tugasan 1-hns 2013 (kenegaraan)

Upload: nitotony73

Post on 18-Jul-2015

656 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

HNS 2013 KENEGARAAN TUGASAN 1 (20 %) ESEI (INDIVIDU)7. Peranan Malaysia di pentas antarabangsa mengenai isu-isu kemanusiaan.

Kumpulan Nama Nombor Matrik Tutor

: : : :

SWK06(A112PJJ) NITO ANAK TONY D20112055167 DR. BAHARUDDIN BIN JABAR

Penghargaan Bersyukur kepada Tuhan yang maha esa dan maha pengasih kerana akhirnya berkat daripada kerja keras siang dan malam sehingga mampu menyiapkan tugasan ini walaupun pada mulanya agak sukar untuk mencari bahan rujukan dan mengaplikasikan teknologi komputer. Setinggi-tinggi penghargaan saya ucapkan kepada pensyarah E-Learning, Dr. Baharuddin Bin Jabar kerana sudi membimbing kumpulan kami, terlibat dalam proses berforum, memberi tugasan dan pengumuman pada setiap masa di ruang MyGuru 3. Tidak dilupakan kepada rakan-rakan sejawat di sekolah dan rakan kumpulan SWK06 A112PJJ yang telah banyak memberi dorongan, bantuan, nasihat, motivasi, berkongsi pengalaman, maklumat dan idea sama ada semasa berforum atau menyiapkan tugasan ini. Segala kerjasama dan bantuan daripada anda semua amatlah dihargai dan ucapan jutaan terima kasih kerana telah banyak mencurahkan ilmu demi memartabatkan lagi profesion perguruan. Saya juga mengucapkan jutaan terima kasih kepada anak-anak dan isteri kerana sanggup memberi peluang dan ruang kepada saya untuk menyiapkan tugasan ini dan melanjutkan pelajaran. Sekian, terima kasih.

i

Kandungan 1. Pengenalan 2. ASEAN 3. Komanwel 4. Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu 5. Kerjasama Selatan-Selatan 6. Kerjasama Utara-Selatan 7. Pergerakan Negara-Negara Berkecuali 8. Pertubuhan Persidangan Islam 9. Kesimpulan 10. Rujukan 1 1 2 3 4 5 6 6 7 8

ii

Pengenalan Dasar luar negara kita meliputi matlamat, rancangan dan tindakan yang diambil sehubungan dengan negara-negara lain. Malaysia lebih mengutamakan aspek tindakan yang diambil oleh sesebuah negara untuk mempengaruhi keadaan-keadaan di luar bidang kuasanya. Negara kita mengamalkan dasar berkecuali iaitu mengadakan hubungan baik dengan semua negara tanpa mengira ideologi. Aspek yang lebih diberi keutamaan ialah aspek ekonomi berbanding dengan aspek politik dan keselamatan. Fokus kita adalah memperluaskan pasaran eksport dan menarik pelabur-pelabur asing ke dalam negara. Perdana Menteri dengan bantuan Kabinet bertanggungjawab menentukan dasar luar negara kita dan dilaksanakan oleh Wisma Putra melalui Kementerian Luar Negeri. Malaysia sebagai sebuah negara sedang membangun yang tergolong dalam negara Dunia Ketiga atau pihak Selatan menghadapi masalah ekonomi secara langsung memberi kesan kepada isu-isu kemanusiaan. Masalah ini timbul akibat negara maju memberi lebih perhatian kepada pemulihan semula ekonomi Eropah Timur dan proses pendemokrasian blok komunis. Justeru itu, negara kita dan negara membangun yang lain mencari pasaran baru dan mengeratkan kerjasama di kalangan mereka untuk menangani masalah kemanusiaan. Faktor-faktor yang menentukan dasar luar kita ialah kepentingan nasional, piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, persekitaran geostrategik, Islam, bekas jajahan British, dasar berkecuali dan prinsip hidup bersama. Malaysia dan negara-negara Asean telah menentang pencerobohan Vietnam di Kemboja atas prinsip penyelesaian pertikaian secara aman. Malahan Malaysia terlibat dengan kempen memerangi pengedaran dan penyalahgunaan dadah kerana kedudukannya yang terletak di kawasan pengedaran dadah Segitiga Emas. Negara kita juga telah bekerjasama untuk menangani jangkitan penyakit AIDS di peringkat antarabangsa dengan membuat kajian bagi mencari penawar penyakit ini. Seterusnya, kita akan melihat penglibatan Malaysia di dalam pertubuhan yang dianggotai pada peringkat antarabangsa tentang isu-isu kemanusiaan. Isi-isi penting ASEAN 1

Pertubuhan Negara-negara Asia Tenggara atau ASEAN telah ditubuhkan pada 8 Ogos 1967 di Bangkok oleh kerajaan Thailand, Malaysia, Indonesia, Singapura dan Filipina. Menteri Luar bagi negara masing-masing telah menandatangani Deklarasi Bangkok yang menandakan kelahiran ASEAN. Antara matlamat ASEAN ialah mempercepatkan pertumbuhan ekonomi, kemajuan social dan perkembangan kebudayaan serantau; menggalakkan keamanan dan kestabilan politik berdasarkan prinsip Piagam Bangsa-bangsa Bersatu; menyediakan bantuan antara satu sama lain dalam bentuk kemudahan latihan dan penyelidikan; meningkatkan taraf hidup penduduk melalui kerjasama dalam bidang pertanian, perusahaan dan perdagangan; dan mengadakan hubungan yang erat dengan persatuan anatabangsa dan serantau yang lain. Terdapat beberapa jawatankuasa tetap yang telah ditubuhkan iaitu jawatankuasa makanan, pertanian dan perhutanan; jawatankuasa pengangkutan dan telekomunikasi; jawatankuasa pembangunan sosial; dan jawatankuasa kebudayaan dan penerangan.Konsep Zon Aman, Bebas dan Berkecuali telah diumumkan oleh Menteri-menteri Luar negara ASEAN melalui Deklarasi Kuala Lumpur pada 27 November 1971 adalah cadangan kerajaan kita. Tujuannya ialah untuk menjamin keamanan dan keselamatan di AsiaTenggara dengan tidak campur tangan politik dan ketenteraan kuasa-kuasa besar. Setiap negara ASEAN harus dibenarkan menentukan nasib sendiri tanpa campur tangan kuasa luar dan melibatkan pengunduran tentera asing dari kawasan Asia Tenggara. Negara ASEAN tidak harus melibatkan diri dalam pertikaian di antara kuasa-kuasa besar berasaskan Dasar Berkecuali. Sebarang pertikaian di Asia Tenggara harus diselesaikan secara aman dan berusaha untuk menjayakan konsep Zon Bebas Senjata Nuklear Asia Tenggara (SEANWFZ). ASEAN Regional Forum (ARF) ditubuhkan pada tahun 1994 bagi menggalakkan kestabilan politik dan keamanan di kawasan Asia Pasifik. Selain itu, Malaysia juga mengadakan kerjasama dalam bidang social dan kebudayaan iaitu Tabung Kebudayaan ASEAN yang membiayai program kebudayaan; ASEAN Task Force on AIDS ditubuhkan pada tahun 1993 bagi menyekat penularan penyakit AIDS; dan Pusat Penerangan Pelancongan ASEAN bagi menggalakkan kerjasama dalam bidang pelancongan. Komanwel 2

Pertubuhan Komanwel merupakan pertubuhan negara-negara merdeka yang pernah dijajah oleh Britain. Penubuhan Komanwel ialah untuk mengeratkan kerjasama politik, ekonomi dan sosialdi kalangan negara ahlinya. Malaysia telah menyertai Komanwel pada tahun 1957 selepas mencapai kemerdekaan. Kini Komanwel mempunyai 53 ahli dan sekretariatnya beribu pejabat di London. Sekretariat Komanwel memberi bantuan seperti pengurusan hutang, membangunkan pasaran modal dan menyusun semula struktur ekonomi. Terdapat empat institusi yang penting dalam Komanwel iaitu bahagian hal-ehwal ekonomi; bahagian bantuan teknikal am; kumpulan bantuan teknikal; dan tabung ekuiti Komanwel. Pada tahun 1990, Tabung Ekuiti Komanwel ditubuhkan dengan tujuan membantu negara anggota yang memerlukan modal. Rancangan Colombo yang diasaskan oleh Komanwel pada tahun 1950 berfungsi menyediakan bantuan teknikal dan biasiswa pendidikan kepada negara anggotanya. Pada tahun 1989, Mesyuarat Ketua-ketua Kerajaan Komnawel (CHOGM) telah diadakan di Kuala Lumpur. Begitu juga Mesyuarat Menteri-menteri Kewangan telah diadakan di Kuala Lumpur pada tahun1991. Deklarasi Langkawi telah diluluskan pada sidang CHOGM di Kuala Lumpur yang menggesa masyarakat dunia mengambil langkah-langkah bersepadu untuk mengatasi masalah pencemaran alam sekitar. Kemudian pada sidang CHOGM 1991 di Harare, Zimbabwe mengisytiharkan ikrar iaitu mempertingkatkan pembangunan dan menghapuskan kemiskinan; memperjuangkan hak asasi manusia dan kesamarataan bagi kaum wanita; melindungi dan mengembangkan prinsip demokrasi; mewujudkan badan kehakiman yang bebas dan adil; dan mempergiatkan usaha membanteras pengedaran dadah. Seterusnya sidang CHOGM 1995 di Auckland (New Zealand), Malaysia dipilih menganggotai Kumpulan Bertindak Komanwel Peringkat Menteri untuk menilai pelaksanaan dan amalan demokrasi di kalangan anggota Komanwel. Pernyataan Auckland menekankan pandangan berat ketua-ketua kerajaan Komanwel terhadap ujian senjata nuklear. Malaysia telah dijadikan sebagai model dalam melaksanakan Tabung Penswastaan Baru Komanwel yang bertujuan membantu negara anggota Komanwel menjayakan program penswastaan. Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) telah ditubuhkan pada 24 Oktober 1945 di 3

San Francisco, Amerika Syarikat kemudian ibu pejabatnya dipindahkan ke New York, Amerika Syarikat. Antara matlamat utama PBB ialah mengekalkan keamanan dan keselamatan dunia; menggalakkan kerjasama dalam bidang ekonomi, sosial dan kebudayaan; dan melindungi hak asasi manusia tanpa mengira kaum, jantina atau agama. Semua Negara yang merdeka dengan syarat mereka bersetuju menerima Piagam PBB adalah layak menjadi ahlinya. PBB diketuai oleh Setiausaha Agung. Malaysia mnyertai PBB padatahun 1957 dan merupakan penyokongnya yang kuat. Negara kita merupakan ahli beberapa agensi PBB seperti WHO, ILO, FAO, dan Bank Dunia. Malaysia juga telah menjadi ahli Majlis Keselamatan PBB pada tahun 1965 dan 19891990. Malaysia telah menyertai beberapa misi pengaman PBB seperti 1. United Nation Operation in Congo (1960-1964) untuk mengekalkan keamanan akibat perang saudara di Kongo; 2. United Nations Transitional Assistance Group (1989-1990) untuk mengawasi pilihanraya dan kemerdekaan Namibia; 3. United Nations Iran-Iraq Military Observer Group (1988-1991) untuk mengawasi gencatan senjata dan pengunduran angkatan tentera Iran dan Iraq; 4. United Nations Iraq-Kuwait Observation Mission (1991) untuk menguatkuasa gencatan senjata dan mewujudkan satu zon pemisah di sempadan; 5. United Nation Angola Verification Mission II (1991) untuk mengawasi gencatan senjata dan pilihan raya; 6. United Nations Operations in Somalia (1992) untuk menguatkuasakan gencatan senjata; dan 7. United Nations Protection Force (1992) untuk mengawasi gencatan senjata di Bosnia-Herzegovona. Kerjasama Selatan-Selatan Kerjasama Selatan-Selatan adalah usaha kerjasama ekonomi dan teknikal di kalangan negara-negara Dunia Ketiga. Kerjasama ini juga dapat mengurangkan pergantungan pembangunan ekonomi Dunia Ketiga kepada pihak Utara. Ada dua organisasi utama ialah Pergerakan Negara-negara Berkecuali dan Kumpulan 77. Malaysia menyokong konsep kerjasama Selatan-Selatan. Selaras dengan itu, Malaysia telah menandatangani Perjanjian Perdagangan dengan Venezuela pada tahun 1991. Malaysia telah menandatangani Perjanjian Kerjasama Ekonomi dan Teknikal dengan 4

Zimbabwe dan Tanzania pada bulan Oktober 1991 bertujuan berkongsi pengalaman dan kepakaran serta meningkatkan perdagangan dua hala. Negara kita juga menubuhkan lebih banyak kesatuan di negara Selatan seperti Kesatuan Malaysia-Amerika Syarikat dan Jawatankuasa Kerjasama Perdagangan Malaysia-Chile. Kesatuan Malaysia-Amerika Selatan berfungsi sebagai penghubung di antara ahli perniagaan kita dengan rakan dagangan di sana. Malaysia adalah penyokong kuat Suruhanjaya Selatan-Selatan. Bidang-bidang untuk kerjasama ini adalah perdagangan, pengangkutan, infrastruktur sains dan teknologi, alam sekitar, maklumat dan komunikasi. Pada tahun 1989, Malaysia termasuk 15 buah negara membangun telah menubuhkan Group of 15. Sidang kemuncak pertama G-15 telah diadakan di Kuala Lumpur pada bulan Jun 1990. Negara kita telah pun menandatangani Perjanjian Peraturan Pembayaran Dua Hala dengan negara seperti Nigeria, Venezuela, Mexico, Mozambique dan Chile. Kerjasama Utara-Selatan Dialog Utara-Selatan merupakan proses perundingan yang berterusan antara negara Dunia Ketiga (Selatan) dengan negara perindustrian (Utara) mengenai isu ekonomi antarabangsa. Pada tahun 1964 atas inisiatif negara Dunia Ketiga, kerjasama ini adalah berasaskan penubuhan Persidangan PBB mengenai perdagangan dan pembangunan (UNCTAD). Objektif UNCTAD ialah untuk menggalakkan perdagangan antarabangsa dengan tumpuan kepada masalah perdagangan dan imbangan pembayaran negara Dunia Ketiga. Kerjasama Utara-Selatan menjadi popular pada tahun 1970-an kerana tuntutan Negara Dunia Ketiga bagi satu Order Baru Ekonomi Dunia. Kebanyakan Dialog Utara-Selatan berlangsung dalam persidangan mengenai kerjasama ekonomi antarabangsa, tabung kewangan antarabangsa dan perjanjian am mengenai tarif dan perdagangan. Usul kerjasama ini ialah ingin membetulkan ketidaksamaan dalam susunan ekonomi antarabangsa yang sedia ada serta menghapuskan jurang perbezaan antara negara membangun dengan negara perindustrian. Kerajaan Malaysia mempunyai hutang luar yang meningkat daripada $13.1 juta pada tahun 1982 kepada $24.7 juta pada tahun1990. Negara Dunia Ketiga menuntut supaya hutang mereka dibatalkan atau tempoh pembayarannya dilanjutkan dengan syarat yang lebih longgar termasuk kadar faedah yang rendah. Malaysia melihat syarat-syarat perdagangan telah merosot 5

sebanyak 27.4% dalam tempoh 1980-86. Justeru itu, Malaysia bersama-sama dengan enam buah negara pengeluar bijih timah telah menubuhkan Persatuan negara-negara Pengeluar Bijih Timah (ATPC) untuk menstabilkan harga bijih timah. Pergerakan Negara-Negara Berkecuali Pergerakan Negara-negara Berkecuali (NAM) ditubuhkan pada tahun 1961 adalah gabungan longgar negara-negara membangun di Asia, Afrika dan Amerika Latin. Prinsip NAM seperti yang ditetapkan dalam Persidangan Afro-Asia 1955 di Bandung, Indonesia ialah: a. menghormati hak asasi manusia dan prinsip Piagam PBB; b. menghormati kedaulatan dan keutuhan wilayah semua negara; c. mengakui persamaan semua ras dan negara; d. mengelakkan camput tangan dalam hal-ehwal sesebuah negara; e. penyelesaian semua pertelingkahan antarabangsa secara aman; f. memajukan kepentingan bersama. Negara kita menyokong kuat dasar-dasar yang telah ditetapkan oleh NAM. Malaysia telah menyertai mesyuarat-mesyuarat NAM yang berlangsung di Algiers, Colombo, Havana, New Delhi dan Luanda. Kita juga mempunyai pejabat perwakilan di beberapa Negara berkecuali seperti Ethiopia, India, Nigeria, Sri Lanka, Yugoslavia dan Mesir. Malaysia telah meningkatkan perdagangannya dengan beberapa negara berkecuali seperti India, Pakistan dan Yugoslavia. Pertubuhan Persidangan Islam Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) ditubuhkan pada tahun 1969 di Rabat, Morocco dan dianggotai oleh 46 buah negara. Malaysia menitikberatkan hubungan yang baik dengan negaranegara Islam dan bergiat aktif dalam OIC bertujuan memupuk perpaduan dan kemajuan umat Islam. Negara kita seringkali menganjurkan persidangan OIC dan menyokong projek seperti Bank Pembangunan Islam. Bekas Perdana Menteri kita, Tunku Abdul Rahman merupakan Setiausaha Agung Sekretariat OIC yang pertama beribu pejabat di Jeddah. Negara kita telah memainkan peranan aktif dalam usaha perantaraan bagi menyelesaikan konflik Iran-Iraq melalui OIC. Pada bulan Ogos 1988, pengumuman gencatan senjata antara Iran dan Iraq telah dibuat dengan sepasukan 15 pegawai tentera kita menyertai pasukan tentera pemerhati PBB. Malaysia menyokong kuat perjuangan rakyat Palestin dan Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO). Negara kita pernah menjadi tuan rumah Persidangan Keserantauan 6

Asia mengenai Persoalan Palestin di Kuala Lumpur pada bulan Mei 1983. Malaysia menyokong hak rakyat Palestin untuk menentukan nasib sendiri, hak untuk sebuah negara yang merdeka dan berdaulat. Negara kita juga memperjuangkan penyerahan tanah Arab yang diduduki oleh Israel. Malaysia menyokong perjuangan Mujahidin Afghanistan terhadap Rejim Kabul yang dibantu oleh tentera Rusia sejak tahun 1979. Negara kita membenarkan Mujahidin Afghanistan membuka pejabat perwakilan di Kuala Lumpur pada tahun1984. Malaysia memperjuangkan penyelesaian politik secara aman di Afghanistan iaitu rakyatnya harus diberi peluang untuk memilih kerajaan mereka sendiri. Kesimpulan Malaysia telah banyak terlibat dalam menangani isu-isu kemanusiaan di peringkat antarabangsa. Penglibatan kita melalui Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dalam menangani isu peperangan dan pergolakan politik. Negara kita telah banyak kali menghantar tentera pengaman ke negara-negara bergolak seperti di Kongo, Angola, Somalia dan Bosnia. Selain itu, kita juga telah berusaha memperjuangkan hak asasi negara yang miskin dan lemah daripada ditindas oleh kuasa-kuasa besar. Malahan Malaysia mempunyai pendirian mengenai isu-isu tentang Antartika dan

sumbernya yang merupakan warisan bersama manusia. Malaysia juga menentang Dasar Aparteid yang diamalkan oleh Kerajaan Afrika Selatan yang menafikan hak politik dan sosial kepada orang kulit hitam. Begitu juga, Malaysia telah banyak memberi bantuan makanan, perubatan dan pakaian kepada negara miskin, bergolak dan ditimpa bencana alam. Jelaslah bahawa Malaysia sebagai sebuah negara di dunia ini telah memainkan peranan kepada rakan sejagat dalam menangani isu kemanusiaan.

7

Rujukan Abu Hassan Adam (1991, Disember 5). Dr. Mahathir Berjaya tingkatkan taraf G15. Berita Harian, 10. Dr. K. S. Nathan (1987, November ). Masalah Kerjasama Politik dan Keselamatan. Dewan Masyarakat, 25. Goay Teck Chong., Wong Yew Hong. & Suraini Basir. (2010). Teks Pra-U STPM Pengajian Am Kertas 1. Selangor Darul Ehsan : Pearson Malaysia Sdn. Bhd. J. Saravanamuttu. (1987). Masyarakat Malaysia. Rupa bentuk dan Perkembangan Dasar Luar Malaysia Sejak 1957. Pulau Pinang. Penerbit Universiti Sains Malaysia. Kamal Hossain. (1983). South-South Cooperation : Strategies for the Eighties, The Rich and The Poor. London. Third World Foundation. Mahdi Shuid., Suzani Osman. & Sazlina Othman. (2010). Teks Pra-U STPMSejarah Malaysia. Selangor Darul Ehsan : Pearson Malaysia Sdn. Bhd.

8