perkhemahan cuti sekolah permatapintar negara 2010

16
Page1 Bil.2 ISSN 2229-9416 FEBRUARI 2011 PERKHEMAHAN CUTI SEKOLAH PERMATApintar NEGARA 2010 BERJALAN LANCAR www.permatapintar.edu.my Program Perkhemahan Cuti Sekolah PERMATApintar Negara 2010 telah berlangsung dari 27 November hingga 17 Disember 2010. Banyak pengalaman pahit dan manis yang dirasai oleh semua yang terlibat termasuk kakitangan pentadbiran, semua kakitangan akademik dan pembantu pelajar serta pelajar semua. Seramai 600 orang pelajar telah ditawarkan untuk mengikuti program perkhemahan tahun ini. Pelajar-pelajar pintar ini adalah berumur antara sembilan hingga 15 tahun. Salah seorang peserta Program Perkhemahan Cuti Sekolah PERMATApintar Negara 2010 sedang mengisi borang pendaftaran. Lihat halaman 4 KANDUNGAN Pencarian Bakat Pelajar Pintar Cerdas 3 Psychological Issues and the Need For Counseling Services among Malaysian Gifted Students 6 Kompleks PERMATApintar Negara, Universiti Kebangsaan Malaysia Hampir Siap 7 Profil Personaliti Pelajar Pintar Cerdas 8 Permasalahan Sosio-Emosi Pelajar Pintar Cerdas 9 Malam Talentime PCSPpN 2010 10 Ukuran Tahap Kecerdasan 11 Konsep Pintar Cerdas Program PERMATApintar 12 Keperluan kepada Sokongan Psikologikal untuk Pelajar Pintar Cerdas 13

Upload: nguyennhi

Post on 20-Dec-2016

298 views

Category:

Documents


9 download

TRANSCRIPT

Page 1: PERKHEMAHAN CUTI SEKOLAH PERMATApintar NEGARA 2010

P

age1

Bil.2 ISSN 2229-9416 FEBRUARI 2011

PERKHEMAHAN CUTI SEKOLAH PERMATApintar NEGARA 2010 BERJALAN LANCAR

www.permatapintar.edu.my

Program Perkhemahan Cuti Sekolah PERMATApintar Negara 2010 telah berlangsung dari 27 November hingga 17 Disember 2010. Banyak pengalaman pahit dan manis yang dirasai oleh semua yang terlibat termasuk kakitangan pentadbiran, semua kakitangan akademik dan pembantu pelajar serta pelajar semua. Seramai 600 orang pelajar telah ditawarkan untuk mengikuti program perkhemahan tahun ini. Pelajar-pelajar pintar ini adalah berumur antara sembilan hingga 15 tahun.

Salah seorang peserta Program Perkhemahan Cuti Sekolah

PERMATApintar Negara 2010 sedang mengisi borang pendaftaran.

Lihat halaman 4

KANDUNGAN

Pencarian Bakat Pelajar Pintar Cerdas

3

Psychological Issues and the Need For Counseling Services among Malaysian Gifted Students

6

Kompleks PERMATApintar Negara, Universiti Kebangsaan Malaysia Hampir Siap

7

Profil Personaliti Pelajar Pintar Cerdas

8

Permasalahan Sosio-Emosi Pelajar Pintar Cerdas

9

Malam Talentime PCSPpN 2010

10

Ukuran Tahap Kecerdasan

11

Konsep Pintar Cerdas Program PERMATApintar

12

Keperluan kepada Sokongan Psikologikal untuk Pelajar Pintar Cerdas

13

Page 2: PERKHEMAHAN CUTI SEKOLAH PERMATApintar NEGARA 2010

2 • BITARA • Bil.1 • DISEMBER 2010

DARI MEJA SIDANG PENGARANG BITARA, Buletin PERMATApintar Negara keluaran pertama ini merupakan satu wadah dan usaha pihak Pusat PERMATApintar Negara, UKM untuk membina hubungan antara setiap warga PERMATApintar tanpa mengira peranan yang telah dimainkan oleh setiap individu dalam pelbagai aktiviti yang telah dijalankan sepanjang tahun lepas dan tahun ini. Buletin yang dikeluarkan secara elektronik ini akan memaparkan laporan pelbagai aktiviti yang telah dan akan dijalankan oleh Pusat PERMATApintar Negara, UKM. Maklumat sedemikian boleh membantu pelajar, ibu bapa dan juga semua individu yang berminat dengan pendidikan pintar cerdas untuk mengikuti perkembangan semasa semua program PERMATApintar yang dilaksanakan di UKM. Buletin ini akan dikeluarkan pada setiap bulan sekali. Pelajar, ibu bapa, semua yang terlibat dalam program PERMATApintar dan masyarakat umum boleh membaca isi kandungan buletin ini melalui lawan sesawang Pusat PERMATApintar Negara pada setiap hujung bulan. Semua pihak juga boleh menyumbang penulisan untuk dimuatkan ke dalam buletin ini dari masa ke semasa. Sila hantarkan penulisan tersebut kepada: Editor BITARA, Pusat PERMATApintar Negara, Universiti Kebangsaan Malaysia, 436000 UKM Bangi, Selangor. Tel: 03-8921 7152/ 8921 7153/ 89217154 Faks: 03-8921 6642 Mel-e: [email protected] Salam hormat dari kami di Pusat PERMATApintar Negara. SELAMAT MEMBACA

PENGURUSAN PUSAT PERMATApintar NEGARA Pengarah Prof. Madya Dr. Noriah Mohd Ishak Penyelaras

Dr. Melor Md. Yunus Dr. Hamidah Yamat@Ahmad Dr. Rosadah Abd Majid Dr. Siti FatimahMohd Yassin Penolong Pendaftar En. Zainul Ariffin Abd. Aziz Sidang Editor

Prof. Madya Dr. Noriah Mohd Ishak Dr. Melor Md. Yunus Dr. Hamidah Yamat@Ahmad Dr. Mohd. Isa Hamzah Dr. Rizauddin Ramli Dr. Endom Ismail Dr. Siti Fatimah Mohd. Yassin Pn. Roslina Tan Abdullah Pn. Akmal Goh Abdullah En. Mohd Shafiz Md Shah BITARA elektronik ini boleh dicapai di laman sesawang:

http://www.permatapintar.edu.my

Page 3: PERKHEMAHAN CUTI SEKOLAH PERMATApintar NEGARA 2010

BITARA • Bil.1 • DISEMBER 2010 • 3

PENCARIAN BAKAT PELAJAR PINTAR CERDAS

Pada tahun 2010, Pusat PERMATApintar Negara sekali lagi telah menjalankan proses pencarian bakat di seluruh Malaysia. Kronologi pencarian bakat yang berlaku adalah seperti berikut:

Ujian PERMATApintar UKM1 telah dibuka pada 1 Mac hingga 31 Mei 2010.

Seramai 306,609 orang pelajar telah mencuba ujian tersebut.

Seramai 199,747 orang pelajar telah berjaya menamatkan Ujian UKM1

Ujian PERMATApintar UKM2 telah dijalankan pada 6 Julai hingga 16 Ogos 2010 di 73 pusat ujian seluruh negara.

Ujian UKM2 yang dijalankan telah dipantau oleh pegawai yang dilantik oleh Pusat PERMATApintar Negara, UKM dengan bantuan Kementerian Pelajaran Malaysia.

Namun, pada 14 dan 21 Ogos telah diadakan ujian UKM2 di Makmal 3, Fakulti Pendidikan, UKM untuk pelajar yang tidak mendapat maklumat dari sekolah masing-masing dan tidak dapat menghadir ujian atas sebab tertentu.

Proses pemilihan pelajar telah dilakukan mulai 23 Ogos hingga 3 September 2010

Pengumuman di laman web permatapintar telah dilakukan pada 6 September 2010

Pusat PERMATApintar Negara, UKM telah menerima bantuan yang sangat baik dari pelbagai pihak terutama dari Kementerian Pelajaran Malaysia untuk memastikan pelaksanaan Ujian UKM2 berjalan dengan lancar. Setiap Jabatan Pendidikan Negeri telah mencuba sedaya upaya bagi memastikan pelajar-pelajar yang terpilih untuk menduduki Ujian UKM2 dapat hadir semasa ujian tersebut dijalankan.

Jadual di bawah menunjukkan bahawa negeri Johor dan Kelantan mendahului negeri-negeri lain dengan bilangan pelajar seramai 526 dan 460 orang terpilih untuk menduduki Ujian PERMATApintar UKM2. Negeri Johor juga telah mendahului negeri-negeri lain dalam bilangan jumlah pelajar yang ditawarkan ke program perkhemahan cuti sekolah 2010. Bilangan keseluruhan pelajar yang telah ditawarkan program ini ialah 599 orang pelajar. Jumlah ini merupakan 0.2% keseluruhan jumlah pelajar yang telah mengambil Ujian PERMATApintar UKM2. Syabas pelajar-pelajar pintar yang terpilih. perkhemahan cuti sekolah 2010. Bilangan keseluruhan pelajar yang telah ditawarkan program ini ialah 599 orang pelajar. Jumlah ini merupakan 0.2% keseluruhan jumlah pelajar yang telah mengambil Ujian PERMATApintar UKM2. Syabas pelajar-pelajar pintar yang terpilih.

UKM1 UKM2 PCS

2010

-SR

PCS

2010

-SM

JOHOR 26,357 526 38 58

KEDAH 13,711 229 3 21

KELANTAN 23,890 460 24 25

MELAKA 9,513 116 10 12

NEGERI

SEMBILAN

5,066 146 4 31

PAHANG 7,883 186 14 24

PERAK 29,566 235 22 38

PERLIS 7,129 100 3 8

PULAU PINANG 12,433 187 13 35

SABAH 6,203 264 4 13

SARAWAK 10,685 214 10 23

SELANGOR 3,978 187 22 30

TERENGGANU 31,076 388 15 28

WP

KUALA LUMPUR

9,097 250 29 28

WP LABUAN 797 9 0 0

WP PUTRAJAYA 2,363 33 2 12

199,747 3,530 213 386

Jadual 1: Pecahan Bilangan Pelajar Mengikut Negeri

Page 4: PERKHEMAHAN CUTI SEKOLAH PERMATApintar NEGARA 2010

4 • BITARA • Bil.1 • DISEMBER 2010

PERKHEMAHAN CUTI SEKOLAH PERMATApintar NEGARA 2010 Program Perkhemahan Cuti Sekolah PERMATApintar Negara 2010 telah berlangsung dari 27 November hingga 17 Disember 2010. Banyak pengalaman pahit dan manis yang dirasai oleh semua yang terlibat termasuk kakitangan pentadbiran, semua kakitangan akademik dan pembantu pelajar serta pelajar semua. Seramai 600 orang pelajar telah ditawarkan untuk mengikuti program perkhemahan tahun ini. Pelajar-pelajar pintar ini adalah berumur antara sembilan hingga 15 tahun. Pihak Jabatan Pendidikan Negeri telah menyediakan bas untuk membawa pelajar-pelajar dari negeri kediaman masing-masing ke Universiti Kebangsaan Malaysia. Pelajar-pelajar dari Sabah dan Sarawak pula telah diberi tiket kapal terbang untuk sampai ke destinasi di UKM. Pelajar telah sampai di kampus UKM pada 27hb Disember 2010 dari awal tengah hari sehingga lewat malam. Selepas puas menunggu, peserta dari negeri Perlis akhirnya sampai pada jam 11.00 malam. Mereka telah mendapat bilik masing-masing pada jam 12 dan terus masuk bilik dan kerana terlalu penat mereka terus masuk tidur.

Pelajar mengangkat sumpah pada sesi orientasi.

Satu sesi orientasi telah dijalankan pada hari yang sama dan pelajar telah melakukan upacara angkat sumpah untuk belajar bersungguh-sungguh dalam perkhemahan cuti sekolah kali ini. Semua pelajar telah berjanji bahawa mereka akan sedaya upaya mengikuti setiap pembelajaran, bekerja dalam satu pasukan, mengikut peraturan dan sentiasa menepati masa sepanjang menghadiri program perkhemahan yang dijalankan. Pelajar pintar terpilih seterusnya telah memulakan pembelajaran pada hari berikutnya. Kelas bermula pada jam 8.00 pagi dan pelajar dihantar oleh pembantu pelajar masing-masing (RA) ke kelas yang telah ditetapkan. Pembelajaran telah dilakukan oleh semua tenaga pengajar dan berlangsung dari jam 8.00 pagi hingga 4.00 petang. Pada jam 4.30 petang semua pelajar bergerak ke DECTAR dan Panggung Seni, UKM untuk mengikuti pelbagai program kesenian.

Peserta menunggu ketibaan bas untuk pulang ke asrama

selepas kelas. Penatnya tidak terkata.

PENAWARAN KURSUS PADA PROGRAM PERKHEMAHAN CUTI SEKOLAH PERMATApintar NEGARA 2010

Pada tahun ini, Program Perkhemahan Cuti Sekolah menawarkan 15 kursus dari tiga bidang iaitu: Sains, Matematik dan Bahasa.

1. Menjadi Saintis – 3 kelas (9 tahun) 2. Penaakulan Mantik – 4 kelas (10 tahun) 3. Penulisan dan Imaginasi – 3 kelas (11 tahun) 4. Pengenalan kepada Robotik – 3 kelas

(12 tahun) 5. Robotik Lanjutan - 1 kelas (13 tahun) 6. Mengarang Penulisan – 4 kelas (13 tahun)

7. Kriptologi – 4 kelas (14 tahun) 8. Bioteknologi – 2 kelas (15 tahun) 9. Biologi Pecutan – 2 kelas (15 tahun) 10. Reka Cipta – 1 kelas (9-12 tahun) 11. Reka Cipta Lanjutan – 3 kelas (13-15 tahun) 12. Sains Penerbangan – 3 kelas (14-15 tahun) 13. Kristal dan Polimer – 3 kelas (14-15 tahun) 14. Kebarangkalian dan Teori Permainan - 3 kelas

(14-15 tahun) 15. Teknologi Hijau - 1 kelas (15 tahun)

Page 5: PERKHEMAHAN CUTI SEKOLAH PERMATApintar NEGARA 2010

BITARA • Bil.1 • DISEMBER 2010 • 5

Beberapa kursus baru dalam bidang Sains dan Matematik telah diperkenalkan pada tahun ini. Kursus-kursus tersebut ialah: Sains Penerbangan, Kristal dan Polimer, Kebarangkalian dan Teori Permainan, Teknologi Hijau dan Robotik Lanjutan. Jumlah keseluruhan kelas yang ada dalam perkhemahan ini ialah sebanyak 40 kelas. Kelas-kelas tersebut telah diletakkan di Fakulti Pendidikan, Fakulti Sains dan Teknologi dan Pusat Bahasa di Fakulti Sains Sosial dan Kemasyarakatan. Pelbagai bahan pengajaran telah digunakan untuk membantu pelajar-pelajar pintar memahami setiap tajuk yang diajar. Pembelajaran yang dijalankan adalah berpusatkan pelajar. Pelajar telah diberikan pelbagai bahan yang mempunyai kesukaran yang berbeza bagi mencabar minda mereka untuk terus berfikir. Pelajar dirangsang untuk melihat kaitan dengan apa yang dibuat atau dibina dalam bilik darjah dengan apa yang berlaku di luar bilik darjah. Justeru, pelajar juga telah dibawa ke lapangan seperti di Petrosains, Akuaria Negara dan beberapa tempat lain untuk melihat sendiri bagaimana sesuatu fenomena berlaku dalam konteks seharian. Apa yang diharapkan ialah pelajar mendapat celik akal tentang perkara yang dipelajari supaya dapat memahami dan mengaplikasikan ilmu yang diperoleh di samping pembelajaran tersebut kekal dalam ingatan mereka sepanjang masa.

Volkano, hasil pembelajaran dari pelajar Menjadi Saintis.

Pelajar dari kelas Sains Penerbangan cuba untuk

menerbangkan kapal terbang yang telah direka masing-masing.

Pelajar dari kelas Teknologi Hijau menjalankan eksperimen.

Suasana riang dalam kelas Mengarang Penulisan. Pelajar

melakukan ekspresi perasaan untuk mengarang.

Page 6: PERKHEMAHAN CUTI SEKOLAH PERMATApintar NEGARA 2010

6 • BITARA • Bil.1 • DISEMBER 2010

PSYCHOLOGICAL ISSUES AND THE NEED FOR COUNSELING SERVICES AMONG MALAYSIAN GIFTED STUDENTS By Noriah Mohd. Ishak, Abu Yazid Abu Bakar

Gifted students have always been considered as students who are at the upper end of the bell curve in academic abilities. At this upper end, the bell curve tail can continue for a considerable distance representing increasingly extreme difference (Peterson, 2006). These gifted or high ability students who deviated the most from the norms, is the one not likely to have intellectual peers at school, becomes the jokes of the class for being considered as “nerdy” and to feel socially isolated because of their intellectual ability (Gross, 2004; Neihart, 1999; Silverman, 1993). They are always misunderstood, mocked by classmates, resented even by teachers “for being too smart”, held back for being too precocious, the students, lead lives fraught with special challenges and stress. All too often, they are made to feel like misfits, their brilliance mistaken for a troublesome, uncontrolled temperament and their perfectionist behaviour mistaken as procrastinator (Seatter, 2001). Gifted students grasp complex mathematical or scientific concepts with ease and exhibit creative and innovative work in many ways. They can concentrate for a long periods on topics of their interest. They are not easily distracted, set high standards for themselves and enjoy intellectual challenges. According to Neihart, Reis, Robinson and Moon (2002) gifted students show initiative, originality, and flexibility in thinking, with the ability to consider problems from multiple perspectives, responsive to new ideas and often show social poise or an ability to communicate with adults in a mature way. These characteristics along with others placed the gifted students in a learning zone of their own that can create a very lonely academic journey. Aside from the more positive characteristics mentioned earlier, their dispositions are also dominated by perfectionism (Speirs Neumeister, Williams & Cross, 2009; Chan, 2009; Dixon, Lapsley & Hanchon, 2004).), low self-esteem (Vialle, Heaven, & Ciarrochi, 2007), extreme competitiveness (Tomlinson, 2008) and self-consciousness (Sisk, 2008; Cho-Hee Yoon, 2009), anxiety, excessive self-criticism (Cho-Hee Yoon, 2009; Berlin, 2009) and confused identity formation (Zuo, Li & Tao, Liqing, 2001; Graham & Anderson, 2008) that can trigger intra- and interpersonal conflicts within and outside their learning environment. Many gifted students get bored with routine tasks, resist changing away from interesting topics or activities, or disagree vocally (Bailey, 2007) with peers as well as teachers and many are intolerant of failure. At times, when pushed to the limit, they will ignore details, turning in disorganized assignment, obdurate and non-conforming. Many are emotionally sensitive when

overwhelmed with a situation they can’t handled, detach themselves from their peers and seems to not being able to reach their academic potential in school setting. They are then identified as underachievers and labeled as students with academic disability. Many of these challenging tendencies resemble that of attention deficit and related disorders (Nordby, 2002). In tandem, studies have shown that gifted students are challenged with more affective and psychological issues than other students (Neihart, Reis, Robinson & Moon 2002; Rimm, 2002; Baker, 1995; Bailey, 2007). According to Cross and Frazier (2010) virtually all students, gifted students included, face the following typical psychosocial issues during adolescence: (a) dating, (b) college career choices, (c) puberty, (d) identity formation, (e) self-esteem needs, (f) friendship building, and (g) extreme self-consciousness. Studies have also shown that students with higher IQ are reported to have intense social isolation in a regular classroom, and this combined with the unchallenging curriculum caused ongoing emotional stress (Rimm, 2002). Social acceptance that leads to maladjustment can also be a problem with these unusually high intelligent and gifted students as shown by Cross, Cassady, Dixon and Adams (2008) in their study on gifted adolescents attending a residential academy. Their study shows that over a long period of residential stay, academically gifted students shows signs of depression (general worry, concentration problems, and apathy), psychomotor retardation (denial of affect, listlessness, and social withdraw), and mental dullness (denial of ability to work as well as before, memory difficulty). However, although the findings were statistically significant, none reached the .20 effect-size cut off which is indicative of minimal change. Cross, Speirs Neumeister, and Cassady (2007) used the Myers Briggs Type Indicator (MBTI) to discern potential overarching psychological types of gifted students attending a residential academy. Their study shows that, in comparison to sample norms, gifted students were equally introverted and extroverted, with more females preferring extraversion and more males preferring introversion. They were more prone to being intuitive, thinkers, and perceivers and therefore were apt to be autonomous, intellectual, imaginative, quick problem solvers, and flexible. Likewise, a predisposition for being a perceiver may make the students more subject to procrastination and disorganization and this can lead to many psychological issues that can trigger stress.

Page 7: PERKHEMAHAN CUTI SEKOLAH PERMATApintar NEGARA 2010

BITARA • Bil.1 • DISEMBER 2010 • 7

Concomitantly, educators as well as counselors need to be aware and observant of even the slightest behavioural differences from the norms, to truly understand these gifted students’ and provide the best possible services to their specific needs. After all, gifted achievers experience issues associated with schools, family and peer relationship comparable to non-gifted students. Counseling Services for Malaysian Students – The Current Scenario Educators and school counselors may not consider that gifted or high ability students have concerns related to their giftedness, academic prowess, social inept ability, or emotional development because they are supposed to be gifted. Nonetheless, studies have shown that gifted students seek counseling services to come to term with their own giftedness and people’s perceptions towards that giftedness, and to cope with the stress of growing up as a gifted child (Moon & Hall, 1998; Neihart, 1999, Piechowski, 1999). These students also seek or are referred for counseling services for issues related to underachievement, parental and peer relationships, emotional and social adjustment, and stress management (Moon, Kelly & Feldhusen, 1997), inability to express concerns (Peterson, 2003), academic pressure and heavy commitment to activities (Peterson, Duncan & Canady, 2007) where such issues have been shown to impact their well-beings.

Malaysian gifted students are no difference from their equivalents in other countries. Although, there is no document to support the statement, it is decent to suggest that they face similar issues on top of the storm and stress of growing up as adolescents in a challenging world. However, because of the lack of provision in counseling services and Malaysian counselors are not trained to provide such service to gifted students, the service is not well received. This is evident in many studies conducted locally to examine the need of such services to school students (Salleh, 1998). Many students who seek counseling do not portray issues pertaining to any psychological issues faced by gifted students (example: extreme self-criticism, perfectionism etc.) even when the students who seek counseling services are academically talented (although not identified as gifted). Many if not all only seek career counseling or academic advising from their school counselors. Nonetheless, this does not mean that the gifted students never seek counseling services, but it could mean that the students shy away from discussing psychological issues unique to their characters. Conversely, as advocated by the American School Counsellor Association (American School Counsellor Association, 2005), school counselors are called to proactively serve all students. Thus, to best meet the needs of all students, counselors must be aware of the strengths and challenges inherent to a variety of student populations (Bailey, 2007) including the gifted students.

KOMPLEKS PERMATApintar NEGARA, UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA HAMPIR SIAP Kompleks PERMATApintar Negara yang juga akan menempatkan Program Pendidikan Menengah Tinggi PERMATApintar dijangka akan tamat pembinaannya pada 31 Disember 2010. Kompleks yang terletak di atas tanah seluas 22 ekar itu telah dibina dalam dua fasa. Fasa pertama meliputi pembinaan sebuah bangunan pentadbiran, sebuah kafeteria, dewan serba guna, blok pembelajaran dan pelbagai jenis makmal termasuk makmal fizik, kimia, biologi, komputer, muzik dan kaunseling. Kompleks ini boleh digunakan sepenuhnya pada bulan Januari 2011. Pelajar-pelajar akan mula menggunakan blok pembelajaran pada awal bulan Januari 2011. Buat masa ini kerja-kerja menguji pendawaian elektrik, mengemas dan membersihkan setiap blok yang telah dibina sedang giat dijalankan.

Blok Pentadbiran

Page 8: PERKHEMAHAN CUTI SEKOLAH PERMATApintar NEGARA 2010

8 • BITARA • Bil.1 • DISEMBER 2010

Kafeteria

Blok Makmal

PROFIL PERSONALITI PELAJAR PINTAR CERDAS Oleh Aliza Alias dan Abu Yazid Abu Bakar

Dalam konteks pelajar pintar cerdas, pelbagai pendapat diutarakan oleh kalangan sarjana yang menjalankan kajian dalam pelbagai dimensi berbeza. Ini mendorong kepada kewujudan pelbagai dapatan yang merumuskan kepelbagaian profil personaliti kumpulan pelajar ini. Sebagai contoh, Mischel (1999) mentafsirkan konsep personaliti sebagai organisasi dinamik sistem psikofizikal setiap individu yang menentukan tingkah laku dan pemikiran. Manakala Mohd Zuri, Rahimi, Nik Rosila dan Aznan (2008) pula merumuskan personaliti sebagai satu entiti yang merangkumi elemen pemikiran, persepsi, nilai, sikap, watak, keupayaan, kepercayaan, kecerdasan, motivasi dan rutin kebiasaan. Sementara itu, Piirto (1999) secara jelas merumuskan bahawa terdapat 17 ciri personaliti pelajar pintar cerdas dan berbakat iaitu :

• kreatif, • berimaginasi, • mempunyai pandangan yang mendalam, • intuitif, • keterbukaan, • keamatan dalam tingkah laku, • amat menyukai kerjanya, • perseptif, • mendesak, • berani mengambil risiko, • berdisiplin kendiri, • mempunyai kecekapan kendiri, • cara berfikir mirip kedua-dua gender, • tabah berusaha, • amat mementingkan kesempurnaan, • toleransi terhadap sesuatu yang tidak pasti, • mempunyai kemahuan yang kuat.

Disamping itu, sejumlah penyelidik turut berkongsi pandangan bahawa golongan pelajar pintar cerdas mempamerkan ciri-ciri khas bukan sahaja dalam aspek personaliti, malahan juga aspek-aspek tingkah laku

dan pemerosesan kognitif (Bee 1997; Kyle 1998; Mills 1993; Piirto 1999; Rosadah 2004). Satu kajian lyang dijalankan oleh Eysenck dan Cookson (1961) mendapati kelompok pelajar dengan kecerdasan tinggi adalah berpersonaliti ekstrovert. Kajian yang dijalankan Che Mah dan Mariani (2001) turut mendapati pelajar pintar cerdas sering dikaitkan dengan ciri personaliti ekstrovert seperti suka bergaul, cepat mengeluarkan pendapat, mudah mesra, kreatif dan lebih bersikap terbuka. Namun, pandangan ini disangkal oleh Dunn, Dunn dan Perrin (1989) serta Williams (1992) yang berpendapat bahawa pelajar pintar cerdas adalah merupakan individu dengan profil personaliti introvert. Pendapat ini turut disokong oleh kajian Mills (1993) serta Mills dan Parker (1998) yang menyatakan subjek kajian mereka menunjukkan kecenderungan berada dalam kategori introvert. Walau bagaimanapun, satu kajian tempatan yang dijalankan oleh Mohd Zuri, Rahimi, Nik Rosila dan Aznan (2008) pula mendapati bahawa adalah sukar untuk mengklasifikasikan personaliti pelajar pintar cerdas – sama ada ekstrovert ataupun introvert – kerana setiap seorang daripada mereka adalah unik dan memiliki profil tersendiri. Mills (1993) menyatakan bahawa pelajar pintar cerdas dalam akademik mempunyai personaliti yang berbeza daripada pelajar lain. Natijahnya, kepelbagaian profil personaliti setiap pelajar pintar cerdas ini menuntut agar semua pihak yang terlibat dalam pengurusan pendidikan mereka mengiktiraf keunikan setiap individu, supaya setiap keperluan pendidikan mereka yang berbeza dapat dipenuhi dengan sewajarnya. Keunikan yang dimiliki oleh pelajar ini iaitu kelebihan intelektual yang jauh mengatasi rakan sebaya akan menjurus mereka ke arah berhadapan dengan pelbagai isu yang bakal mencetuskan konflik sosio emosi dalam kehidupan seharian mereka, sekiranya tidak ditangani dengan sebaik-baiknya.

Page 9: PERKHEMAHAN CUTI SEKOLAH PERMATApintar NEGARA 2010

BITARA • Bil.1 • DISEMBER 2010 • 9

PERMASALAHAN SOSIO-EMOSI PELAJAR PINTAR CERDAS Ng dan Sandiyao (2005) menyatakan bahawa isu yang lazimnya mencetuskan masalah sosio-emosi di kalangan pelajar pintar cerdas seringkali berpunca dari dua sumber iaitu sifat unik yang dimiliki setiap individu pintar cerdas dan faktor persekitaran. Perincian isu-isu bagi setiap kategori dinyatakan dalam Jadual 2.

SIFAT UNIK DIRI FAKTOR PERSEKITARAN

Konsep Kendiri Masalah komunikasi Fobia Diskriminasi Perkembangan nilai Masalah keluarga Keupayaan tidak seimbang Masalah penyesuaian Masalah kemahiran sosial Pandangan orang lain Mengembangkan potensi

Jadual 2: Kategori masalah sosio-emosipelajar pintar cerdas

Dalam penulisannya yang lain, Ng (2005) telah memperkembangkan klasifikasi permasalahan sosio-emosi pelajar pintar cerdas kepada enam kategori dengan perincian ciri bagi setiap kategori dipaparkan dalam Jadual 3.

BIL KATEGORI CIRI-CIRI

1. Interpersonal Masalah dalam perhubungan dengan rakan, guru dan ahli keluarga

2. Fizikal gangguan kesihatan (tidur, rehat dan diet)

3. Personaliti kebosanan, sikap sinis dan egosentrik, serta mengalami kekecewaan sosial

4. Pembelajaran tumpuan sempit hanya kepada perkara diminati, perkembangan tidak seimbang

5. Keyakinan diri tidak seimbang pada sebilang masa, hilang arah tuju, enggan mencuba kerana takut gagal

6. Tabiat susah bertindak, terburu-buru, tidak produktif, suka menyalahkan diri dan mengadu.

Jadual 3: Kategori dan ciri masalah sosio-emosi pelajar pintar

Permasalahan yang membelenggu kehidupan pelajar pintar kebiasaannya berkisar dalam dimensi psikologi dan sosial. Dari perspektif psikologi, mereka sering berhadapan dengan isu emosi dan tingkah laku yang menjejaskan perkembangan emosi yang sihat. Manakala dalam konteks sosial pula mereka lazimnya terjebak dalam konflik interaksi dan perhubungan dengan individu yang memiliki perkaitan secara langsung atau tidak dalam kehidupan seperti ahli keluarga, guru dan rakan sebaya. Konflik sosial yang dialami oleh pelajar pintar cerdas ini dizahirkan secara nyata dalam persekitaran pembelajaran. Antara sikap dan tingkah laku negatif yang sering ditunjukkan adalah kecenderungan menimbulkan masalah di sekolah seperti tidak memberi kerjasama, malas, sukar untuk fokus, gagal berinteraksi dengan baik sesama rakan sebaya, bertengkar, bergaduh dan menunjuk-nunjuk kebolehan. Dalam erti kata lain, pelajar pintar cerdas kebiasaannya dilihat cuba mendapatkan penerimaan sosial dengan cara yang sering meninggalkan kesan negatif kepada masyarakat sekelilingnya. Dalam aspek psikologi pembelajaran pula, pelajar pintar cerdas memiliki ciri seperti sifat kesempurnaan melampau (perfectionism), takut menghadapi kegagalan dan kemurungan. Ciri-ciri ini biasanya akan memberi bebanan kepada diri mereka dalam pelbagai bentuk dan keadaan, malahan juga menimbulkan tekanan kepada guru dalam proses pengajaran. Sebagai contoh, sifat perfectionism mereka bukan sahaja akan melambatkan pelaksanaan sesuatu tugasan, tetapi juga selalu mendorong mereka untuk mencabar pengajaran guru dengan pelbagai cara. Tindakan sinis ini dilihat sebagai reaksi kebosanan mereka kepada sistem pendidikan yang dirasakan kurang mencabar. Situasi ini bertepatan dengan apa yang dinyatakan oleh Davis dan Rimm (1998) iaitu kebanyakan pelajar pintar cerdas bersikap dingin (apathetic) kerana mereka merasa kecewa dengan persekitaran sekolah, dan disokong oleh Gallagher dan Gallagher (1994) yang menggariskan lima cabaran/masalah yang sering dihadapi pelajar pintar cerdas dalam institusi pendidikan iaitu:

1. Mendapatkan tugasan pembelajaran yang mencabar di sekolah;

2. Bersabar dengan orang yang tidak sepintarnya;

3. Mengelakkan sikap sinis/negatif terhadap autoriti;

4. Menentang kecenderungan mengasingkan diri; dan

5. Mengelakkan pembentukan sikap suka menipu dan memanipulasikan orang lain.

Page 10: PERKHEMAHAN CUTI SEKOLAH PERMATApintar NEGARA 2010

10 • BITARA • Bil.1 • DISEMBER 2010

Kesimpulannya, pelajar pintar cerdas adalah sekelompok individu yang bukan sahaja berfikir secara berbeza tetapi juga memiliki perasaan berbeza jika dibandingkan dengan rakan sebaya mereka. Sehubungan itu, mereka terdedah kepada pelbagai isu sosio-emosi dalam kehidupan. Antara isu sosio-emosi itu ialah perasaan sensitif dan rasa keterasingan (isolation) melampau, tahap daya saing (competitiveness) dan kesempurnaan (perfectionism) yang tinggi, kesukaran berinteraksi dan membina perhubungan dengan ahli keluarga dan rakan sebaya, pemilikan konsep kendiri serta kemahiran sosial yang rendah. Hakikat ini secara tidak langsung berpotensi memberikan tekanan kepada kehidupan seharian mereka. Sekiranya tekanan ini mampu ditangani dengan baik, pelajar pintar cerdas ini akan berupaya menyesuaikan diri dalam persekitaran sosial kehidupan dan seterusnya menjalani kehidupan dengan harmoni dan selesa.

Walau bagaimanapun, sekiranya mereka gagal, ia berkemungkinan akan menjurus kepada kemungkinan untuk mensia-siakan anugerah yang dimiliki dalam pelbagai situasi negatif seperti kegagalan meneruskan kecemerlangan ataupun penglibatan dalam gejala kurang sihat sebagai reaksi kepada ’pemberontakan’ emosi yang mereka alami. Justeru, dalam sesebuah organisasi atau institusi pendidikan yang terlibat secara langsung menguruskan program untuk pelajar pintar cerdas, keperluan menyediakan elemen sokongan psikologi dan sosial yang baik adalah sangat tinggi, bagi memastikan usaha melahirkan generasi pelajar pintar cerdas yang seimbang dalam aspek intelek, emosi dan sahsiah mampu dicapai sebaik mungkin.

MALAM TALENTIME PROGRAM PERKHEMAHAN CUTI SEKOLAH PERMATApintar NEGARA 2010 Malam TALENTIME Program Perkhemahan Cuti Sekolah PERMATApintar Negara 2010 telah diadakan pada minggu kedua perkhemahan. Menerusi program tersebut pelajar pintar telah dapat menunjukkan pelbagai bakat kesenian termasuk nyanyian, lakonan dan sketsa, tarian dan sebagainya. Bakat-bakat mereka telah dicungkil oleh pembantu pelajar dan latihan telah dijalankan beberapa kali untuk membantu pelajar membuat persembahan yang terbaik semasa malam persembahan. Lima orang pelajar kecil telah diberikan tugas untuk mengacarakan majlis dari mula sehingga tamat. Gelagat mereka mengacarakan majlis tersebut di atas pentas telah dapat mencuit hati semua penontun. Tanpa berasa jemu mereka telah memperkenalkan setiap peserta talentime sambil mengusik peserta-peserta tersebut dengan pelbagai usikan. Pembantu pelajar juga tidak ketinggalan membuat persembahan yang ditujukan khas kepada pelajar-pelajar di bawah jagaan mereka. Secara keseluruhannya, malam talentime telah dapat dijalankan dengan baiknya. Ramai pelajar menyatakan bahawa jika mereka terpilih lagi untuk menghadiri program perkhemahan cuti sekolah tahun hadapan, mereka akan membuat yang terbaik untuk persembahan pada tahun hadapan.

Nyanyian dan tarian oleh pelajar berumur 10 tahun.

Persembahan pelajar berumur 15 tahun.

Page 11: PERKHEMAHAN CUTI SEKOLAH PERMATApintar NEGARA 2010

BITARA • Bil.1 • DISEMBER 2010 • 11

Pelajar diberikan peluang untuk mengacarakan majlis.

Persembahan dari pembantu pelajar untuk semua.

UKURAN TAHAP KECERDASAN

Oleh Rosadah Abdul Majid, Noriah Mohd. Ishak & Melor Md. Yunus

Apabila membincangkan tentang kecerdasan atau kepandaian seseorang, kita sering disogokkan dengan satu singkatan yang amat popular ia itu IQ. Namun apabila ditanya apakah maksud atau makna IQ yang disebut itu, tidak ramai yang berjaya memberikan penghuraian yang menepati makna singkatan tersebut. Bacaan dan rujukan tentang pintar cerdas memberikan maklumat kepada kita tentang kritikan yang ditujukan kepada penggunaan ukuran IQ bagi mengenalpasti pelajar pintar cerdas. Antara hujah kepada kritikan tersebut menyentuh ketidakadilan dalam membuat keputusan dalam memberi peruntukan pendidikan pintar cerdas kepada seseorang pelajar. Seorang pelajar yang mempunyai ukuran IQ yang menepati ukuran yang ditetapkan sebagai pintar cerdas dan layak mengikuti pendidikan tersebut, sudah tentu tidak timbul isu tidak adil kepadanya. Namun bagi mereka yang tidak mencapai tahap ukuran IQ yang ditetapkan, dan hanya mendapat ukuran yang kurang 2 atau 3 poin di bawah tahap ukuran yang ditetapkan, adakah kita akan menidakkan peruntukan pendidikan untuk pelajar ini dan mengatakan bahawa dia tidak pintar cerdas. Bagi menangani isu ini, pandangan yang sering diberikan ialah perlu wujud sistem identifikasi yang menyeluruh dalam mengenalpasti pelajar pintar cerdas agar semua aspek perkembangan yang positif turut diambil kira dan tidak hanya membataskan kepada penggunaan keputusan ujian IQ semata-mata. Sistem identifikasi yang menyeluruh dicadangkan perlu mengambilkira produk (Renzulli 1999) yang telah dihasilkan oleh pelajar, aspek sosio emosi pelajar, aspek motivasi dan komitmen, dan aspek ciri-ciri kreatif pelajar.

Dalam pada itu, Delisle (2000) merujuk kepada kenyataan Linda Kreger Silverman yang menyatakan bahawa sekiranya ukuran IQ seseorang itu menunjukkan bahawa dia adalah seorang yang pintar cerdas, memang wajar diterima hakikat tentang kemampuan aras tinggi yang dipamerkan oleh individu terbabit dalam melakukan penakulan abstrak. Justeru tidak timbul isu apabila dia layak mengikuti pendidikan pintar cerdas. Justeru menggunakan ujian IQ untuk pelajar tersebut adalah wajar. Apa yang dikhuatiri oleh Linda ialah terdapat pelajar yang cerdas tetapi tidak layak mengikuti pendidikan pintar cerdas kerana keputusan ujian IQ nya yang kurang daripada skor IQ yang ditetapkan. Timbul persoalan di sini adakah mereka ini sebenarnya memang tidak layak, atau ujian itu yang tidak sepatutnya dijadikan hanya satu-satunya kayu pengukur untuk menilai kecerdasan seseorang. Mungkin pelajar terbabit hanya kurang dua mata daripada skor yang ditetapkan. Namun dia merupakan seorang yang bermotivasi tinggi atau seorang yang komited dalam tugasnya. Namun kedua-dua ciri tersebut tidak diukur oleh ujian IQ. Justeru adakah kita akan menidakkan peluang pelajar berkenaan mengikuti program pendidikan pintar cerdas. Hakikatnya adalah lebih adil sekiranya ujian IQ tidak dijadikan satu-satunya penentu kelayakan seseorang pelajar untuk mengikuti pendidikan pintar cerdas. Sewajarnya beberapa aspek penilaian perlu diambil kira dalam menentukan kelayakan tersebut. Bagi mengenalpasti pelajar untuk mengikuti program PERMATApintar buat kali pertama ini, ujian yang setara dengan ujian IQ telah digunakan dan ianya ditadbir secara atas talian. Langkah ini telah diambil dengan penuh sedar tentang peri pentingnya pelbagai kaedah

Page 12: PERKHEMAHAN CUTI SEKOLAH PERMATApintar NEGARA 2010

12 • BITARA • Bil.1 • DISEMBER 2010

untuk mengenalpasti pelajar pintar cerdas dan tidak terbatas kepada ujian IQ sahaja. Semua ini seperti yang kita telah sedia maklum termaktub dalam penulisan tentang identifikasi pelajar pintar cerdas. Namun dalam usaha PERMATApintar untuk menyaring seramai mungkin pelajar dalam kohort umur 9-15 tahun, aspek pelbagai penilaian untuk tujuan mengenalpasti ini tidak mungkin dapat dilaksanakan. Keterbasan yang menghadkan proses ini termasuk kekurangan individu berkemahiran untuk melaksanakan. IQ adalah singkatan kepada istilah Intelligence Quotient. Istilah ini dalam Bahasa Melayu disebut sebagai Darjah Kecerdasan (DK). Ia merujuk kepada pengukuran tahap kemampuan mental seseorang. DK adalah nilai hasil darab 100 dengan nisbah umur mental kepada umur hayat (umur sebenar). Umur mental merujuk kepada ukuran pencapaian seseorang dalam sesuatu ujian yang setara dengan ukuran norma yang telah dicapai oleh individu dalam kumpulan umur tersebut. Rumus untuk DK adalah seperti berikut: DK = UM (Umur Mental) X 100 US (Umur Sebenar)

Lantaran daripada kiraan rumus ini kita akan memperolehi ukuran darjah kepintaran atau kecerdasan seseorang. Bagi seseorang yang memperolehi ukuran Umur Mental yang sama seperti ukuran Umur Sebenar (UM=US), dia akan memperolehi ukuran DK sebanyak 100 (DK=100, atau IQ = 100). Ini bermakna kefungsian mental individu ini adalah pada tahap kefungsian purata individu yang sama umur dengannya. Sebaliknya, sekiranya Umur Mental seseorang itu lebih besar daripada Umur Sebenar (UM > US), ukuran DK nya akan menjadi melebihi 100 (DK > 100, atau IQ > 100). Ini berlaku apabila individu terbabit berupaya mendapat pencapaian skor dalam ujian DK setara dengan individu yang berumur lebih tua daripadanya. Misalnya seorang pelajar berumur 9 tahun mendapat pencapaian skor dalam ujian DK yang setara dengan purata skor untuk pelajar berumur 12 tahun. Dalam kes ini pelajar itu dikatakan mempunyai DK= 133 (IQ = 133).

KONSEP PINTAR CERDAS PROGRAM PERMATApintar

Berikut dibincangkan konsep atau pengertian istilah pintar cerdas seperti yang mendasari program PERMATApintar. Gambar rajah di bawah menggambarkan konsep tersebut.

Rajah 1: Konsep pintar cerdas Program PERMATApintar Negara.

Konsep Pintar Cerdas Program PERMATApintar percaya bahawa individu pintar cerdas dilahirkan dengan kemampuan semula jadi (SJ) yang unik. Ini digambarkan oleh bulatan paling tengah di dalam kerangka konsep. Ia dirujuk sebagai kemampuan dalaman yang lahir secara semula jadi atau innate ability. Kemampuan ini adalah dalam pelbagai domain. Namun program PERMATApintar buat masa ini membataskan pencaraian pelajarnya, berasaskan kepada kemampuan dalam domain kognitif. Pandangan tentang elemen kemampuan semula jadi adalah selari dengan Piirto (1999) yang meletakkan genetik sebagai dasar kepada perkembangan individu pintar cerdas berbakat. Justeru model ini melihat SJ sebagai asas kepada perkembangan individu pintar cerdas. Kemampuan dalaman semula jadi boleh dilihat daripada tindakan serta tingkah laku yang berprestasi tinggi khususnya dalam tingkah laku yang memerlukan kemahiran kognitif. Ini termasuk dalam manaakul (reasoning), menyelesaikan masalah, dan merancang. Kemampuan kognitif yang baik turut dipamerkan menerusi kepantasan belajar dan kecekapan dalam menguruskan maklumat yang telah dipelajari.

Page 13: PERKHEMAHAN CUTI SEKOLAH PERMATApintar NEGARA 2010

BITARA • Bil.1 • DISEMBER 2010 • 13

Lantaran itu, individu terbabit tidak akan mempamerkan sifat pintar cerdasnya sekiranya persekitarannya tidak menyokong penggunaan kemampuan semula jadi yang ada pada dirinya. Sifat pintar cerdas akan hanya menyerlah apabila adanya persekitaran yang sesuai lagi menyokong kepada pembangunan sifat tersebut. Sokongan yang dimaksudkan boleh diberi menerusi pelbagai pendekatan pembelajaran seperti pengayaan, pecutan, dan pemampatan kurikulum. Apa yang diperlukan ialah pengajaran dan pembelajaran berserta suasananya yang mampu mencabar minda pelajar-pelajar yang berkemampuan tinggi tersebut. Seterusnya sikap serta ciri peribadi yang memuaskan (PM) adalah penting dalam memperkayakan dan menyokong pembangunan aspek kemampuan

peribadi yang semula jadi (SJ), yang ada pada diri seseorang sehingga individu terbabit berjaya mencapai tahap pintar cerdas (Gagne 1995, Piirto 1999). Ciri-ciri tersebut termasuk bersikap mesra masyarakat serta cermat dan teliti dalam bertindak. Dalam pada itu sifat individu terbabit yang berkeupyaan untuk mempengaruhi orang lain termasuk mempunyai daya pujuk, berwibawa kepimpinan, dan mahir berkata-kata turut menyumbang terhadap pembangunan individu menjadi pintar cerdas. Justeru semua aspek-aspek berikut; kemampuan semula jadi (SJ), peluang untuk berada dalam keadaan pintar cerdas (KP), dan sifat serta peribadi yang memuaskan (PM) perlu dalam memastikan perkembangan individu menjadi pintar cerdas. (Petikan dari buku PERMATApintar: Pengalaman UKM)

KEPERLUAN KEPADA SOKONGAN PSIKOLOGIKAL UNTUK PELAJAR PINTAR CERDAS Oleh: Aliza Alias & Abu Yazid Abu Bakar

Sokongan Psiko-Sosial Kepada Pelajar Davis dan Rimm (1998) menyatakan bahawa kebiasaannya semakin tinggi tahap kecerdasan seseorang maka semakin tinggilah keperluan kaunseling yang patut diberikan kepadanya. Disamping itu, Bee (1999) mendapati bahawa kanak-kanak yang lebih tinggi tahap kecerdasannya menghadapi masalah penyesuaian diri berbanding rakan sebaya yang lain. Kedua-dua fakta ini menunjukkan bahawa elemen sokongan psiko-sosial dalam bentuk kemudahan kaunseling perlu diwujudkan dalam persekitaran program pendidikan pelajar pintar cerdas. Jadual 3 menunjukkan hasil dapatan satu kajian yang dijalankan Heller (2005) di Jerman terhadap isu yang dihadapi oleh pelajar pintar mengikut jantina yang sering diberikan khidmat kaunseling di Pusat Kaunseling Pintar Cerdas Universiti Munich. Kajian ini mendapati bahawa antara isu umum yang dihadapi oleh pelajar lelaki pintar cerdas ialah kebosanan di sekolah, masalah sosial dan masalah prestasi akademik. Sebaliknya pelajar perempuan pula menghadapi masalah ponteng kelas dan bermasalah dengan sesi kaunseling pendidikan.

ISU KEKERAPAN (%)

LELAKI PEREMPUAN

Masalah motivasi (cth: kebosanan di sekolah)

21 12

Masalah sosial 11 8

Masalah prestasi akademik 9 4

Ponteng kelas 8 12

Kaunseling Pendidikan 3 12 Jadual 4: Kekerapan isu yang diberikan kaunseling

(berdasarkan jantina)

Kebanyakan pelajar pintar cerdas sedar akan perbezaan di antara tahap kematangan intelek dan ketidakmatangan emosi mereka berbanding usia sebenar (Terrassier 1985), serta realiti bahawa mereka sering berasa tersisih dan terpinggir (Csikszentmihalyi, Rathunde dan Whalen 1993). Ini menyebabkan kebarangkalian pelajar ini akan berhadapan pelbagai masalah sosio-emosi menjadi sangat relevan. Justeru, keperluan perkhidmatan kaunseling untuk mereka adalah sangat kritikal, tambahan pula dalam konteks Malaysia aspek seperti nilai kekeluargaan, agama dan budaya akan memungkinkan wujud isu baru yang unik untuk ditangani.

Sokongan Psiko-Sosial Kepada Ibu Bapa Dan Masyarakat Umum Kaufmann dan Castellanos (2000) dalam kajian mereka mendapati ibu bapa pelajar pintar cerdas sering mengadu bahawa anak mereka kerap bersendirian berbanding rakan sebaya mereka, bersikap kurang sabar dan mempunyai sifat hiperaktif.

Dapatan ini menunjukkan bahawa di samping kesedaran kendiri pelajar pintar cerdas itu sendiri, ibu bapa mereka juga memerlukan kefahaman tentang hakikat memiliki anak yang berbeza daripada biasa agar mereka dapat memberi sokongan psiko-sosial

Page 14: PERKHEMAHAN CUTI SEKOLAH PERMATApintar NEGARA 2010

14 • BITARA • Bil.1 • DISEMBER 2010

yang sewajarnya bagi menggalakkan perkembangan anak masing-masing dengan berkesan. Kebanyakan ibu bapa dan sebilangan besar masyarakat menganggap bahawa pelajar pintar cerdas seharusnya cemerlang dalam semua aktiviti terutamanya yang berkaitan dengan bidang akademik. Anggapan ini dinilai sebagai salah satu faktor yang memberi tekanan kepada golongan pelajar ini sehingga ada sebilangan mereka yang gagal di pertengahan jalan dari meneruskan kesinambungan kecemerlangan yang diharapkan.

Sehubungan itu, pada peringkat awal sesuatu program pendidikan pintar cerdas, adalah penting ibu bapa serta masyarakat umum didedahkan dengan realiti konsep yang ingin diguna pakai agar sebarang ekspektasi yang mungkin memberi tekanan yang tidak sewajarnya kepada anak mereka dapat dielakkan. Justeru, langkah-langkah seperti taklimat pendedahan awal berkaitan program, kaunseling keibubapaan semasa program berlangsung, sesi susulan selepas program berakhir dan sebagainya harus dirangka untuk dilaksanakan.

Sokongan Psiko-Sosial Kepada Pentadbir Program Kumpulan pentadbir yang menguruskan program pendidikan pintar cerdas merupakan golongan individu yang berhadapan secara langsung dengan para pelajar ini di sepanjang program dijalankan. Sehubungan itu, tanpa mengira fungsi samada sebagai tenaga pengajar, penyelia asrama, kakitangan pentadbiran mahupun sokongan, mereka seharusnya diberi pendedahan terhadap asas kemahiran untuk memberi sokongan psiko-sosial kepada para pelajar tersebut apabila diperlukan seperti:

mengenalpasti isu tahap penurunan motivasi pelajar dalam pembelajaran,

asas kaunseling untuk membantu menyelesaikan masalah perhubungan dan interaksi,

ketegangan komunikasi,

buli,

kecelaruan personaliti

Kemahiran ini perlu diterapkan dalam latihan tenaga pengendali program pendidikan pintar (sebelum ianya bermula) dalam bentuk ceramah kesedaran, kursus pendek dan latihan berkala. Untuk tempoh jangka masa panjang, aktiviti pembangunan kemahiran

psiko- sosial ini perlu dijalankan secara terancang agar semua tenaga pentadbir dapat menguasai asas yang diperlukan dengan lancar. Di samping itu, satu entiti yang bertanggungjawab menyelaras keperluan sokongan psiko-sosial ini perlu diwujudkan secara kekal dalam struktur organisasi program. Bagi memenuhi keperluan mewujudkan satu sistem sokongan psiko-sosial, satu satu model perkhidmatan kaunseling amat diperlukan. Ini adalah sebagai panduan dalam membina satu sistem sokongan yang sistematik dan berpotensi menyumbang kepada kesiagaan psikologi kepada semua pihak yang terlibat. Maka satu model perkhidmatan kaunseling Perleth (Rajah 1) telah diadaptasikan agar mampu dijadikan rujukan yang baik untuk membangun prasarana tersebut pada masa hadapan. Di samping itu, keperluan untuk membangunkan perkhidmatan kaunseling kerjaya dalam program pendidikan pintar cerdas, yang melibatkan kolaborasi antara kaunselor pembimbing, tenaga pengajar, dan ibu bapa, seperti dinyatakan Greene (2003) menjadi sangat relevan bagi memastikan kesinambungan proses pendidikan pintar cerdas di Malaysia. (Petikan dari buku: PERMATApintar Pengalaman UKM)

Page 15: PERKHEMAHAN CUTI SEKOLAH PERMATApintar NEGARA 2010

BITARA • Bil.1 • DISEMBER 2010 • 15

LATIHAN…LATIHAN…LATIHAN Sepanjang tahun 2010, pihak Pusat PERMATApintar Negara, Universiti Kebangsaan Malaysia telah menjalankan latihan-latihan beberapa sesi latihan untuk semua tenaga pengajar, pembantu pelajar dan pentadbir yang terlibat dalam semua aktiviti di Pusat PERMATApintar Negara. Latihan-latihan tersebut adalah seperti berikut:

a. Latihan membina kurikulum dan mengemas kini bahan pengajaran telah dijalankan untuk tenaga pengajar dan pembantu tenaga pengajar pada 5 hingga 12 Jun 2010 di Kolej Pendeta Za’ba, UKM

b. Latihan telah dijalankan oleh Jawatankuasa Program Perkhemahan Cuti Sekolah dengan bantuan konsultan dari JHU-CTY (Dr. Simoen Brodsky)

c. Latihan Sokongan Psikologikal yang dikendalikan oleh Assoc. Prof. Dr. Louis Leroy Downs dari University of Sacramento pada 11 hingga 14 Oktober 2010 . Latihan ini juga telah dibuka kepada guru-guru/kaunselor Sekolah Asrama penuh dan Sekolah Harian.

d. Latihan Pengurusan bagi kakitangan pentadbir perkhemahan cuti sekolah telah dijalankan pada 23 hingga 24 Oktober 2010

e. Latihan Pengurusan Pelajar untuk Pembantu Pelajar akan diadakan pada 25 hingga 27 November 2010.

f. Latihan untuk mengendalikan kursus-kursus Advance Placement akan diadakan pada 18 hingga 30 Disember 2010. Latihan ini akan dikendalikan oleh Mr Hassan Fakharuddin dari Indiana School for Gifted and Talented Students.

Latihan tenaga pengajar bagi kelas Reka Cipta.

Kakitangan akademik seronok mendengar penerangan Dr. Hamidah Yamat, Penyelaras Program Perkhemahan Cuti

Sekolah PERMATApintar Negara.

Latihan juga telah di adakan untuk semua tenaga pengajar yang akan menjalankan sesi pengajaran dan pembelajaran bagi Program Pendidikan Menengah Tinggi, Pusat PERMATApintar Negara. Latihan awal yang telah dimulakan pada 1 Disember 2010 akan tamat pada 30 Disember 2010.

Latihan yang diberi merangkumi 8 Modul. Tajuk setiap Modul adalah seperti berikut:

Pengenalan Kepada Pendidikan dan Program Pintar Cerdas Di Malaysia.

Memahami Kepintaran dan Bakat.

Mengenal pasti Pelajar Pintar Cerdas.

Perkembangan Sosio dan Emosi Pelajar Pintar Cerdas dan Isu Yang Berkaitan.

Perbezaan Kurikulum (Curriculum Differentiation).

Pelbagai Kaedah Pengajaran (Scaffolding, HOT, Collaborative/Cooperative).

Penggunaan ICT dalam Pengajaran.

Pengurusan Ko-Kurikulum.

Sistem Sokongan Psikologikal dan Kaunseling.

Page 16: PERKHEMAHAN CUTI SEKOLAH PERMATApintar NEGARA 2010

16 • BITARA • Bil.1 • DISEMBER 2010

LAGU ANAK PERMATApintar NEGARA Anak adalah anugerah Tuhan Yang lahir dengan kasih sayang Anak PERMATA cahaya hidup Bakal berkilau di masa hadapan Kami dicari seluruh Malaysia Dengan segala usaha yang payah Bersama sahabat yang memahami Serta guru yang mendampingi KORUS Belajar kami terus belajar Berusaha kami terus berusaha Menjadi warga pintar Demi mencapai cita-cita negara Memenuhi impian pemimpin Bangsa SATU MALAYSIA Kami teroka pelbagai penjuru Kami cipta mencari yang baru Jadi anak bitara bangsa Pintar, luhur, berhemalijujur Kami disaji pelbagai program Yang menguji dan mencabar minda Kami diasuh menjadi kreatif Agar minda lebih inovatif KORUS Belajar kami terus belajar Berusaha kami terus berusaha Membentuk diri sendiri Demi mencapai cita-cita negara Menjadi warga pintar dunia Impian SATU MALAYSIA Bukan sahaja mengenal buku Kami diasuh hormati ilmu Jadi pemikir beradab cermat Bijaksana pula mencapai matlamat Kami anak PERMATApintar Bagai khazanah yang perlu digilap Agar kilauan membenih bakti Kepada Negara yang dicintai Gubahan Muzik: Dato’ Johari Salleh Senikata: Prof. Madya Dr. Noriah Mohd Ishak/ Dr. Mawar Safei/ Pn. Aliza Alias

SUDAH TERBIT

PERMATApintar: Pengalaman UKM. 2009 Pusat PERMATApintar Negara, UKM: Bangi. ISSN 978-967-5504-00-6 (kulit keras) 222 HALAMAN. RM40.00 Noriah Mohd Ishak Rosadah Abd Majid Siti Fatimah Mohd Yassin

Buku PERMATApintar: Pengalaman UKM merupakan buku yang pertama diterbitkan oleh Pusat PERMATApintar Negara untuk memberikan gambaran tentang perancangan, pembinaan, dan pelaksanaan program pintar cerdas yang dilaksanakan oleh Universiti Kebangsaan Malaysia. Buku ini mengandungi 15 bab yang membincangkan pelbagai perkara berkaitan dengan pendidikan pelajar pintar cerdas termasuk sejarah dan konsep PERMATApintar, definisi dan makna pintar cerdas, ciri-ciri kanak-kanak pintar cerdas, ujian saringan dan pencarian pelajar pintar cerdas, pelaksanaan program Perkhemahan Cuti Sekolah, dan perbincangan tentang kursus-kursus yang ditawarkan oleh Pusat PERMATApintar Negara seperti kursus: Reka Cipta, Kriptologi, Penaakulan Mantik, Bioteknologi, Pengenalan Kepada Robotik, Penulisan Kreatif dan Penulisan dan Imaginasi. Pembaca akan mendapat gambaran bagaimana program pengayaan boleh dijalankan untuk membantu meningkatkan pemikiran kreatif dan membina sifat inovatif dalam kalangan pelajar pintar cerdas. Pengalaman yang diperoleh oleh setiap penulis yang menjalani latihan program Summer Camp di Johns Hopkins Universiti-Center for Talented Youth di Baltimore, Maryland (Amerika Syarikat) boleh menjadi contoh bagaimana sesuatu program pengayaan boleh dijalankan di Malaysia. Penceritaan pengalaman mereka boleh membantu guru membina kurikulum yang akan membuka minda pelajar sehingga dapat meneroka pengetahuan baru dengan tekun. Adalah diharapkan buku ini akan dapat membantu guru, ibu bapa dan individu yang berminat dengan pendidikan pelajar pintar cerdas mengenal pasti ciri-ciri pelajar pintar cerdas dan membantu mereka meningkatkan potensi diri ke tahap yang maksimum.

Pembelian/ Pesanan:

Pusat PERMATApintar Negara, UKM Tel: 03-89217152

Mel-e: [email protected]