program sekolah sihat- tugasan

Upload: radha-sarmmah

Post on 03-Jun-2018

429 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

  • 8/13/2019 Program Sekolah Sihat- Tugasan

    1/13

    PENGENALAN

    Rancangan Kesihatan Sekolah ( RKS ) telah dimulakan sejak tahun 1967. Dalam tempoh tiga tahun

    RKS dijalankan, dunia secara am dan Malaysia secara khusus telah mengalami banyak perubahan dari aspek

    kesihatan dan tren penyakit. Sesuai dengan perubahan itu amat wajar RKS dikaji semula untuk membentuk

    satu jentera pelaksanaan kesihatan sekolah yang lebih komprehensif.

    Pada tahun 1996, Kementerian Kesihatan Malaysia ( KKM ) dengan kerjasama Kementerian

    Pendidikan Malaysia telah melaksanakan projek " Health Promoting School" ( HPS ) di enam buah negeri

    iaitu Johor, Kedah, Melaka, Sarawak, Selangor dan Terengganu. Ini adalah berdasarkan konsep "HPS" yang

    diperkenalkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia ( WHO ) berteraskan Ottawa Charter.

    Persidangan " HPS " yang telah diadakan pada bulan Disember 1996 di antara Kementerian

    Kesihatan Malaysia dan Kementerian Pendidikan Malaysia telah mencadangkan supaya RKS sedia ada

    diberi nafas baru, dengan mewujudkan Program Bersepadu Sekolah Sihat ( PBSS ) . Tujuan PBSS ialah

    untuk menyatupadukan dan menyelaras semua aktiviti berkaitan dengan kesihatan sekolah.

    PROGRAM PROGRAM YANG DILAKSANAKAN DI SEKOLAH

    Rancangan Makanan

    Tambahan ( RMT )

    Program Susu Sekolah

    ( PSS )

    Perkhidmatan

    Pergigian

    Sekolah

    Bebas Denggi

    Sekolah Kawasan

    Larangan Merokok

    Perkhidmatan KesihatanSekolah

    Program 3 K

    Program

    Bersepadu

    Sekolah Sihat

    ( PBSS)

  • 8/13/2019 Program Sekolah Sihat- Tugasan

    2/13

    RANCANGAN MAKANAN TAMBAHAN ( RMT )

    PROGRAM SUSU SEKOLAH ( PSS )

    RMT adalah salah satu program yang diselaraskan

    oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dalam membantu

    murid-murid yang berada dalam kategori miskin atau

    miskin tegar di sekolah. Rancangan ini merupakan satu

    usaha yang bersepadu dan selaras dengan usaha-usaha lain

    yang berkaitan dengan kesihatan dan pemakanan murid .

    OBJEKTIF

    Untuk memastikan murid yang kurang berkemampuan mendapat makanan yang sempurna,

    sihat dan seimbang.

    Supaya murid yang kurang kurang berkemampuan dapat belajar dengan sempurna semasa

    sesi persekolahan.

    Supaya murid-murid yang bermasalah pelajaran (PKBP) juga mendapat makanan

    tambahan yang sempurna dan seimbang.

    Untuk memberi makanan tambahan yang berzat dan seimbang kepada murid-murid yang

    berkenaan untuk membantu mereka mengatasi masalah dari segi pertumbuhan badan dan

    kekurangan tenaga.

    Untuk menyelenggarakan pendidikan kesihatan dan pemakanan secara langsung dan

    secara tidak langsung.

    Program Susu Sekolah (PSS) dilaksanakan serentak

    dengan Rancangan Makanan Tambahan (RMT). Program ini

    dilaksanakan untuk murid daripada keluarga miskin yang

    berpendapatan isi keluarga di paras status sosio ekonomi yang

    rendah agar mendapat makanan seimbang semasa berada di

    sekolah.

    Program ini juga bertujuan untuk meningkatkan taraf

    kesihatan dan pemakanan murid sekolah rendah bagi memastikan

    pertumbuhan fizikal, kesihatan mental dan kesihatan umum murid

    http://www.google.com/url?sa=i&rct=j&q=program%20susu%20sekolah&source=images&cd=&cad=rja&docid=sCd9WwFG3RkQIM&tbnid=ExnOYy1VYXaQWM:&ved=0CAUQjRw&url=http://skkenayat.net/v1/?page_id=1054&ei=zbLyUZ7BEIvkrAeXpoCQAQ&bvm=bv.49784469,d.bmk&psig=AFQjCNGZ7CMt9v94n9xxzxwY4yAtBVCiDw&ust=1374946288981250http://www.google.com/url?sa=i&rct=j&q=program%20susu%20sekolah&source=images&cd=&cad=rja&docid=sCd9WwFG3RkQIM&tbnid=ExnOYy1VYXaQWM:&ved=0CAUQjRw&url=http://skkenayat.net/v1/?page_id=1054&ei=zbLyUZ7BEIvkrAeXpoCQAQ&bvm=bv.49784469,d.bmk&psig=AFQjCNGZ7CMt9v94n9xxzxwY4yAtBVCiDw&ust=1374946288981250http://www.google.com/url?sa=i&rct=j&q=program%20susu%20sekolah&source=images&cd=&cad=rja&docid=sCd9WwFG3RkQIM&tbnid=ExnOYy1VYXaQWM:&ved=0CAUQjRw&url=http://skkenayat.net/v1/?page_id=1054&ei=zbLyUZ7BEIvkrAeXpoCQAQ&bvm=bv.49784469,d.bmk&psig=AFQjCNGZ7CMt9v94n9xxzxwY4yAtBVCiDw&ust=1374946288981250http://www.google.com/url?sa=i&rct=j&q=program%20susu%20sekolah&source=images&cd=&cad=rja&docid=sCd9WwFG3RkQIM&tbnid=ExnOYy1VYXaQWM:&ved=0CAUQjRw&url=http://skkenayat.net/v1/?page_id=1054&ei=zbLyUZ7BEIvkrAeXpoCQAQ&bvm=bv.49784469,d.bmk&psig=AFQjCNGZ7CMt9v94n9xxzxwY4yAtBVCiDw&ust=1374946288981250http://www.google.com/url?sa=i&rct=j&q=program%20susu%20sekolah&source=images&cd=&cad=rja&docid=sCd9WwFG3RkQIM&tbnid=ExnOYy1VYXaQWM:&ved=0CAUQjRw&url=http://skkenayat.net/v1/?page_id=1054&ei=zbLyUZ7BEIvkrAeXpoCQAQ&bvm=bv.49784469,d.bmk&psig=AFQjCNGZ7CMt9v94n9xxzxwY4yAtBVCiDw&ust=1374946288981250http://www.google.com/url?sa=i&rct=j&q=program%20susu%20sekolah&source=images&cd=&cad=rja&docid=sCd9WwFG3RkQIM&tbnid=ExnOYy1VYXaQWM:&ved=0CAUQjRw&url=http://skkenayat.net/v1/?page_id=1054&ei=zbLyUZ7BEIvkrAeXpoCQAQ&bvm=bv.49784469,d.bmk&psig=AFQjCNGZ7CMt9v94n9xxzxwY4yAtBVCiDw&ust=1374946288981250http://www.google.com/url?sa=i&rct=j&q=program%20susu%20sekolah&source=images&cd=&cad=rja&docid=sCd9WwFG3RkQIM&tbnid=ExnOYy1VYXaQWM:&ved=0CAUQjRw&url=http://skkenayat.net/v1/?page_id=1054&ei=zbLyUZ7BEIvkrAeXpoCQAQ&bvm=bv.49784469,d.bmk&psig=AFQjCNGZ7CMt9v94n9xxzxwY4yAtBVCiDw&ust=1374946288981250
  • 8/13/2019 Program Sekolah Sihat- Tugasan

    3/13

    sekolah bertambah baik. PSS juga bertujuan menggalakkan murid meminum susu di peringkat awal. Kriteria

    pemilihan murid adalah terdiri daripada murid sekolah rendah terutama dari luar Bandar dan keluarga yang

    berpendapatan bulanan RM 400 dan kurang, iaitu RM 800 per kapita.

    PSS juga merupakan satu program yang dilaksanakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia bersama

    syarikat pengeluar susu selaras dengan konsep Pensyarikatan Malaysia. Program ini yang dilancarkan pada

    tahun 1983 telah diperluaskan ke seluruh negara mulai tahun 1995 kecuali Sabah yang mempunyai program

    susu yang tersendiri.

    PERKHIDMATAN PERGIGIAN

    Antaranya maklumat yang diberikan dalam ceramah adalah seperti berikut :

    Gosok gigi dan berkumur-kumur selepas makan Gosok gigi sekurang-kurangnya 2 kali sehari sebelum tidur dan selepas bangun tidur. Amalkan pemakanan sihat. Elakkan makanan yang manis dan masin. Lawatan ke klinik pergigian hendaklah dijadikan satu rutin. Pemeriksaan setiap tiga bulan sekali atau

    sekurang-kurangnya sekali setahun adalah perlu, bergantung kepada tahap kesihatan mulut.

    SEKOLAH BEBAS DENGGI

    kaedah untuk mendedahkan murid-murid sekolah kepada aktiviti pencegahan dan kawalan denggi.

    Pergigian yang komprehensif dan sistematik ini diberi untuk

    memastikan murid-murid sekolah mempunyai kesihatan mulut yang

    baik apabila mereka tamat zaman persekolahan. Perkhidmatan yang

    disediakan di sekolah adalah penjagaan pergigian asas termasuk

    pendidikan kesihatan pergigian, pemeriksaan, tampalan, penskaleran

    dan penggilapan gigi. Para Jururawat juga akan memberi ceramah

    kepada murid-murid tentang cara-cara menjaga gigi dengan betul.

    Program ini merupakan program bersama antara

    Kementerian Kesihatan dan Kementerian Pendidikan. Ia di

    rancang dan di rangka dalam tahun 1994. Program ini di

    laksanakan pada Januari , 1995. Perasmian program ini di

    peringkat kebangsaan telah di lancarkan oleh YB Menteri

    Pendidikan pada tahun 16 Disember, 1995. Program ini

    menggunakan kaedah pendidikan kepada murid-murid bagi

    membentuk mereka sebagai agen perubahan yang berkesan dalam mencegah dan mengawal kejadian penyakit

    denggi. Murid-murid merupakan golongan yang mudah disemai dan menerima pengetahuan yang baik dengan

    harapan mereka dapat mengamalkan serta membentuk tingkah laku yang positif. Ia juga merupakan satu

    http://www.google.com/url?sa=i&rct=j&q=poster%20mencegah%20denggi&source=images&cd=&cad=rja&docid=6gWvFPYSAW6zbM&tbnid=CKua3XYRpyBCRM:&ved=0CAUQjRw&url=http://chongyuheng.blogspot.com/2012/12/fakta-fakta-mengenai-demam-denggi.html&ei=IrzyUffoIMnVrQeDpoCgDQ&bvm=bv.49784469,d.bmk&psig=AFQjCNFAM9NmxZK0Fm3C5c5wUhlasoPTYA&ust=1374948666519734http://www.google.com/url?sa=i&rct=j&q=perkhidmatan%20gigi%20sekolah&source=images&cd=&cad=rja&docid=J4WtUOIMRIktUM&tbnid=sVD3dScPfowepM:&ved=0CAUQjRw&url=http://skuluawik.blogspot.com/2009/11/lawatan-pasukan-pergigian-sekolah.html&ei=g7byUfXhG8XGrAeMvoH4BQ&bvm=bv.49784469,d.bmk&psig=AFQjCNFgdxXK8Xxm6MhwQmHktWUjpTxAVA&ust=1374947119601393http://www.google.com/url?sa=i&rct=j&q=poster%20mencegah%20denggi&source=images&cd=&cad=rja&docid=6gWvFPYSAW6zbM&tbnid=CKua3XYRpyBCRM:&ved=0CAUQjRw&url=http://chongyuheng.blogspot.com/2012/12/fakta-fakta-mengenai-demam-denggi.html&ei=IrzyUffoIMnVrQeDpoCgDQ&bvm=bv.49784469,d.bmk&psig=AFQjCNFAM9NmxZK0Fm3C5c5wUhlasoPTYA&ust=1374948666519734http://www.google.com/url?sa=i&rct=j&q=perkhidmatan%20gigi%20sekolah&source=images&cd=&cad=rja&docid=J4WtUOIMRIktUM&tbnid=sVD3dScPfowepM:&ved=0CAUQjRw&url=http://skuluawik.blogspot.com/2009/11/lawatan-pasukan-pergigian-sekolah.html&ei=g7byUfXhG8XGrAeMvoH4BQ&bvm=bv.49784469,d.bmk&psig=AFQjCNFgdxXK8Xxm6MhwQmHktWUjpTxAVA&ust=1374947119601393http://www.google.com/url?sa=i&rct=j&q=poster%20mencegah%20denggi&source=images&cd=&cad=rja&docid=6gWvFPYSAW6zbM&tbnid=CKua3XYRpyBCRM:&ved=0CAUQjRw&url=http://chongyuheng.blogspot.com/2012/12/fakta-fakta-mengenai-demam-denggi.html&ei=IrzyUffoIMnVrQeDpoCgDQ&bvm=bv.49784469,d.bmk&psig=AFQjCNFAM9NmxZK0Fm3C5c5wUhlasoPTYA&ust=1374948666519734http://www.google.com/url?sa=i&rct=j&q=perkhidmatan%20gigi%20sekolah&source=images&cd=&cad=rja&docid=J4WtUOIMRIktUM&tbnid=sVD3dScPfowepM:&ved=0CAUQjRw&url=http://skuluawik.blogspot.com/2009/11/lawatan-pasukan-pergigian-sekolah.html&ei=g7byUfXhG8XGrAeMvoH4BQ&bvm=bv.49784469,d.bmk&psig=AFQjCNFgdxXK8Xxm6MhwQmHktWUjpTxAVA&ust=1374947119601393http://www.google.com/url?sa=i&rct=j&q=poster%20mencegah%20denggi&source=images&cd=&cad=rja&docid=6gWvFPYSAW6zbM&tbnid=CKua3XYRpyBCRM:&ved=0CAUQjRw&url=http://chongyuheng.blogspot.com/2012/12/fakta-fakta-mengenai-demam-denggi.html&ei=IrzyUffoIMnVrQeDpoCgDQ&bvm=bv.49784469,d.bmk&psig=AFQjCNFAM9NmxZK0Fm3C5c5wUhlasoPTYA&ust=1374948666519734http://www.google.com/url?sa=i&rct=j&q=perkhidmatan%20gigi%20sekolah&source=images&cd=&cad=rja&docid=J4WtUOIMRIktUM&tbnid=sVD3dScPfowepM:&ved=0CAUQjRw&url=http://skuluawik.blogspot.com/2009/11/lawatan-pasukan-pergigian-sekolah.html&ei=g7byUfXhG8XGrAeMvoH4BQ&bvm=bv.49784469,d.bmk&psig=AFQjCNFgdxXK8Xxm6MhwQmHktWUjpTxAVA&ust=1374947119601393
  • 8/13/2019 Program Sekolah Sihat- Tugasan

    4/13

    PERKHIDMATAN KESIHATAN SEKOLAH

    pasukan-pasukan kesihatan sekolah ditubuhkan bagi membolehkan lawatan di buat ke sekolah-sekolah

    rendah dan menengah di Malaysia.

    Kumpulan sasar

    Secara umumnya, setiap tahun hampir 1.8 juta murid sekolah rendah dan menengah di Malaysia mendapat

    faedah langsung melalui perkhidmatan kesihatan sekolah ini. Kategori murid yang diberi pemeriksaan

    kesihatan adalah:

    Pra sekolah Tahun 1 Tahun 6 Tingkatan 3

    Pakej perkhidmatan kesihatan

    Perkhidmatan kesihatan di sekolah boleh di bahagikan kepada tiga komponen utama. Tiga komponen

    tersebut terdiri dari:

    1. Perkhidmatan Kesihatan Sekolah2. Perkhidmatan Pergigian Sekolah3. Perkhidmatan Alam Sekitar Sekolah

    Perkhidmatan kesihatan sekolah

    Di bawah perkhidmatan kesihatan sekolah, murid-murid menerima perkhidmatan pencegahan penyakit,

    saringan kesihatan, rawatan ringan dan rujukan ke klinik atau hospital. Perkhidmatan ini adalah bertujuan

    seperti berikut:

    1. Mengekalkan tahap kesihatan murid di paras paling optima melalui promosi kesihatan, pencegahanpenyakit, rawatan dan rujukan.

    Perkhidmatan kesihatan sekolah adalah satu

    perkhidmatan yang diberikan oleh Kementerian Kesihatan

    Malaysia kepada murid-murid yang berada di sekolah bagi

    memastikan penjagaan kesihatan yang optima. Keutamaan

    diberi kepada murid-murid sekolah bantuan Kerajaan di

    seluruh Malaysia. Perkhidmatan kesihatan telah dimulakan

    di Negara ini pada tahun 1967 dan mulai tahun 1975,

    http://www.google.com/url?sa=i&rct=j&q=perkhidmatan+kesihatan+sekolah&source=images&cd=&cad=rja&docid=UN0wLSxg09SeRM&tbnid=4S5jGQpS2z1SWM:&ved=0CAUQjRw&url=http://www.srikiblahkb.com/portal/index.php?option=com_content&view=article&id=102:lawatan-kesihatan&catid=1:latest-news&ei=cMfyUb6xNoTmrAeImYHoCg&bvm=bv.49784469,d.bmk&psig=AFQjCNFq_a5Uj6coXqsQbQ0IS66vDrM5zw&ust=1374951568728823http://www.google.com/url?sa=i&rct=j&q=perkhidmatan+kesihatan+sekolah&source=images&cd=&cad=rja&docid=UN0wLSxg09SeRM&tbnid=4S5jGQpS2z1SWM:&ved=0CAUQjRw&url=http://www.srikiblahkb.com/portal/index.php?option=com_content&view=article&id=102:lawatan-kesihatan&catid=1:latest-news&ei=cMfyUb6xNoTmrAeImYHoCg&bvm=bv.49784469,d.bmk&psig=AFQjCNFq_a5Uj6coXqsQbQ0IS66vDrM5zw&ust=1374951568728823
  • 8/13/2019 Program Sekolah Sihat- Tugasan

    5/13

    2. Mengesan masalah-masalah kesihatan yang boleh menghalang pencapaian akademik murid disekolah dan seterusnya membuat rujukan awal bagi membolehkan intervensi awal dan penempatan

    murid dalam sistem pendidikan khas.

    3. Menggalakkan penglibatan masyarakat bagi membentuk sekolah sebagai institusi yang sihat danselamat bagi membolehkan pembelajaran yang berkesan

    PROGRAM 3 K ( KESIHATAN, KECERIAAN DAN KESELAMATAN )

    pelaksanaan program peningkatan keselamatan, kebersihan dan keindahan alam sekitar sekolah (3K) dapat

    dilaksanakan dengan lebih teratur dan bersistematik. Menjadikan sekolah kebangsaan Tun Datu

    Hj. Mustapha sebagai sebuah sekolah yang mempunyai susun atur lanskap yang menarik dan pelaksanaan

    program keselamatan, kebersihan dan keceriaan (3K) yang terbaik di peringkat daerah Kudat dan seterusnya

    mewakili negeri ke peringkat Kebangsaan.

    RASIONAL PROGRAM BERSEPADU SEKOLAH SIHAT

    Mewujudkan satu program kesihatan yang mampu melahirkan rasa tanggungjawab bersama dankomitmen dalam kalangan warga sekolah.

    Penyeragaman beberapa program kesihatan sekolah sedia ada di bawah satu programbersepadu.

    Keperluan mewujudkan satu sistem yang fleksibel, inovatif dan kreatif kepada keperluan sekolahberlandaskan kepada keperluan semasa.

    Meningkatkan kesefahaman dan kerjasama diwujudkan antara sekolah dan masyarakat dalammenangani isu-isu kesihatan.

    Program yang terancang dan bersepadu adalah suatu usaha yang teratur dan fokus ke arah amalankesihatan perlu dipraktikkan.

    Keperluan untuk mewujudkan satu program bersepadu yang menghasilkan impak sertadapat di nilai keberkesanannya.

    Persekitaran sekolah yang indah, ceria, bersih dan selamat

    bukan sahaja menyenangkan mata memandang ,bahkan ia juga

    dapat memberi keselesaan kepada pelajar dan seterusnya

    membantu dalam proses pembelajaran. Menyedari hakikat ini,

    pihak pengurusan sekolah telah menubuhkan Jawatankuasa

    lanskap dan keceriaan bermula pada tahun 1998.Ini adalah

    bertujuan agar segala gerak kerja pengurusan perancangan dan

  • 8/13/2019 Program Sekolah Sihat- Tugasan

    6/13

    MATLAMAT PROGRAM BERSEPADU SEKOLAH SIHAT

    Untuk membentuk sikap dan perlakuan yang positif terhadap kesihatan serta melahirkan warga sekolahdan persekitaran yang selamat, sihat dan berkualiti ke arah pencapaian wawasan negara.

    OBJEKTIF PROGRAM BERSEPADU SEKOLAH SIHAT

    Memelihara dan meningkatkan persekitaran sekolah yang bersih, ceria, selamat dan sihat. Membina satu persekitaran sosial sekolah yang menggalakkan amalan cara hidup sihat. Menetapkan polisi/ dasar kesihatan sekolah. Memupuk pengetahuan, sikap dan amalan yang berkaitan dengan kesihatan supaya setiap warga sekolah

    lebih bertanggungjawab terhadap penjagaan kesihatan diri, keluarga dan masyarakat.

    Meningkatkan kerjasama dan penglibatan komuniti di dalam program kesihatan sekolah. Menyediakan perkhidmatan kesihatan sekolah bagi :-

    Menilai taraf kesihatan murid.

    Memberi khidmat rawatan dan rujukan. Menggalakkan bimbingan dan kaunseling berdasarkan keperluan dan masalah kesihatan murid. Memberi penjagaan rawatan kecemasan terhadap penyakit-penyakit di sekolah. Mencegah dan mengawal kejadian penyakit. Mengenal pasti, merujuk dan membantu penempatan kanak-kanak kurang upaya.

    PERKHIDMATAN KESIHATAN SEKOLAH

    Memaklumkan guru dan ibu bapa mengenai tahap kesihatan murid bagi membolehkan rawatanlanjut dan tindakan susulan bagi kes tertentu.

    Membina kefahaman dan kesedaran warga sekolah mengenai kepentingan kesihatan optimum danamalan cara hidup sihat.

    Rancangan khas seperti rancangan makanan tambahan dan program susu sekolah kepada murid dilaksanakan dengan sempurna.

    Menyediakan khidmat pertolongan cemas dan rujukan kepada warga sekolah. Mengesan msalah kesihatan, merawat dan merujuk kes yang memerlukan perhatian serta tindakan lanjut. Menyediakan pemantauan dan penilaian ke atas aktiviti-aktiviti kesihatan sekolah. Mencegah dan mengawal kejadian penyakit.

  • 8/13/2019 Program Sekolah Sihat- Tugasan

    7/13

    PELAKSANAAN PROGRAM DAN AKTIVITI KESIHATAN SEKOLAH

    AKTIVITI-AKTIVITI PERKHIDMATAN KESIHATAN SEKOLAH

    Pemakanan

    Khidmat Kaunseling

    Penilaian Status Kesihatan

    Rujukan dan Tindakan Susulan

    Perkhidmatan Pergigian

    Pertolongan Cemas

    Pendidikan Kesihatan

    Kanak-kanak dengan Keperluan Khas

  • 8/13/2019 Program Sekolah Sihat- Tugasan

    8/13

    PEMANTAUAN DAN PENILAIAN

    Untuk menentukan kejayaan dan kemajuan PBSS dalam mencapai objektif-objektif pemantauan danpenilaian yang berterusan perlu dijalankan. Antara kaedah yang boleh di gunakan untuk pemantauan

    adalah :-

    REKOD

    Rekod Kesihatan Murid ( RKM 1 )o Mengandungi maklumat penting tentang kesihatan murid bagi mengawal pandu

    pertumbuhan dan kesihatannya.

    o Hendaklah di semak dan di lengkapkan dari semasa ke semasa. Rekod Rancangan Makanan Tambahan ( RMT ) Rekod Program susu sekolah Rekod Perkhidmatan Pergigian Laporan Bulanan kendiri kantin Laporan Bulanan Bebas Denggi

    LAPORAN PEMANTAUAN DAN PENILAIAN PROGRAM BERSEPADU SEKOLAH SIHAT

    Merancang pelan tindakanMemaklumkan kepada semua pihak yang berkenaan tentang pelan

    tindakan yang hendak di laksanakan.

    Melaksanakan Pelan Tindakan

    Pemantauan dan PenilaianProgram dan aktiviti kesihatan sekolah hendaklah di pantau dan di nilai

    secara berterusan mengikut kaedah yang telah di tetapkan dalam pelan

    tindakan

    LaporanSekolah hendaklah membuat laporan bagi semua program dan aktiviti

    PBSS yang telah di laksanakan dengan menggunakan borang PBSS 1.

    laporan tersebut hendaklah di simpan di sekolah sebagai bahan rujukan

    dan bertujuan untuk penyemakan oleh mana-mana pihak.

  • 8/13/2019 Program Sekolah Sihat- Tugasan

    9/13

    Sekolah SJKT. Ladang Sungai Buloh ditubuhkan pada tahun 1945 . SJKT. Ladang

    Sungai Buloh merupakan sebuah sekolah rendah harian biasa, kategori luar bandar dengan gred

    sekolah SKM B. Pentadbiran sekolah ini diketuai oleh Pn. Monimolzhi Lenin dan disokong oleh 11

    orang guru dan seorang kerani. Bilangan murid sekolah adalah seramai 40 orang sahaja. Walaupun

    sekolah ini adalah sekolah yang kecil, warga SJKT. Ladang Sungai Buloh ini, memberi komitmen

    tinggi dan padu dalam mendidik pelajar.

    Pelbagai program yang di rancang dijalankan dengan lancar dan sempurna. Warga SJKT.

    Ladang Sungai Buloh dapat menjayakan setiap program yang di rancang mengikut kehendak

    pentadbir dan keperluan setiap murid di sekolah tersebut.

    Setiap tahun unit Bahagian Hal Ehwal Murid akan menubuhkan jawatankuasa induk bagi

    menjayakan program Bersepadu Sekolah Sihat bersama Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Selangor.Antara program-program yang di rancang adalah seperti :-

    1. Rancangan Makanan Tambahan.2. Program Susu Sekolah3. Perkhidmatan Pergigian4. Perkhidmatan Kesihatan Sekolah5. Program Bebas Denggi.6. Program 3k ( yang merangkumi kebersihan, keceriaan dan keselamatan )7. Sekolah kawasan larangan merokok .

    Untuk menilai program-program ini, satu pemantauan telah dijalankan. Berdasarkan

    pemantauan tersebut pihak sekolah SJKT. Ladang Sungai Buloh dapat memperbaiki kekurangan dan

    kelemahan yang terdapat dalam program-program yang di jalankan. Berdasarkan borang penilaian

    Unit Hem yang mengendalikan Program Bersepadu Sekolah Sihat telah di nilai mengikut aspek-aspek

    berikut :-

    1.Pengurusan Program bersepadu sekolah Sihat.- Jawatankuasa bagi PBSS telah ditubuhkan bagi memudahkan pengendalian program-program

    yang dijalankan. Ahli jawatankuasa adalah semua guru di sekolah tersebut kerana sekolah

    kecil yang mempunyai murid yang daripada 50 orang murid. Minit mesyuarat telah diadakan

    dua kali dalam setahun. Fail-fail yang berkaitan PBSS juga lengkap.

  • 8/13/2019 Program Sekolah Sihat- Tugasan

    10/13

    Sekolah ini mempunyai polisi yang berkaitan dengan PBSS. Tetapi ada kekurangan semasa

    menggunakan pemerhatian maklum balas komuniti, data kesihatan dan agensi yang berkaitan. Unit

    Hem tidak menyimpan bukti bukti yang kukuh bagi beberapa program yang di jalankan. Bagi

    beberapa Unit Hem menyimpan bukti-bukti seperti minit mesyuarat. laporan dan sebagainya.

    Bagi pelaksanaan polisi di sekolah pula, unit Hem kurang mempamerkan polisi. Ini kerana

    bangunan sekolah yang kecil dan ruang yang tidak mencukupi. Unit Hem juga telah menyediakan

    pelan tindakan dan juga mempunyai dokumentasi yang berkaitan dengan PBSS. Puan Guru Besar telah

    mengesahkan setiap yang dijalankan.

    Bagi bahagian Rancangan Makanan Tambahan ( RMT ) , Unit Hem telah menubuhkan

    jawatankuasa . Penyelaras bagi unit ini adalah Pn. Nurul Huda Idris. Beliaua telah menyediakan menu

    yang sesuai bagi murid-murid. Beliau juga merekodkan pemberian makanan setiap hari. Beliau juga

    sentiasa memeriksa kualiti makanan . Serta menyediakan laporan yang berkaitan dengan Rancangan

    Makanan Tambahan.

    Program Susu Sekolah juga telah diselaras oleh Pn.Nurul Huda Idris. Dalam seminggu , beliau

    memberi susu selama dua bhari ataupun tiga hari. Tempat penyimpanan kotak susu adalah selamat.

    Pemberian susu juga telah direkodkan dalam buku yang disediakan.

    Perkhidmatan Kesihatan Sekolah dan Pekhidmatan Pergigian di sekolah ini, telah di kendalikanoleh Pn. K. Nilla. Beliau telah memastikan dan mengemas kini buku rekod kesihatan murid (RKM 1)

    . Guru-guru kelas telah melengkapkan ukuran tinggi, berat dan ujian penglihatan seperti dalam Buku

    RKM 1. Laporan juga telah di sediakan.

    Program 3K iaitu Program Keselamatan, kebersihan dan keceriaan telah diselaraskan oleh

    Pn.S.Vijayaletchumy. Beliau telah memastikan penubuhan jawatankuasa. Aktiviti-aktiviti seperti

    gotong-royong , loceng kecemasan , program hijau dan lain-lain telah dirancang oleh beliau. Beliau

    juga akan memastikan semua warga sekolah ini termasuk ibu bapa menyertai dalam aktiviti yang

    dirancang. Beliau juga telah menyediakan laporan selepas suatu program dijalankan.

    Sekolah ini tidak mempunyai jawatankuasa bago program sekolah kawasan larangan merokok.

    Hanya mempunyai papan tanda sahaja.

  • 8/13/2019 Program Sekolah Sihat- Tugasan

    11/13

    Sekolah ini tidak mempunyai kantin . Hanya mempunyai tempat makan. Pembekal makanan akan

    menyediakan makanan dari tempat tinggal mereka. Pembekal makanan memakai pakaian yang sesuai

    semasa membekal makanan. Dia juga mempunyai sijil pengesahan kesihatan pengendali kantin.

    kemudahan membasuh tangan seperti sink dan paip di sediakan.

    Di bahagian tandas pula, Unit kebersihan dan keceriaan sentiasa memastikan kebersihan tandas.

    Unit tersebut juga sentiasa memastikan saluran paip , mangkuk tandas, pam air dan lain-lain lagi berfung

    dengan baik. Di dalam tandas juga pelbagai bahan seperti tong sampah, sabun pengelap tangan dan lain-lain

    disediakan. Jadual penyelenggaraan disediakan.

    Bilik bilik khas seperti pejabat, bilik guru, pusat sumber dan bilik bilik lain juga diperiksa dan

    memastikan kebersihan keseluruhan tempat-tempat tersebut. Sekolah ini tidak mempunyai makmal sains

    dan bengkel. Bagi bilik darjah unit kebersihan dan keceriaan sentiasa memastikan bersih, dan tersusundengan kemas. Jadual tugas berkala disediakan bagi memudahkan pembersihan kelas. Kelas-kelas juga

    dihias dengan cantik. Kemudahan lampu dan kipas disediakan bagi keselesaan murid. Tong-tong sampah

    dan bakul sampah telah disediakan dan ia telah di karung dengan beg plastik.

    Bagi menjayakan program-program yang dinyatakan, pihak PIBG juga memberi kerjasama. Pihak

    sekolah menyertakan ahli PIBG dalam jawatankuasa. Mereka melibatkan diri dengan seikhlas hati dan

    bersemangat semasa menyertai setiap program yang di rancang oleh pihak sekolah.

    Secara keseluruhannya, sekolah ini mencapai markah 68.5 %. Dan berpeluang untuk mendapat

    Anugerah Gangsa. Terdapat beberapa kelemahan yang harus diperbaiki . Dokumen-dokumen sesuatu

    program perlulah di simpan dengan baik dan selamat supaya boleh dirujuk semasa di perlukan.

    KEBAIKAN DAN KEPENTINGAN PBSS

    Ia mempergunakan model kesihatan holistik yang merangkumi aspek fizikal, mental, sosial dan

    persekitaran. Ini memastikan satu persekitaran sekolah yang sihat terbentuk dan membuka peluang

    kepada kanak-kanak untuk mengamalkan tabiat kesihatan yang baik.

    Ia menggalakkan penglibatan keluarga dalam perkembangan pengetahuan dan kemahiran kesihatankanak-kanak.

    Ia juga memberi penekanan kepada pentingnya persekitaran fizikal seperti bangunan, sanitasi, bekalan airdan padang permainan kanak-kanak yang mempengaruhi kesihatan kanak-kanak.

    Ia juga mengenal pasti kepentingan iklim sosial sekolah di dalam membantu suasana pembelajaran yangpositif.

  • 8/13/2019 Program Sekolah Sihat- Tugasan

    12/13

    Ia menghubungkaitkan sekolah dengan perkhidmatan kesihatan daerah dan kawasan bagi menyelesaikanmasalah kesihatan tertentu di kalangan kanak-kanak.

    Ia memberi penekanan kepada penglibatan pelajar secara aktif di dalam kurikulum formal untukmembentuk satu siri pengetahuan dan juga kemahiran berkaitan kesihatan.

    KEKURANGAN PBSS

    Masih ada murid tidak dapat menikmati perkhidmatan yang disediakan atau tidak dapat menyertaidalam program yang dijalankan kerana ketidakhadiran mereka ke sekolah. Ini di sebabkan program

    seperti perkhidmatan kesihatan sekolah . Jururawat dari klinik kerajaan diberi jadual hanya sehari atau

    dua hari sahaja. Jika pada ketika itu murid tidak datang ke sekolah murid diberi surat datang ke klinik.

    Ada kalanya murid tidak di bawa ke klinik untuk pemeriksaan.

    Ada masalah yang sukar di kenal pasti dengan hanya membuat pemeriksaan yang biasa.CADANGAN PENAMBAHBAIKAN PBSS

    Boleh mengadakan perkhidmatan kesihatan sekolah dua kali setahun. Boleh mengadakan kempen menjaga kesihatan diri di setiap daerah . Jururawat boleh memberi ceramah tentang cara menjaga kebersihan dan kesihatan diri.

    Kesimpulannya, Program Bersepadu Sekolah Sihat , memberi banyak faedah kepada warga sekolah

    di seluruh negara kita. Pihak sekolah harus melaksanakan program-program yang di nyatakan di atas,

    supaya mereka yang mendapat manfaat adalah murid-murid. kita. PBSS merupakan satu program yamh

    holistik. Ia akan memastikan setiap murid berpeluang mengamalkan tabiat baik kesihatan baik dan

    sempurna. Ia juga dapat membantu murid-murid belajar dalam suasana yang positif. Jadi sebagai seorang

    guru kita harus mengadakan program-program seperti di sekolah bagi kebaikan masa depan anak anak

    kita.

    ( 2800 patah perkataan )

    .

  • 8/13/2019 Program Sekolah Sihat- Tugasan

    13/13

    Bibliography

    Lan, N. C. (2007). HBHE 2103 Program Bersepadu Sekolah Sihat.Selangor: Open Universiti Malaysia.

    Malaysia, K. P. (2001). Buku Panduan Rancangan Makanan Tambahan.Kuala Lumpur.

    Malaysia, K. P. (2003). Buku Panduan Pengurusan Hem.Kuala Lumpur.

    Malaysia, k. p. (2012). Buku Panduan Tandas Bersih.Kuala Lumpur.