tugasan

7
SOALAN TUGASAN Pendidikan Konservasi merupakan satu strategi yang berkesan untuk memberikan kesedaran kepada pelajar tentang pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar dengan menyebatikan nilai-nilai murni yang diterapkan dalam Pendidikan Luar. Melalui Pendidikan Konservasi, warganegara yang lebih bertanggungjawab dan komited terhadap alam sekitar dapat dibentuk untuk memelihara penghidupan yang seimbang. Secara tidak langsung, penyerapan Pendidikan Konservasi dalam Pendidikan Luar membolehkan para pelajar memperoleh pengetahuan, kemahiran, pemupukan nilai murni serta usaha untuk bertindak secara individu atau berkumpulan bagi menyelesaikan isu-isu berkaitan dengan alam semula jadi. Sebagai seorang guru Pendidikan Jasmani, adalah menjadi tanggungjawab anda untuk memastikan konservasi alam sekitar dapat dikekalkan bagi menjamin hidup yang lebih ceria dan bermakna melalui pelbagai aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Sehubungan itu, anda dikehendaki : 1. Mengenal pasti sekurang-kurangnya LIMA isu, punca dan kesannya terhadap alam semula jadi ke atas kanak-kanak akibat daripada kejahilan manusia dan pembangunan di Malaysia. Cadangkan aktiviti atau program Pendidikan Jasmani yang boleh dijalankan oleh pihak sekolah untuk mengatasi isu yang dinyatakan di atas. (20 markah) 2. Merangka satu bentuk penilaian yang boleh dilakukan oleh guru untuk memastikan keberkesanan dan pencapaian objektif setiap program yang dirancang dengan menyertakan senarai semak yang lengkap dan relevan. (20 markah) [Jumlah : 40 markah]

Upload: miziey-zainie

Post on 18-Jan-2016

171 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

GOOD

TRANSCRIPT

Page 1: TUGASAN

SOALAN TUGASAN

Pendidikan Konservasi merupakan satu strategi yang berkesan untuk memberikan kesedaran

kepada pelajar tentang pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar dengan menyebatikan

nilai-nilai murni yang diterapkan dalam Pendidikan Luar. Melalui Pendidikan Konservasi,

warganegara yang lebih bertanggungjawab dan komited terhadap alam sekitar dapat dibentuk

untuk memelihara penghidupan yang seimbang. Secara tidak langsung, penyerapan

Pendidikan Konservasi dalam Pendidikan Luar membolehkan para pelajar memperoleh

pengetahuan, kemahiran, pemupukan nilai murni serta usaha untuk bertindak secara individu

atau berkumpulan bagi menyelesaikan isu-isu berkaitan dengan alam semula jadi.

Sebagai seorang guru Pendidikan Jasmani, adalah menjadi tanggungjawab anda untuk

memastikan konservasi alam sekitar dapat dikekalkan bagi menjamin hidup yang lebih ceria

dan bermakna melalui pelbagai aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

Sehubungan itu, anda dikehendaki :

1. Mengenal pasti sekurang-kurangnya LIMA isu, punca dan kesannya terhadap alam

semula jadi ke atas kanak-kanak akibat daripada kejahilan manusia dan pembangunan

di Malaysia. Cadangkan aktiviti atau program Pendidikan Jasmani yang boleh

dijalankan oleh pihak sekolah untuk mengatasi isu yang dinyatakan di atas.

(20 markah)

2. Merangka satu bentuk penilaian yang boleh dilakukan oleh guru untuk memastikan

keberkesanan dan pencapaian objektif setiap program yang dirancang dengan

menyertakan senarai semak yang lengkap dan relevan.

(20 markah)

[Jumlah : 40 markah]

Page 2: TUGASAN

PANDUAN PELAJAR

Anda dikehendaki menyempurnakan tugasan berdasarkan panduan di bawah ini :

1 a. membincangkan dari segi punca dan kesan ke atas kanak-kanak sekurang-kurangnya

LIMA isu alam sekitar yang berpunca daripada kejahilan manusia atau program

pembangunan seperti:

i. pembuangan sampah

ii. pencemaran

iii. pembakaran terbuka

iv. pertanian

v. sisa toksik

b. Mencadangkan sekurang-kurangnya SATU aktiviti atau program Pendidikan Luar yang

dapat dilakukan untuk mengatasai SETIAP isu yang dikemukakan dalam usaha

memelihara alam semula jadi serta justifikasinya.

2. Mencadang dan merangka bentuk penilaian untuk menilai keberkesanan semua objektif serta

pelaksanaan sebelum, semasa dan selepas SETIAP aktiviti atau program yang dijalankan

untuk mengatasi isu alam semula jadi seperti yang dikemukakan di atas dalam bentuk senarai

semak yang lengkap.

3. Anda digalakkan menyertakan gambar-gambar, foto atau rajah untuk menyokong tugasan

anda.

Catatan

1. Anda dikehendaki menyenaraikan bahan rujukan yang berkaitan mengikut format APA. Perlu

berbincang dengan tutor tentang cara menulis bibliografi yang betul.

Antara rujukan yang dicadangkan ialah :

i. OUM (2009). HBPE 3203 : Pendidikan Luar.

ii. BPG, KPM. (2000). Modul Bina Insan Guru.

iii. Jurnal Pendidikan Persekitaran

iv. Jurnal JOHPERD, AAHPERD

Page 3: TUGASAN
Page 4: TUGASAN

RUBRIK TUGASAN

HBPE3203 : PENDIDIKAN LUAR / SEMESTER SEPTEMBER 2014

Kriteria WajaranTidak Lengkap Lemah Sederhana Baik Cemerlang Markah

Penuh0 1 2 3 4

1. a. Isu, punca dan kesan alam semula jadi (5 atau lebih) dengan gambar yang berkaitan.

2.5

Tiada huraian isu berkaitan dengan alam semula jadi

Tiada penjelasan punca kewujudan semua isu alam semula jadi dan kesannya ke atas kanak-kanak

Tidak menyertakan sebarang gambar yang berkaitan dengan isu

Kebanyakan huraian isu berkaitan dengan alam semula jadi tidak lengkap dan tidak jelas.

Kebanyakan penjelasan punca isu alam semula jadi dan kesannya ke atas kanak-kanak sangat ringkas.

Kebanyakan gambar tidak berkaitan dengan isu alam semula jadi dan kebanyakannya tidak relevan.

Beberapa huraian berkaitan dengan alam semula jadi lengkap dan jelas.

Beberapa penjelasan punca isu alam semula jadi dan kesannya ke atas kanak-kanak komprehensif.

Beberapa gambar berkaitan dengan isu alam semula jadi dan sebahagiannya relevan.

Kebanyakan huraian isu berkaitan dengan alam semula jadi jelas.

Kebanyakan penjelasan punca isu alam semula jadi yang dinyatakan di atas dan kesannya ke atas kanak-kanak komprehensif.

Kebanyakan gambar berkaitan dengan isu alam semula jadi dan kebanyakannya relevan.

Semua huraian isu berkaitan dengan alam semula jadi yang sangat lengkap dan sangat jelas.

Semua penjelasan punca isu alam semula jadi dinyatakan di atas dan kesannya ke atas kanak-kanak sangat komprehensif dan menarik.

Semua gambar berkaitan dengan isu alam semula jadi dan semuanya relevaan serta sangat menarik.

10

b. Cadangan aktiviti / program PL untuk mengatasi isu (5 atau lebih

2.5

Tiada cadangan aktiviti / program PL.

Tiada huraian berkaitan

Kebanyakan cadangan aktiviti / program PL tidak sesuai dan tidak relevan.

Kebanyakan huraian

Beberapa cadangan aktiviti / program PL sesuai dan sebahagiannya relevan

Kebanyakan cadangan aktiviti / program PL sesuai dan kebanyakannya relevan.

Kebanyakan huraian

Semua cadangan 5 aktiviti / program PL sangat sesuai dan sangat relevan.

Semua huraian sangat

10

Page 5: TUGASAN

Kriteria WajaranTidak Lengkap Lemah Sederhana Baik Cemerlang Markah

Penuh0 1 2 3 4cadangan) dengan

aktiviti / program.

tidak lengkap dan tidak terperinci dengan setiap aktiviti / program yang dicadangkan.

Beberapa huraian lengkap dan sebahagiannya terperinci dengan setiap aktiviti / program yang dicadangkan.

lengkap dan kebanyakannya terperinci dengan setiap aktiviti / program yang dicadangkan.

lengkap dan sangat terperinci dengan setiap aktiviti / program yang dicadangkan.

2. Cadangan penilaian keberkesanan aktiviti / program

4 Tiada senarai

semak dihasilkan aktiviti / program yang dicadangkan untuk mengatasi isu yang dikenal pasti.

Kebanyakan penilaian dalam bentuk senarai semak bagi setiap aktiviti / program yang dicadangkan untuk mengatasi isu yang dikenal pasti terlalu ringkas dan tidak sistematik.

Beberapa penilaian dalam bentuk senarai semak bagi setiap aktiviti / program yang dicadangkan untuk mengatasi isu yang dikenal pasti agak komprehensif dan agak sistematik.

Kebanyakan penilaian dalam bentuk senarai semak bagi setiap aktiviti / program yang dicadangkan untuk mengatasi isu yang dikenal pasti komprehensif dan sistematik

Semua penilaian dalam bentuk senarai semak bagi setiap aktiviti / program yang dicadangkan untuk mengatasi isu yang dikenal pasti komprehensif dan sangat sistematik.

20

JUMLAH MARKAH 40