topik 7 struktur organisasi pendidikan

18
TOPIK 7 STRUKTUR ORGANISASI PENDIDIKAN TUGAS DAN TANGGUNGJWAB GURU

Upload: psubatheradevi

Post on 03-Nov-2015

235 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

topik 7

TRANSCRIPT

TOPIK 7 STRUKTUR ORGANISASI PENDIDIKAN

TOPIK 7 STRUKTUR ORGANISASI PENDIDIKANTUGAS DAN TANGGUNGJWAB GURUPengenalan Tugas dan tanggungjawab guru tidak hanya terbatas di dalam bilik darjah semata-mata, sebaliknya tugas guru adalah melebihi batasan dan sempadan sekolah.a. Pengamal ilmu pengetahuan & kemahiranMenyebar atau menurunkan ilmu yang dimiliki kepada orang lain, khususnya murid-muridnya.

Mencari pendekatan dan kaedah yang paling berkesan dalam memastikan murid-murid mampu menguasai ilmu dan seterusnya menjadi pengamal ilmu.

Menjadi pengamal teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) bagi memastikan ketekalan sebagai pengamal ilmu.

Menjadi rol model kepada pelajarnya.

Mempunyai kemahiran mengurus P&P, kemahiran mengurus bilik darjah serta seorang yang mengamalkan pemikiran reflaktif.B. Penerap NilaiSeorang guru yang penyayang dan penuh belas kasihan akan disayangi muridnya.

Perlakuan tersebut akan lekat di hati murid menyebabkan murid meniru perlakuan tersebut.

Peranan guru sebagai penerap nilai akan berjaya seandainya guru menjadi model terhadap perlakuan yang bermoral dan beretika.

Perancangan mengajar yang teliti akan membolehkan guru memilih dan menerapkan nilai dengan berkesan sewaktu menyampai sesuatu kandungan pelajaran.c. PendidikPeranan dan tanggungjawab guru lazimnya dikaitkan dengan tugas mendidik dan mengajar.

Istilah pendidikan dikatakan berasal daripada perkataan Latin, iaitu educare dan educere.

Educare adalah untuk membimbing, menunjuk cara dan mendedahkan.

Educere pula ialah mengasuh atau mendidik bagi memastikan seseorang itu menjadi seorang manusia seperti yang dihajatkan.d. Pengurus Bilik Darjah / PembelajaranMengawal disiplin pelajar

Mewujudkan suasana bilik darjah yang kondusif

Memastikan rutin bilik darjah berjalan lancar.

Memastikan keselamatan dan kebajikan murid

Mengurus dan menyimpan rekod pelajar

Mengurus bahan-bahan pengajaran

Tugas-tugas perkeranianE. Pakar RujukGuru bukan sahaja merupakan pakar rujuk dalam bidang yang diajarkan kepada murid-muridnya, malahkan turut menjadi pakar rujuk kepada masyarakat.

Guru perlu mengemaskini ilmu pengetahuan terutama dalam hal-hal yang berkaitan dengan pengetahuan am (ekonomi, politik & kemanusiaan)

Mampu menunjukkan keupayaan dalam menangani isu perkembangan teknologi (TMK)F. MentorMemberikan bimbingan dan sokongan, menunjuk cara serta memandu murid bagi memudahkan dan melancarkan sesuatu tugasan yang dihadapi oleh muridnya.

Di sekolah, guru yang berpengalaman juga berperanan sebagai mentor kepada guru-guru baru dan guru-guru pelatih yang datang menjalani praktikum.G. PenyelidikBagi menghadapi cabaran dan isu semasa, peranan guru harus mencakupi ke bidang lain yang mencerminkan pemikiran reflektif, kritis dan kreatif, ingin meneroka dan mencari bukti.

Guru perlu mengkaji dan menyelidik supaya menemukan jawapan atas setiap kemusykilan dan permasalah yang dihadapinya.

Pihak sekolah perlu memberikan glakan ke arah budaya menyelidik dan menjadikannya sebagai suatu tanggungjawab bersama.H. Agen SosialisasiPersekitaran pembelajaran yang dibina oleh guru menjadi ruang bagi melatih diri sebgai anggota masyarakat.

Ruang tersebut membolehkan murid mengutip dan mengumpul pengalaman untuk menjadi anggota masyarakat yang mengamalkan nilai-nilai kemanusiaan yang murni.

Murid perlu dididik agar sentiasa mampu menundukkan keinginan diri dan belajar memahami perasaan orang lain.

Nilai-nilai perpaaduan, saling memahami, saling menghormati dan bersikap merendah diri harus disematkan di dalam sanubari murid.

Pertuturan yang santun, perlakuan yang sopan dan beradab perlu dipamerkan oleh guru supaya menjadi ikutan kepada pelajar.Jangkaan guruJangkaan guru merupakaan harapan dan keinginannya yang sangat kuat untuk memperoleh sesuatu ganjaran atau hasil setelah melakukan sesuatu tugasanTerdapat 4 bentuk jangkaan guru :

Jangkaan Terhadap PelajarJangkaan Terhadap Pengurus @ PentadbirJangkaan Terhadap Terhadap Ibu Bapa & KomunitiJangkaan Terhadap Diri SendiriSekian, terima kasih