tugasan

23
HASHMAM BIN ABDARAHIM 730903 – 08 – 5995 HBIS2103 PENDIDIKAN ISLAM 2 TAHUN 2 -------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- --------------------------------- SOALAN 1 : APAKAH YANG BOLEH DIPELAJARI DARIPADA KEHIDUPAN NABI MUHAMMAD S.A.W DI DESA BANI SA’AD DALAM MEMBENTUK JIWA SEORANG PEMIMPIN AGUNG SELURUH UMAT MANUSIA. PENGENALAN Muhammad s.a.w adalah putera tunggal kepada Abdullah Bin Abdul Mutalib Bin Hasyim Bin Abdul Manaf Bin Qushayy dan isterinya Aminah Binti Wahab Bin Abdul Manaf Bin Zuhra. Baginda dilahirkan pada pagi hari Isnin 12 Rabiul Awal bersamaan 20 April 571 Masehi dirumah Abdul Mutalib, datuk Nabi sebelah bapa yang merupakan salah seorang bangsawan yang cukup terkenal di tanah Mekah.. Tahun tersebut jugalah Abrahah bersama tentera bergajahnya yang ingin menyerang dan menghancurkan Kaabah telah dibinasakan kesemuanya oleh Allah s.w.t seperti yang dinyatakan oleh Allah di dalam surah al – Fil. Maka tahun tersebut telah dikenali dalam sejarah sebagai “ Tahun Gajah “. Nabi Muhammad s.a.w merupakan Rasul terakhir yang diutuskan oleh Allah s.w.t kepada sekelian umat hingga hari kiamat. Baginda menjadi yatim semasa dua bulan dalam kandungan ibunya kerana bapanya Abdullah bin Abdul Mutalib telah wafat di Yathrib ketika menguruskan urusan perniagaan. Setelah dilahirkan, Rasulullah s.a.w telah disusui oleh ibunya selama tiga hari. Selepas itu baginda telah disusui pula oleh hamba kepada Abu Lahab iaitu Thuwaibatul Islamiyyah selama beberapa hari. Abu Jahal gembira dengan keadaan itu dan telah memerdekakannya. Selepas itu baginda s.a.w disusui pula oleh Halimatus Sa’adiah selama empat tahun..

Upload: fuad663329

Post on 30-Nov-2014

7.556 views

Category:

Spiritual


0 download

DESCRIPTION

 

TRANSCRIPT

Page 1: tugasan

HASHMAM BIN ABDARAHIM

730903 – 08 – 5995

HBIS2103 PENDIDIKAN ISLAM 2 TAHUN 2

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- ---------------------------------

SOALAN 1 :

APAKAH YANG BOLEH DIPELAJARI DARIPADA KEHIDUPAN NABI MUHAMMAD S.A.W DI DESA BANI SA’AD DALAM MEMBENTUK JIWA SEORANG PEMIMPIN AGUNG SELURUH UMAT MANUSIA.

PENGENALAN

Muhammad s.a.w adalah putera tunggal kepada Abdullah Bin Abdul Mutalib Bin Hasyim Bin Abdul Manaf Bin Qushayy dan isterinya Aminah Binti Wahab Bin Abdul Manaf Bin Zuhra. Baginda dilahirkan pada pagi hari Isnin 12 Rabiul Awal bersamaan 20 April 571 Masehi dirumah Abdul Mutalib, datuk Nabi sebelah bapa yang merupakan salah seorang bangsawan yang cukup terkenal di tanah Mekah.. Tahun tersebut jugalah Abrahah bersama tentera bergajahnya yang ingin menyerang dan menghancurkan Kaabah telah dibinasakan kesemuanya oleh Allah s.w.t seperti yang dinyatakan oleh Allah di dalam surah al – Fil. Maka tahun tersebut telah dikenali dalam sejarah sebagai “ Tahun Gajah “.

Nabi Muhammad s.a.w merupakan Rasul terakhir yang diutuskan oleh Allah s.w.t kepada sekelian umat hingga hari kiamat. Baginda menjadi yatim semasa dua bulan dalam kandungan ibunya kerana bapanya Abdullah bin Abdul Mutalib telah wafat di Yathrib ketika menguruskan urusan perniagaan.

Setelah dilahirkan, Rasulullah s.a.w telah disusui oleh ibunya selama tiga hari. Selepas itu baginda telah disusui pula oleh hamba kepada Abu Lahab iaitu Thuwaibatul Islamiyyah selama beberapa hari. Abu Jahal gembira dengan keadaan itu dan telah memerdekakannya. Selepas itu baginda s.a.w disusui pula oleh Halimatus Sa’adiah selama empat tahun..

Telah menjadi satu tradisi atau budaya masyarakat bangsawan Arab akan menyerahkan anak – anak atau bayi mereka kepada orang – orang kampung untuk disusui bila mereka melahirkan anak. Aminah juga turut meneruskan tradisi atau budaya penyusuan serta asuhan ini. Di kalangan kabilah – kabilah pedalaman yang terkenal dalam susuan ini adalah Kabilah Bani Sa’ad. Akhirnya beberapa orang wanita dari keluarga Bani Sa’ad datang ke Mekah dan seperti biasa mereka mencari bayi yang akan mereka susukan. Beberapa wanita dari Bani Sa’ad pada peringkat awalnya tidak mahu mengambil Nabi Muhammad s.a.w untuk disusui kerana baginda adalah bayi yatim piatu. Ini akan mengurangkan upah yang akan mereka perolehi.

Setelah wanita lain dari keluarga Bani Sa’ad masing – masing ingin pulang ke kampung bersama bayi mereka, Halimah yang turut datang bersama mereka masih mencari – cari bayi untuk disusuinya. Akhirnya Halimah telah bersetuju untuk membawa bayi iaitu Nabi Muhammad s.a.w untuk disusuinya dan dibawa balik ke kampung halamannya untuk mengasuh baginda.

Page 2: tugasan

Ahli Sirah Nabawi telah bersepakat menyatakan bahawa setelah Nabi Muhammad s.a.w tiba di perkampungan Bani Sa’ad yang ketika itu mengalami kemarau yang teruk telah berubah menjadi bumi yang subur. Nabi Muhammad s.a.w telah bersama keluarga Halimah sehingga mencapai usia lima tahun. Sepanjang tinggal di sana keluarga Halimah telah dijadikan tempat untuk mendapatkan kasih sayang serta dapat bergaul mesra dengan kanak – kanak dari Bani Sa’ad tersebut.

PERISTIWA – PERISTIWA YANG BERLAKU KETIKA KELAHIRAN NABI MUHAMMAD S.A.W

Kelahiran Nabi Muhammad s.a.w sebagai utusan Allah s.w.t telah meninggalkan kesan yang begitu mendalam kepada umat Islam seluruh alam. Ketika junjungan besar ini dilahirkan telah berlaku beberapa peristiwa yang luar biasa ( mukjizat ) kepada alam sejagat serta baginda sendiri. Peristiwa – peristiwa tersebut dapat dibahagikan kepada 3 peringkat iaitu sebelum kelahiran, semasa kelahiran dan selepas kelahiran.

PERISTIWA SEBELUM KELAHIRAN NABI MUHAMMAD S.A.W

( a ) Api Sembahan Kaum Majusi Di Parsi Terpadam. Kaum Majusi adalah golongan yang menyembah api. Mereka menganggap api adalah tuhan mereka. Di Parsi ( Iran ) mereka telah membina satu obar yang besar dan api yang mereka nyalakan di dalam obor berkenaan menjadi tuha mereka dan meyakini bahawa api tersebut tidak akan padam buat selama – lamanya. Namun tanggapan mereka silap kerana semasa Nabi Muhammad s.a.w hendak dilahirkan secara tiba – tiba api sembahan mereka terpadam dan ini menyebabkan semua masyarakat Parsi terkejut, maka rahib mereka menyatakan bhawa ia adalah suatu petanda satu perkara besar telah berlaku.

( b ) Aminah Bermimpi Supaya Anak dalam kandungan Di Beri Nama Muhammad s.a.w.

Ketika mengandungkan Nabi Muhammad s.a.w, ibunya Aminah yang merupakan seorang wanita yang solehah sering bermimpi bertemu dengan seorang berjubah putih. Di dalam mimpinya itu Aminah sering di ingatkan agar anak kelahirannya itu diberikan Nama Muhammad yang beerti terpuji.

PERISTIWA SEMASA KELAHIRAN NABI MUHAMMAD S.A.W

( a ) Semasa dilahirkan kedua tapak tangan Nabi Muhammad s.a.w melekap di atas bumi dan kepala baginda mendongak ke langit.

( b ) Baginda dilahirkan dalam keadaan yang sudah berkhatan.

( c ) Apabila dilahirkan baginda bersin dan mengucapkan Alhamdulillah serta dijawab oleh malaikat ” Yarhamkallah ” dan baginda menjawab pula ” Yahdina Wahah Di Kumullah ”.

PERISTIWA SELEPAS KELAHIRAN NABI MUHAMMAD S.A.W

( a ) Dada baginda s.a.w dibedah ketika sedang bermain – main dengan kawan – kawannya sewaktu berada di dalam asuhan Halimah. Pada suatu hari malaikat Jibril yang menyerupai seorang lelaki

Page 3: tugasan

telah datang bertemu baginda. Malaikat yang menyerupai seorang lelaki itu telah membarigkan baginda dan membelah dada baginda tanpa sebarang alat pembedahan. Hati Nabi Muhammad s.a.w telah dikeluarkan dan dibasuh dengan air zam – zam di dalam bekas emas. Kawan – kawan baginda yang sedang bermain bersama baginda telah pergi memberi tahu Halimah tentang peristiwa tersebut. Dengan berlakunya peristiwa tersebut, Halimah telah mengembalikan Nabi Muhammad s.a.w kepada ibu kandungnya. Ini adalah kerana beliau bimbing jika peristiwa tersebut berulang lagi walaupun hatinya begitu berat untuk berpisah dengan Nabi Muhammad s.a.w.

( b ) Kumpulan Awan Memayungi Baginda Ketika Berjalan.Peristiwa ini telah diceritakan oleh Maisarah iaitu pembantu kepada Siti Khadijah yang menguruskan perniagaan. Ketika Nabi Muhammad s.a.w bersama Maisarah dalam rombongan perniagaan ke Syam, awan sering mengiringi atau memayungi baginda ketika perjalanan mereka itu.

Kesimpulannya, kelahiran seorang bayi yang diberi nama Muhammad itu telah membuka satu jalan kebenaran akidah umat manusia sejagat. Kemuliaan baginda terserlah bukan sahaja setelah dilantik menjadi Nabi dan Rasul malah ianya telah kelihatan sinarnya ketika berada di dalam kandungan ibu baginda lagi. Sesungguhnya kemuliaan Nabi Muhammad s.a.w itu adalah satu anugerah dari Maha Pencipta Allah s.w.t.

KESAN DARIPADA KEHIDUPAN NABI MUHAMMAD S.A.W DI DESA BANI SA’AD DALAM MEMBENTUK JIWA SEORANG PEMIMPIN AGUNG SELURUH UMAT MANUSIA.

Pembentukan peribadi seseorang itu amat dipengaruhi dengan faktor tertentu terutamanya latar belakang didikan serta asuhan yang diterima sejak kecil lagi. Pengaruh ini akan meninggalkan kesan yang berterusan kepada anak – anak asuhan. Tingkah laku yang positif dan negatif akan terus tersemat di hati ssnubari anak – anak yang sering dipengaruhi oleh latar belakang didikan.

Kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w merupakan satu anugerah Ilahi dalam membentuk keperibadian umat islam sejagat. Begitu jugalah pengaruh yang diterima atau kesan didikan yang diterima oleh Nabi Muhammad s.a.w ketika baginda diasuh dan dididik oleh masyarakat Bani Sa’ad yang begitu menekankan nilai – nilai murni dalam pembentukan jiwa manusia.

TUJUAN NABI MUHAMMAD S.A.W DI HANTAR KE DESA.

Telah menjadi tradisi masyarakat Arab terutamanya golongan – golongan bangsawan akan menghantar bayi mereka yang dilahirkan ke desa – desa atau pedalaman untuk disusui dan diasuh sepenuhnya oleh masyarakat desa atau kampung. Bayi atau anak mereka akan diasuh dan dididik sepenuhnya oleh masyarakat tersebut sehinggalah bayi tersebut meningkat dewasa. Begitu jugalah dengan kehidupan selepas lahirnya Muhammad s.a.w. Baginda telah diserahkan oleh ibunya kepada Halimah yang berasal dari perkampungan Bani Sa’ad. Baginda telah diasuh dan disusui oleh Halimah sehinggalah beberapa tahun. Antara mengapa atau tujuan masyarakat Arab khususnya Siti Aminah menghantar anakandanya Muhammad s.a.w ke desa atau pendalaman adalah :

Menghantar bayi yang baru dilahirkan merupakan salah satu budaya masyarakat arab terutamanya golongan bangsawan Arab. Nabi Muhammad s.a.w merupakan cucunda kepada Abdul Mutalib yang merupakan salah seorang keturunan bangsawan yang terkenal di kota Mekah. Mereka mempercayai bahawa dengan menghantar bayi ke kawasan pedalaman atau kampung akan memberi

Page 4: tugasan

kesan yang positif kepada kehidupan bayi tersebut apabila dewasa kelak. Ini adalah kerana desa – desa atau perkampungan tersebut masih lagi mengamalkan nilai – nilai murni yang akan mempengaruhi corak kehidupan bayi tersebut. Begitu jugalah dengan junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w yang diharapkan akan menjadi manusia yang berguna apabila dihantar ke desa Bani Sa’ad tersebut. Ternyata sekali kehidupan Nabi Muhammad s.a.w di desa Bani Sa’ad itu telah meninggalkan kesan yang mendalam dalam senario kehidupan baginda. Ini terbukti dengan gelaran ” Al – Amin ” yang diberikan oleh masyarakat arab kepada baginda yang membawa erti bahawa Muhammad adalah seorang yang terpuji. Kesan dari didikan inilah, Nabi Muhammad s.a.w amat disenangi oleh seluruh masyarakat arab ketika itu. Dapat menguasai bahasa Arab dengan baik. Nabi Muhammad s.a.w mendapat asuhan dan didikan yang baik ketika berada di bawah asuhan Halimah dan masyarakat Bani Sa’ad ketika itu. Dengan pergaulan yang dikelilingi oleh masyarakat Bani Sa’ad yang mempunyai sifat – sifat yang luhur, pemerolehan bahasa Arab juga dapat dipelajari dengan sempurna oleh Nabi Muhammad s.a.w ketika berada di sana. Ini amat penting dalam kehidupan Nabi Muhammad s.a.w untuk menambahkan ilmu pengetahuannya dari sudut berbahasa dengan baik dan tutur kata yang sempurna dan lemah lembut. Ini amat berbeza sekali dengan persekitaran masyarakat arab yang berada di kota Mekah ketika itu. Masyarakat di sana sering menggunakan bahasa – bahasa yang keras dan kasar. Ini amat memberi kesan yang negatif dalam proses pertumbuhan seseorang kanak – kanak. Ini meninggalkan kesan yang begitu mendalam kepada Nabi Muhammad s.a.w yang merupakan pemimpin Agung umat Islam seluruh alam. Kefasihan berbahasa serta mempunyai sifat yang lemah lembut dalam tutur bicara baginda telah menjadikan baginda seorang lelaki yang cukup disenangi oleh semua masyarakat Arab ketika itu. Sifat – sifat ini amat sesuai sekali terhadap baginda yang merupakan seorang pemimpin dunia Islam dalam menyebarkan dakwah islamiah kepada seluruh manusia ketika itu. Membentuk peribadi yang mulia dan bersifat lemah lembut. Kehidupan Nabi Muhammad s.a.w yang dipengaruhi oleh faktor persekitaran yang begitu baik ketika berada di desa Bani Sa’ad telah meninggalkan kesan yang positif kepada pembentukan rohani dan fizikal Nabi Muhammad s.a.w. Selain daripada itu juga pertumbuhan dan perkembangan minda Nabi Muhammad s.a.w dilimpahi dengan nilai-nilai pembentukan seorang manusia yang baik. Proses ini telah menjadikan Nabi Muhammad s.a.w seorang lelaki yang bersifat lemah lembut dari pelbagai sudut samaada lisannya mahupun perbuatannya. Ini amat bersesuaian dengan ciri – ciri seorang pemimpin yang dapat dijadikan contoh oleh masyarakat islam. Selain daripada itu, ketinggian peribadi baginda juga telah menjadi sebutan ramai serta amat disenangi oleh seluruh masyarakat Arab ketika itu. Walaupun mereka tidak pernah mengakui dakwah islamiah yang disampaikan oleh baginda tetapi mereka tetap memberi pengiktirafan yang tinggi kepada budi pekerti serta sifat – sifat kemuliaan yang ada pada baginda Nabi Muhammad s.a.w. Membentuk perhubungan kemasyarakatan yang baik. Masyarakat Bani Sa’ad merupakan satu contoh generasi masyarakat yang mempunyai sifat – sifat pergaulan yang amat disenangi oleh seluruh masyarakat disitu. Perhubungan kemasyarakatan ini merupakan satu sifat yang amat perlu dalam membina masyarakat yang bersatu padu dan bekerjasama. Kesan dari asuhan Nabi Muhammad s.a.w ketika berada di perkampungan Bani Sa’ad ini telah mendidik baginda dalam perlunya mempunyai satu hubungan kemasyarakatan yang erat. Ini amat bertepatan sekali dengan tugas yang telah diamanahkan oleh Allah s.w.t kepada baginda dalam membina satu tamadun masyarakat manusia amnya dalam menganuti ajaran Allah s.w.t. Kesan didikan secara langsung dan tidak langsung yang baginda perolehi ketika berada di perkampungan Bani Sa’ad ini telah berjaya baginda laksanakan dengan terbuktinya persaudaraan kaum Muhajirin dan Ansar ketika penghijrahan baginda Rasulullah s.a.w dari kota Mekah ke Madinah.

RUJUKAN :

Page 5: tugasan

SOALAN 2 :

Page 6: tugasan

SEDIAKAN SATU MODEL PENGAJARAN UNTUK DUA PENGGAL PERSEKOLAHAN DALAM MEMANTAPKAN BACAAN SURAH – SURAH HAFAZAN PILIHAN IAITU SURAH AL – KAFIRUN, AL – KAUTHAR , AL – MAUN DAN AL – QURAISY SETERUSNYA MEMBANTU UNTUK BACAAN DALAM SOLAT SEHARIAN PARA PELAJAR ANDA.

SUKATAN PELAJARAN TAHUNAN PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 2.

SEMESTER 1

MINGGU BIDANG/

TAJUK

ISI

PELAJARAN

HASIL PEMBELAJARAN

CADANGAN PENGALAMAN

PEMBELAJARAN

20 Asuhan Tilawah Al – Quran.

- Membaca dan menghafaz Surah Al – Kafirun.

Surah Al – Kafirun ayat 1 – 3.

Nilai : Menghayati Akhlak Islamiah.

Murid dapat :

Aras 1 : Menghafaz potongan ayat Surah Al – Kafirun dengan betul.

Aras 2 : Mengekalkan hafazan surah yang telah dipelajari.

Aras 3 : Mengamalkan surah – surah yang dihafaz ketika solat.

1. Talaqqi dan musyafahah potongan ayat Surah Al – Kafirun.

2. Latih tubi menyebut ayat.

3. Murid – murid menyambung bacan guru.

4. Tasmiq bacaan kepada guru.

SUKATAN PELAJARAN TAHUNAN PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 2.

SEMESTER 1

MINGGU BIDANG/

TAJUK

ISI

PELAJARAN

HASIL PEMBELAJARAN

CADANGAN PENGALAMAN

PEMBELAJARAN

21 Asuhan Tilawah Al – Quran.

- Membaca dan menghafaz Surah Al – Kafirun.

Surah Al – Kafirun ayat 4 – 6.

Nilai : Istiqamah membaca Al - Quran.

Murid dapat :

Aras 1 : Menghafaz potongan ayat Surah Al – Kafirun dengan betul.

Aras 2 : Mengekalkan hafazan surah yang telah dipelajari.

Aras 3 : Mengamalkan

1. Talaqqi dan musyafahah potongan ayat Surah Al – Kafirun.

2. Latih tubi menyebut ayat.

3. Murid – murid menyambung bacan guru.

Page 7: tugasan

surah – surah yang dihafaz ketika solat.

4. Tasmiq bacaan kepada guru.

SUKATAN PELAJARAN TAHUNAN PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 2.

SEMESTER 1

MINGGU BIDANG/

TAJUK

ISI

PELAJARAN

HASIL PEMBELAJARAN

CADANGAN PENGALAMAN

PEMBELAJARAN

25 Asuhan Tilawah Al – Quran.

- Membaca dan menghafaz Surah Al – Kauthar.

Surah Al – Khauthar ayat 1 – 3.

Nilai : Memohon perlindungan hanya kepada Allah.

Murid dapat :

Aras 1 : Menyebut dan membaca kalimah Surah Al – Khauthar dengan betul..

Aras 2 : Menghafaz ayat demi ayat Surah Al - Khauthar.

Aras 3 : Menghafaz Surah Al - Khauthar.

1. Talaqqi dan musyafahah potongan ayat Surah Al – Kafirun.

2. Latih tubi membaca surah secara kelas, kumpulan dan individu.

3. Tasmiq hafazan kepada guru.

4. Latihan mencantum kalimah menjadi ayat yang sempurna.

Page 8: tugasan

SUKATAN PELAJARAN TAHUNAN PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 2.

SEMESTER 2

MINGGU BIDANG/

TAJUK

ISI

PELAJARAN

HASIL PEMBELAJARAN

CADANGAN PENGALAMAN

PEMBELAJARAN

29 Asuhan Tilawah Al – Quran.

- Membaca dan menghafaz Surah Al – Maun.

Surah Al – Maun ayat 1 – 4.

Nilai : Berbuat baik kepada anak yatim.

Murid dapat :

Aras 1 : Menghafaz potongan ayat Surah Al – Maun.

Aras 2 : Menghafaz Surah Al – Maun ayat demi ayat.

Aras 3 : Menghafaz ayat dari Surah Al – Maun ayat 1 – 4.

1. Bacaan secara kelas, kumpulan dan individu.

2. Talaqqi dan musyafahah kalimah / potongan ayat.

3. Latih tubi menghafaz surah.

4. Tasmiq hafazan kepada guru.

5. Menyambung bacaan guru.

6. Pertandingan hafazan.

SUKATAN PELAJARAN TAHUNAN PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 2.

SEMESTER 2

Page 9: tugasan

MINGGU BIDANG/

TAJUK

ISI

PELAJARAN

HASIL PEMBELAJARAN

CADANGAN PENGALAMAN

PEMBELAJARAN

30 Asuhan Tilawah Al – Quran.

- Membaca dan menghafaz Surah Al – Maun.

Surah Al – Maun ayat 5 - 7.

Nilai : Khusyuk ketika beribadah.

Murid dapat :

Aras 1 : Menghafaz potongan ayat Surah Al – Maun.

Aras 2 : Menghafaz Surah Al – Maun ayat demi ayat.

Aras 3 : Menghafaz ayat dari Surah Al – Maun ayat 5 - 7.

1. Bacaan secara kelas, kumpulan dan individu.

2. Talaqqi dan musyafahah kalimah / potongan ayat.

3. Latih tubi menghafaz surah.

4. Tasmiq hafazan kepada guru.

5. Menyambung bacaan guru.

6. Pertandingan hafazan.

SUKATAN PELAJARAN TAHUNAN PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 2.

SEMESTER 2

MINGGU BIDANG/

TAJUK

ISI

PELAJARAN

HASIL PEMBELAJARAN

CADANGAN PENGALAMAN

PEMBELAJARAN

35 Asuhan Tilawah Al – Quran.

- Membaca

Surah Al – Quraisy ayat 1 - 3.

Nilai : Khusyuk ketika beribadah.

Murid dapat :

Aras 1 : Menghafaz potongan ayat Surah Al –

1. Bacaan secara kelas, kumpulan dan individu.

2. Talaqqi dan musyafahah kalimah /

Page 10: tugasan

dan menghafaz Surah Al – Quraisy.

Quraisy.

Aras 2 : Menghafaz Surah Al – Maun ayat demi ayat.

Aras 3 : Menghafaz keseluruhan ayat dari Surah Al – Quraisy ayat 1 - 3.

potongan ayat.

3. Latih tubi menghafaz surah.

4. Tasmiq hafazan kepada guru.

5. Menyambung bacaan guru.

6. Pertandingan hafazan.

SUKATAN PELAJARAN TAHUNAN PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 2.

SEMESTER 2

MINGGU BIDANG/

TAJUK

ISI

PELAJARAN

HASIL PEMBELAJARAN

CADANGAN PENGALAMAN

PEMBELAJARAN

36 Asuhan Tilawah Al – Quran.

- Membaca dan menghafaz Surah Al – Quraisy.

Surah Al – Quraisy ayat 3 - 4.

Nilai : Khusyuk ketika beribadah.

Murid dapat :

Aras 1 : Menghafaz potongan ayat Surah Al – Quraisy.

Aras 2 : Menghafaz Surah Al – Maun ayat demi ayat.

Aras 3 : Menghafaz keseluruhan ayat dari Surah Al – Quraisy ayat 3 - 4.

1. Bacaan secara kelas, kumpulan dan individu.

2. Talaqqi dan musyafahah kalimah / potongan ayat.

3. Latih tubi menghafaz surah.

4. Tasmiq hafazan kepada guru.

5. Menyambung bacaan

Page 11: tugasan

guru.

6. Pertandingan hafazan.

CONTOH RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN ( RPH )

Butiran Kelas :

Tahun : Dua. ( 25 ) orang murid.

Masa : 8.30 – 9.30 pagi.

Tarikh : 8.2.2008.

Bidang / Tajuk : Asuhan Tilawah Al – Quran / Surah Al - Kafirun.

Alat Bantu Mengajar : LCD / komputer, kad – kad kalimah, lembaran kerja dan radio

kaset.

Pengetahuan Sedia Ada Murid

: 1. Murid telah mahir membaca membaca al - Quran.

2. Murid pernah mendengar bacaan dari surah ini.

Kemahiran Berfikir. : Banding beza.

Hasil Pembelajaran Murid dapat :

Aras 1 : Menghafaz potongan ayat Surah

Al – Kafirun dengan betul.

Aras 2 : Mengekalkan hafazan surah yang telah dipelajari.

Aras 3 : Mengamalkan surah – surah yang dihafaz ketika solat.

Page 12: tugasan

Penghayatan Nilai : 1. Bersungguh – sungguh menghafaz surah – surah Al – Quran.

2. Mengamalkan surah yang telah dihafaz dalam solat seharian.

3. Berusaha menghafaz surah – surah yang lain.

4. Banyak menghafaz surah akan mencerdaskan minda.

LANGKAH

ISI

KANDUNGAN

AKTIVITI

DAN

PEMBELAJARAN

BAHAN BANTU MENGAJAR

Pendahuluan - Bacaan Doa Belajar. - Murid – murid membaca doa belajar

bersama – sama dengan guru.

Set Induksi. - Surah Al – Kafirun ayat 1 – 3.

- Guru bersoal jawab dengan murid –

murid tentang perkataan “ KAFIR “ dan mengaitkannya dengan tajuk pelajaran Surah Al – Kafirun.

- Surah Al –

Kafirun

- Slaid Power

Page 13: tugasan

Point.

Langkah 1 - Surah Al – Kafirun ayat 1 – 3.

- Guru mempamirkan Surah Al – Kafirun ayat 1 – 3.

- Guru memperdengarkan bacaan Surah Al – Kafirun ayat 1 – 6.

- Guru meminta murid – murid membaca bersama – sama dengan guru secara kelas, kumpulan dan individu.

- Surah Al - Kafirun.

( slaid power point ).

Langkah 2 - Surah Al – Kafirun ayat 1 – 3.

- Guru mengedarkan kad – kad potongan ayat surah Al – Kafirun ayat 1 – 3 kepada murid – murid yang membentuk beberapa kumpulan.

- Murid – murid diminta menyusun semula potongan kad tersebut menjadi ayat yang lengkap dalam masa yang ditentukan.

- Guru menilai hasil kerja murid – murid.

- Guru meminta setiap kumpulan membaca semula hasil kerja tersebut.

- Murid – murid diminta menyalin semula ayat dari surah yang telah dibacakan tersebut.

- Surah Al - Kafirun.

( kad – kad potongan ayat dari surah al - kafirun ).

Langkah 3 - Surah Al – Kafirun ayat 1 – 3.

( Pemulihan ).

- Guru mengumpulkan dan membimbing murid – murid yang belum dapat menguasai bacaan surah dengan baik.

- Latih tubi secara individu dan berpasangan dilaksanakan.

- Surah Al - Kafirun.

( kad – kad potongan ayat dari surah al - kafirun ).

Langkah 4 - Surah Al – Kafirun - Guru mengadakan pertandingan hafazan Radio kaset.

Page 14: tugasan

ayat 1 – 3. Surah Al – Kafirun.

- Guru merakam bacaan dari murid – murid tersebut.

- Guru memperdengarkan semula hasil bacaan murid – murid.

- Guru berbincang tentang hasil bacaan murid – murid tersebut.

Penutup - Surah Al – Kafirun ayat 1 – 3.

- Guru meminta murid – murid melafazkan bacaan Surah Al – Kafirun secara hafazan mengikut kumpulan serta berpasangan.

- Guru menerangkan penggunaan bacaan Surah Al – Kafirun dalam kehidupan seharian.

Contohnya : Bacaan dalam solat.

Bacaan ketika hendak tidur.

RUMUSAN TENTANG KAEDAH PENGAJARAN ASUHAN TILAWAH AL – QURAN.

Pengajaran dan Pembelajaran yang berkesan amatlah penting dalam usaha guru untuk membina pengetahuan kepada pelajar. Untuk memenuhi hasrat itu yang selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara maka seseorang guru itu perlulah memiliki kepelbagaian kemahiran untuk menjana pemikiran pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajarannya.

Dalam matapelajaran Pendidikan Islam guru haruslah lebih kreatif dalam menggunakan kepelbagaian strategi pengajaran dan pembelajaran. Ini adalah bertujuan untuk menarik minat murid serta ilmu pengetahuan yang akan diperolehi akan terus berkekalan serta dapat diamalkan dalam kehidupan seharian.

Bidang Asuhan Tilawah Al – Quran sekolah rendah dapat dibahagikan kepada 2 kemahiran utama iaitu kemahiran bacaan surah – surah tertentu dan kemahiran menghafaz surah – surah tertentu. Antara strategi dan kaedah pengajaran dan pembelajaran di dalam bidang ini yang dapat dilaksanakan oleh guru ialah :

1. KAEDAH MENDENGAR SERTA MENYEBUT.

Kaedah ini merupakan satu asas yang penting terutamanya dalam proses pengajaran dan pembelajaran al – quran. Ianya amat berfaedah kepada murid – murid serta guru dalam usaha memastikan murid – murid benar – benar dapat menguasai bacaan atau menghafaz sesuatu surah

Page 15: tugasan

tertentu. Guru bertindak sebagai sumber dan murid – murid pula akan menggunakan sumber dari guru untuk tujuan pembelajaran. Guru menyebut atau melafazkan sesuatu lafaz bacaan dari surah – surah tertentu dan murid – murid pula akan mengulangi lafaz bacaan guru tersebut. Selain daripada guru teknik menggunakan radio atau bahan teknologi yang lain juga amat digalakkan dalam usaha menarik minat murid – murid.

Melalui kaedah menyebut dan mendengar ini guru dengan mudah dapat mengenal pasti murid – murid yang kurang mahir atau lemah dalam menyebut semula lafaz – lafaz bacaan surah – surah tersebut. Ini memberi peluang kepada guru untuk memberikan perhatian yang lebih atau proses pemulihan dapat dilaksanakan dengan segera. Usaha dengan menggunakan kaedah ini akan dapat menghasilkan pembelajaran dengan lebih efektif dan berkesan.

2. KAEDAH TALAQQI DAN MUSYAFAHAH.

Mempelajari al – quran bukanlah suatu usaha yang mudah. Guru perlulah mengambil berat serta memainkan peranan yang lebih dalam memastikan murid – murid benar – benar dapat membaca atau menghafaz bacaan surah – surah dengan betul dan fasih. Penggunaan kaedah Talaqqi dan Musyafahah dilihat sebagai pemangkin utama dalam usaha ini. Guru secara terus dapat mengenali sejauh mana pencapaian murid – murid dalam menguasai bacaan atau hafazan surah – surah tertentu. Murid juga berpeluang untuk memperbetulkan bacaan atau hafazan mereka secara terus ketika berhadapan dengan guru.

Kaedah ini amat sesuai digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran asas tilawah kerana sesuatu bacaan atau hafazan itu seharusnya tepat dan bertepatan dengan syariat islam. Ianya juga suatu kaedah yang cukup berkesan dalam memastikan guru dan pelajar dapat meneruskan bacaan atau hafazan untuk surah – surah yang seterusnya.

3. KAEDAH LATIH TUBI.

Bacaan dan hafazan sesuatu surah akan lebih mudah dikuasai oleh murid – murid apabila ianya diulang – ulang serta di amalkan selalu. Oleh itu dalam usaha memastikan murid – murid mudah menguasai bacaan atau hafazan sesuatu surah itu, kaedah latih tubi juga memainkan peranan utama dalam memantapkan lagi hasil bacaan dan hafazan surah – surah terhadap diri murid – murid tersebut. Proses pengulangan serta amalan seharian ini yang dilaksanakan secara berterusan dengan bimbingan guru sudah pastilah dapat dikuasai dengan mudah serta cepat oleh murid – murid.Contohnya dilaksanakan kaedah ini setiap kali guru ingin memulakan pengajaran serta diakhir pembelajaran.

Kaedah ini cukup mudah dilaksanakan dan ianya cukup berkesan kerana murid – murid akan lebih mudah menerima sesuatu ilmu atau kemahiran apabila ianya sering diulang – ulang. Bukan sekadar murid – murid akan memperolehi ilmu pengetahuan yang baru tetapi ianya lebih mudah diamalkan dalam kehidupan seharian. Contohnya bacaan al – fatihah yang sering diulang atau dilatih tubi bacaannya.Murid – murid secara tidak langsung akan fasih serta dapat nmengamalkannya dalam solat seharian mereka. Amalan seharian yang dilaksanakan oleh murid – murid ini merupakan satu kekuatan dalam mengaplikasikan kaedah latih tubi ini.

Page 16: tugasan

1