transformasi perkhidmatan awam

1
Tra nsformasi Perkhid m at an Awam Oleh Abd. Kadir Mohd. Ayub SAYA serik ke hospital kerajaan. Saya rela menghabiskan wang ringgit demi mendapat layanan dan perkhidmatan yang berkualiti. Demikian rungutan yang sering didengari daripada mulut kebanyakan orang apabila mereka berurusan di hospital kerajaan. Seperti yang diketahui, perkhidmatan di hospital kerajaan hanya mengenakan bayaran sebanyak RM1. Selebihnya percuma, kecuali jika pesakit memerlukan rawatan khas untuk penyakit tertentu, mereka dikenakan bayaran mengikut kadar yang ditetapkan. Itu pun pelbagai tabung dana bantuan disediakan oleh pelbagai pihak untuk mengurangkan beban kos rawatan. Hakikatnya, senyuman merupakan antara rawatan paling mujarab untuk mengurangkan kesakitan, keresahan, malah tekanan yang dihadapi pesakit dan ahli keluarga. Tugas seorang jururawat bukannya mudah; mereka terpaksa berdepan dengan jadual tugasan yang tidak menentu. Namun jika difikirkan secara logik, mereka sebenarnya tidak rugi apa-apa jika menghadiahkan pesakit sebuah senyuman. Kerajaan sering menguar-uarkan sikap negatif kakitangan awam barisan hadapan yang kurang mesra apabila berurusan dengan pelanggan. Pelbagai kaedah sudah dilakukan oleh kerajaan demi meningkatkan tahap keyakinan rakyat terhadap semua jenis perkhidmatan awam yang terdapat di negara ini. Keadaan yang berlaku disebabkan sikap segelintir kakitangan awam yang tidak bertanggungjawab sehingga mencalarkan reputasi perkhidmatan awam. Oleh sebab itulah, sebilangan pihak lebih gemar memilih perkhidmatan yang ditawarkan oleh pihak swasta kerana mereka rela berbelanja lebih asalkan mendapat layanan yang sewajarnya. Kerajaan berbelanja berjuta-juta ringgit setiap tahun hanya untuk meningkatkan mutu perkhidmatan awam. Hal ini dibuktikan oleh DatoSri Mohd. Najib Tun Abdul Razak sejurus selepas mengambil alih tampuk pemerintahan sebagai Perdana Menteri Malaysia keenam. Beliau melakukan pelbagai transformasi demi meningkatkan kredibiliti perkhidmatan awam di negara ini. Mungkin tempoh satu penggal pemerintahannya dianggap tidak mencukupi untuk beliau melakukan pelbagai perubahan. Namun beberapa perubahan yang dilakukan mula menampakkan peningkatan yang ketara.

Upload: pengajian

Post on 07-Feb-2016

17 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Transformasi Perkhidmatan Awam

Tra nsformasi Perkhid m at an Awam

Oleh Abd. Kadir Mohd. Ayub

“SAYA serik ke hospital kerajaan. Saya rela menghabiskan wang ringgit demi mendapat layanan dan perkhidmatan yang berkualiti.” Demikian rungutan yang sering didengari daripada mulut kebanyakan orang apabila mereka berurusan di hospital kerajaan.

Seperti yang diketahui, perkhidmatan di hospital kerajaan hanya mengenakan bayaran sebanyak RM1. Selebihnya percuma, kecuali jika pesakit memerlukan rawatan khas untuk penyakit tertentu, mereka dikenakan bayaran mengikut kadar yang ditetapkan. Itu pun pelbagai tabung dana bantuan disediakan oleh pelbagai pihak untuk mengurangkan beban kos rawatan.

Hakikatnya, senyuman merupakan antara “rawatan” paling mujarab untuk mengurangkan kesakitan, keresahan, malah tekanan yang dihadapi pesakit dan ahli keluarga. Tugas seorang jururawat bukannya mudah; mereka terpaksa berdepan dengan jadual tugasan yang tidak menentu. Namun jika difikirkan secara logik, mereka sebenarnya tidak rugi apa-apa jika “menghadiahkan” pesakit sebuah senyuman.

Kerajaan sering menguar-uarkan sikap negatif kakitangan awam “barisan hadapan” yang kurang mesra apabila berurusan dengan pelanggan. Pelbagai kaedah sudah dilakukan oleh kerajaan demi meningkatkan tahap keyakinan rakyat terhadap semua jenis perkhidmatan awam yang terdapat di negara ini.

Keadaan yang berlaku disebabkan sikap segelintir kakitangan awam yang tidak bertanggungjawab sehingga mencalarkan reputasi perkhidmatan awam. Oleh sebab itulah, sebilangan pihak lebih gemar memilih perkhidmatan yang ditawarkan oleh pihak swasta kerana mereka rela berbelanja lebih asalkan mendapat layanan yang sewajarnya.

Kerajaan berbelanja berjuta-juta ringgit setiap tahun hanya untuk meningkatkan mutu perkhidmatan awam. Hal ini dibuktikan oleh Dato’ Sri Mohd. Najib Tun Abdul Razak sejurus selepas mengambil alih tampuk pemerintahan sebagai Perdana Menteri Malaysia keenam.

Beliau melakukan pelbagai transformasi demi meningkatkan kredibiliti perkhidmatan awam di negara ini. Mungkin tempoh satu penggal pemerintahannya dianggap tidak mencukupi untuk beliau melakukan pelbagai perubahan. Namun beberapa perubahan yang dilakukan mula menampakkan peningkatan yang ketara.