2004).

Pandangan atau persepsi sedemikian menyebabkan tanggungjawab guru yang

mengajar tatabahasa semakin mencabar, terutamanya apabila berdepan dengan murid sekolah

rendah yang masih kurang jelas tentang penggunaan sistem bahasa. Namun dengan

kemajuan teknologi,kaedah pengajaran dan pembelajaran di sekolah boleh dipelbagaikan

dengan menggunakan perisian komputer sebagai bahan bantu mengajar. Kajian oleh Abdul

Wahab, Kamaliah dan Hasrina (2006) tentang tahap penggunaan komputer dalam pengajaran

dan pembelajaran Bahasa Melayu , Bahasa Inggeris dan beberapa mata pelajaran lain yang

menunjukkan penggunaan computer dalam pengajaran dan pembelajaran mampu

mewujudkan suasana pembelajaran lebih menarik dan seronok.

Penggunaan ICT juga dilihat mampu memperluaskan lagi pencarian maklumat para

pelajar dalam memperolehi maklumat yang diperlukan dalam menyiapkan tugasan yang

diberi. Pelajar boleh menggunakan enjin pencari maklumat seperti Google untuk mencari

fakta atau maklumat yang diperlukan terutamanya dalam pengajaran atau penulisan karangan.

Enjin pencari maklumat yang terbesar ini mempunyai jaringan yang amat luas membolehkan

pelajar meneroka ke segenap penjuru dalam mencari maklumat yang diperlukan. Namun

begitu guru haruslah mengawal pencarian pelajar agar ianya tidak disalahgunakan.

10

Page 13: Cikgu June Kurikulum

Terdapat beberapa perkara yang menyebabkan mengapa penggunaan ICT amat

diperlukan dalam pengajaran dan pembelajaran. Antaranya mampu meningkatkan

kefahaman sesuatu konsep, memberi gambaran visual dan memudahkan pengiraan kompleks.

Merangsang murid untuk belajar secara berkesan dengan bimbingan yang minimum. Ianya

juga dapat membantu murid dalam proses penyelesaian masalah dan komunikasi dengan

lebih cepat dan tepat. Selain itu ianya turut mewujudkan peluang pembelajaran yang sama

kepada murid yang mempunyai pelbagai kebolehan dan kecerdasan.

Di samping itu ICT ini dilihat dapat membantu murid mendapat dan mengumpul

maklumat yang mungkin sukar diperoleh dalam keadaan biasa dan ini akan menjadikan

mereka berusaha untuk memperolehi maklumat yang diperlukan. Secara tidak langsung ini

akan mewujudkan suasana pembelajaran yang seronok , mencabar dan berbentuk

penerokaan. Ini juga akan mencabar dan merangsang minda pelajar itu sendiri.

Usaha dalam mencari maklumat yang diperlukan akan memupuk sifat ingin tahu dan

ingin mencuba di kalangan murid. Ini pula mampu meningkatkan daya kreativiti, inovasi dan

imaginasi murid. Justeru ini akan menggalakkan murid merealisasikan Pembelajaran terarah

kendiri atau Pembelajaran akses kendiri . Ini sejajar dengan Dasar Pembangunan Negara

dalam Rancangan Malaysia Kelapan (2001 – 2005) menegaskan kepentingan membangunkan

dan memperluaskan penggunaan teknologi maklumat dalam pembangunan pendidikan.

Pengajaran bahasa menggunakan projector LCD sebagai alat bantu mengajar juga

mampu menjadikan pengajaran menarik dan menyeronokkan. Sebagai contoh guru boleh

memainkan animasi kartun ‘Upin dan Ipin’ untuk menunjukkan sikap perpaduan kaum dan

unsur pengajaran yang terselit dalam animasi tersebut. Selain itu guru juga boleh

menggunakan projector LCD ini untuk pengajaran didik hibur seperti nyanyian , pantun ,

syair dan gurindam. Ini amat menyeronokkan kerana pelajar mampu mendengar audio dan

melihat video yang dipertontonkan oleh guru.

11

Page 14: Cikgu June Kurikulum

Justeru dalam perubahan global menuntut bidang pendidikan kita juga menyahut

cabaran semasa. Penggunaan ICT di dalam bilik darjah telah mengubah senario pengajaran

dan pembelajaran. Persekitaran pembelajaran diberi sentuhan bagi memenuhi keperluan

teknologi semasa. Guru dikehendaki menghadiri kursus ICT sebagai menyediakan dan

memantapkan diri dalam menyampaikan ilmu dalam bentuk terkini. Hilary (1991)

menegaskan komputer dapat membantu guru melaksanakan aktiviti pengajaran dan

pembelajaran yangn lebih berkesan. Laurillard (1992) menyatakan bahawa pembelajaran

berasaskan komputer akan dapat meningkatkan pemahaman konsep sesuatu teori.

Jika ini dapat dilaksanakan sudah tentu pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu

pastinya menyeronokkan dan murid – murid akan teruja menanti proses pengajaran dan

pembelajaran yang akan datang. Terdapat banyak perisian yang telah disediakan dan

dibekalkan oleh kementerian untuk membantu guru melancarkan pengajaran dan

pembelajaran guru di dalam bilik darjah. Menurut Hess(1987), penyediaan bahan pengajaran

yang berorentasikan multimedia ini penting agar murid – murid dapat merasai perbezaan dari

segi strategi pengajaran.

Perubahan dalam strategi pengajaran dan pembelajaran kepada teknologi maklumat

dan komunikasi akan meningkatkan minat murid – murid terhadap bahasa Melayu. Terdapat

banyak maklumat yang berkaitan dengan sesuatu tajuk bahasa yang boleh dilayari dari

internet dan laman – laman web yang sedia ada . Guru – guru boleh membantu murid – murid

mengakses seberapa banyak maklumat yang boleh. Murid – murid yang agak mahir tentunya

dapat pula membantu  rakan - rakan yang kurang mahir.

Situasi begini tentunya meringankan bebanan dan masa guru yang boleh

dimanfaatkan untuk perkara – perkara yang lebih penting di samping mewujudkan sikap

tolong – menolong dan bekerjasama dalam menyelesaikan masalah yang diberi. Penglibatan

aktif murid sebenarnya dapat memudahkan mereka memahami dan mengingati fakta - fakta

penting seterusnya menguasai setiap kemahiran dengan cepat.

12

Page 15: Cikgu June Kurikulum

Kedudukan bahasa Melayu sebagai mata pelajaran wajib lulus menjadikan bahasa

Melayu sebagi mata pelajaran penting yang sentiasa mendapat perhatian. Maka

sewajarnyalah bahasa Melayu turut mengalami perubahan semasa supaya taraf dan tanggapan

terhadap kepentingan bahasa Melayu sesuai dengan era globalisasi.

Konklusinya.teknologi maklumat dilihat memainkan peranan yang amat penting

kepada perkembangan pembelajaran murid. Melalui teknologi ini , guru – guru memperolehi

banyak bahan dan  maklumat yang dapat meringankan tugas guru dan dapat menjalankan

pengajaran dengan lebih berkesan terutamanya dalam  pengajaran dan pembelajaran bahasa

Melayu yang boleh menjadikannya lebih menarik dan efisien. Dalam menjadikannya sesuatu

yang realiti ianya memerlukan setiap guru menguasai  ilmu dalam teknologi maklumat

dengan lebih mendalam dan terperinci supaya murid mendapat kesan positif daripadanya dan

mengelakkan kesan negatif.

Ledakan arus Teknologi Maklumat dan Komunikasi ( TMK ) pada masa kini tidak

harus dipandang ringan oleh para guru, bahkan mereka hendaklah mengaplikasikannya

dalam pengajaran dan pembelajaran terutamanya dalam subjek Bahasa Melayu agar subjek

ini bertambah menarik, berkesan dan sesuai dengan peredaran perkembangan pendidikan

pada masa kini. Segala permasalahan yang dihadapi oleh guru dalam pelaksanaan pengajaran

dan pembelajaran Bahasa Melayu menggunakan TMK ini janganlah dijadikan alasan oleh

para guru untuk berpatah balik menggunakan kaedah tradisional walhal perlulah dijadikan

pemangkin untuk para guru terus berusaha mencari jalan penyelesaian dalam mendidik anak

bangsa.

Semua pihak, terutamanya pihak pentadbiran sekolah dan pihak kerajaan khususnya

pihak Kementerian Pelajaran Malaysia haruslah cakna dan responsif terhadap masalah yang

dihadapi oleh pihak sekolah dan guru dalam menggunakan kaedah ini dalam pengajaran

mereka. Seharusnya wujud kerjasama yang jitu untuk memartabatkan sistem pendidikan

negara.

13

Page 16: Cikgu June Kurikulum

BAHAGIAN C.

Rancangan Mengajar Harian yang menggunakan keratan akhbar.

KELAS : Tahun 5 Inovasi

TEMA : Kemasyarakatan

TAJUK : Pencemaran

MASA : 7.00 - 8.00

STANDARD

PEMBELAJARAN : 1.7.2

Berbincang dan mengemukakan pendapat secara kritis tentang sesuatu perkara daripada

pelbagai sumber dengan menggunakan ayat yang gramatis secara bertatasusilan.

OBJEKTIF : Pada akhir pengajaran murid dapat:

i. berbincang dan mengemukakan pendapat secara kritis.

PENGISIAN KURIKULUM

Ilmu : Pendidikan Sivik

Nilai : Toleransi, Bekerjasama, Tolong-menolong

EMK : Kreativiti dan Inovasi, TMK

KB : Menjana Idea

TKP : Verbal Linguistik, Interpersonal

SISTEM BAHASA

Kosa Kata : pencemaran

BAHAN BANTU BELAJAR

Keratan akhbar dan lembaran kerja

PENILAIAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Murid dapat menggunakan keratan akhbar dan mengemukakan pendapat mengenainya.

REFLEKSI

14

Page 17: Cikgu June Kurikulum

STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN.

Set Induksi ( 5 Minit )

Bersoal jawab

1. Guru memaparkan kepada

murid beberapa keratan akhbar

di papan tulis.

2. Guru seterusnya meminta

murid untuk membaca tajuk

berita tersebut.

3. Guru bertanyakan soalan

berdasarkan pengetahuan

sedia ada murid.

Contoh:-

# Apakah yang kamu dapati

daripada keratan akhbar ini ?

#Apakah kesan daripada

kejadian ini ?

Nilai : Kerjasama , toleransi

EMK : TMK

Ilmu : Celik Bahasa

KB : Menjana

Idea

Lampiran 1

Keratan akhbar

15

Page 18: Cikgu June Kurikulum

AKTIVITI PENGISIAN

KURIKULUM

CATATAN

Langkah 1 ( 5 Minit )

Penerangan

1. Guru menerangkan topik

yang diajar pada hari itu ialah

mengenai pencemaran.

2. Guru juga menerangkan

tentang jenis,akibat dan

penyebab pencemaran ini

secara ringkas.

Langkah 2 ( 10 Minit )

Aktiviti 1

1. Guru membahagikan murid

kepada beberapa kumpulan

dan mengarahkan mereka

membincangkan tentang

pencemaran yang terdapat

dalam sampul yang diberikan.

2. Guru meminta murid

membincangkan tentang

apakah punca pencemaran ,

akibat dan contohnya.

3. Setiap kumpulan

dikehendaki melekatkan hasil

perbincangan mereka di

dinding yang berdekatan.

Nilai : Kerjasama , toleransi

EMK : TMK

Ilmu : Celik Bahasa

KB : Menjana

Idea

Lampiran 2

( Sampul surat – pencemaran )

16

Page 19: Cikgu June Kurikulum

AKTIVITI PENGISIAN

KURIKULUM

CATATAN

Langkah 3 ( 15 Minit )

Aktiviti 2

1. Dalam aktiviti ini guru

menggunakan kaedah stesen .

Murid dikehendaki bergerak

dari satu kumpulan ke

kumpulan yang lain untuk

mendapatkan maklumat

mengenai pencemaran.

2. Setiap wakil kumpulan akan

menerangkan hasil

perbincangan mereka kepada

kumpulan lain yang bergerak

ke kumpulan mereka.

3. Manakala ahli kumpulan

yang lain akan bergerak ke

kumpulan lain untuk

mendapatkan maklumat

tentang pencemaran yang

dibincangkan oleh kumpulan

lain.

4. Guru mengarahkan agar

semua maklumat yang

diperolehi dikumpul dan

semua ahli perlu tahu.

Nilai : Kerjasama , toleransi

EMK : TMK

Ilmu : Celik Bahasa

KB : Menjana

Idea

17

Page 20: Cikgu June Kurikulum

AKTIVITI PENGISIAN

KURIKULUM

CATATAN

Langkah 4 ( 15 Minit )

Aktiviti 3.

1. Dalam aktiviti ini pula guru

meminta setiap kumpulan

untuk membentangkan hasil

dapatan mereka di hadapan

kelas.

2. Guru meminta respon dan

pandangan kumpulan lain

secara lisan.

3. Guru memberikan ulasan di

akhir pembentangan.

4. Kumpulan yang terbaik

akan diberi ganjaran.

Nilai : Kerjasama , toleransi

EMK : TMK

Ilmu : Celik Bahasa

KB : Menjana

Idea

18

Page 21: Cikgu June Kurikulum

AKTIVITI PENGISIAN

KURIKULUM

CATATAN

Langkah 5 ( 7 Minit )

Pemulihan

1. Murid melengkapkan peta

minda tentang jenis-jenis

pencemaran.

2. Murid juga dikehendaki

membina 4 ayat daripada

pencemaran yang terdapat

dalam peta minda di atas.

Pengayaan

1. Murid diminta memberikan

kesan bencana alam.

2. Murid juga dikehendaki

membuat ayat berdasarkan

kesan pencemaran alam tadi.

Penutup ( 3 Minit )

Guru juga merumuskan

pengajaran hari ini.

Nilai : Kerjasama , toleransi

EMK : TMK

Ilmu : Celik Bahasa

KB : Menjana

Idea

Lampiran 3

Lampiran 4

19

Page 22: Cikgu June Kurikulum

LAMPIRAN 1

Perhatikan Keratan Akhbar di bawah ini.

20

Page 23: Cikgu June Kurikulum

LAMPIRAN 2.

( Sampul Surat )

KUMPULAN AKTIF

KUMPULAN EFEKTIF

21

PENCEMARAN UDARA

PENCEMARAN AIR

Page 24: Cikgu June Kurikulum

KUMPULAN INOVASI

KUMPULAN KREATIF

22

LAMPIRAN 3.

PENCEMARAN BUNYI

PENCEMARAN DARAT

Page 25: Cikgu June Kurikulum

Lengkapkan peta minda ini dan bina ayat daripadanya.

Bina ayat.

1.

___________________________________________________________________________

_________________________________________________________________________

_

2.

__________________________________________________________________________

________________________________________________________________________

__

3.

__________________________________________________________________________

________________________________________________________________________

__

4.

__________________________________________________________________________

________________________________________________________________________

__

23

JENIS-JENIS PENCEMARAN

Page 26: Cikgu June Kurikulum

LAMPIRAN 4.

Berikan kesan-kesan pencemaran kepada alam sekitar.

Bina ayat berdasarkan kesan pencemaran tadi.

1. ______________________________________________________________________

______________________________________________________________________

2. ______________________________________________________________________

______________________________________________________________________

3. _____________________________________________________________________

_____________________________________________________________________

24

KESAN –KESAN PENCEMARAN

1.

2.

3.

Page 27: Cikgu June Kurikulum

RUJUKAN.

www.http//kurikulum.com

www.http//kssronline.com

www.http//ictdalampendidikan.com

www.http//bahasamelayudalamict.com

www.http//akhbardalamdarjah.com

www.http//implikasitmkdalampendidikan.com

www.http//kpm.com

Artikel ‘Keprihatinan Guru Bahasa Melayu dalam melaksanakan Kemahiran Berfikir secara

kritis dan kreatif ” oleh Sharifah Nor Puteh, Nor Adibah Ghazali, Mohd Mahzan Tamyis dan

Aliza Ali, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Modul AEU Kurikulum Bahasa Melayu Sekolah Rendah.

25