tugasan individu (modul 1)-wajib

4
NAMA : JAIPIN JOSLY BIN KIMBURON NPQEL 13A2 SB3 Tugasan Individu-Wajib- Berdasarkan Kerangka Modul yang dipelajari dalam modul 1, jelaskan kepentingan kompetensi-kompetensi yang perlu ada pada seorang pemimpin dalam menerajui organisas, juga hendaklah berasaskan persekitaran organisasi masing-masing. ! muka surat" Sebagai rumusan kepada kerangka modul Dasar dan Hala Tuju, maka sebagai pemimpin instraksional mereka perlu mempunyai kompetensi-kompete yang tertentu untuk menerajui kecemerlangan sesebuah organisasi. Definisi pemimpin: Menurut Ahmad Rusli dalam kertas kerjanya, Pemimpin dalam kepimpinan Pendidikan (1999) menyatakan pemimpin adalah individu yang diamanahkan memimpin subordinat (pengikutnya) ke arah mencapai matlamat yang ditetapkan Definisi Pemikiran Strategik: Pemikiran !trategik adalah keupayaan untuk melepaskan isu"isu hari ini dan meletakkan diri sendiri didalam masa depan dan keupayaan melukis rupa bentuk sasaran masa depan yang inginkan melangkaui pengalaman hari ini Menurut #olan (etel,$%%&) dalam tempoh lima tahun . Seseorang pemimpin yang baik harus mempunyai keupayaan dan kemahiran untuk mempengaruhi orang lain atau kelompok supaya mengikuti acuan seperti yang dikehendaki. Sebagai pemimpin sesebuah sekolah sama ada pengetua ataupun guru besar harus mempunyai kompetensi ber#ikiran strategik untuk menerajui kepimpinan yang cemerlang. ntuk mencapai kecemerlangan sesebuah sekolah pemikiran strategik seseorang pemimpin yang mengambil kira tentang kompetensi dan kemahiran serta pengaruh persekitaran dapat membantu kejayaan. Saya bertugas di S!.Tungou, "anau sejak tahun #$$%. !ami telah membuat &isi dan 'isi sekolah pada tahun #$($ dan diguna pakai dalam tempoh ) tahun. & S!.Tungou ialah '! ungou, Ranau *emerlang ahun $%1+ , dan 'isi pula ialah *Memberi pendidikan yang bermutu dan seimbang dari segi -.R/! selaras dengan 0alsa0ah pendidikan negara !ami menjangkakan dalam tempoh ) tahun S!.Tungou mencapai kecemerlangan dari segi akademik dan sekarang ini S!.Tungou mencapai +and . !epimpinan yang telah ditunjukkan oleh guru besar saya telah berjaya meletakkan kedudukan sekolah mengikut apa yang diimpikan. +erfikiran strategik membolehkan seseorangpemimpin berfikiran secara terbuka, berani membuat perubahan, pemikiran yang bersistem dan sentiasa memikirkan sesuatu yang baru untuk meningkatkan kepimpinan untuk mencapai matlamat organisasi. Senti memikirkan dan mencuba sesuatu yang baru, peka dan prihatin dengan apa yang berlaku disekeliling ataupun isu-isu semasa.

Upload: hamdan-bin-taip

Post on 05-Oct-2015

96 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

Wajib

TRANSCRIPT

NAMA: JAIPIN JOSLY BIN KIMBURON NPQEL 13A2 SB3

Tugasan Individu-Wajib- Berdasarkan Kerangka Modul yang dipelajari dalam modul 1, jelaskan kepentingan kompetensi-kompetensi yang perlu ada pada seorang pemimpin dalam menerajui organisas, juga hendaklah berasaskan persekitaran organisasi masing-masing. (4 muka surat) Sebagai rumusan kepada kerangka modul Dasar dan Hala Tuju, maka sebagai pemimpin instraksional mereka perlu mempunyai kompetensi-kompetensi yang tertentu untuk menerajui kecemerlangan sesebuah organisasi.

Definisi pemimpin: Menurut Ahmad Rusli dalam kertas kerjanya, Pemimpin dalam kepimpinan Pendidikan (1999) menyatakan pemimpin adalah individu yang diamanahkan memimpin subordinat (pengikutnya) ke arah mencapai matlamat yang ditetapkan.

Definisi Pemikiran Strategik: Pemikiran Strategik adalah keupayaan untuk melepaskan isu-isu hari ini dan meletakkan diri sendiri didalam masa depan dan keupayaan melukis rupa bentuk sasaran masa depan yang inginkan melangkaui pengalaman hari ini. Menurut Nolan (et.el,2008) dalam tempoh lima tahun.Seseorang pemimpin yang baik harus mempunyai keupayaan dan kemahiran untuk mempengaruhi orang lain atau kelompok supaya mengikuti acuan seperti yang dikehendaki. Sebagai pemimpin sesebuah sekolah sama ada pengetua ataupun guru besar harus mempunyai kompetensi berfikiran strategik untuk menerajui kepimpinan yang cemerlang. Untuk mencapai kecemerlangan sesebuah sekolah pemikiran strategik seseorang pemimpin yang mengambil kira tentang kompetensi dan kemahiran serta pengaruh persekitaran dapat membantu kejayaan.Saya bertugas di SK.Tungou, Ranau sejak tahun 2009. Kami telah membuat Visi dan Misi sekolah pada tahun 2010 dan diguna pakai dalam tempoh 5 tahun. Visi SK.Tungou ialah SK.Tungou, Ranau Cemerlang Tahun 2014, dan Misi pula ialah Memberi pendidikan yang bermutu dan seimbang dari segi JERIS selaras dengan falsafah pendidikan negara. Kami menjangkakan dalam tempoh 5 tahun SK.Tungou mencapai kecemerlangan dari segi akademik dan sekarang ini SK.Tungou telah mencapai Band 3.Kepimpinan yang telah ditunjukkan oleh guru besar saya telah berjaya meletakkan kedudukan sekolah mengikut apa yang diimpikan. Berfikiran strategik membolehkan seseorang pemimpin berfikiran secara terbuka, berani membuat perubahan, pemikiran yang bersistem dan sentiasa memikirkan sesuatu yang baru untuk meningkatkan kepimpinan untuk mencapai matlamat organisasi. Sentiasa memikirkan dan mencuba sesuatu yang baru, peka dan prihatin dengan apa yang berlaku disekeliling ataupun isu-isu semasa.Kompentensi seterusnya ialah bagaimana seseorang pemimpin itu membuat keputusan strategik. Biasanya seseorang pemimpin sebelum membuat keputusan haruslah membuat analisis terhadap dapatan-dapatan yang diperolehi daripada pelbagai sumber di sekolah. Berdasarkan kepada sumber dapatan ini maka pemimpin boleh mencari di mana kekuatan, kelemahan dan peluang serta cabaran dengan menggunakan analisis SWOTC. Dengan menggunakan Analisis SWOCT pemimpin dapat membuat keputusan berdasarkan situasi persekitaran sekolah. Dengan menggunakan teknik force field, preto dan tulang Isikawa pemimpin sekolah dapat membuat keputusan yang mana menjadi keutamaan bagi mencapai matlamat.

Pemimpin juga perlulah menganalisis masalah secara keseluruhan dari segi puncanya, sebabnya dan cara menyelasaikannya. Bagaimanapun pemimpin juga perlu mengambil kira mandat yang diberikan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia supaya keputusan yang diambil tidak bertentangan dengan perlembagaan dan dasar-dasar kerajaan.Biasanya apabila membuat keputusan strategik satu pasukat akan ditubuhkan iaitu yang terdiri daripada guru-guru penolong kanan, guru cemerlang, guru bimbingan dan kaunseling dan juga guru-guru yang memahami hasrat guru besar. Keputusan perbincangan perlu dikongsi kepada semua warga sekolah. Sumbangan idea-idea dan buah fikiran dari bawah juga diperlukan disamping pemimpin juga manjana dan menentukan bentuk tindakan idea-idea tersebut sebagai sumbang saran yang berguna untuk memantapkan lagi sesebuah organisasi.Sebagai maklum balas dan rumusan kepada keputusan strategik segala isu-isu yang terdapat dalam analisis SWOC boleh dibuat pilihan atau rujukan untuk menyokong apabila membuat keputusan strategik.Kompentesi yang perlu dalam membuat Perancangan Strategik pula ialah merupakan satu proses mengenal objektif organisasi sebagai respon kepada peluang dan cabaran dengan melaksanakan aktiviti-aktiviti dengan menggunakan sumber-sumber yang ada bagi mencapai objektif atau matlamat. Perancangan juga boleh diketegorikan dalam jangka masa pendek, sederhana dan panjang dengan didekomentasikan yang jelas untuk rujukan.Perancangan Strategik haruslah mempunyai kaitan dan pertalian dengan visi, misi dan hala tuju sekolah. Pembinaan visi, misi, wawasan dan hala tuju sekolah yang mantap akan membantu kepada kajayaan mengikut acuan yang dikehendaki oleh pemimpin. Visi dan misi sekolah juga mestilah jelas dan difahami oleh semua warga sekolah dan pihak luar yang mempunyai kaitan dengan pihak sekolah dengan harapan semua pihak dapat memainkan peranan untuk mencapai objektif organisasi. Visi dan misi ini juga adalah sebagai garis panduan agar semua pihak yang berkepentingan dapat menyumbangkan komitmen yang padu u ntuk mencapai sasaran yang dikehendaki.Perkara utama yang hendak dicapai mestilah berasaskan kepada SMART. Ianya bermaksud, S- spesifik - Jelas, M- measurable - boleh diukur (masa, kualiti dan kos), A- attainable - boleh dicapai, R - retainable - realistik, T - time frame - jangkamasa. SWOC, bermaksud, S - strength dan O- opportunity dan mengecilkan, W weakness dan C challenge. Perkara ini mestilah ada sebagai panduan kepada seseorang pemimpin untuk mengurangkan elemen kelamahan dari luar yang menjadi cabaran kepada pencapaian objektif organisasi. Segala kekuatan yang ada mestilah digunakan untuk mengurangkan cabaran dari luar.Key Performance Indek (KPI), adalah suatu parameter yang boleh diukur melalui persetujuan bersama yang digunakan untuk mencapai objektif atau sasaran sebagai outcome. Guru besar SK.Tungou, Ranau yang memimpin kepada kejayaan visi dan misi sekolah juga mengamalkan SMART, SWOC dan KPI dan setakat ini telah berjaya meletakkan sekolah kepada Band 3 dan diantara sekolah rendah luar bandar yang terbaik di daerah Ranau. Saya yakin dan percaya pada tahun 2014 kami berjaya mencapai visi dan misi sekolah.Pihak sekolah juga telah menyediakan plan strategi bagi meningkatkan kualiti dan kuantiti murid lulus peperiksaan UPSR untuk tahun 2013. Perlaksanaan program ini mengandungi plan tindakan, plan tektikal, nama program, pegawai yang bertanggung jawab, kos yang diperlukan, tempoh masa, KPI bagi program tersebut, output dan plan kontegensi sebagai dokumentasi kepada perlaksanaan program. Plan tektikal dan strategi bagi perlaksanaan program bagi mata pelajaran mamematik adalah seperti berikut:PLAN TEKTIKAL

Strataegi: Meningkatkan pencapaian murid UPSR lulus Matematik

BilAktivitiPegawai Bertanggung jawabKos/ sumberTempoh MasaKPIOutputPlan kontegensi

Tarikh jangkaTarikh laksana

1Hafal sifirGuru matematikRM150 PCGJanuari 2013Ogos 2013100% murid hafal sifir 2 hingga sifir 12Semua lulus minimum DLatihtubi sebelum p&p bermula

Setiap KPI mestilah ada sasaran prestasi, penilaian dan pengukuran juga harus dibuat untuk mengumpul maklumat. Pengukuran dan penilaian mestilah berdasarkan kepada pencapaian sebenar seperti yang telah ditetapkan. Tujuan penilaian dan pengukuran ini bertujuan untuk mencari dimana kekuatan dan kelemahan. Segala kelamahan ini diambil untuk tujuan membuat penambah baikan. Pemimpin juga boleh merancang sesuatu yang baru ataupun memperkemaskan perlaksanaan, membuat audit dalaman dan mengukur kekuatan melalui pemantauan yang berterusan.

Sebagai kesimpulan pemimpin yang baik itu adalah orang yang berfikiran strategik, membuat keputusan yang strategik, membuat perancangan strategik, mempunyai wawasan, ada kemahuan dan kesungguhan, mempunyai matlamat dan hala tuju, mengutamakan organisasinya daripada kepentingan individu, peka tentang isu-isu semasa yang berkaitan dengan peningkatan pengajaran dan pembelajaran dan menjaga kebajikan pegawai dibawah jagaannya, murid-murid dan organisasinya.Bibliografi:

1. Ahmad Rusli, dalam kertas kerjanya, Pemimpin dalam kepimpinan Pendidikan (1999).

2. Nolan, (et.el,2008)