peneraju transformasi perkhidmatan awam · 2 icara ketua pengarah perkhidmatan awam terlebih...

12
PENERAJU TRANSFORMASI PERKHIDMATAN AWAM #MAJLIS AMANAT KPPA TAHUN 2017…..………...3 #LAWATAN TURUN PADANG KPPA KE UTC SEKITAR KUALA LUMPUR / LEMBAH KLANG…………………….4

Upload: others

Post on 04-Sep-2019

53 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

PENERAJU TRANSFORMASI PERKHIDMATAN AWAM

#MAJLIS AMANAT KPPA

TAHUN 2017…..………...3

#LAWATAN TURUN PADANG KPPA KE UTC SEKITAR

KUALA LUMPUR / LEMBAH KLANG…………………….4

2

Bicara Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam

Terlebih dahulu, tidak terlambat kiranya saya mengucapkan Selamat Tahun Baru 2017 kepada semua warga JPA. Semoga dengan bermulanya tahun baru ini, maka bermulalah azam dan semangat baharu dalam diri setiap warga untuk mempamerkan kesungguhan dan kreativiti masing-masing dalam tugasan yang telah diamanahkan. Harapan saya agar segala usaha mengukir lebih banyak kejayaan gemilang buat Jabatan Perkhidmatan Awam akan diteruskan.

Saya sebagai kepimpinan baharu JPA amat mengharapkan sepenuhnya komitmen dan kerjasama daripada warga JPA agar misi dan visi JPA yang telah digariskan dapat direalisasikan bersama. Jika ada yang bertanya apa pendekatan saya dalam menakhodai JPA ini, jawapan saya MUDAH. Kenapa saya kata mudah? Kerana saya orang yang mudah – I am a simple person and not complicated. Kedua, saya berpegang kepada prinsip bahawa kita perlu memudahkan urusan orang lain terutamanya stakeholders kita – facilitate and don’t frustrate. So, how are we going to facilitate? Firstly, don’t say NO, say NOW! Segerakan segala urusan pelanggan-pelanggan kita. Ini belum apa-apa kita dah jawab TIDAK BOLEH. Tukar mentaliti itu, cuba fikir bagaimana boleh kita membantu. Itu serba sedikit ‘mukadimah’ mengenai saya serta prinsip kerja dan pendekatan saya.

Pada kesempatan ini, saya ingin merakamkan ucapan syabas dan terima kasih kepada Bahagian Penyelidikan, Perancangan dan Dasar atas penganjuran majlis amanat yang penuh bermakna ini. Tema perhimpunan kita pada pagi ini ialah ADICITA BITARA SIRAT KEGEMILANGAN. Saya rasa ramai yang tertanya-tanya apa maksud perkataan “Adicita” itu? ‘Pucuk dicita ulam mendatang’ pernahlah dengar kan? ADICITA BITARA SIRAT KEGEMILANGAN bermaksud ‘Ideologi yang tiada taranya merupakan sirat atau jambatan menuju kegemilangan.

Dalam konteks ini, sesungguhnya pemilihan tema perhimpunan pagi ini adalah bertepatan dengan hasrat saya yang ingin mencatur pemikiran warga JPA ke arah penjanaan adicita ataupun Ideologi yakni kepercayaan atau pegangan kita semua yang

bitara, tiada tolok bandingnya, agar ianya menjadi sirat atau jambatan kepada kejayaan matlamat dan misi organisasi ini, yang sudah pastinya, disasarkan ke arah kegemilangan.

Seperti yang para hadirin telah sedia maklum, misi JPA ialah Memacu dan Meneraju Pembangunan Sumber Manusia Perkhidmatan Awam. Oleh kerana itu, warga JPA seharusnyalah memiliki elemen pemikiran kreatif, gaya kepimpinan terpuji, prakarsa transformatif, idea inovasi, swadaya dan budi bahasa yang bernilai tinggi, terhimpun dalam satu pakej dan diterap dalam diri, bagi memastikan kita berupaya memacu dan meneraju pembangunan sumber manusia Perkhidmatan Awam.

Bagaimanalah kita hendak memacu dan meneraju jika diri kita sendiri tiada sifat, ilmu dan jati diri yang lebih baik daripada individu atau agensi yang ingin dipacu dan diterajui? Saya sama sekali tidak mahu JPA dikatakan sebagai agensi pusat yang hanya pandai menyuruh orang membuat sesuatu tetapi JPA sebagai organisasi, sukar untuk melaksanakannya seperti kata Peribahasa Melayu ‘apa perduli pada kukuran, nyiur juga yang akan habis’.

Dengan kata lain, JPA tidak harus dilihat sebagai agensi yang hanya pandai membangunkan dasar tetapi gagal mengaplikasikannya secara telus dan adil. Kerana itu, untuk bertindak sebagai pemacu dan peneraju, warga JPA harus bersiapsiaga dengan ilmu dan kemahiran dan bertindak sebagai pemangkin kepada pembangunan sumber manusia di peringkat Kementerian, Jabatan dan agensi lain.

Apa yang kita tanam. Itu yang akan kita tuai. Oleh itu, marilah kita fikir yang baik-baik, berbicara yang baik-baik. Tanamkan juga ideologi hebat agar akhirnya pemikiran atau kepercayaan ini mampu menjadi titian kepada kegemilangan organisasi kita. Insya Allah yang baik-baik dan yang hebat-hebat sahaja yang akan datang kepada kita. -Petikan Ucapan YBhg. Dato’ Sri Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam sempena ‘MAJLIS AMANAT KPPA TAHUN 2017’, 14 Februari 2017, Auditorium Aras 4, JPA

3

Majlis Amanat KPPA Tahun 2017 Oleh : Unit Komunikasi Korporat

4

Lawatan Turun Padang KPPA Ke UTC Sekitar

Kuala Lumpur / Lembah Klang Oleh : Unit Komunikasi Korporat & Bahagian Penyelidikan, Perancangan & Dasar

“Semua pelanggan yang mendapatkan perkhidmatan memuji langkah Kerajaan mewujudkan UTC” - YBhg. Dato’ Sri Zainal Rahim Seman

YBhg. Dato’ Sri KPPA telah mengadakan lawatan turun padang ke tiga (3) lokasi Urban Transformation Centre (UTC) di sekitar Kuala Lumpur / Lembah Klang iaitu UTC Keramat, UTC Sentul dan UTC Pudu bagi meninjau sistem penyampaian perkhidmatan Kerajaan kepada rakyat serta operasi pada hujung minggu khususnya perkhidmatan kaunter yang melibatkan petugas-petugas barisan hadapan. Lawatan yang diadakan pada hari Sabtu, 25 Februari 2017 turut disertai oleh pegawai daripada Unit Strategi Nasional, Kementerian Kewangan Malaysia dan pegawai-pegawai Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

Selain bertujuan untuk mendapatkan pandangan oleh semua warga penjawat awam yang bertugas pada hujung minggu di lokasi tersebut, YBhg.

Dato’ Sri KPPA juga telah mendapatkan maklumbalas dari rakyat yang menerima perkhidmatan. YBhg. Dato‘ Sri amat berpuas hati terhadap inisiatif yang dilaksanakan bagi menyampaikan perkhidmatan Kerajaan oleh warga penjawat awam di ketiga-tiga UTC dan maklumbalas yang diterima oleh rakyat juga amatlah memberangsangkan. Rakyat yang ditemui mengucapkan terima kasih atas keprihatinan kerajaan menyediakan perkhidmatan yang efektif pada hujung minggu serta memuji kecekapan penjawat awam yang memberi perkhidmatan walaupun pada hujung minggu. Tahniah diucapkan kepada warga penjawat awam yang bertugas di semua UTC atas perkhidmatan yang cemerlang diberikan kepada rakyat!

5

Lawatan Penandaarasan Delegasi Uganda Ke JPA Oleh : Unit Komunikasi Korporat

Penjajaran Aktiviti JPA Tahun 2017 & RMKe-11 Oleh : Bahagian Penyelidikan, Perancangan dan Dasar

Bahagian Penyelidikan, Perancangan dan Dasar (BPPD) telah mengadakan satu mesyuarat untuk menyelaraskan aktiviti-aktiviti JPA bagi Tahun 2017 dengan Rancangan Malaysia Ke 11 (RMKe-11). Satu Taklimat Pra-mesyuarat telah diadakan pada 20 Februari 2017 (Isnin) di Bilik Mesyuarat Melur Aras 12, JPA dan kemuncaknya Mesyuarat Penjajaran Aktiviti JPA Tahun 2017 dengan RMKe-11 telah diadakan pada 23 Februari 2017 (Khamis) di Galeri JPA Aras 4.

Mesyuarat ini telah dihadiri oleh wakil-wakil Bahagian di JPA dan bertujuan untuk menyusun kembali aktiviti JPA Tahun 2017 untuk dijajarkan di bawah RMKe-11.

Susulan mesyuarat berkenaan, sebanyak 27 aktiviti JPA telah dipilih untuk dijajarkan dengan RMKe-11.

JPA telah menerima lawatan penandaarasan dari delegasi Uganda yang diketuai oleh Setiausaha Tetap, Pejabat Perdana Menteri Uganda pada 13 Februari 2017 (Isnin). Tujuan lawatan tersebut diadakan adalah bagi memenuhi hasrat Kerajaan Uganda yang ingin mengetahui mengenai perancangan komprehensif sumber manusia sektor awam dan pembangunan kompetensi pen-jawat awam.

Bahagian Transformasi Sektor Awam (BTSA) telah menyampaikan pembentangan tentang Kerangka Transformasi Perkhidmatan Awam manakala Bahagian Perkhidmatan (BK) telah menerangkan kepada para delegasi tentang Pelan Pembangunan Kompetensi Penjawat Awam. Delegasi seramai 9 orang tersebut berada di Malaysia selama tiga (3) hari bagi tujuan lawatan rasmi ke beberapa Agensi Kerajaan iaitu dari 13 hingga 15 Februari 2017.

6

Pada 14 Februari 2017, YBhg. Dato’ Sri KPPA telah merasmikan Program #GerobokRezeki JPA4U 2017 di Aras 7, Blok C1, Kompleks C. Program ini merupakan satu inisiatif yang memberikan kemudahan kepada warga JPA yang memerlukan keperluan makanan asas pada bila-bila masa.

Makanan asas yang disumbangkan boleh diambil secara percuma sekiranya terdapat warga JPA yang memerlukan. Inisiatif kebajikan ini adalah selaras dengan tema Kelab JPA Tahun 2017 iaitu ‘Charity Begins @ Home’. YBhg Dato’ Sri KPPA amat berharap agar inisiatif ini dapat dimanfaatkan oleh semua yang memerlukan bantuan dan dapat menjaga kebajikan warga JPA yang memerlukan.

#GerobokRezeki JPA4U 2017 Oleh : Unit Komunikasi Korporat

JPA telah melaksanakan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) sejak bulan Oktober 2016, yang merupakan penambahbaikan kepada Amalan Persekitaran Berkualiti (QE/5S). Dua (2) siri Audit Dalaman EKSA telah dilaksanakan dan pemenang bagi Anugerah EKSA JPA 2016 telah dikenalpasti berdasarkan purata markah audit tersebut seperti berikut :

JOHAN-

Bahagian Pembangunan Organisasi (BPO) membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM3000, Sijil Penghargaan berserta trofi.

NAIB JOHAN-

Bahagian Penyelidikan, Perancangan & Dasar (BPPD) membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM3000, Sijil Penghargaan berserta trofi.

TEMPAT KETIGA-

Bahagian Pembangunan Modal Insan (BMI) membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM3000, Sijil Penghargaan berserta trofi.

Anugerah Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA)

JPA 2016

Oleh : Bahagian Khidmat Pengurusan

7

INFO PESARA 101 Oleh : Bahagian Pasca Perkhidmatan

Tahukah Anda?

SOALAN:

Saya pernah membuat tuntutan ke atas kemudahan perubatan ke atas diri saya, pasangan, anak-anak dan ibu bapa saya semasa saya masih sedang berkhidmat. Adakah segala tuntutan perubatan atau perbelanjaan yang pernah dibuat oleh saya semasa sedang berkhidmat ini akan ditolak semasa perkiraan ganjaran persaraan saya semasa hendak bersara kelak?

JAWAPAN:

TIDAK. Tiada sebarang amaun daripada ganjaran persaraan anda yang akan ditolak ke atas segala tuntutan atau perbelanjaan yang pernah dituntut oleh penjawat awam semasa sedang berkhidmat. Kemudahan perubatan ini sememangnya diberikan kepada semua penjawat awam yang layak tertakluk kepada peraturan dan syarat-syarat yang sedang berkuat kuasa.

Ganjaran persaraan anda akan hanya ditolak dengan segala hutang-hutang terhadap Kerajaan seperti cukai pendapatan, bayaran KWSP (syer Kerajaan), pinjaman kenderaan Kerajaan dan pinjaman kom-puter Kerajaan kecuali pinjaman perumahan Kerajaan.

Bagi pinjaman perumahan Kerajaan, pembayaran adalah tertakluk kepada perjanjian asal antara peminjam dengan Lembaga Pinjaman Perumahan Sektor Awam (LPPSA), dan ia akan berterusan dibuat kepada LPPSA samada melalui potongan pencen bulanan ataupun pembayaran secara terus kepada LPPSA. Walau bagaimanapun, pihak JPA tidak menghalang jika terdapat permintaan daripada bakal pesara atau pesara yang mahu hutang pinjaman perumahan Kerajaan ini dibayar melalui potongan faedah persaraan.

Selain daripada itu, potongan pencen juga boleh dibuat atas perintah mahkamah bagi mengarahkan pesara membayar nafkah kepada isteri atau anak-anak.

Terima Kasih.

8

Oleh : Bahagian Pembangunan dan Pengurusan Maklumat Strategik

Green Data Centre (GDC) atau Pusat Data

Hijau JPA diwujudkan dengan objektif

meningkatkan infrastruktur Pusat Data JPA

berteraskan pelaksanaan Dasar Teknologi

Hijau Negara. Inisiatif transformasi JPA ini

bukan sahaja dapat menjimatkan serta

mengoptimumkan penggunaan tenaga elektrik

pada masa hadapan, ia juga berjaya

meminimumkan degradasi kualiti persekitaran

dan pembebasan gas rumah hijau yang rendah

melalui penaiktarafan infrastruktur

berteknologi hijau dan penggunaan peralatan yang mesra alam. GDC yang merupakan salah satu

komponen utama JPA-ICT Enterprise Command Centre (ECC) (Pusat Kawalan Utama) telah dirasmikan

oleh mantan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, YBhg. Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal pada

10 November 2016. Inisiatif GDC ini mensasarkan bacaan Power Usage Effectiveness (PUE) iaitu

bersamaan atau kurang daripada 1.6 dan telah pun dianugerahkan pensijilan Low Carbon Computing

Facility daripada Green Computing Initiative (CGI).

9

Oleh :

Bahagian

Pengurusan

Psikologi

Sudut

Psikologi

10

Informasi Integriti

11