tugasan 1a

9
Matlamat mewujudkan sistem pendidian bertaraf dunia dan menjadikan Malaysia pusat kecemerlangan pendidikan di rantau ini adalah tanggungjawab semua warga Kementerian Pendidikan Malaysia. Justeru, satu etika yang mantap perlu diamalkan untuk memastikan warga Kementerian Pendidikan mempunyai sifat-sifat luhur, bertanggungjawab dan tahap profesionalisme yang tinggi dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab masing-masing. Etika kerja berkait rapat dengan nilai-nilai integriti yan menjadi pegangan kepada setiap warga Kementerian Pendidikan Malaysia. !uku Etika Kerja, Kementerian Pendidikan Malaysia". Sehubungan dengan itu, anda dikehendaki melaksanakan tugasan-tugasan berikut : #ugasan $ % Menganalisis buku &Jejak 'uru !erintegriti( )nda dikehendaki membaca, memahami dan menganalisis nilai-nilai integriti yang diamalkan oleh tokoh-tokoh guru terdahulu. *uraikan dan berikan contoh nilai-nilai integriti yang mereka amalkan sehingga menjadi tokoh guru yang disegani ramai dan telah menaburkan budi dan bakti di seluruh negara di bidang pendidikan. Pendahuluan Gerakan pemantapan integriti adalah merupakan salah satu agenda penting negara. Ianya merupakan tunjang atau asas kepada pembentukan modal insan yang seimbang. Dalam konteks Kementerian Pelajaran Malaysia, integriti guru atau arga pendidik adalah merupa !okus utama kementerian. Pro!esion keguruan merupakan pro!esion terpenting di dalam usaha pembentukan indi"idu yang seterusnya akan menentukan hala tuju sesebuah negara. Istilah #guru$ sering memberi gambaran tentang peranan utamanya dalam pembangunan sumbe manusia, iaitu sebagai pendidik dalam proses pembetukan dan kematangan sahsiah murid. Perkataan integriti bermaksud holeness atau %ompleteness, iaitu kesempurnaan manakala ada pula yang mengganggap integriti sebagai soundness o! moral prin%iple yang merujuk kepada keikhlasan dan kejujuran &'illsen, ())*+, akan tetapi makna yang paling k digunakan menekankan prinsip moral. Mengikut Institut Integriti Malaysia &())*+, integriti merujuk kepada kualiti ungg ujud se%ara keseluruhan dan padu kepada indi"idu dan organisasi. Integriti berkait erat dengan etika. Integriti berlandaskan etika dan pen%erminan etika dalam tindakan sehari-

Upload: suhariza-sue

Post on 04-Nov-2015

8 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

edu

TRANSCRIPT

Matlamat mewujudkan sistem pendidian bertaraf dunia dan menjadikan Malaysia pusat kecemerlangan pendidikan di rantau ini adalah tanggungjawab semua warga Kementerian Pendidikan Malaysia. Justeru, satu etika yang mantap perlu diamalkan untuk memastikan warga Kementerian Pendidikan mempunyai sifat-sifat luhur, bertanggungjawab dan tahap profesionalisme yang tinggi dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab masing-masing. Etika kerja berkait rapat dengan nilai-nilai integriti yang menjadi pegangan kepada setiap warga Kementerian Pendidikan Malaysia. (Buku Etika Kerja, Kementerian Pendidikan Malaysia).

Sehubungan dengan itu, anda dikehendaki melaksanakan tugasan-tugasan berikut :

Tugasan 1 : Menganalisis buku Jejak Guru Berintegriti

Anda dikehendaki membaca, memahami dan menganalisis nilai-nilai integriti yang diamalkan oleh tokoh-tokoh guru terdahulu. Huraikan dan berikan contoh nilai-nilai integriti yang mereka amalkan sehingga menjadi tokoh guru yang disegani ramai dan telah menaburkan budi dan bakti di seluruh negara di bidang pendidikan.

Pendahuluan

Gerakan pemantapan integriti adalah merupakan salah satu agenda penting negara. Ianya merupakan tunjang atau asas kepada pembentukan modal insan yang seimbang. Dalam konteks Kementerian Pelajaran Malaysia, integriti guru atau warga pendidik adalah merupakan fokus utama kementerian. Profesion keguruan merupakan profesion terpenting di dalam usaha pembentukan individu yang seterusnya akan menentukan hala tuju sesebuah negara. Istilah guru sering memberi gambaran tentang peranan utamanya dalam pembangunan sumber manusia, iaitu sebagai pendidik dalam proses pembetukan dan kematangan sahsiah murid.

Perkataan integriti bermaksud wholeness atau completeness, iaitu kesempurnaan manakala ada pula yang mengganggap integriti sebagai soundness of moral principle yang merujuk kepada keikhlasan dan kejujuran (Nillsen, 2004), akan tetapi makna yang paling kerap digunakan menekankan prinsip moral.

Mengikut Institut Integriti Malaysia (2004), integriti merujuk kepada kualiti unggul yang wujud secara keseluruhan dan padu kepada individu dan organisasi. Integriti berkait erat dengan etika. Integriti berlandaskan etika dan pencerminan etika dalam tindakan sehari-hari.

Lanjutan daripada ini, integriti guru sebagai penjawat awam membawa makna bahawa guru perlu melaksanakan amanah dan kuasa yang dipertanggungjawabkan menurut kepentingan umum. Penjawat awam tidak boleh menyalahgunakan kuasanya untuk kepentingan diri, keluarga, saudara mara atau kaum kerabat sendiri. Sebagai penjawat awam, dia perlu telus dan tulus, selain memikul pertanggungjawaban terhadap ketuanya, orang bawahan dan kepada pihak lain (Institut Integriti Malaysia, 2004). Maka integiriti guru merujuk kepada kualiti unggul yang wujud secara keseluruhan dan padu kepada individu anggota perkhidmatan pendidikan dan organisasi pendidian berlandaskan etika dan piagam pelanggan organisasi. Setiap guru mengamalkan dan menghayati Kod Etika Profesion dan piagam pelanggan demi mewujudkan suatu budaya kerja organisasi yang bersistem. Setiap anggota dalam organisasi melaksanakan amanah dan kuasa yang dipertanggungjawabkan dengan memberikan keutamaan kepada kepentingan awam.

Sebagai guru, tanggungjawabnya amat berat dalam mendidik pelajar dengan penuh keikhlasan dan kejujuran untuk melahirkan generasi yang berguna kepada masyarakat dan negara kita. Dengan demikian, guru perlu mempunyai hubungan yang baik dengan pelajar yang berteraskan keikhlasan serta sifat penyayang supaya dapat memberikan didikan yang terbaik kepada mereka. Di samping itu, pemuafakatan erat antara guru dengan ibu bapa akan memupuk kerjasama yang baik dalam kalangan mereka. Hal ini akan memudahkan pelaksanaan apa juga projek pembangunan di sekolah berkenaan.

Guru yang berintegriti akan melaksanakan tugasnya dengan amanah dan mempunyai keprihatinan serta penuh kasih sayang kepada pelajar. Guru juga perlu mempunyai tahap ketabahan tinggi dalam menangani masalah yang dihadapi oleh pelajar. Selain itu, guru perlu sentiasa bersifat pengasih dan penyayang dalam proses menyelesaikan masalah pelajar.

Dari segi pengajaran dan pembelajaran, guru perlu bertanggungjawab dan mempunyai kewajipan untuk memberi yang terbaik untuk pelajarn. Suasana pembelajaran yang menyeronokkan sentiasa difikirkan untuk membentuk modal insan yang berpotensi dan berperwatakan terpuji. Guru yang melaksanakan tugas secara ikhlas mampu merancang pengajaran dan pembelajaran yang terbaik demi melahirkan modal insan yang mempunyai minda kelas pertama. Jika guru bekerja dengan niat yang ikhlas, amanah dan mempunyai sifat penyayang terhadap pelajar, sudah pasti pelajar akan memperolehi didikan yang terbaik dan meneladani perwatakan guru mereka. Pelajar yang dibentuk adalah secara holistik dari aspek penguasaan ilmu pengetahuan, sikap proaktif, mempunyai moraliti tinggi serta mempunyai imej yang disanjungi tinggi.

Buku Jejak Guru Berintegriti : Integriti Memperkasa adalah suatu usaha untuk mengumpulkan pengalaman-pengalaman peribadi 6 orang tokoh pendidik yang telah berkongsi pengalaman mereka dalam sesi-sesi Seminar Integriti Warga Pendidik (SIWP). Semasa dalam perkhidmatan, mereka telah mempamerkan tahap integriti yang tinggi dan mencapai kecemerlangan sama ada sebagai seorang pendidik secara khusus atau pentadbir sekolah dan pemimpin dalam profesion pendidikan. Terdapat enam tokoh di dalam buku ini yang telah berjaya membawa sekolah mereka ke tahap kecemerlangan yang tinggi dari segi pencapaian akademik murid-murid atau yang telah mempamerkan kepimpinan unggul sehingga berjaya melahirkan sekolah-sekolah dan pelajar-pelajar yang cemerlang. Enam tokoh tersebut ialah :-1. DATUK HJ SAARI B. HASSAN

2. HJ. JAMIAN BIN HJ. JAAFAR

3. DATUK MARY YAP KAIN CHING

4. TENGKU AZUAN BT. TENGKU MOHAMED

5. HAJAH KHUZAIMAH BT. SULAIMAN

6. DATU DR. HJ. ADI BADIOZAMAN TUAH

Berfikiran positif dan taat kepada ibu bapaAntara nilai yang menjadi amalannya ialah beliau merupakan seorang yang sangat berfikiran positif. Ini dapat dilihat apabila beliau hanya menurut sahaja kehendak ibu dan bapanya yang inginkan beliau menjadi guru apabila borang kemasukan ke Maktab Tentera Diraja Sungai Besi diromokkan oleh ayahnya. Baginya apa yang penting, cita-citanya untuk berjuang mempertahankan negara tercapai walaupun dengan cara membasmi kejahilan. Sudah tentu ibu dan bapanya memikirkan apa yang terbaiknya. Maka beliau telah melentur keinginannya untuk menjadi tentera kepada keinginan menjadi seorang guru.

Beliau sangat positif dan suka untuk ditempatkan di negeri Pantai Timur memandangkan keperluan guru siswazah di sana, apatah lagi dalam usia yang masih muda dan bertenaga. Walaupun banyak kekurangan dari aspek fizikal dan infrastruktur sekolah, ia tidak mematahkan semangatnya. Aspek kekurangan inilah yang telah mempercepatkan kematangannya sebagai seorang guru kerana terpaksa mengadakan berbagai-bagai strategi untuk mengatasi masalah yang dihadapi oleh sekolah dan murid-murid. Baginya jika melihat sesuatu isu yang timbul dari aspek negatifnya, isu akan menjadi masalah sebaliknya, jika melihat dari aspek positifnya, isu itu akan menjadi satu peluang untuk menyumbang ke arah penyelesaiannya.

Menjaga maruah diri, yakin dan ceriaBeliau telah dilantik sebagai Guru Kanan Sekolah walaupun baru seminggu melaporkan diri. Namun, demi menjaga maruah diri sebagai guru siswazah, beliau tidak menolak pelantikan apatah lagi telah dididik sejak kecil supaya sedia membantu. Beliau meyakinkan diri bahawa dirinya seorang guru yang profesional. Bertitik tolak dari inilah, beliau bertekad menjalankan tanggungjawab tersebut dengan baik dan ceria semasa menjalankan tugas kerana keceriaan akan melahirkan hasil yang memberangsangkan. Dengan jawatan tersebut, beliau memiliki autoriti untuk membuat keputusan dan menentukan perjalanan harian di sekolah selain Pengetua. Begitu juga apabila beliau dilantik sebagai Pengetua walaupun baru berkhidmat selama 2 tahun.

Bertanggungjawab, sentiasa menambah ilmu dengan membaca, menjadi pemangkin kepada guru lainApabila beliau dilantik sebagai pentadbir sekolah, rasa tanggungjawab yang amat berat terpikul di bahu. Beliau mesti membuktikan bahawa untuk menjadi pentadbir yang cekap, keputusan yang tepat dan sifar kesilapan mesti dilakukan. Beliau bersungguh-sungguh meningkatkan pengetahuan asas mengenaik selok-belok pengurusan sekolah. Apa yang menarik, beliau mula menambahkan ilmu pengetahuan dan kemahiran, melengkapkan diri dengan membaca buku-buku yang berkaitan dengan kepimpinan, pengurusan, kecekapan komunikasi, pengurusan bilik darjah, pengurusan kurikulum dan pengetahuan lain yang relevan. Beliau perlu menunjukkan prestasi yang terbaik untuk menjaga reputasi dan integriti sebagai seorang guru dan pentadbir. Beliau banyak belajar melalui proses hands-on, perkara mengenai pengurusan sekolah dalam pelbagai bidang yang berkaitan. Beliau juga sentiasa berbincang dengan rakan-rakan, berusaha dan tidak segan untuk meminta bantuan daripada mereka yang berpengalaman, meminjam bahan-bahan rujukan di Kementerian dan Jabatan Pelajaran dan membeli buku-buku yang relevan apabila berkesempatan. Beliau banyak mendapatkan tunjuk ajar mengenai pengurusan akaun dan kewangan sekolah serta pengurusan kakitangan. Beliau tidak segan untuk meminta bantuan daripada mereka yang berpengalaman. Baginya sikap merendah diri, mudah mesra, tidak sombong serta ikhlas dalam usaha yang dilakukannya akan berhasil memiliki ilmu yang dicari.Kerana sikap positif ini, beliau mula dijadikan sumber rujukan dan pakar perunding bagi guru-guru yang mula berminat dan berasa terangsang untuk meningkatkan pengetahuan dan status akademik dan pencapaian akademik masing-masing.

Beliau juga menekankan amalan dan budaya membaca di kalangan guru dan pelajar-pelajar. Beliau akan memastikan pelajar-pelajarnya membudayakan amalan membaca dengan mengadakan pelbagai program membaca dan pertandingan membaca untuk menggalakkan guru-guru dan pelajar-pelajar membaca.

Amanah, jujur dan ikhlas

Walaupun dilantik sebagai Pengetua sebelum berumur 27 tahun lagi, namun beliau berusaha untuk menjalankan amanah yang diberi. Beliau menerimanya dengan penuh rasa tanggungjawab. Beliau tidak mahu menghampakan ketua, guru-guru mahupun pelajar-pelajar apatah lagi maruahnya sebagai seorang guru yang diberi keyakinan untuk mengetuai sebuah sekolah menengah. Beliau berusaha untuk melaksanakan tugasnya betul-betul seperti yang dipesan oleh ibunya. Baginya banyak jawatan yang dipegang bukan menjadi masalah tetapi bagaimana cara melaksanakan tugasan yang pelbagai dan bertindan-tindan ini. Perancangan yang rapi, bermaklumat lengkap, melibatkan semua pihak dan telus amat penting.PrihatinBeliau sangat prihatin dengan guru-guru dan pelajar. Apa sahaja masalah yang dihadapi, baik masalah yang berkaitan dengan pengurusan sekolah mahupun mengenai pengajaran dan pembelajaran. Beliau sedia mendengar dan mendapatkan maklumat sebenar sebelum membuat keputusan. Baginya keputusan yang dibuat tanpa maklumat yang lengkap selalunya akan menimbulkan masalah sampingan yang tidak diduga.

Beliau juga mengamalkan usaha melawat pelajar dan berjumpa dengan ibu bapa pelajar yang didapati tidak mempunyai minat belajar dan mempunyai sikap yang negatif. Usaha ini dapat mengeratkan silaturrahim dengan ibu bapa pelajar dan pada masa yang sama dapat mengatasi masalah disiplin pelajar. Beliau juga sanggup mengambil tindakan untuk membeli telur ayam kampung dari pelajar-pelajar yang fakir miskin dan yang memerlukan wang saku.

Pelbagai usaha dan cara beliau lakukan untuk membantu pelajar-pelajarnya. Peristiwa minum kopi antara usahanya dan isteri untuk pelajar-pelajar miskin yang dilihat tidak ke kantin sekolah sewaktu rehat tetapi sebaliknya duduk berbual-bual di belakang sekolah untuk melepaskan masa sebelum baik semula untuk menyambung pelajaran selepas rehat. Mereka tidak mempunyai wang untuk membeli makanan di kantin. Apabila guru menunjukkan keprihatinan mereka kepada pelajar-pelajarnya dengan perbuatan dan kata-kata yang menyentuh perasaan mereka, maka mudahlah guru membentuk perangai, sikap dan menanamkan nilai-nilai murni yang hendak disampaikan.Guru mestilah menunjukkan contoh yang terbaik. Dia mesti memastikan dirinya memiliki nilai-nilai integriti, etika, jujur, ikhlas dan sifat-sifat mahmudah yang lain kerana ia akan menjadi ikutan kepada pelajar-pelajarnya juga kepada masyarakat keseluruhannya. Hj. Jamian bin Hj. Jaafar merupakan guru siswazah lulusan Universiti Malaya dan telah berkhidmat selama lebih kurang 32 tahun. Penempatan pertamanya di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Sri Amar DiRaja Muar, Johor.

Tabah dan sabar

Beliau dilantik sebagai Guru Penolong Kanan Pentadbiran setelah lapan tahun berkhimat tanpa apa-apa elaun memangku atau elaun tanggungan kerja. Walaupun jarak sekolah dengan rumah kediaman sejauh 65 km, ini tidak mematahkan semangatnya malah mengajarnya tentang keinsafan hidup apabila melihat kepayahan pelajar-pelajarnya untuk menuntut ilmu ke sekolah dalam keadaan kemiskinan dan kedaifan.Bersemangat waja dan positif terhadap tugas

Beliau memulakan azam dan tekad untuk mengubah pencapaian SPM di sekolahnya kepada pencapaian 70% walaupun sekolah tersebut bergred C. Beliau mula merancang program dan menggembleng tenaga bersama ibu bapa, agensi-agensi kerajaan dan swasta dan sekolah jiran serta masyarakat setempat dalam melaksanakan aktiviti. Beliau telah mendapat kerjasama yang baik daripada para pelajar, guru dan ibu bapa yang telah mengambil bahagian dalam aktiviti masing-masing dengan penuh iltizam dan kerjasama yang padu.Peranan sebagai ketua sangat penting dalam mengubah sesuatu demi mencapai kecemerlangan sekolah. Beliau membentuk kerja berpasukan yang padu dan kuat dalam melaksanakan segala program yang dirancang dengan sifat-sifat hikmah, sabar dan kasih sayang. Apabila ketua mempunyai ilmu dan keyakinan yang tinggi, ia menjadi faktor yang kuat untuk mengajak semua anak buah dan masyarakat sokongan memberikan kerjasama. Kerjasama yang diberikan oleh semua pihak jika melihat ketuanya sendiri yang membuat program dan sama-sama turun padang memainkan peranan secara langsung.Berani

Beliau berani membentuk imej baru sekolah dengan mengubah nama sekolah, logo dan motto yang baru yang boleh meningkatkan motivasi dan semangat bekerja dan belajar. Beliau telah memperkemaskan sistem pengurusan dengan lebih dinamik, mengubah nama blok bangunan, kawasan, kelas, bilik khas dengan nama-nama yang lebih menarik dan bernilai. Ini menambahan lagi persaingan yang sihat untuk belajar dalam kalangan pelajar antara kelas. Beliau telah merancang program motivasi dan aktiviti kembara yang melibatkan tenaga pakar dalam pengendalian sesi motivasi. Malah beliau sendiri sama-sama bertungkus lumus sepanjang aktiviti itu dijalankan sehingga sanggup tidur di pejabat dengan bertemankan anak dan isterinya. Apa yang penting objektif program ini untuk menanamkan nilai-nilai integriti, kemantapan emosi dan kecerdasan intelektual kerana faktor-faktor inilah akan membawa kejayaan kepada pelajar-pelajarnya.

Bekerja dengan ikhlas

Beliau bekerja dengan ikhlas, tanggungjawab dan bersungguh-sungguh semata-mata kerana Allah dan sangat mengharapkan keredhaan-Nya. Perkara tunjang yang dipegang dan dihayati ialah nilai-nilai integriti kemanusiaan yang bertaut rapat dengan nilai-nilai agama seperti ikhlas, jujur, disiplin, baik sangka, hormat, kasih sayang, adil, benar, amanah, janji dan kerjasama. Ini kerana kesemua ini merupakan nilai penting yang menjanakan cita-cita untuk pembaharuan, kemajuan, kecemerlangan dan kegemilangan dengan izin Allah.

Beliau bertugas di SMK Tawau setelah memperoleh Ijazah Sarjana dari Universiti Leeds, United Kingdom. Beliau telah diberi kepercayaan oleh Menteri Pelajaran Malaysia pada ketika itu iaitu YB Dato Seri Hishamuddin Tun Hussein untuk menubuhkan program khas untuk pemimpin sekolah agar membawa impak yang positif kepada perubahan pengurusan sekolah yang tercicir. Beliau telah menubuhkan Program Latihan Kepimpinan Super (PLKS) dengan ilham Dato Seri sebagai program untuk memperlengkap pengetua yang sedang berkhidmat dengan potensi besar untuk maju. Objektifnya memberi bimbingan dari aspek kepimpinan dan profesional agar mereka mampu mewujudkan sekolah yang berprestasi tinggi.Menilai secara jujur sejauh mana kedudukan mereka sebagai pengetua dengan tujuan mempertingkatkan lagi stail atai hierarki aras kepimpinan masing-masing. Kejayaan kita bersama, kejayaan guru-guru kita.

Keberanian untuk menghadapi perkara yang sebenar untuk melakukan dengan perubahan dan peningkatan diri merupakan satu kualiti yang berkaitan dengan amalan integriti dalam kepimpinan. Bekerjasama dengan sikap merendahkan diri untuk menambahkan ilmu.

Berani kerana benar, takut kerana salahBeliau ditempatkan di sekolah Menengah Vokasional Tawau yang merupakan antara seolah paling tercicir dan terpinggir di Malaysia selain berdepan dengan masalah disiplin, pengurusan sekolah yang dianggap serius, serta pencapaian akademik yang sangat menyedihkan. Beliau telah diugut bunuh oleh seorang kontraktor yang tidak berpuashati terhadapnya kerana menghentikan pembayaran. Tindakan ini dilakukan oleh beliau atas arahan Jabatan Pendidikan Teknikal yang berjaya mengesan syarikatnya terbabit dalam kes rasuah di sekolah. Namun kerana berani, beliau berjaya mempertahankan integriti Kementerian Pendidikan Malaysia. Kisah ini merupakan contoh seorang pendidk yang berusaha melaksanakan tugasnya dengan sebaik dan sejujur mungkin dengan mengamalkan nilai integriti.

Kecemerlangan seolah bermula dengan kehadiran pemimpin yang mempunyai integriti, imperatif moral dan komitmen yang tinggi serti tidak mudah mengalah ketika berhadapan dengan cabaran atau masalah.

Amanah dan tanggungjawab

Kesimpulannya, pengajaran yang baik tidak semestinya bergantung kepada teknik sahaja tetapi pengajaran yang baik ialah hasil daripada identiti dan integriti seseorang guru. Sebagai contoh, kebolehan seorang guru berhubung dengan pelajar dan seterusnya kaitan mereka kepada mata pelajaran berdasarkan pengetahuan dan kepercayaan diri guru serta kerelaan guru memberikan khidmat terbaik untuk pembelajaran.

Daripada pengalaman sebagai guru, cerita-cerita dan refleksi tentang guru yang baik menjurus kepada bukti bahawa semua guru yang baik menggunakan teknik yang sama, iaitu menyampaikan kuliah dan ada pula tidak banyak cakap, ada yang menggunakan bahan dan ada pula menggunakan imaginasi, ada yang menggunakan ganjaran manakala ada yang menggunakan dendaan. Akan tetapi, dalam setiap penceritaan, guru yang baik berkongsi satu tret, iaitu meletakkan heart and soul dan passion dalam tugasnya. Maka guru yang efektif ialah mereka yang dapat menyepadukan diri, mata pelajaran dan pelajar dalam matriks kehidupan kerana mereka mengajar secara bersepadu dan saling melengkapi. Mereka berupaya menjalinkan satu jaringan antara pelajar, mata pelajaran dengan guru sehingga pelajar dapat belajar dan mencorakkan kehidupan dengan sendiri. Yang penting, guru yang efektif mempunyai integriti dan etika untuk bertanggungjawab atas segala tugas yang diberi tanpa pilih kasih dan sesungguhnya akan menjadi seseorang guru itu bertanggungjawab kepada Tuhannya.Tugasan 2 :Perbincangan amalan kendiri akan nilai-nilai integriti dalam melaksanakan tugas di sekolah.

Bincangkan bagaimana anda akan mengamalkan nilai-nilai integriti semasa melaksanakan tugasan anda di sekolah. Perbincangan anda hendaklah memberi contoh-contoh yang sesuai dengan amalan kerja anda di sekolah.