tugasan hbef2103

Upload: fadzlun65

Post on 04-Apr-2018

251 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

  • 7/29/2019 TUGASAN HBEF2103

    1/11

    1.0 PENGENALANAntara isu-isu yang sering menjadi tajuk utama dalam perbincangan guru-guru di sekolah

    adalah tentang perbezaan individu setiap pelajar di dalam kelas . Setiap pelajar adalah

    berbeza antara satu sama lain terutama dalam akademik yang merupakan satu isu pendidikan

    yang semakin ketara serta perlu diberi perhatian. Kesan jangka panjang ketidakseimbangan

    ini akan banyak mempengaruhi polisi pendidikan pada masa akan datang. Perbezaan individu

    ini sebenarnya merupakan sebahagian daripada aspek perkembangan individu pelajar terbabit

    yang banyak dipengaruhi olek faktor-faktor genetik dan persekitaran. Perlunya guru menarikperhatian pelajar dalam sesuatu pengajaran, aktiviti-aktiviti yang dipilih hendaklah yang

    menarik dan mempunyai potensi yang tinggi untuk membolehkan isi pelajaran dan konsep-

    konsep yang diterjemahkan secara jelas. Aktiviti harus boleh mempengaruhi intelek, emosidan minat pelajar secara berkesan. Dalam sesi pembelajaran, guru kerap berhadapan dengan

    pelajar yang berbeza dari segi kebolehan mereka. Hal ini memerlukan kepakaran guru dalam

    menentukan strategi pengajaran dan pembelajaran. Ini bermakna, guru boleh menentukan

    pendekatan, memilih kaedah dan menetapkan teknik-teknik tertentu yang sesuai dengan

    perkembangan dan kebolehan pelajar. Strategi yang dipilih itu, selain berpotensi

    memeransangkan pelajar belajar secara aktif, ia juga harus mampu membantu menganalisis

    konsep atau idea dan berupaya menarik hati pelajar serta dapat menghasilkan pembelajaran

    yang bermakna. Dalam merancang persediaan mengajar, aktiviti-aktiviti yang dipilih perlu

    mempunyai urutan yang baik. Ia perlu diselaraskan dengan isi kemahiran dan objektif

    pengajaran. Lazimnya aktiviti yang dipilih itu adalah gerak kerja yang mampu memberi

    sepenuh pengaruh terhadap perhatian, berupaya meningkatkan kesan terhadap intelek,

    ingatan, emosi, minat dan kecenderungan serta mampu membantu guru untuk menjelaskan

    pengajarannya. Menurut Shahabuddin (2003) perbezaan individu adalah merujuk kepada

    variasi atau ketidaksamaan individu daripada norma kumpulan, sama ada sifat-sifat kognitif,

    emosi. Fizikal, moral, tingkah laku, sosial, bakat dan lain-lain aspek yang mungkin terdapat

    dikalangan individu dalam sesuatu kumpulan. Pembelajaran berlaku setiap ketika dan di

    mana sahaja. Pembelajaran juga merupakan perubahan tingkah laku yang melibatkan

    ketrampilan kognitif, iaitu penguasaan ilmu dan perkembangan kemahiran intelek ( Rahil

    Mahyuddin et al, 2000 ). Menurut Crow dan Crow (1983), pembelajaran adalah pemerolehan

    tabiat, pengetahuan dan sikap. Pembelajaran melibatkan cara baru membuat sesuatu kerja. Ia

    berlaku dalam percubaan individu untuk mengatasi rintangan atau untuk menyesuaikan diri

    kepada situasi baru. Dalam sesi pembelajaran, guru kerap berhadapan dengan pelajar yang

  • 7/29/2019 TUGASAN HBEF2103

    2/11

    berbeza dari segi kebolehan mereka. Hal ini memerlukan kepakaran guru dalam menentukan

    strategi pengajaran dan pembelajaran. Ini bermakna, guru boleh menentukan pendekatan,

    memilih kaedah dan menetapkan teknik-teknik tertentu yang sesuai dengan perkembangan

    dan kebolehan pelajar.

    Proses pembelajaran biasanya berlaku setelah seseorang itu terdedah kepada

    persekitaran. Ia bermula daripada rangsangan yang diterima melalui pancaindera. Ransangan

    ini dibawa ke otak untuk diberi makna dan disimpan dalam ingatan sebagai pengalaman.

    Apabila pengalaman ini digunakan dalam bentuk yang baru, ia dianggap sebagai perubahan

    tingkah laku ( pembelajaran ). Kelemahan pelajar dalam setiap mata pelajaran banyak

    dipengaruhi oleh cara pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran. Pada masa ini pendekatan

    pengajaran dan pembelajaran guru-guru di bilik darjah tidak mencerminkan keinginan

    mereka untuk subjek tersebut; kerana guru mengajar mengikut teori tanpa sebarang

    perancangan, metodologi, menggunakan buku teks sepenuhnya tanpa sebarang kreativiti

    tersendiri dan persediaan yang rapi. Tanpa perancangan yang lengkap dan sistematik,

    seseorang guru itu tidak dapat mencapai kompetensi dalam pengajaran .semua guru yang

    melaksanakan tugas mereka dengan jujur dan dengan penuh minat sentiasa merasakan

    perlunya mengetahui APA YANG HENDAK DIBUAT dan BAGAIMANA mereka

    merancang untuk melaksanakan. (Prehn, 1980) Secara umumnya, seorang individu berbezadi antara satu sama lain. Menurut C. Parameswary Chelliah, perbezaan individu bermaksud

    variasi atau ketidaksamaan individu daripada norma kumpulannya sama ada dari segi sifat

    kognitif, emosi, fizikal, moral, tingkah laku, sosial atau bakat dan aspekaspek yang lain

    mungkin terdapat sesama individu dalam sesuatu kumpulan. Antara kesan perbezaan

    individu adalah seperti berikut :

    2.0 KESAN PERBEZAAN INDIVIDU TERHADAP PEMBELAJARAN

    2.1 Kesediaan untuk Belajar

    Oleh kerana murid-murid di dalam kelas mempunyai pelbagai tahap kecerdasan yang

    berbeza, ini bermakna kesediaan belajar mereka juga berbeza. Perkara ini perlu diberi

    pertimbangan oleh guru, terutama murid-murid yang lambat. Sekiranya guru

    mengabaikan mereka, mereka akan terus ketinggalan dan berkemungkinan akan

    menjadi murid tercicir. Individu yang berbeza menyebabkan kesediaan belajar yang

    berbeza. Oleh itu kanak kanak yang sama umur tidak semestinya berada di peringkatkesediaan belajar yang sama. Perbezaan disebabkan oleh kadar kematangan, kecerdasan,

  • 7/29/2019 TUGASAN HBEF2103

    3/11

    latar belakang keluarga dan pengalaman prasekolah. Fahaman guru terhadap perbezaan

    kesediaan belajar membolehkan guru melayani murid secara individu atau kumpulan

    mengikut kaedah yang berbeza. Gaya kognitif bermaksud cara individu mempersepsi

    maklumat, sementara gaya belajar pula merujuk kepada persekitaran pembelajaran yang

    digemari pelajar.Witkin (1940), telah mengenal pasti dua gaya kognitif, iaitu gaya belajar

    bergantung latar dan gaya belajar bebas latar . Individu yang bergantung latar suka

    mempersepsi sesuatu secara global, sementara individu yang bergaya kognitif bebas latar

    suka mempersepsi sesuatu secara analitikal. Ada pula individu yang gaya kognitifnya

    reflektif dan impulse Kagan (1965), kanak-kanak yang bergaya kognitif impulsif akan

    memilih. pelbagai kemungkinan penyelesaian masalah dengan memberikan tindak balas yang

    cepat, tetapi kurang memberikan pertimbangan kepada ketepatan atau betul salahnya

    tindakan tersebut. kanak-kanak yang bergaya impulsif menyudahkan tugasan dengan cepat,

    tetapi membuat banyak kesilapan. Kanak-kanak reflektif, yang mempunyai kecerdasan yang

    sama dengan pelajar impulsif, akan mengambil masa yang lama sebelum menjawab sesuatu

    soalan atau menyudahkan tugasan kerana dia membuat pelbagai pertimbangan di dalam

    menjawab atau menyelesaikan masalah dan berharap jawapannya adalah paling tepat; atau

    menyerahkan tugasan yang disiapkan dengan sempurna.

    2.2 Personaliti

    Setiap orang mempunyai personaliti yang tersendiri. Personaliti melambangkan ciri

    keperibadian seseorang seperti ada individu yang peramah, pandai berkawan, popular dan

    disukai. Ada pula individu yang suka bersendiri, pendiam . Menurut Adler (1948),

    mendefinisikan personaliti sebagai gaya atau stail hidup seseorang manusia. Allport (1961),

    menyatakan personaliti sebagai penyusunan sistem psikofizikal yang dinamik di dalam diri

    individu yang menentukan ciri-ciri dan penyesuaiannya dengan persekitaran. Freud pula

    telah mengemukakan facets of personality yang mengandungi id, ego dan superego. Carl

    Jung pula membahagikan personaliti kepada ekstrovert, introvert dan ambivert. Antara ciri-

    ciri personaliti ekstrovert ialah periang, suka berkawan, petah bercakap, peramah, mudah

    menyesuaikan diri, bersifat kembara (adventurous), meminati aktiviti luar dan tahan lasak.

    Sementara ciri-ciri pelajar introvert pula ialah pendiam, kurang bersosial, lebih berbakat di

    dalam aktiviti penulisan, sensitif dan berhati-hati di dalam membuat tindakan. Ciri pelajar

    ambivert pula adalah kombinasi ciri personaliti ekstrovert dan introvert.

  • 7/29/2019 TUGASAN HBEF2103

    4/11

    2.3 Sosial

    Setiap pelajar mempunyai nilai yang berbeza berdasarkan perbezaan individu dan latar

    belakang kehidupan mereka. Tugas guru ialah mengubah pelajar agar mempunyai nilai yang

    baik terhadap pelajaran. Perbezaan individu dari aspek sosial boleh dilihat berdasarkan kelas

    sosial, latar belakang, kebudayaan, sejarah dan status ekonomi. Aspek ini mempengaruhi

    kehidupan semua kanakkanak sejak dilahirkan.

    2.4 Tingkah Laku

    Perbezaan tingkah laku boleh diperhatikan dari aspek pergaulan, perhubungan, tingkah laku

    berinteraksi ( bahasa dan gaya ), unsur unsur kebudayaan seperti pakaian, sikap dan

    ketegasan bertindak, kebolehan bertanggungjawab dan bekerjasama. Murid-murid yang

    bermasalah dalam pembelajaran sering mempamerkan tingkahlaku yang akan mengganggu

    perhatian orang lain semasa P&P. Contohnya bising, agresif, vandalisme dan lain-lain. Ada

    juga murid yang proaktif seperti ingin membuat sesuatu yang belum disuruh, suka bertanya

    mengenai sesuatu yang belum diajar dan lain-lain. Ini dipanggil mengganggu yang positif .Tingkah laku seseorang berbeza dengan seseorang yang lain. Tingkah laku ini mempunyai

    perkaitan yang rapat dengan personaliti mereka. Mungkin sukar untuk mengubah personaliti,

    tetapi seseorang guru itu boleh mengubah sikap muridmuridnya.

    2.5 Perasaan

    Perasaan seseorang berbeza dengan orang lain. Antara perasaan yang selalu mempengaruhi

    pembelajaran ialah perasaan gemuruh, tenang, stabil, kecewa, duka dan takut. Tugas guru

    ialah mendorong dan melatih murid supaya mempunyai perasaan yang sesuai dengan aktiviti

    pembelajaran. Setiap pelajar mempunyai sikap dan pandangan yang berbeza terhadap

    pembelajaran. Guru hendaklah mengenal pasti murid yang mempunyai persepsi yang negatif

    terhadap pembelajaran. Setelah itu beri mereka motivasi agar mereka mengubah daripada

    berpandangan atau bersikap negatif terhadap pelajaran kepada sikap positif.

    2.6 Mental

  • 7/29/2019 TUGASAN HBEF2103

    5/11

    Kebolehan mental ditakrifkan sebagai kebolehan mentafsir deria (persepsi), kebolehan

    membina bahan-bahan yang tidak ada pada deria (imagenasi), kobolehan untuk mengingati

    kembali apa yang telah dialami (ingatan) dan kebolehan meneruskan kesimpulan tentang hal-

    hal yang diprolehi daripada pengalaman ataupun yang abstrak. Kematangan intelek tidak

    mempunyai hadnya. Biasanya, ia menunjukkan kemajuan, iaitu bermula daripada kegiatan

    mental yang paling mudah bergerak kepada proses mental yang lebih kompleks.

    Pertumbuhan inteleks seseorang itu dapat ditentukan pada tahap sejauh manakah kemajuan

    itu berada. Dalam hubungannya dengan kesediaan belajar, perubahan-perubahan

    perkembangan dalam keupayaan intelek seperti ini patutlah diberi perhatian. Walaupun

    perkembangan intelek itu merupakan proses yang berlaku secara berperingkat-peringkat dan

    berterusan, namun proses ini tidak sama bagi semua pelajar. Memang terdapat

    kecenderungan am yang sama dalam kalangan mereka yang sedang menjelani proses

    kematangan tetapi kadar pertumbuhan adalah berbeza-beza. Oleh yang demikian, mereka

    yang bertanggungjawab dengan pembelajaran dan pengajaran perlulah mengambil kira

    perbezaan-perbezaan ini dan memikirkan dengan teliti fakta ini sebelum merancang dan

    seterusnya melaksanakan tugas mereka dalam kelas. Kebolehan mental ( kecerdasan )

    seseorang itu berbeza antara seseorang dengan seorang yang lain. Ada murid yang

    mempunyai kekuatan daya ingatan, tetapi lemah dalam kreativiti, begitu juga sebaliknya.

    Kekurangan dalam sesuatu bidang tidak bermakna mereka akan kecewa dalam kehidupan.

    Sejarah telah membuktikan orang yang mempunyai kecerdasan tinggi tidak semestinya

    berjaya di dalam mengendalikan kehidupan seharian. Tugas guru ialah mencungkil potensi

    pelajar dalam bidangbidang tertentu. Perbezaan mental dapat dilihat dari segi pengetahuan

    sedia ada pada murid, pengalaman, latar belakang, kebolehan akal ( imaginasi dan

    penaakulan ), keupayaan belajar, kebolehan bertindak, kebolehan meninjau ke hadapan dan

    kebolehan menggunakan bahasa. Secara umum, terdapat tiga pendekatan yang berbeza untuk

    menangani perbezaan individu di kalangan pelajar. Pertama, anda boleh membangunkan

    peristiwa pengajaran yang mengambil kira sebagai sebahagian daripada proses pengajaran.

    Pendekatan kedua adalah untuk menyediakan beberapa jenis kumpulan, sama ada di antara

    kelas atau di dalam bilik darjah itu sendiri, untuk mengurangkan atau menampung untuk

    kebolehubahan berkenaan dengan latar belakang pelajar, pencapaian, kebolehan atau

    beberapa ciri lain. Meratakan atau menjejaki, perkumpulan kelas, pembelajaran koperatif,

    dan arahan secara individu adalah contoh pendekatan ini. Ketiga, anda boleh mengubah

    keadaan-keadaan di mana arahan yang sedang berlaku. Ini adalah pendekatan yang digunakan

    dalam penguasaan pembelajaran.

  • 7/29/2019 TUGASAN HBEF2103

    6/11

    2.7 Fizikal

    Pekembangan pada fizikal manusia pada amnya, menunjukkan kecekalan yang tinggi. Namun

    begitu, perbezaan yang besar antara mereka. Guru-guru perlu berhati-hati terhadap perbezaan

    yang wujud di kalangan pelajar. Dalam konteks kesediaan belajar, perhatian terhadap corak

    pertumbuhan dan perkembangan fizikal seperti ini adalah amat penting. Pengetahuan tentang

    apa yang dijangkakan akan berlaku dalam pertumbuhan perkembangan normal berupaya

    membantu guru menyediakan asas pembelajaran. Perkembangan teknik dan kaedah

    pengajaran dan penggunaan alat bantu mengajar. Jika berlaku penyimpangan terhadap ciri-

    ciri yang normal di kalangan pelajar, guru harus mampu menghadapinya. Guru sepatutnya

    boleh membuat apa sahaja penyesuaian yang berfaedah. Tindakan berhati-hati daripada guru

    ini boleh memajukan lagi perkembangan potensi semula jadi pelajar. Perbezaan yang boleh di

    lihat dengan mata kasar dari segi rupa paras, susuk badan, jantina, kemahiran fizikal dan

    kebolehan kerja tangan. Keperluan fizikal, iaitu meliputi keperluan makan, minum, seks atau

    kenikmatan dan keselamatan fizikal lainnya. Oleh kerana itu sekolah hendaknya

    menyediakan persekitaran yang menimbulkan kenikmatan, keamanan secara fizikal bagi para

    pelajar, sehingga mereka merasa senang dan nyaman dalam belajar. Menurut pakar psikologi

    iaitu Sheldon. Beliau telah mengkategori temperamen mengikut bentuk badan. Menurutnya

    ada tiga kategori bentuk badan:(i) Endomorf : individu yang bertubuh bulat;

    (ii) Mesomorf: individu yang mempunyai tubuh dengan otot-otot yang kuat

    (iii) Ektomorf: iaitu individu yang kurus dan tinggi.

    2.8 Emosi

    Emosi menggambarkan satu keadaan yang dikaitkan oleh dorangan-dorongan melalui satu

    cara tertentu. Ia melibatkan gangguan dalaman yang meluas dan mengandungi nada

    perbezaan atau berbagai-bagai darjah kepuasan dan gangguan . Ahli-ahli psikologi dan

    fisiologi sependapat bahawa emosi melibatkan perasaan, gerak hati dan tindak balas fisiologi.

    Gerak hati atau desakan dalaman yang mengarahkan sesuatu jenis pelakuan mungkin terjadi

    dalam perbagai gabungan dan peringkat, secara umum, emosi dapat diertikan sebagai suatu

    pengalaman yang penuh perasaan, yang melibatkan penyalarasan dalaman secara am dengan

    keadaan mental dan fisiologi yang bergerak dalam diri individu dan kemudiannya

    diperlihatkan dalam bentuk tingkah laku yang nyata. Aspekaspek emosi ialah ketenteraman

  • 7/29/2019 TUGASAN HBEF2103

    7/11

    dan penyesuaian emosi, kebolehan menanggung kekecewaan dan kesabaran serta mengawal

    emosi. Emosi seseorang itu seperti gembira, duka, suka, marah, benci, cinta, kasih sayang,

    takut dan sebagainya. Emosi juga meliputi keperluan untuk mencapai prestasi dan harga diri.

    Ini dijadikan dorongan yang memotivasi dalam belajar dengan cara melibatkan pelajar dalam

    menentukan tujuan dan aktiviti untuk mencapai tujuan belajar. Aktiviti belajar hendaklah

    benar-benar bermanfaat bagi pelajar. Tugas-tugas belajar hendaklah cukup mencabar pelajar

    untuk berusaha secara maksimum, tidak terlalu mudah dan tidak pula terlalu sukar. Urutan-

    urutan aktiviti belajar hendaklah diatur sedemikian rupa sehingga pelajar benar-benar dapat

    berhasil dalam belajar, sekalipun dia adalah pelajar yang lembab. Dalam hal ini guru

    memperlakukan pelajar dengan penuh manusiawi dan menhormati serta menghargai mereka.

    2.9 Sosial

    Sosial pelajar sekolah rendah dan menengah memang suka bermain dan melalui

    permainan mereka berinteraksi antara satu sama lain. Pelajar yang suka bermain dan aktif

    biasanya mempunyai lebih ramai kawan daripada yang tidak suka bermain atau tidak aktif di

    dalam kegiatan ko-kurikulum atau kesenian.

    Bintang

    -Gelaran untuk pelajar yang popular dan menerima lebih kurang 10 penamaan oleh calonlain sebagai sahabat yang disukai.

    Dyad

    - bentuk persahabatan di mana 2 orang pelajar saling bersahabat, iaitu A akan memilih B dan

    B akan memilih A sebagai sahabat yang disukai.

    Klik

    -bentuk persahabatan di mana dua atau lebih pelajar memilih antara satu sama lain untuk

    menjadi sahabat-sahabat yang mereka sukai.

    Rantai

    -pola persahabatan yang terhasil apabila A memilih B sebagai sahabat dan B pula memilih C

    sebagai sahabat.

  • 7/29/2019 TUGASAN HBEF2103

    8/11

    Pencilan

    -seorang pelajar yang tidak memilih sesiapa sebagai sahabatnya dan orang lain juga tidak ada

    yang memilihnya sebagai sahabat.

    Singkiran

    -seorang pelajar yang menamakan beberapa orang lain sebagai sahabat, tetapi orang lain

    mengatakan dialah orang yang mereka tidak sukai.

    3.0DALAM MENANGANI KESAN-KESAN YANG DIBAWA OLEH ASPEK PERBEZAANINDIVIDU.

    3.1 KAEDAH KUMPULAN

    Pelajar di dalam sesebuah kelas berbeza daripada segi keupayaan. guru bolehlah membentuk

    kumpulan aktiviti pembelajaran berdasarkan tahap keupayaan mereka. memudahkan guru untuk

    menyediakan latihan atau bahan sumber pengajaran dan pembelajaran. Guru juga perlu membuat carta

    kemajuan dan rekod profil untuk setiap pelajarnya. Hasil pemerhatian guru dan pencapaian pelajar

    perlu dicatat dari masa ke masa.

    3.2 PROGRAM PENGAYAAN DAN PEMULIHAN

    Pelajar yang telah diagihkan dan menyudahkan latihan untuk pengajaran dan pembelajaran pada1 sesi

    pembelajaran, guru bolehlah menyediakan bahan pengayaan untuk kumpulan cerdas dan bahan

    pemulihan untuk pelajar yang lambat.

    3.3 PENGAJARAN TERANCANG

    Menyediakan modul pembelajaran terancang atau perisian elearning di dalam komputer, bersesuaiandengan pelajar cerdas, sederhana dan lambat.

    3.4 PEMBELAJARAN KOPERATIF

    Pembelajaran di dalam kumpulan heterogeniusdi mana biasanya terdapat pelajar cerdas dan pelajar

    lambat.pelajar cerdas dikehendaki membantu pelajar lambat. Pelajar cerdas akan berusaha membantu

    pelajar lambat bersungguhsungguh, kerana markah yang diperoleh setiap individu di dalam kumpulan

    akan menjadi markah kumpulan. Semangat bekerjasama semakin tinggi apabila kumpulan ini

    dikehendaki bertanding dengan kumpulan lain. Kaedah pengajaran ini adalah menggunakan idea

  • 7/29/2019 TUGASAN HBEF2103

    9/11

    perancah (scaffolding) dalam Teori Perkembangan Kognitif Vygotsky, di mana pelajar yang cerdas

    akan membimbing pelajar yang lambat di dalam zon perkembangan proksimal.

    3.5 PENEGUHAN NEGATIF DAN POSITIF

    Guru haruslah memberipeneguhan positif kepada tingkah laku yang disukai atau yang diterima oleh

    semua guru dan ibu bapa. Guru hendaklah memberi peneguhan negatif untuk mengelakkan tingkah

    laku yang tidak disukai.

    3.6 PENGAGIHAN TUGAS MENGIKUT MINAT DAN KEUPAYAAN

    Menyediakan latihan atau tugasan yang sesuai dengan tahap keupayaan pelajar untuk menggalakkan

    pelajar berfikir dan berkembang.

    3.7 PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN INDIVIDU

    Bimbingan individu atau menyediakan latihan individu untuk pelajar yang lambat. Sebagai contoh

    bagi murid darjah 2 yang tidak berminat membaca, guru boleh menyampaikan cerita sambil

    menyanyi.

    3.8 MEMPELBAGAIKAN BENTUK PENILAIAN

    Guru boleh menilai pelajar semasa aktiviti pengajaran-pembelajaran, menilai hasil kerja pelajar, buku

    skrap, laporan aktiviti, laporan projek dan lain-lain.

    3.9 MEMPELBAGAIKAN STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

    Mempelbagaikan aktiviti pengajaran-pembelajaran seperti mengadakan kuiz, aktiviti perbincangan di

    dalam kumpulan, percambahan fikiran, lakonan, simulasi, kaedah penyoalan,projek dan lawatan.

    Memulakan pelajaran dengan induksi set yang menarik, seperti tayangan video, bercerita, mendengar

    lagu, bernasyid dan lain-lain.

    3.10 MEMPELBAGAIKAN BAHAN BANTU MENGAJAR

    Pembelajaran melalui akhbar di dalam bilik darjah adalah satu cara pengajaran yang boleh

    merangsang minda pelajar berfikir, kerana terdapat banyak pengetahuan yang boleh didapati di dalam

    surat khabar. guru perlu menggunakan pelbagai alat bantu mengajar, seperti penyampaian maklumat

    melalui transparensi, melalui web atau pencarian internet, menyampaikan maklumat melalui carta dan

    lain-lain. Ini adalah sesuai kerana dalam sesebuah bilik darjah, terdapat pelajar yang peka kepada

    audio, ada yang tertarik kepada visual dan ada yang kinestetik.

  • 7/29/2019 TUGASAN HBEF2103

    10/11

    4.0 KESIMPULAN

    Secara keseluruhannya tidak terdapat perbezaan yang ketara di antara corak pembelajaran

    yang diamalkan oleh pelajar. Cuma apa yang memberi kesan ialah dari persediaan yang

    dilakukan oleh pelajar. Walaupun aktiviti pembelajaran yang dijalani hampir sama, tetapi

    tempoh masa bermulanya sesuatu proses ulang kaji itu adalah penting. Pelajar cemerlang

    akan konsisten di dalam melakukan ulang kaji dan semua topik telah habis diulang kaji

    seminggu sebelum sesuatu peperiksaan bermula. Dengan itu, mereka boleh menghadapi

    peperiksaan dengan tenang dan dengan sepenuh penumpuan. Dari segi prinsip dan pegangan

    diri pelajar pula, tidak terdapat perbezaan yang ketara di antara dua kumpulan pelajar

    terbabit. Kesimpulannya, Teori pembelajaran memberi kesan yang ketara kepada proses

    pengajaran dan pembelajaran serta implikasi yang tinggi di dalam bilik darjah. Terdapat

    perbezaan dan persamaan antara semua teori yang dibincangkan. Penggunaan teori-teori ini

    di dalam pengajaran dan pembelajaran saling berkait antara satu sama lain. Sebagai pendidik

    dan pelajar, kita perlu jelas dan faham pembelajaran atau pendekatan yang diaplikasikan

    dalam kehidupan mempunyai kelebihan dan kekurangannya yang tersendiri.

  • 7/29/2019 TUGASAN HBEF2103

    11/11

    RUJUKAN

    Shahabuddin Hashim, (2003).Pedagogi : Strategi Dan Teknik Mengajar Dengan Berkesan.

    Pahang Darul makmur: PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd.

    Crow, T. (1983c) Conditioned modification of locomotion in Hermissenda crussicornis:

    analysis of time dependent associative and nonassociative components. J. Neurosci. 3: 2621-

    2628.

    Kagan (1965), Impulsive and reflective children: significance of conceptual tempo. In J. D.

    Krumboltz (ed.),Learning and the education process. Chicago: Rand McNaU

    Adler, Leonore Henriette (known as Nora Henriette Adler); Germany; Companion; 12A,

    Buckingham Court, Kensington Park Road, London, W.ll. 3 September, 1948.

    Allport G.W (1961), Pattern and growth in personality . New York ; Holt, Rinehart and

    Winston