tugasan edu3108.doc

14
TUGASAN EDU 3108 2013 Soalan Anda dikehendaki membaca Artikel 1 dan membuat ulasan terhadap dapatan kajian tersebut dalam perkataan anda sendiri dan bincangkan kefahaman baru yang anda perolehi. Pengenalan Berdasarkan artikel kajian yang dijalankan di luar Negara menunjukkan bahawa wujud kekurangan dalam pengajaran sains di peringkat sekolah rendah. Masalah ini mendapat perhatian daripada semua pihak dan mengharapkan tindakan yang sewajarnya perlu diambil seperti dengan mengubah sistem pendidikan, kelayakan guru baru serta cara pelaksanaannya. Namun begitu segala halangan dan kesulitan yang timbul di kalangan guru-guru di sekolah rendah sering dikaitkan dengan tahap penguasaan ilmu pengetahuan sains mereka sendiri. Oleh itu, langkah-langkah yang terbaik perlu dijalankan bagi mengatasi masalah yang timbul, seiring dengan perkembangan teknologi masa kini. Langkah penyelesaian yang dicadangkan dengan menyediakan ilmu pengetahuan iaitu memberi kursus yang berkaitan, memberi latihan yang secukupnya untuk guru-guru baharu. Laporan daripada kajian yang dibuat lebih mengutamakan faktor-faktor yang boleh meningkatkan perkembangan serta kemajuan profesional di kalangan guru baharu. Menurut Fuller dan Brown (1975) dan Veenman (19840) menyatakan bahawa yang guru-guru baharu sering berhadapan dengan keadaan sebenar kerana mereka akan mengalami kepayahan semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlaku. Guru baharu akan berasa Roselina bt Shafie Page 1

Upload: khusnyuddin-mohd-mokhtar

Post on 23-Dec-2015

16 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: TUGASAN EDU3108.doc

TUGASAN EDU 3108 2013

Soalan

Anda dikehendaki membaca Artikel 1 dan membuat ulasan terhadap dapatan kajian

tersebut dalam perkataan anda sendiri dan bincangkan kefahaman baru yang anda

perolehi.

Pengenalan

Berdasarkan artikel kajian yang dijalankan di luar Negara menunjukkan bahawa

wujud kekurangan dalam pengajaran sains di peringkat sekolah rendah. Masalah ini

mendapat perhatian daripada semua pihak dan mengharapkan tindakan yang

sewajarnya perlu diambil seperti dengan mengubah sistem pendidikan, kelayakan

guru baru serta cara pelaksanaannya. Namun begitu segala halangan dan kesulitan

yang timbul di kalangan guru-guru di sekolah rendah sering dikaitkan dengan tahap

penguasaan ilmu pengetahuan sains mereka sendiri. Oleh itu, langkah-langkah yang

terbaik perlu dijalankan bagi mengatasi masalah yang timbul, seiring dengan

perkembangan teknologi masa kini. Langkah penyelesaian yang dicadangkan

dengan menyediakan ilmu pengetahuan iaitu memberi kursus yang berkaitan,

memberi latihan yang secukupnya untuk guru-guru baharu. Laporan daripada kajian

yang dibuat lebih mengutamakan faktor-faktor yang boleh meningkatkan

perkembangan serta kemajuan profesional di kalangan guru baharu.

Menurut Fuller dan Brown (1975) dan Veenman (19840) menyatakan bahawa yang

guru-guru baharu sering berhadapan dengan keadaan sebenar kerana mereka akan

mengalami kepayahan semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlaku. Guru

baharu akan berasa tertekan dengan situasi ini bukan sahaja perlu menghadapi

anak-anak murid yang pelbagai kebolehan serta kerenah. Guru juga perlu

menghadapi pelbagai ragam ibu bapa yang sering menimbulkan masalah. Guru baru

juga turut mengalami masalah terhadap beban kerja antara tugas pengajaran

berkesan secara umum atau secara khusus. Namum masalah terhadap disiplin

murid di dalam kelas, penilaian latihan murid dan pelaksananaa proses pengajaran

dan pembelajaran dalam kelas merupakan isu yang penting sentiasa diambil berat

oleh semua pihak di peringkat bawahan hinggalah ke peringkat yang lebih tinggi. Ini

berbeza dengan isu-isu teknikal yang boleh diselesaikan dalam jangka masa yang

pendek. Menurut Brickhouse dan Bodner (1992) menyatakan bahawa bagaimana

Roselina bt Shafie Page 1

Page 2: TUGASAN EDU3108.doc

TUGASAN EDU 3108 2013

guru-guru baharu berhadapan dengan masalah berkaitan latihan sains dan proses

pengajaran sains yang sepatutnya dilaksanakan. Sebagai guru-guru baharu mereka

sudah sedia maklum dan bersedia untuk menghadapinya. Mereka perlu menghadapi

canaran-cabaran yang mungkin diihadapi oleh guru sains semasa proses pengajaran

dan pembelajaran di dalam kelas nanti. Sehubungan dengan itu di sini dinyatakan

beberapa halangan dan cabaran yang harus dihadapi oleh guru-guru sains yang

baharu. Proses yang dijalankan ini diharap dapat membantu untuk mereka

meningkatkan ilmu pengetahuan yang lebih mendalam dalam bidang yang diceburi

serta kemahiran sebagai guru muda.

Masih terdapat juga guru-guru baharu yang menguasai sesuatu kemahiran atau

aspek dalam pengajaran mereka. Namun begitu kejayaan mereka ini akan terus

berkembang seiring dengan kelayakkan dan bergantung kepada keadaan tempat

kerja masing-masing. Bulloungh dan Knowles (1991) berpendapat bahawa guru-guru

baru akan mengubah corak pengajaran dan pembelajaran berpandukan tahap

penguasaan atau peningkatan pelajar. Clandinin (1989) menyatakan bahawa

halangan di tempat kerja atau sekolah pada tahun pertama proses ,pembentukan

imej guru-guru muda itu sendiri . Guru-guru muda selalunya akan berusaha untuk

memajukan diri sendiri berdasarkan teori pegangan diantaranya adalah seperti

berikut :-

a. Kepercayaan terhadap kemampuan diri sendiri berbanding kehebatan rakan-

rakan sekerja.

b. Terasa asing dengan rutin atau keadaan ditempat bertugas kerana prosedur

dan kepercayaan yang berbeza.

c. Berkepercayaan yang semua guru baru perlu mengikut adat budaya di tempat

kerja yang baru bagi mereka.

d. Berpendapat yang kelas ialah ‘rahsia’, Masalah kelas ialah masalah individu.

e. Sebarang masalah atau kesulitan yang timbul adalah kekurangan diri sendir

jangan menyalahkan diri orang lain.

Zeichner dan Tabachnick (1981), menyatakan bahawa guru-guru baru turut

mengalami perubahan daripada teori yang lebih progresifi iaitu ‘student-contred’

kepadaa teori lebih tradisional iaitu ‘teacher-cantred’. Hal ini berlaku kerana terikut-

ikut atau pengaruh daripada persekitaran seperti sekongan sekolah, rakan sekerja

Roselina bt Shafie Page 2

Page 3: TUGASAN EDU3108.doc

TUGASAN EDU 3108 2013

yang terdiri daripada guru-guru yang lama mendorong kepada perubahan

menggunakan teknik pengajaran tradisional. Sepatutnya guru-guru baru yang baru

dilahirkan dengan dipenuhi dengan perkembangan teknologi serta diserapkan

pedagogi yang sesuai dengan cabaran masa kini.

Berdasarkan model pembangunan professional yang diulas oleh Kagen (1992)

menyatakan bahawa “imej seseorang guru dipengaruhi dan dibentuk oleh

kepercayaan guru itu sendiri, oleh itu mereka lebih fokus kepada sikap dan

kepercayaan sendiri berbanding para pelajar”. Apa yang lebih jelas imej seseorang

guru amat penting dan perlu sentiasa berada pada tahap yang lebih tinggi. Ini

kerana masyarakat mahu pun pelajar atau ibu bapa akan menilai seseorang guru

bermula daripada imej yang ada pada guru tersebut. Imej yang baik dan positif akan

memberi kepercayaan kepada pelajar, ibu bapa serta komuniti luar terhadap

seseorang guru tersebut. Oleh itu guru merupakan role model yang paling utama

dan berkesan kepada masyarakat masa kini. Guru berimej yang efisien dan

konsisten akan melahirkan pelajar yang lengkap dari segi JERISnya. Empat

daripada lima komponen Kagen’s model merujuk kepada praktis di dalam kelas, di

mana proses pembelajaran untuk mengajar berlangsung. Hal ini menjelaskan guru

mesti memastikan proses pengajaran dan pembelajaran perlu berlaku di dalam

kelas. Manakala komponen kelima merujuk kepada proses pembangunan kendiri

guru sendiri. Terdapat kritikan kepada model Kagen ini kerana imej kendiri sering

dikaitkan dengan keyakinan diri. Tidak dapat dinafikan tentang pernyataan oleh

Kagen ini bahawa imej memang berkait rapat dengan keyakinan ini, sekiranya imej

seseorang guru tidak mantap keyakinan terhadap diri sendiri akan berkurangan

untuk berhadapan dengan pelajar serta masyarakat luar yang ada kaitan dengan

bidang pendidikan. Seseorang guru yang mempunyai imej yang baik dan berkaliber

keyakinan terhadap diri sendiri untuk berhadapan dengan orang lain yang berkaitan

akan lebih tinggi tidak menimbulkan sebarang keresahan, keraguan serta sikap

rendah diri. Hanya diri sendiri guru tersebutlah yang membolehkan dimana

kedudukan guru tersebut mahu berada. Seseorang guru akan berusaha dan

memastikan dirinya berada pada kedudukan yang terbaik dan sentiasa dipandang

mulia disisi agama dan bangsa.

Roselina bt Shafie Page 3

Page 4: TUGASAN EDU3108.doc

TUGASAN EDU 3108 2013

Menurut Hatton dan Laws (1993) “Guru-guru baru perlu mempunyai kefahaman

yang cukup terhadap diri sendiri sebagai seorang pengajar, para pelajar sebagai

anak didik dan kelebihan serta kekurangan aspek-aspek tertentu dalam proses

pembelajaran dan pengarah di sekolah”. Pernyataan ini menunjukkan bahawa

seseorang guru yang berkaliber mesti menguasai sepenuhnya ilmu pengetahuan

terutamanya dalam bidangnya sendiri. Menjadi guru atau tenaga pengajar yang

pakar sudah semestinya guru tersebut perlu hebat dalam semua bidang serta

berkeyakinan tinggi menjadi jurulatih kepada guru-guru lain.

Dalam kajian yang dibuat bertujuan untuk mengkaji aspek-aspek yang boleh

mempengaruhi guru-guru baru dalam proses memajukan diri menjadi professional

sebagai guru sains di sekolah. Pengajaran sains, telah mengkhususkan

perkembangan guru-guru baru semasa proses pembelajaran sebelum menjadi guru

sepenuh masa. Dalam laporan kajian tersebut telah mengemukakan beberapa

pendekatan proses atau aktiviti yang dilaksanakan bagi memantapkan proses

pembelajaran guru-guru baru sains menjadi professional.

Antara pendekatan proses yang dilaksanakan seperti Aktiviti ‘Selamat’. Aktiviti

selamat merupakan proses pembelajaran dan pengajaran selamat yang merujuk

kepada kurangnya faktor risiko dan hanya menjurus kepada zon selamat atau

selesa. Aktiviti ini akan ditentukan oleh jumlah aktiviti yang seringkali dilaksanakan

oleh semua guru. Apa yang lebih jelas lagi aktiviti selamat ini merupakan aktiviti atau

latihan pembelajaran yang biasa dijalankan selepas proses pengajaran dan

pembelajaran berlangsung. Guru baru juga pernah melakukan aktiviti seperti ini

semasa mereka menjalankan sesi praktikum di sekolah sebelum menamatkan

tempoh pengajian mereka. Aktiviti ‘selamat’ ini diharap dapat mendorong mereka

lebih fokus mengawal disiplin murid di dalam kelas semasa proses pengajaran dan

pembelajaran. Namun begitu, proses pengajaran dan pembelajaran sains lebih

kepada praktikal atau amali yang lebih merangsang murid untuk belajar. Murid-murid

sering ternanti-nanti dengan penemuan baru yang akan dipelajari setiap kali tibanya

subjek sains.

Menurut Kagen (1992) bahawa guru-guru muda pasti akan memilih jenis aktiviti

yang selamat semasa tempoh awal mereka sebagai guru. Aktiviti-aktiviti yang dipilih

oleh guru juga telah dipengaruhi oleh persepsi terhadap ekspektasi sekolah.

Roselina bt Shafie Page 4

Page 5: TUGASAN EDU3108.doc

TUGASAN EDU 3108 2013

Sebenarnya aras aktiviti serta jumlah aktiviti yang dilaksanakan adalah bergantung

kepada tahap kebolehan murid. Namun sebaliknya yang berlaku di mana guru yang

lebih berpengalaman akan mencuba latihan pengajaran yang kebih mencabar dan

keluar daripada kepompong ‘zon selamat’. Ini bersesuai dan seiring dengan

keperluan pelajar pada masa kini yang inginkan aktiviti yang lebih menarik dan

mencabar.

Pendekatan proses yang seterusnya ialah memilih opsyen sendiri iaitu kurikulum

subjek sains diajar berdasarkan pilihan sendiri atau mengikut opsyen yang dipilih,

selain daripada mengikut sukatan yang sedia ada, menggunakan isi kandungan

yang telah dimasukkan ke dalam buku teks, buku rujukan dan juga polosi sekolah.

Kebanyakkan guru lebih gemar menggunakan buku teks sebagai rujukan sebagai

cetusan idea setiap aktiviti dan latihan di dalam kelas, kerana ini yang disarankan

oleh pihak Kementerian Pendidikan. Namun begitu masih terdapat guru-guru yang

menggunakan buku aktiviti di pasaran yang diyakini berkesan berdasarkan

pengalaman pengajaran yang lampau dan buku teks dianggap kurang berkesan

untuk sesetengah aktiviti. Selain itu terdapat juga sesetengah guru sains yang

menggunakan contoh-contoh pengajaran daripada subjek lain untuk membantu

memantapkan pengajaran sains oleh guru-guru sains itu sendiri. Bagi pendapat saya

seseorang guru sains perlu memilih aktiviti praktikal yang lebih kerap kerana aktiviti

ini, murid dapat melakukan dan merasai sendiri proses pembelajaran yang

dijalankan.

Menurut laporan kajian pencapaian silibus atau sukatan subjek sains dan buku

teks di mana guru-guru akan memilih sendiri beberapa topik untuk diajar sepanjang

tahun selaras dengan polisi sekolah. Menurut kajian lagi terdapat sekolah yang tidak

menetapkan polisi, justeru itu guru-guru bebas memilih silibus dan cara pengajaran

sendiri. Ini juga juga dipengaruhi oleh faktornya kurangnya keutamaan diberi pada

subjek sains kini. Selain itu, kebanyakkan guru baru akan memilih cara pengajaran

yang lebih selamat dan menjadi kebiasaan di sekolah. Subjek sains kurang diberi

keutamaan di sekolah. Laporan kajian ini berbeza dengan sistem pendidikan yang

diamalkan di Negara kita dimana sukatan pelajaran telah disediakan oleh

Kementerian Pendidikaan Malaysa (KPM). Semua guru tidak boleh membuat pilihan

malahan perlu menghabiskan semua sukatan yang telah disediakan. Bagi KPM

Roselina bt Shafie Page 5

Page 6: TUGASAN EDU3108.doc

TUGASAN EDU 3108 2013

semua subjek adalah penting dan keutamaan diberi hak sama rata dengan subjek

lain seperti Matematik, Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.

Selain itu laporan kajian yang dijalankan menunjukkan bahawa guru subjek sains

merupakan subjek yang kedua pentingnya di mana keutamaan telah diberi kepada

subjek bahasa ingggeris dan metematik. Kekurangan keutamaan ini menyebabkan

persepsi guru itu sendiri terhadap aspek di sekolah dan seterusnya sistem

pendidikan itu sendiri. Menurut salah seorang yang ditemuramah iaitu Marry, subjek

bahasa dan matematk selalunya diajar pada waktu pagi manakala subjek sains

diajar pada waktu tengah hari dimana para pelajar sudah hilang minat dan tenaga

untuk belajar ekoran kepenatan. Namun begitu, kelonggaran polisi sekolah boleh

memberi pelepasan kepada guru untuk mengajar dan cara pengajarannya sendiri.

Laporan kajian seterusnya berkaitan dengan kekurangan penyediaan bahan

sumber semasa proses pengajaran oleh guru-guru sains. Kegagalan pihak sekolah

menyediakan keperluan,kemudahan dan sumber fizikal mempengaruhi persepsi

guru pada pengajaran. Kekurangan sumber untuk pengajaran seperti bahan

eksperimen merupakan penghalang bagi kejayaan subjek sains di sekolah. Proses

pengajaran dan pembelajaran sains akan terhad dengan pemilihan strategi

pembelajaran kreatif guru dan menyebabkan guru sering menjalankan aktiviti biasa

yang tradisional dan ketinggalan. Hal ini bukan sahaja melibatkan penyediaan bahan

sumber malahan ia melibat pemilihan kurikulum yang sesuai dengan bahan sumber

yang ada, guru perlu mencari alternatif lain serta keutamaan yang diberikan oleh

pihak sekolah dan kebolehan mencari masa untuk mengolah sumber sedia ada turut

dapat menyelesaikan masalah yang timbul.

Dengan yang demikian, sebagai guru baharu seseorang guru perlulah bijak

mengurus masa dan mengambil inisiatif sendiri untuk memajukan dan meningkatkan

proses pengajaran sendiri. Pihak sekolah hanya menyediakan apa yang mampu

sahaja demi meningkatkan proses pengajaran subjek sains disekolah. Guru baru

seharusnya mempunyai pemikiran yang kreatif dan kritis bagi agar lebih berdaya

saing juga untuk meningkatkan professional keguruan dalam diri sendiri ke tahap

yang lebih cemerlang. Pihak sekolah hanya berperanan untuk membantu guru-guru

baharu ini lebih berkeyakinan serta memastikan proses pengajaran dan

pembelajaran dapat berjalan dengan lancar.

Roselina bt Shafie Page 6

Page 7: TUGASAN EDU3108.doc

TUGASAN EDU 3108 2013

Menurut laporan kajian seterusnya sokongan daripada rakan sekerja iaitu guru-

guru yang berpengalaman dapat membantu guru-guru baharu ini lebih

berkeyakinan. Dengan bantuan dan bimbingan oleh guru-guru lama membolehkan

guru-guru baharu mengajar dengan lebih efektif. Contohnya kajian yang telah dibuat

terhadap seorang guru baharu yang bernama Mary memberitahu yang dia telah

diberi sokongan untuk mencuba idea baharu dengan berkongsi idea dengan guru-

guru lain yang lebih berpengalaman dan mendapat maklum balas yang sangat baik.

Pertukaran idea serta maklumat dan pengalaman sudah pasti akan menguntungkan

semua pihak. Guru-guru baharu seharusnya lebih mesra dan sentiasa

berkomunikasi secara baik dengan guru-guru yang lama sepanjang masa.

Selain itu, perancangan proses pengajaran secara berkumpulan telah membantu

guru-guru baharu meningkat proses pengajarannya. Kepelbagaian strategi, teknik

serta kaedah pengajaran yang lebih berkesan sudah pasti akan meningkatkan

proses pengajaran guru tersebut di dalam kelas.

Sokongan yang sepenuhnya oleh guru-guru berpengalamn amat penting kepada

guru-guru baharu bagi mempraktikan teori serta praktiskan pengajaran mereka

sendiri serta menyediakan informasi yang mencukupi serta tentang sekolah dan

sistem persekolahan. Menurut kajian ini lagi pertukaran idea dengan guru

berpengalaman pastinya menjadi bonus kepada guru-guru baharu untuk

meningkatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran pengajaran mereka pada masa

akan datang.

Secara kesimpulannya komunikasi atau interaksi sesama rakan sekerja akan

memberi banyak manfaat seperti Peningkatan professional dapat dilaksanakan

dengan adanya refleksi kendiri terhadap pengajaran murid dalam kelas, bidang

pembelajaran dan pengalaman yang dialami oleh guru-guru baharu tersebut.

kemajuan guru-guru baharu sebagai guru sains yang dipengaruhi oleh faktor sosial

dan praktikal. Untuk menjadi seorang guru yang berpotensi pada mulanya memang

akan menghadapi masalah dalam pengajarannya. Namun begitu semua pihak

seharusnya memberi sokongan yang padu kepada guru-guru baharu ini. ‘Program

Mentor’ yang efektif yang telah disyorkan oleh beberapa pengkaji ini adalah inisiatif

yang berkesan untuk membantu guru yang baharu demi memajukan diri mereka

sendiri.

Roselina bt Shafie Page 7

Page 8: TUGASAN EDU3108.doc

TUGASAN EDU 3108 2013

PENULISAN REFLEKSI

Zaman kini semakin mencabar, bebanan guru makin besar yang menuntut

kesabaran serta ketanggungjawab yang amat hebat. Kejayaan dan keberkesanan

pendidikan banyak berkait rapat dengan kesedaran, keinsafan dan tanggungjawab

guru sebagai pendidik. Oleh itu, kepada bakal-bakal yang bergelar guru sebelum

selangkah ke bidang pendidikan perlu diperkukuhkan dengan perisai yang amat

kental sanggup berkorban apa sahaja.

Berdasarkan kajian yang di buat di luar Negara terhadap isu guru-guru sains

ketika baharu menceburi bidang perguruan yang sebenar. Guru-guru sains yang

baharu tersebut menghadapi masalah ketika melaksanakan proses pengajaran dan

pembelajaran. Sebenarnya guru lama juga menghadapi masalah yang sama dengan

mereka pada permulaannya, namun begitu perbezaan guru baharu dengan guru

lama ialah berdasarkan pengalaman mengajar.

Apabila saya menganalisis artikel ini saya bayangkan saya sewaktu dahulu yang

menghadapi masalah yang sama. Walaupun sebelum menjadi tenaga pengajar yang

tetap semua guru diberi latihan untuk menjalani paraktikum namun begiitu saya

masih juga menghadapi kekurangan semasa proses pengajaran dan pembelajaran.

Masalah ini timbul tidaklah begitu lama ia dapat diatasi apabila saya berusaha

menguasai isi pelajaran yang hendak saya sampaikan dan saya bertanya nasihat

dan pendapat daripada guru-guru yang lama. Itulah keistimewaannya yang

membezakan guru baharu dan guru lama adalah pengalaman mengajar guru-guru

tersebut. Apabila seseorang guru tidak mempunyaii kemahiran menguasai untuk

mengawal disiplin maka suasana di dalam kelas tersebut amatlah tidak berdisiplin.

Jika seorang guru yang menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran tidak

mempunyai ilmu yang tinggi maka ia akan menjejaskan kelancaran proses serta

guru kurang berkeyakinan apabila menjawab sebarang persoalan yang diajukan.

Daripada kajian artikel ini juga saya mengetahui pelbagai cara yang digunakan

untuk meningkatkan motivasi guru-guru baharu. Sebagai seorang guru yang baik

perlu mempunyai motivasi diri yang tinggi terhadap diri sendiri serta mampu

berkorban jiwa dan raga demi agama, bangsa dan Negara. Keyakinan yang tinggi

dalam diri guru-guru ini membolehkan mereka mengawal kelas dari segi menguasai

Roselina bt Shafie Page 8

Page 9: TUGASAN EDU3108.doc

TUGASAN EDU 3108 2013

penyampaian serta murid-murid. Sekiranya guru-guru ini mempunyai keyakinan diri

yang baik proses pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan dengan

berkesan dan objektif PdP akan tercapai.

Sikap guru-guru baharu ini juga memainkan peranan penting bagi mengatasi

masalah yang guru-guru ini tidak dapat melaksanakan proses pengajaran dan

pembelajaran dengan lebih berkesan. Sikap guru dari segi integriti amat memberi

kesan terhadap proses pengajaran dan pembelajaran (PdP). Seseorang guru yang

mempunyai integrity yang tinggi dalam dirinya dalam semua aspek masalah yang

dihadapi oleh guru tersebut seperti yang dinyatakan dalam artikel tidak akan timbul.

Seorang guru yang berintegri dalam kerjayanya beliau akan memastikan proses PdP

berjalan dengan lancar dan berkesan. Guru-guru tersebut akan berusaha

menghasilkan bahan bantu mengajar yang baik iaitu menggunakan teknolog dalam

penyampaian PdPnya. Dengan bahan bantu mengajar yang menarik dan moden

akan membuatkan murid-murid akan lebih berminat untuk belajar.

Guru perlu menyediakan aktiviti yang menarik sesuai dengan tajuk agar murid

tidak bosan mengikut kelas tersebut. Aktiviti juga perlu pelbagai, jangan

mengunakan aktiviti yang sama semasa menjalankan PdP agar murid seronok

belajar dan sentiasa menantikan aktiviti yang akan datang lebih menarik dan hebat.

Aktiviti yang tidak menarik atau menggunakan aktiviti yang sama sentiasa atau

mengajar hanya menggunakan teori sahaja akan membuatkan murid-murid cepat

bosan, tidak memberi perhatian semasa guru mengajar, membuat kerja lain dan

cuba mencari alasan untuk keluar dari kelas.

Guru yang mengamalkan sikap integriti dalam kerjayanya seperti menggunakan

masa yang diberikan sepenuhnya untuk melaksanakan PdP bersama dengan murid-

murid. Guru yang baharu juga perlu sentiasa membantu, berusaha dan memberi

sokongan kepada anak murid-muridnya untuk mencapai objektif PdP mereka setiap

hari. Sentiasa mengharapkan agar murid-muridnya memperolehi kejayaan yang

cemerlang dalam akademik dan menjadi insan yang berguna dalam kehidupan

mereka pada masa akan datang. Guru perlu memberi perhatian terhadap murid

sama rata tidak boleh membezakan antara satu sama lain. Murid-murid memang

cepat terasa dan prihatain dalam hal ini oleh itu, guru yang baharu mesti prihatin

terhadap masalah murid-murid yang bermasalah.

Roselina bt Shafie Page 9

Page 10: TUGASAN EDU3108.doc

TUGASAN EDU 3108 2013

Sebagai kesimpulannya seseorang yang mula menjejakkan kaki ke dalam bidang

pendidikan perlu bersedia dengan kekuatan fizikal dan mental agar dapat

menempuh segala cabaran dan dugaan yang datang. Artikel ini bukan sahaja

ditujukan kepada guru-guru baharu sahaja malahan saya yang telah mengajar

selama 13 tahun juga perlu memastikan PdP dapat dilaksanakan dengan lebih

berkualiti, kreatif dan inovatif yang sentiasa mengikut perkembangan semasa seiring

dengan perkembangan teknologi masa kini. Guru baharu atau lama perlu

mempunyai nilai integriti yang lebih mantap agar proses PdP lebih berkesan.

Roselina bt Shafie Page 10