tugasan 2 aktiviti 2

5
FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA Semester: JANUARI 2014 HBEF2803 PERKEMBANGAN PROFESIONALISME KEGURUAN Tugasan 2 (Seminar) Nama: CHE SAADAH BT SAAD @ MOHD SAAD No. Matrix : 651206025078001 No. Kad Pengenalan : 651206025078 No. Tel. : 0194362726 Email: [email protected] Nama Tutor: Pusat Pembelajaran: KEDAH

Upload: yus

Post on 16-Nov-2015

43 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

oum

TRANSCRIPT

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASASemester: JANUARI 2014HBEF2803PERKEMBANGAN PROFESIONALISME KEGURUANTugasan 2 (Seminar)

Nama:CHE SAADAH BT SAAD @ MOHD SAADNo. Matrix :651206025078001No. Kad Pengenalan : 651206025078No. Tel. : 0194362726Email: [email protected]

Nama Tutor:Pusat Pembelajaran:KEDAHSemester: JANUARI 2014

Tugasan 2 Aktiviti 2: Ulasan Ceramah Tajuk 2 (T2A2)

Seminar yang disampaikan dalam video 2 bertajuk Seminar Perkembangan Profesionalisme Keguruan. Seminar ini disampaikan oleh Tuan Haji Ibrahim bin Sakimin, Ketua Penolong Pengarah, Sektor Standard dan Verifikasi Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pendidikan Malaysia. Tajuk kertas kerja yang dibentangkan ialah Motivasi Pelajar.

Berdasarkan video tersebut, terdapat banyak input berguna yang dapat dirumuskan, yang merangkumi dua tajuk kecil, iaitu faedah-faedah yang akan diperolehi oleh para guru dalam Program Pengsiswazahan Guru dan sumbangan guru kepada Kementerian Pendidikan Malaysia setelah mereka mengikuti Program Pengsiswazahan Guru.

Antara faedah yang akan diperoleh oleh guru-guru dalam program pensiswazahan guru ialah dapat merealisasikan matlamat pengsiswazahan guru, iaitu untuk meningkatkan ilmu, kemahiran dan berpendapatan selesa. Matlamat ini juga selari dengan wawasan Malaysia sebagai negara maju yang mempunyai penduduk yang berpendapatan selesa dan tinggi. Secara tidak langsung, Malaysia dapat membuktikan kepada negara luar bahawa golongan guru yang mewakili kakitangan awam paling ramai di negara ini mampu untuk meraih gaji yang setanding dengan kakitangan awam negara maju yang lain. Rancangan Malaysia ke-10 juga dapat dilaksanakan, di mana hasrat kerajaan ialah seramai 90% guru sekolah menengah berijazah dan 60% guru sekolah rendah berijazah.

Selain itu, tanpa mengira kedudukan seseorang guru itu, sama ada mengajar di sekolah menengah atau rendah, peningkatan pendapatan bagi laluan kerjaya mereka telah dirangka menggunakan formula 8863 dalam tempoh perkhidmatan selama 25 tahun melalui alternatif biasa. Mereka juga berpeluang untuk menikmati pendapatan yang setara dengan profesor madya di universiti pada tempoh 3 tahun terakhir perkhidmatan mereka.

Program pengsiswazahan ini memberi laluan kepada peningkatan kerjaya yang seterusnya, seperti guru cemerlang, guru pakar, pengetua cemerlang, guru besar cemerlang, guru SILC, dan guru PLC. Guru-guru akan mendapat pegiktirafan yang bertaraf profesionalberdasarkankursus dan seminaryang diikuti. Kemahiran dan ilmu yang diperolehi telah dibuktikan melalui sijil dan kecemerlangan yang ditonjolkan oleh mereka.

Guru-guru akan berasa selesa dan terjamin dengan adanya jaminan peningkatan kerjaya. Hal ini kerana secara perbandingan, perkhidmatan guru berada pada kedudukan kedua di bawah skim perkhidmatan doktor. Berita gembira bagi guru sekolah rendah, di mana JUSA juga mungkin akan diwujudkan di sekolah rendah. Bagi guru sekolah menengah, isu petempatan dan kenaikan gred ke 41 dijangka tidak akan mengalami sebarang masalah kerana ianya telah melalui rangka pelan yang cukup lama untuk memartabatkan profesion guru. Mereka juga tidak lagi terikat dengan sebarang kontrak yang membebankan yang akan mengganggu fokus pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah.

Menerusi CPD (Continuos Profesional Development) yang sedang dibangunkan untuk para guru, sistem merit digunakan. Sebarang bentuk latihan, kursus, dan seminar yang dihadiri akan meningkatkan bilangan jumlah merit mereka. Sistem merit ini diperkemaskan menggunakan sistem online. Jumlah merit yang terkumpul secara tidak langsung dapat membuktikan tahap pengetahuan dan keilmuan seseorang guru tersebut. Berita gembira kepada para guru, di mana kredit merit yang terkumpul dicadangkan untuk diambil kira sebagai peluang untuk mereka mencapai tahap Master. Antara sumbangan guru kepada Kementerian Pendidikan Malaysia setelah mengikuti Program Pengsiswazahan Guru ialah merangkumi 3 aspek, iaitu dari segi ilmu, kemahiran, dan nilai. Menurut Tuan Haji Ibrahim bin Sakimin, dari segi penetapan ilmu, seseorang guru sebenarnya bukan sahaja berperanan sebagai penyampai maklumat kepada anak murid, tetapi mereka perlu juga memastikan maklumat dan ilmu yang disampaikan dapat dipraktikkan oleh anak didik mereka di dalam dan luar kelas. Sebagai contoh, dalam subjek kemahiran hidup, mereka menyampaikan keterangan mengenai sesuatu topik seperti jahitan untuk menjahit pakaian. Murid-murid yang mempelajari teknik jahitan itu diharapkan dapat mempraktikkan teknik jahitan itu untuk keperluannya di rumah dan di bilik darjah, dan juga sebagai sumber pendapatan apabila mereka bekerja sendiri setelah tidak mendapat peluang pekerjaan nanti. Guru-guru berpeluang untuk menyumbangkan kreativiti dan inovasi mereka mengikut kehendak zaman ini, di mana mereka dapat mengaplikasikan variasi bentuk persembahan dalam pengajaran dan pembelajaran dalam kelas. Hal ini dapat menambah minat murid-murid dalam pelajaran dan meningkatkan mutu akademik negara. Pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dapat diterapkan dalam bidang pendidikan, di mana segala pembaharuan yang diperolehi dalam Program Pengsiswazahan dapat mereka praktikkan.

Contoh nilai guru yang dapat diterapkan ialah seperti nilai bersyukur. Para guru yang mengikuti Program Pengsiswazahan ini berasa amat bersyukur kerana mereka sememangnya amat bertuah kerana diberi peluang untuk memantapkan diri mereka ke arah yang lebih baik, disamping diberi segala kemudahan prasarana, biasiswa, pinjaman dan sebagainya. Tiada negara lain yang mengambil inisiatif sebegini. Mereka bersyukur kerana diberi peluang untuk menggunakan inisiatif ini dan bersyukur dengan penambahbaikan yang dilaksanakan. Selain itu, mereka berasa bangga kerana jawatan mereka sudah mengalami pembaharuan dan penambahbaikan berbanding zaman dahulu, contohnya kenaikan gred mengikut laluan kerjaya dan gelaran guru pakar atau guru cemerlang. Mereka juga berbangga kerana duduk di dalam kelompok cemerlang, di mana syarat untuk menjadi warga pendidik telah diperketatkan dan hanya mereka yang cemerlang dalam akademik sahaja yang boleh memasuki bidang ini.

Kesimpulannya, guru-guru yang mengikuti Program Pengsiswazahan Guru merupakan warga perkhidmatan awam yang amat beruntung. Mereka memperolehi banyak faedah untuk pembangunan diri, masyarakat dan negara. Justeru, mereka perlu mempraktikkan segala nilai profesionalisme yang diperolehi ketika belajar. Nilai-nilai murni seperti menepati masa, jujur, rajin bekerja sambil belajar, bersedia selalu ketika berdepan dengan sebarang masalah, dan lain-lain perlu diaplikasikan secara menyeluruh agar tenaga kerja yang komprehensif dan efisien dapat dipertingkatkan dan disumbangkan kepada Kementerian Pelajaran Malaysia, masyarakat dan negara khususnya. Segala kompetensi yang patut ada dalam diri seorang guru profesional perlu dipraktikkan, seperti kompetensi pedagogik, kompetensi keperibadian, kompetensi sosial, dan kompetensi profesional. Kompetensi pedagogik merangkumi pemahaman dan kemampuan seseorang guru itu dalam memahami sikap dan kemampuan murid melalui pelbagai cara. Kompetensi keperibadian merangkumi kemampuan personal yang dimiliki oleh guru profesional dengan cara mencerminkan keperibadian yang baik kepada diri sendiri, bijak, berwibawa, dan berakhlak sempurna untuk diikuti oleh anak didiknya. Kompetensi sosial merangkumi kemampuan seseorang guru untuk berkomunikasi secara hebat dengan murid dan masyarakat. Akhir sekali, kompetensi profesional bertindak sebagai salah satu aspek yang perlu dimiliki oleh guru iaitu dengan cara menguasai aspek pembelajaran secara luas dan mendalam.Segala aspek kompetensi ini jika dipraktikkan akan melahirkan warga guru yang berkaliber dan berwawasan untuk negara kita.