tugasan kerja kursus kdc dpli edc2013

Upload: nadnadiya-mohd-nasir

Post on 08-Oct-2015

64 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

kkp

TRANSCRIPT

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PENDIDIKAN TEKNIK

TUGASAN KERJA KURSUS

PROGRAM: KDC DPLI-SM SABK NAMA PELAJAR:

KURSUS: EDSC 2103 PSIKOLOGI PENDIDIKAN

SEMESTER: 1

TARIKH MULA: 24 April 2014TARIKH HANTAR: 10 Mei 2014

Hasil Pembelajaran Kursus:1. Mengaplikasikan konsep asas psikologi dan psikologi pendidikan guru(1.1,2.3);

2. Menghubungkaitkan teori-teori pembelajaran dengan faktor-faktor yang

mempengaruhi proses pembelajaran.(1.2, 2.1,6.3);

3. Mengaplikasikan pengetahuan kemahiran berfikir aras tinggi, dalam pengajaran dan

pembelajaran(1.2, 6.1,7.4);Tugasan Kerja kursus Perkembangan pendidikan di abad ke-21 semakin mencabar keupayaan guru untuk melahirkan pelajar yang mempunyai daya pemikiran aras tinggi dan mampu menyelesaikan masalah dengan cara yang kreatif dan inovatif.1.Anda dikehendaki menyediakan satu muka surat peta pemikiran (thinking map) yang sesuai mengenai jenis-jenis kemahiran berfikir. (20 markah)

2.Merujuk kepada dua jenis kemahiran berfikir yang telah anda kenalpasti, tuliskan satu esei dengan menghuraikan dua contoh kemahiran berfikir secara kritis dan dua contoh kemahiran berfikir secara kreatif yang boleh diaplikasikan dalam situasi kehidupan harian anda. (40 markah)3.Cadangkan empat (4) strategi anda sebagai guru biasa untuk meningkatkan kemahiran berfikir aras tinggi dalam kalangan murid di kelas anda. Anda hendaklah memberikan contoh aplikasi dalam proses pengajaran dan pembelajaran berdasarkan subjek major anda. (40 markah)Panduan Pelaksanaan Projek:1. Tugasan ini adalah tugasan individu.

2. Format penulisan tugasan adalah seperti berikut:

a. Fon arial , saiz 11, langkau 1.5 baris

b. Rujukan mengikut format APA(American Psychological Association)

c. Muka depan kertas cadangan anda perlu mengandungi:

Nama pelajar

Angka giliran

Nombor kad pengenalan

Unit/kumpulan

Kod dan nama mata pelajaran

Nama Pensyarah

Tarikh hantar

3. Panjang esei (soalan 2 dan soalan 3) masing-masing sekurang-kurangnya 5 mukasurat.4. Amalan plagiat tidak dibenarkan. Jika didapati berlaku pelajar akan digagalkan kerja

kursus.

5.Tugasan yang lewat hantar akan ditolak markah.

6.Tugasan ini membawa markah 100% dan wajaran 50%.

Tugasan yang baik harus menunjukkan kriteria-kriteria berikut:

1. Liputan isi kandungan yang menyeluruh, konsisten dan terperinci.

2. Bukti-bukti, bahan-bahan dan petikan yang dapat menyokong hujah-hujah anda hendaklah dikemukakan.3. Keseluruhan isi dan pengolahan perlu menunjukkan keaslian hasil kajian dan sokongan ilmiah.

4. Format dan organisasi penulisan perlu jelas dan koheren.

5. Penulisan akademik harus menunjukkan kefasihan bahasa, kematangan hujah dalam menterjemah maklumat secara kritikal dan analitikal.Kriteria pentaksiran:

Tugasan akan disemak berdasarkan rubrik pentaksiran yang disediakan.

Tugasan disediakan oleh

Disahkan oleh Ketua Jabatan

_____________________

_______________________( NOORIZAN BT BABA ) ( SHAMSIAH BT MD NASIR)Penyelaras EDSC 2103 Ketua Jabatan Ilmu PendidikanJabatan Ilmu Pendidikan IPG Kampus Pendidikan TeknikIPG KP Teknik Bandar Enstek. Negeri SembilanTarikh:

Tarikh: