tugasan 2 aktiviti 3 (t2a3)

6
TUGASAN 2 (SEMINAR) HBEF2803 PERKEMBANGAN PROFESIONALISME KEGURUAN TUGASAN 2 AKTIVITI 3: JURNAL REFLEKTIF (T2A3) NAMA : A’BDUL HADI BIN MOHAMAD NO I/C : 8303050-06-5423 NO MATRIK : 830305065423001 PUSAT PEMBELAJARAN : PUSAT PEMBELAJARAN PAHANG

Upload: hadi-newrole

Post on 28-Apr-2017

222 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: Tugasan 2 Aktiviti 3 (t2a3)

TUGASAN 2 (SEMINAR)

HBEF2803

PERKEMBANGAN PROFESIONALISME KEGURUAN

TUGASAN 2 AKTIVITI 3:

JURNAL REFLEKTIF (T2A3)

NAMA : A’BDUL HADI BIN MOHAMAD

NO I/C : 8303050-06-5423

NO MATRIK : 830305065423001

PUSAT PEMBELAJARAN : PUSAT PEMBELAJARAN PAHANG

Page 2: Tugasan 2 Aktiviti 3 (t2a3)

RUMUSAN CERAMAH

“JURNAL REFLEKTIF”

Berdasarkan ucapan dari Dr. Nasaruddin berkenaan dengan “Pembangunan

Profesionalisme Berterusan: Kebertanggungjawaban Inisiatif Kendiri” dan ucapan dari Tuan

Haji Ibrahim mengenai “Motivasi Pelajar” jelas menunjukkan kepentingan PPG terhadap

perkembangan profesion keguruan untuk jangka masa panjang. Matlamat program ini

sememangnya untuk meningkatkan ilmu pengetahuan dan meningkatkan tahap pendapatan

guru-guru. Akan tetapi, sebenarnya program ini turut membantu meningkatkan mutu

perkhidmatan pendidikan negara disamping menaiktaraf kualiti sistem pendidikan.

Melalui PPG, para guru dapat mempelajari serta memahami cara penyediaan PMP

yang interaktif kepada pelajar dengan menggunakan ICT. Kebergantungan PPG ini lebih

kepada menggunakan atas talian yang mana memerlukan penggunaan ICT melebihi 80

peratus. Ini secara tidak langsung dapat meninggalkan kesan kepada para guru untuk turut

sama menyediakan PMP kepada pelajar mereka di sekolah agar tarikan pelajar untuk

mempelajari sesuatu matapelajaran lebih menarik.

Setelah sekian lama saya mengikuti program pensiswazahan ini dan kini sudah

diperingkat akhir pengajian, saya dapati ianya turut memberi kesan yang mendalam kepada

saya sebagai seorang guru pendidikan khas di peringkat sekolah rendah. Jika dahulunya, saya

hanya lebih tertumpu kepada penyediaan PMP dengan cara yang biasa yang mana sudah lama

saya lakukan sejak awal perkhidmatan. Biarpun ia memberi kesan, akan tetapi melalui PPG

saya didedahkan dengan penggunaan ICT. Pengaplikasian yang saya lakukan bukanlah 100

peratus kepada pelajar pendidikan khas di sekolah. Namun begitu hampir 40 peratus

peningkatan penggunaan ICT kepada sesi pengajaran saya di sekolah membantu menarik

minat pelajar untuk fokus di dalam kelas. Tindak balas pelajar turut tidak mengecewakan

apabila pelajar lebih cenderung untuk mengikuti pelajaran dengan cara yang baru jika

dibandingkan dengan cara biasa yang dilakukan sebelum ini.

Sememangnya aspek-aspek yang telah disarankan oleh kedua-dua panel

menggambarkan situasi diri saya sebagai seorang guru di masa kini. Sepertimana yang saya

nyatakan sebelum ini, saya telah mencuba mengaplikasi cara ICT di dalam pengajaran saya

1

Page 3: Tugasan 2 Aktiviti 3 (t2a3)

biarpun bukan sepenuhnya namun begitu ianya turut memberi kesan kepada penerimaan

pelajar. Penggunaan ICT tidak hanya terhad kepada pelajar normal dan pelajar pendidikan

khas turut boleh digunakan akan tetapi mengikut kesesuaian tahap kemampuan mereka. Ini

kerana, kecanggihan teknologi di masa kini turut mempengaruhi pelajar pendidikan khas

bukan sahaja di sekolah, akan tetapi juga di dunia luar. Pelajar kini sudah terbuka minda dan

mudah untuk mereka menerima perkara baru di dalam sesi pembelajaran mereka. Oleh yang

demikian itu, inisiatif kendiri yang disarankan oleh Dr. Nasaruddin sememangnya membantu

profesionalisme keguruan dengan cara berterusan. Seharusnya setiap guru menghargai nilai-

nilai yang digunakan melalui program PPG ini dan cuba mengaplikasikan ia di dalam sesi

pembelajaran di sekolah. Aktiviti pelajar seharusnya dilakukan dengan cara yang inovatif dan

kreatif bagi memastikan pemikiran pelajar bergerak selari dengan kemajuan teknologi dan

arus kemodenan. Begitu juga dengan cara penyampaian pengajian di dalam kelas seharusnya

berubah mengikut tahap penerimaan pelajar. Dengan merujuk kepada aspek-aspek yang telah

disarankan oleh kedua-dua panel ini seharusnya menjadi rangsangan kepada para guru yang

mengikuti PPG agar meningkatkan mutu pengajaran bagi menyumbangkan ke arah

perkembangan sistem pendidikan negara.

Para guru yang berjaya mengikuti PPG ini seharusnya cuba untuk menjadi antara guru

yang cemerlang dan guru pakar di sekolah. Perkara ini bagi menggalakkan lebih ramai lagi

guru-guru lain mengikut jejak memberi perkhidmatan pendidikan dengan cemerlang.

Walaupun ianya untuk membantu meningkatkan prestasi pelajar, ia secara tidak langsung

memberi kesan yang positif terhadap perkhidmatan guru yang mana memudahkan bagi

mendapat peningkatan laluan kerjaya. Di samping menyambung pengajian di peringkat lebih

tinggi, program pensiswazahan turut memberi jaminan kepada guru sebagai salah satu laluan

kerjaya untuk peningkatan gred perkhidmatan.

Oleh yang demikian itu, bagi memastikan pelajar mendapat keberhasilan dari saya

sendiri sebagai salah seorang guru yang mengikuti PPG ini adalah dengan memberikan mutu

perkhidmatan pendidikan yang lebih berkualiti dan inovatif. Di samping melakukan PMP

yang menggunakan ICT, teknik pengajaran seharusnya menjadi lebih kreatif bagi

merangsang minda pelajar. Inisiatif kendiri perlu dilakukan dengan mewujudkan kajian ke

atas pelajar sebagai penambahbaikan sistem pengajaran beserta dengan penerapan modal

insan kepada pelajar-pelajar.

2

Page 4: Tugasan 2 Aktiviti 3 (t2a3)

Kajian ini bukan sahaja untuk melihat keberkesanan sesuatu modul yang dirasakan

sesuai untuk meningkatkan mutu pembelajaran di dalam kelas, akan tetapi ianya adalah untuk

menggalakkan guru itu sendiri berusaha dengan lebih gigih untuk menghasilkan kesan yang

terbaik terhadap pelajar. Sekiranya semua guru mempunyai inisiatif untuk meningkatkan

mutu pengajaran dengan mewujudkan idea-idea baru, maka sistem pendidikan negara akan

terus maju dan pelajar sekolah turut mendapat kesan yang positif.

Saranan-saranan yang dinyatakan oleh kedua-dua panel di dalam ucapan mereka

adalah untuk meningkatkan mutu pengajaran kepada pelajar di sekolah setelah mengikuti

program penswazahan selain dari mendapat penambahan ilmu pengetahuan serta peningkatan

kerjaya untuk jangka masa panjang. Sebagai seorang guru, saya akan menyahut saranan dan

seruan kerajaan untuk memartabatkan pendidikan negara setanding di peringkat

antarabangsa. Ini secara tidak langsung membawa kepada keberhasilan pelajar di sekolah.

3