tugasan cuti sekolah
DESCRIPTION
senarai peribahasa . aada 50 dalam t . boleh guna dalam karangan .TRANSCRIPT
TUGASAN CUTI SEKOLAH (13-21 MAC 2015)
BAHASA MELAYU
TINGKATAN EMPAT
MRSM MERSING , JOHOR
NAMA : MUHAMMAD ALIFF NAJMI BIN AZHAR
KELAS : 4 URANUS
1
ISI KANDUNGAN
PEPATAH1. Alah membeli menang memakai
Maksud : tidak apalah barang yang dibeli itu mahal sedikit asalkan barang itu tahan lama .
Contoh : Faridah terpaksa membayar harga yang lebih tinggi untuk jam tangan itu tetapi dia tidak kisah kerana dia berpendapat bahawa biar alah membeli , menang memakai .
2. Berapa berat mata memandang , berat lagi bahu memikul
Maksud : berapa susah kita melihat seseorang itu menanggung kesusahan , susah lagi orang yang mengalaminya .
2
TAJUK MUKA SURAT
PERIBAHASA
ISI KANDUNGAN 2
PEPATAH 3
BIDALAN 6
PERUMPAMAAN 8
SIMPULAN BAHASA 13
Contoh : Yaakob bersimpati terhadap penduduk kampung yang kehilangan harat benda dalam kebakaran itu tetapi Yaakob tahu bahawa berapa berat mata memandang , berat lagi bahu yang memikul .
3. Cakap berlauk-lauk , makan dengan sambal berlada
Maksud : cakap dan lagak seperti orang kaya tetapi sebenarnya miskin
Contoh : “Jangan terpedaya oleh lelaki yang berkereta besar dan boros itu . Dia sebenarnya cakap berlauk-lauk , makan dengan sambal berlada ,” kata Siti kepada kawannya .
4. Dalam kilat ada kilau
Maksud : dalam percakapan yang terang atau biasa , ada sesuatu maksud yang tersembunyi
Contoh : sunguhpun ucapan penghulu Kidam dalam majlis itu nampak seperti biasa sahaja tetapi mengandungi maksud yang tersirat umpama dalam kilat ada kilau .
5. Enak lauk dikunyah-kunyah , enak kata diulang-ulang
Maksud : nasihat untuk kebaikan perlu disebut berulang kali
Contoh : Mak Siah selalu menasihati anak-anaknya supaya rajin belajar kerana pelajaran merupakan bealan untuk masa hadapan . Mak Siah akan terus menasihati anak-anaknya kerana baginya , enak lauk dikunyah-kunyah , enak kata diulang-ulang .
6. Gagak bersuara murai
Maksud : rupanya hodoh tetapi suaranya merdu dan baik budi bahasanya
Contoh : Penggubah lagu lagu itu terpikat oleh kemerduan suara dan tingkah laku peserta nombor lapan dalam Pertandingan Bintang RTM
3
itu . Dia berhasrat hendak menawarkan kontrak menyanyi kepada gadis seperti gagak bersuara murai .
7. Hapus panas setahun oleh hujan sehari
Maksud : jasa atau kebaikan seseorang boleh hilang akibat kesalahan yang sedikit
Contoh : Pekerja yang cekap itu telah dipecat oleh majikannya kerana kesalahan mencetuskan pergaduhan dalam pejabat . Pekerja itu berasa kecewa kerana jasanya selama ini tidak dihargai ibarat hapus panas setahun oleh hujan sehari .
8. Intan itu jika terbenam di pelimbahan sekalipun , tiada akan hilang cahayanya
Maksud : Kebenaran akan terserlah juga walaupun disembunyikan
Contoh : Mereka berpakat untuk memfitnah Zainal supaya dia dipersalahkan dalam perkara itu . Akan tetapi , hasil daripada siasatan Tuk Penghulu, pakatan mereka terbongkar ,bak kata pepatah intan itu jika terbenam di pelimbahan sekalipun , tiada akan hilang cahayanya .
9. Jiwa bergantung di hujung rambut
Maksud : dalam kedaan yang sangat mencemaskan dan berbahaya
Contoh : Semasa pemerintahan Jepun , hidup rakyat ibarat jiwa bergantung di hujung rambut . Jika tersilap langkah mereka akan ditangkap , didera ataupun dibunuh .
10. Kecil jangan disangka anak , besar jangan disangka bapa
Maksud : pengetahuan seseorang itu bukanlah diukur berdasarkan rupa atau umurnya
Contoh : Mereka mendapati cadangan pemuda itu mudah tetapi amt bernas . memang ada benarnya pepatah yang berbunyi kecil jangan
4
disangka anak , besar jangan disangka bapa kerana ahli-ahli lain yang lebih tua dan berpengalaman pun tidak dapat mengemukakan cadangan seperti itu .
11. Lalang ditanam takkan padi yang tumbuh
Maksud : perbuatan yang jahat tidak akan mendapat balasan yang baik
Contoh : “Puan , anak puan telah merompak kedai dan akan didakwa walaupun anak puan masih mentah . Sepatutnya , anak puan harus tahu bahawa lalang ditanam takkan padi yang tumbuh ,” pegawai polis itu memberitahu ibu remaja yang ditahan polis itu .
12. Membujur lalu , melintang patah
Maksud : sanggup menghadapi sebaranng tentangan atau dugaan
Contoh : Kali ini Shafiee tidak mahu beralah lagi dalam mengusahakan perniagaannya . Baginya biarlah membujur lalu , melintang patah . dia sanggup menghadapi segala cabaran yang mendatang .
BIDALAN
13. Adat periuk berkerak , adat lesung berdedak
Maksud : jika ingi akan kemewahan mestilah sedia berusaha
Contoh : Samantha gigih berusaha bagi memenuhi cita-citanya untuk menjadi jutawan kerana dia sedar bahawa adat periuk berkarat , adat lesung berdedak .
14. Biar putih tulang , jangan putih mata
5
Maksud : sanggp mati daripada menyerah kalah
Contoh : perjurit-peraurit kita sanggup berkorban demi mempertahnkan Negara
15. Cicir dipungut , hilang dicari
Maksud : jangan melakukan pembaziran
Contoh : Rakyat Malaysia diseru supaya mengamalkan sikap cicir dipungut , hilang dicari .
16. Duduk seorang bersempit-sempit , duduk banyak berapang-lapang
Maksud : pendapat ramai lebuh baik daripada pendapat individu
Contoh : Encik Bahar tidak terus menerima pandangan Azhar dalam mesyuarat itu sebaliknya membincangkan cadangan itu lebih dahulu dengan ahli mesyuarat yang lain kerana dia sedar bahawa duduk seorang bersempit-sempit , duduk bnyak berlapang-lapang .
17. Elok lenggang ditempat datar
Maksud : bergembira haruslah pada waktu dan tempat sepatutnya
Contoh : Harun menegur rakan-rakannya yang bergurau sendadam majlis tilaawah al-Quran itu dengan menyatakan bahawa mereka wajar mematuhi bidalan yang menyatakan bahawa elok lenggang ditempat datar .
6
18. Genggam bara api biar sampai jadi arang
Maksud : apbila melakukan sesuatu pekerjaan yang susah , kita hendaklah bersabar dan meyempurnakan pekerjaan itu sehingga selesai
Contoh : pendudu kampong itu menghadapi pelbagai kesulitan untuk meneruskan pembinaan jambatan itu tetapi mereka tidak pernah putus asa keran bagi mereka genggam bara api biar sampai jadi arang
19. Hilang bini boleh dicari , hilang budi badan celaka
Maksud : fikiran yang jahat akan membahayakan diri sendiri
Contoh : Dia menasihati kawannya supaya jangan meneruskan rancangan jahatnya itu kerana hilang bini boleh dicari , hilang budi badan celaka .
20. Ingat sebelum kena , jimat sebelum habis
Maksud : hendaklah berwaspada setiap masa supaya tidak terpedaya dan habis harta .
Contoh : Pelbagai janji diberikan oleh tauke itu kepada Aiman supaya dia dapat menjadi rakan kongsi dalam perniagaan Aiman tetapi Aimantidak mengendahkan janji tauke itu keranan baginya ingat sebelum kena .
21. Jangan bermain di air yang keruh
Maksud : jangan ditiru perbuatan yang buruk
7
Contoh : “Kamu bebas memilih kawan . Akan tetapi , ketika bergaul dengan kawan-kawan , jangan bermain di air yang keruh , kata Puan Lina kepada anaknya .
22. Kusut di hujung balik ke pangkal
Maksud : apabila berdepan dengan masalah , carilah puncanya
Contoh : Masalah yang timbul dikalangan kakitangan syarikat itu berjaya diatasi oleh pihak majikan kerana mereka berpegang keada prinsip kusut dihujung balik ke pangkal .
23. Lembu dogol jangan dibalun
Maksud : jangan mengganggu orang yang tidak melawan kerana dia melawan berbahaya
Contoh : Pelajar-pelajar disekolah itu tidak berani menyakat khamsah yang pendiam itu kerana mereka sedar bahawa lembu dogol jangan dibalun .
24. Mamah dahulu , kemudian telan
Maksud : melakukan sesuatu pekerjaan perlulah mrngikut peraturannya
Contoh : Pekerjaan itu dapat disempurnakan oleh Lazim dengan
selamat kerana dia bekerja mengikut konsep mamah dahulu , kemudian telan .
8
PERUMPAMAAN
25. Bagai air titik ke batu
Maksud : susah menasihati orang yang degil
Contoh : Sudah berkali-kali Pak Rahim menasihati anaknya supaya jangan melabur dalam skim cepat kaya itu .akan tetapi nasihatnya bagai air titik ke batu kerana langsung tidak dipedulikan anaknya .
26. Ibarat pasir , sekali air dalam sekali berubah
Maksud : rakyat jelata terpaksa menurut perubahan setiap kali bertukar .
Contoh : ketidakstabilan politik negara itu menyebabkan pucuk pimpinan Negara itu kerap berubah . Rakyat Negara itu pula ibarat pasir , sekali air dalam sekali berubah .
9
27. Laksana buntal kembung , perut buncit didalamnya kosong
Maksud : orang yang tidak berilmu , hanya tahu bercakap besar
Contoh : Penduduk kampong tidak mempercayai kata-kata Halim kerana Halim laksana buntal kembung , perut buncit didalamnya kosong
28. Macam kera kelaparan
Maksud : orang tua yang bibirnya sentiasa terkumat-kamit Contoh : Orang tua yang duduk disudut bilik itu macam kera
kelaparan kerana dia sedang membaca surat yang diterima dari anaknya .
29. Seperti air dalam kolam
Maksud : orang yang sentiasa kelihatan tenang
Contoh : Saya amat mengagumi Encik Wong kerana dia seperti air dalam kolam walaupun syarikatnya mengahadapi masalah kewangan .
30. Umpama buah kepayang , dimakan mabuk dibuang sayang
Maksud : sesuatu yang sangat disayangi tetapi menyusahkan
Contoh : Encik Fazil tidak berbuat apa-apa terhadap anaknya yang berperangai buruk itu kerana anaknya umpama buah kepayang , dimakan mabuk dibuang disayang .
31. Untung bagai roda pedati
Maksud : nasib manusia berubah-ubah ; ada masa senang , ada masa susah
10
Contoh : “Jangan berputus asa Ramli , untung bagai roda pedati . kali ini perniagaan kamu gagal , mungkin pada kali lain kamu akan berjaya ,” kata ayahnya .
32. Laksana golok kayu , ditetak tak makan , dijual tidak laku
Maksud : pengetahuan yang mencukupi itu tiada gunanya
Contoh : Jika kamu tidak mempelajari cara-cara membaiki televisyen sepenuhnya ,pengetahuan sedikit yang kamu miliki itu laksana golok kayu , ditetak tak makan , dijua tidak laku .
33. Macam kikir besi
Maksud : orang kaya yang kedekut
Contoh : Walaupun orang itu kaya , penduduk kampong tidak pernah meminta bantuan daripadanya kerana orang itu macam kikir besi .
34. Seperti anjing merebut tulang
Maksud : orang yang tamak merebut harta
Contoh : Hubungan antara ketiga-tiga orang hartawan itu itu amat baik semasa bapa mereka masih hidup . akan tetapi , selepas bapa mereka meninggal dunia , mereka seperti anjing merebut tulang .
35. Umpama menepung tiada berberas
Maksud : kerja yang dibuat dengan tidak cukup syaratnya tentulah tidak sempurna
11
Contoh : melakukan sesuatu tanpa peralatan yang lengkap adalah umpama hendak menepung tiada berberas
36. Bagai tanduk bersendi gading
Maksud : jodoh yang tidak sepadan
Contoh : Azman tidak berasa hairan apabila mengetahui Rahman tidak jadi mengahwini Kamariah kerana mereka bagai tanduk bersendi gading . Rahman lulusan universiti manakala Kamariah belajar sampai Tahun 6 sahaja .
SIMPULAN BAHASA
37. Ada otak Maksud : bijaksana Contoh : “Marina ada otak . Dia pasti dapat menjawab teka-teki
itu.” Kata Ali kepada Hashim
38. Bidan tarik
Maksud : orang yang diminta melakukan sesuatu kerja secara mendadak
Contoh : Pathma terpaksa menjadi bidan tarik dalam persembahan tarian itu kerana salah seorang penari tidak hadir .
39. Cakap angin
Maksud : berita yang tidak betul
12
Contoh : Rakyat diseru supaya tidak mempercayai cakap angin .
40. Dingin tangan
Maksud : selalu berhasil dalam melakukan sesuatu
Contoh : “ Sejak kelahiran anak kita , saya dingin tangan . Mungkin anak kita membawa tuah kepada saya “kata Encik Lingam kepada isterinya
41. Enau dihutan
Maksud : seseorang yang suka hidup bersendirian
Contoh : semua orang kampung tahu bahawa hidup Darus seperti enau dihutan kerana dia tidak pernah menghadiri sebarang majlis yang diadakan di kampong itu .
42. Fikir (berfikir) dua kali
Maksud : i) fikir panjang-panjang ii) memikirkan sesuatu perkara semula
Contoh : Encik Baljit meminta Daniel berfikir dua kali sebelum meluluskan pelan perkembangan syarikat itu .
43. Gila bayang
Maksud : mencintai seseorang yang tidaka tahu bahawa dirinya dicintai
13
Contoh : Rosnah tidak sedar bahawa dia hanya gila bayang
terhadap pemuda itu .
44. Halwa telinga
Maksud : sesuatu yang sedap didengar
Contoh : luhan cinta teman lelaki Aminah adalah halwa telinga yang dinanti-nantikan oleh Aminah .
45. Itik bertaji
Maksud : pengecut tapi bercakap besar
Contoh : “Daripada cara dia bercakap , kamu tetu menyangka bahawa orang itu berani dan gagah . Akan tetapi , orang itu sebenarnya itik bertaji .” Rahman memberitahu Bakar
46. Jinak-jinak lalat Maksud : pergaulan yang tidak begitu mesra
Contoh : Phua hanya jinak-jinak lalat dengan kawan-kawan baharunya kerana dia belum mengenali kawan-kawan baharunya itu .
47. Katak hendak menjadi lembu
Maksud : hendak meniru gaya orang kaya
14
Contoh : “Kamu tidak berwang dan tidak berkereta , bagaimana katak hendak menjadi lembu ?” Halim mengejek kawannya
48. Lengah mata
Maksud : tidak hati-hati
Contoh : Kemalangan jalan raya itu berlaku kerana pemandu lori itu lengah mata ketika melalui jalan yang sempit itu .
49. Makan bawang
Maksud : marah dalam hati
Contoh : Encik Johar makan bawang setelah mengetahui dia ditipu jurujual itu .
50. Omong kosong
Maksud : bercakap kosong
Contoh : janji-janji ahi politik itu untuk memajukan daerah ini hanya omong kosong sahaja .
15
16