tugasan individu induksi 31 (b)

Upload: sharmiza-mohd

Post on 06-Jul-2015

804 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Sharmiza binti Mohamed 860202-03-5392

31.

b) Huraikan cara-cara untuk mengelakkan perbuatan pilih kasih dalam tindakantindakan di kalangan pemimpin/ketua organisasi/jabatan.

1.0

Pendahuluan

Istilah simpulan bahasa pilih kasih bermaksud memberi layanan yang lebih kepada orang yang disukai. Menurut Kamus Dewan, Edisi Keempat (2007), pilih kasih bermaksud mengasihi sesuatu pihak atau berat sebelah dalam membuat keputusan.

2.0

Cara-cara untuk mengelakkan perbuatan pilih kasih

Perbuatan pilih kasih dalam tindakan-tindakan di kalangan pemimpin merupakan amalan yang tidak sihat dan boleh menjatuhkan kredibiliti seseorang ketua. Jesteru, bagi mengelakkan perbuatan tersebut, jabatan hendaklah menggunakan kaedah penilaian prestasi, faedah dan ganjaran, dan tindakan disiplin. Dengan ini segala kelakuan pekerja adalah di bawah kawalan dan berlandaskan peraturan syarikat atau sesebuah organisasi. 2.1 Penilaian prestasi

Penilaian prestasi ialah penilaian yang dibuat secara sistematik terhadap kemampuan pekerja untuk mencapai standard kerja yang telah ditetapkan. Lazimnya pada awal tahun, pekerja akan diminta untuk membuat sasaran kerja tahunan dengan sendiri atau diberitahu tentang apa yang perlu mereka capai pada tahun tersebut oleh penyelia masing-masing. Pada pertengahan atau akhir tahun penilaian akan dilakukan untuk melihat sama ada mereka

9

Sharmiza binti Mohamed 860202-03-5392

mencapai matlamat yang telah ditetapkan. Tujuan penilaian prestasi adalah untuk memberi maklum balas tentang tahap pencapaian kepada pekerja, membentuk data yang sah bagi tujuan pemberian gaji dan kenaikan pangkat, memberi dorongan kepada pekerja untuk berusaha, memberi pengiktirafan kepada pekerja, mengukuhkan hubungan pengurus dengan pekerja, menegaskan gelagat yang dikehendaki dan yang perlu dielakkan. Penilaian prestasi pekerja yang dibuat secara adil dan sistematik akan memberi banyak faedah kepada organisasi. Ini membolehkan ketua organisasi: i) membuat keputusan berkenaan kenaikan gaji dan pangkat kepada pekerja. ii) mengenal pasti keperluan latihan berdasarkan kelemahan. iii) mengendalikan kes-kes disiplin pekerja dengan adil. iv) menggalakkan pekerja untuk meningkatkan prestasi atau memperbaiki kesilapan. v) mengadakan saluran komunikasi yang formal antara pekerja dengan pengurus. Melalui penilaian prestasi, ketua dapat melakukan penilaian terhadap pekerja secara berterusan dimana ketua tidak perlu tunggu hingga ke akhir tahun, jika penilaian dibuat pada akhir tahun hanya prestasi akhir dilihat. Selain itu, penilaian dibuat dengan adil dan dengan ini dianggap adil oleh pekerja berdasarkan kriteria yang telah ditetapkan. 2.2 Faedah dan ganjaran

Faedah dan ganjaran adalah cara lain untuk mengelakkan tindakan pilih kasih di kalangan ketua dalam sesuatu organisasi. Ganjaran dan faedah adalah semua bentuk pulangan kewangan dan bukan kewangan yang diterima oleh pekerja sebagai sebahagian daripada 10

Sharmiza binti Mohamed 860202-03-5392

kontrak pekerjaan mereka. Ganjaran juga merujuk kepada gaji atau upah asas yang diberikan berdasarkan prestasi atau kekananan seseorang manakala faedah ialah ganjaran tambahan selain daripada upah atau gaji. Ganjaran yang diberikan ini adalah berdasarkan ekuiti dalaman dan luaran. Setiap ganjaran yang diberikan mestilah adil dan diterima sebagai satu sistem adil oleh pekerja. Sekiranya pekerja menganggap ganjaran yang diberikan adalah tidak adil, ia akan bertukar ke organisasi lain. Ekuiti dalaman merujuk kepada kesetaraan ganjaran kepada semua ahli dalam organisasi yang sama. Hal ini bermakna semua pekerja dalam sesebuah organisasi menerima gaji yang adil berasaskan kriteria tertentu seperti kemahiran, pengalaman dan kelayakan akademik. Misalnya, pekerja bagi jawatan yang sama dengan kelayakan yang sama harus diberi ganjaran yang sama. Ekuiti luaran pula merujuk kepada kesetaraan dengan pekerja di organisasi lain dalam industri yang sama. Hal ini bermakna pekerja-pekerja bagi jawatan yang sama dengan kelayakan yang sama tetapi dalam dalam organisasi yang berlainan harus menerima ganjaran yang sama atau lebih kurang sama. Dalam konteks ini, jika perbezaan ganjaran adalah besar, pekerja akan beralih ke organisasi yang menawarkan ganjaran yang lebih tinggi. Bentuk tugas bermakna tugas yang rumit dan memerlukan kemahiran yang tinggi akan diberikan ganjaran yang lebih tinggi berbanding dengan kerja-kerja rutin. Ganjaran juga akan ditentukan oleh nilai sesuatu pekerjaan kepada organisasi. Sekiranya sesuatu pekerjaan itu dianggap penting oleh sesebuah organisasi, ganjaran bagi pekerjaan tersebut adalah tinggi. 2.3 Tindakan disiplin

Tindakan disiplin akan dikenakan kepada kakitangan yang melanggar peraturan syarikat. Antara kesalahan yang sering dilakukan ialah kedatangan lewat yang kerap, ponteng kerja, mencuri harta syarikat, minum arak di tempat kerja, memfitnah orang lain dan tidak 11

Sharmiza binti Mohamed 860202-03-5392

menyiapkan tugas yang diberikan. Tindakan disiplin ialah hukuman yang diberikan kepada pekerja yang melanggar peraturan organisasi. Disiplin boleh diberikan oleh berbentuk positif atau negatif bergantung kepada kaedaan. Disiplin positif ialah cara pembetulan melalui nasihat, kaunseling dan memberi peluang kepada pekerja untuk menghentikan perbuatannya selepas dinasihati. Disiplin negatif atau progresif diberikan kepada pekerja yang gagal mengubah gelagat mereka ke arah yang lebih positif atau menjadi semakin teruk. Jadi tindakan yang akan dikenakan kepada salah laku pekerja adalah berdasarkan peraturan yang telah ditetapkan bagi mengelakkan pilih kasih.

3.0

Penutup

Melalui kaedah-kaedah di atas, dapat dirumuskan peranan dan kepentingannya ialah ia akan mengukuhkan hubungan pengurus dengan pekerja, mengatasi masalah pekerja tanpa timbulnya isu pilih kasih, menegaskan gelagat yang dikehendaki dan yang perlu dielakkan semasa berkerja dalam organisasi dan ketua juga dapat menetapkan jangkaan prestasi baru terhadap pekerja untuk meningkatkan prestasi mereka.

12

Sharmiza binti Mohamed 860202-03-5392

Biblioligrafi:Aini Hayati Mohamad, Faridahwati Mohd Shamsudin, Hasni Che Ismail, Lim Kong Teong, (2010). Pengajian Perniagaan 1. Kuala Lumpur: Pearson Malaysia. Sdn. Bhd. Simpulan Bahasa, Diperoleh Julai 15, 2011 daripada http://tatabahasabm.tripod.com/tata/simpul.htm Kamus Dewan. (1996). Edisi Ketiga. Dewan. Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur. Kamus Dewan. (2007). Edisi Keempat. Dewan. Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur. Miordarulikram (2010) Ciri-ciri pemimpin yang baik. Diperoleh Julai 15, 2011 daripada http://ppdmanjung.edu.my/V02/index.php?option=com_content&view=article&id=449:ci ri-ciri-pemimpin-yang-baik&catid=53:artikrl-pilihan&Itemid=278 Hughes, R.L., Ginnett, R.C. & Curphy, G.J. (1993) Leadership: Enhancing the Lessons of experience. Boston, MA: Irwin. Gregory P.Smith(2002), www.chartcourse.com/fpdb/pdfs/newleadersneeded.pdf

13