tugasan pbs pj, ergonomik tubuh pelajar

Upload: rahim-ar

Post on 18-Oct-2015

85 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

tabiat ergonomik pelajar, flar footed

TRANSCRIPT

1.0PENDAHULUANUntuk Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) pada semester ini, iaitu PISMP semester 3, kami dikehendaki untuk membuat tugasan matapelajaran Anatomi dan Fisiologi. Saya telah balik ke Sri Aman, Sarawak untuk menjalankan PBS di sana. Sekolah yang telah saya pilih ialah Sekolah Kebangsaan Saint Luke (M), Sri Aman. Saya telah menjalankan PBS di sana selama 5 hari, iaitu bermula pada 18 Mac 2013 sehingga 23 Mac 2013.Sepanjang menjalankan PBS di sana, saya telah banyak berinteraksi dengan guru di sekolah terutamanya guru Pendidikan Jasmani dan Kesihatan untuk mendapatkan maklumat serta data yang diperlukan untuk menyiapkan tugasan yang telah diberikan. Tugasan PBS untuk Anatomi dan Fisiologi terbahagi kepada bahagian utama, iaitu mengenai ergonomik atau postur tubuh badan pelajar, beberapa perkara semasa aktiviti Pendidikan Jasmani diadakan, peralatan dan kemudahan di sekolah, sejauh manakan pengajaran Anatomi dan Fisiologi diterapkan kepada pelajar dan setakat manakah pihak sekolah mementingkan gaya hidup sihat kepada pelajar melalui aktiviti senaman, rancangan diet, pemakanan seimbang, Rancangan Makanan Tambahan (RMT) dan program kebersihan.

2.0ERGONOMIK (TABIAT DAN GAYA BADAN) PELAJARBerdasarkan kepada pemerhatian yang telah saya lakukan semasa menjalankan Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) di Sekolah Kebangsaan Saint Luke (M) di Sri aman, saya dapati kebanyakan daripada pelajar di situ tidak duduk dengan postur yang betul. Kebanyakan daripada mereka tidak duduk dengan tegak semasa belajar di dalam kelas.Rajah 1 Postur Tubuh Pelajar Semasa Duduk

Antara faktor yang menyebabkan perkara ini berlaku ialah saiz kerusi dan meja yang tidak sesuai dengan saiz tubuh pelajar. Saiz kerusi dan meja yang tidak sesuai dengan saiz tubuh badan pelajar menyebabkan mereka terpaksa tunduk dan menyandarkan tangan mereka ke atas meja. Jika perkara ini dibiarkan berlarutan, pelajar akan terbiasa dengan postur badan yang salah ketika duduk dan hal ini akan menyebabkan struktur tulang belakang mereka bengkok dan tubuh mereka akan bongkok apabila mereka sewasa kelak. Perkara ini mungkin akan menyebabkan penyakit tulang belakang seperti osteoporosis dan scoliosis, iaitu tulang belakang bengkok.Selain daripada itu, cara duduk yang salah akan menyebabkan ketidakselesaan dan seterusnya mengganggu perhatian mereka di dalam kelas. Selain itu, saya bertanya kepada pelajar adakah mereka telah didedahkan dengan cara duduk dengan postur badan yang betul. Mereka mengatakan bahawa mereka tidak tahu dan tidak pernah didedahkan dengan postur tubuh badan yang betul ketika duduk di atas kerusi di dalam kelas. Maka, antara faktor yang menyebabkan kebanyakan daripada kelangan pelajar tidak duduk dengan cara yang betul di dalam kelas ialah tiada pendedahan mengenai postur tubuh badan yang betul ketika duduk. Pendedahan pada peringkat awal adalah sangat penting kerana pada waktu ini, pelajar sedang berada dalam fasa tumbesaran yang pesat. Selain itu, tubuh badan mereka akan terbiasa dengan postur yang salah dan seterusnya mendatangkan pelbagai penyakit terutamanya penyakit tulang belakang terhadap mereka apabila mereka dewasa kelak. Selain itu, penampilan mereka juga akan terjejas kerana tulang belakang mereka sudah terbiasa bengkok dan menyebabkan tubuh mereka bongkok. Hal ini juga akan menjejaskan keyakinan mereka terutamanya ketika mereka menjadi seorang remaja di mana ketika mereka remaja kelak, mereka akan mula bimbang dengan penampilan mereka. Justeru, untuk mengatasi masalah ini, antara perkara yang boleh dilakukan ialah dengan cara menyediakan kerusi dan meja yang sesuai kepada pelajar. Maka, mereka akan dapat duduk dengan selesa dan duduk dengan postur badan yang betul dan seterusnya menjamin kesihatan tulang belakang mereka. Seterusnya, guru perlu memberikan pendedahan mengenai postur tubuh badan yang betul. Mereka perlu diberikan pendedahan yang awal supaya mereka boleh mengamalkan postur tubuh badan yang betul sejak kanak-kanak lagi supaya mereka akan terbiasa dengan postur yang betul. Jika mereka didedahkan dengan perkara ini setelah mereka dewasa, maka adalah sangat sukar untuk membuang tabiat dan kebiasaan mereka dengan postur yang salah.Seterusnya, saya membuat pemerhatian mengenai cara mereka mengangkat barang terutamanya barang yang berat di atas lantai. Saya telah memanggil beberapa pelajar untuk mengangkat beberapa kerusi yang telah saya tindihkan supaya menjadi lebih berat. Saya dapati mereka mengangkat kerusi tersebut dengan gaya yang salah. Mereka telah memberikan tekanan kepada tulang belakang mereka apabila mereka mangangkat objek yang berat. Mereka tundukkan badan mereka dengan menggunakan pinggang lalu mengangkat kerusi yang telah saya tindan. Cara ini adalah salah kerana mereka telah memberikan tekanan atau stress pada tulang belakang mereka. Cara yang betul adalah mereka perlu mencangkung dan memindahkan berat objek kepada kaki dan tangan mereka. Dengan cara ini, mereka dapat mengelakkan diri daripada memberikan tekanan kepada tulang belakang. Hal ini kerana tulang belakang adalah terdiri daripada kolum-kolum vertebral atau vertebrae. Dengan tekanan yang kuat, lama-kelamaan struktur tulang belakang akan berubah dan tidak lagi berada dalam kondisi yang sepatutnya terutamanya di usia yang sangat muda. Rajah 2 Postur Tubuh Pelajar Ketika Mangangkat Objek Berat

Semua pelajar yang saya panggil mengangkat kerusi tersebut dengan cara yang sama sepertimana yang ditunjukkan dalam Rajah 2. Setelah ditanya adakah cara mereka mengangkat kerusi tersebut betul ataupun salah, mereka mengatakan bahawa cara mereka betul. Kemudian, saya bertanya adakah guru atau ibu bapa mengajar mereka cara mengangkat barang yang berat, mereka menjawab tidak. Mereka memberitahu bahawa mereka meniru ibu dan bapa serta guru di sekolah. Penekanan mengenai ergonomik tubuh badan yang betul serta pendedahan secara menyeluruh adalah perlu. Saya dapati bahawa bukan murid sahaja, tetapi guru dan ibu bapa juga mempunyai pengetahuan yang kurang mengenai ergonomik atau postur tubuh badan yang betul. Maka, pendedahan dari peringkat awal lagi adalah perlu supaya perkara ini tidak lagi berlarutan dan seterusnya mandatangkan masalah terutamanya masalah kesihatan kepada pelajar kelak.

3.0AKTIVITI PENDIDIKAN JASMANI3.1Aktiviti Memanaskan BadanUntuk tugasan kali ini, saya juga perlu untuk memerhatikan aktiviti pendidikan jasmani di sekolah. Aktiviti yang pertama ialah aktiviti memanaskan badan. Rajah 3 Pelajar Membuat Bulatan Untuk Memanaskan Badan

Melalui pemerhatian saya, untuk aktiviti memanaskan badan, guru menekankan kepada anggota badan yang hendak digunakan untuk aktiviti yang hendak dijalankan. Dalam kelas Pendidikan Jasmani yang saya sertai, aktiviti memanaskan badan dilakukan sekejap sahaja dan aktiviti memanaskan badan bergantung kepada aktiviti yang bakal dilakukan serta anggota yang terlibat. Sebagai contoh, untuk aktiviti membaling dan menangkap bola, hanya bahagian tangan dan kaki sahaja yang diberikan penekanan oleh guru. Hal ini kerana masa yang disediakan adalah terhad dan tidak mencukupi. Hanya untuk membawa murid ke padang dan membuat bulatan besar serta bersedia untuk aktiviti memanaskan badan sahaja sudah mengambil masa 10 minit. Hal ini kerana adalah sangat sukar bagi guru untuk mengawal tingkah laku pelajar terutamanya bagi guru yang kurang mempunyai sifat asertif terhadap pelajar. Kemudian, banyak masa juga akan digunakan untuk menyusun alatan yang digunakan serta membuat demonstrasi aktiviti yang bakal dilakukan. Pelajar yang hiperaktif serta nakal dan tidak mendengar arahan guru menjadikan aktiviti Pendidikan Jasmani memerlukan masa yang banyak. Seterusnya, untuk aktiviti menyejukkan badan, pelajar kembali membuat bulatan dan guru mengetuai aktiviti menyejukkan badan. Berbeza dengan aktiviti memanaskan badan, aktiviti menyejukkan badan dilakukan dengan sempurna dan secara menyeluruh. Namun, masih ada juga pelajar yang tidak mendengar arahan guru dan bermain-main ketika menjalankan aktiviti menyejukkan badan.Antara kepentingan aktiviti memanaskan badan adalah untuk mengurangkan risiko kecederaan pada otot, terutamanya bagi aktiviti sukan yang bersifat eksplosif seperti lari pecut. Maka, risiko kecederaan pelajar ketika aktiviti dilakukan dapat dikurangkan. Justeru, aktiviti memanaskan badan adalah sangat penting untuk dilakukan sebelum apa-apa aktiviti fizikal dilakukan. Aktiviti menyejukkan badan juga sangat penting dan pada kebiasaannya, aktiviti ini diabaikan. Aktiviti menyejukkan badan adalah sangat penting untuk menurunkan suhu badan dan kadar denyutan jantung ke tahap yang normal selepas melakukan aktiviti. Selain itu, aktiviti fizikal yang banyak menyebabkan terkumpulnya karbon dioksida pada otot-otot badan. Untuk mengeluarkan karbon dioksida dan digantikan dengan oksigen, aktiviti menyejukkan badan adalah perlu supaya pelajar akan bersedia untuk belajar matapelajaran yang seterusnya.Namun, masalah utama yang dapat saya perhatikan ialah kawalan guru terhadap pelajar. Pelajar-pelajar di sekolah ini sangat nakal dan aktif. Malah, masa untuk memanaskan badan juga terjejas kerana guru terpaksa memastikan semua pelajar benar-benar bersedia terlabih dahulu. Maka untuk mengatasi masalah ini, disiplin ketika menjalankan aktiviti Pendidikan Jasmani perlu diterapkan kepada pelajar. Mereka perlu dididik dengan sebaiknya seperti berbaris dahulu sebelum ke padang dan terus membuat bulatan setelah sampai di padang. Dengan penerapan disiplin, masa dapat dijimatkan dan guru boleh fokus dengan aktiviti memanaskan badan.

3.2Teknik Larian PelajarSepanjang berada di sekolah, saya juga memerhatikan cara pelajar berlari di sekolah. Adalah situasi kebiasaan di sekolah rendah untuk pelajar berlari-lari terutamanya ketika waktu rehat. Maka, saya menggunakan waktu rehat untuk melihat cara dan gaya larian mereka. Sepanjang melakukan Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) di sekolah ini, saya telah berjaya mengesan dua orang pelajar yang mempunyai masalah flat-footed. Pelajar tersebut merupakan pelajar Tahun 1 Teratai dan Tahun 2 Cempaka.Rajah 4 Pelajar yang Mempunyai Masalah Flat-Footed

Setelah diperhatikan dengan teliti serta melakukan beberapa ujian, mereka didapati mempunyai masalah flat-footed. Masalah ini lebih mudah dikesan sekiranya mereka tidak menggunakan kasut.Rajah 5 Keadaan Kaki Pelajar yang Mempunyai Masalah Flat-Footed

Merujuk kepada Rajah 5, masalah flat-footed pelajar ini boleh dilihat dengan agak ketara di mana keadaan tapak kakinya kelihatan seperti dalam posisi pronasi. Hal ini juga mempengaruhi gaya lariannya. Jika masalah ini dibiarkan berlarutan dan tidak dibendung, perkara ini akan mendatangkan masalah yang lebih besar lagi seperti masalah tulang belakang. Masalah ini juga akan menyebabkan tulang tumbuh di kawasan tumit dan mendatangkan kesakitan apabila mereka berjalan. Seterusnya, untuk hayunan tangan semasa larian, saya tidak melihat banyak masalah yang berlaku. Tetapi tidak ramai daripada pelajar yang berlari dengan gaya yang benar-benar betul. Kebanyakan daripada pelajar berlari dengan tapak tangan digenggam. Masalah koordinasi antara tangan dengan kaki juga tidak ada. Kemudian, untuk teknik larian pecut dan larian joging, mereka mampu untuk melakukannya dengan baik tanpa ada masalah yang perlu dirisaukan. Rajah 6 Pelajar Joging Untuk Memanaskan Badan

Untuk masalah flat-footed yang dialami oleh dua orang pelajar yang telah diperhatikan oleh saya, antara perkara yang boleh saya lakukan untuk mereka ialah memberitahu kepada guru mereka mengenai masalah yang sedang dihadapi oleh mereka. Semua guru tidak tahu mengenai masalah ini serta cara untuk membendung atau mengubati masalah ini. Antara perkara yang saya beritahu dengan dua orang pelajar tersebut ialah berlatih melakukan inversi, iaitu memusingkan tapak kaki ke bahagian dalam untuk melatih tapak kaki. Saya juga berpesan kepada mereka untuk berkaki ayam dan berjalan ke atas pasir, berjalan secara menyisi dengan langkah sebesar bahu dan cuba berdiri dengan menggunakan hujung tapak kaki atau jari kaki. Untuk teknik larian, saya memberitahu kepada pelajar supaya membuka tapak tangan semasa berlari untuk mengurangkan rintangan angin ketika berlari.3.3Teknik Manipulasi AlatanKemahiran manipulasi alatan juga penting dalam kehidupan seharian. Kemahiran ini merupakan kemahiran yang paling asas dalam usaha untuk menyediakan diri pelajar untuk mempelajari asas sukan dan seterusnya menguasai pelbagai kemahiran sukan. konsep manipulatif alatan ialah mengenai bagaimana cara pelajar mengayakan atau mempergunakan alatan dengan carayang betul dan cekap untuk membentuk gerakan baik pergerakan lokomotor ataupun pergerakan bukan lokomotor. kemahiran ini perlu diajarkan kepada pelajar pada peringkat umur yang awal lagi kerana pada peringkat awal, pelajar lebih mudah untuk menerima apa yang diajarkan kepada mereka. Rajah 6 Pelajar Membaling Bola

Semasa pelajar sedang menjalankan aktiviti manipulasi alatan, saya mendapati ada segelintir pelajar yang masih tidak mampu untuk mengkoordinasi mata dan tangan mereka. Mereka cuba untuk menyambut bola yang dilambung oleh rakan mereka, tetapi mereka tidak dapat menangkap bola tersebut. Mereka tidak dapat meneka bila bola datang kepada mereka dan bila masa yang sesuai untuk mereka menangkap bola tersebut. Pelajar juga menyambut bola tanpa menyerap impak daripada momentum bola tersebut. Hal ini jika diamalkan boleh memberikan kesan kepada sendi pergelangan tangan mereka. Seterusnya, untuk koordinasi antara mata dengan tangan, pelajar perlu berlatih untuk memperbaiki koordinasi antara tangan dan mata mereka. antara contoh aktiviti yang boleh dilakukan bagi memperbaiki koordinasi mereka ialah dengan bermain gelung dan wayar di mana pelajar perlu menggerakkan gelung tanpa menyentuh wayar.

4.0PERALATAN DAN KEMUDAHAN4.1Dewan dan PadangDi Sekolah Kebangsaan Saint Luke (M), ada dua tempat bagi menjalankan aktiviti Pendidikan Jasmani, iaitu dewan dan padang. di sekolah ini, ada sebuah dewan yang panjang dan pada setiap hari isnin, dewan ini dijadikan sebagai tempat perhimpunan. Secara kasar, panjang dewan tersebut ialah 50 meter. Rajah 7 Pelajar Melakukan Aktiviti Pendidikan Jasmani di Dewan

Antara kelebihan menggunakan dewan ini sebagai tempat untuk melakukan aktiviti Pendidikan Jsamani ialah pelajar dan guru terlindung daripada panas. Maka pelajar akan berasa lebih selesa dan mereka akan lebih menyukai matapelajaran Pendidikan Jasmani. Namun, kelemahan penggunaan dewan ini ialah ruang untuk pelajar bergerak adalah terhad dan tidak bebas. selain itu, dari segi keselamatan,. pelajar boleh terluka kerana cermin tingkap yang rendah. Selain itu, di belakang dewan ini juga terdapat banyak kerusi yang disusun dan sekiranya guru terleka sekejap, pelajar mungkin akan memanjat kerusi-kerusi yang bertindan di situ dan terjatuh lalu mendapat kecederaan. Lantai juga licin dan tidak sesuai untuk dijadikan sebagai tempat untuk berlari kerana risiko untuk terjatuh adalah lebih tinggi jika dibandingkan dengan berlari di atas padang biasa. Risiko kecederaan juga lebih tinggi di atas lantai dewan ini kerana lantai dewan ini terdiri daripada simen dan jubin yang sangat keras jika dibezakan dengan tanah dan rumput di atas padang. Sekolah ini juga baru membina sebuah padang untuk menambahkan lagi keselesaan pelajar dan guru untuk menjalankan pelbagai aktiviti Pendidikan Jasmani. Padang tersebut terletak di belakang blok pentadbiran sekolah. Memandangkan padang sekolah ini baru sahaja dibina, maka rumput yang ditanam masih belum lagi tumbuh. Dengan adanya kemudahan padang ini pelajar boleh bermain dengan bebas dan ruang untuk mereka bermain tidak kelihatan sempit dan terhad jika dibandingkan dengan dewan sekolah. Namun, terdapat beberapa perkara yang saya lihat boleh mendatangkan bahaya kepada pelajar sekiranya guru terleka atau tidak sedar dengan apa yang murid sedang lakukan. Antara faktor yang menyebabkan padang ini masih belum cukup selamat ialah dengan adanya parit yang sangat besar di tepi padang ini. Sekiranya pelajar terlalu leka bermain, mereka mungkin akan terjatuh ke dalam parit ini dan cedera. Selain daripada itu juga, tanah padang ini merupakan tanah kuning dan sekiranya hujan, padang ini akan menjadi tak ubah seperti padang lumpur. walaupun pada hari panas, padang ini akan tetap mengotorkan pakaian serta kasut pelajar. tanah yang melekat pada kasut pelajar juga akan mengotorkan kawasan sekolah.Rajah 7 Parit Besar di Tepi Padang

Seterusnya, masalah keselamatan yang saya lihat merupakan masalah yang besar serta memerlukan perhatian daripada guru besar ialah adanya kawasan curam yang mempunyai kedalaman sekurang-kurangnya 5 meter ke bawah. kawasan curam ini adalah sangat berbahaya kepada pelajar yang sedang melakukan aktiviti di padang. Berdasarkan kepada pemerhatian saya, kawasan curam ini adalah sangat bahaya dan sekiranya pelajar terjatuh ke bawah, pelajar berkemungkinan akan mengalami kecederaan yang serius seperti patah tulang dan sebagainya.Rajah 7 Kawasan Curam di Tepi Padang

Malah, kawasan curam ini tidak mempunyai pagar dan pelajar dengan mudah boleh terjatuh di situ. selain itu, peralatan juga mungkin akan jatuh di situ menyebabkan peralatan tidak dapat diambil semula. Sebagai contoh, sekiranya pelajar tersepak bola ke kawasan curam ini dan bola terjatuh ke bawah, maka adalah amat sukar untuk mendapatkan bola itu kembali.

Seterusnya, tempat padang tersebut juga tidak begitu sesuai pada pandangan saya. Ini kerana padang berada terlalu dekat dengan bilik guru, kelas dan perpustakaan. Maka, sukar untuk pelajar untuk bermain dengan alatan sepuasnya kerana bimbang terkena blok pentadbiran. Selain daripada keselamatan pelajar yang sedang bermain di padang, keselamatan guru serta peralatan sekolah seperti tingkap sekolah juga kurang terjamin.Rajah 8 Blok Pentadbiran di Tepi Padang

4.2Tempat Letak Alatan Murid Semasa Pendidikan JasmaniUntuk aktiviti Pendidikan Jasmani, pada kebiasaannya pelajar akan meletakkan alatan dan barang mereka di tepi blok pentadbiran. Hal ini berikutan kerana blok pentadbiran berada dekat dengan padang sekolah. pelajar juga dapat memastikan keselamatan barangan mereka. Jika barangan mereka seperti botol air ditinggalkan di dalam kelas begitu sahaja tanpa ada pengawasan, kemungkinan barangan mereka akan dicuri. Namun, berbeza daripada semasa saya bersekolah dahulu, pelajar dibenarkan untuk menggunakan baju Pendidikan Jasmani sepanjang hari persekolahan sekiranya pada hari tersebut mereka mempunyai aktiviti Pendidikan Jasmani. Pelajar tidak perlu membazirkan masa Pendidikan Jasmani untuk menukar pakaian mereka ataupun meminta izin daripada guru matapelajaran sebelum untuk menukar pakaian mereka. Hal ini akan memudahkan pelajar terutamanya dari segi penjagaan pakaian sekolah. sewaktu saya bersekolah dahulu, pakaian sekolah akan ditinggalkan begitu sahaja di dalam kelas dan perlu kembali ke kelas lebih awal untuk kembali mengenakan pakaian seragam sekolah. Pernah pada suatu hari, pakaian seragam sekolah kami dicampuradukkan oleh pelajar kelas lain yang tidak bertanggungjawab dan hal ini mendatangkan masalah kepada kami sekelas. Namun, aktiviti Pendidikan Jasmani dilakukan sedikit jauh daripada blok pentadbiran.

4.3Jenis dan Susunan Kerusi dan MejaMemerhatikan susunan kerusi dan meja di dalam kelas juga merupakan tugasan Pengalaman Berasaskan Sekolah pada semester ini. Hal ini kerana susunan kerusi dan meja di dalam kelas akan dapat memberikan kesan terhadap beberapa perkara. Melalui pemerhatian saya, hampir semua kelas di sekolah ini menggunakan susunan meja dan kerusi tradidional, iaitu susunan lurus seperti susunan meja semasa peperiksaan, tetapi terdapat meja yang digabungkan seperti yang dipaparkan di dalam rajah Rajah 9 Susunan Meja dan Kerusi Dalam Kelas

Antara perkara yang dipengaruhi oleh susunan kelas ialah keselamatan pelajar. Ruang untuk pelajar begerak dengan bebas tanpa ada sebarang ancaman keselamatan adalah perlu. Apa yang saya lihat, susunan meja di dalam kelas ini tidak menghalang laluan keluar pelajar sekiranya berlakunya kecemasan seperti kebakaran. Jarak antara meja untuk laluan pelajar kelihatan cukup luas untuk pelajar bergerak di dalam kelas. Selain itu, kerusi yang digunakan ialah kerusi plastik. kerusi plastik dilihat lebih selamat untuk digunakan. Kerusi plastik tidak mempunyai bucu yang tajam dan ianya lebih ringan jika dibezakan dengan kerusi plastik. Faktor seterusnya yang dipengaruhi oleh susunan meja di dalam kelas ialah kawalan guru semasa mengajar. Melalui penggunaan susunan tradisional seperti ini, guru lebih mudah untuk mengawal pelajar di dalam kelas. Guru dapat berjalan-jalan di antara meja pelajar untuk memerhatikan aktiviti pelajar. Jika guru berdiri di hadapan kelas, guru juga mampu untuk mendapatkan pandangan secara menyeluruh pelajar di dalam kelas. Maka, proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas boleh dijalankan dengan lebih lancar dan terkawal.Kemudian, faktor yang lain ialah pelajar dapat menumpukan perhatian mereka kepada guru dan papan hitam di hadapan kelas dengan lebih mudah melalui penggunaan susunan meja tradisional ini.Rajah 10 Sudut Pandangan Pelajar di Dalam Kelas

Rajah 10 menunjukkan sudut pandangan pelajar ketika berada di dalam kelas. Rajah ini menunjukkan bahawa pelajar dapat melihat guru yang sedang mengajar di hadapan kelas dengan kelas. Guru kelas juga memaklumkan bahawa pelajar disusun mengikut ketinggian mereka di mana pelajar yang tinggi akan duduk di belakang kelas manakala pelajar yang rendah akan duduk di hadapan kelas. Seterusnya, untuk susunan meja kelas Prasekolah, susunan meja mereka disusun secara berkelompok. Hal ini kerana aktiviti pembelajaran yang dilakukan oleh pelajar Prasekolah lebih banyak melibatkan aktiviti berkumpulan. Mereka juga banyak berinteraksi dengan rakan mereka di dalam kelas semasa belajar jika dibandingkan dengan sesi pembelajaran pelajar sekolah rendah. Ruangan di hadapan kelas juga disediakan supaya lebih mudah untuk pelajar Prasekolah pergi dan duduk di hadapn kelas untuk menjalankan aktiviti seperti bercerita. pelajar akan duduk di atas lantai. Selain itu, kerusi dan meja yang digunakan adalah sesuai dengan saiz tubuh badan mereka. hal ini akan membantu mereka untuk memastikan bahawa postur tubuh badan mereka ketika sedang duduk di atas kerusi adalah betul. Mereka juga akan berasa lebih selesa untuk belajar di dalam kelas sekiranya peralatan yang disediakan adalah sesuai dengan saiz badan mereka. Rajah 11 Susunan Meja Kelas Prasekolah

Rajah 12 Saiz Kerusi yang Digunakan Oleh Pelajar Prasekolah

Rajah 13 Ruangan di Hadapan Kelas Prasekolah

4.4Peralatan Untuk Pendidikan JasmaniUntuk peralatan yang digunakan untuk Pendidikan Jasmani, apa yang saya perhatikan, peralatan masih kurang dari segi variasi jenis peralatan. Dari segi kuantiti peralatan adalah mencukupi untuk semua sekelas pelajar, tetapi untuk variasi jenis peralatan, tidak banyak jenis perlatan yang ada di sekolah ini.JenisKuantiti

Raket Badminton50

Bulu Tangkis4 Botol

Bola Sepak30

Bola Takraw5

Skital Pelbagai saiz45

Pundi Kacang20

Gelung Pelbagai saiz38

Bakul25

Kasut Larian3 Pasang

Baton13

Tali SkippingJadual 1 Senarai Peralatan dan Kuantiti

40

Untuk kualiti, kebanyakan daripada peralatan yang ada di sekolah ini masih berada dalam kondisi yang baik dan masih selamat untuk digunakan. Guru di sekolah ini memaklumkan bahawa peralatan yang lama dan rosak telahpun digantikan dengan yang baru. Tetapi, peralatan ini tidak disusun dengan baik dan sistematik. hal ini kerana stor di sekolah ini merupakan stor serbaguna di mana semua peralatan di sekolah ini dikumpulkan ke dalam stor yang sama. Maka, keadaan di dalam stor agak serabut. Pelbagai peralatan lain seperti komputer, air minuman, fail dan sebagainya dikumpulkan ke dalam stor yang sama.Rajah 14 Keadaan di Dalam Stor Sukan

5.0SEJAUH MANAKAN PENGAJARAN ANATOMI DAN FISIOLOGI DITERAPKAN PADA PELAJAR SEMASA MATAPELAJARAN PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATANSeorang guru matapelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan perlu mempunyai pengetahuan mengenai anatomi dan fisiologi. Hal ini kerana dengan pengetahuan mengenai anatomi dan fisiologi, aktiviti yang dirancang dan dilakukan terhadap pelajar akan menjadi lebih selamat. dengan pengetahuan ini, guru dapat mengenalpasti dah kemampuan pelajar dan mampu untuk merancang aktiviti yang sesuai. Maka, risiko kecederaan dapat dikurangkan. Selain itu juga, guru juga akan dapat untuk mengenalpasti bakat yang ada dalam kalangan pelajar mengenai aktiviti sukan. Penerapan pengetahuan mengenai anotomi dan fisiologi kepada pelajar juga sangat penting. ini supaya murid dapat mengenalpasti had kemampuan tubuh badan mereka dan tidak akan memaksa tubuh mereka untuk melakukan perbuatan yang melampaui had tubuh badan mereka. Jika kesedaran mengenai had tubuh badan kurang, risiko untuk mendapatkan kecederaan yang serius adalah tinggi. Seterusnya, dengan penerapan ini juga, pelajar sendiri dapat memantau perkembangan tubuh badan mereka sendiri. Maka, sekiranya perkembangan tubuh badan mereka mempunyai masalah, mereka akan dapat mengesan asalah tersebut dan berjumpa dengan orang yang lebih pakar untuk mengatasi masalah tersebut. selain daripada perkembangan tubuh badan, pelajar juga dapat mengetahui mengenai sistem tubuh badan mereka. Justeru, sekiranya mereka mempunyai masalah kesihatan, mereka dapat untuk mengesan masalah tersebut dengan lebih awal. Mereka juga akan mempunyai kesedaran terhadap fungsi sistem yang terdapat pada badan mereka dan akan menjaga kesihatan mereka supaya sistem-sistem tubuh badan dapat berfungsi dengan baik.Melalui pemerhatian saya, semasa guru menjalankan aktiviti, penerapan mengenai anotomi dan fisiologi adalah kurang. Akan tetapi, guru juga ada menekankan mengenai kepentingan memanaskan badan dan risiko yang ada sekiranya pelajar tidak memanaskan badan dengan baik sebelum menjalankan aktiviti. Saya hanya mampu mengikuti kelas Pendidikan Jasmani sebanyak tiga kali kerana saya juga ada tugasan untuk matapelajaran yang lain. Guru juga ada menerangkan mengenai kesihatan tubuh badan, tetapi tidak secara keseluruhan atau mendalam. Guru juga tidak mengaitkan antara jenis dan fungsi sistem yang ada dalam tubuh badan dan hanya menerangkan dengan ringkas seperti penyakit jantung adalah disebabkan oleh kurang bersenam. Sebab kenapa seseorang mendapat penyakit jantung tidak dijelaskan secara menyeluruh. Sistem yang terlibat dan kesan terhadap individu jika mempunyai penyakit jantung tidak dijelaskan dengan sebaiknya oleh guru. Konklusinya, penerapan mengenai anotomi dan fisiologi dalam pengajaran Pendidikan Jasmani dan kesihatan adalah kurang.

6.0SETAKAT MANAKAH PIHAK SEKOLAH MEMENTINGKAN GAYA HIDUP SIHAT KEPADA PELAJAR MELALUI AKTIVITI SENAMAN, RANCANGAN DIET, PEMAKANAN SEIMBANG, RANCANGAN MAKANAN TAMBAHAN (RMT) DAN PROGRAM KEBERSIHANSetelah seminggu berada di sekolah ini, saya berpendapat bahawa pihak sekolah amat menekankan semua aspek ini. Hal ini jelas kelihatan apabila semasa perhimpunan, Guru Besar memberikan taklimat mengenai jogathon yang bakal diadakan selepas cuti sekolah dan pentingnya senaman untuk memastikan kesihatan. Di sekitar kawasan sekolah juga ada beberapa poster mengenai kepentingan bersenam terhadap kesihatan yang dilekatkan. Semasa mengajar, guru seringkali memberitahu pelajar bahawa bersenam adalah penting bagi kesihatan. Gaya hidup yang sihat dapat memberikan kesan yang positif terhadap prestasi pelajaran disekolah. Untuk rancangan diet dan pemakanan seimbang, pihak sekolah juga menunjukkan betapa pihak sekolah menekankan kepentingan aspek ini melalui penampalan poster-poster di sekolah. Semasa perhimpunan, Guru Besar juga berpesan kepada pelajar supaya menjaga kesihatan, keselamatan dan pemakan mereka semasa bercuti supaya semua pelajar dapat kembali ke sekolah setelah cuti sekolah tamat. Ini menunjukkan betapa pihak sekolah prihatin terhadap kesihatan dan pemakanan pelajar. Seterusnya, untuk Rancangan Makanan Tambahan (RMT), ada sebuah dapur khas untuk penyediaan makanan ini. Keadaan dapur ini sangat bersih dan teratur. Menu makanan juga menarik dan makanan yang disediakan sedap dan bersih. Tempat pelajar mengambil makanan ialah di dewan sekolah. Kemudian, untuk program kebersihan, saya dapati bahawa sekolah ini sangat mementingkan kebersihan di mana kawasan sekolah adalah bersih. Selain itu, untuk penerapan amalan penjagaan kebersihan dalam kalangan pelajar sekolah, pihak sekolah menganjurkan pertandingan kebersihan dan keceriaan kelas. Pelajar kelihatan sangat teruja untuk memenangi pertandingan tersebut. Pertandingan ini akan dapat untuk menyerapkan amalan menjaga kebersihan dalam kalangan pelajar. Namun, keadaan tandas pelajar adalah sedikit kotor tetapi secara keseluruhannya, sekolah ini bersih.Secara total, pihak sekolah amat mementingkan gaya hidup sihat kepada pelajarnya melalui aktiviti senaman, rancangan diet, pemakanan seimbang, Rancangan Makan Tambahan (RMT) dan program kebersihan. 23