tugasan

26
PENGHARGAAN Saya ingin mengucapkan syukur kepada Tuhan kerana dengan izin-Nya, saya dapat siapkan tugasan projek ini pada masa yang telah ditetapkan. Dalam menyiapkan tugasan projek ini saya mendapat sokongan dan bimbingan daripada pelbagai pihak. Saya ingin ucapkan ribuan terima kasih kepada Pensyarah Pn.Zanariah binti Mahyun, subjek Pendidikan Perniagaan dan Keusahawanan, kerana sudi membimbing saya sepanjang saya menyiapkan tugasan projek ini. Selain, Pensyarah saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan kelas Reka Bentuk dan Teknologi Pendidikan Rendah (SJKT) yang turut sama membantu dari segi memberi semangat dan idea dalam usaha untuk menyiapkan tugasan projek ini . Saya juga terhutang budi kepada kedua-dua ibu bapa saya kerana memberi sokongan dari segi wang dan dorongan bagi menyiapkan tugasan projek ini. Sekali lagi, saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Pensyarah Pn.Zanariah binti Mahyun, kerana sanggup meluangkan masa bagi menyemak hasil tugasan projek saya ini. Selain itu,

Upload: vasanthi-marimuthu

Post on 13-Sep-2015

29 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

Pemasaran

TRANSCRIPT

PENGHARGAANSaya ingin mengucapkan syukur kepada Tuhan kerana dengan izin-Nya, saya dapat siapkan tugasan projek ini pada masa yang telah ditetapkan. Dalam menyiapkan tugasan projek ini saya mendapat sokongan dan bimbingan daripada pelbagai pihak. Saya ingin ucapkan ribuan terima kasih kepada Pensyarah Pn.Zanariah binti Mahyun, subjek Pendidikan Perniagaan dan Keusahawanan, kerana sudi membimbing saya sepanjang saya menyiapkan tugasan projek ini.Selain, Pensyarah saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan kelas Reka Bentuk dan Teknologi Pendidikan Rendah (SJKT) yang turut sama membantu dari segi memberi semangat dan idea dalam usaha untuk menyiapkan tugasan projek ini . Saya juga terhutang budi kepada kedua-dua ibu bapa saya kerana memberi sokongan dari segi wang dan dorongan bagi menyiapkan tugasan projek ini. Sekali lagi, saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Pensyarah Pn.Zanariah binti Mahyun, kerana sanggup meluangkan masa bagi menyemak hasil tugasan projek saya ini. Selain itu, juga ingin mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan yang memberi bantuan secara langsung dan tidak langsung.Sekian, Terima Kasih.

1.0 PENGENALAN

Mendefinisikan perdagangan elektronik adalah lebih sukar berbanding menerangkan tentang perdagangan. Ia adalah kerana perdagangan elektronik ini bergantung kepada teknologi yang menjadikan ia subset kepada dunia perdagangan yang luas. Model komprehensif ini menyediakan strukutur untuk analisis sistematik perlaksanaan perdagangan elektronik. Model ini boleh menyediakan penerangan yang berkesan dan lengkap mengenai perlaksanaan perdagangan elektronik. Untuk lebih jelas lagi, contoh dan aplikasi model tersebut adalah seperti berikut :

Portal internet mengambil peranan ke atas database query, click-trough, dan information breaker, dan juga perlu menyediakan sebuah audit trail untuk mengiklan penghantaran. Sebuah lelongan online wujud atas perkhidmatan discovery kepada potensi pelanggan ke atas sesuatu produk yang dipamerkan, dan kombinasi antara social interaction dan commodity order entry untuk menutup jualan. Tambahan alatan dalaman free search atau directed search juga mungkin ditawarkan untuk membantu pembida. Perkongsian pasaran memerlukan standards, yang menyamai keahlian cartel, memandangkan perkhidmatan kewangan adalah dikawal. On-line brokerage memerlukan perkhidmatan pengurusan akaun, dan mungkin juga berfungsi sebagai information broker dalam usaha untuk membantu membuat pilihan dalam pelaburan. value-added network (VAN) menyediakan sekurang-kurangnya pengurusan akaun dan kualiti perkhidmatan: sebagai tambahan, ia mungkin menyediakan pengurusan dokumen dan pengawalan versi yang melaksanakan visibility terkawal.

Perkembangan servis adalah input kepada aktiviti yang menggambarkan kerumitan menkategorikan produk dan penglibatan perniagaan dengan perdangangan elektronik. Ia juga menyokong kenyataan bahawa perniagaan berkaitan infrastruktur telah berkembang pesat ke dalam aktiviti-aktiviti lain. Keperluan untuk mengenalpasti kaedah untuk nilai tambah, dan untuk mengasingkan ia dari mekanik perlaksanaan adalah jelas.OrganikStrukturFungsiKomersial

MarketDiscoveryFree searchDatabase query

Click-trough

Directed searchImformation breaker

Agent

RealisationEvaluationSocial interaction

Display

Order entryCommodity

Custom

Peranan yang dapat dikenalpasti di dalam model ini sudah dikenalpasti dalam dunia perdagangan yang meluas, yang berfungsi untuk memperjelaskan had praktikal aplikasi teknologi kepada perdangangan. Asas ini akan membantu perkembangan pelan perniangaan dan metrik untuk penilaian.

2.O PERDAGANGAN ELEKTRONIKBerdasarkan kepada sumber yang berlainan, perdagangan elektronik mempunyai definisi yang berlainan. Dari perspektif ahli ekonomi, perdagangan elektronik adalah alat yang menyampaikan keinginan pembeli dan perniaga untuk mengurangkan kos sambil menambah kualiti barangan dan meningkatkan kepantasan servis penghantaran. Dari perspektif pegurusan, perdagangan elektronik adalah aplikasi teknologi ke arah penggunaan jentera dan aliran kerja sesuatu perniagaan. Dari perspektif pemasaran, perdagangan elektronik adalah pengangkutan yang baru bagi menyediakan maklumat kepada sesuatu target pasaran melalui pengiklanan, promosi dan publisiti. Dari perspektif teknologi, perdagangan elektronik bermakna penghantaran maklumat, produk, perkhidmatan dan bayaran melalui rangkaian komputer.

Setiap satu perspektif adalah berguna bagi memahami dan melaksanakan pelan perniagaan perdagangan elektronik. Di dalam pelan perniagaan tersebut, perspektif-perspektif tersebut digabungkan untuk membentuk satu kenyataan tentang bagaimana perdagangan elektronik akan digunakan bagi mendapatkan keuntungan kepada syarikat.Dengan menggabungkan perspektif ekonomi dengan pengurusan, kita boleh mentafsirkan tugas yang perlu dibuat untuk memastikan perdagangan elektronik berhasil. Melihat perdagangan sebagai sistem di mana transaksi adalah interaksi antara pembeli dan perniaga yang menyediakan rangka kerja untuk mengenalpasti peranan yang dimainkan oleh watak-watak dalam sistem tersebut.Setiap transaksi memerlukan kebenaran dan pembayaran apabila barangan atau perkhidmatan diterima. Penggunaan teknologi untuk meningkatkan tahap efisyen dalam sistem dan mengubah perdagangan kepada perdagangan elektronik.Penggabungan perspektif ekonomi dengan pemasaran, memasukkan transaksi sebagai sebahagian dari komunikasi. Masyarakat, di pihak mereka atau syarikat mereka, membuat keputusan tentang produk dan perkhidmatan yang menyediakan nilai yang terbaik bagi wang mereka. Komunikasi pasaran adalah berfungsi untuk memaklumkan, mengingatkan dan memujuk pelanggan mengenai nilai wang sebelum dan selepas pembelian. Teknologi menyediakan produk baru untuk dimaklumkan kepada pelanggan dan cara terbaru untuk memaklumkannya kepada pengguna.Gabungan antara pengurusan dengan pemasaran akan menghasilkan projek. Peranan pengurus adalah untuk merancang, melaksana, menilai dan mengawal; manakala peranan pemasar adalah menaksir, menilai dan menambahbaik. Melalui kerjasama, mereka boleh manafsirkan kos dan faedah projek yang dijalankan, menangani projek dengan baik dan memulihkan hubungan kewangan kedua-dua pihak dalam transaksi. Dalam perniagaan moden,peranan teknologi maklumat dalam pengurusan projek adalah kritikal, berlanjutan dari pemprosesan perkataan yang digunakan untuk mencetak kertas kerja projek, database digunakan untuk mengumpul data pencapaian, sebagai alat untuk menganalisis data dan mentafsir kedudukan semasa projek.Penggabungan perspektif teknologi dengan mana-mana perspektif lain bermakna meletakkan rangkaian komputer untuk digunakan. Rangkaian ini mestilah mencapai melepasi sempadan organisasi tunggal, dan termasuk alat untuk mengumpul data, analisis dan penyebaran maklumat. Dalam prinsip teknologi, penggunaan perdagangan elektronik secara terus adalah; pelanggan atau perkhidmatan komputer, telekomunikasi yang canggih, multimedia dan hypermedia, sistem pemerolehan semula maklumat, pengurusan pesanan, pengurusan aliran kerja dan tulisan rahsia. Setiap satu memainkan peranan dalam menjadikan perdagangan lebih mudah dan efisyen dengan mengurangkan kos dan menyediakan maklumat yang lebih baik.Cabarannya adalah untuk mengakses produktiviti baru yang dibina dengan kepakaran teknikal dan automasi. Aset digital tidak digunakan dalam satu bentuk sahaja, di mana maklumat boleh digunakan semula dalam pelbagai bentuk pada kadar kos yang rendah. Skala ekonomi baru membenarkan syarikat kecil untuk meliputi kawasan geografi yang luas dan menandingi syarikat yang besar secara berkesan. Skop ekonomi baru membolehkan kedai yang tunggal menawarkan pilihan produk yang akan meliputi 95 peratus daripada produk.Perdagangan elektronik adalah mengenai perniagaan secara elektronik. Ianya berasaskan kepada pemprosesan elektronik dan penghantaran data, termasuk teks, bunyi dan video. Ia encompasses banyak perbezaan aktiviti termasuk perdagangan barangan dan dan perkhimatan elektronik, penghantaran online kandungan digital, permindahan biaya elektonik, perdagangan perkongsian elektronik, pengurusan bil-bil elektronik, lelongan komersial, pemasaran terus kepada pengguna, dal perlhidmatan selepas jualan. Ia melibatkan produk (barangan pengguna, kelengkapan perubatan khas) dan perkhidmatan (maklumat, perkhidmatan, kewangan dan perkhidmatan perundangan); aktiviti tradsional (penjagaan kesihatan, pendidikan) dan aktiviti baru (virtual malls).Perdagangan elektronik hampir merangkumi sebarang jenis transaksi komersial. Perdagangan elektronik tradisional melibatkan perniagaan perniagaan-kepada-perniagaan atau perniagaan-kepada-transaksi kerajaan, dijalankan ke atas sistem hakmilik tertutup berbanding ke atas akses terbuka internet. Perubahan maklumat distruksturkan, berorientasikan kesan audit dan rutin. Unsur-unsur tersebut berkait dengan kebolehan pemprosesan data dan rangkaian sistem yang dibangunkan.Internet dan perkhidmatan yang dipanggil World-Wide-Web (WWW atau Web) telah menjadi sempadan komunikasi kepada pertumbuhan pesat rangkaian komputer. Internet adalah seni bina baru, sebuah struktur kemudahan maklumat yang besar, perkhidmatan komunikasi dan media. Ianya dapat menawarkan akses yang mudah bagi pembeli dan juga peniaga dalam skala global. Penggunaan internet dalam platform komersial merupakan suatu kemajuan.Terdapat kesepakatan universal kepada transaksi komersial bagi semua jenis gabungan perniagaan, individu dan kerajaan yang akan membentuk tahap perkembangan yang seterusnya dalam perdagangan elektronik. Akan tetapi, dalam hal ini, perdagangan tidak akan terhad kepada penjualan barangan dan perkhidmatan sahaja. Syarikat perkongsian akan menggunakan Web secara dalaman untuk mencipta sebuah smart enterprise. Kerajaan menggunakannya untuk mengurangkan kos dan menghasilkan perkhidmatan yang berkualiti tinggi. Masyarakat telah mengakses secara meluas sumber maklumat yang berkembang pesat dan juga kepelbagaian perkhidmatan.Penggunaan internet, melalui Web, merupakan sebuah perluasan kepada keperluan asas manusia untuk berkomunikasi dan menyatakan idea. Kabarangkalian yang terdapat dalam hal ini adalah sangat meluas ; Dari segi kepentingan perkhidmatan perubatan, doktor terpaksa berjumpa dan merawat pesakit dalam masa yang singkat atau terhad. Perkongsian penggunaan laman web oleh ahli fizik dan pesakit mereka akan membantu meningkatkan keperluan pesakit untuk terlibat lebih proaktif dalam penjagaan kesihatan mereka. Pengeluar yang besar mewujudkan spesifikasi mereka secara online, mengurangkan penangguhan pengedaran, dan meningkatkan skop pengedaran. Dengan terdapatnya maklumat pada spesifikasi, rekaan, firma tersebut dapat menjalankan operasi ke atas peluang yang benar-benar mengikut kemampuan mereka, mengurangkan risiko dan kos bertaruh atas peluang yang bernilai tambah. Bilangan kedai yang boleh dilawati secara online jauh melebihi perniagaan yang boleh didapati secara terus atau runcit. Pelanggan tidak lagi hanya bergantung kepada kedai-kedai yang terpaksa dicari mahupun bergantung kepada katalog yang diterima melalui pos. secara online, pelanggan boleh membeli barangan dari kedai-kedai yang terdapat di negeri atau Negara lain dan juga boleh mendapatkan produk yang tidak wujud dalam format tradisional.Secara analogi, terdapat sepuluh ribu buah buku yang diterbitkan setiap tahun, dan hampir menyamai bilangan majalah yang diterbitkan. Setiap satu dari penerbitan ini disasarkan mengikut spesifikasi pengguna, dan pengguna bagi kebanyakannya adalah sedikit. Penerimaan oleh perdagangan elektronik adalah bergantung kepada kecenderungan pelanggan dan pemborong untuk menyesuaikan cara perniagaan mereka dengan persekitaran tersebut.

3.0 INTEGRASI ENTERPRISEProses perniagaan dianggotai secara tidak tetap dan juga dalam kumpulan yang berselerak. Menyedari potensi persekitaran yang memerlukan sumbangan projek infrasturktur yang membantu masyarakat untuk berkomunikasi, bekerjasama dan menguruskan perkongsian tugasan dengan cara yang bersepadu. Tanpa perancangan yang teliti, dimensi pengurusan proses boleh menggunakan lebih banyak sumber berbanding projek itu sendiri. Dari segi rangkaian, persekitaran ini mempunyai model rangkaian yang kurang baik dan memberikan tekanan yang sangat besar ke atas keperluan perhubungan dan pengurusan rangkaian.Sistem yang menyelaraskan syarikat pengeluar

FungsiKunci aktiviti

Pembuatan Computer-aided design (CAD) melibatkan penggunaan komputer untuk membantu merekabentuk produk yang akan dikeluarkan. Computer-aided manufacturing (CAM) melibatkan penggunaan komputer bagi mengawal mesin dan proses pembuatan. Computer-integrated manufacturing (CIM) menggabungkan sisitem CAD dan CAM. Materials resource planning (MRP) menentukan bahagian dan bahan yang diperlukan semasa proses pembuatan dan bila ia diperlukan. Penjadualan jadual penerbitan kemudahan pengeluaran dengan cara untuk menghasilkan produk dengan efisyen. Manufacturing resource planning (MRP ll) menggabungkan MRP dengan penjadualan penerbitan.

Logistik Pembelian menentukan pembekal yang lebih baik dan mewujudkan tempahan pembelian. Pengurusan tempahan mengawasi tempahan pembelian dan penghantaran yang akan dijalankan. Pengawalan pengedaran dan penghantaran barangan yang sudah siap kepada pelanggan. Inventori bahan mentah selapeas ianya dihantar, work in process (WIP), dan produk siap yang dihasilkan mereka.

Kewangan Lejar umum yang mengndungi pembayaran, penerimaan, perbelanjaan dan maklumat-maklumat perakaunan yang lain. Bil invois yang dihantar dan pembayaran yang telah langsai. Pengawasan belanjawan perbezaan jangka pendek antara ramalan dan pencapaian. Ramalan kewangan adalah untuk ramalan jualan jangka masa yang lebih panjang, perbelanjaan dan pembayaran gaji pekerja.

Pemasaran Pengiklanan menyediakan iklan, surat menyurat dan juga publisiti lain. Analisis jualan menentukan item yang dijual dengan baik ataupun kurang dijual,jualan terbaik dan paling teruk, dan maklumat penting yang lain mengenai jualan. Jualan meramal projek jualan pada masa akan datang. Penggunaan jentera jualan menyediakan pelanggan, perkhidmatan dan menyokong maklumat. Maklumat kajian analisis pasaran mengenai pengguna dan pruduk dikumpulkan untuk mengenalpasti trend dan pendapat mengenai produk dan perkhidmatan semasa.

Sumber manusia Analisis penilaian pencapaian pekerja terhadap tugas. Sistem inventory kemahiran mengekalkan kemahiran pekerja dan menyesuaikan pekerja dengan pekerjaan yang betul. Kelebihan pengurusan membolehkan pekerja mendapat program faedah tambahanseperti insurans dan penjagaan anak-anak. Rekrut mempertimbangkan permohonan calon pekerja.

Perisian digunakan oleh individu atau kumpulan untuk mencipta,menganalisis atau mengubah data yang berhubung dengan langkah kerja yang spesifik dan disiplin. Perisian yang menguruskan maklumat (contoh: memastikan kesepaduan, ketepatan, lengkap, meluas dan relevan) adalah pada masa dahulunya spesifik kepada suatu jabatan.Untuk menguruskannya secara lebih berkesan, suatu kelas baru perisian integrasi enterprise telah dibina. Kebiasaannya, sistem ini digubah dalam tiga bahagian : Pengkalan data teknologi : perkongsian gedung yang mengandungi perincian dan spesifikasi semua bahan, produk dan peralatan. Sistem perancangan : aturan pengeluaran untuk suatu tempoh masa termasuk penjadualan personel dan keperluan bahan mentah. Pengukuran pencapaian : membandingkan pencapaian sebenar dengan perancangan.Sistem tersebut melepasi sempadan organisasi tunggal untuk mengitegrasi kontraktor, pembekal dan juga pelanggan. Ia memastikan standard dan mengurangkan kepelbagaian (ketidakseragaman),dan menjurus ke arah kebolehramalan dan kebolehpercayaan yang diperlukan untuk ramalan yang tepat. Kehadiran maklumat dan komunikasi yang kerap mewujudkan kolaborasi yang berkesan. Rangkaian bertumbuh sebagai rakan kongsi perniagaan sebagaimana pepatah dont work harder, work smarter!.4.0 PERUNCITANBolehkah imej nyata menggantikan kepuasan memilih produk, merasa material dan tekstur atau keteguhannya, mencubanya (jika pakaian) atau duduk di atasnya (jika ianya sofa) sebelum membuat keputusan untuk membelinya? Peruncit menghadapi pelbagai cabaran dalam usaha untuk menjalankannya melalui internet. Transaksi sebegini dilindungi oleh rangka kerja undang-undang, cukai dan perkara yang melibatkan kepercayaan. Salah satu cabaran ialah untuk malaksanakan prinsip asas yang wujud dalam dunia fizikal kepada rangka kerja tidak berstruktur kepada dunia sebenar untuk mewujudkan proses yang selari. Sebagai tambahan kepada isu seperti meningkatkan keyakinan pengguna terhadap imej digital dan meringkaskan proses pemulangan kerosakan atau barangan yang tidak dikehendaki, arkitek kepada persekitaran peruncitan sebenar perlu mempertimbangkan keselamatan data dan hak peribadi pengguna. Masalah keselamatan, terutamanya melibatkan internet wujud dalam pelbagai bentuk. Virus dalam fail, email ugutan, kecuaian sistem pentadbiran, dan pelbagai kelemahan yang perlu dihadapi. Menggunakan perisian anti-virus, menghalang email dari sumber yang tidak diketahui dibuka, dan menggunakan pertimbangan yang baik mengenai pembayaran dengan kad kredit di web merupakan penyelesaian.Penyelesaian lain adalah lebih sistematik ; sebagai contoh, sistem penghantaran digital. Pelanggan bermula dengan memuat turun ejen penghantar syarikat. Ejen tersebut menyegerakan penggunaan kad kredit dan maklumat peribadi, mengesahkan caj, memuat turun fail dan memasukkan perisian yang dibeli. Keseluruhan transaksi adalah dibuat dengan selamat kerana ejen penghantaran melaksanakan komunikasi selamat mereka sendiri dengan pelayar internet. Oleh itu, penghantaran elektronik perisian yang dibeli adalah dijamin, tanpa pengguna perlu melakukan proses muat turun dan memasukkan perisian.Secara nyatanya, lebih ramai orang yang mungkin ingin mengetahui keutamaan pembelian seseorang daripada kandungan email mereka. Secara umumnya, ianya dapat mengenalpasti individu-indivudu yang memerlukan keyakinan yang tinggi dalam kesepaduan dan keselamatan sistem yang digunakan sebelum mereka memberikan data peribadi yang tepat kepada laman web tersebut. Kerahsiaan sesuatu maklumat peribadi, sama ada melalui internet mahupun kedai di sesuatu pusat dikawal melalui encryption.5.0 MASYARAKAT DAN TEKNOLOGIDari sudut pandangan sosial, laman web menambahkan lagi tekanan akibat maklumat yang berlebihan. Banyak interaksi bersemuka boleh dilakukan secara elektronik dan dalam jarak yang jauh pada masa sekarang. Komunikasi sebegini bukan sahaja mungkin tetapi sangat terkenal terutamanya di antara mereka yang tidak pernah atau sukar untuk bertemu. Disebabkan oleh perbezaan yang terlalu jauh, penciptaan teknologi adalah bergantung kepada undang-undang dan standard moral. Sebarang persekitaran komersial dibina berasaskan interaksi personal. Perkembangan perdagangan elektronik yang sangat pantas bergantung kepada aplikasi berkesan teknologi dan juga amalan komersial yang baik.Terdapat lima cara untuk menambah nilai maklumat : mengumpul maklumat, mengorganisasi, memilih, mengsintesis dan mengedarkannya. Memandangkan teknologi merupakan kos transaksi yang terendah, syarikat boleh mendapatkan maklumat yang tidak dapat diperolehi pada masa yang lepas. Maklumat peribadi boleh didapati secara autuomatik di laman web, memandangkan peniaga akan membuat profil pelanggan yang dirasakan boelh membantu mereka mencapai target dengan lebih berkesan. Pelawat akan ditawarkan dengan tawaran dan insentif seperti perkhidmatan percuma, tawaran diri untuk maklumat peribadi apabila mereka mendaftar sebagai ahli. Pelayar laman web secara automatiknya akan mengikuti paten lawatan dan didedahkan dengan iklan, di suatu peringkat perincian yang tidak digambarkan dalam media tradisional.Data peribadi yang dikumpul kebiasaannya dijual. Memandangkan pengasasannya, internet mempunyai pertukaran maklumat tradisi di mana maklumat tersebut ( contohnya: direka, penyelesaian, dokumentasi) telah menjadi komoditi yang didagangkan dan suatu medium pertukaran. Dari aspek kebimbangan kepada pengguna ialah setelah maklumat peribadi dimasukkan dalam aliran perdagangan ini, tidak ada jalan untuk mengawal ketepatannya, kesepaduan atau perlaksanaannya.Adalah sangat penting bahawa ekonomi digital berasaskan pengetahuan dan pandangan terhadap kekayaan harus diubah. Kesan laman web dirasai secara nyata pada setiap sektor dalam masyarakat kita. Sesetengah pihak menafikan selain kebaikan teknologi dan automasi, peningkatan produktiviti, ianya akan mejurus kepada penurunan peluang pekerjaan yang tidak dapat dielakkan. Tidak dapat disangkal kebenaran bahawa teknologi dan automasi mencipta peluang baru bagi menggantikan sistem yang lama. Adalah diharapkan bahawa apabila kerajaan sedar akan di mana dan bagaimana mencipta keuntungan,mereka akan lebih memandang jauh mengenai cukai dan pengedaran semula keuntungan yang dicipta oleh rangkaian digital global.Pada masa lalu, kemajuan dalam telekomunikasi dan pengkomputeran diikuti dengan jelas pemisahan laluan evolusi. Hari ini, laluan ini bertumpu kepada rangkaian komputer. Tidak lama lagi, hampir semua pelaburan teknologi maklumat akan menjadi sebahagian daripada sistem-sistem komunikasi yang bersambungan, menghubungkan perniagaan, individu dan jabatan-jabatan kerajaan.Hari ini, kebanyakan bentuk maklumat boleh disimpan dan diproses secara elektronik. Kuantiti maklumat yang banyak, dengan perbezaan ekonomi dan implikasi sulit, boleh dilihat melalui rangkaian-rangkaian komputer. Terdapat juga satu variasi yang luas dalam kepanjangan masa kemungkinan maklumat hendak dilindungi. Pertimbangkan pandangan ini: Dana elektronik memindahkan berjuta-juta atau malahan berbilion dolar, di mana sekuriti jangka pendek adalah penting tetapi pendedahan adalah singkat. Pelan strategik korporat sebuah syarikat, yang mana mesti dikekalkan secara rahsia untuk beberapa tahun tertentu. Kunci kepada tandatangan digital yang menjadi pengikatan obligasi dari segi undang-undang, yang mesti dilindungi daripada penyalahgunaan kedua-dua dalaman dan luaran selagi mereka masih sahih. Satu resipi atau formula produk yang proprietari, yang perlu untuk dilindungi sepanjang penggunaannya. Maklumat sulit untuk seorang individu (keadaan perubatan, penilaian pekerjaan) yang mungkin perlu perlindungan bagi sepanjang hayat individu tersebut.Kesan kumulatif perdagangan elektronik adalah suatu keperluan untuk pengurusan maklumat yang teliti, dan pilihan yang mesti dibuat tentang rangkaian teknologi. Pilihan-pilihan ini melibatkan pertukaran antara kelajuan, kebolehpercayaan dan kos. Satu pemahaman tentang perkara yang asas adalah perlu untuk pemahaman beberapa peranan-peranan perdagangan elektronik.Dalam telekomunikasi, CCITT mendefinisikan kualiti perkhidmatan (quality of service QoS) sebagai kesan kolektif prestasi perkhidmatan yang menentukan tahap kepuasan seorang pengguna bagi sesuatu perkhidmatan". Takrif ini dengan jelas boleh digunakan di sebalik persekitaran telekomunikasi. Telekomunikasi menyediakan banyak contoh situasi di mana firma-firma dan individu-individu sanggup membayar satu premium untuk QoS: daya pemprosesan yang lebih tinggi, jaminan bagi kerahsiaan dan keutuhan data dan jaminan-jaminan ketersediaan rangkaian adalah contoh-contoh bagi rangkaian parameter QoS yang boleh, sebagai contoh, mempengaruhi pilihan satu rangkaian nilai tambah swasta (private value-added network - VAN) mengatasi satu alternatif yang kurang mahal.

6.0 NETWORK INFRASTRUCTURE AND PERFORMANCE (INFRASTRUKTUR RANGKAIAN DAN PRESTASI)Jika anda hanya ada telefon di dunia, siapakah yang anda akan hubungi? Rangkaian berkembang lebih bernilai kepada mana-mana seorang pengguna berkadaran dengan jumlah pengguna lain. Rangkaian telefon juga menerangkan beberapa perkara penting lain tentang rangkaian komunikasi: Setiap orang yang bersambungan kepada rangkaian tersebut mesti dikenalpasti secara unik (uniquely indentified). Dalam kes bagi rangkaian telefon, setiap talian mempunyai satu nombor telefon yang unik. Terdapat satu sistem berkumpulan untuk mengatur tugasan nombor-nombor: kod negara dan kod kawasan atau bandar, diikuti oleh nombor sebenar. Kod-kod negara datang daripada satu perjanjian antarabangsa dalam sesebuah negara, setiap syarikat telefon bertanggungjawab untuk kod-kod kawasan dan nombor-nombor. Sesetengah direktori mestilah wujud, yang merekod tug asan nombor kepada menusia. Syarikat-syarikat telefon menawarkan satu nombor khas untuk perkhidmatan direktori di kawasan yang mereka bertanggungjawab. Telefon-telefon individu disambungkan kepada satu sistem pensuisan perantara (intermediate switching system). Sistem pensuisan itu membenarkan mana-mana pengguna untuk berhubung dengan mana-mana pengguna lain di rangkaian itu, atau malahan merentasi rangkaian tersebut. Oleh itu, satu telefon rumah yang bersambungan kepada satu rangkaian dengan satu wayar fizikal boleh menghubungi satu telefon selular di satu rangkaian yang dikendalikan oleh syarikat lain. Beberapa sambungan boleh menjadi sementara, selainnya adalah kekal. Jika anda menggunakan sebuah telefon berbayar (payphone), anda disambungkan buat sementara waktu kepada satu rangkaian daripada satu nombor yang digunakan oleh orang lain. Jika anda menelefon daripada rumah anda, anda sentiasa disambungkan daripada nombor yang sama. Rangkaian kawasan yang luas (Wide-area networks WANs) secara umumnya adalah rangkaian client/server: ini bermakna sebuah komputer mengambil peranan sebagai client" dan peranan lain sebagai server". Ia mungkin kelihatan jelas untuk menyatakan bahawa server menawarkan perkhidmatan" kepada client; perkhidmatan yang ditawarkan mungkin adalah penyimpanan data, pemprosesan atau akses untuk alat peranti lain seperti pencetak. Aspek yang amnya merupakan yang paling menarik kepada pengguna adalah perkhidmatan antara muka yang menjelaskan apa yang rangkaian boleh sediakan, dan bagaimana kecepatan rangkaian beroperasi.Clients dan servers berkomunikasi antara satu sama lain dengan memindahkan mesej di sepanjang beberapa sambungan fizikal. Internet, sebagai contoh, menggunakan sistem telefon untuk menyediakan sambungan ini. Jaringan lain (terutamanya VANs) boleh menggunakan satu set lengkap dawai-dawai yang sulit, komunikasi satelit ataupun gabungan kedua-duanya. Jalur lebar (bandwidth) merujuk kepada keupayaan saluran komunikasi, dan amnya diukur oleh jumlah data yang boleh dipindahkan dalam satu jangka masa yang diberikan (bit per saat, sebagai contoh). Sambungan yang lebih cepat mempunyai jalur lebar yang lebih tinggi dan umumnya lebih mahal kerana mereka memerlukan lebih banyak teknologi canggih.Mesej-mesej bertukar-tukar oleh clients dan servers yang mungkin besar atau kecil. Cara mereka di bawa dari satu sumber kepada satu destinasi bergantung kepada infrastruktur rangkaian (network infrastructure): Titik pengantara (intermediate points) bergantung kepada perkhidmatan direktori (directory services) untuk mencari laluan terbaik supaya mesej dapat meneruskan perjalanannya dari sumber tersebut ke destinasinya. Direktori berfungsi kerana setiap titik akhir (atau nod) di rangkaian itu telah diberikan satu pengecam unik. Seperti yang telah diterangkan dalam sistem telefon, menamakan (naming) adalah satu fungsi pengurusan yang memerlukan kerjasama antara penyedia perkhidmatan di satu skala global. Pembangunan Internet merupakan contoh pemisahan perkhidmatan daripada kemudahan. Seperti satu keterbukaan (open), rangkaian awam, internet menyediakan satu saluran komunikasi yang mudah antara rangkaian-rangkaian, dengan sedikit jaminan-jaminan QoS. Tiga ciri-ciri utama yang membezakan Internet daripada jenis-jenis WAN yang lain. Internet adalah: Connectionless: tiada sambungan yang selanjar (continuous) antara client dan server. Satu mesej dipecahkan kepada bahagian-bahagian yang lebih kecil, dipanggil paket (packets), dan setiap paket yang membentuk mesej mengandungi alamat penghalaan (routing address), seperti satu sampul surat dalam sistem pos. Rangkaian lain adalah sambungan berorientasi (connection-oriented) yang bermaksud bahawa rangkaian itu menyediakan satu sambungan selanjar daripada satu poin kepada yang lain, yang kekal 'hidup' sehingga anda menggantungnya. Stateless: setiap mesej berdiri sendiri. Kedua-dua client dan server hanya membuang" mesej-mesej mereka kepada rangkaian dan menunggu satu respon. Tiada cara untuk mereka mengetahui jika mesej itu tiba. Dengan kata lain, internet hanya cuba untuk menjejaki siri paket-paket yang membentuk satu mesej tunggal dan mengumpulkan mereka apabila semua bahagian itu telah tiba. Best-effort: sistem tidak menawarkan jaminan-jaminan mesej akan dihantar ia akan melakukan yang terbaik tetapi jika client atau server tidak dapat dicapai (terputus daripada rangkaian, sebagai contoh, atau tiada laluan tersedia) paket-paket itu akan dibuang. Selain daripada membina mekanisme-mekanisme yang kompleks untuk memastikan bahawa sebarang kesilapan dalam rangkaian dapat dikesan dan diperbetulkan, penghujung nod boleh mengulangi permintaan servis (service requests) mereka secara berkala. Jika mana-mana poin dalam rangkaian kehilangan arah kerana satu kegagalan sementara, permintaan ini diminta semula supaya servis akan mengembalikan semula maklumat yang diperlukan.Istilah global untuk satu rangkaian ialah connectionless, stateless dan best-effort adalah (seperti yang anda mungkin agak) tidak boleh dipercayai (unreliable). Lain-lain WANs adalah lebih dipercayai daripada Internet, kerana mereka menawarkan ciri-ciri yang memperbetulkan kelemahan-kelemahan ini. Satu rangkaian sulit maya (virtual private network VPN) sebagai contoh, menggunakan teknologi penghalaan yang lebih kompleks untuk menyediakan satu sambungan berorientasikan infrastruktur. Pembekal-pembekal (providers) bagi VANs yang dikawal ketat mempunyai keyakinan dan pengalaman maklumat penting itu akan tiba pada destinasinya, seperti dijadualkan, dalam keadaan yang baik. Pihak syarikat menjangkakan tahap perkhidmatan akan bimbang internet tidak menawarkan jaminan-jaminan seumpamanya.Internet semakin berkembang dengan satu model kawalan yang sangat terpencar (decentralized). Tidak ada titik tengah bagi pengawasan atau pentadbiran. Disebabkan ia adalah terbuka, rangkaian awam yang menyambungkan banyak rangkaian yang saling berkaitan dan lebih kecil dan penyedia-penyedia perkhidmatan, tiada satu entiti tunggal yang bertanggungjawab untuk memastikan satu mesej yang meninggalkan satu poin dan akan tiba tanpa terjejas di poin yang lain. Model ini merupakan sebahagian daripada kejayaan awal bagi Internet, apabila ia membenarkan rangkaian untuk berkembang di dalam satu cara yang sangat berautonomi.Bagaimanapun, apabila internet semakin berkembang, pada masa yang sama, jangkaan-jangkaan bagi kualiti dan kestabilan perkhidmatan meningkat, terdapat mereka yang percaya bahawa perubahan-perubahan diperlukan dalam pendekatan untuk pengurusan internet dan kawalan. Satu persoalan yang penting untuk masa hadapan adalah meningkatkan pengurusan dan operasi Internet, tanpa kehilangan fleksibiliti asas yang telah menjadikan ia berjaya.7.0 KELEBIHAN DARI E-DAGANGKelebihan yang boleh diambil dari penerapan e-dagang boleh dilihat dari 3 pihak utama yang terlibat di dalamnya iaitu: organisasi, pelanggan, dan masyarakat.BAGI ORGANISASI DAN MASYARAKAT

Pasaran antarabangsaDengan penerapan e-dagang sebuah syarikat boleh memiliki sebuah pasaran antarabangsa. Perniagaan dapat dijalankan tanpa perlu ketuk pada batas negara dengan adanya teknologi digital. Pihak syarikat dapat bertemu dengan partner dan pelanggannya dari seluruh penjuru dunia. Hal ini mewujudkan sebuah institusi multinasional virtual. Penjimatan kos operasiKos operasi dapat dihemat. Kos untuk membuat, memproses, mengedar, menyimpan, dan memperbaiki kembali maklumat juga boleh ditekan. Penyesuaian masalahE-dagang telah merevolusi cara pelanggan dalam membeli barangan dan perkhidmatan. Produk barangan dan perkhidmatan boleh diubahsuai sesuai dengan keingingan konumen. Contohnya, di masa lalu apabila syarikat Ford mula memasarkan kereta pengeluaran, para pembeli hanya boleh membeli motor yang berwarna hitam kerana yang dibuat memang hanya warna tersebut. Namun sekarang pembeli dapat menyediakan sebuah kereta sesuai dengan tujuan mereka hanya dalam beberapa minit, misalnya menentukan warna kereta yang mereka inginkan untuk kereta yang akan mereka beli, hanya dengan melawat website Ford di internet. Pengurangan halangan inovasiYang dimaksudkan adalah dengan e-dagang, suatu syarikat boleh menjimatkan sumber kuasa kerana mereka tidak dipusingkan dengan sukarnya membuat penemuan baru untuk pengubahsuaian produk mereka. Sebagai contoh, syarikat seperti Motorola (mobile phone) dan Dell (komputer) dapat mengumpulkan para pelanggannya yang menempah sebuah produk. Para pelanggan boleh membuat suatu senarai mengenai spesifikasi produk baru yang mereka inginkan dan menghantarnya ke syarikat secara on-line. Kemudian syarikat boleh merancang pengeluaran suatu produk berdasarkan spesifikasi pelanggan dan menghantar hasilnya dalam jangka masa beberapa hari. Kos telekomunikasi yang lebih rendahInternet lebih murah dari sebuah rangkaian tambahan yang hanya digunakan untuk telefon. Adalah lebih murah untuk menghantar sebuah fax atau e-mail via internet daripada melakukan dial telefon secara langsung. Pendigitalan proses dan produkContohnya pada kes produk software dan audio video, produk digital tersebut boleh dimuat turun atau dihantar melalui e-mel secara langsung ke pelanggan melalui internet dalam format digital. Hal ini tentu saja menjimatkan masa dan kos penghantaran produk. Batasan waktu kerja dapat diatasiPerniagaan dapat dijalankan tanpa mengenal batas waktu kerana dijalankan secara on-line melalui internet yang selalu beroperasi tiap hari.

BAGI PELANGGAN

Akses penuh 24 jam / 7 hariPelanggan boleh membeli-belah atau mengolah bernagai transaksi lain dalam 24 jam sepanjang hari, sepanjang tahun di sebahagian besar lokasi. Contohnya menyemak baki, membuat pembayaran, dan memperoleh maklumat lain. Lebih banyak pilihanPelanggan tidak hanya mempunyai sekumpulan produk yang boleh dipilih, namun juga senarai supplier antarabangsa sehingga pelanggan mempunyai pilihan produk yang lebih banyak. Perbandingan hargaPelanggan boleh membeli-belah di seluruh dunia dan membandingkan harganya dengan melawat pelbagai laman yang berbeza atau dengan melawat sebuah laman web tunggal yang memaparkan pelbagai harga dari pelbagai provider. Proses penghantaran produk yang inovatifDengan e-dagang proses penghantaran produk menjadi lebih mudah. Misalnya dalam kes produk elektronik misalnya software atau fail audio visual di mana pengguna boleh mendapatkan produk tersebut cukup dengan memuat turun melalui internet.BAGI MASYARAKAT

Amalan kerja yang lebih fleksibelE-dagang membolehkan masyarakat boleh lebih fleksibel dalam menentukan tempat bekerja, misalnya mereka boleh bekerja dari rumahnya masing-saing tanpa perlu pergi ke pejabat. Terhubungnya masyarakat dengan masyarakat lainMasyarakat di negara membangun boleh mengakses dan menikmati produk, perkhidmatan, dan maklumat yang mungkin sukar mereka dapati di daerahnya. Kemudahan akses kemudahan awamMasyarakat dengan mudah dapat memanfaatkan perkhidmatan awam, misalnya perkhidmatan kesihatan dan perundingan serta pembelian preskripsi doktor dengan melawat internet.

8.0 KELEMAHAN E-DAGANGWalaupun adanya e-dagang memberi banyak kelebihan, masih terdapat berbagai kelemahan dari e-dagang antara lain:

BAGI ORGANISASI/ MASYARAKAT

Keselamatan sistem terdedah diserangTerdapat pelbagai laporan mengenai laman web dan pangkalan data yang dihack, dan pelbagai lubang kelemahan keselamatan dalam software. Hal ini dialami oleh sejumlah syarikat besar seperti Microsoft dan institusi perbankan. Masalah keselamatan ini menjadi sangat pnting kerana bila pihak lain yang tidak diberi kuasa boleh menembusi sistem maka boleh menghancurkan perniagaan yang telah berjalan. Persaingan tidak sihatDi bawah tekanan untuk membuat pembaharuan dan membina perniagaan untuk memanfaatkan peluang yang ada boleh mencetuskan terjadinya tindakan menyalahi undang-undang iaitu penjiplakan idea dan perang harga.

Masalah kompabilitas teknologi lama dengan yang lebih baruDengan perkembangan dan inovasi yang melahirkan teknologi baru, sering muncul masalah iaitu sistem perniagaan yang lama tidak dapat berkomunikasi dengan infrastruktur berasaskan web dan internet. Hal ini memaksa syarikat untuk menjalankan dua sistem bebas yang tidak dapat saling berkongsi, hal ini boleh mengakibatkan pembengkakan kos.

BAGI PELANGGAN

Perlunya kepakaran komputerTanpa menguasai kemahiran computer, mustahil pengguna boleh mengambil bahagian dalam e-dagang. Pengetahuan asas computer diperlukan, antara lain pengetahuan mengenai internet dan web. Kos tambahan untuk mengakses internetUntuk ikut serta dalam e-dagang diperlukan sambungan internet yang tentu saja menambah pos pengeluaran bagi pelanggan. Kos peralatan komputerKomputer diperlukan untuk mengakses internet, tentu saja diperlukan kos untuk mendapatkannya. Perkembangan komputer yang sangat pesat menyarankan pelanggan untuk juga mengupdate peralatannya apabila tidak mahu ketinggalan teknologi. Risiko bocor privasi dan data peribadiSegala hal mungkin terjadi apabila pelanggan mangakses internet untuk menjalankan e-dagang, termasuk risiko bocor data peribadi kerana ulah orang lain yang ingin menembusi sistem. Pengurangan masa untuk berinteraksi secara langsung dengan orang lainTransaksi e-dagang yang berlangsung secara on-line telah mengurangkan masa pelanggan untuk dapat melakukan proses sosial dengan orang lain. Hal ini tidak baik kerana dikhuatiri akan dapat mengurangkan rasa kepedulian terhadap lingkungan sekitarnya. Berkurangnya rasa kepercayaan kerana pelanggan berinteraksi hanya dengan komputer

BAGI MASYARAKAT

Berkurangnya interaksi antar manusiaKerana masyarakat lebih sering berinteraksi secara elektronik, mungkin terjadi berkurangnya kemampuan sosial dan personal manusia untuk bersosial dengan orang lain secara langsung. Jurang sosialTerdapat bahaya yang berpotensi kerana boleh terjadi jurang sosial antara orang-orang yang mempunyai kemampuan teknikal dalam e-dagang dengan yang tidak, yang mempunyai kepakaran bergaji lebih tinggi daripada yang tidak. Adanya sumber-sumber yang terbuangMunculnya teknologi baru akan membuat teknologi lama tidak dimanfaatkan lagi. Misalnya dengan komputer model lama atau software model lama yang sudah tidak relevan untuk digunakan. Sukarnya menetapkan internetPelbagai jenayah telah berlaku di internet dan banyak yang tidak dikesan. Kerana jumlah jaringan yang terus berkembang semakin luas dan jumlah pengguna yang semakin banyak, seringkali membuat pihak berkuasa kesulitan dalam membuat peraturan untuk internet.

9.0 PRODUK YANG TELAH DIPILIH