tradisi keintelektualan dan kesusasteraan di alam melayu

17
TRADISI KEINTELEKTUALAN DAN KESUSASTERAAN DI ALAM MELAYU Secara umumnya, keintelektualan membawa makna keadaan atau siat !en""unaan ikiran yan" mendalam dalam mencari sesuatu #awa!an atau !enyelesaian yan" menu#u ke ara$ kesem!urnaan, melalui !r%ses berikir yan" berta$a!&ta$a! teratur, dan tersusun' (iri&ciri keintelektualan itu da!a !ada !r%ses berikir secara kreatidan #u"a !ada kerasi%n idea dan $u#a$ yan" da!at !ula di!ertan""un"#awabkan alasannya, dalam mencari sesuatu #awa!an atau menyelesaikan sesuatu masala$' Keintelektualan dibe)akan dari!ada !r%ses merasa *t% eel+ den"an !ancaindera, dan !r%ses berke$endak t% will+ melalui kein"inan nasu' Tradisi keintelektualan Melayu b%le$ dili$at !ada $asil&$ kesusasteraan yan" terdiri dari!ada bentuk lisan dan tuli -entuk lisan dan tulisan berkemban" secara terus&menerus selaras den"an !erkemban"an tamadun Melayu' Sastera lisan misalnya yan" di!erturunkan dari!ada satu "enerasi satu "enerasi melalui !r%ses s%sialisasi an""%ta masyarak meru!akan satu unsur l%cal "enius kebi#aksanaan tem!atan, yan" mem!erli$atkan kekreatian dan kebi#aksanaan beriki an""%ta masyarakatnya yan" bermula !ada )aman !raliterasi' -entuk&bentuk sastera lisan itu misalnya cer !en"li!ur lara, cerita #enaka, cerita nasi$at, cerita bin mit%s, le"enda, cerita asal&usul dan lain& lain' -entuk&b uca!an lisan yan" lain se!erti !antun, !eriba$asa, sim!ul ba$asa, !e!ata$&!etitit$, sel%ka dan seum!amanya yan" kemudiannya dirakam dalam bentuk tulisan+, menam!akkan ciri&ciri akal budi dan kebi#aksanaan %ran" Melayu menan" se"ala "ela"at !en"$idu!an yan" ter$asil dari!ada !r%ses

Upload: ley5680

Post on 03-Nov-2015

64 views

Category:

Documents

0 download

DESCRIPTION

dan

TRANSCRIPT

TRADISI KEINTELEKTUALAN DAN KESUSASTERAAN DI ALAM MELAYU

Secara umumnya, keintelektualan membawa makna keadaan atau sifat penggunaan fikiran yang mendalam dalam mencari sesuatu jawapan atau penyelesaian yang menuju ke arah kesempurnaan, melalui proses berfikir yang bertahap-tahap, teratur, dan tersusun. Ciri-ciri keintelektualan itu dapat dilihat pada proses berfikir secara kreatifdan juga pada kerasionalan idea dan hujah yang dapat pula dipertanggungjawabkan alasannya, dalam mencari sesuatu jawapan atau menyelesaikan sesuatu masalah. Keintelektualan dibezakan daripada proses merasa {to feel) dengan pancaindera, dan proses berkehendak (to will) melalui keinginan nafsu.

Tradisi keintelektualan Melayu boleh dilihat pada hasil-hasil kesusasteraan yang terdiri daripada bentuk lisan dan tulisan. Bentuk lisan dan tulisan berkembang secara terus-menerus selaras dengan perkembangan tamadun Melayu. Sastera lisan misalnya yang diperturunkan daripada satu generasi ke satu generasi melalui proses sosialisasi anggota masyarakat merupakan satu unsur local genius kebijaksanaan tempatan, yang memperlihatkan kekreatifan dan kebijaksanaan berfikir anggota masyarakatnya yang bermula pada zaman praliterasi. Bentuk-bentuk sastera lisan itu misalnya cerita penglipur lara, cerita jenaka, cerita nasihat, cerita binatang, mitos, legenda, cerita asal-usul dan lain- lain. Bentuk-bentuk ucapan lisan yang lain seperti pantun, peribahasa, simpulan bahasa, pepatah-petitith, seloka dan seumpamanya (yang kemudiannya dirakam dalam bentuk tulisan), menampakkan ciri-ciri akal budi dan kebijaksanaan orang Melayu menangam segala gelagat penghidupan yang terhasil daripada proses pengintelektualan orang Melayu sepanjang zaman.

Sejarah keagungan perkembangan pusat-pusat keintelektualan dan kesusasteraan Melayu yang bertulis bermula dengan kemunculan empayar Srivijaya sekitar tahun 650-1200; Pasai sekitar tahun 1250-1524; Melaka sekitar tahun 1400-1511; diikuti kesusasteraan zaman Johor 1528-1779; kesusasteraan zaman Palembang sekitar tahun 1650-1824; kesusasteraan di Patani sekitar tahun 1500-1900; di Brunei bermula dengan pemerintahan sultan ketiganya iaitu Sultan Sharif All (1425-1432); dan di Riau sekitar tahun 1673 sehingga tahun 1911. Keagungan kerajaan-kerajaan Melayu tradisional tersebut, secara langsung telah mencetuskan perkembangan hasil-hasil kesusasteraan Melayu mengikut tahap perkembangan kerajaan dan kemampuan pengarang-pengarangnya di istana-istana raja Melayu. Istana-istana raja Melayu merupakan pusat kegiatan keintelektualan dalam tamadun Melayu Islam.

Srivijaya merupakan pusat kebudayaan Melayu tertua yang memainkan peranan penting dalam perkembangan keintelektualan dan kesusasteraan Melayu tradisional. Walaupun karya-karya kesusasteraan zaman ini umumnya ditulis dalam bahasa Sanskrit, namun terdapat juga bentuk penulisan dalam bahasa Melayu kuno seperti yang tercatat di atas batu-batu bersurat. Walau bagaimanapun, hasil kesusasteraan yang bertulis di atas bahan-bahan yang lain tidak kedapatan atau ditemui

11.6 SENI DAN TAMADUN MELAYU

Konsep sent boleh difahamkan dengan meneliti beberapa penegasan mengenainya, antaranya, bahawa seni itu merupakan buatan manusia yang dihasilkan bertolak dari fitrah akal, budi dan perasaan. Seni itu merupakan kegiatan manusia yang mempunyai waktu senggang (lapang) dan hasil seni itu menimbulkan perasaan menyenangkan penciptanya dan penatapnya. Seni itu mengekspresikan alam sekitar dan budaya manusianya sebagai pencetus atau pendorong penciptaannya. Kemuncaknya ialah seni itu merupakan kegiatan bangsa yang maju iaitu menunjukkan wujudnya tamadun atau peradaban.

Mengenai definisi seni ini, beberapa takrifan telah dikemukakan antaranya menurut ahli falsafah Yunani misalnya Aristotle yang menyatakan bahawa seni sebagai peniruan bentuk alam di mana penciptanya turut menyertakan ideanya dalam peniruan tentang alam itu. Everyman Encyclopedia mentakrifkan seni sebagai sesuatu yang dilakukan orang yang bukan merupakan keperluan asas melainkan dilakukan kerana kemewahan, kenikmatan atau dorongan kerohanian. Herbert Read pula mengaitkan keindahan kepada kesatuan hubungan bentuk-bentuk, sebagai hasil ekspresi yang mengutamakan dua proses aktiviti iaitu proses fizikal dan proses psikologikal. Monroe Breadsky menghubungkan seni dan keindahan kepada suatu benda yang memiliki kesan yang menyenangkan.

Rumusannya, seni ialah buatan manusia yang berkemampuan untuk menimbulkan kesan atau efek psikologis ke atas manusia lain yang melihat dan menikmatinya. Efek psikologis yang dimaksudkan mencakupi segala tanggapan melalui pengamatan, pengenalan dan imaginasi yang rasional atau emosional.

11.6.1 Seni dan Kehidupan

Hubungan seni bagi orang Melayu terungkap dalam kawalan kehidupan yang boleh dinyatakan seperti dalam ungkapan benkut:

Kehidupan kawalannya agama dan tatacara, Tatacara isiannya membentukkan wajah seni.

Penegasan ini sangat cocok dengan perkembangan yang telah dilalui oleh manusia yang mengisi dan member! erti kepada tamadun Melayu. Perkembangan yang dimaksudkan ialah bagaimana hasil seni menunjukkan hubungan manusia Melayu dengan manusia lain, hubungan manusia dengan alam semula jadi, manusia dengan kepercayaan dan agamanya, dan penentuan pekerjaan mereka seperti seorang petani atau nelayan, dengan penentuan tindak-tanduk dan kelakuannya ditentukan pula oleh sistem kepimpinan seperti raja atau pemerintah dan rakyat, bahkan juga ditentukan oleh perhubungan melalui perdagangan dan pembuatan seperti menggunakan teknik dan teknologi. Semua ini akan mempengaruhi dan mengawal manusia ketika mereka mengisi daya kreatif mereka melalui penghasilan seni.

Dalam konteks penghasilan seni dengan ketamadunan, daya usaha seseorang seniman Islam diberi erti pula melalui hubungannya dengan alam sekitar dan nilai agamanya. Tukang dan seniman Melayu turut menyalurkan kreativiti seni dengan matlamat "demi Tuhan", seperti usaha menyalin semula Al-Quran dengan bertulis tangan, menggubah lagu untuk nyanyian puji-pujian terhadap Allah s.w.t. dan Nabi, seperti lagu nasyid. Daya inspirasi dan usaha mereka juga didorong oleh kepuasan dimana hasil itu sebagai ekspresi rohani jiwa Islam, umpamanya dalam penghasilan seni ukir, apabila ayat-ayat Al-Quran diukir pada kayu bagi menghasilkan sen! kaligrafi, dipahat atas batu, dan diukir atas dinding-dinding rumah.

Menjelang kurun ke-13,14 dan 15, dunia Melayu (Alam Melayu) telah mempunyai beberapa buah kesultanan Melayu Islam iaitu di Pulau Sumatera, selatan Thailand dan Semenanjung Tanah Melayu, Borneo, Pulau Jawa, Sulawesi dan Kepulauan Maluku, dan Kepulauan Filipina. Kerajaan-kerajaan ini telah menaungi pelbagai kegiatan keseniaan seperti kegiatan hasil seni rupa dalam bentuk kaligrafi, lukisan, ukiran, anyaman, tenunan, dan seni persembahan antaranya dalam bentuk pengucapan, muzik, tarian, bercerita dan seni lakon. Istana raja-raja Melayu Islam sebagai pusat kebudayaan telah berperanan menjadi penaung kepada kegiatan seni sebagai salah satu ciri dalam tamadun Melayu.

Menjelang kurun ke-15, dunia Melayu sudah menjadi laluan utama budaya dan perdagangan dari luar sama ada dari negara-negara di bahagian dunia timur atau barat. Ini kerana dunia Melayu dari segi geografi, berkedudukan strategik terletak di pertengahan jalan laut (Jalan Sutera Maritime antara kedua kawasan utama ini. Perdagangan merupakan faktor yang turut membawa pengaruh dalam pembentukan seni budaya Melayu. Umpamanya dari negara China dibawa masuk kain dan benang sutera, dari India kain dan benang kapas, serta pewarna, dari Eropah kertas dan dakwat, dan dari Timur Tengah kain bertekat dan bertenun benang emas. Barang dagangan tersebut membuka peluang baru dalam berkarya dengan daya kreativiti manusia Melayu.

Dari hubungan ini terhasil bentuk-bentuk seni tekstil seperti kain songket, kain sutera, kain limar, kain batik, walaupun terdapat juga hasil kain yang memang asali tempatan antaranya kain pua dan kain tenun. Melalui hubungan ini juga terhasil bentuk-bentuk seni khat yang diupayakan sebagai kerajinan tangan hingga menghasilkan manuskrip dan kitab bertulis tangan. Seni tekat, ikat dan ceiup warna (tie and dye), dan seni anyaman bakul, tikar, kelarai juga sebagai hasil kraf Melayu.

Alam semulajadi ialah sumber utama kreativiti seni orang Melayu. Oleh itu peniruan alam mencakupi unsurflora dun fauna, iaitu tumbuhan dan haiwan dalam dunia Melayu. Kreasi yang berpolakan flora dan fauna dihias pula dengan motif dari sumber yang sama. Contoh motif dan pola flora seperti pola bunga tabur yang terisi dalam pilihan motif bunga-bunga kecil seperti bunga cempaka, lawang, cengkeh, ketumbit. Ada juga bentuk pola bunga-bunga renik yang disusun dalam pola rangkaian empat persegi atau berantai. Terdapat juga motif dan pola dari daun dan pohon, umpamanya pola batang atau dahan yang menjalar, dengan pengisian motif seperti daun dan bunga kangkong, daun dan buah peria dan sulur keladi.

Terdapat juga pola dari jenis pucuk seperti pola dari pucuk rebung yang disusun dalam sesuatu pola barisan lalu digelar dengan nama seperti pucuk rabung tunjuk langit, pucuk rebung lawi ayam, pucuk rebung berjuang dan seumpamanya mengikut lakaran hiasan wajah bentuk pucuk rebungnya. Pola pucuk rebung

itu turut pula dihias bahagian dalam atau luar lakarannya dengan motif seperti bunga-bunga kecil, jambak bunga dan sebagainya. Peniruan unsur alam sumber flora Melayu dari batang pokok dan dahan, daun dan buah, bunga dan kuntumnya sangat disukai oleh pereka seni Melayu hingga dijadikan sumber kreativiti seni oleh mereka.

Pola dan motif fauna, iaitu haiwan darat dan laut, juga digemari sebagai pola dan motif penghias bahan ukiran kayu, terutama pada bahagian tinggi seperti pada bumbung rumah, pada kenderaan seperti perahu dan pada perabot rumah. Contoh pilihan fauna sebagai penghias dalam bentuk pola dan motif dalam seni hias Melayu pada rumah dan peralatan rumah ialah binatang darat, seperti cicak, burung, serangga; dan dari binatang laut, seperti kuda laut, ikan, yang semuanya dibentuk secara tiruan yang berusaha mematuhi bentuk asalnya atau diabstrakkan dengan hanya mengambil bentuk kasarnya.

Terdapat juga peniruan dari alam semula jadi seperti langit, awan, bulan, bintang, bukit dan seumpamanya yang kemudian direka cipta dalam bentuk motif dan pola geometri seperti yang terdapat pada hasil seni bina Melayu iaitu jenis pagar, tangga, tiang, dinding dan atap yang berunsurkan tebukan dan ukiran kaligrafi, awan berarak, bulan dan bintang, bulan sabit, yang dipolakan dalam bentuk susunan dan gandingan. Antara bentuk pola yang popular ialah pola bentuk potong wajik, silang beratur dan seumpamanya. Kuih-muih Melayu juga dihias pemotongan atau pembentukannya dengan cara dipotong bentuk -wajik, empat segi, tiga segi, dibentuk bulat, bujur dan seumpamanya supaya nampak seni.

11.6.2 Ciri-ciri Hasil Seni Melayu

Sesuatu hasil seni bahkan mampu menampilkan kemahiran, kegemaran, dan kemajuan kreasi dan pengkaryanya melalui proses dan hasil seni itu, terutama jika hasil itu menjadi keperluan yang disenangi dan berguna. Sesuatu hasil seni itu mampu menyatakan 'alamnya', baik alam luaran (rupa) dan alam dalaman (jiwa). Umpamanya, kerajinan tangan orang Melayu telah menghasilkan seni tampak yang khusus. Sebagai contoh, kendi, tempayan, dan labu adalah nama- nama untuk bekas pengisi air yang meniru bentuk buah-buahan dan sayuran tempatan, seperti kendi bentuk buah asam gelugur atau jenis-jenis labu. Contoh lain umpamanya dalam pembentukan rupa senjata yang juga merujuk kepada fauna atau bahagian-bahagiannya yang kelihatan pada hulu atau mata peralatan senjata tradisional seperti pisau (lawi ayam) keris, lembing, parang dan meriam.

Seni bina Melayu dalam menghasilkan bangunan bukan sahaja menjadi tempat pelindungan bagi orang Melayu tetapi menampilkan wajahnya yang sesuai dengan fungsinya. Umpamanya masjid yang terisi dengan mimbar, telaga atau pancur air untuk tempat berwuduk dan bumbung yang khusus bentuknya memberikannya ciri seni bina masjid. Istana golongan raja-raja perlu pula diseri dengan balairong penghadapan, tempat persemayaman diraja, balai istiadat dan seumpamanya. Batu nisan di perkuburan turut diolah dengan atur letak dan nukilan yang mencerminkan rupa dan jiwa manusia Melayu.

Seni persembahan orang Melayu menampilkan kelembutan dan kesopanan wanita Melayu, dan sebaliknya ketampanan dan ketangkasan lelaki Melayu. Gubahan gerak dan bentuk tari Melayu seperti tari menghadap rebab, tari makyong, tari gamelan, tarian inai, tarian inang dan tarian lilin menampilkan kelembutan dan kesopanan. Sementara itu tarian dabus, silat, kuda kepang, barongan dan zapin umpamanya mengutamakan ketangkasan dan kelincahan pada geraknya. Alat muzik yang merupakan seni persembahan muzik untuk mengiringi seni nyanyi, tari dan lakon menyatakan jugajiwa dan rupa Melayu. Rebab gendang dan gong, kompang, serunai dan sending adalah bentuk-bentuk alat muzik orang Melayu yang ada kelainannya jika dibandingkan dengan alat- alat muzik dari jenis yang sama dari budaya lain, biarpun masing-masing menggunakan prinsip bunyi yang sama, iaitu sama ada dengan penggunaan tali, tiupan, atau pukulan.

Seni tekstil dan busana Melayu turut menjadi suatu keunikan yang tersendiri dalam penampilan rupanya. Sebagai contoh, seni tekstil kerajinan tenun orang Melayu melahirkan bentuk-bentuk antaranya seperti kain pua, kain sampin, kain selendang, dan kain limar. Terdapat juga penghasilan batik dan songket yang khusus pembuatan dan penampilan motif dan polanya. Daripada keperluan berbusana terhasil pula kerajinan tangan untuk alat hiasan berbusana, seperti butang baju, pending dan tali pinggang, dokoh untuk penutup dan penghias dada, pemelih, bunga malai, tiara, mahkota untuk hiasan di kepala bagi wanita, dan tanjak, songkok, terendak, ikat, setangan dan seumpamanya untuk lelaki. Terdapat juga wangi-wangian seperti bunga rampai. Pakaian alas kaki pula seperti capal, selipar, kasut, terompah dan seumpamanya. Terdapat juga hiasan-hiasan badan seperti gelang tangan dan kaki, cincin, rantai, dan seumpamanya.

Seni dalam tamadun Melayu Islam mempamerkan kerajinan, kreativiti dan pemikiran orang Melayu dengan menentukan pengisian hasil seni itu sama ada untuk kegunaan harian, untuk upacara dan adat istiadat, atau untuk hiasan dan warisan

Seni dalam tamadun Melayu Islam mempamerkan kerajinan, kreativiti dan pemikiran orang Melayu dengan menentukan pengisian hasil seni itu sama ada untuk kegunaan harian, untuk upacara dan adat istiadat, atau untuk hiasan dan warisan.