topik menerokai 3 budaya -...

24
PENGENALAN Bayangkan anda adalah seorang ahli perniagaan yang cuba memasarkan produk anda di pasaran asing seperti Jepun. Selepas menjalankan penyelidikan yang mendalam tentang negara itu, anda mendapati terdapat perbezaan silang budaya dan masalah yang mungkin timbul apabila anda berurusan dengan bakal rakan perniagaan anda di Jepun. Senaraikan masalah yang mungkin akan berlaku dan fikir tentang apa yang anda boleh lakukan untuk mengatasinya. Kenal pasti apa yang anda perlu lakukan untuk menyesuaikan diri dengan budaya Jepun yang terkenal dengan keunikannya. Bayangkan kesannya terhadap perniagaan anda jika anda gagal untuk menyelidik dan memahami budaya di sana. Mari kita lihat Rajah 3.1 yang menunjukkan kemungkinan yang berlaku apabila wanita Malaysia ini cuba berkenalan dengan wanita Jepun. T T o o p p i i k k 3 3 Menerokai Budaya Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. Menerangkan dua kerangka budaya; 2. Membincangkan dimensi budaya luar; 3. Menghuraikan bagaimana kepercayaan dan nilai boleh membawa kepada kejayaan organisasi; dan 4. Meneliti andaian asas yang digunakan oleh ahli akademik terhadap budaya dan pengurusan. HASIL PEMBELAJARAN

Upload: vanminh

Post on 07-Mar-2019

286 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

� PENGENALAN

Bayangkan anda adalah seorang ahli perniagaan yang cuba memasarkan produk anda di pasaran asing seperti Jepun. Selepas menjalankan penyelidikan yang mendalam tentang negara itu, anda mendapati terdapat perbezaan silang budaya dan masalah yang mungkin timbul apabila anda berurusan dengan bakal rakan perniagaan anda di Jepun. Senaraikan masalah yang mungkin akan berlaku dan fikir tentang apa yang anda boleh lakukan untuk mengatasinya. Kenal pasti apa yang anda perlu lakukan untuk menyesuaikan diri dengan budaya Jepun yang terkenal dengan keunikannya. Bayangkan kesannya terhadap perniagaan anda jika anda gagal untuk menyelidik dan memahami budaya di sana. Mari kita lihat Rajah 3.1 yang menunjukkan kemungkinan yang berlaku apabila wanita Malaysia ini cuba berkenalan dengan wanita Jepun.

TTooppiikk

33 � Menerokai

Budaya

Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:

1. Menerangkan dua kerangka budaya;

2. Membincangkan dimensi budaya luar;

3. Menghuraikan bagaimana kepercayaan dan nilai boleh membawa kepada kejayaan organisasi; dan

4. Meneliti andaian asas yang digunakan oleh ahli akademik terhadap budaya dan pengurusan.

HASIL PEMBELAJARAN

TOPIK 3 MENEROKAI BUDAYA � 43

Rajah 3.1: Perbezaan dalam budaya

Anda perlu menyedari bahawa budaya mempunyai kesan yang besar terhadap perniagaan terutamanya apabila ahli perniagaan beroperasi di luar negara asal mereka. Oleh sebab terdapat perbezaan budaya, syarikat biasanya berhati-hati menjalankan perniagaan dengan ahli perniagaan asing. Pengetahuan dan pemahaman tentang budaya rakan-rakan perniagaan yang berpotensi adalah sangat penting apabila menjalankan perniagaan di peringkat antarabangsa. Dalam usaha untuk meningkatkan tahap pemahaman, pengurus mesti menjalankan penyelidikan tentang budaya rakan perniagaan yang berpotensi kerana perniagaan mereka boleh mengalami kerugian besar jika mereka tersilap langkah. Dalam topik ini, anda akan mempelajari kerangka budaya secara terperinci dari dua dimensi yang berbeza: luaran dan dalaman. Kerangka ini menjelaskan beberapa dimensi budaya yang amat berguna bagi pengurus syarikat.

� TOPIK 3 MENEROKAI BUDAYA 44

KERANGKA BUDAYA

Apakah cabaran terbesar dalam menguruskan perniagaan antarabangsa? Adakah anda tahu bahawa perkara yang paling sukar adalah bagi seseorang menyesuaikan diri dengan budaya lain dengan cara yang paling berkesan? Sebahagian daripada proses penyesuaian memerlukan pemahaman mendalam tentang kepelbagaian budaya, pandangan, nilai dan sebagainya. Sekarang, anda akan melihat beberapa aspek penting yang perlu diketahui untuk memahami budaya dengan lebih terperinci. Menurut Schneider dan Barsoux (2003), menyelidik atau meneroka budaya adalah umpama meneroka lautan (rujuk Rajah 3.2). Pada permukaan laut adalah peringkat budaya luar yang boleh dilihat secara visual seperti artifak dan tingkah laku. Di bawah lautan adalah budaya dalaman yang memerlukan anda belajar dengan lebih mendalam bagi memahami budaya itu dengan lebih baik. Ia terdiri daripada kepercayaan dan nilai-nilai. Kerangka yang dilukis oleh Schneider dan Barsoux (2003) akan membantu anda dalam memahami dimensi budaya dengan terperinci.

Rajah 3.2: Menyelidik budaya adalah seperti meneroka lautan

Sumber: Schneider & Barsoux (2003)

3.1

TOPIK 3 MENEROKAI BUDAYA � 45

Kerangka ini menyatakan bahawa budaya mempunyai dua dimensi seperti yang digambarkan dalam Rajah 3.3 iaitu: (a) Permukaan (Budaya Luar) Mari kita menumpukan perhatian terhadap bahagian luaran yang terdiri

daripada dua aspek:

(i) Artifak; dan

(ii) Kelakuan.

Anda boleh melihat artifak dan tingkah laku dalam fesyen, gaya hidup, bahasa, makanan dan tradisi. Aspek-aspek permukaan yang boleh dikenal pasti dalam pemerhatian anda akhirnya akan memberi petunjuk tentang apa yang terletak di bawah permukaan. Misalnya, budaya yang berlainan mempunyai pakaian tradisional yang berbeza. Oleh itu, pakaian tradisional wanita Melayu adalah baju kurung, wanita Cina pula memakai cheongsam dan wanita India memakai sari. Pakaian tradisional ini melambangkan identiti dan kepercayaan yang berbeza di samping nilai-nilai bagi kaum yang berlainan di Malaysia.

(b) Di Bawah Permukaan (Budaya Dalaman)

Bagi dimensi yang kedua, terdapat dua aspek dalaman yang terletak di bawah permukaan, iaitu:

(i) Kepercayaan; dan

(ii) Nilai.

Kepercayaan dan nilai sukar untuk dinilai dan agak kompleks untuk ditafsirkan seperti sikap terhadap wanita yang bekerja.

Rajah 3.3: Dua dimensi budaya

� TOPIK 3 MENEROKAI BUDAYA 46

Setiap aspek yang terlibat dalam kedua-dua dimensi akan dibincangkan secara terperinci dalam bahagian berikutnya.

ARTIFAK

Artifak merujuk kepada ciptaan manusia yang memberi maklumat tentang budaya pencipta dan penggunanya. Ia boleh ditemui dengan mudah melalui seni bina, reka bentuk dalaman, kod pakaian, kontrak dan lain-lain. Anda boleh mempelajari tentang sesuatu budaya masyarakat dengan mengkaji dan memerhatikan artifak dan cara hidup rakyatnya. Sekarang, mari kita lihat contoh-contoh artifak dalam bahagian-bahagian berikut:

(a) Seni bina;

(b) Reka bentuk dalaman; dan

(c) Kod pakaian.

3.2.1 Seni Bina

Artifak paling ketara yang melambangkan budaya adalah seni bina dan reka bentuk dalaman bangunan. Sebuah negara bukan sahaja dikenal pasti melalui rakyat dan kerajaannya tetapi juga seni binanya. Melalui seni bina, kita dapat mengagak banyak perkara tentang budaya seperti gaya hidup, jiwa seni dan struktur sosial. Contohnya apabila seseorang menyebut India, kita akan terfikir tentang Taj Mahal serta-merta (lihat Rajah 3.4a). Tanpa keunikan budaya India, adakah Taj Mahal akan direka sedemikian rupa atau ia akan kelihatan berbeza? Orang Mesir adalah satu lagi contoh yang menakjubkan kerana persekitaran dan budaya mereka mendorong mereka membina piramid besar (lihat Rajah 3.4b).

3.2

TOPIK 3 MENEROKAI BUDAYA � 47

Rajah 3.4: Seni bina terkenal di dunia

Sumber: http://amazingplaces.onsugar.com http://kids.nationalgeographic.com

3.2.2 Reka Bentuk Dalaman

Reka bentuk dalaman juga melambangkan budaya yang berbeza. Pernahkah anda melihat pejabat di syarikat Jepun? Di sana, bos berkongsi ruang dengan pekerja-pekerjanya. Berdasarkan budaya kerja anda, adakah anda berasa selesa berkongsi ruang pejabat dengan bos anda? Mungkin tidak! Jadual 3.1 menunjukkan perbezaan yang wujud di kalangan sesetengah negara dari segi reka bentuk dalaman di tempat kerja.

Jadual 3.1: Perbezaan Reka Bentuk Dalaman di Tempat Kerja

Negara Reka Bentuk Dalaman di Tempat Kerja

Jepun Pejabat-pejabat yang besar, terbuka dan tidak ada sekatan dinding. Pekerja dan pengurus duduk menghadap antara satu sama lain dan bekerja bersama-sama

Eropah Suasana di pejabat bising, terbuka dan sempit. Semua orang tahu tentang apa yang dilakukan oleh orang lain melalui perbualan hangat sesama rakan sekerja

Amerika Reka bentuk ruang terbuka adalah popular untuk pejabat tetapi ruang-ruang itu dibahagi-bahagikan oleh sekatan dinding yang rendah (rujuk Rajah 3.5)

Jerman Ruang pejabat lebih bersifat peribadi dengan pintu tertutup dan tanda jawatan rasmi diletak di pintu. Orang Jerman tidak suka bekerja di ruang terbuka kerana mendengar perbualan orang lain adalah dianggap sebagai mencerobohi privasi mereka

� TOPIK 3 MENEROKAI BUDAYA 48

Rajah 3.5: Pejabat di Amerika yang mempunyai sekatan dinding separuh

Sumber: http://www.istanbulyapi.com

3.2.3 Kod Pakaian

Pernahkah anda menghadiri sebarang acara dengan mengenakan pakaian pejabat anda? Kod pakaian adalah elemen yang pertama diambil kira apabila anda ingin keluar rumah. Pakaian kerja dan masa lapang mungkin berlainan mengikut budaya masing-masing dan ia biasanya diterima oleh masyarakat setempat. Oleh itu, kod pakaian dianggap sebagai artifak budaya. Apabila menjalankan perniagaan di luar negara, pengurus mestilah mematuhi kod pakaian yang sesuai pada masa-masa tertentu untuk mengelakkan perasaan malu akibat memakai pakaian yang tidak sesuai. Rajah 3.6 menunjukkan cara berpakaian yang berbeza untuk lelaki dalam keadaan seperti berikut:

(a) Santai � Fesyen jalanan (street wear);

(b) Informal � Kasual;

(c) Acara sukan seperti kejohanan golf � Kasual bisnis (business casual);

(d) Persekitaran pejabat � Kemas dan sopan (smart casual);

(e) Mesyuarat perniagaan, sesi informal perundingan perniagaan � Formal atau tidak formal; dan

(f) Majlis � Tali leher hitam atau semi-formal.

TOPIK 3 MENEROKAI BUDAYA � 49

Rajah 3.6: Kod pakaian untuk lelaki

Sumber: http://commons.wikimedia.org

Mari kita lihat kod pakaian yang digunakan oleh negara-negara yang berbeza dalam Jadual 3.2.

Jadual 3.2: Kod Pakaian Negara-negara yang Berbeza

Negara Kod Pakaian

Eropah Utara Memilih untuk berpakaian tidak formal

Perancis Lebih suka untuk berpakaian rasmi. Mereka yang menggulungkan lengan baju kerja dianggap agak santai di tempat kerja

Amerika Latin Penekanan pada gaya peribadi

Anglo dan Asia Memilih untuk tidak kelihatan menonjol atau memakai pakaian yang menarik perhatian

� TOPIK 3 MENEROKAI BUDAYA 50

Amerika Menggulung lengan baju adalah tanda serius untuk berbuat sesuatu kerja.

Jerman Lebih suka memakai tali leher dan baju walaupun di tempat peranginan.

Ada juga syarikat yang menggalakkan pekerja mereka untuk berpakaian sepadan dengan gaya pelanggan mereka. Contohnya, pekerja-pekerja Levi Strauss & Co. memakai seluar jean di tempat kerja.

TINGKAH LAKU

Tingkah laku merujuk pada perilaku budaya sesuatu masyarakat dan pembentukan ciri-ciri keperibadian sosial masyarakat itu. Ia meliputi ucapan selamat, suai kenal, sapaan, prinsip atau nilai moral dan etika tradisi yang melibatkan peraturan agama dan masyarakat. Setiap kumpulan budaya mempunyai tingkah laku berbeza. Sekarang, mari kita lihat pada contoh-contoh tingkah laku dalam subtopik yang berikut:

(a) Ucapan selamat;

(b) Sapaan; dan

(c) Suai kenal.

3.3.1 Ucapan Selamat

Anda mungkin sedar bahawa dalam rutin harian anda sendiri, ucapan selamat memainkan peranan penting. Ucapan selamat adalah salah satu elemen tingkah laku yang melambangkan budaya masyarakat. Banyak perkara yang boleh dikesan melalui proses pertukaran ucapan selamat yang berlainan mengikut budaya asal seseorang itu. Perkara ini tidak seharusnya dipandang ringan kerana ia boleh menjejaskan proses rundingan perniagaan. Contohnya, mari kita andaikan seorang ahli perniagaan India perlu menghadiri mesyuarat di New Zealand. Ketika dia tiba di lapangan terbang, rakan perniagaannya sudah pun menunggu di sana. Orang New Zealand itu tidak berjabat tangan seperti lazimnya tetapi menyentuh hidungnya dengan hidung orang India itu yang terkejut dengan cara itu. Ini disebabkan dia tidak tahu bahawa itu adalah bentuk ucapan selamat ala orang Maori (rujuk Rajah 3.7). Sekarang, mari kita lihat contoh-contoh menarik lain yang melibatkan ucapan selamat berlainan mengikut masyarakat (rujuk Jadual 3.3).

3.3

TOPIK 3 MENEROKAI BUDAYA � 51

Rajah 3.7: Ucapan selamat Maori

Sumber: www.goaustralia.about.com

Jadual 3.3: Ucapan Selamat bagi Masyarakat yang Berlainan

Negara atau Masyarakat Cara Sambutan

Amerika (i) Orang Amerika kurang memberi perhatian terhadap protokol. (ii) Menyambut seseorang dengan berjabat tangan adalah mencukupi

Jepun (i) Protokol adalah sangat penting. (ii) Orang Jepun sangat berhati-hati ketika bertukar-tukar kad

perniagaan kerana ia melambangkan tanda hormat kepada rakan perniagaan yang baru ditemui (kegagalan berbuat demikian boleh menyebabkan urusan perniagaan tidak dapat dimulakan dengan baik)

Perancis (i) Ucapan selamat lebih bersifat peribadi. (ii) Ucapan selamat dilakukan dengan memanggil nama secara

individu

Islam Memberi salam adalah digalakkan (ia adalah satu ucapan universal digunakan oleh umat Islam di seluruh dunia tanpa mengira asal usul mereka)

Cara mengalu-alukan orang yang baru dikenali juga termasuk sentuhan badan. Setiap pergerakan badan mencerminkan hasrat individu itu. Adakah wanita sepatutnya berjabat tangan dengan lelaki? Bolehkah lelaki memeluk atau mencium pipi lelaki lain? Fenomena ini menyebabkan berlaku banyak salah faham di kalangan ahli perniagaan yang menjalankan aktiviti antarabangsa. Sebagai contoh, seorang pelajar wanita dari Hong Kong agak tertekan apabila rakan-rakan lelaki dari Perancis berkeras mahu menciumnya ketika bertanya

� TOPIK 3 MENEROKAI BUDAYA 52

khabar dan mengucapkan selamat tinggal. Di Brazil, berjabat tangan dan memberikan ciuman adalah tanda selamat tinggal yang dikenali sebagai abruca (pelukan dengan kedua-dua belah tangan).

3.3.2 Sapaan

Apabila menjalankan perniagaan dengan orang dari negara lain, berhati-hati apabila anda menyapa mereka. Anda mungkin bertanya mengapa. Ingat bahawa terdapat peraturan tertentu tentang bagaimana untuk menyapa seseorang yang datang dari budaya yang berbeza. Jangan sekali-kali menganggap bahawa anda boleh menyapa orang itu dengan cara yang sama anda menyapa rakan anda di negara anda sendiri. Hal ini boleh menyebabkan masalah yang serius. Dalam kelompok masyarakat yang menitikberatkan kelas sosial yang tinggi, gelaran seperti Profesor, Doktor, Tuanku, Sir dan sebagainya mesti disebut semasa dalam perbualan. Malah di Malaysia, pelajar menyapa guru atau pensyarah mereka sebagai Cik, Puan, Doktor atau Profesor. Dalam konteks budaya Malaysia, seseorang itu dianggap kurang ajar, jika dia hanya memanggil orang-orang ini dengan nama mereka. Bentuk sapaan mungkin berbeza jika ia adalah untuk rakan, ahli keluarga, orang-orang tua, rakan perniagaan, guru dan sebagainya. Sekarang, mari kita lihat beberapa cara untuk menyapa orang dari Eropah, Jepun dan China (lihat Jadual 3.4).

Jadual 3.4: Bentuk Sapaan yang Dipakai di Negara yang Berbeza

Negara Bentuk Sapaan

Eropah (i) Seorang ahli perniagaan boleh disapa dengan menggunakan nama pertama beliau dalam situasi tidak formal bagi mewujudkan suasana yang mesra.

(ii) Walau bagaimanapun, orang Eropah mungkin tersinggung, jika penggunaan nama pertama mereka digunakan kerana mereka menganggap cara sedemikian adalah pelik.

(iii) Secara umumnya, penggunaan nama pertama (atau nama Kristian) adalah dikhaskan untuk keluarga dan rakan-rakan rapat sahaja.

(iv) Penggunaan nama pertama adalah perkara biasa di pejabat di Amerika.

(v) Orang Jerman lebih suka disapa dengan nama terakhir mereka. Anda perlu ingat untuk menyapa orang Jerman menggunakan nama terakhir mereka walau dalam situasi tidak formal.

TOPIK 3 MENEROKAI BUDAYA � 53

Jepun (i) Nama pertama digunakan untuk majlis rasmi, manakala nama akhir atau nama keluarga digunakan dalam majlis yang tidak formal.

(ii) Contoh nama: Sumi Takeshita (iii) Bentuk sapaan formal: Sumi (iv) Bentuk sapaan tidak formal: Takeshita-San

China (i) Contoh nama: Ooi Yeng Keat (ii) Bentuk sapaan formal: Ooi (iii) Bentuk sapaan tidak formal: Yeng Keat

3.3.3 Suai Kenal

Ada beberapa kaedah yang terlibat dalam membina hubungan atau mengadakan perbincangan. Salah satu perkara penting yang perlu dipertimbangkan adalah jumlah ruang fizikal yang diperuntukkan. Ruang peribadi adalah jarak keselesaan anda dan orang lain ketika anda bercakap dengannya (Hill, 2010). Pencerobohan ruang peribadi mungkin membuat seseorang berasa tidak selesa dalam satu-satu keadaan. Setiap budaya mendefinisikan ruang peribadi berbeza dan ini penting bagi pengurus untuk memahaminya. Adakah anda tahu jarak yang disukai oleh rakyat Malaysia apabila bercakap dengan orang lain? Adakah rakyat Malaysia lebih suka ruang peribadi yang jauh atau mereka lebih senang untuk berkomunikasi lebih dekat antara satu sama lain? Rajah 3.8 menunjukkan anda contoh bagaimana ruang peribadi dikekalkan antara dua orang.

AKTIVITI 3.1

1. Malaysia maju setapak lagi ke hadapan dengan kehadiran banyak bangunan pencakar langit. Bincangkan bagaimana seni bina bangunan boleh mencerminkan budaya kebangsaan sesebuah negara.

2. Bincangkan faedah dan pandangan yang diperoleh daripada

kerangka budaya. 3. Bincangkan secara ringkas tentang dimensi budaya luar.

� TOPIK 3 MENEROKAI BUDAYA 54

Rajah 3.8: Ruang peribadi

Sumber: http://soleilcouchant.blog70.fc2.com

Topik yang dipilih untuk dibincangkan juga memainkan peranan yang penting dalam membina hubungan baik. Sebagai contoh, orang Perancis tidak menyenangi pertanyaan tentang kehidupan peribadi dan keadaan keluarga mereka. Mereka menganggap kehidupan profesional dan kehidupan peribadi mereka sebagai domain yang berasingan. Topik-topik yang sesuai untuk disentuh apabila berkomunikasi dengan orang dari Amerika Latin adalah sukan, cuaca dan percutian tetapi elakkan perbincangan tentang politik tempatan dan agama. Bagaimana pula dengan masyarakat Eropah, Timur Tengah dan Amerika? Bagaimana mereka mengekalkan ruang peribadi mereka? Jadual 3.5 akan menerangkan tentang persoalan anda.

Jadual 3.5: Ruang Fizikal Negara yang Berbeza

Negara Ruang Fizikal

Eropah Utara Perlukan ruang yang besar, lebih bersifat peribadi dan selesa berbanding dengan orang Eropah Selatan.

Eropah Selatan

Suka berbual dalam lingkungan jarak yang lebih dekat untuk meningkatkan pertalian dengan lebih erat.

Timur Tengah Memilih untuk berdiri rapat antara satu sama lain kerana ia mencerminkan keikhlasan kedua-dua pihak.

Amerika Utara

Perlukan jarak yang agak besar, kira-kira 5 hingga 8 kaki antara satu sama lain.

TOPIK 3 MENEROKAI BUDAYA � 55

KEPERCAYAAN

Berbeza dengan artifak dan tingkah laku yang telah dibincangkan sebelum ini, kepercayaan adalah aspek dalaman budaya yang tidak boleh dikesan melalui mata kasar. Mari kita lihat definisi berkenaan kepercayaan yang berkait dengan budaya, sebelum kita mendapatkan keterangan yang lebih lanjut.

Ia juga termasuk kenyataan, prinsip atau doktrin yang diakui benar oleh individu-individu ini. Sebagai contoh, orang yang mempunyai pandangan politik yang berbeza dan hubungan yang rapat dengan parti politik tertentu adalah kerana mereka mempercayai pemimpin-pemimpin parti itu. Mereka juga yakin bahawa mereka melakukan perkara yang betul.

NILAI

Nilai adalah idea-idea yang telah lama bertapak dalam kalangan kita tentang apa yang baik, betul dan sesuai. Kita membina nilai kita sejak zaman kanak-kanak lagi berdasarkan pemerhatian dan ajaran ibu bapa, guru, pemimpin agama, orang yang berpengaruh dan berkuasa, dan lain-lain. Nilai-nilai yang diperoleh akhirnya mempengaruhi keperibadian dan tingkah laku pekerjaan, kemahiran membuat keputusan, sumbangan dan interaksi interpersonal. Mereka yang datang daripada budaya yang berbeza akan mempamerkan nilai-nilai yang berbeza.

PERANAN KEPERCAYAAN DAN NILAI DALAM ORGANISASI

Kepercayaan dan nilai selalunya tidak tetap dan boleh berubah dari semasa ke semasa. Beberapa tindakan yang mungkin tidak dapat diterima oleh masyarakat sebelum ini sudah boleh dianggap sebagai kepercayaan atau nilai umum pada

3.6

3.5

3.4

Kepercayaan adalah aandaian yang dibuat oleh kita tentang diri kita dan orang lain, dan bagaimana kita mmengharapkan sesuatu itu terjadi.

SEMAK KENDIRI 3.1

Apakah yang di maksudkan dengan kerangka budaya?

� TOPIK 3 MENEROKAI BUDAYA 56

masa kini. Sebagai contoh, wanita yang keluar bekerja dalam tahun 1960an tidak diterima umum. Namun, pada hari ini, pekerja wanita menyumbang banyak kepada ekonomi dan ini menjadi nilai yang diterima umum di seluruh dunia. Bagi organisasi perniagaan, kepercayaan dan nilai-nilai boleh menjadi pemangkin kejayaan. Jika sistem kepercayaan dan nilai yang bagus disampaikan kepada pekerja-pekerja, ini akan mewujudkan keharmonian di tempat kerja kerana semua pekerja tahu bagaimana untuk berkelakuan baik dalam organisasi. Bagaimanakah organisasi menyampaikan mesej tentang kepercayaan dan nilai kepada pekerja? Jawapannya adalah melalui objektif, misi dan visi syarikat. Objektif, misi dan visi yang jelas dan berorientasikan pekerja akan memupuk kepercayaan dan nilai moral dalam kalangan pekerja di mana mereka akan melakukan usaha ke arah mencapai matlamat itu. Ada tiga unsur yang menyebabkan kewujudan kepercayaan dan prinsip dalam sesebuah organisasi. Apakah ketiga-tiga unsur itu? Rajah 3.9 menggambarkan ketiga-tiga unsur berikut.

Rajah 3.9: Unsur-unsur yang membentuk kepercayaan dan nilai sesebuah organisasi

Ketiga-tiga elemen dinamik itu adalah pihak berkepentingan iaitu pemegang saham organisasi, pekerja dan pelanggan. Pihak-pihak berkepentingan yang berlainan mempunyai kriteria yang berbeza untuk mencapai kejayaan. Oleh itu, kepercayaan dan nilai-nilai berbeza bergantung pada apa yang dianggap penting kepada pihak-pihak berkepentingan, sama ada integriti produk, peneraju teknologi, penguasaan pasaran, kepuasan pelanggan atau nilai pemegang saham.

TOPIK 3 MENEROKAI BUDAYA � 57

Di Amerika, ada syarikat yang wujud untuk mendatangkan faedah kepada pemegang saham. Sebaliknya, di Jepun, syarikat wujud untuk memenuhi keperluan pelanggan. Di Jerman pula, pekerja mempunyai lebih banyak hak bersuara, seperti hak keselamatan pekerjaan, kebajikan sosial dan lain-lain. Kepercayaan dan prinsip yang sebenarnya berbeza menentukan faktor kejayaan korporat di negara-negara yang berbeza. Dalam usaha untuk membantu pemahaman anda, mari kita perhatikan Jadual 3.6 yang menerangkan bagaimana kualiti produk, peneraju teknologi dan penguasaan pasaran adalah relevan dengan kejayaan korporat di negara-negara yang berbeza.

Jadual 3.6: Faktor Kejayaan Korporat di Negara-negara yang Berbeza

Negara Keutamaan Pihak Berkepentingan Faktor Kejayaan Korporat

Jerman Kualiti Produk (i) Syarikat-syarikat Jerman terkenal dengan penghasilan produk yang mempunyai reka bentuk yang baik dan berkualiti tinggi.

(ii) Kejayaan mereka adalah berdasarkan pada kualiti produk dan bukan keuntungan atau bahagian pasaran.

(iii) Mereka menekankan pada integriti produk dan kepuasan pelanggan.

Perancis Peneraju Teknologi

(i) Bagi syarikat-syarikat Perancis, kepercayaan dalam menerajui ciptaan teknologi merupakan sumber kebanggaan negara.

(ii) Kejayaan mereka dalam menghasilkan teknologi yang sofistikated adalah jelas: industri aeronautik dan angkasa lepas, tenaga nuklear, telekomunikasi dan kereta api.

(iii) Sistem pendidikan mereka menggalakkan pembelajaran berorientasikan teknologi tinggi.

Jepun Penguasaan Pasaran

(i) Syarikat-syarikat Jepun menganggap penguasaan pasaran sebagai jalan ke arah kejayaan.

(ii) Pasaran domestik yang terhad memaksa syarikat Jepun menumpukan pada pelanggan dan mencari pasaran luar negara.

(iii) Sebagai contoh, Honda dan Sony mempunyai banyak cawangan di luar negara untuk menjamin sumber pengeluaran dan tenaga kerja yang lebih murah.

� TOPIK 3 MENEROKAI BUDAYA 58

ORIENTASI NILAI

Jika anda berniat untuk bekerja dengan orang-orang yang berasal dari budaya lain, amat penting untuk anda memahami nilai mereka yang berbeza-beza. Ahli-ahli antropologi seperti Kluckhohn dan Strodtbeck (1961) memperkenalkan TTeori Orientasi Nilai untuk memahami perbezaan budaya teras yang berkaitan dengan asas kebimbangan manusia. Kluckhohn dan Strodbeck menganalisis penemuan beberapa pakar budaya seperti Hall, Hofstede, Schein, Adler dan Trompenaars seperti yang dapat dilihat dalam Rajah 3.10.

Rajah 3.10: Dimensi utama budaya

Sumber: Schein, E. (1997)

Kluckhohn dan Strodbeck menyimpulkan bahawa orientasi nilai seperti yang dicadangkan oleh penyelidik lain boleh dikumpulkan kepada lima orientasi nilai yang penting dalam masyarakat. Lima orientasi nilai itu adalah seperti berikut:

(a) Hubungan dengan alam semula jadi;

(b) Hubungan dengan aktiviti manusia;

(c) Hubungan dengan sifat manusia;

(d) Hubungan dengan manusia; dan

(e) Hubungan dengan masa.

3.7

TOPIK 3 MENEROKAI BUDAYA � 59

Mari kita lihat penjelasan yang disediakan bagi setiap orientasi nilai.

3.7.1 Hubungan dengan Alam Semula Jadi

Seperti yang dapat dilihat dalam Jadual 3.7, ada tiga jenis orientasi nilai dengan mengambil kira sifat-sifat berikut:

(a) Subordinat;

(b) Harmoni; dan

(c) Dominan.

Jadual 3.7: Hubungan dengan Alam Semula Jadi

Subordinat Harmoni Dominan

Kepercayaan masyarakat tentang alam semula jadi yang tidak boleh diubah. Kehidupan ini adalah ditentukan oleh kuasa luaran seperti nasib dan genetik. Apa yang berlaku sudah tersurat. Contoh: Kepercayaan Islam kepada Allah dan Qada dan Qadar (kepercayaan bahawa apa yang terjadi adalah kehendak Tuhan).

Kepercayaan bahawa manusia perlu hidup dengan alam semula jadi dalam harmoni. Manusia harus hidup seimbang dengan alam semula jadi dan bukan menguasai segala apa jua yang berlaku di dalamnya.

Kepercayaan masyarakat bahawa manusia perlu menguasai segala kuasa yang berada di alam semula jadi dan kuasa luar biasa yang sedia ada. Contoh: Ciptaan penghawa udara dingin untuk menyejukkan sesuatu tempat dalam musim panas.

3.7.2 Hubungan dengan Aktiviti Manusia

Sekarang, mari kita lihat komponen kedua orientasi nilai (rujuk Jadual 3.8). Aktiviti manusia mempunyai tiga orientasi nilai:

(a) Kewujudan;

(b) Kewajaran; dan

(c) Perbuatan.

� TOPIK 3 MENEROKAI BUDAYA 60

Jadual 3.8: Aktiviti Manusia

Kewujudan Kewajaran Perbuatan

Kepercayaan bahawa cukuplah sekadar „wujud‰. Usaha untuk mencapai pencapaian lebih tinggi tidak perlu kerana apa yang anda ada adalah cukup untuk anda. Tidak minat mengambil risiko. Apabila berhadapan dengan masalah semasa ketiadaan ketua, pengurus yang mempunyai kepercayaan jenis ini lebih suka tidak melakukan apa-apa daripada mengambil risiko untuk melakukan sesuatu yang menyakitkan atau mengecewakan bosnya.

Tujuan utama manusia diletakkan di atas ini bumi adalah kerana dia wajar untuk membangunkan dirinya sendiri.

Manusia harus bekerja keras kerana usaha mereka akan diberi ganjaran. Bertindak untuk memastikan sesuatu perkara terjadi dianggap sebagai survival, seperti orang Amerika yang lebih cenderung untuk memulakan tindakan dan membuat keputusan dengan cepat. Mereka juga tidak takut melakukan kesilapan.

3.7.3 Hubungan dengan Sifat Semula Jadi Manusia

Masyarakat mempunyai pandangan yang berbeza terhadap seseorang berdasarkan sifat semula jadinya seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 3.9:

(a) Kejahatan;

(b) Campuran (campuran jahat dan baik); atau

(c) Kebaikan.

Jadual 3.9: Sifat Manusia

Kejahatan Campuran Kebaikan

Kepercayaan yang berdasarkan kebanyakan orang tidak boleh dipercayai dan buruk. Akibatnya, mereka perlu dikawal. Jika mereka dianggap sebagai jahat, maka penting untuk membuat pengawasan dan kawalan luaran.

Di dunia ini, ada orang baik dan orang jahat. Kita perlu memastikan apa kategori mereka. Walau bagaimanapun, orang jahat boleh berubah dengan bimbingan.

Kebanyakan orang yang dilahirkan baik dan berhati mulia. Pengurus jenis ini mungkin lebih banyak memberikan anak buahnya autonomi dan membenarkan mereka bekerja mengikut cara mereka sendiri tanpa pengawasan rapi.

TOPIK 3 MENEROKAI BUDAYA � 61

Mari kita lihat kajian yang dibuat oleh Douglas McGregor (1960) yang berkaitan dengan orientasi sifat semula jadi manusia. Menurut McGregor, ada dua jenis pekerja:

(a) Teori X (kejahatan);dan

(b) Teori Y (kebaikan). Teori-teori ini dijelaskan dalam Rajah 3.11.

Rajah 3.11: Kategori pekerja

3.7.4 Hubungan dengan Manusia

Seperti yang dapat dilihat dalam Jadual 3.10, orientasi nilai ini melihat struktur sosial masyarakat dalam bentuk berikut:

(a) Hierarki;

(b) Kolateral; atau

(c) Individu.

� TOPIK 3 MENEROKAI BUDAYA 62

Jadual 3.10: Hubungan dengan Manusia

Hierarki Kolateral Individu

Dalam struktur semula jadi masyarakat, sesetengah orang memang dilahirkan untuk memimpin dan sesetengah pula menjadi pengikut. Keputusan perlu dibuat oleh orang-orang yang dipertanggungjawabkan.

Cara yang terbaik adalah pembentukan sebagai satu kumpulan, di mana semua orang membuat keputusan bersama-sama. Penting untuk tidak membuat keputusan oleh satu pihak sahaja.

Semua orang berhak mempunyai hak sama rata dan bertanggungjawab sepenuhnya terhadap haluan mereka sendiri. Dalam proses membuat keputusan secara berkumpulan, prinsip „satu orang satu undi‰ perlu ditekankan.

3.7.5 Hubungan dengan Masa

Hubungan ini merujuk pada orientasi masa seseorang dalam budaya tertentu, yang berasaskan perkara-perkara berikut:

(a) Masa lalu;

(b) Masa kini; atau

(c) Masa depan. Hubungan ini dapat dilihat dalam Jadual 3.11:

Jadual 3.11: Hubungan dengan Masa

Masa Lalu Masa Kini Masa Hadapan

Kita perlu belajar dan mengambil iktibar daripada tinggalan sejarah. Kita perlu berusaha untuk meneruskan tradisi, ajaran dan kepercayaan silam untuk generasi masa depan.

Masa kini adalah segala-galanya. Kita perlu mempergunakan masa kini sebaik-baiknya. Nikmatilah hari ini dan jangan risau tentang esok.

Fokus pada rancangan masa hadapan untuk mencapai keajaiban, perubahan dan perkembangan dalam hidup. Cari jalan baru untuk menggantikan yang lama dan buat pengorbanan hari ini untuk esok yang lebih baik.

TOPIK 3 MENEROKAI BUDAYA � 63

Soalan Pelbagai Pilihan 1. Kerangka budaya terbahagi kepada dua dimensi. Apakah ia?

A. Andaian asas dan artifak B. Budaya luaran dan dalaman C. Tafsiran dan andaian asas D. Kepercayaan dan prinsip

2. Apakah yang dimaksudkan dengan Teori Y yang dikaitkan

dengan etika pekerja? A. Pekerja yang pemalas B. Pekerja memerlukan pengawasan berterusan C. Pekerja yang proaktif dan konsisten D. Pekerja yang bekerja mengikut masa yang ditetapkan

3. Manakah antara berikut bukan merupakan salah satu orientasi

prinsip yang diperkenalkan oleh Kluckhohn dan Strodtbeck? A. Hubungan dengan alam semula jadi B. Hubungan dengan masa C. Hubungan dengan Allah D. Hubungan dengan sifat manusia

LATIHAN 3.1

SEMAK KENDIRI 3.2

1. Jelaskan bagaimana kepercayaan dan nilai-nilai boleh membawa kejayaan kepada organisasi.

2. Apakah lima orientasi nilai yang wujud dalam masyarakat?

AKTIVITI 3.2

1. Bincangkan andaian asas yang digunakan oleh pemikir budaya dan pengurusan.

3. Selepas membincangkan tentang andaian yang terdapat dalam

budaya, berikan tafsiran anda sendiri tentang budaya.

� TOPIK 3 MENEROKAI BUDAYA 64

� Proses menyelidik budaya bukan satu tugas yang mudah. Banyak aspek

perlu dikaji dan diperiksa tentang budaya yang berbeza dari satu negara ke negara lain.

� Kerangka budaya terbahagi kepada dua dimensi � luaran dan dalaman. � Kerangka budaya boleh membantu dalam mengenal pasti tahap budaya;

sama ada ia boleh dilihat daripada segi fizikal seperti cara berpakaian, atau tidak boleh dikesan secara fizikal seperti adat resam dan kepercayaan.

� Artifak juga menunjukkan perbezaan kebudayaan seperti perbezaan dalam

seni bina. Hari ini, banyak bangunan di Malaysia terutamanya di Putrajaya, direka menggunakan seni bina Islam yang menggabungkan kubah masjid. Di India pula, seni bina bangunannya lebih artistik dan patung banyak digunakan sebagai hiasan.

� Dalam mana-mana budaya, nilai dan kepercayaan memainkan peranan yang

besar terutamanya dalam memacu syarikat ke arah kejayaan seperti menghasilkan produk berkualiti dan menggunakan teknologi moden.

4. Kepercayaan dan prinsip wujud dalam organisasi kerana adanya pengaruh tiga elemen. Apakah elemen-elemen ini? A. Pelanggan, pemegang saham dan pekerja B. Pelanggan, pembeli dan pembekal C. Pekerja, pengurus dan pemegang saham D. Perunding, pengamal dan jurubahasa

5. Golongan manakah yang lebih suka mendekatkan diri antara satu

sama lain semasa berbual untuk mencerminkan keikhlasan kedua-dua pihak? A. Amerika Utara B. Timur Tengah C. Eropah Utara D. Amerika Selatan

TOPIK 3 MENEROKAI BUDAYA � 65

� Banyak orientasi berasaskan nilai yang memainkan peranan penting dalam penerokaan budaya.

� Orientasi ini diperoleh daripada beberapa kajian mengenai budaya, termasuk

hubungan dengan masa, alam semula jadi, masyarakat, aktiviti manusia dan sifat semula jadi manusia.

Artifak

Budaya dalaman

Budaya luaran

Kelakuan

Kepercayaan dan prinsip

Teori orientasi prinsip