tugasan individu titas

2

Click here to load reader

Upload: mutang20

Post on 25-Sep-2015

102 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

ss

TRANSCRIPT

NAMA: ALFONSO ROBERT

NO.MATRIK: BP14110067

Tugasan individu

Buat satu esei berkaitan "tamadun Melayu teras tamadun Malaysia" kaitkan idea dengan apakah relevannya tamadun Melayu menjadi teras tamadun Malaysia. panjang esei lebih kurang 500 Patah perkataan.

Apa yang dapat dilihat pada masa kini, Malaysia merupakan sebuah negara yang maju berkembang daripada pelbagai bidang seperti bidang, ekonomi, pendidikan, perubatan dan banyak lagi. Kemajuan yang ada pada masa kini adalah kesan daripada perkembangan pada zaman tamadun Melayu. Apa yang boleh dikaitkan antara tamadun Melayu teras tamadun Malaysia adalah dari segi kepimpinannya. Tamadun Melayu iaitu zaman kesultanan tanah Melayu pada mulanya negara yang kecil dan membangun disebabkan kepimpinan pemerintah iaitu Parameswara, kepimpinan yang ditonjolkan telah membawa kepada kejayaan kerajaan Melayu Melaka contohnya daripada aspek perdagangan (ekonomi), kekuatan ketenteraan dan hubungan diplomatik iaitu antara china, india dan arab.

Merujuk pada kepimpinan kesultanan Melayu Melaka, boleh dilihat corak kepimpinan yang digunakan oleh Malaysia pada masa ini adalah sama walaupun terdapat beberapa pembaharuan yang dilakukan atas sebab tuntutan perkembangan tamadun. Sebagai contoh perdana menteri Malaysia seperti Tun Doktor Mahahtir yang telah bertungkus-lumus agar memastikan Malaysia kekal berdiri teguh, dalam menghadapi krisis kejatuhan ekonomi yang melanda Malaysia iaitu sepanjang pemerintahannya.

Selain itu, kita juga boleh melihat tamadun Melayu teras tamadun Malaysia iaitu dari aspek keagamaan dan adat istiadat. Bermulanya islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w telah mewujudkan tamadun dan kerajaan islam yang kuat serta umatnya yang taat setia kepada perintahnya, seterusnya pemerintahan kesultanan Melayu Melaka juga mengamalkan keagamaan dan adat istiadat. Kronologi bermula tamadun Melayu boleh dilihat sehingga masa kini masih lagi diwarisi dan diamalkan dalam pemerintahan pada zaman yang serba maju. Hal ini juga dapat dibuktikan iaitu di mana Malaysia merupakan antara negara islam di dunia, disamping itu mengiktiraf agama islam dan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi

Kesimpulannya, tamadun Melayu pada zaman dahulu mempunyai kesinambungan dengan tamadun Malaysia masa kini. Iaitu dilihat tidak terdapat berbezaan yang ketara antara kedua-dua tamadun ini. Manakala tamadun Malaysia masa kini memerlukan teras atau dasar tamadun Melayu sebagai rujukan dalam membangunkan negara.