tugasan 1 kal 3033

Upload: wannorazreen

Post on 02-Jun-2018

277 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/11/2019 Tugasan 1 Kal 3033

    1/29

    1

    PPGPJJ SEMESTER 2 SESI 2013/2014

    KAL 3033

    PENDIDIKAN SOSIO EMOSI KANAK-KANAK

    TAJUK TUGASAN

    KUMPULAN:

    UPSI 01 (A132PJJ)

    DISEDIAKAN OLEH

    NAMA NO. ID NO. TELEFON

    NOR AZREEN BINTI RAMLI D 20112053717 019-5040566

    NAMA TUTOR E-LEARNING: PUAN HASHIMAH BINTI HUSSEIN

    TARIKH SERAH: 28HB APRIL 2014

    Konsep kendiri elemen penting untuk perkembangan dirikanak-kanak secara menyeluruh

    PEMARKAHAN

    1 TUGASAN 1

    2 TUGASAN 2

    3 E FORUM

    JUMLAH

  • 8/11/2019 Tugasan 1 Kal 3033

    2/29

    2

    Isi kandungan

    Bilangan Perkara Muka surat

    1. 1.0 Pengenalan 3-4

    2. 2.0 Pengertian Konsep Kendiri

    - 2.1 Konsep Kendiri

    4-8

    3. 3.0 Konsep Asas Pertumbuhan dan Perkembangan

    - 3.1 Prinsip-prinsip pertumbuhan dan perkembangan

    - 3.2 Perkembangan kanak-kanak

    - 3.3 Konsep perkembangan kanak-kanak

    - 3.4 Ciri-ciri perkembangan kanak-kanak

    - 3.5 Perkembangan konsep kendiri kanak-kanak

    9-17

    4. 4.0 Jenis-Jenis Konsep Kendiri

    - 4.1 Konsep Kendiri Positif

    - 4.1.1 Faktor-faktor yang mempengaruhi Konsep Kendiri Positif

    4.2 Konsep Kendiri Negatif

    - 4.2.1Faktor-faktor yang mempengaruhi Konsep Kendiri Negatif

    17-22

    5. 5.0 Faktor-Faktor yang Mempengaruhi Konsep Kendiri

    5.1 Pengaruh Konsep Kendiri Terhadap Tingkah Laku Individu

    5.2 Rumusan Teori Pembelajaran Carl Rogers

    5.3 Cara guru membantu pembentukan konsep kendiri positif

    22-26

    6. 6.0 Kesan-kesan Positif dan Negatif Konsep Kendiri 26-27

    7. 7.0 Penutup 28

    8.0 Rujukan 29

  • 8/11/2019 Tugasan 1 Kal 3033

    3/29

    3

    Soalan / Arahan

    TUGASAN 1

    Konsep kendiri elemen penting untuk perkembangan diri kanak-kanak secara menyeluruh

    1.0 PENDAHULUAN

    Pembangunan kendiri merupakan aspek yang amat penting khususnya dalam menghadapi

    arus globalisasi dunia semasa. Dengan adanya pengetahuan yang mendalam terhadap aspek

    pembangunan kendiri, seseorang dapat mempersiapkan dirinya secara mental untuk

    menghadapi cabaran yang wujud dalam arus semasa. Setiap individu pasti ada anggapan

    terhadap diri sendiri dan bagaimana orang lain memandang dirinya. Konsep kendiri adalah

    adalah merujuk tentang apa yang ada pada diri individu tersebut atau personalitinya. Oleh

    yang demikian, konsep kendiri merupakan satu eleman yang amat penting dalam diri setiap

    individu kerana kerana ianya akan digunakan untuk meramalkan apa yang akan berlaku

    terhadap individu tersebut pada masa hadapan. Konsep kendiri juga dikatakan banyak

    membantu individu untuk membuat keputusan bagi menentukan tindakan yang akan diambil

    pada masa hadapan. Seseorang murid dikelilingi oleh persekitaran sosial yang bertindak

    mempengaruhinya membuat keputusan dan menentukan masa depan. Agen-agen persekitaran

    seperti ibu bapa, guru dan rakan sebaya merupakan agen yang mempengaruhi seseorang

    pelajar. Agen-agen tersebut membantu seseorang kanak-kanak bertindak hasil daripada apa

    yang difikirkan dalam mindanya.

    Rogers (1951) adalah tokoh penting yang membicarakan tentang konsep kendiri.

    Melalui Terapi Pusatan Klien beliau mengemukakan teori konsep kendiri yang dikatakan

    lebih bersifat kemanusiaan. Pada asas setiap individu sama ada pelajar dan bukan pelajar

    adalah golongan yang dilahirkan lengkap, berbudi dan boleh dipercayai. Dalam erti kata lain,

    setiap individu yang baru dilahirkan adalah diibaratkan seperti kain putih. Agen-agen yang

  • 8/11/2019 Tugasan 1 Kal 3033

    4/29

    4

    berada disekelilingnya akan mencorakkan kain putih tersebut mengikut corak yang diminati

    mereka.

    Dalam kehidupan seharian seorang pelajar, mereka pastinya akan menempuh

    pelbagai bentuk interaksi dengan persekitaran. Oleh kerana itu, pelajar tersebut akan

    membuat keputusan dan menentukan apakah tinadakan yang akan diambil. Apabila berlaku

    interaksi pelajar dengan persekitarannya, maka konsep kendiri akan timbul dan mula

    terbentuk dalam diri setiap pelajar . Selain itu, sifat kendiri bagi seseorang individu juga

    boleh terbentuk apabila seseorang itu membayangkan dan mengambil nilai-nilai yang

    terdapat pada orang lain dan menjadikan nilai tersebut sebagai nilai dirinya sendiri. Lama

    kelamaan sifat kendiri itu akan menjadi semakin tekal. Seseorang individu akan bertindakmengikut apa yang dipegangnya. Dalam kehidupan seharian seseorang individu akan

    berhadapan dengan perkara yang sentiasa bertentangan dengan sikap kendiri dirinya.

    Tentangan ini boleh dianggap sebagai satu bentuk ancaman kepada struktur kendiri yang

    terbentuk dalam diri seseorang.

    2.0 PENGERTIAN KONSEP KENDIRI

    Konsep kendiri merupakan suatu konsep dalam menentukan personaliti seseorang individu

    itu. Konsep kendiri ini bermula ketika seorang kanak-kanak mula untuk membesar. Lazimnya

    mereka sudah mula bertanya pada dirinya sendiri seperti siapakah saya , sukakah saya

    pada diri saya sendiri . Kebanyakkan soalan dan persoalan yang muncul adalah berkaitan

    dengan diri sendiri. Konsep kendiri adalah merupakan sesuatu yang kompleks. Antara fungsi-fungsi konsep kendiri ialah untuk penilaian kendiri. Sebagai contoh, seseorang individu itu

    akan berfikir adakah saya lakukan dengan betul?. Selain darip ada itu, ia juga berfungsi

    sebagai penentuan dalaman serta luaran seseorang itu.

    Definisi konsep kendiri adalah penilaian seseorang ke atas dirinya sendiri atau

    bagaimana ia menganggap tentang dirinya sendiri sama ada secara positif atau negatif. Untuk

  • 8/11/2019 Tugasan 1 Kal 3033

    5/29

    5

    membina konsep kendiri seseorang itu juga menerima penilaian daripada orang lain. Ia

    meliputi persepsi tentang diri dan alam sekelilingnya melalui dirinya dan juga perasaan

    tentang kebolehannya meliputi keyakinan dan harga dirinya.

    Menurut David Shaffer, konsep kendiri adalah kombinasi antara fizikal dan

    psikologikal yang dianggap sebagai sesuatu yang unik pada setiap individu. Beliau

    menggunakan istilah looking glass self untuk menegaskan bahawa seseorang itu

    memahami dirinya seperti pantulan. Pantulan di sini bermaksud bagaimana orang lain

    bergerak balas dan memberi respon terhadap diri mereka.

    Carl Rogers (1950), beliau mendefinisikan konsep kendiri sebagai suatu gambaran

    persepsi seseorang tentang ciri-ciri dan kebolehannya, persepsi dan konsep kendiri

    berbanding dengan orang lain dan persekitarannya.

    Kanak-kanak

    Proses Tumbesaran

    @: sedar tentang objek dan peristiwa di luardunianya melalui interaksi dengan

    Timbul kesedaran tentang aku berkaitan dengan kewujudandirinya

    Wujud nilai melaluien alamann a

  • 8/11/2019 Tugasan 1 Kal 3033

    6/29

    6

    Dari segi psikologi, Hall dan Landsay yang dipetik oleh Staats (1963), mereka

    berpendapat konsep kendiri boleh dilihat dalam dua cara iaitu, tanggapan diri seseorang

    individu dan proses yang menentukan tingkah laku seseorang individu.

    H.V Perkins dalam bukunya Human Development and Learning (1974), berpendapat

    konsep kendiri (konsep kendiri) terdiri daripada persepsi, kepercayaan, perasaan, sikap serta

    nilai yang khusus dipegang oleh seseorang individu tentang dirinya.

    Tanggapan diri

    (minat, sikap, nilaidan lain-lain )

    Konsep

    kendiri

    Proses yangmenetukantin kah laku

    Kanak-kanak kesejukan yang dipeluk oleh ibunya

    Melalui pengalaman kanak-kanak berpersepsi

    1. Dipeluk ibu sesuatu yang menyeronokkan

    2. Kesejukan situasi yang tidak menyeronokkan

    Pengalaman (dipeluk semasa kesejukan)

    Kanak-kanak pelajari tentang nilai +ve dan -ve

  • 8/11/2019 Tugasan 1 Kal 3033

    7/29

    7

    Menurut Vernon (1980), konsep kendiri ialah pandangan kekuatan dan kelemahan diri

    sendiri serta disokong dalam maklum balas tentang dirinya daripada orang lain.

    Manakala, Stewat dan Friedman (1987) menghuraikan konsep kendiri sebagai

    tanggapan individu terhadap indentitinya yang berbeza dengan individu yang lain sejak di

    peringkat bayi.

    Popplestone dan McPherson (1988) berpendapat konsep kendiri ialah intehrasi

    pengetahuan bersama dengan reaksi seseorang yang membezakan dirinya daripada individu

    lain.

    Amir Awang (1991) berpendapat konsep kendiri ialah integrasi penilaian diri sendiri,

    penilaian orang lain dan penilaiannya tentang tanggapan orang lain terhadap dirinya.

    Berdasarkan huraian-huraian di atas, maka konsep kendiri boleh dirumuskan sebagai

    persepsi diri dari segi penilaian, pandangan, tanggapan, kepercayaan, termasuk kekuatan dan

    kelemahan diri sendiri. Ia dibentuk daripada hasil interaksi dengan keluarga, guru, sekolah,

    rakan sebaya dan masyarakat serta pengalaman dan penyesuaian diri dengan persekitaran.

    Konsep kendiri ini sememangnya mempengaruhi segala tingkah laku seseorang

    individu. Gaya interaksi seseorang individu dalam persekitaran sedikit sebanyak dapatmencerminkan konsep kendirinya.

    Konsep kendiri terbahagi kepada tiga iaitu:

    1) Pengetahuan kendiri (self-knowledge) : Apakah yang kanak-kanak tahu tentang

    dirinya.

    2) Penilaian kendiri (self-evaluation) : Apakah faktor-faktor yang mempengaruhi

  • 8/11/2019 Tugasan 1 Kal 3033

    8/29

    8

    pandangan kanak-kanak terhadap dirinya.

    3) Pengaturan kendiri (self-regulation) : Bagaimana dan bila kanak-kanak memperoleh

    kawalan diri.

    2.1 Konsep Kendiri

    Konsep kendiri merujuk modul sosioemosi ialah suatu konsep yang kompleks. Secara

    umumnya, konsep kendiri boleh didefinisikan sebagai anggapan menyeluruh tentang diri

    sendiri, sama ada positif atau negatif. Menurut Harter (1983) dalam buku Personaliti :

    Becoming a Person, konsep kendiri ialah agen perkembangan diri individu terutamanya

    kanak-kanak. Kanak-kanak akan berkembang sebagai objek iaitu merupakan sesuatu yang

    unik dan boleh diperhatikan tahap perkembangannya. Oleh itu ini memerlukan kerjasama

    daripada banyak pihak supaya konsep kendiri kanak-kanak subur secara positif.

    Terdapat pelbagai pendapat berkaitan tentang perkembangan diri kanak-kanak dan

    kebanyakkanya bersetuju mengatakan bahawa tahap perkembangan pengetahuan kendiri

    terbahagi kepada 4 peringkat iaitu sejak bayi hinggalah remaja. Pada peringkat bayi,

    pengenalan kendiri kendiri berkembang dan menjadi kukuh serta dapat mengkategorikan

    manusia mengikut sifat seseorang itu mula menggunakan kenyataan yang menunjukkan

    penilaian kendiri. Bagi kanak-kanak peringkat pertengahan, mereka sudah dapat memahami

    tingkah laku yang mungkin berbeza daripada perasaan dan motif contohnya ialah seseorang

    yang tersenyum tapi tak bermakna orang itu sedang gembira. Kanak-kanak peringkat akhir pula akan mengalami kendiri yang stabil.

    Menurut Bandura (1977), kanak-kanak pada permulaannya tidak memahami akan

    proses yang berlaku pada dunia sosial mereka. Ibu bapalah yang berperanan untuk

    menjelaskan kepada kanak-kanak tersebut kerana ini dapat membantu kanak-kanak belajar

    tentang tahap keupayaan atau efektif-kendiri. Penggunaan tanda-tanda rangsangan ini hanya

  • 8/11/2019 Tugasan 1 Kal 3033

    9/29

  • 8/11/2019 Tugasan 1 Kal 3033

    10/29

    10

    2. Pertumbuhan struktur fizikal mendahului kemahiran fungsinya.

    3. Pertumbuhan secara menyeluruh mendahului secara khusus.

    4. Corak pertumbuhan dan perkembangan adalah sama tetapi kadarnya adalah berbeza

    pada setiap individu.

    5. Pertumbuhan berlaku hingga satu tahap, tetapi perkembangan berlaku secara

    berterusan hingga ke akhir hayat.

    6. Pertumbuhan dan perkembangan saling berinteraksi. Pertumbuhan jasmani yang

    kurang sihat boleh menjejaskan perkembangan rohani, emosi dan sosial.

    7. Ciri-ciri pertumbuhan dan perkembangan boleh ditentukan mengikut peringkat-

    peringkat berikut:

    (a) Peringkat pralahir (dalam kandungan 9 bulan)

    (b) Peringkat bayi (0-2 tahun)

    (c) Peringkat awal kanak-kanak (2-6 tahun)

    (d) Peringkat akhir kanak-kanak (6-11 tahun)

    (e) Peringkat awal remaja (11-15 tahun)

    (f) Peringkat akhir remaja (15-21 tahun)

    (g) Peringkat dewasa (21-60 tahun)

    (h) Peringkat tua (60 tahun ke atas)

    8. Perkembangan mental bermula daripada konkrit kepada abstrak.

    9. Perkembangan daripada egosentrik kepada menerima pandangan orang lain.

    3.2 Perkembangan kanak-kanak

    Pada amnya, perkembangan kanak-kanak boleh dibahagikan kepada tiga peringkat seperti

    berikut :

    1. Peringkat bayi (0-2 tahun)

    2. Peringkat awal kanak-kanak (2-6 tahun)

    3. Peringkat kanak-kanak (6-12 tahun)

    Setiap peringkat kanak-kanak tersebut biasanya mengalami perkembangan yang unik

    dalam aspek-aspek seperti psikomotor, mental, emosi, sosial dan bahasa. Berikut ialah

  • 8/11/2019 Tugasan 1 Kal 3033

    11/29

    11

    huraian secara ringkas tentang aspek-aspek perkembangan kanak-kanak secara menyeluruh

    dalam ketiga-tiga peringkatnya.

    Aspek perkembangan Psikomotor (Jasmani)

    Peringkat Umur(Tahun)

    Aspek Perkembangan Psikomotor

    Bayi 0-2 Mula memperolehi koordinasi dan kawalan otot. Tulang masihlembut.

    Mula mengenal objek dalam alam sekitar melalui organ deriadan tangan.

    Mula membezakan suara daripada keluarga dan orang lain.

    Penglihatan dan pendengaran masih belum dikembangkandengan sempurna.

    AwalKanak-kanak

    2-6 Tubuh badan menjadi lebih besar, lebih tegap dan lebih tinggi. Mempunyai satu set gigi susu. Semakin aktif dengan menggunakan kaki dan tangannya. Otak berkembang menjadi lebih besar dan lebih terkawal.

    Kanak-kanak

    6-12 Penyelarasan motor dan kawalan tubuh badan bertambah baik. Otot mata sudah matang untuk membaca. Pendengaran bertambah tajam dan boleh membezakan bunyi-

    bunyi yang berlainan. Sel-sel otak telah mencapai 60% berat orang dewasa.

    Aspek perkembangan Mental (Kognitif)

    Peringkat Umur(Tahun)

    Aspek Perkembangan Mental

    Bayi 0-2 Mula mengenal objek dalam alam sekitar denganmenggunakan organ deria dan gerak geri.

    Mula mengaitkan objek dengan kata-kata.Awal

    Kanak-kanak

    2-6 Mula menggunakan bahasa sebagai ganti gambaran benda. Boleh membentuk konsep yang mudah. Mempunyai imaginasi yang fantastik dalam dunia pura-pura. Mula boleh mengelaskan objek berdasarkan ciri-ciri amnya.

    Kanak-kanak

    6-12 Menguasai konsep pengekalan tentang nombor, berat danisipadu.

    Boleh mengenal pasti objek dalam alam sekitar danhubungannya dengan simbol bahasa.

  • 8/11/2019 Tugasan 1 Kal 3033

    12/29

    12

    Aspek perkembangan Emosi dan Sosial

    Peringkat Umur(Tahun)

    Aspek Perkembangan Emosi dan Sosial

    Bayi 0-2 Mempunyai rasa senang, rasa gelisah dan rasa keselamatan. Mula ada perasaan cemburu dan iri hati.

    AwalKanak-kanak

    2-6 Emosinya cepat berubah dan tidak kekal lama. Mempunyai perasaan takut apabila menghadapi situasi baru. Perasaan cemburu semakin bertambah. Suka bermain sendiri. Hanya suka bergaul dengan saudara mara yang seusia.

    Kanak-kanak

    6-12 Mula sedar tentang perasaan yang lain. Emosi semakin stabil. Suka bergaul dengan rakan sebaya. Suka bermain secara berpasukan.

    Aspek perkembangan Bahasa

    Peringkat Umur(Tahun)

    Aspek Perkembangan Bahasa

    Bayi 0-2 Mengeluarkan bunyi menunjukkan rasa kurang senang. Mengulang-ulang bunyi yang sama. Meniru suku kata yang mudah.

    AwalKanak-kanak

    2-6 Boleh meniru dan menyebut ayat yang mudah. Boleh menyatakan idea dengan melukis gambar.

    Kanak-kanak

    6-12 Boleh menggunakan simbol bahasa untuk menghubungkanobjek.

    Memperoleh kemahiran pertuturan dalam pergaulan sosial.

    Teori-teori perkembangan

    Teori kematangan biologi : Arnold Gesell (1880-1961)

    Mengikut Teori perkembangan kanak-kanak, Gesell merumuskan:

    1. Baka dan kematangan adalah faktor yang penting dalam menentukan perkembangan

    kanak-kanak.

  • 8/11/2019 Tugasan 1 Kal 3033

    13/29

    13

    2. Perkembangan kanak-kanak adalah unik dan berbeza di antara satu sama lain.

    3. Perkembangan kanak-kanak adalah melalui beberapa peringkat tertentu.

    4. Kanak-kanak akan menunjukkan tingkah laku yang kurang stabil apabila mereka mula

    memasuki peringkat baru kerana menghadapi pengubahsuaian kemahiran

    koordinasinya.

    5. Tempoh lima tahun yang pertama merupakan tempoh perkembangan kanak-kanak

    dalam aspek fizikal, mental, emosi dan sosial. Tempoh ini paling penting untuk

    pendidikannya pada masa depan.

    Gensell mengenal pasti lima peringkat perkembangan kanak-kanak dalam tempoh

    lima tahun yang pertama sejak lahir, iaitu:

    Peringkat Ciri-ciri perkembanganPertama

    (0-1 tahun) Kematangan emosi mula berlaku 1 bulan melalui isyarat

    tangisan dan senyuman. Kematangan fizikal mula berlaku pada umur 4 bulan melalui

    pergerakan mata. Perkembangan mengikut mekanisme kawalan kendiri.

    Kedua

    (1-2 tahun)

    Kematangan mental dan fizikal meningkat dan ditunjukkan

    dengan kemahiran menggunakan perkataan mudah. Kematangan fizikal berkembang lebih cepat dengan mula

    berjalan diikuti dengan berlari.Ketiga

    (2-3 tahun) Mula bentuk sikap berdikari semasa makan, minum dan lain-

    lain. Mula menggunakan ayat yang mudah.

    Keempat(3-4 tahun)

    Kematangan fizikal berkembang dalam aktiviti permainan. Keupayaan melaksanakan tugas harian.

    Kelima

    (4-5 tahun)

    Kematangan emosi dan sosial ditunjukkan dalam interaksi

    denga rakan sebaya. Kematangan mental ditunjukkan melalui soalan-soalan

    dikemukakan.

    3.3 Konsep perkembangan kanak-kanak

  • 8/11/2019 Tugasan 1 Kal 3033

    14/29

    14

    Santrock (2008) dalam Haliza Hamzah dan Joy N. Samuel mentafsirkan bahawa

    perkembangan sebagai perubahan dalam corak biologi, kognitif dan sosioemosi individu

    yang bermula daripada peringkat percambahan sehingga ke akhir hayat. Perkembangan dapat

    didifenisikan sebagai perubahan-perubahan yang sistematik secara berterusan dalam diri

    seseorang bermula daripada tarikh lahir sehinggalah kematiannya. Ini adalah perubahan

    kualitatif yang berlaku secara progresif dalam diri manusia. (Dr. Ragbir Kaur,2008).

    Karl E. Garrison menyatakan bahawa perkembangan terhasil daripada tindakan yang

    saling berkait antara perkembangan jasmani dan pembelajaran. Sama ada berbentuk struktur,

    kemahiran satu siri tingkah laku ataupun keseluruhan sahsiah, semua perkembangan ini

    mengikut beberapa aturan semula jadi dan mempunyai sifat-sifat yang sejagat. Perkembangan

    boleh disifatkan secara ringkasnya sebagai pengaliran yang saling berkait antara perubahan

    kuantitatif dan perubahan kualititatif yang menuju ke arah yang dijangkakan.

    3.4 Ciri-ciri perkembangan kanak-kanak

    Perkembangan biasanya mempunyai beberapa ciri-ciri yang boleh dilihat. Antara ciri-ciri

    perkembangan yang penting adalah seperti berikut:

    Proses perubahan yang berlaku akibat tindakan yang saling berkait antara

    perkembangan jasmani dan pembelajaran.

    Perubahan dari segi jasmani, emosi, mental dan sosial dan bersifat kualitatif.

    Perubahan-perubahan adalah dari segi fungsi.

    Proses perkembangan membawa perubahan ke arah sifat-sifat yang sejagat sertamengikut aturan semulajadi. Contohnya, seseorang kanak-kanak kecil berupaya

    meniarap sebelum merangkak, duduk sebelum berdiri dan berjalan sebelum berlari.

    Proses perkembangan berlaku secara berterusan sepanjang hayat seseorang individu.

    Perubahan tingkah laku berlaku secara berterusan menerusi peringkat-peringkat

    kematangan yang tertentu.

    Peringkat-peringkat perkembangan membawa ke arah perubahan tertentu seperti yang

    telah dijangkakan.

  • 8/11/2019 Tugasan 1 Kal 3033

    15/29

    15

    Perkembangan biasanya dipengaruhi oleh baka dan persekitaran. Baka akan

    menentukan had perkembangan manakala persekitaran akan menolong perkembangan

    mencapai tahap maksimum.

    3.5 Perkembangan konsep kendiri kanak-kanak

    Umur Perkembangan kanak-kanak

    1-2

    tahun

    Pengenalan kendiri berkembang dan menjadi kukuh

    Dapat mengkategorikan objek, tubuh badan, manusia mengikut sifat

    seseorang itu.

    Mula menggunakan kenyataan yang menunjukkan penilaian kendiri

    3-5

    tahun

    Penghargaan kendiri yang tinggi

    Perhubungan persahabatan yang konkrit

    Strategi penyelesaian masalah yang luas

    Percaya akan pemerhatian orang lain membentuk perspektif mereka.

    6-10

    tahun

    Konsep kendiri menekankan ciri -ciri personaliti .

    Penghargaan kendiri menurun apabila membuat perbandingan,kemudiannya naik semula.

    Perhubungan persahabatan menekankan kepercayaan dan bantuan

    strategi penyelesaian masalah yang teliti, berpandu kepada

    keperluan.

    Khusus sesuatu masalah

    Menekankan kecekapan dalam pergaulan sosial.

  • 8/11/2019 Tugasan 1 Kal 3033

    16/29

  • 8/11/2019 Tugasan 1 Kal 3033

    17/29

    17

    kanak ibu bapalah yang memainkan peranan yang penting. Harga diri (self-esteem)

    merupakan konsep kendiri yang penting diperingkat kanak-kanak dan ianya adalah selari

    dengan konsep kendiri itu sendiri. Bagi mereka yang ingin berjaya dalam kehidupan pada

    masa yang akan datang, kata kunci yang harus dipegang adalah self-esteem. Ini adalah kerana

    self-esteem dapat memahami bagaimana diri kita yang sebenarnya. Kanak-kanak yang

    mempunyai self-esteem yang tinggi merupakan kanak-kanak yang berkebolehan dan

    kompentensi. Mereka juga berkeupayaan dalam mengurus emosi positif dan negatif secara

    berkesan malah boleh membantu rakan-rakan yang lain.

    Kanak-kanak dalam lingkungan usia 3 hingga 5 tahun mempunyai sifat kendiri saya

    (pengetahuan tentang diri sendiri dan penilaian sifat kendiri) iaitu kebolehan, kelakuan, sifat

    dan nilai yang memaparkan dirinya sebagai seorang individu yang berlainan daripada orang

    lain. Manakala bagi kanak-kanak berumur 4 hingga 7 tahun, mereka dapat memberikan

    gambaran penuh merangkumi semua dimensi mengenai dirinya selain mempunyai kebolehan

    tertentu dari segi fizikal, intelektual, tanggungjawab sosial, serta menyelesaikan permainan

    cantuman. Mereka mula mengira, lebih banyak mengetahui hal sekolah, memanjat, bermain

    lompat-tali dan juga mempunyai ramai kawan. Namun begitu, pada peringkat ini mereka

    masih belum lagi mengetahui kelemahan mereka.

    4.0 JENIS-JENIS KONSEP KENDIRI

    KONSEP KENDIRI

    KONSEP KENDIRI

    POSITIF

    KONSEP KENDIRI

    NEGATIF

  • 8/11/2019 Tugasan 1 Kal 3033

    18/29

    18

    Terdapat dua jenis konsep kendiri iaitu konsep kendiri positif dan negatif. Konsep kendiri

    positif bermaksud seseorang itu percaya dan yakin kepada diri sendiri secara lebih sihat,

    mempunyai minat yang baik dan objektif serta tidak terlalu sensitif. Ia juga meliputi sikap

    terbuka dan memberi pandangan jika wujud keadaan yang tidak baik dan stabil di mana ia

    boleh menyesuaikan diri dalam pelbagai situasi.

    Sekiranya konsep kendiri dalam diri seseorang itu positif, maka individu itu dapat

    menilai dan memberi pendapat mengenai dirinya secara sedar tentang kebaikan dan

    kekurangannya, individu tersebut juga dapat menerima maklum balas daripada orang lain

    tentang dirinya. Ciri-ciri yang boleh dilihat dalam diri seseorang individu yang memiliki

    konsep kendiri positif adalah menghargai, memuji orang lain, berpuas hati dengan pencapaian, murah hati, mudah berkawan, berpuas hati dengan apa yang ada pada dirinya,

    berpuas hati dengan barang-barang kepunyaannya, peramah, berfikiran terbuka dan

    optimistik, mudah menyesuaikan diri dengan persekitaran, mempunyai emosi yang stabil,

    tenang dalam menghadapi cabaran dan dugaan serta berkeyakinan tinggi dalam setiap bidang

    yang diceburi.

    Konsep kendiri negatif bermaksud seseorang individu itu sering merasa rendah diri

    akibat mempunyai sahsiah yang tidak seimbang di mana individu seperti ini bersifat pasif

    dengan tidak suka bergaul atau bekerjasama dengan orang lain. Individu ini juga kurang

    berkeyakinan terhadap diri sendiri dan tidak berani untuk mencuba. Individu yang

    mempunyai konsep kendiri negatif mempunyai ciri-ciri yang cenderung untuk merasa salah,

    takut kepada kegagalan, dan sering merasa bimbang.

    4.1 Konsep Kendiri Positif

    Jika kita perhatikan seseorang yang sering dikaitkan dengan kejayaan dalam hidup

    ialah mereka yang dapat membina konsep kendiri yang positif. Sebagai contoh, kanak-kanak

    yang mempunyai konsep kendiri yang positif akan sentiasa menerima layanan dan perhatian

  • 8/11/2019 Tugasan 1 Kal 3033

    19/29

    19

    yang baik sama ada daripda ahli keluarga, saudara mara, jiran, pengasuh mahupun orang

    yang berada disekelilingnya.

    Kanak-kanak dalam kumpulan kendiri positif ini akan sentiasa mengalami lebih

    banyak kejayaan berbanding dengan kegagalan. Kanak-kanak yang memiliki konsep kendiri

    positif juga sering berasa gembira, berkeyakinan dan mempunyai kepercayaan yang penuh

    terhadap dirinya sendiri untuk melakukan sesuatu. Selain itu, kanak-kanak ini bersifat

    optimistik, lebih terbuka sikapnya serta sedia menerima pendapat dan kritikan orang lain. Dia

    jua bersifat relak, mudah berinteraksi dengan orang lain serta senang didampingi. Kanak-

    kanak ini juga dikatakan sentiasa tenang dan stabil serta seimbang dari segi emosinya.

    4.1.1 Faktor-faktor yang mempengaruhi Konsep Kendiri Positif

    Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi terbentuknya konsep kendiri yang

    positif di dalam diri seseorang kanak-kanak. Pertamanya ialah sentiasa memperoleh ganjaran

    yang positif seperti pujian yang membina, hadiah dan sebagainya apabila melakukan sesuatu

    sama ada mendapat kejayaan mahupun kegagalan. Peneguhan yang paling berkesan adalah

    datangnya daripada ibu bapa kerana mereka merupakan orang yang paling dekat dengan

    individu tersebut. Di ant ara peneguhan yang positif ialah : bagus cuba lagi yang lebih baik,

    pandai anak ibu, dan sebagainya.

    Kanak-kanak yang sentiasa mendapat kasih sayang dan layanan yang baik daripadaibu bapa dan keluarga juga berkemungkinan besar akan dapat membentuk konsep kendiri

    yang positif. Hal ini adalah kerana kanak-kanak tersebut tidak akan merasa kekurangan dan

    kekosongan dalam hidupnya. Mereka akan sentiasa merasa dihargai dan merasa ada orang

    yang ada bersama-samanya dalam melakukan sesuatu. Keadaan dan persekitaran keluarga

    juga turut mempengaruhi seseorang individu dalam membentuk konsep kendiri yang positif.

    Keadaan keluarga yang stabil dan harmoni akan membantu seseorang membina konsep

    kendiri yang baik.

  • 8/11/2019 Tugasan 1 Kal 3033

    20/29

    20

    Sekiranya keluarga berada dalam keadaan yang harmonis dan ceria, setiap daripada

    ahli keluarga akan berasa selamat dan gembira dilahirkan dalam keluarga tersebut. Selain itu,

    kanak-kanak yang sering mendapat pengiktirafan sama ada daripada ahli keluarga, saudara

    mara, jiran, pengasuh dan orang sekelilingnya berjaya membentuk konsep kendiri positif.

    Kanak-kanak ini akan sentiasa dalam keadaan riang dan gembira kerana dpat membuatkan

    orang yang berada di persekitarannya mempercayai dan yakin dengan kebolehannya.

    Keyakinan yang tinggi yang ada dalam diri kanak-kanak itu sendiri juga dapat

    membentuk konsep kendiri yang positif dalam dirinya. Ini kerana kepercayaan yang kuat danteguh kepada diri sendiri akan menyebabkan kanak-kanak terbabit berusaha untuk melakukan

    yang terbaik untuk dirinya tanpa merasa takut dan malu apabila mengalami kegagalan.

    4.2 Konsep Kendiri Negatif

    Jika dilihat pula kanak-kanak yang sering dikaitkan dengan kegagalan sama ada

    dalam apa bidang sekalipun biasanya tidak lari dari konsep kendiri yang negatif. Berbeza

    penampilannya dengan individu yang mempunyai konsep kendiri yang positif di mana kanak-

    kanak jenis ini akan sentiasa berasa tidak puas hati, tidak gembira, cepat merajuk serta

    perasaannya mudah tersinggung.

    Kanak-kanak seperti ini sering dimarahi ataupun dikritik sama ada oleh ibu bapa,

    saudara mara, jiran, pengasuh dan sesiapa sahaja yang berada di persekitarannya. Mereka

    juga kurang menerima kasih sayang atau perhatian. Mereka biasanya kurang diterima oleh

    ahli keluarga, saudara mara, jiran, pengasuh mahupun orang lain.

    Keadaan ini akan memburukkan lagi keadaan di mana kanak-kanak tersebut akan

    berasa dirinya mempunyai aras keyakinan yang rendah. Seterusnya keadaan ini akan

  • 8/11/2019 Tugasan 1 Kal 3033

    21/29

    21

    menyebabkan kanak-kanak berkenaan membentuk sifat rendah diri dalam dirinya. Akibat

    daripada itu, kanak-kanak tersebut akan menjadi seorang yang pasif, sentiasa dalam keadaan

    yang muram dan tidak mudah untuk bergaul dengan orang lain.

    Mereka yang tergolong dalam golongan kanak-kanak yang mempunyai konsep

    kendiri negatif ini lazimnya suka melakukan kerja-kerja yang mudah dan senang untuk

    menjamin kejayaan. Mereka juga suka bergaul dan bermain dengan individu yang lebih muda

    darinya yang mempunyai kemampuan intelektual yang rendah. Apa yang amat menyedihkan,

    kanak-kanak ini amat mudah dipermainkan oleh orang lain.

    4.2.1Faktor-faktor yang mempengaruhi Konsep Kendiri Negatif

    Seperti mana yang kita ketahui seseorang yang baru dilahirkan masih belum

    mempunyai konsep kendiri. Konsep kendiri yang kita ketahui terbentuk daripada proses

    berinteraksi dengan orang lain sama ada konsep kendiri positif ataupun negatif.

    Konsep kendiri yang negatif lahir daripada kurangnya kasih sayang, perhatian dan

    belaian daripada ibu bapa, saudara mara, pengasuh ataupun orang dewasa yang lain. Ini

    mengakibatkan wujudnya perasaan tidak dipunyai serta kekurangan dalam diri kanak-kanak

    tersebut. Daripada perasaan ini akan lahirlah suatu penerimaan yang negatif dalam diri dan

    akhirnya akan membentuk satu yang dinamakan konsep kendiri yang negatif.

    Suasana keluarga juga merupakan faktor yang boleh mendorong kepada pembentukan

    konsep kendiri. Sekiranya suasana keluarga yang bahagia dan harmoni akan dapat

    membentuk konsep kendiri yang positif maka keadaan keluarga yang sebaliknya pula akan

    membentuk konsep kendiri yang negatif. Ini kerana keadaan keluarga yang kucar-kacir serta

    dengan keadaan ibu bapa yang sering bergaduh dan tidak memberikan perhatian dan kasih

    sayang yang sepenuhmya kepada anak-anak menyebabkan anak-anak yang sedang membesar

  • 8/11/2019 Tugasan 1 Kal 3033

    22/29

    22

    berasa tidak selamat berada dalam keluarga tersebut. Perasaan ini pula akan menyebabkan

    anak-anak sentiasa dalam keadaan ketakutan serta kerungsingan dan seterusnya akan

    terbentuklah konsep kendiri yang negatif.

    Keadaan sosioekonomi keluarga yang rendah berbanding dengan keluarga lain juga

    merupakan satu punca yang mengakibatkan terbentuknya konsep kendiri yang negatif.

    Kanak-kanak tersebut akan berasa rendah diri kerana keperluan dan kehendaknya tidak dapat

    dipenuhi oleh keluarganya seperti keluarga yang lain.

    Seterusnya aspek fizikal yang tidak sempurna juga dapat membentuk konsep kendiri

    yang negatif. Kecacatan yang dimiliki akan dirasakan sebagai penghalang kepadanya untuk

    bergaul dan menyertai aktiviti-aktiviti seperti orang lain. Keadaan ini akan menyebabkan

    kanak-kanak tersebut akan berasa rendah diri dan merasakan bahawa dirinya tidak berguna

    kepada orang lain.

    5.0 FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PEMBENTUKAN KONSEPKENDIRI

    Sebagaimana yang telah dihuraikan, pembentukan konsep kendiri ini adalah berdasarkan

    kepada persepsi-persepsi diri dan orang lain terhadapnya, maka faktor-faktor yang

    mempengaruhi pembentukan konsep kendiri adalah berkait rapat dengan sistem psikofizikal,

    alam sekitar dan interaksi sosial seseorang individu. Antara faktor-faktor yang bolehmempengaruhi pembentukan konsep kendiri ialah:

    1. Pengaruh baka ke atas ciri-ciri fizikal serta kecerdasan.

    2. Bentuk tubuh badan mempengaruhi sahsiah.

    3. Keadaan fizikal mempengaruhi perubahan tingkah laku.

    4. Emosi mempengaruhi perasaan.

  • 8/11/2019 Tugasan 1 Kal 3033

    23/29

    23

    5. Pengaruh keluarga membentuk sikap dan kepercayaan.

    6. Kebudayaan mempengaruhi persepsi diri dan persepsi orang lain terhadapnya.

    7. Pengaruh sekolah yang mengubah tingkah laku sesuai dengan aspirasi kumpulan

    sebaya atau gurunya.

    8. Status social keluarga mempengaruhi pembentukan konsep kendiri seseorang.

    5.1 Pengaruh Konsep Kendiri Terhadap Tingkah Laku Individu

    Konsep kendiri banyak mempengaruhi tingkah laku manusia ke arah penyesuaian sendiri

    iaitu:

    a) Penerimaan atau penolakan diri

    b) Penghargaan kendiri

    Seseorang yang dapat menyesuaikan diri ke arah penerimaan kendiri biasanya

    berperasaan kasih sayang dengan keluarga, kawan ataupun gurunya di sekolah. Perasaan

    yang dirasainya ialah bahawa dia telah diterima dan dihargai oleh orang-orang yang

    berinteraksi dengannya. Perasaan ini akan membawanya menerima dan menghargai dirinya.

    Sebaliknya, jika seseorang individu berasa kurang mendapat penerimaan daripada

    orang-orang yang berinteraksi dengannya, maka dia akan bersikap penolakan diri. Sikap ini

    akan membawa kesan negatif dalam usahanya mengatasi masalah hidup yang dihadapinya.

    Penghargaan kendiri timbul daripada penilaian terhadap kebolehan dalam kebaikan

    diri sendiri. Penghargaan kendiri ini boleh dibahagikan kepada tiga kategori, iaitu

    penghargaan kendiri tinggi, sederhana dan rendah. Orang yang mempunyai penghargaan

    kendiri tinggi biasanya bersikap positif, sanggup berusaha bersungguh-sungguh hingga

  • 8/11/2019 Tugasan 1 Kal 3033

    24/29

    24

    berjaya mencapai apa yang diharapkan, percaya dan yakin terhadap diri sendiri, berbakat dan

    berkebolehan. Orang yang mempunyai penghargaan kendiri sederhana biasanya kurang yakin

    terhadap diri sendiri, sentiasa berasa konflik dalam kehidupan dan ragu-ragu mengambil

    keputusan dengan tepat. Manakala, orang yang mempunyai penghargaan kendiri

    rendahbiasanya bersikap negatif, kurang yakin diri sendiri, ragu tentang kebolehan sendiri

    dan sering berusaha melepaskan diri apabila menghadapi masalah.

    C. Rogers (1980) memandang struktur personaliti serupa dengan konsep kendiri.

    Bagaimanapun, beliau menegaskan bahawa konsep kendiri seseorang mungkin tidak sepadan

    dengan pengalamannya yang sebenar.

    Mengikut Rogers, apabila konsep kendiri seseorang telah dibentuk, dia akan

    mempertahankannya jika terdapat realiti bertentang dengan konsep kendirinya. Maka, apabila

    orang itu di bawah keadaan tak sepadan, dia akan berasa gelisah, dan berusaha

    memutarbelitkan realiti supaya menjadi sepadan dengan konsep kendirinya, akibatnya

    menghasilkan tingkah laku negatif seperti menggunakan mekanisme helah bela diri.

    5.2 Rumusan Teori Pembelajaran Carl Rogers

    Teori pembelajaran yang disarankan oleh Carl Rogers mengandungi beberapa ciri yang

    berkaitan dengan konsep kendiri dirumuskan seperti berikut:

    1. Pengalaman setiap individu adalah fenomena-logikal, iaitu pengalamannya hanya

    dialami dan difahami oleh individu sendiri sahaja.

    2. Setiap individu mempunyai kecenderungan dan hasrat sendiri untuk mencapai

    kesempurnaan kendiri.

    3. Setiap individu membentuk konsep kendiri yang unik melalui sistem nilai dan

  • 8/11/2019 Tugasan 1 Kal 3033

    25/29

    25

    kepercayaan diri yang berbeza dengan individu yang lain.

    4. Tingkah laku yang ditonjolkan oleh individu adalah selaras dengan konsep kendiri dan

    kepercayaannya.

    5. Kefahaman tingkah laku individu hanya dapat diperolehi melalui proses komunikasi.

    Mengikut Rogers, pengalaman peribadi setiap individu adalah unik dan tersendiri

    serta berbeza dengan individu yang lain. Ia juga banyak dipengaruhi oleh persekitarannya.

    5.3 Cara guru membantu pembentukan konsep kendiri positif

    Mengikut kajian pakar-pakar pendidikan, konsep kendiri dan nilai-nilai diri merupakan

    faktor-faktor yang penting untuk mencapai kejayaan dalam bidang akademik dan

    kokurikulum. Seorang pelajar yang mempunyai persepsi kendiri yang postitif, menikmati

    penerimaan daripada ibu bapa, rakan sebaya dan gurunya serta memperoleh perasaan

    penghargaan diri yang tinggi, akan melibatkan diri secara bersungguh-sungguh dalam aktiviti

    pembelajaran di alam belajarnya.

    Sekiranya seorang pelajar yang ingin belajar dengan jayanya, dia hendaklah

    mempersepsikan dirinya sebagai seorang pelajar yang berkebolehan dan mempunyai penghargaan kendiri yang tinggi. Dengan perkataan lain, pelajar-pelajar di sekolah haruslah

    diberi peluang untuk membentuk konsep kendiri yang positif serta memupuk nilai-nilai yang

    tinggi supaya membolehkan mereka mencapai objektif pelajaran yang diharapkan.

    Sehubungan ini, guru memainkan peranan yang penting untuk membimbing murid-muridnya

    membentuk konsep kendiri yang positif dan memupuk nilai-nilainya yang tinggi seperti:

    1. Memberi dorongan, bantuan dan sokongan kepada usaha pembelajarannya.

  • 8/11/2019 Tugasan 1 Kal 3033

    26/29

    26

    2. Memberi bimbingan yang wajar dengan membetulkan kesilapan murid dalam proses

    pembelajaran.

    3. Mengajar murid-murid mengikut kebolehan mereka supaya mereka sentiasa

    menikmati pengalaman berjaya, dan seterusnya meningkatkan perasaan penghargaan

    diri dan keyakinan.

    4. Menerima murid-murid sebagai dirinya.

    5. Menggalakkan interaksi positif dalam kalangan rakan sebaya.

    6. Memberi peluang kepadanya memainkan peranan yang penting.

    7. Memupuk nilai-nilai yang baik daripada rakan sebaya dan guru.

    6.0 KESAN-KESAN POSITF DAN NEGATIF KONSEP KENDIRI

    Tidak dapat dinafikan bahawa setiap kanak-kanak mempunyai konsep kendiri mereka yang

    tersendiri. Konsep kendiri dapat dilihat dengan jelas dalam diri seseorang kanak-kanak dan

    ianya tidak boleh diukur dengan sebarang bentuk piawaian. Ianya disebut sebagai kesan

    konsep kendiri sama ada positif ataupun negatif. Bagi kanak-kanak yang mempunyai konsep

    kendiri yang positif, mereka akan mempunyai penghargaan kendiri yang tinggi. Kebanyakkan

    daripada golongan ini lebih berminat dan bermotivasi untuk belajar serta mempunyai

    matlamat kerjaya pada masa hadapan. Mereka juga dilihat sebagai orang yang berkebolehan

    dan sentiasa mahukan kepuasan dalam membuat sebarang keputusan kerjaya.

    Selain itu, antara kelebihan golongan konsep kendiri tinggi atau positif ini juga adalah

    dapat menilai diri mereka secara positif dan percaya bahawa mereka lebih cekap atau

    berkebolehan; bertindak dengan positif; rasa dapat mempengaruhi persekitaran; berasa

    bangga dengan perlakuan sendiri; pencapaian gred yang tinggi; lebih bersedia menerima

    ridiko; memikul tanggungjawab. Mereka juga boleh dikatakan dapat menahan perasaan

    kekecewaan dengan baik; menerima diri dengan lebih positif; menghargai diri sendiri serta

    menyedari kekuatan & kelemahan diri.

  • 8/11/2019 Tugasan 1 Kal 3033

    27/29

    27

    Bagi golongan yang mempunyai konsep kendiri ataupun penghargaan yang rendah

    dan negatif pula mempunyai kesan yang dapat dilihat melalui beberapa ciri seperti mereka

    akan lebih cenderung untuk merasa bersalah, sering merasa bimbang dan cepat berkecil hati,

    sering takut kepada kegagalan. Kanak-kanak daripada golongan ini selalunya mempunyai

    kaitan dengan pencapaian akademik yang rendah, tidak gemar kerja yang mencabar, kurang

    keyakinan dan kebolehan untuk membuat tugasan yang lebih mencabar, kurang berminat

    untuk mendapatkan maklumbalas dan melihat diri sebagai orang yang kurang menarik dari

    segi personaliti. Selain itu, mereka juga mudah cenderung berkelakuan seperti mudah rasa

    kecewa, sering menyalahkan orang lain kerana kesalahan diri serta mengelak situasi yang

    sukar. Terdapat kajian yang mengatakan bahawa gangguan dalam pemakanan mempunyai

    signifikan dengan konsep kendiri yang rendah dan mudah mengikut orang lain ataupun

    terpengaruh dan dipengaruhi.

    Konsep kendiri dan penghargaan kendiri juga ada hubung kaitnya dengan ibu bapa

    yang boleh diklasifikasikan dalam banyak aspek. Sebagai contoh, bagi ibu bapa yang sentiasa

    mengambil berat dan tahu akan pelajaran anak mereka, seseorang kanak-kanak itu dikatakan

    akan mempunyai penghargaan kendiri yang tinggi kerana mendapat sokongan daripada ibu

    bapa mereka sendiri. Melalui hubungan yang rapat ini juga, kanak-kanak ini akan dapat

    bertumbuh sebagai seorang anak yang mempunyai penghargaan kendiri tinggi.

    Terdapat korelasi yang kukuh antara dimensi-dimensi tingkah laku menyokong ibu

    bapa (seperti kemesraan fizikal, sikap menyokong, keakraban, hubungan yang berkekalan)

    dengan penghargaan kendiri seseorang kanak-kanak. Penghargaan kendiri mereka juga

    berkait rapat dengan corak perhubungan dalam keluarga dan juga korelasi yang positif antara

    penghargaan kendiri yang tinggi dengan gaya ibu bapa yang autoritatif. Minat, galakan dan

    sokongan ibu bapa terhadap anak merupakan penentu penting bagi penghargaan kendiri

    mereka. Golongan yang semakin remaja mereka akan merasakan perlakuan mereka dikawal

    oleh ibu bapa, semakin rendah penghargaan kendiri mereka. Bagi Anak perempuan pula

    mereka lebih bergantung kepada ibu bapa dalam mengukuhkan penghargaan kendiri.

  • 8/11/2019 Tugasan 1 Kal 3033

    28/29

    28

    7.0 PENUTUP

    Jelaslah bahawa perkembangan konsep kendiri kanak-kanak adalah penting keranaianya merupakan suatu konsep dalam menentukan personaliti seseorang kanak-kanak. Antara

    fungsi-fungsi konsep kendiri ialah untuk penilaian kendiri. Sebagai contoh, seseorang kanak-

    kanak itu akan berfikir, adakah saya lakukan dengan betul?. Selain daripada itu, ia juga

    berfungsi untuk penentuan dalaman serta luaran seseorang kanak-kanak itu.

    Dalam membina konsep kendiri kanak-kanak, minda dan diri kanak-kanak perlu

    diperluaskan dari pelbagai sudut serta biarkan mereka bebas dalam melakukan apa yang

    disukainya dengan kawalan ibu bapa atau orang dewasa dan bukan hanya mencakupi sesuatu

    bidang atau perkara sahaja. Pada waktu inilah kanak-kanak boleh membina konsep

    kendirinya sendiri dan memilih apa yang sepatutnya yang perlu untuk dirinya suatu masa dan

    dewasa kelak. Konsep kendiri pada zaman kanak-kanak akan mmencerminkan dirinya pada

    dewasa nanti dalam menguruskan diri sendiri dan orang sekeliling dengan sewajarnya serta

    dapat membina keyakinan diri walaupun berhadapan dengan pelbagai situasi.

  • 8/11/2019 Tugasan 1 Kal 3033

    29/29

    29

    8.0 RUJUKAN

    Modul KAL 3033 Pendidikan Sosioemosi Kanak-kanak. (2013). Tanjong Malim:

    UniversitiPendidikan Sultan Idris.

    Mok Soon Sang. (2008). Perkembangan Kanak-kanak . Selangor: Penerbitan Multimedia

    Sdn Bhd.

    Mok Soon Sang. (2008). Psikologi Pendidikan. Selangor: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

    Haliza Hamzah dan Joy N. Samuel. Edisi ke-2. Perkembangan Kanak-kanak. Kuala Lumpur:

    Kumpuln Budiman Sdn. Bhd.

    http://eprints.utm.my/10348/1/bab2.pdf

    http://eprints.utm.my/10348/1/bab2.pdfhttp://eprints.utm.my/10348/1/bab2.pdfhttp://eprints.utm.my/10348/1/bab2.pdf