topik kos modal - oumvle.oum.edu.myoumvle.oum.edu.my/oumvle_upload/blockmain/bbpw3103/11248... ·...

17

Click here to load reader

Upload: nguyenkien

Post on 23-Feb-2018

214 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Topik Kos Modal - oumvle.oum.edu.myoumvle.oum.edu.my/oumvle_upload/blockmain/BBPW3103/11248... · hutang boleh diperoleh dengan menggunakan kaedah percubaan dan kesilapan ... Andaikan

� PENGENALAN

Dalam Topik 4 dan 5, kita telah membincangkan hubungan antara kadar pulangan dengan risiko sekuriti dan proses penilaian bon dan saham. Seterusnya, kita akan bincangkan tentang kos modal. Kos modal adalah berkait dengan membuat keputusan pembiayaan dan membuat keputusan pelaburan. Ia adalah kadar yang perlu dicapai dalam pelaburan sebelum kekayaan pemegang saham ditingkatkan. Kos modal sering digunakan bersilih ganti dengan kadar pulangan yang diperlukan oleh syarikat, kadar diskaun untuk menilai pelaburan baru dan peluang kos dana. Walaupun nama adalah berbeza, konsepnya tetap sama.

Dalam topik ini, kita akan membincangkan prinsip dalam menentukan kos modal syarikat dan rasionalnya dari aspek penggunaan dan pengiraan. Bagi memperoleh keseluruhan kos syarikat atau kos modal purata wajaran, kita hendaklah mendapatkan kos untuk setiap sumber modal iaitu kos hutang, kos saham keutamaan dan kos saham biasa.

TTooppiikk

88

� Kos Modal

HASIL PEMBELAJARAN

Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:

1. Mengaplikasikan prinsip dalam menentukan kos modal;

2. Mengira kos hutang, kos saham biasa dan kos saham keutamaan; dan

3. Menentukan kos modal purata wajaran (WACC) syarikat.

Page 2: Topik Kos Modal - oumvle.oum.edu.myoumvle.oum.edu.my/oumvle_upload/blockmain/BBPW3103/11248... · hutang boleh diperoleh dengan menggunakan kaedah percubaan dan kesilapan ... Andaikan

� TOPIK 8 KOS MODAL

258

DEFINISI KOS MODAL

Kos modal adalah kadar pulangan minimum yang perlu diperoleh dari pelaburan syarikat. Ia bertujuan sebagai jaminan bagi kadar pulangan diperlukan untuk pemegang bon dan pemegang saham syarikat. Dengan kata lain, kos modal memainkan peranan sebagai penghubung antara membuat keputusan pelaburan jangka panjang syarikat dengan memaksimumkan kekayaan pemegang saham. Ia penting untuk memastikan sama ada cadangan pelaburan akan meningkat atau menurunkan harga saham atau nilai syarikat tersebut. Jika risiko adalah tetap, projek dengan kadar pulangan yang lebih tinggi berbanding dengan kos modal akan meningkatkan nilai syarikat manakala projek dengan kadar pulangan yang lebih rendah berbanding dengan kos modal akan menurunkan nilai syarikat.

Kadar pulangan diperlukan oleh pelabur ditakrifkan sebagai kadar pulangan yang minimum bagi menarik minat pelabur untuk membeli atau memegang sekuriti. Kadar pulangan adalah pulangan daripada pelaburan yang membayar kos modal dan juga insentif bagi menarik pelabur.

Ada dua faktor yang membezakan antara kadar pulangan dengan kos modal iaitu cukai dan jenis urus niaga yang terlibat. Apabila syarikat membuat pinjaman untuk tujuan pembelian aset, perbelanjaan faedah ditolak daripada perolehan sebelum cukai. Ini bermakna, kos hutang syarikat akan berkurangan. Faktor kedua yang membezakan kos modal dengan kadar pulangan yang diperlukan ialah kos urus niaga yang terlibat apabila syarikat meningkat dana bagi terbitan sekuriti. Kos urus niaga ini dikenali sebagai kos pengapungan dan kos ini meningkatkan kos keseluruhan syarikat.

8.1

SEMAK KENDIRI 8.1

Apakah peranan untuk kos modal dalam operasi syarikat?

Page 3: Topik Kos Modal - oumvle.oum.edu.myoumvle.oum.edu.my/oumvle_upload/blockmain/BBPW3103/11248... · hutang boleh diperoleh dengan menggunakan kaedah percubaan dan kesilapan ... Andaikan

TOPIK 8 KOS MODAL �

259

8.1.1 Dasar Pembiayaan dan Kos Modal

Dasar pembiayaan syarikat merujuk kepada polisi yang telah ditetapkan oleh pihak pengurusan dalam pembiayaan pelaburan. Dalam topik ini, kita akan menganggap bahawa syarikat mempunyai dasar pembiayaan yang ditetapkan. Gabungan pembiayaan yang sering digunakan adalah hutang dan ekuiti.

Kos modal iaitu gabungan kos bagi semua sumber pembiayaan syarikat (hutang dan ekuiti) yang dikenali sebagai kos modal purata wajaran. Ia adalah kos purata selepas cukai untuk setiap sumber modal yang digunakan bagi membiayai projek syarikat. Wajaran merujuk kepada peratusan bagi penggunaan setiap sumber daripada keseluruhan pembiayaan. Kebanyakan syarikat akan berusaha untuk mengekalkan gabungan pembiayaan optimum bagi hutang dan ekuiti atau lebih dikenali sebagai struktur modal sasaran.

MENENTUKAN KOS MODAL BAGI SETIAP KOMPONEN SUMBER MODAL

Sebuah syarikat mempunyai pelbagai instrumen kewangan atau sekuriti untuk menarik pelaburan baru. Syarikat boleh meningkatkan modal dengan meminjam (terbitan bon kepada pelabur) atau terbitan saham biasa atau saham keutamaan. Semua jumlah modal syarikat adalah bergantung kepada pulangan yang diperlukan oleh pelabur. Bagi menentukan jumlah kos modal, syarikat mesti menentukan tiga sumber modal iaitu hutang, saham keutamaan dan saham biasa. Kos modal untuk setiap sumber pembiayaan diperoleh dengan mendapatkan kadar pulangan yang diperlukan bagi pelabur dengan mengambil kira kos pengapungan dan impak cukai.

8.2

SEMAK KENDIRI 8.2

„Bagi mengekalkan nilai pasaran syarikat, kadar pulangan hendaklahsama dengan kos modal‰.

Sejauh manakah anda setuju dengan kenyataan di atas?

SEMAK KENDIRI 8.3

Pada pandangan anda, bagaimanakah cara untuk mengira jumlah kosmodal syarikat?

Page 4: Topik Kos Modal - oumvle.oum.edu.myoumvle.oum.edu.my/oumvle_upload/blockmain/BBPW3103/11248... · hutang boleh diperoleh dengan menggunakan kaedah percubaan dan kesilapan ... Andaikan

� TOPIK 8 KOS MODAL

260

8.2.1 Kos Hutang

Kos modal hutang diperoleh dengan mendapatkan kadar pulangan hutang dengan mengambil kira kos pengapungan dan impak cukai. Dalam Topik 4, anda telah mempelajari kadar pulangan yang diperlukan oleh pelabur adalah pulangan minimum yang dijangkakan oleh pelabur dalam pelaburan.

Ada tiga langkah penting dalam pengiraan kos hutang iaitu:

Langkah 1: Kira nilai hutang bersih (NPb) dengan mengambil kira kos pengapungan.

NPb = Nilai pasaran (P0) – Kos pengapungan

Langkah 2: Kira kadar pulangan hutang yang diperlukan oleh pelabur. Kadar pulangan hutang boleh diperoleh dengan menggunakan kaedah percubaan dan kesilapan atau kaedah anggaran seperti yang diterangkan dalam bahagian 4.4, Topik 4.

Dengan menggunakan kaedah percubaan dan kesilapan, perbezaan kadar diskaun kb, akan digunakan dalam formula berikut (Formula 4.2b dalam Topik 4):

NPb = I (PVIFAkb,n) + M (PVIFkb,n)

Formula untuk mengira kadar pulangan menggunakan kaedah anggaran seperti berikut:

� �

b

bb

M NPi

nkM NP

2

�� �� � ���

Langkah 3: Kira kos modal dengan mengambil kira kesan cukai.

Kos selepas cukai = Kos pulangan (kb) – Cukai simpanan (kb T)

= kb – kb T

= kb (1 – T)

Page 5: Topik Kos Modal - oumvle.oum.edu.myoumvle.oum.edu.my/oumvle_upload/blockmain/BBPW3103/11248... · hutang boleh diperoleh dengan menggunakan kaedah percubaan dan kesilapan ... Andaikan

TOPIK 8 KOS MODAL �

261

Contoh 8.1 Syarikat Indah telah menjual bon yang mempunyai tempoh matang selama 20 tahun dengan kadar kupon 9%. Nilai tara adalah sebanyak RM1,000. Bon dijual pada harga sebanyak RM980 dengan kos pengapungan 2% berdasarkan nilai par (2% RM1,000). Apakah kos hutang untuk Syarikat Indah?

Pengiraan:

(a) LLangkah Pertama, Kira Nilai Bon Bersih

NPb = RM980 – RM20

= RM960

(b) LLangkah Kedua, Kira Kadar Pulangan Bon Anda boleh menggunakan kaedah percubaan dan kesilapan atau kaedah anggaran untuk memperoleh kadar pulangan.

(i) KKaedah Percubaan dan Kesilapan Bon dijual pada harga diskaun di mana harga jualan lebih rendah berbanding dengan nilai par (RM980 < RM1,000). Oleh itu, kadar pulangan adalah lebih tinggi berbanding dengan kadar kupon (k > I). Bagi memulakan proses pengiraan, anda boleh cuba menggunakan kadar 10%.

NPb = I (PVIFAk,n) + M (PVIFk,n)

= 90 (PVIFA10%,20) + 1,000 (PVIF10%,20)

= 90 (8.514) + 1,000 (0.149)

= RM915.26

Merujuk pengiraan di atas, kita dapati bahawa nilai saham pada kadar 10% sebanyak RM915.26. Ini bermakna, kos modal antara 9% dan 10%.

Page 6: Topik Kos Modal - oumvle.oum.edu.myoumvle.oum.edu.my/oumvle_upload/blockmain/BBPW3103/11248... · hutang boleh diperoleh dengan menggunakan kaedah percubaan dan kesilapan ... Andaikan

� TOPIK 8 KOS MODAL

262

Seterusnya, kita menggunakan kaedah interpolasi untuk mendapatkan kadar pulangan.

Kadar (%) Nilai (RM) Nilai (RM)

9 NPb

10

1,000 960 –

1,000 –

915.26

Perbezaan RM40 RM84.74

b40.00

k 9% (10% 9%)84.74

9.47%

� �� � �� �

(ii) KKaedah Anggaran Anda juga boleh menggunakan kaedah anggaran untuk memperoleh kadar pulangan dengan menggunakan persamaan (Formula 4.4 dalam Topik 4) seperti berikut:

b

bb

M NPi

nkM NP

2

RM1,000 RM96090

20RM1,000 RM960

2

9.4%

��

��

�� �� � ��

(c) Kira kos modal hutang dengan mengambil kira kesan cukai. Andaikan cukai korporat adalah 34% setahun.

(i) KKaedah Percubaan dan Kesilapan Kadar pulangan diperlukan adalah 9.47% iaitu kos hutang sebelum

mengambil kira cukai. Oleh itu, kos modal hutang (kos hutang) seperti berikut:

Kos hutang selepas cukai = 9.47% (1 – 0.34)

= 6.25%

Page 7: Topik Kos Modal - oumvle.oum.edu.myoumvle.oum.edu.my/oumvle_upload/blockmain/BBPW3103/11248... · hutang boleh diperoleh dengan menggunakan kaedah percubaan dan kesilapan ... Andaikan

TOPIK 8 KOS MODAL �

263

(ii) KKaedah Anggaran Disebabkan faedah ke atas hutang adalah ditolak cukai, ia boleh

mengurangkan kos modal syarikat. Kos hutang menggunakan kaedah anggaran iaitu:

Kos hutang selepas cukai = 9.4% (1 – 0.34)

= 6.2%

Kaedah anggaran memberikan jawapan 6.2% manakala kaedah percubaan dan kesilapan berikan jawapan lebih tepat iaitu 6.25%.

8.2.2 Kos Saham Keutamaan

Saham keutamaan mempunyai hak untuk menerima dividen tetap sebelum perolehan dibahagikan kepada pemegang saham biasa. Oleh kerana saham keutamaan dibentuk oleh pemilikan, maka keuntungan bersih daripada jualan dijangka akan diadakan dalam tempoh tanpa had masa. Dividen bagi saham keutamaan kebiasaannya membentuk jumlah (RM) setahun seperti RM4 setahun. Ada juga dividen yang dibentuk bagi kadar peratusan tahunan di mana ia diwakili oleh peratusan berdasarkan nilai tara saham. Contohnya, dividen bagi saham keutamaan adalah 8% nilai par RM5 iaitu RM0.40.

Kos saham keutamaan (kps) adalah kadar pulangan saham keutamaan iaitu nisbah dividen untuk saham keutamaan (Dps) berbanding dengan perolehan bersih daripada jualan saham keutamaan (Nps). Perolehan bersih adalah harga jualan saham keutamaan ditolak dengan kos pengapungan.

Bagi mendapatkan kos saham keutamaan (kps), kita boleh menggunakan formula (Formula 4.18 dalam Topik 4) seperti berikut:

psps

ps

Dk

NP�

Syarikat Maju Indah bercadang untuk menerbitkan bon yangmempunyai tempoh matang selama 10 tahun dengan nilai tarasebanyak RM1,000 dibayar faedah sebanyak RM55 setiap enam bulan.Bon ini dijual dengan jumlah bersih sebanyak RM840.68 selepasmengambil kira kos tambahan yang terlibat. Jika kadar cukai korporat25%, apakah kos hutang selepas cukai?

LATIHAN 8.1

Page 8: Topik Kos Modal - oumvle.oum.edu.myoumvle.oum.edu.my/oumvle_upload/blockmain/BBPW3103/11248... · hutang boleh diperoleh dengan menggunakan kaedah percubaan dan kesilapan ... Andaikan

� TOPIK 8 KOS MODAL

264

Memandangkan dividen saham keutamaan dibayar daripada aliran tunai selepas cukai, maka pelarasan ke atas cukai tidak diperlukan.

Contoh 8.2 Kira kos saham keutamaan untuk Syarikat Indah berdasarkan maklumat seperti berikut: Harga jualan = RM8.70 nilai sesaham

Kos pengeluaran dan penjualan saham = RM0.50 sesaham

Dividen tahunan = RM0.87 Pengiraan (a) Harga bersih (NPps) = RM8.70 – RM0.50

= RM8.20

(b) Kps = RM0.87RM8.20

= 10.6%

8.2.3 Kos Saham Biasa

Kos saham biasa adalah kadar pulangan yang diperlukan oleh pelabur saham biasa. Penentuan kos saham biasa adalah unik kerana dua faktor iaitu:

(a) Pertama, ia sukar untuk dianggarkan disebabkan pulangan kepada pemegang saham biasa ialah lebihan selepas bayaran faedah bagi bon dan dividen saham keutamaan; dan

LATIHAN 8.2

Syarikat Kewangan Jaya mempunyai saham keutamaan dalam strukturmodal yang membayar dividen sebanyak RM0.35 dan dijual pada hargaRM2.50. Kos pengeluaran dan jualan saham keutamaan adalahsebanyak RM0.60 sesaham. Jika kadar cukai korporat adalah 34%,apakah kos saham keutamaan selepas cukai?

Page 9: Topik Kos Modal - oumvle.oum.edu.myoumvle.oum.edu.my/oumvle_upload/blockmain/BBPW3103/11248... · hutang boleh diperoleh dengan menggunakan kaedah percubaan dan kesilapan ... Andaikan

TOPIK 8 KOS MODAL �

265

(b) Kedua, ada dua sumber pembiayaan bagi saham biasa iaitu penerapan perolehan dan terbitan saham biasa baru. Kedua-dua sumber ini adalah berbeza dari aspek kos pengapungan. Kegunaan penerapan perolehan tidak melibatkan kos pengapungan manakala jualan saham biasa baru melibatkan kos pengapungan.

Dua kaedah yang digunakan untuk menentukan kos penerapan perolehan atau kadar pulangan yang diperlukan oleh pemegang saham biasa adalah:

(a) MModel Penilaian Pertumbuhan Malar atau „Model Gordon‰ Kos saham biasa adalah pulangan yang diperlukan oleh para pemegang saham yang sedia ada bagi pelaburan mereka. Model penilaian untuk pertumbuhan malar atau lebih dikenali sebagai Model Gordon menganggap nilai saham (P0) adalah sama dengan nilai kini untuk semua dividen masa depan (D1). (Rujuk Topik 4: Penilaian Saham) Oleh itu, nilai saham biasa didapati menggunakan formula (Formula 4.12 dalam Topik 4) seperti berikut:

10

cs

DP

k g�

Di mana:

P0 = Nilai saham biasa

D1 = Dividen semasa

kcs = Kadar pulangan diperlukan

g = Kadar pertumbuhan dividen

Untuk mengetahui kos saham biasa atau kadar pulangan bagi saham biasa, formula di atas boleh diubah suai seperti berikut:

1cs

0

DK g

P� �

Disebabkan dividen saham biasa dibayar daripada perolehan selepas cukai, maka tiada pelarasan ke atas cukai.

Page 10: Topik Kos Modal - oumvle.oum.edu.myoumvle.oum.edu.my/oumvle_upload/blockmain/BBPW3103/11248... · hutang boleh diperoleh dengan menggunakan kaedah percubaan dan kesilapan ... Andaikan

� TOPIK 8 KOS MODAL

266

Contoh 8.3 Berikut adalah maklumat pembiayaan bagi Syarikat Tuah.

Harga saham biasa (H0) = RM5.00

Dividen jangkaan (D1) = RM0.40

Kadar pertumbuhan (g) = 5%

kcs = 0.40

0.055.00

= 0.13 or 13%

(b) KKegunaan Model Penentuan Harga Aset Modal (CAPM) Model CAPM menunjukkan hubungan antara pulangan yang diperlukan atau kos saham biasa (kcs) dengan risiko yang sistematik diukur dengan beta (�).

Persamaan CAPM seperti berikut:

kcs = krf + (km – krf) �j

Di mana:

kcs = Kos sekuriti saham biasa j

krf = Kadar risiko percuma

km = Kadar pulangan pasaran

�j = Sekuriti beta j

Berdasarkan kepada persamaan di atas, kita boleh anggarkan bahawa kegunaan kos penerapan perolehan sebagai salah satu modal komponen seperti yang ditunjukkan dalam contoh 8.4.

Contoh 8.4 Andaikan kadar bebas risiko Syarikat Indah adalah 7%, kadar pulangan pasaran ialah 11% dan saham biasa syarikat mempunyai beta 1.5. Apakah kos penerapan perolehan?

Kcs = 7% + (11% – 7%) 1.5

= 7% + 6%

= 13%

Page 11: Topik Kos Modal - oumvle.oum.edu.myoumvle.oum.edu.my/oumvle_upload/blockmain/BBPW3103/11248... · hutang boleh diperoleh dengan menggunakan kaedah percubaan dan kesilapan ... Andaikan

TOPIK 8 KOS MODAL �

267

(c) KKos Pengeluaran Saham Biasa Baru Kos pengeluaran saham biasa baru (kcs) diperoleh dengan mengambil kira kesan kos pengapungan atau kos jualan. Biasanya, saham biasa baru dijual pada harga yang paling rendah berbanding dengan harga pasaran semasa. Oleh itu, nilai bersih bagi saham baru selepas jualan akan semakin rendah. Kos saham biasa (kcs) dikira dengan menggunakan model penilaian pertumbuhan malar tetapi pada harga bersih (NPcs). Harga bersih diperoleh dengan menolak kos pengapungan daripada harga jualan. Oleh itu, formula untuk mendapatkan kos pengeluaran saham biasa baru adalah seperti berikut:

1cs

cs

Dk g

NP� �

Kos pengeluaran saham biasa baru biasanya lebih tinggi berbanding dengan kos saham sedia ada dan lebih tinggi berbanding dengan lain-lain jenis kos pembiayaan jangka panjang. Dividen yang dibayar adalah daripada aliran tunai selepas cukai di mana tidak terdapat pelarasan ke atas cukai.

Contoh 8.5 Berdasarkan maklumat pembiayaan Syarikat Indah di bawah, kira kos pengeluaran saham biasa baru.

Dividen dijangka (D1) = RM0.40

Harga pasaran semaa (P0) = RM5.00

Kos pengapungan = RM0.25 sesaham

Kadar pertumbuhan dividen = 5%

Jualan saham biasa baru = RM4.70

Penyelesaian:

csRM0.40

K 0.05RM4.45

0.14 atau 14%

� �

Kenapakah kita perlu mengira semua kos untuk sumber modalsebelum mengira keseluruhan kos modal?

AKTIVITI 8.1

Page 12: Topik Kos Modal - oumvle.oum.edu.myoumvle.oum.edu.my/oumvle_upload/blockmain/BBPW3103/11248... · hutang boleh diperoleh dengan menggunakan kaedah percubaan dan kesilapan ... Andaikan

� TOPIK 8 KOS MODAL

268

KOS MODAL PURATA WAJARAN

Selepas kos untuk sumber setiap modal ditentukan, langkah seterusnya adalah mengira keseluruhan kos modal syarikat. Kos modal keseluruhan mengambil kira kos individu yang menggunakan kos kewangan. Ia juga dikenali sebagai kos modal purata wajaran (WACC).

Tiga langkah utama dalam menentukan WACC diterangkan seperti berikut:

(a) Kira kos untuk sumber setiap modal (kos hutang, kos saham keutamaan dan kos saham biasa);

(b) Kira gabungan pembiayaan atau struktur modal wajaran bagi setiap sumber yang digunakan daripada jumlah pembiayaan keseluruhan syarikat (struktur modal ini biasanya telah ditetapkan oleh syarikat); dan

(c) Kira WACC.

8.3

LATIHAN 8.3

1. Saham biasa Syarikat Tunas Damai baru-baru ini dijual padaharga sebanyak RM5 sesaham. Dividen untuk tahun depansebanyak RM0.18 sesaham. Pelabur menjangkakan dividenmeningkat pada kadar 9% setahun pada masa akan datang.

(a) Apakah kos ekuiti dalaman syarikat?

(b) Penjualan saham biasa baru dijangka melibatkan kospengeluaran sebanyak RM0.50 sesaham. Apakah kos sahambiasa baru?

2. Bezakan antara ekuiti dalaman syarikat dengan saham biasa baru.

3. Apakah kos yang boleh dikaitkan dengan ekuiti dalamansyarikat?

4. Jelaskan dua pendekatan yang boleh digunakan dalam pengiraanbagi kos saham biasa.

Page 13: Topik Kos Modal - oumvle.oum.edu.myoumvle.oum.edu.my/oumvle_upload/blockmain/BBPW3103/11248... · hutang boleh diperoleh dengan menggunakan kaedah percubaan dan kesilapan ... Andaikan

TOPIK 8 KOS MODAL �

269

Oleh itu, pengiraan kos modal purata wajaran adalah seperti berikut:

WACC = (wb kb) + (wps kps) + (wcs kcs)

(Nota: wb + wps + wcs = 1)

Di mana:

Wb = Pemberat hutang

Kb = Kos hutang selepas cukai

Wps = Pemberat saham keutamaan

Kps = Kos saham keutamaan

Wcs = Pemberat saham biasa

Kcs = Kos saham biasa

Contoh 8.6 Berdasarkan maklumat kewangan Syarikat Indah, kira WACC. Kos hutang (kb) = 6.25%

Kos saham keutamaan (kps) = 10.6%

Kos penerapan perolehan (kcs) = 13%

Kos saham biasa baru (kcs) = 14% Sumber modal NNisbah/PemberatPinjaman jangka panjang 40%Saham keutamaan 10%Saham biasa 50%

100%

Oleh itu, kos modal purata wajaran, jika syarikat menggunakan penerapan perolehan adalah:

WACC = (0.40 6.25%) + (0.1 10.6%) + (0.5 13%)

= 2.5% + 1.06% + 6.5%

= 10.6%

Page 14: Topik Kos Modal - oumvle.oum.edu.myoumvle.oum.edu.my/oumvle_upload/blockmain/BBPW3103/11248... · hutang boleh diperoleh dengan menggunakan kaedah percubaan dan kesilapan ... Andaikan

� TOPIK 8 KOS MODAL

270

Jika syarikat mengeluarkan saham biasa baru, maka kos modal purata wajaran adalah: WACC = (0.40 6.25%) + (0.1 10.6%) + (0.5 �14%)

= 2.5% + 1.06% + 7%

= 10.56%

LATIHAN 8.4

1. Padankan maklumat berikut dengan kenyataan yang disediakan.

(a) Kos modal

(b) Model penilaian dividen

(c) Pembiayaan modal

(d) Kos pengapungan

(e) Struktur modal optimum

(f) Kos modal purata wajaran

1. Perbelanjaan tambahan yang melibatkan sekuriti pengeluaran.

2. Hasil daripada penggandaan kos bagi setiap item dalam struktur modal dengan nisbah kewangan bagi struktur modal keseluruhan dan hasil ditambah bersama.

3. Hasil tambahan yang terbaik antara hutang, saham keutamaan, penerapan perolehan dan saham biasa baru.

4. Menentukan nilai saham dengan mengambil kira nilai kini dividen yang dijangka diterima pada masa depan.

5. Alternatif struktur syarikat dalam kos pembiayaan.

6. Ia dijumpai dalam kunci kira-kira bagi liabiliti dan ekuiti jangka panjang.

Page 15: Topik Kos Modal - oumvle.oum.edu.myoumvle.oum.edu.my/oumvle_upload/blockmain/BBPW3103/11248... · hutang boleh diperoleh dengan menggunakan kaedah percubaan dan kesilapan ... Andaikan

TOPIK 8 KOS MODAL �

271

2. Syarikat Maju sedang menentukan struktur modal optimum berdasarkan maklumat di bawah:

Sumber Modal Peratusan Pembiayaan (%)

Hutang jangka panjang Saham keutamaan Saham biasa

35 10 55

Syarikat boleh menerbitkan bon yang mempunyai tempoh matang selama 20 tahun dengan nilai muka sebanyak RM1,000. Kadar kupon untuk bon adalah 9% dan dijual pada harga sebanyak RM980. Kos mengeluarkan bon adalah 2% daripada nilai muka bon.

Saham Keutamaan: Syarikat mendapati bahawa terbitan saham keutamaan pada harga sebanyak RM6.50 sesaham dengan bayaran dividen tahunan sebanyak RM0.80. Kos yang terlibat dalam terbitan dan jualan saham sebanyak RM0.30 sesaham.

Saham Biasa: Saham biasa syarikat dijual pada harga semasa sebanyak RM4 sesaham. Dividen yang dijangka akan dibayar pada akhir tahun depan adalah sebanyak RM0.50. Kadar pertumbuhan dividen adalah malar iaitu 8% setiap tahun. Syarikat harus bayar kos pengapungan sebanyak RM0.10 sesaham.

Cukai korporat adalah 40%.

(a) Kira kos bagi setiap sumber-sumber modal; dan

(b) Kira kos modal purata wajaran (WACC).

Page 16: Topik Kos Modal - oumvle.oum.edu.myoumvle.oum.edu.my/oumvle_upload/blockmain/BBPW3103/11248... · hutang boleh diperoleh dengan menggunakan kaedah percubaan dan kesilapan ... Andaikan

� TOPIK 8 KOS MODAL

272

� Kos modal juga dikenali sebagai kadar pulangan yang diperlukan oleh

syarikat.

� Kadar diskaun dan dana kos peluang adalah pulangan minimum yang diperlukan oleh syarikat untuk pelaburan. Biasanya ia terdiri daripada tiga komponen sumber modal iaitu hutang, saham keutamaan dan ekuiti biasa syarikat yang terdiri daripada penerapan perolehan dan saham biasa baru.

� Kos modal dipengaruhi oleh gabungan pembiayaan dan biasanya syarikat akan cuba mengekalkan gabungan pembiayaan optimum atau lebih dikenali sebagai struktur sasaran modal.

3. Maklumat di bawah adalah jumlah pembiayaan bagi setiap sumber modal Syarikat Jati.

Sumber Modal Jumlah Pembiayaan (RM)

Hutang jangka panjang Saham keutamaan Saham biasa

40,000 20,000 40,000

Kos hutang sebelum cukai adalah 9.37%, kos saham keutamaan adalah 10%, kos saham biasa ialah 13% dan kos cukai marginal adalah 34%. Apakah kos modal purata wajaran (WACC) syarikat?

4. Bagaimanakah kadar cukai syarikat memberi kesan kepada kos modal?

5. Apakah kesan daripada kos pengapungan atas penerbitan sekuriti?

Page 17: Topik Kos Modal - oumvle.oum.edu.myoumvle.oum.edu.my/oumvle_upload/blockmain/BBPW3103/11248... · hutang boleh diperoleh dengan menggunakan kaedah percubaan dan kesilapan ... Andaikan

TOPIK 8 KOS MODAL �

273

� Bagi mendapatkan kos modal untuk membiayai keseluruhan pembiayaan syarikat, pertama, anda mesti menentukan kos modal setiap komponen bagi sumber modal iaitu kos hutang, kos saham keutamaan dan kos ekuiti biasa. Seterusnya, tentukan keseluruhan kos modal atau kos modal purata wajaran iaitu gabungan semua sumber pembiayaan dengan mengambil kira gabungan pembiayaan.

Ekuiti

Hutang

Kos hutang

Kos modal

Kos modal purata wajaran (WACC)

Kos pengapungan

Kos saham biasa

Kos saham keutamaan

Struktur modal

Struktur modal optimum