peneraju transformasi perkhidmatan awam -...

16
JABATAN PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA Buletin @J PA EDISI 3 APRIL 2017 Peneraju Transformasi Perkhidmatan Awam LAWATAN TURUN PADANG KPPA KE NEGERI PERAK SESI INTERAKSI KPPA BERSAMA MEDIA PROGRAM EKSPRESI NEGARAKU : PERAK PROGRAM EKSPRESI NEGARAKU : KEDAH Muka surat 3 Muka surat 6 Muka surat 5 Muka surat 5

Upload: lekiet

Post on 25-May-2019

228 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Peneraju Transformasi Perkhidmatan Awam - docs.jpa.gov.mydocs.jpa.gov.my/docs/transformasi/Buletin_Paskom/2017/buletin_Edisi3_APRIL2017.pdf · (15) di Istana Negara. Maka ucapan sekalung

JABATAN PERKHIDMATAN AWAMMALAYSIA

Bu le ti n @J PAEDIS

I 3A

PRIL

201

7

Peneraju Transformasi Perkhidmatan Awam

LAWATAN TURUN PADANG KPPAKE NEGERI PERAK

SESI INTERAKSI KPPA BERSAMA MEDIA

PROGRAM EKSPRESINEGARAKU : PERAK

PROGRAM EKSPRESINEGARAKU : KEDAH

Muka surat 3

Muka surat 6

Muka surat 5

Muka surat 5

Page 2: Peneraju Transformasi Perkhidmatan Awam - docs.jpa.gov.mydocs.jpa.gov.my/docs/transformasi/Buletin_Paskom/2017/buletin_Edisi3_APRIL2017.pdf · (15) di Istana Negara. Maka ucapan sekalung

Bu le ti n @J PA

2

Warga JPA yang saya kasihi sekalian,

Terlebih dahulu, tidak terlambat kiranya saya mengucapkan Salam Israk Mikraj 27 Rejab 1438H kepada semua warga JPA yang hadir pada majlis ini. Semoga dengan kisah perjalanan agung Rasul yang kita kasihi, Nabi Muhammad S.A.W dari Masjidil Haram ke Masjid Aqsa di Palestin (Israk) dan Masjid Aqsa ke Langit (Mikraj) dengan hanya satu malam dapat meningkatkan ketakwaan serta keimanan kepada Allah S.W.T.

Begitu juga tidak dilupakan detik bersejarah pada semua rakyat Malaysia semalam, 24 April 2017 di mana telah berlangsungnya Istiadat Pertabalan SultanMuhammad V sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-XV (15) di Istana Negara. Maka ucapan sekalung tahniah, menjunjung kasih dan taat setia kita sembahkan kepada Sultan Muhammad V sempena pertabalan baginda.

Berbalik kepada sambutan majlis ini, saya dengan rendah diri, ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang telah bersama-sama dengan saya selama 100 hari ini. Tanpa kerjasama dari semua, saya mungkin tidak akan berada di sini untuk hari yang ke-100 ini.

Seperti yang diketahui, negara kita menuju ke arah transformasi menjelang tahun 2050 atau lebih dikenali sebagai TN50. Matlamat utama negara adalah untuk menjadi antara 20 negara termaju di dunia.

Sehubungan dengan itu, saya amat berharap JPA akan berusaha dengan terbaik bagi merealisasikan transformasi ini khususnya dalam sektor Perkhidmatan Awam.

Kita perlu menyuntik semangat pegawai muda untuk berusaha menjayakan objektif ini. Oleh itu, kita perlu lebih mudah didekati, saling membantu dan sama-sama bekerja. Itulah kunci kejayaan dalam sesebuah organisasi iaitu bekerjasama dan bukannya bekerja seorang. Inilah amanah yang patut kita ambil berat.

100 hari saya di sini adalah merupakan langkah permulaan untuk saya mengetahui dengan lebih jelas fungsi sebenar JPA dalam menjayakan transformasi Perkhidmatan Awam. Masih banyak usaha yang perlu kita lakukan untuk melakarkan kejayaan gemilang buat JPA pada masa akan datang.

Hasrat saya masih sama, sebagai kepimpinan baharu 100 hari di JPA ini, saya masih dan amat mengharapkan sepenuhnya komitmen dan kerjasama daripada semua warga JPA agar misi dan visi JPA dapat direalisasikan dengan jayanya.

Adakah saya gembira selama 100 hari di JPA selaku KPPA? Jawapannya pasti YA dan masih ya. Selama saya di sini saya akan terus bangga dan gembira andainya warga JPA sentiasa positif untuk terus bekerja dengan baik dan mempunyai budi bahasa yang bernilai tinggi. Ini semua adalah penting dalam memastikan kita berupaya memacu dan meneraju pembangunan sumber manusia Perkhidmatan Awam di negara ini.

Saya juga berharap hadirin sekalian bersama-sama membantu saya merealisasikan transformasi negara TN50. Bersama-samalah kita bekerja bersungguh-sungguh dengan seikhlas hati. Percayalah, sesuatu kerja yang dibuat dan dilakukan dengan ikhlas, pastinya keikhlasan akan terpancar jua dan seterusnya detik kejayaan gemilang pula akan terukir.

Semua itu akan sentiasa dan saya terus doakan pada hari yang ke 101, 102 dan hari-hari yang berikutnya saya di sini. Hanya yang terbaik dan indah beserta kejayaan sahaja yang akan hadir pada kita semua, InsyaAllah.

-Petikan Ucapan YBhg. Dato’ Sri Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam sempena ‘MAJLIS 100 HARI PENERAJU TRANSFORMASI PERKHIDMATAN AWAM’, 25 April 2017, Aras 13, Blok C1, JPA

Bicara Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam

Page 3: Peneraju Transformasi Perkhidmatan Awam - docs.jpa.gov.mydocs.jpa.gov.my/docs/transformasi/Buletin_Paskom/2017/buletin_Edisi3_APRIL2017.pdf · (15) di Istana Negara. Maka ucapan sekalung

Bu le ti n @J PA

3

Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Pejabat Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri Perak telah menganjurkan Program Interaksi Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) bersama-sama Pegawai Muda di Dewan Bankuet, Bangunan Perak Darul Ridzuan, Ipoh pada 13 April 2017 bersempena dengan Lawatan Turun Padang KPPA ke Negeri Perak.

Program ini merupakan platform kepada pegawai muda untuk melontarkan idea dan cadangan bagi menambahbaik Perkhidmatan Awam masa kini dan diharap dapat memberi ruang kepada pegawai muda juga untuk tampil lebih berani menyahut cabaran menghadapi risiko, berpandangan positif, mencari peluang dan melihat sesuatu perkara dengan perspektif yang berbeza sesuai dengan keadaan dan konteks semasa.

Pada siri turun padang KPPA ke negeri Perak ini juga, YBhg. Dato’ Sri KPPA turut berkesempatan membuat lawatan turun padang ke Hospital Raja Permaisuri Bainun pada sebelah pagi bagi melihat dengan lebih dekat perkhidmatan yang ditawarkan kepada rakyat serta mendengar maklum balas daripada pelanggan hospital berkenaan secara langsung. YBhg. Dato’ Sri juga turut membuat kunjungan hormat ke atas YAB Menteri Besar Perak di kediaman rasmi Menteri Besar Perak serta menghadiri Majlis Perjumpaan Bersama-sama Ketua Jabatan dan Pegawai Kanan Persekutuan Negeri Perak pada hari tersebut. Turut hadir sepanjang siri Lawatan Turun Padang KPPA ke Negeri Perak berlangsung ialah Y.B. Dato’ Seri Abdul Puhat Mat Nayan, Setiausaha Kerajaan Negeri Perak.

Oleh : Bahagian Transformasi Sektor Awam & Unit Komunikasi Korporat

Lawatan Turun Padang KPPA Ke Negeri Perak& Kunjungan Hormat Ke Atas YAB Menteri Besar

Page 4: Peneraju Transformasi Perkhidmatan Awam - docs.jpa.gov.mydocs.jpa.gov.my/docs/transformasi/Buletin_Paskom/2017/buletin_Edisi3_APRIL2017.pdf · (15) di Istana Negara. Maka ucapan sekalung

Bu le ti n @J PA

4

Bersempena dengan hari ke-100 perkhidmatan YBhg. Dato’ Sri Zainal Rahim Seman sebagai Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) yangke-22, satu sesi bagi meraikan pencapaian tersebut telah diadakan di Executive Lounge, Aras 13 pada 25 April 2017. Turut hadir pada program

tersebut adalah timbalan-timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam iaitu YBhg. Dato’ Mohtar bin Mohd Abd Rahman, Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Pembangunan) dan YBhg. Dato’ Nor Inchun binti Mohamed Salleh, Timbalan Ketua Pengarah

Perkhidmatan Awam (Operasi) serta Pengerusi PUSPANITA JPA, YBhg. Datin Sri Nik Hasmah binti Nik Kadir.

Pada program tersebut, telah turut diadakan sesi penyerahan buku ‘100 Hari Peneraju Transformasi Perkhidmatan Awam’ oleh wakil Unit Komunikasi Korporat (UKK), En Jaafar Jantan kepada YBhg. Dato’ Sri KPPA sebagai simbolik majlis tersebut. Buku yang diterbitkan oleh UKK tersebut dengan menggunakan kepakaran dalaman telah merakamkan perjalanan semua program yang telah dihadiri oleh YBhg. Dato’ Sri KPPA sepanjang 100 hari perkhidmatan sejak pelantikan beliau bermula pada 16 Januari 2017.

Majlis sambutan Israk & Mikraj peringkat Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah dianjurkan oleh Kelab JPA pada25 April 2017 di Auditorium Aras 4, JPA. Majlis Sambutan tersebut diadakan dengan kehadiran tetamu jemputan Ustaz Syed Abdul Kadir Al Joofre yang telah memberikan ceramah tentang peristiwa Israk & Mikraj dan dihadiri oleh lebih 400 orang warga JPA.

Oleh : Bahagian Khidmat Pengurusan & Unit Komunikasi Korporat

Oleh : Bahagian Khidmat Pengurusan

Majlis 100 Hari Peneraju Transformasi Perkhidmatan Awam :Dato’ Sri Zainal Rahim Seman

Majlis Sambutan Israk & Mikraj JPA

Page 5: Peneraju Transformasi Perkhidmatan Awam - docs.jpa.gov.mydocs.jpa.gov.my/docs/transformasi/Buletin_Paskom/2017/buletin_Edisi3_APRIL2017.pdf · (15) di Istana Negara. Maka ucapan sekalung

5

Bu le ti n @J PA

Siri Kedua Program Ekspresi Negaraku telah dirasmikan oleh YBhg. Tan Sri Dr. Ali Hamsa, Ketua Setiausaha Negara pada 8 April 2017 di perkarangan Amanjaya, Sungai Petani. Program yang telah dihadiri oleh seramai 10,000 pengunjung itu turut melibatkan Jabatan Perkhidmatan Awam sebagai salah satu Agensi Kerajaan yang terlibat di dalam pameran pada program tersebut. Pada program tersebut juga telah dipaparkan kisah-kisah kejayaan Rakyat Malaysia serta perkhidmatan bergerak dari 1JPJ, Kedai Buku Bergerak, Klinik Pergigian, Kaunter Suruhanjaya Pilihanraya, servis dari Pusat Darah Negara dan lain-lain.

Timbalan Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamid telah merasmikan siri ketiga Program Ekspresi Negaraku yang diadakan di Dataran Pavilion, Kuala Kangsar pada 15 April 2017. Jabatan Perkhidmatan Awam telah turut menjayakan program ini dengan penglibatan dari wakil Bahagian seperti UKK, BKP, BP, BMI, BPPs serta INTAN.

YBhg Dato’ Nor Inchun Mohamed Salleh telah dilantik sebagai Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Operasi) pada 10 April 2017 bagi menggantikan YBhg. Dato’ Sabariah Hassan yang telah bersara wajib.Satu sesi taklimat Korporat JPA kepada YBhg. Dato’ Nor Inchun Mohamed Salleh, telah diadakan pada 11 April 2017 bertujuan untuk menerangkan kepada beliau tentang peranan dan fungsi JPA.

Oleh : Unit Komunikasi Korporat Oleh : Unit Komunikasi Korporat

Oleh : Unit Komunikasi Korporat

Program Ekspresi Negaraku :Perak

Sesi Taklimat KorporatJPA Kepada TKPPA (O)

Program Ekspresi Negaraku : Kedah

Page 6: Peneraju Transformasi Perkhidmatan Awam - docs.jpa.gov.mydocs.jpa.gov.my/docs/transformasi/Buletin_Paskom/2017/buletin_Edisi3_APRIL2017.pdf · (15) di Istana Negara. Maka ucapan sekalung

Bu le ti n @J PA

6

Perhimpunan bulanan JPA bagi bulan April 2017 telah dianjurkan oleh Bahagian Perkhidmatan pada11 April 2017. Penganjuran perhimpunan bulanan kali ini adalah berbeza berbanding penganjuran sebelum ini kerana buat julung kalinya ia diadakan dalam bentuk forum khas bersama YBhg. Dato’ Sri KPPA yang telah mengupas topik ’Taat Setia’.

‘Taat Setia’ dalam konteks seorang penjawat awam termaktub di bawah Perkara 4 (1) Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993

Perlembagaan Persekutuan yang menjelaskan seorang pegawai awam hendaklah pada setiap masa dan pada setiap ketika memberikan taat setia yang tak berbelah bagi kepada Yang di-Pertuan Agong, Negara dan Kerajaan.

Selesai sesi forum tersebut yang berlangsung selama hampir sejam, telah diadakan juga sesi Ekspresi Negaraku oleh warga JPA dengan mengibarkan bendera Malaysia sebagai simbolik cintakan Negara.

Satu sesi khas YBhg. Dato’ Sri KPPA bersama pihak media telah diadakan dengan kerjasama antara Unit Komunikasi Korporat (UKK) dan Bahagian Penyelidikan, Perancangan dan Dasar (BPPD) pada 19 April 2017. Sesi ini diadakan bersempena dengan 100 hari perkhidmatan YBhg. Dato’ Sri Zainal Rahim Seman sebagai KPPA yang ke-22 serta untuk mendalami cerminan makna kepada segala pegangan dan tindakan YBhg. Dato’ Sri Zainal Rahim Seman selaku KPPA sejak dilantik pada 16 Januari 2017.

YBhg. Dato’ Sri dalam temubual beliau menyatakan beliau sentiasa berpesan kepada pasukan kerja JPA dan warga perkhidmatan awam untuk bertindak segera dalam menghadapi sebarang krisis dan menjauhi daripada mengatakan tidak kepada pelanggan yang mengharapkan perkhidmatan dari penjawat awam.

Penjawat awam juga perlu membuka minda kepada segala bentuk permasalahan yang datang, agar mudah didekati oleh masyarakat dan rakyat. Beliau juga berpesan agar prinsip integriti dan akauntabiliti perlu tertanam kukuh dalam diri dan sanubari setiap penjawat awam.

Oleh : Bahagian Perkhidmatan

Oleh : Unit Komunikasi Korporat

Perhimpunan Bulanan JPA : April 2017

Sesi Interaksi KPPA Bersama Media

Page 7: Peneraju Transformasi Perkhidmatan Awam - docs.jpa.gov.mydocs.jpa.gov.my/docs/transformasi/Buletin_Paskom/2017/buletin_Edisi3_APRIL2017.pdf · (15) di Istana Negara. Maka ucapan sekalung

7

Bu le ti n @J PALawatan Delegasi Sudan Ke JPA

Pada 25 April 2017, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah menerima

lawatan delegasi dari Bangladesh Employees Welfare Board dan

Ministry of Public Administration of the People’s Republic of Bangladesh.

Delegasi lawatan tersebut adalah terdiri daripada empat (4) orang

pegawai yang diketuai oleh Dr. Md Mozammel Haque Khan, Senior

Secretary of the Ministry of Public Administration of Bangladesh.

Lawatan tersebut diadakan bertujuan untuk mendapatkan taklimat mengenai

isu-isu berkaitan pengurusan kebajikan penjawat awam di Malaysia.

Sesi taklimat tersebut telah dipengerusikan oleh YBhg. Dato’ Nor Inchun

Mohamed Salleh, Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Operasi)

dan telah dihadiri oleh wakil-wakil Bahagian di JPA. Sesi lawatan tersebut yang

bermula pada jam 2.30 petang diadakan selama hampir dua jam dengan pengisian

perkongsian pendapat dan pertukaran pandangan di antara kedua-dua pihak.

Delegasi dari Ministry of Labour and Administrative Reform & National Civil Service Chamber of Sudan yang terdiri daripada tiga (3) orang pegawai telah mengadakan lawatan ke Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) pada 6 April 2017. Delegasi tersebut diketuai oleh Mr. Ahmed Ali Abdelrahman Mohamed Elnour,

Director General of National Civil Service Chamber. Tujuan lawatan tersebut adalah untuk mempelajari pengalaman Malaysia dalam beberapa isu seperti Struktur Organisasi dan Fungsi Kerajaan Malaysia, Penilaian dan klasifikasi Perkhidmatan Awam Malaysia serta isu-isu lain berkaitan Perkhidmatan Awam.

Oleh : Bahagian Pengurusan, Perancangan dan Dasar & Unit Komunikasi Korporat

Oleh : Bahagian Pengurusan, Perancangan dan Dasar & Unit Komunikasi Korporat

Lawatan Delegasi Bangladesh Ke JPA

Page 8: Peneraju Transformasi Perkhidmatan Awam - docs.jpa.gov.mydocs.jpa.gov.my/docs/transformasi/Buletin_Paskom/2017/buletin_Edisi3_APRIL2017.pdf · (15) di Istana Negara. Maka ucapan sekalung

Bu le ti n @J PA

8

Oleh : Bahagian Pasca Perkhidmatan

Info Pesara

Katakan seorang penjawat awam wanita sedang menghadapi

masalah rumah tangga bersama suaminya. Beliau dalam

proses permohonan perceraian. Beliau mempunyai seorang

anak yang mengidap sindrom down. Memandangkan suami

beliau mempunyai masalah (tidak bekerja dan terlibat

dengan penagihan dadah), beliau kuatir sekiranya

apa-apa berlaku terhadap dirinya (meninggal dunia

dalam perkhidmatan), semua wang persaraan

beliau akan jatuh ke tangan si suami dan risau

hak anaknya akan disalahgunakan oleh suami.

Persoalaannya: Adakah dibolehkan jika beliau ingin memindahkan hak pewarisan pencen tersebut kepada

anaknya sahaja, bukan kepada suaminya, adakah dia perlu membuat permohonan wasiat?

Jawapan:

Dalam kes ini, selagi pegawai wanita tersebut masih ada ikatan yang sah sebagai suami isteri, sekiranya apa-apa berlaku

kepada pegawai wanita tersebut (meninggal dunia), maka suami dan anak-anak yang berusia di bawah umur 21 tahun

tetap layak mewarisi pencen terbitannya.

Si duda/balu kepada gemulah (si mati) berhak mewarisi pencen terbitan pasangannya yang merupakan penjawat awam/

pesara, dan bayaran pencen terbitan tersebut dibayar kepada balu/duda sepanjang hayatnya, dengan syarat mereka

tidak pernah bercerai sebelum kematian penjawat awam/pesara itu. Pencen terbitan kepada anaknya akan terhenti

setelah anaknya mencapai umur 21 tahun atau sehingga tamat ijazah pertama. Walau bagaimanapun, jika anak itu

tergolong dalam cacat otak atau hilang upaya kekal yang menyebabkannya tidak berupaya menanggung dirinya, maka

pencen terbitan kepada anak cacatnya itu kekal dibayar sepanjang hayatnya.

Untuk makluman, bagi maksud pembahagian pencen, ianya tertakluk kepada peruntukan di bawah Akta Pencen 1980.

Oleh itu, tiada sebarang urusan pembahagian pencen dibuat mengikut wasiat yang dikeluarkan oleh pegawai/pesara.

Ini juga telah disepakati oleh Majlis Fatwa Kebangsaan yang telah bersidang pada Muzakarah Jawatankuasa Majlis

Fatwa Kebangsaan Kali ke 21 pada 12 September 1988 yang telah bersetuju bahawa:

“Ganjaran Terbitan dan Pencen Terbitan tidak termasuk sebagai harta pusaka, maka faedahnya tidak tertakluk kepada

pembahagian harta pusaka.”

Sekian dimaklumkan.

Terima Kasih.

TAHUKAH ANDA? PENCEN TIDAK BOLEH DIWASIATKAN DAN BUKAN HARTA PUSAKA

Page 9: Peneraju Transformasi Perkhidmatan Awam - docs.jpa.gov.mydocs.jpa.gov.my/docs/transformasi/Buletin_Paskom/2017/buletin_Edisi3_APRIL2017.pdf · (15) di Istana Negara. Maka ucapan sekalung

9

YBhg. Dato’ Sri KPPA telah merasmikan Makmal Penginstitusian Profil Kepimpinan Baharu Blue Ocean Leadership (B.O.L.) bagi 5 Kementerian Rintis (Fasa 1) pada 17 April 2017 di Dewan Bankuet, Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) Bukit Kiara. Turut hadir ke majlis perasmian tersebut adalah YBhg. Datuk Borhan bin Dolah, Ketua Setiausaha Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, YBhg. Dato’ Mohtar bin Mohd Abd Rahman, Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Pembangunan), YBhg. Dato’ Nor Inchun Mohamed Salleh, Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Operasi), YBrs. Dr. Mohd. Gazali bin Abas, Pengarah INTAN, YBhg. Dato’ Dr. Tam Weng Wah, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar dan Pembangunan) Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan serta pegawai-pegawai kanan INTAN.

Pelaksanaan B.O.L. di Kementerian (B.O.L.@Ministry) telah bermula sejak bulan Mac 2016 setelah mesyuarat NBOS Summit yang dipengerusikan oleh YB Timbalan Perdana Menteri pada 26 Februari 2016 memutuskan agar inisiatif pelaksanaan B.O.L. disebar luas ke peringkat Kementerian (B.O.L.@Ministry).Di dalam ucapan beliau, YBhg. Dato’ Sri KPPA merakamkan penghargaan kepada pihak INTAN di atas penganjuran Makmal yang bertujuan untuk membantu kementerian-kementerian rintis melaksanakan langkah keempat dalam inisiatif pelaksanaan B.O.L. iaitu menginstitusikan profil kepimpinan baharu serta membangunkan pelan tindakan penginstitusian profil kepimpinan baharu tersebut. YBhg. Dato’ Sri KPPA juga memberi penekanan kepada peranan penjawat awam dalam merealisasikan 2017 sebagai ‘Year of Delivery’ dan prakarsa pelaksanaan B.O.L. yang mampu memantapkan amalan kepimpinan dan memacu sesebuah organisasi ke tahap kecemerlangan. Selain itu, YBhg. Dato’ Sri turut mengucapkan syabas kepada Jabatan Perkhidmatan Awam dan lima (5) kementerian rintis iaitu Kementerian Dalam Negeri, Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Kementerian Belia dan Sukan, Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani kerana telah berjaya menjadi pemangkin agenda transformasi Perkhidmatan Awam melalui pelaksanaan B.O.L. di Kementerian (B.O.L.@Ministry) ini.YBhg. Dato’ Sri KPPA turut meluangkan masa untuk mendengar secara terperinci pembentangan kanvas kepimpinan oleh wakil kementerian rintis dan melawat pameran kanvas kepimpinan. Pelaksanaan B.O.L.@Ministry amat menarik minat YBhg. Dato’ Sri KPPA yang ingin melihat inisiatif B.O.L dilaksanakan secara menyeluruh di dalam Perkhidmatan Awam. Sewaktu merumuskan sesi pembentangan kanvas kepimpinan, YBhg. Dato’ Sri KPPA amat berharap agar JPA dan kesemua kementerian rintis akan merealisasikan kanvas kepimpinan yang akhirnya dapat diterjemahkan kepada pencapaian kecemerlangan organisasi secara menyeluruh.

Bu le ti n @J PA

Oleh : Institut Pentadbiran Awam Negara

Perasmian Makmal Penginstitusian ProfilKepimpinan Baharu Blue Ocean Leadership (B.O.L)

Bagi 5% Kementerian Rintis (Fasa 1) Oleh KPPA

Page 10: Peneraju Transformasi Perkhidmatan Awam - docs.jpa.gov.mydocs.jpa.gov.my/docs/transformasi/Buletin_Paskom/2017/buletin_Edisi3_APRIL2017.pdf · (15) di Istana Negara. Maka ucapan sekalung

Bu le ti n @J PA

10

Pada 3 April 2017, Mesyuarat Cadangan Rangka Kerja Pembangunan Deskripsi Tugas (Job Description – JD) Sektor Awam yang dipengerusikan oleh YBhg. Dato’ Sri Zainal Rahim bin Seman, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Malaysia telah bersetuju dengan kerjasama strategik JPA bersama MAMPU melalui pendekatan National Blue Ocean Strategic(NBOS). Pelaksanaan NBOS ini merupakan satu usahasama yang dinamik bagi memastikan penggunaan sumber manusia yang optimum ke arah peningkatan produktiviti dan penambahbaikan sistem penyampaian perkhidmatan kerajaan yang berkesan.JPA telah memperkenalkan satu inisiatif baharu iaitu Deskripsi Tugas (Job Description - JD). JD merupakan salah satu mekanisme yang dapat membantu agensi awam memperkasakan aspek pengurusan sumber manusia ke arah pembangunan kerangka profil sumber manusia yang komprehensif.

Melalui pelaksanaan NBOS bersama MAMPU, komponen JD akan diperkenalkan melalui penambahbaikan Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam (PKPA) Bilangan 8 Tahun 1991 mengenai Manual Prosedur Kerja dan Fail Meja. Komponen JD akan menggantikan komponen Senarai Tugas yang terkandung di dalam Fail Meja agar memberi nafas baharu kepada keseluruhan kandungan PKPA Fail Meja yang dikeluarkan oleh MAMPU ini.Pada 7 April 2017, beberapa pegawai daripada BPO yang mewakili JPA telah menghadiri sesi penyerahan input JD kepada Ketua Pengarah MAMPU bagi menyempurnakan kandungan PKPA Fail Meja yang dijangka akan dikeluarkan

oleh MAMPU pada tahun 2017 ini. Usaha ini disambut baik oleh KP MAMPU dan harapan agar kolaborasi strategik seumpama ini merupakan satu simbiosis yang konsisten serta memberi impak yang berkesan kepada Perkhidmatan Awam amnya.

Oleh : Bahagian Pembangunan Organisasi

Deskripsi Tugas : NBOS JPA Bersama Mampu

Page 11: Peneraju Transformasi Perkhidmatan Awam - docs.jpa.gov.mydocs.jpa.gov.my/docs/transformasi/Buletin_Paskom/2017/buletin_Edisi3_APRIL2017.pdf · (15) di Istana Negara. Maka ucapan sekalung

11

Bu le ti n @J PA

Page 12: Peneraju Transformasi Perkhidmatan Awam - docs.jpa.gov.mydocs.jpa.gov.my/docs/transformasi/Buletin_Paskom/2017/buletin_Edisi3_APRIL2017.pdf · (15) di Istana Negara. Maka ucapan sekalung

Bu le ti n @J PA

12

Oleh : Bahagian Pengurusan Psikologi

Sudut Psikologi

Page 13: Peneraju Transformasi Perkhidmatan Awam - docs.jpa.gov.mydocs.jpa.gov.my/docs/transformasi/Buletin_Paskom/2017/buletin_Edisi3_APRIL2017.pdf · (15) di Istana Negara. Maka ucapan sekalung

13

Bu le ti n @J PA

Oleh : Bahagian Khidmat Pengurusan

Ekosistem Konduksif Sektor Awam (EKSA)

Page 14: Peneraju Transformasi Perkhidmatan Awam - docs.jpa.gov.mydocs.jpa.gov.my/docs/transformasi/Buletin_Paskom/2017/buletin_Edisi3_APRIL2017.pdf · (15) di Istana Negara. Maka ucapan sekalung

Bu le ti n @J PA

Oleh : Bahagian Pembangunan dan Pengurusan Maklumat Strategik

My HRMIS Self Check

14

Page 15: Peneraju Transformasi Perkhidmatan Awam - docs.jpa.gov.mydocs.jpa.gov.my/docs/transformasi/Buletin_Paskom/2017/buletin_Edisi3_APRIL2017.pdf · (15) di Istana Negara. Maka ucapan sekalung

Bu le ti n @J PAOleh : Bahagian Pembangunan dan Pengurusan Maklumat Strategik

15

Page 16: Peneraju Transformasi Perkhidmatan Awam - docs.jpa.gov.mydocs.jpa.gov.my/docs/transformasi/Buletin_Paskom/2017/buletin_Edisi3_APRIL2017.pdf · (15) di Istana Negara. Maka ucapan sekalung