peneraju transformasi perkhidmatan awam perkhidmatan awam 2017 buletin pa peneraju transformasi...

12
JABATAN PERKHIDMATAN AWAM Buletin @J PA 2017 Peneraju Transformasi Perkhidmatan Awam SESI CONNECT & INTERACT BERSAMA PELAJAR TAJAAN JPA DIALOG TN50 BERSAMA PENJAWAT AWAM PROGRAM EKSPRESI NEGARAKU MEI EDISI 4 Tahniah Penerima Biasiswa Yang di-Pertuan Agong 2017/2018 Muka surat 4 Muka surat 6 Muka surat 5 Muka surat 2

Upload: dangnhan

Post on 03-Jul-2019

246 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Peneraju Transformasi Perkhidmatan Awam PERKHIDMATAN AWAM 2017 Buletin PA Peneraju Transformasi Perkhidmatan Awam SESI CONNECT & INTERACT BERSAMA PELAJAR TAJAAN JPA DIALOG TN50 BERSAMA

JABATAN PERKHIDMATAN AWAM

Bu le ti n @J PA 201

7

Peneraju Transformasi Perkhidmatan Awam

SESI CONNECT & INTERACT BERSAMA PELAJAR TAJAAN JPA

DIALOG TN50 BERSAMA

PENJAWAT AWAM

PROGRAM EKSPRESINEGARAKU

ME

I

EDIS

I 4

Tahniah Penerima BiasiswaYang di-Pertuan Agong2017/2018 Muka surat 4

Muka surat 6Muka surat 5Muka surat 2

Page 2: Peneraju Transformasi Perkhidmatan Awam PERKHIDMATAN AWAM 2017 Buletin PA Peneraju Transformasi Perkhidmatan Awam SESI CONNECT & INTERACT BERSAMA PELAJAR TAJAAN JPA DIALOG TN50 BERSAMA

Bu le ti n @J PA

2

Oleh : Unit Komunikasi Korporat

1,300 Penjawat Awam Kongsi Aspirasi Dengan Perdana Menteri

Pada 31 Mei 2017, YAB Dato Sri Najib Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia telah hadir bersama penjawat awam dalam Sesi Dialog bersama Penjawat Awam bagi mendengar aspirasi mereka untuk tempoh 30 tahun akan datang. Bertempat di Dewan Utama,Kementerian Kewangan Malaysia, YAB Perdana Menteri danTan Sri Dr Ali Hamsa,Ketua Setiausaha Negara selaku moderator secara santai berdialog bersama penjawatawam daripada pelbagai latar belakang.

Dalam sesi dialog yang melibatkan kira-kira 1,300 penjawat awam muda, antara aspirasi yang sering dikemukakan ialah menekankan perpaduan melalui pendidikan dengan membina sekolah satu aliran yang menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar serta memperkasakan bahasa Inggeris tanpa meminggirkan Bahasa Tamil dan Cina.

Turut disuarakan ialah keseimbangan kerja dan keluarga agar waktu bekerja mempunyai had maksima agar penjawat awam tidak terikat dengan kerja di pejabat sehingga mengorbankan masa untuk bersama dengan anak dan keluarga.

Kemampanan dalam aspek perkhidmatan kesihatan juga menjadi antara fokus aspirasi penjawat awam muda kini. Menurut YAB Perdana Menteri dalam sesi ini, kos RM1 yang dikenakan bagi mendapatkan perkhidmatan kesihatan di fasiliti kerajaan adalah tidak mampan memandangkan kerajaan membelanjakan RM21 hingga RM22 bilion setahun dalam industri kesihatan tetapi hanya memungut antara RM400 juta dan RM500 juta walaupun perkhidmatan kesihatan Malaysia adalah yang terbaik di dunia.

Isu pengangkutan awam turut menarik perhatian pada sesi dialog itu apabila seorang penjawat awam berkata beliau tidak lagi mahu melihat masalah kesesakan lalu lintas membelenggu Malaysia pada tahun 2050.

Page 3: Peneraju Transformasi Perkhidmatan Awam PERKHIDMATAN AWAM 2017 Buletin PA Peneraju Transformasi Perkhidmatan Awam SESI CONNECT & INTERACT BERSAMA PELAJAR TAJAAN JPA DIALOG TN50 BERSAMA

Bu le ti n @J PA

3

Page 4: Peneraju Transformasi Perkhidmatan Awam PERKHIDMATAN AWAM 2017 Buletin PA Peneraju Transformasi Perkhidmatan Awam SESI CONNECT & INTERACT BERSAMA PELAJAR TAJAAN JPA DIALOG TN50 BERSAMA

Bu le ti n @J PA

4

Oleh : Bahagian Pembangunan Modal Insan

Majlis Penyampaian Biasiswa Yang di-Pertuan Agong

Pada 24 Mei 2017, Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V berkenan mengurniakan biasiswa Yang di-Pertuan Agong (BYDPA) kepada 12 orang penerima bagi sesi pengajian 2017/2018 di Istana Negara.

Kesemua dua belas (12) orang penerima telah dipilih olehJawatankuasa Biasiswa Yang di-Pertuan Agong (BYDPA) bagi sesi pengajian 2017/2018, dimana enam (6) pelajar bagi peringkat pengajian Ph.D dan enam (6) orang lagi di peringkat Sarjana dalam bidang sains dan teknologi.

BYDA mula diperkenalkan pada tahun 2006 untuk mengiktiraf kebolehan luar biasa seseorang pelajar. Sehingga kini, sebanyak 11 sesi penawaran telah dilaksanakan dengan menaja seramai 129 pelajar iaitu 65 pelajar peringkat PhD dan 64 pelajar di peringkat Sarjana.

Kesemua penerima biasiswa ini juga turut diundang dan diraikandalam Majlis Makan Malam bersama Yang di-Pertuan Agong di istananegara.

Page 5: Peneraju Transformasi Perkhidmatan Awam PERKHIDMATAN AWAM 2017 Buletin PA Peneraju Transformasi Perkhidmatan Awam SESI CONNECT & INTERACT BERSAMA PELAJAR TAJAAN JPA DIALOG TN50 BERSAMA

5

Bu le ti n @J PA

Oleh : Bahagian Transformasi Sektor Awam

Sesi “Connect & Interact” Bersama Pelajar Tajaan JPA

Sesi “Connect & Interact” Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) bersama pelajar tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) pada12 Mei 2017 adalah salah satu program siri turun padang KPPA untuk bertemu dengan semua peringkat stakeholders Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) khususnya pelajar tajaan.

Program ini merupakan salah satu platform kepada pelajar untuk menyalurkan idea dan cadangan yang konstruktif bagi menambah baik proses penyampaian perkhidmatan kerajaan kepada kumpulan sasar. Disamping itu, ia juga memberi peluang kepada pelajar untuk tampil lebih berani ke hadapan dalam ruang yang lebih kondusif bagi berkongsi pandangan yang membina dan positif dalam menyuarakan pendapatmasing-masing. Ia juga selari dengan hasrat kerajaan bagi membentuk sebuah generasi yang dapat menyumbangkanidea-idea baharu yang bernas dan positif ke arah pembentukan TN50 yang holistik khususnya di kalangan pelajar dan generasi muda.

Pada program “Connect & Interact” KPPA bersama pelajar tajaan JPA, YBhg. Dato Sri Zainal Rahim Seman,Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Malaysia turut menyampaikan sijil pengharg aan kepada13 orang pelajar tajaan JPA yang cemerlang dengan memperoleh CGPA melebihi 3.90 . Pada sesi kali ini melibatkan seramai 500 pelajar tajaan JPA dari UMS, UiTM Sabah, Politeknik Kota Kinabalu dan pegawai kerajaan yang ditawarkanHadiah Latihan Persekutuan (HLP).

Selain itu, dalam siri turun padang KPPA ke negeri Sabah selama 2 hari,Dato Sri Zainal Rahim Seman, turut berkesempatan bertemu denganKetua-Ketua Jabatan Peringkat Persekutuan dan Negeri Sabah, menghadiri sesi interaksi KPPA bersama-sama pegawai muda Persekutuan Sabah dan Penyampaian Surat Kenaikan Pangkat kepada 295 orang pegawai danSurat Persaraan kepada 7 orang bakal pesara di INTAN Kampus Sabah.

Page 6: Peneraju Transformasi Perkhidmatan Awam PERKHIDMATAN AWAM 2017 Buletin PA Peneraju Transformasi Perkhidmatan Awam SESI CONNECT & INTERACT BERSAMA PELAJAR TAJAAN JPA DIALOG TN50 BERSAMA

Bu le ti n @J PA

6

Majlis Pemeteraian Memorandum Persefahaman

(MOU)Program Talent Acceleration In The Public Service (TAPS)

Oleh : Bahagian Pembangunan Modal InsanOleh : Bahagian Pembangunan Modal Insan

Bahagian Pembangunan Modal Insan (BMI) telah menganjurkan Majlis Pemeteraian Memorandum Persefahaman (MOU) Program Talent Acceleration in the Public Service (TAPS) bertempat di Ruang Legar C3, Komplek C, Putrajaya. Majlis ini bermula jam 11.00 pagi dan berakhir jam 1.00 petang yang telah dirasmikan olehDato’ Sri Zainal Rahim Seman,Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam. YBhg. Dato’ Sri juga telah menandatanganiMOU TAPS bersama Encik Azman Hisham Che Doi, CEO Razak School of Government (RSOG).

Oleh : Unit Komunikasi Korporat

Oleh : Unit Komunikasi Korporat

Program Ekspresi Negaraku : Sandakan

Program Ekspresi Negaraku : Kelantan

Siri Keempat Program Ekspresi Negaraku kali ini dirasmikan oleh YAB Dato Sri Najib Tun Abdul Razak,Perdana Menteri Malaysia pada 7 Mei 2017 di Sandakan, Sabah. Program yang telah dihadiri seramai kira-kira 10,000 pengunjung ini turut melibatkan Jabatan Perkhidmatan Awam sebagai salah satu agensi Kerajaan yang terlibat di dalam pameran pada program tersebut. Pada program ini juga turut dimeriahkan dengan kehadiran artis-artis terkenal tanah air.

Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Petai, Kelantan telah dijadikan lokasi bagi siri kelima Program Ekspresi Negaraku. Program sepanjang hari ini telah dirasmikan olehYAB Dato’ Seri Zahid Hamidi, Timbalan Perdana Menteri Malaysia pada 13 Mei 2017.Jabatan Perkhidmatan Awam turut menjayakan program ini dengan penglibatan dalam pameran bagi mempromosi serta menyebar luas maklumat perkhidmatan yang ditawarkan oleh jabatan. Antara bahagian yang turut serta ialah UKK, BKP, BP, BMI, BPPs serta INTAN.

Page 7: Peneraju Transformasi Perkhidmatan Awam PERKHIDMATAN AWAM 2017 Buletin PA Peneraju Transformasi Perkhidmatan Awam SESI CONNECT & INTERACT BERSAMA PELAJAR TAJAAN JPA DIALOG TN50 BERSAMA

7

Bu le ti n @J PA

YAB Perdana Menteri pada sesi pembentangan bajet tahun 2016 pada 21 Oktober 2016 telah mengumumkan bahawa Kerajaan bersetuju untuk menambah lapisan gred baharu iaitu Gred Pakar 56 bagi Pakar Perubatan dan Pakar Pergigian di Kementerian Kesihatan Malaysia. Keputusan ini dilaksanakan melalui “Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 12 Tahun 2016(PP Bil. 12 Tahun 2016) – Pindaan Skim Perkhidmatan Pegawai Perubatan dan Skim Perkhidmatan Pegawai Pergigian” yang berkuat kuasa pada 1 Januari 2017.

Sehubungan dengan itu juga, penambahan lapisanGred Pakar 56 ini turut dilaksanakan kepada Pensyarah Perubatan dan Pensyarah Pergigian di Pusat Perubatan, Universiti-universiti Awam, Kementerian Pendidikan Tinggi dan Pakar Perubatan serta Pakar Pergigian yang berkhidmat dalam Angkatan Tentera Malaysia, Kementerian Pertahanan Malaysia.

Oleh : Bahagian Pembangunan Organisasi

Gred Pakar 56 Bagi Pakar Perubatan dan Pakar Pergigian

Lawatan Delegasi Korea Youth Association Ke JPA

Bahagian Pembangunan Modal Insan (BMI) telah menganjurkan Persidangan Pengurus Program Tajaan JPA Bersama Universiti Awam Seluruh Malaysia Tahun 2017 dan Taklimat Program Penajaan 9A+ JPA kepada Kolej Persediaan Tahun 2017 bertempat di Dewan Serbaguna Kementerian Pendidikan Malaysia. Persidangan ini bertujuaan untuk menyampaikan maklumat serta berkongsi pandangan berkaitan masalah-masalah tadbir urus penajaan JPA pada tahun 2017 serta memahamiisu-isu berkaitan penajaan JPA dari IPTA dan IPTS.

Persidangan Pengurus Program Tajaan JPA Bersama Universiti Awam Seluruh Malaysia Tahun

2017 dan Taklimat Program Oleh : Bahagian Pembangunan Organisasi

Pada 29 Mei 2017, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah menerima lawatan delegasi dariKorea Youth Association. Delegasi seramai 25 orang ini diketuai oleh Mr. Kim Eun Koo. Lawatan inibertujuan untuk mendapatkan maklumat mengenai isu-isu berkaitan pendidikan di Malaysia.

Oleh : Bahagian Penyelidikan, Perancangan dan Dasar

Page 8: Peneraju Transformasi Perkhidmatan Awam PERKHIDMATAN AWAM 2017 Buletin PA Peneraju Transformasi Perkhidmatan Awam SESI CONNECT & INTERACT BERSAMA PELAJAR TAJAAN JPA DIALOG TN50 BERSAMA

Program Jom Sihat anjuran bersama BPO, BS dan Puspanita JPA ini bertujuan untuk menerapkan amalan hidup sihat di kalangan warga Jabatan Perkhidmatan Awam dan sebagai platform untuk warga beramah mesra bersama semua pengurusan tertinggi JPA. Program yang bermula jam 5.30 petang ini diadakan di Lobi Blok C3 berjaya menarik lebih kurang 70 orang untuk bersama-sama bersenam sambil beramah mesra.Dalam program ini juga, YBhg Dato’ Sri Ketua Pengarah Perhidmatan Awam turut menyampaikan buah kurma sebagai persediaan bulan Ramadhan yang bakal menjelma.

Bu le ti n @J PA

8

Oleh : Bahagian Pembangunan, Bahagian Saraan & Puspanita JPA

Jom Sihat JPA

Amanat KSN Di Majlis Anugerah Khidmat Cemerlang 2016

Saudara-saudari sekalian,

Terlebih dahulu, marilah kita bersama-sama melahirkan rasa kesyukuran ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan izin dan limpah kurniaNya dapat kita bersama-sama bertemu dan berhimpun di Majlis Perasmian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Jabatan Perdana Menteri bagi tahun 2016.

Saya difahamkan seramai 1,070 orang warga cemerlang Jabatan Perdana Menteri daripada 79 Jabatan/Agensi/Bahagian yang telah dipilih sebagai penerima Anugerah Khidmat Cemerlang Jabatan Perdana Menteri bagi Tahun 2016. Syabas diucapkan.

Saya berharap pengiktirafan dan penghargaan seumpama ini akan menjadi pendorong dan

membangkitkan semangat kepada tuan-tuan dan puan-puan untuk menyampaikan perkhidmatan yang lebih berkualiti, seterusnya menjadi role model dan mentor terbaik kepada warga yang lain. KESETIAAN KEPADA RAJA, NEGARA DAN KERAJAAN (SETIA)

Saudara-saudari sekalian,

Pelbagai cabaran diharungi oleh negara kita dalam 2 hingga 3 tahun kebelakangan ini. Kejatuhan harga minyak mentah dunia, Brexit dan keadaan geopolitik dunia yang tidak menentu memberikan impak, secara langsung atau tidak langsung kepada negara kita. Walaupun demikian, Kerajaan berjaya mengharungi dan menempuhi kesemua cabaran-cabaran ini hasil tampuk kepimpinan negara yang berwawasan dan berwibawa.

Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, telah mencetuskan Dasar Transformasi Nasional bagi memangkinkan pencapaian negara ke arah sebuah negara maju berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020. Menurut Dato’ Sri Idris Jala, Malaysia sepatutnya sudah mencapai taraf negara maju pada tahun 2015 berdasarkan kepada GNI USD12,745 yang ditetapkan Bank Dunia jika kadar tukaran wang asing adalah pada kadar RM3.50 ke 1 dolar Amerika Syarikat.

Page 9: Peneraju Transformasi Perkhidmatan Awam PERKHIDMATAN AWAM 2017 Buletin PA Peneraju Transformasi Perkhidmatan Awam SESI CONNECT & INTERACT BERSAMA PELAJAR TAJAAN JPA DIALOG TN50 BERSAMA

9

Bu le ti n @J PASaudara-saudari sekalian,

Pencapaian negara pada hari ini, tidak akan terhasil tanpa dasar dan program jelas yang ditetapkan oleh kepimpinan negara. Dasar dan program yang ditetapkan pula, perlu dilaksanakan oleh sektor perkhidmatan awam. Sebagai penjawat awam, kita perlu menetapkan kesetiaaan kita kepada Raja, Negara dan Kerajaan yang memerintah.

Pada zaman media sosial ini, terdapat pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab menyebarkan maklumat atau melemparkan tuduhan dan kritikan terhadap Kerajaan. Yang mengecewakan, adalah penjawat awam turut tergolong dalam kumpulan ini. Golongan ini percaya kepada ‘fake news’. Mereka kurang ‘social media literacy’, yang dapat menilai kesahihan sesuatu yang dimuatkan dalam media sosial.

Saya ingin menyatakan disini bahawa negara kita bukanlah satu ‘failed state’ seperti yang dihebohkan pihak-pihak yang boleh dikatakan pengkhianat bangsa dan negara. Jika betul apa yang dikatakan, maka tidak mungkin para pelabur seperti syarikat Aramco Saudi Arabia akan melabur sebanyak US7 bilion dolar di projek RAPID di Pengerang, Johor. Dan baru-baru ini, delegasi Malaysia diketuai YAB Perdana Menteri telah berjaya menandatangani 9 Perjanjian Persefahaman dengan pihak kerajaan dan swasta negara China dengan jumlah nilai melebihi US7 bilion dolar. Insentif Kerajaan Untuk Perkhidmatan Awam Negara.

Dalam konteks perkhidmatan awam kita pula, pada setiap tahun, pihak Kerajaan berusaha menambahbaik skim perkhidmatan awam daripada segi emolumen dan insentif perkhidmatan seperti Cuti Belajar untuk Kumpulan Pelaksana, peluang kenaikan pangkat secara ‘fast-track’ dan ‘time-based’, kesetaraan gaji, pelantikan tetap pekerja kontrak, dan perumahan mampu milik khusus untuk penjawat awam. Saya berani kata bahawa tiada negara lain di dunia yang memberikan sebegitu banyak insentif atau kemudahan kepada perkhidmatan awam mereka.

Sebagai penjawat awam, kita semua tertakluk kepada prinsip setia kepada kerajaan yang memerintah. Sekiranya terdapat perkara yang dirasakan perlu ditambahbaik, kita boleh mengutarakan pandangan kita kepada pihak yang berkenaan.

Kempen Ekspresi Negaraku yang kini giat berjalan bertujuan menyemarakkan semangat cintakan negara. Para penjawat awam juga perlu mempunyai semangat demikian dalam melaksanakan tugas kita dengan dedikasi tanpa membelakangkan kepentingan negara.

MALAYSIA KE ARAH TRANSFORMASI NASIONAL 2050 (TN50)

Saudara-saudari sekalian,

YAB Perdana Menteri telah mencetuskan gagasan TN50 bagi mencorakkan perjalanan negara selepas tahun 2020, dalam tempoh 30 tahun dengan mengambil kira ekspektasi, pandangan dan idea seluruh segmen masyarakat terutamanya generasi muda. Inisiatif ini akan dipacu oleh matlamat dan sasaran yang jelas dalam menjadikan negara ini antara yang teratas di tangga dunia dalam ekonomi, kesejahteraan rakyat dan inovasi.

Pada 30 Mei nanti, YAB Perdana Menteri akan mengadakan sesi pertama TN50 Bersama Penjawat Awam di Kementerian Kewangan untuk mendapatkan pandangan dan berinteraksi dengan para penjawat awam dalam membentuk sektor perkhidmatan awam negara kita menjelang tahun 2050. Sebagai penjawat awam perlu bersama-sama berpandangan jauh, tidak leka atau khusyuk dengan pencapaian masa kini.

TAHUN PENYAMPAIAN (SEDIA BERKHIDMAT) Hadirin yang saya hormati sekalian,

Selain daripada setia kepada Kerajaan, penjawat awam juga perlu melaksanakan core business atau amanah yang diberikan iaitu menyampaikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat sejajar dengan konsep Merakyatkan Perkhidmatan Awam. YAB Perdana Menteri telah menyatakan bahawa tahun ini merupakan tahun penyampaian oleh penjawat awam. Fokus kepada penyampaian ini bukan sahaja daripada aspek fizikal, tetapi ia juga meliputi cara dan nilai penyampaian kepada rakyat. Dalam Merakyatkan Perkhidmatan Awam, elemen sentuhan kemanusiaan perlu diterapkan dalam kita menyampaikan perkhidmatan kepada rakyat. Sebagai contoh, sekiranya kita bekerja di kaunter, apa salahnya sekiranya berusaha melayan pelanggan terakhir walaupun masa sudah melewati waktu bekerja.

Penjawat awam khususnya warga JPM, perlu lebih kerap turun padang dan amalkan kaedah ‘search and serve’ iaitu dengan menawarkan perkhidmatan kita kepada rakyat. Selain itu, saya juga menyarankan ketua ketua jabatan perlu melihat sendiri organisasinya seperti di kaunter-kaunter perkhidmatan dan pejabat pegawai dan staf bilik stor dan sebagainya. Dengan demikian, ketua-ketua jabatan akan dapat mengenali lebih dekat anggota organisasi disamping mengetahui lebih lanjut mengenai cara mereka bekerja dan aspek kebajikan. Petikan Ucapan YBhg Tan Sri Dr Ali Hamsa, Ketua Setiausaha Negara sempena Majlis Perasmian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Jabatan Perdana Menteri bagi tahun 2016.

Page 10: Peneraju Transformasi Perkhidmatan Awam PERKHIDMATAN AWAM 2017 Buletin PA Peneraju Transformasi Perkhidmatan Awam SESI CONNECT & INTERACT BERSAMA PELAJAR TAJAAN JPA DIALOG TN50 BERSAMA

Bu le ti n @J PA

10

Page 11: Peneraju Transformasi Perkhidmatan Awam PERKHIDMATAN AWAM 2017 Buletin PA Peneraju Transformasi Perkhidmatan Awam SESI CONNECT & INTERACT BERSAMA PELAJAR TAJAAN JPA DIALOG TN50 BERSAMA

10 11

Bu le ti n @J PA

Page 12: Peneraju Transformasi Perkhidmatan Awam PERKHIDMATAN AWAM 2017 Buletin PA Peneraju Transformasi Perkhidmatan Awam SESI CONNECT & INTERACT BERSAMA PELAJAR TAJAAN JPA DIALOG TN50 BERSAMA