tubuh persatuan

17
PERATURAN-PERATURAN PENUBUHAN (Persatuan Sekolah)

Post on 10-Feb-2016

259 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

sdf

TRANSCRIPT

Page 1: Tubuh Persatuan

PERATURAN-PERATURAN PENUBUHAN

(Persatuan Sekolah)

Page 2: Tubuh Persatuan

PERATURAN-PERATURAN PENUBUHAN (Kelab/Persatuan Sekolah)1. Guru Besar / Pengetua mestilah mematuhi

beberapa prosedur tertentu untuk tujuan Penubuhan Persatuan dan Kelab.

2. Dalam Warta Kerajaan Bertarikh 21hb Mei 1998, Jilid 42. No.11 Tambahan No.41, Perundangan P.U (A) 196. ada dinyatakan; Pada menjalankan kuasa yang diberikan oleh seksyen 130 Akta Pendidikan 1996, Menteri membuat peraturan yang berikut:

Page 3: Tubuh Persatuan

i) Peraturan-peraturan ini bolehlah dinamakan Peraturan-Peraturan Pendidikan (Persatuan Sekolah) 1998 dan hendaklah mula berkuatkuasa pada pada 21 Mei 1998.

• ii) Peraturan-peraturan ini adalah terpakai bagi sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan

Page 4: Tubuh Persatuan

iii) Dalam Peraturan-Peraturan ini -“guru besar” atau “pengetua” ertinya pegawai

dalam Perkhidmatan Pendidikan yang dilantik oleh Ketua Pengarah Pendidikan untuk mengurus sekolah:“jawatankuasa“ ertinya sekumpulan orang yang dilantik atau dipilih untuk menjalankan tugas persatuan sekolah:“penasihat” ertinya guru yang dilantik oleh guru besar atau pengetua untuk memberi nasihat kepada persatuan sekolah.“persatuan sekolah” ertinya apa-apa kelab atau persatuan murid dan guru sekolah.

Page 5: Tubuh Persatuan

  iv) Guru Besar atau Pengetua, setelah menerima permohonan secara bertulis, hendaklah menubuhkan persatuan sekolah daripada kategori yang berikut:-

Page 6: Tubuh Persatuan

mata pelajaran yang diajar di sekolah sebagaimana yang dinyatakan dalam Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997:

hobi dan rekreasisukan dan permainanbadan beruniform:

atau apa-apa persatuan lain yang diluluskan oleh Pendaftar

Page 7: Tubuh Persatuan

  

v) Jawatankuasa tiap-tiap persatuansekolah hendaklah

mengemukakan secara bertulis kepada

guru besar atau pengetua, laporan yang

lengkap mengenai perkara-perkara

berikut:- perlembagaan persatuan- senarai ahli jawatankuasa

- senarai aktiviti utama persatuan.

Page 8: Tubuh Persatuan

vi) Laporan itu hendaklah dikemukakan

dalam tempoh empat belas hari mula

berkuatkuasa-nya Peraturan-Peraturan

ini atau dalam hal persatuan yang

ditubuhkan selepas Peraturan-Peraturan

ini berkuatkuasa dalam tempoh empat

belas hari selepas mesyuarat pertama persatuan tersebut.

Page 9: Tubuh Persatuan

3. Perlembagaan dan peraturan persatuan sekolah hendaklah diluluskan oleh guru besar atau pengetua. 4. (i) Jawatankuasa tiap-tiap persatuan sekolah hendaklah mengemukakan secara bertulis kepada guru besar atau pengetua, laporan yang lengkap mengenai apa-apa perubahan dalam perlembagaan, peraturan jawatankuasa atau ahli persatuan.

Page 10: Tubuh Persatuan

• (ii) Laporan itu hendaklah dikemukakan dalam tempoh empat belas hari dari tarikh yang laporan tentang perubahan itu dibuat , dan hendaklah disahkan dengan tandatangan pengerusi dan setiausaha persatuan berkenaan.

• (iii) Guru besar atau pengetua boleh, menerima atau enggan untuk menerima perubahan yang dinyatakan dalam subperaturan (1).

Page 11: Tubuh Persatuan

DEFINISI KELAB/PERSATUAN• Sesuatu entiti kumpulan yang berstruktur,

berpelembagaan, berperaturan dan berkepimpinan yang dianggotai oleh murid-murid sekolah yang mempunyai minat, kegemaran, hasrat dan kecenderungan yang sama serta bertujuan untuk saling bekerjasama, bantu membantu dan berkongsi sumber dalam melaksanakan aktiviti dan mencapai cita-cita serta matlamat yang telah ditetapkan dan dipersetujui bersama bagi memperkembangkan minat, kegemaran, hasrat dan kecenderungan masing-masing.

Page 12: Tubuh Persatuan

TUJUAN PENUBUHAN Menggabungkan murid-murid yang mempunyai minat, kegemaran, hasrat dan kecenderungan yang sama supaya murid-murid berpeluang dan berkesempatan:

i. Merancang dan melaksanakan aktiviti dan kegiatan secara berkumpulan.ii. Berkongsi pengetahuan dan pengalaman dalam bidang yang diminati dan digemari.iii. Menetapkan matlamat yang dipersetujui dan dilaksanakan bersama.iv. Berkongsi sumber dan peralatan.v. Mewujudkan peluang kepada murid-murid mengembangkan bakat dan potensi kepimpinanvi. Mewujudkan wahana kepada murid-murid mengembangkan bakat dan potensi masing- masing ke peringkat yang lebih tinggi

Page 13: Tubuh Persatuan

OBJEKTIF KHUSUS

1 Menjelaskan matlamat dan tujuan penubuhan kelab atau persatuan di sekolah dalam konteks kependidikan dan kepimpinan

2 Menjelaskan kaedah dan tatacara penubuhan kelab atau persatuan.

3 Menjelaskan kaedah dan tatacara pentadbiran dan pengurusan kelab atau persatuan

Page 14: Tubuh Persatuan

4 Menjelaskan kaedah dan tatacara pengurusan dan pengelolaan aktiviti dan kegiatan kelab atau persatuan di sekolah berdasarkan perancangan dan undang-undang.

5 Membentang dan menjelaskan ciri-ciri dan nilai-nilai asas kepimpinan.

6 Menjelaskan tanggungjawab dan peranan murid-murid sebagai warganegara berdasarkan Rujunegara, perlembagaan negara dan Wawasan 2020.

Page 15: Tubuh Persatuan

BAGAIMANA MENUBUHKAN KELAB/PERSATUAN

1.Murid-murid membentuk jawatankuasa

penaja untuk menetapkan:-

a. Tujuan dan matlamat

b. Aktiviti dan kegiatan

c. Peraturan

d. Perlembagaan

Page 16: Tubuh Persatuan

2. Jawatankuasa penaja menulis permohonan rasmi kepada Pengetua atau Guru Besar dengan menyertakan dokuman yang telah ditetapkan di atas.

3. Mendapatkan kelulusan daripada Pengetua atau Guru Besar

4. Mendaftarkan ahli-ahli kelab atau persatuan yang telah diluluskan oleh Pengetua atau Guru Besar

Page 17: Tubuh Persatuan

5. Mengadakan Mesyuarat Agung penubuhan dengan:

i. Memilih Ahli Jawatankuasaii.Merancang aktiviti tahunan

kelab/persatuaniii. Pengesahan dokumen

kelab/persatuaniv. Mengoperasikan kelab/persatuan