tugasan kerja kursus projek edu 3053-2015

7
Tugasan KKP INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN JABATAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN TUGASAN PROJEK TAJUK PROGRAM : PISMP (AMB. JUN 2013) NAMA PELAJAR : KOD DAN NAMA KURSUS : EDU3053:TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN & PEMBELAJARAN SEMESTER : SEM 1, TAHUN 2 TARIKH MULA: 03/03/2015 TARIKH AKHIR: 31/03/2015 Hasil Pembelajaran Kursus ( Course Learning Outcome - CLO ) 1. Menjelaskan konsep, teori, amalan dan perkembangan Teknologi Pendidikan. 2. Menghasilkan pelbagai media pengajaran secara berkesan. 3. Mengaplikasi kemahiran teknikal dengan menggunakan pelbagai media dalam proses pengajaran dan pembelajaran. 4. Mengintegrasi kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi dalam pengajaran dan pembelajaran. 5. Menilai keberkesanan penggunaan media pengajaran dan pembelajaran. . Kerja kursus ini dilaksanakan bagi menilai Hasil Pembelajaran 1,2,3 dan 4 Objektif Projek: Pelajar dapat melaksanakan tugas-tugas berikut: 1. Menghasilkan bahan pengajaran dan pembelajaran berupa Objek Pembelajaran (Learning Object) bagi satu topik mata pelajaran sekolah rendah. (1)

Upload: cva-raj

Post on 25-Dec-2015

90 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

tdp

TRANSCRIPT

Page 1: Tugasan Kerja Kursus Projek EDU 3053-2015

Tugasan KKP

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN

JABATAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN

TUGASAN PROJEK

TAJUK PROGRAM :

PISMP (AMB. JUN 2013)

NAMA PELAJAR :

KOD DAN NAMA KURSUS :

EDU3053:TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN & PEMBELAJARAN

SEMESTER :

SEM 1, TAHUN 2

TARIKH MULA: 03/03/2015 TARIKH AKHIR: 31/03/2015

Hasil Pembelajaran Kursus ( Course Learning Outcome - CLO )

1. Menjelaskan konsep, teori, amalan dan perkembangan Teknologi Pendidikan.

2. Menghasilkan pelbagai media pengajaran secara berkesan.

3. Mengaplikasi kemahiran teknikal dengan menggunakan pelbagai media dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

4. Mengintegrasi kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi dalam pengajaran dan pembelajaran.

5. Menilai keberkesanan penggunaan media pengajaran dan pembelajaran.

.

Kerja kursus ini dilaksanakan bagi menilai Hasil Pembelajaran 1,2,3 dan 4

Objektif Projek:

Pelajar dapat melaksanakan tugas-tugas berikut:

1. Menghasilkan bahan pengajaran dan pembelajaran berupa Objek Pembelajaran (Learning Object) bagi satu topik mata pelajaran sekolah rendah.

2. Menghurai penggunaan objek pembelajaran pendidikan secara berkesan berdasarkan Model ASSURE.

3. Menghasilkan 20 rakaman foto satu siri asas komposisi dan Syot fotografi.

4. Menghasilkan satu rakaman kreatif fotografi yang merangkumi kemahiran komposisi dan syot yang di pelajari

5. Membuat catatan kritis rakaman foto kreatif yang dihasilkan.

(1)

Page 2: Tugasan Kerja Kursus Projek EDU 3053-2015

Tugasan KKP

Tugasan Projek (100%)

1.0 Penghasilan Objek Pembelajaran ( Learning Object) (70%)

` Objek pembelajaran dalam pengajaran dan pembelajaran adalah sesuai bagi

kaedah pembelajaran secara dalam talian dan luar talian. Objek pembelajaran yang

baik dapat membawa sesuatu konsep pelajaran dalam kehidupan harian kepada

pelajar. Pelajar dapat melihat sesuatu pengajaran dalam konteks yang menyeluruh

dan lebih mudah memahami berbanding mendengar guru menyampaian PdP secara

lisan. Dengan kemudahan teknologi yang sedia ada pada ketika ini menjadikan

penyediaan objek pembelajaran lebih mudah dan bermanfaat berbanding

penyediaan bahan media yang lain.

Tugas anda ialah menghasilkan satu objek pembelajaran yang sesuai untuk

kegunaan dalam pengajaran dan pembelajaran bagi satu topik mata pelajaran

sekolah rendah.berdasarkan kriteria berikut.

1.1 Sediakan catatan komprehensif penyediaan pengajaran dan pembelajaran

bagi satu topik mata pelajaran sekolah rendah berdasarkan model ASSURE

dengan fokus kepada pembinaan objek pembelajaran.

1.2 Isi kandungan objek pembelajaran dipilih daripada satu topik mata pelajaran

sekolah rendah.

1.3 Penggunaan elemen seperti teks, audio, grafik, animasi dan video adalah

diwajibkan.

1.4 Elemen dalam (iii) di atas yang bukan ciptaan anda haruslah dinyatakan

sumber asalnya dengan jelas.

1.5 Nyatakan metadata yang jelas dalam objek pembelajaran.

1.6 Nyatakan sebagai lampiran senarai rujukan tentang maklumat yang

diperolehi mengikut format APA.

1.7 Sediakan hasil tugasan ini dalam bentuk hardcopy dan softcopy (dalam

`CD/DVD) dan melengkapkan perkara-perkara berikut iaitu nama anda, No

K/P, kelas dan nama pensyarah pada bahan tugasan yang dihantar. Semua

bahan hendaklah dipakej dengan baik dan kemas. Tugasan dalam CD/DVD

diletak dalam sampul surat yang digamkan pada bahagian Lampiran.

(2)

Page 3: Tugasan Kerja Kursus Projek EDU 3053-2015

Tugasan KKP

2.0 Penghasilan Pengaplikasian Kemahiran Fotografi (30%)

2.1 Pelajar membuat rakaman fotografi digital berdasarkan kemahiran komposisi

dan syot.

2.2 Hasilkan satu rakaman fotografi yang kreatif berdasarkan kemahiran yang di

pelajari melalui teori dan amali.dalam skop penggambaran waktu petang.

2.3 Nyatakan 5 justifikasi dengaN kata kunci : “mengapakah gambar ini

dianggap unik”.

2.4 Nilai utama sesuatu rakaman fotografi terletak pada kesesuaian ia sebagai

foto kreatif.

PANDUAN PELAKSANAAN KERJA KURSUS

A Penghasilan Objek Pembelajaran (70%)

1. Penghasilan objek pembelajaran hendaklah yang asli, kreatif, berkualiti dan jelas.

2. Pemilihan elemen-elemen multimedia yang sesuai perlu diteliti.

3. Pembinaan objek pembelajaran dalam pengajaran dan pembelajaran perlu jelas,

berkesan dan menepati model ASSURE.

4. Amalan plagiat tidak dibenarkan dan hasil tugasan akan ditolak.

B Penghasilan Pengaplikasian Kemahiran Fotografi (30%)

1. Penghasilan rakaman fotografi digital adalah secara kreatif.

2. Rakaman fotografi menggunakan kamera digital sahaja.

3. 10 jenis Komposisi harus dirakam oleh pelajar;

i. Latar depan

ii. Latar belakang

iii. Bingkai

iv. Bayang

v. Garisan

vi. Panning

vii. Peraturan Sepertiga

viii. Pengukuran

ix. Perspektif

x. Tekstur

(3)

Page 4: Tugasan Kerja Kursus Projek EDU 3053-2015

Tugasan KKP

4. 10 jenis Syot harus dirakaman oleh pelajar;

i. Extreme Close-Up (XCU/ECU) Detail shot

ii. Very Close-Up (VCU) Face shot

iii. Big Close-Up (BCU) Full Face shot

iv. Close-Up (CU) Head + Shoulder shot

v. Medium Close-Up (MCU) Bust/Chest shot

vi. Medium Shot (MS) / Close Medium Shot (CMS) Waist shot (WS)

vii. Knee Shot (KS)

viii. Medium Long Shot (MLS)

ix. Long Shot (LS)

x. Extreme Long Shot (XLS)

5. Cetakan akhir komposisi dan syot harus disusun dalam satu album gambar yang

selaras dan disertakan dengan metadata.

6. Penghasilan rakaman kreatif fotografi yang menggabungkan sekurang-

kurangnya 3 jenis teknik penggabungan jalinan kemahiran syot dan komposisi..

7. Perlu ada 5 catatan kritis tentang fotografi kritis dengan katakunci “kenapa

gambar ini dikatakan sebagai unik”

8. Foto kreatif perlu di cetak dalam saiz 8R dan di lekatkan pada Mountain Board

sebagai bingkai yang bersesuaian untuk pameran

AM

1. Perincian tugasan seperti berikut:

(A) Penghasilan Objek Pembelajaran - 70%

(B) Komposisi dan Syot dalam Fotografi Digital - 30%

2. Wajaran tugasan ini ialah 60% dan peperiksaan akhir ialah 40%.

(4)

Page 5: Tugasan Kerja Kursus Projek EDU 3053-2015

Tugasan KKP

Tugasan yang baik harus menunjukkan kriteria-kriteria berikut:

1. Liputan isi kandungan yang menyeluruh, konsisten dan terperinci.

2. Tugasan anda perlu merangkumi perkara berikut;

I Penghasilan Objek Pembelajaran yang memenuhi keperluan pengajaran dan pembelajaran mengikut Model ASSURE

ii. Huraian perincian penggunaan Objek Pembelajaran di dalam kelas berdasarkan Model ASSURE.

ii. Implikasi penggunaan media pengajaran dan bahan pengajaran dalam penghasilan pengajaran yang berkesan

iii. Penghasilan rakaman fotografi tepat dengan kehendak kerja kursus

iv. Penghasilan rakaman kreatif yang menepati kehendak kerja kursus serta catatan kritis yandi di sertakan.

3. Bukti-bukti dan bahan-bahan yang dapat menyokong bahan yang diperolehi.

4. Keseluruhan isi dan pengolahan ada menunjukkan keaslian hasil yang diperolehi

dan sokongan ilmiah.

5. Mempunyai penjelasan yang kukuh dalam format dan organisasi.

6. Penulisan laporan harus menunjukkan penggunaan tatabahasa yang baik,

kematangan pandangan, penyampaian persembahan dan maklumat yang

sistematik.

(5)

Page 6: Tugasan Kerja Kursus Projek EDU 3053-2015

Tugasan KKP

Kriteria Pemarkahan

Tugasan akan disemak berdasarkan rubrik pemarkahan yang disediakan.

Tugasan disediakan oleh: Disemak oleh:

_____________________________________ ________________(MOHD MAZNIHAN BIN MOHAMAD NOOR) (REDZUAN RADZI)Penyelaras Kursus EDU3053 Jabatan Teknologi PendidikanIPG Kampus Tengku Ampuan AfzanKuala Lipis, Pahang.

Pakar Bidang SME EDU3053 Jabatan Teknologi PendidikanIPG Kampus Tengku Ampuan AfzanKuala Lipis, Pahang.

Disahkan oleh

_______________________

(ZURAIDA BINTI YUSOF) Ketua Jabatan Teknologi PendidikanJabatan Teknologi PendidikanIPG Kampus Tengku Ampuan AfzanKuala Lipis, Pahang.

(6)