perincian tugasan program kesihatan sekolah 1.pptx

29
QGK 3023 : PENILAIAN SEPANJANG KURSUS- INTERAKSI ILMIAH PROGRAM KESIHATAN SEKOLAH

Upload: -

Post on 28-Sep-2015

55 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

QGK 3023 : PENILAIAN SEPANJANG KURSUS

QGK 3023 : PENILAIAN SEPANJANG KURSUS- INTERAKSI ILMIAHPROGRAM KESIHATAN SEKOLAHPENGENALAN :Kursus QGK3023 ini bermatlamat untuk mendedahkan pelajar tentang konsep perancangan Program Kesihatan di sekolah seterusnya memahami dan menganalisis Program Kesihatan Sekolah. Kursus ini membincangkan konsep perancangan Program Kesihatan Sekolah. Penekanan diberi kepada kemahiran menganalisis program kesihatan dari aspek perancangan, pengelolaan, perlaksanaan, bimbingan, penyelarasan koordinasi dan penilaianKategoriPemberatanKerja kursus60%Peperiksaan Akhir40%JUMLAH100%PEMBERATAN KURSUS :Bentuk Kerja Kursus Jenis TugasanAgihan Markah (Peratus)Jumlah (Peratus)IndividuTugasan 1 20%60%Tugasan 220%E-Forum 20%JUMLAH60%60%

ANALISIS KEPUTUSAN KESELURUHAN SEM 1 2014/15Program Kesihatan SekolahFokus Program Kesihatan Sekolah adalah pencegahan khusus kepada penyakit tidak berjangkit/berjangkit. Pencegahan khusus adalah merujuk kepada menangani punca-punca kesihatan yang buruk untuk mencegah masalah daripada berlaku.

Berdasarkan model Program Kesihatan Sekolah di bawah, bentuk satu program yang boleh diguna pakai di sekolah anda.Minggu ke 10(03 Mei 2015)20%TUGASAN 1 :

HURAIAN :Program Kesihatan Sekolah (RKS) meliputi semua kegiatan dan pengalaman yang direka untuk mempertahankan, mengalakkan dan menjaga kesihatan optimum murid-murid dan kegiatan sekolah, untuk menggalakkan keadaan hidup sihat di sekolah dan untuk membina pengetahuan, sikap dan kebiasaan yang diingini mengenai kesihatan. Tumpuan adalah kepada Program Bersepadu Sekolah Sihat (PBSS) kerana program ini menyepadukan dan menyelaras semua aktiviti berkaitan dengan kesihatan sekolah. Rancangan Kesihatan Sekolah telah dimulakan sejak tahun 1967 lagi dengan tujuan utamanya untuk melahirkan pelajar-pelajar dan masyarakat sekolah yang sihat dan produktif.

CONTOH PROGRAM :Perkhidmatan Kesihatan Sekolah.Perkhidmatan Pergigian Sekolah.Perkhidmatan Alam Sekitar SekolahContoh program :PROGRAM KESIHATAN MULUTRANCANGAN MAKANAN TAMBAHANPROGRAM SUSU SEKOLAHPROSTARPROGRAM ADHOCPROGRAM 3K

PROMOSI :ASSUMPTIONS :STATUS KESIHATAN BOLEH DIUBAHKESIHATAN DAN PENYAKIT BOLEH DITENTUKAN MELALUI INTERAKSI DINAMIK BIOLOGIKAL,PSIKOLOGI,TINGKAH LAKU,DAN FAKTOR SOSIAL.STRATEGI PENCEGAHAN BOLEH DIBENTUK UNTUK MENGENAL PASTI MASALAH KESIHATANTINGKAHLAKU BOLEH DIUBAH DAN PERUBAHAN TERSEBUT AKAN MEMBERIKAN KESAN TERHADAP KESIHATAN.

Contoh promosi program kesihatan

PROMOSIAspek promosi kesihatan telah mula diperkatakan sejak dua abad lalu tetapi hanya mendapat perhatian yang serius mulai tahun 1980an. Ia merupakan satu proses atau gerakan radikal yang menekankan kepada aspek sosial dan ekonomi. Aspek promosi kesihatan telah menonjolkan aspek kesejahteran kehidupan individu sebagai perkara asas dalam kesihatan masyarakat. Setiap individu, para profesional dan bukan profesional serta bukan agensi kerajaan atau kerajaan mempunyai peranan masing-masing dalam aktiviti promosi kesihatanPromosi Program Kesihatan PergigianPerkhidmatan kesihatan pergigian kepada murid sekolah dikendalikan oleh Bahagian Pergigian Kementerian Kesihatan Malaysia. Bahagian ini: menjalankan aktiviti-aktiviti pendidikan sebagai satu usaha pencegahan dan peningkatan kesihatan gigi. menyediakan peruntukan bagi pegawai dan peralatan bagi klinik pergigian sekolah membekalkan pegawai melatih guru-guru sekolah

PENCEGAHANKaedah tradisional:Lebih menekankan kepada aspek pencegahan dan kurang menekankan kepada aspek kesihatan positifKaedah peralihan:Menggunakan imej atau gambar yang menakutkan individu atau masyarakat supaya individu atau masyarakat berkelakuan lebih rasional. Contoh: poster anti merokok atau anti dadahKaedah moden:Menekankan kepada kedua-dua aspek; menggalakkan kesihatan yang positif dan mencegah kesihatan yang negatif. Kaedah ini menggunakan teori dan praktikal pendidikan modenTerdapat tiga tahap atau dimensi dalam aspek pencegahan:

Pencegahan primer Pencegahan sekunder Pencegahan tertier

Pencegahan primer melibatkan tindakan individu untuk mencegah dari berlakunya penyakit atau ketidakupayaan atau kecacatan. Di antara contoh tindakan ialah imunisasi dan vaksinasi. Pencegahan sekunder pula melibatkan pengenalpastian di peringkat awal keadaan kesihatan seseorang individu. Di antara contoh yang sering dilakukan oleh individu ialah pemeriksaan perubatan dan fizikal untuk menentukan sama ada seseorang itu mengalami penyakit seperti diabetis (kencing manis), hipertensi (darah tinggi), atau kegagalan jantung. Individu juga sering melakukan pemeriksaan gigi atau mata untuk memastikan ia berada dalam keadaan baik.

Aspek pencegahan tertier pula membabitkan tindakan yang diambil untuk mengurangkan tahap ketidakupayaan individu akibat daripada penyakit yang sedang dialami olehnya. Contohnya, pesakit akan mengawal keadaan penyakit diabetisnya dengan mengambil ubat sebagaimana yang diarahkan oleh doktor serta mengawal diet (pemakanan) supaya individu itu tidak mengalami masalah retinopati (kerosakan mata), neuropati (kerosakan sistem saraf) ataupun nefropati (kerosakan buah pinggang) akibat daripada keadaan diabetis yang tidak terkawal.

Program Kesihatan PergigianObjektif Program Kesihatan Pergigian; Untuk meningkatkan taraf kesihatan pergigian penduduk di negara ini melalui perkhidmatan pergigian, penggalakkan, pencegahan, rawatan dan pemuliharaan serta memberi keutamaan kepada kumpulan sasar iaitu bayi, kanak-kanak pra sekolah, murid sekolah rendah dan menengah, ibu mengandung, warga istimewa, warga tua dan mereka yang kurang berkemampuan. Mempertingkatkan kefahaman dan kesedaran masyarakat mengenai kepentingan menjaga kesihatan mulut serta melakukan perubahan sikap.

INTERVENSI AWALCara Pemakanan yang Sihat Statistik negara menunjukkan peningkatan kes-kes penyakit yang berkait rapat dengan corak pemakanan yang tidak sihat. Oleh itu, penekanan promosi kesihatan harus diberikan kepada tabiat dan cara hidup yang tidak sihat. Penyakit kardiovaskular seperti sakit jantung dan darah tinggi masih menjadi punca utama (penyebab) kematian (15.5 peratus) di hospital-hospital kerajaan. Selain itu, sebanyak enam peratus daripada kematian pula disebabkan oleh penyakit diabetis (kencing manis). Beberapa kajian telah menunjukkan bahawa lapan peratus daripada orang dewasa di negara ini mengalami masalah obesiti manakala 1/3 hingga 1/4 daripada masyarakat di negara ini pula mengalami masalah berat badan berlebihan. Sehubungan dengan aspek pemakanan yang sihat, kerajaan telah melancarkan kempen "Pemakanan yang Sihat" pada tahun 1997.

Akiviti Program Kesihatan Pergigian Rawatan Pergigian keutamaan adalah kepada murid-murid pra sekolah, murid-murid sekolah rendah dan menengah. Pencegahan Pergigian Pemflouridaan bekalan air Latihan memberus gigi murid sekolah rendah dan tadika.

Perkhidmatan Kesihatan Pergigian Sekolah Perkhidmatan Kesihatan Pergigian Sekolah disampaikan melalui: Klinik Pergigian Sekolah terletak dalam bilik khas di sekolah Pasukan Pergigian Bergerak Pasukan ini memberikan perkhidmatan kesihatan pergigian kepada murid sek. Klinik pergigian sementara diadakan di tempat yang sesuai di sek, menggunakan peralatan mudah alih. Klinik Pergigian Bergerak Merupakan sebuah kenderaan yang diubah suai serta dilengkapi dengan kerusi danperalatan pergigian.

RAWATAN"Primary Care ialah penjagaan kesihatan dan perubatan seseorang di luar penjagaan di hospital. Ini termasuk rawatan pencegahan, promosi kesihatan, rawatan segala penyakit yang dapat dan perlu dirawat tanpa memasukkan seseorang ke hospital. Ianya meliputi segenap lapisan umur dari dalam rahim hingga ke liang lahad..Cth: Suntikan Immunisasi kanak-kanak adalah sejenis rawatan primary care, pemeriksaan mengandung, rawatan penyakit tidak serius seperti demam selesema."Penglibatan Pihak SekolahPerkhidmatan Kesihatan Pergigian di sekolah menekankan Prinsip-prinsip `Primary Health Care Peranan sekolah di dalam program ini adalah:Kebenaran untuk rawatan; Kebenaran daripada ibu bapa atau penjaga murid utk sebarang rawatan ke atas murid sekolah.Penjadualan program pergigian: masa dan tarikh lawatan dan rawatan pergigian.Penyediaan tempat rawatan di sekolah; Kementerian pendidikan akan menyediakan bilik yang sesuai dan Kementerian Kesihatan akan menyumbangkan peralatan.

PEMULIHANPemulihan dalam program kesihatan merupakan satu kaedah pembangunan komuniti sekolah di mana program pencegahan, pemulihan dan pembangunan boleh dilaksanakan dengan penglibatan aktif sekolah dan masyarakat setempat supaya dapat mengecapi peluang sama rata serta diintegrasikan dalam masyarakat.Aspek pemulihan Program Kesihatan PergigianKementerian Pendidikan bekerjasama dengan pihak swasta bagi membekalkan kit pergigian dan bahan-bahan pendidikan kepada semua murid darjah satu hingga darjah tiga setiap tahun. Program ini selaras dengan konsep Pensyarikatan Malaysia.

Tugasan 2 :Laporan Pelaksanaan Program / Aktiviti KesihatanPelajar membuat laporan berkaitan dengan program / aktiviti kesihatan semasa yang dijalankan di sekolah.Kenal pasti beberapa program / aktiviti kesihatan yang sedang dilaksanakan di sekolah anda. Pilih DUA (2) daripada program / aktiviti kesihatan tersebut, dan hasilkan laporan berkaitan dengan pelaksanaannya.

Laporan perlu merangkumi skop seperti berikut:carta organisasi programvisi dan misi, objektif dan matlamat programtindakan yang dijalankan - sertakan dengan foto aktiviti, poster dan sebagainya berkaitan dengan perjalanan program tersebutpelaksanaan, pemantauan dan penilaian program tersebutlain-lain perkara yang berkaitan

Jelaskan bagaimana program / aktiviti kesihatan yang anda pilih dapat mempengaruhi atau memberikan kesan terhadap terhadap hasil pembelajaran dan pendidikan murid di sekolah. Huraian boleh dibuat berdasarkan kepada potensi, keberkesanan, atau kesesuaian program / aktiviti kesihatan tersebutDalam laporan tersebut juga, pelajar dikehendaki:Perkhidmatan kesihatan sekolah

Mengesan masalah kesihatan yang boleh menghalang pencapaian akademik murid di sekolah dan seterusnya membuat rujukan awal bagi membolehkan intervensi awal dan penempatan murid dalam sistem pendidikan khas.

E-ForumPelajar MESTI memberi respon sekurang-kurangnya DUA (2) kali bagi / pada setiap sesi forum. Pelajar juga perlu membuat sekurang-kurangnya DUA (2) komentar terhadap MANA-MANA jawapan yang dikemukakan oleh rakan bagi setiap soalan yang dikemukakan.

E-Forum akan dimuat naik oleh pensyarah e-learning mengikut tarikh seperti berikut;Forum 1 (23 Feb 08 Mac 2015)Forum 2 (09 Mac 22 Mac 2015)Forum 3 (23 Mac 05 April 2015)Forum 4 (06 Mac 19 April 2015)Forum 5 (20 April 03 Mei 2015)Peperiksaan AkhirPelajar wajib menduduki Peperiksaan Akhir di akhir semester 2 2014/15. Markah bagi peperiksaan mewakili sejumlah 40% daripada keseluruhan kursus ini. Kertas soalan peperiksaan terdiri daripada 40 (EMPAT PULUH) soalan objektif aneka pilihan. Kesemua soalan yang dikemukakan adalah berasaskan kepada tajuk-tajuk yang terdapat dalam modul QGK 3023 yang diberi. Peruntukan waktu untuk peperiksaan akhir ialah selama 1 jam.