tugasan kerja kursus sjh3033e

4
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TUN ABDUL RAZAK TUGASAN PROJEK PROGRAM : PISMP NAMA PELAJAR : KOD DAN NAMA KURSUS : KURIKULUM SEJARAH SEKOLAH RENDAH (SJH3033E) SEMESTER : TIGA (3) TARIKH MULA : 06 JULAI 2015 TARIKH HANTAR: 31 JULAI 2014 Hasil Pembelajaran : 1. Menerangkan secara lisan dan bertulis komponen dalam sukatan pelajaran sejarah sekolah rendah. 2. Menghuraikan kandungan sukatan pelajaran sejarah sekolah rendah secara grafik dan kritikal. 3. Membincangkan secara berkumpulan ciri-ciri guru sejarah sekolah rendah yang efektif. 4. Menganalisis peranan panitia sejarah sekolah rendah secara kritikal. 5. Merumuskan peranan mata pelajaran sejarah dalam membina patriotik diri seorang warganegara. Projek ini menilai hasil pembelajaran 3 dan 5. Objektif Projek: 1. Menghuraikan secara terperinci ciri-ciri yang perlu ada pada

Upload: nur-syahira-mohd-narudin

Post on 05-Feb-2016

70 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Tugasan Kerja Kursus SJH3033E

INSTITUT PENDIDIKAN GURUKAMPUS TUN ABDUL RAZAK

TUGASAN PROJEK

PROGRAM : PISMP NAMA PELAJAR :

KOD DANNAMA KURSUS : KURIKULUM SEJARAH SEKOLAH RENDAH (SJH3033E) SEMESTER : TIGA (3)

TARIKH MULA : 06 JULAI 2015 TARIKH HANTAR: 31 JULAI 2014

Hasil Pembelajaran :

1. Menerangkan secara lisan dan bertulis komponen dalam sukatan pelajaran sejarah sekolah rendah.

2. Menghuraikan kandungan sukatan pelajaran sejarah sekolah rendah secara grafik dan kritikal.

3. Membincangkan secara berkumpulan ciri-ciri guru sejarah sekolah rendah yang efektif.

4. Menganalisis peranan panitia sejarah sekolah rendah secara kritikal.

5. Merumuskan peranan mata pelajaran sejarah dalam membina patriotik diri seorang warganegara.

Projek ini menilai hasil pembelajaran 3 dan 5.

Objektif Projek:

1. Menghuraikan secara terperinci ciri-ciri yang perlu ada pada seseorang guru sejarah sekolah rendah yang berkesan.

2. Merumuskan sejauhmana mata pelajaran Sejarah di sekolah rendah mampu berperanan dalam membina semangat patriotisme di kalangan murid di sekolah rendah.

Page 2: Tugasan Kerja Kursus SJH3033E

TUGASAN (100%)

Rangsangan:

Keilmuan dalam persejarahan sangat penting untuk melahirkan seorang insan yang benar-benar cinta akan negara.

Huraikan tentang ciri-ciri guru sejarah yang cemerlang di sekolah rendah dan sejauhmanakah mata pelajaran sejarah tersebut mampu berperanan dalam membina semangat patriotisme di dalam diri seseorang murid.

Secara individu, hasilkan satu tugasan yang perlu meliputi perkara berikut :-

1. Penulisan tentang definisi serta konsep sejarah.

2. Menghuraikan ciri-ciri guru sejarah yang cemerlang di sekolah rendah.

3. Menganalisis dan menghubungkaitkan sejauhmana mata pelajaran sejarah di sekolah rendah mampu berperanan dalam membina semangat patriotisme di dalam diri murid.

4. Menghasilkan satu penulisan refleksi berkaitan dengan tugasan (berdasarkan input yang diperolehi serta pengalaman semasa menghasilkan tugasan).

Panduan Pelaksanaan Projek

1. Tugasan ini adalah tugasan secara individu.

2. Anda boleh bergerak secara kolaboratif untuk mengumpul data atau maklumat.

3. Format penulisan tugasan adalah seperti berikut:

3.1 Bahagian kulit depan tugasan hendaklah dilengkapkan dengan butiran

berikut:

a. Logo & Nama IPGb. Nama Penuh Pelajarc. Angka Giliran / No. Matrikd. No. Kad Pengenalane. Kumpulanf. Kod dan Nama Kursusg. Tajuk Tugasan Projekh. Nama Pensyarah Akademiki. Tarikh Hantar

3.2 Fon - Arial 3.3 Saiz huruf ialah 11 3.4 Langkau 1.5 baris 3.5 Rujukan mengikut format APA 3.6 Digalak untuk menyertakan lampiran3.7 Jawab dalam Bahasa Melayu.

4. Panjang tugasan tidak melebihi 12 muka surat (tidak termasuk lampiran dan

Page 3: Tugasan Kerja Kursus SJH3033E

rujukan).

5. Rujukan harus merangkumi jurnal, buku rujukan, dan sumber internet.

6. Amalan plagiat tidak dibenarkan.

7. Tugasan perlu disiapkan dalam tempoh 4 minggu .

8. Tugasan ini membawa markah 100% dan wajaran 100%

Tugasan yang baik harus menunjukkan kriteria berikut:

1. Liputan isi kandungan yang menyeluruh, konsisten dan terperinci.

2 .Tugasan anda haruslah meliputi perkara berikut:

a. Menghuraikan tentang definisi serta konsep Sejarah dengan mengambil contoh pandangan tokoh sejarawan dari pelbagai latarbelakang.

b. Menghuraikan tentang ciri-ciri guru Sejarah sekolah rendah yang cemerlang secara terperinci beserta contoh yamg sesuai.

c. Menghurai perkaitan serta merumuskan sejauhmana mata pelajaran Sejarah di sekolah rendah mampu berperanan dalam membina semangat patriotisme dalam diri seseorang murid berdasarkan penekanan terhadap elemen kewarganegaraan dan nilai sivik.

d. Merumuskan hubungkait tentang kepentingan pengalaman dalam penulisan serta maklumat yang diperolehi terhadap proses pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran di kelas.

3 Bukti-bukti dan bahan-bahan yang dapat menyokong hujah-hujah anda hendaklah dikemukakan (dilampirkan)

4 Keseluruhan isi dan pengolahan perlu menunjukkan keaslian, kematangan dan

berilmiah.

5 Format dan organisasi laporan perlu jelas dan koheren.

6 Penulisan esei/laporan/refleksi harus menunjukkan kefasihan bahasa, laras bahasa

yang sesuai dan tiada kesalahan ejaan.

Tugasan disediakan oleh : Disemak oleh :

( MAZLAN BIN JUNAIDI ) ( MORIS HENRY MANJAT )Pensyarah Pakar Bidang (SME) : Kurikulum Jabatan Kajian Sosial Jabatan Kajian SosialIPG Kampus Tun Abdul Razak IPG Kampus Tun Abdul Razak

Disahkan oleh ( MAZLAN BIN JUNAIDI )Ketua JabatanJabatan Kajian Sosial, IPG Kampus Tun Abdul Razak