tugasan 1.docx

5
TUGASAN : 1. Apakah yang dimaksudkan dengan pengujian,pengukuran, pentaksiran dan penilaian dalam konteks pengajaran dan pembelajaran sains sekolah rendah. Huraikan penggunaan lima contoh instrumen yang boleh digunakan dalam ujian formatif dalam membuat pentaksiran untuk pengajaran dan pembelajaran sains sekolah rendah. Anda boleh menggunakan pengurusan grafik yang sesuai untuk menjelaskan huraian anda.

Upload: zulkanean-akim

Post on 22-Dec-2015

221 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: TUGASAN 1.docx

TUGASAN :

1. Apakah yang dimaksudkan dengan pengujian,pengukuran, pentaksiran dan penilaian

dalam konteks pengajaran dan pembelajaran sains sekolah rendah. Huraikan

penggunaan lima contoh instrumen yang boleh digunakan dalam ujian formatif dalam

membuat pentaksiran untuk pengajaran dan pembelajaran sains sekolah rendah. Anda

boleh menggunakan pengurusan grafik yang sesuai untuk menjelaskan huraian anda.

Page 2: TUGASAN 1.docx

Prosedur yang sistematik untuk memerhati perlakuan atau tingkahlaku seseorang individu dan menjelaskannya dengan bantuan skala bernombor atau satu sistem yang berkategori, Cronbach (1970). Ujian juga adalah suatu cara untuk mendapatkan contoh perlakuan yang diperlihatkan oleh murid dalam keadaan yang terkawal atau ditentukan. maklumat yang diperolehi nanti akan dijadikan dasar untuk membuat penilaian atau pengadilan, Raminah (1991). Oleh yang demikian, dalam konteks pengajaran dan pembelajaran sains sekolah rendah, pengujian itu lazimnya bermula dengan persediaan (set item), melaksanakan ujian dan seterusnya pemeriksaan skrip jawapan murid.

Pengujian

Proses untuk menjelaskan secara numerik ataupun angka-angka tentang pencapaian murid. Angka-angka ini diperolehi melalui alat atau proses tertentu seperti melalui kertas ujian. Lazimnya pengukuran berbentuk angka dalam nilai peratus digunakan dalam pemberian markah sains murid. Jumlah markah juga sering digunakan untuk menunjukkan prestasi pencapaian seseorang murid.

Pengukuran

Proses untuk mendapatkan maklumat. Maklumat yang diperolehi akan digunakan untuk membuat suatu keputusan tentang murid. Umumnya, pentaksiran bertujuan untuk -Proses mendapatkan gambaran tentang prestasi seseorang dalam pembelajaran. -Menilai aktiviti yang dijalankan semasa pengajaran dan pembelajaran. -Mendapatkan maklumat secara berterusan tentang pengajaran dan pembelajaran. -Memperbaiki pengajaran pembelajaran

Pentaksiran

Proses untuk mendapatkan maklumat yang akan digunakan untuk membuat pertimbangan dan seterusnya digunakan dalam membuat keputusan. Penilaian adalah satu proses memperolehi maklumat kuantitatif untuk menentukan perubahan tingkahlaku dan membuat pertimbangan menilai. Dalam proses menilai murid, ia dapat memberi maklumat tentang pencapaian objektif pelajaran, kaedah mengajar seorang guru dan keberkesanan kurikulum. Penilaian ini lazimnya dijalankan sebelum, semasa atau selepas satu sesi pengajaran guru. Ia juga dilakukan sama ada berdasarkan sesuatu pembelajaran spesifik atau keseluruhan kurikulum.

Penilaian

Page 3: TUGASAN 1.docx

Ujian Formatif

Ujian formatif ialah ujian yang diberikan secara berterusan, iaitu sepanjang proses pengajaran

dan pembelajaran, bagi setiap tajuk yang diajar. Tujuan ujian ini ialah untuk menilai

keberkesanan pengajaran guru dan pembelajaran pelajar bagi setiap tajuk yang diajar. Hasil

daripada ujian ini boleh digunakan oleh guru untuk mengadakan aktiviti pemulihan,

memperbaiki pendekatan atau kaedah mengajar dan juga boleh digunakan oleh pelajar untuk

memperbaiki pendekatan atau kaedah pembelajaran. 

1.Ujian

Ujian dilaksanakan untuk mengukur kuantiti atau kualititi murid. Dalam pengajaran dan pembelajaran sains sekolah rendah, ujian dibuat untuk mengukur kebolehan, pengetahuan, kemahiran, pencapaian, pemberian gred, memotivasikan murid, maklum balas kepada pelajar, maklum balas guru dan termasuklah mengukur keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Ada pelbagai jenis ujian yang boleh dijalankan ke atas murid dalam pembelajaran sains. Ini termasuklah ujian formatif dan ujian sumatif. Ujian formatif merupakan ujian formal dan tidak formal yang bertujuan untuk mengesan penguasaan dan kemajuan murid. Ia dijalankan semasa mengajar satu atau beberapa kemahiran. Masa digunakan lebih singkat. Ujian sumatif pula bertujuan untuk mengesan pencapaian dalam sesuatu tahap persekolahan. Meliputi ujian kertas-pensel dalam jangkamasa yang sesuai. Misalnya ujian pertengahan tahun atau ujian akhir tahun. Ini termasuklah ujian penilaian sekolah rendah (UPSR).

2, Portfolio

Portfolio adalah proses mendokumentasi pembelajaran merentas masa bagi menunjukkan progres dan proses belajar murid. Portfolio juga mengajar murid melalui pentaksiran kendiri, penyuntingan dan penambaikan tugasan. Melalui portfolio, guru dapat menilai atau membuat pentaksiran ke atas murid melalui aktiviti dan hasil portfolio tersebut. Ini bermakna, ia menilai sejauh mana murid dapat menepati kehendak soalan arahan. Selain itu, kekemasan, pengolahan dan hasil keseluruhan portfolio tersebut dapat dinilai.

Page 4: TUGASAN 1.docx

3. Jurnal

Jurnal merupakan suatu catatan sama ada catatan harian atau mingguan. Ia boleh dalam bentuk diari, buku, akhbar, majalah dan sebagainya. Dalam konteks pembelajaran dan pengajaran sains sekolah rendah, jurnal merupakan nota catatan tentang apa yang telah dipelajari atau ingin dikaji. Ia merupakan catatan tentang pembolehubah-pembolehubah yang berkaitan dengan tugasan tajuk kajian atau tajuk yang dipelajari. Penghasilan jurnal ini juga akan dapat menjadi salah satu alat pentaksiran. Rumusannya, jurnal ini koleksi catatan, pemerhatian, pemikiran atau bahan yang relevan di mana telah dibina dalam satu jangka masa. Jurnal lebih bersifat peribadi kepada murid berkenaan dan menggambarkan kecenderungan, personaliti dan pengalaman seseorang murid.

4. Laporan amali

Laporan amali merupakan contoh alat pentaksiran yang keempat. Laporan amali adalah satu laporan berformat yang lazimnya dibuat selesai sesuatu ujikaji atau amali sains. Kandungan laporan amali adalah terdiri daripada tujuan eksperimen, kaedah, keputusan, perbincangan dan kesimpulan. Oleh yang demikian, laporan amali berfungsi sebagai alat yang efektif untuk melihat atau mentaksir apa yang telah dilakukan oleh murid semasa sesi amali. Ini meluputi kemahiran proses sains dan kemahiran manipulatif sains.

5. Projek

Projek adalah contoh alat pentaksiran yang kelima. John Deney merupakan pengasas kepada kaedah ini. Kaedah ini menggalakkan pelajar mempelajari sesuatu melalui pengalaman, pemerhatian dan percubaan. Projek yang dirancang dan dilaksanakan dapat memberi peluang kepada murid untuk menggunakan deria mereka membuat pengamatan dan penanggapan secara berkesan. Projek juga memberi peluang kepada murid untuk menunjukkan kreativiti, imaginasi dan bakat mereka dalam menyelesaikan tugasan yang telah diberikan oleh guru mengikut cara mereka sendiri. Melalui projek juga, murid akan merasa lebih seronok menjalankan aktiviti dalam situasi sebenar dan bermakna.

Page 5: TUGASAN 1.docx

Sebagai kesimpulannya, kelima-lima contoh instrumen pentaksiran tadi boleh dijadikan

sumber atau alat pentaksiran ke atas murid khususnya dalam pembelajaran dan pengajaran

sains. Alat pentaksiran ini boleh digunapakai untuk melihat tahap pencapaian, pengetahuan,

sahsiah dan pelbagai aspek lagi yang hendak ditaksir oleh seseorang guru. Selain itu, terdapat

banyak lagi alat-alat pentaksiran yang boleh digunakan bergantung kepada kesesuaian dengan

murid sekolah rendah.