topik 6 ketaksamaan peluangpndidikan

45
KETAKSAMAAN PELUANG PENDIDIKAN

Upload: dady-cool-edek

Post on 26-May-2015

212 views

Category:

Documents


10 download

TRANSCRIPT

Page 1: Topik 6 ketaksamaan peluangpndidikan

KETAKSAMAAN PELUANG PENDIDIKAN

Page 2: Topik 6 ketaksamaan peluangpndidikan

Ketidaksamaan Dalam Pendidikan

• Pendidikan adalah satu proses di mana seseorang memperoleh banyak faedah sosial seperti pekerjaan, gaji yang mencukupi dan kemungkinan, kuasa politik.

• Walau bagaimana pun semasa penjajahan British di negara kita, tidak semua pelajar mempunyai peluang bersekolah kerana pada masa itu sekolah dibahagikan mengikut kumpulan etnik, kelas sosial, kurikulum dan penempatan.

• Ketidaksamaan dalam pendidikan bermaksud sekatan hak seseorang untuk mengembangkan potensinya.

Page 3: Topik 6 ketaksamaan peluangpndidikan

• Konsep diskriminasi/ketidaksamaan ditakrifkan sebagai pandangan, pemikiran dan kepercayaan negatif oleh seseorang atau sekelompok terhadap anggota atau kelompok etnik lain yang mempengaruhi perilaku pihak yang berpandangan negatif.

• Diskriminasi ialah perbuatan membanding dan membezakan individu atau kelompok etnik lain berasaskan ciri-ciri etnik semata-mata.

• Ketaksamaan telah berlaku sejak dahulu lagi (sistem feudal).• Rakyat bawahan atau marhain, golongan pembesar, dan golongan istana

menerima sistem pendidikan yang berbeza.• Diteruskan lagi pada zaman penjajah.• Golongan pembesar mewariskan kecerdikan sebaliknya anak petani dan

orang kampung terus ketinggalan.

Page 4: Topik 6 ketaksamaan peluangpndidikan

Aspek Ketaksamaan Peluang Masa Kini :

• Meliputi kemudahan mendapat guru• Bahan-bahan rujukan• Peluang kerjaya selepas tamat belajarMax Weber : Ada 5 Kelas Sosial

1. Golongan atasan/orang kaya/ahli koperat2. Kumpulan pertengahan atasan – orang yang berpendidikan tinggi, profesional dan memegang jawatan yang baik3. Pertengahan bawahan-lulusan sekolah menengah dan pemegang sijil diploma.4. Kelas pekerja-terdiri daripada pekerja kolar biru (ada PMR, SPM)5. Golongan bawahan: mempunyai kelulusan yang amat rendah dan tidak pernah melalui pendidikan formal.

Page 5: Topik 6 ketaksamaan peluangpndidikan

• Saifuddin Hj Masduki (1977) : wujud hubungan yang signifikan antara pencapaian akademik dengan pendapatan ibu bapa dan tahap pendidikan ibu bapa.

• Semakin tinggi pendapatan dan tahap pendidikan ibu bapa semakin tinggi tahap pencapaian anak-anak mereka.

• Murid berada mendapat peluang pendidikan yang lebih baik.• Tahap kesihatan• Suasana tempat tinggal• Jumlah keluarga kecil/besar• Kekurangan kemudahan asas di sekolah juga mewujudkan

ketidaksamaan dalam peluang pendidikan• Terdapat sekolah kurang murid (SKM)

Page 6: Topik 6 ketaksamaan peluangpndidikan

• Cabaran KPM memastikan agar infrustruktur, perkakasan, perisian dan latihan mencukupi di beri kepada sekolah-sekolah.

• Usaha KPM bantu:1. RMT2. Kumpulan Wang simpanan Pelajar Miskin (KWAPM)3. bantuan Makanan Asrama4. Bantuan Perjalanan dan Pengangkutan Murid5. Jaket Keselamatan6. Elaun bulanan pelajar kurang upaya7. SPBT8. Skim Baucer Tuisyen (SBT)9. Biasiswa Kecil Persekutuan (BKP) dan Biasiswa Kelas Persediaan University10.Asrama Harian

Page 7: Topik 6 ketaksamaan peluangpndidikan

Faktor-faktor Ketaksamaan Peluang

• Dalam konteks Malaysia, ketidaksamaan pendidikan mungkin disebabkan oleh beberapa faktor seperti lokasi sekolah, latarbelakang sosio-ekonomi pelajar, pencapaian akademik, kecenderungan semulajadi, peluang hidup, sosialisasi dan perbezaan bahasa.

Page 8: Topik 6 ketaksamaan peluangpndidikan

Ketaksamaan PeluangPendidikan

Kelas Sosial Jantina

Kumpulan Minoriti Murid BerkeperluanKhas

Isu-Isu KetaksamaanPeluang Pendidikan

Page 9: Topik 6 ketaksamaan peluangpndidikan

Kelas Sosial:

• Berkaitan dengan kedudukan sesuatu kelompok dalam masyarakat.• Kelas sosial boleh dikatakan segolongan ind. yang mempunyai

kedudukan sama dari segi kuasa, politik, kekayaan, pendapatan, martabat, pekerjaan, atau hubungan dengan punca-punca pengeluaran.

• Contoh kelas sosial yang terdapat dalam masyarakat kapitalis terbahagi 2 golongan:1. Bourgeoisie : masyarakat yang memiliki punca-punca pengeluaran, pengagihan dan pertukaran2. Proletariat : masyarakat yang tidak memiliki perkara di atas sebaliknya hanya tenaga kerja sahaja.

Page 10: Topik 6 ketaksamaan peluangpndidikan

Jantina:

• Murid peempuan dan lelaki masing-masing pilih mata pelajaran yang bersifat keperempuanan dan kelakian.

• Zaman penjajah peluang diberi kepada lelaki manakala golongan perempuan dinafikan peluang untuk menerima pendidikan.

• Kedua-dua jantina mempunyai perbezaan dari segi status, cita-cita, perlakuan dan ciri-ciri fizikal yang jelas.

• Peluang pekerjaan mengikut gender.• Pencapaian akademik pelajar perempuan lebih baik daripada lelaki.• Kuato kemasukan ke universiti lelaki atau perempuan????• Sekolah teknik/vokasional : lelaki/perempuan???

Page 11: Topik 6 ketaksamaan peluangpndidikan

Kumpulan Minoriti:

• Jumlah kecil - tidak dapat mampu mempengaruhi kumpulan-kumpulan etnik yang lain.

• Faktor geografi - cth orang asli, kadazan, murut dsb• Mereka menerima pendidikan tidak formal sahaja melalui keturunan atau

warisan daripada ibu bapa. Kini????• Di sekolah terdapat juga kumpulan minoriti.• Bersifat negatif - cth murid yang suka ponteng kelas, ponteng sekolah,

pembuli, suka merokok, lepak, gengsterisme dll.• Mereka adalah murid yang tercicir.• Pihak sekolah perlu beri perhatian• Bersifat positif : spt ulat buku, suka mencari maklumat di internet,

cenderung kepada keagamaan, menghias sekolah dll.• Bergerak dalam kumpulan sendiri/kecil• Mereka juga perlu diberi perhatian.

Page 12: Topik 6 ketaksamaan peluangpndidikan

Murid Berkeperluan Khas:

Dua kategori MBK:1. kategori masalah2. kategori masalah khusus

• Kecerdasan yang amat rendah.• Hadapi masalah menyesuaikan diri di sekolah biasa dan dalam

masyarakat.• Kanak-kanak pintar cerdas• Golongan yang mana kebolehan mereka lebih tinggi daripada rakan

sebaya.• Oleh itu mereka tidak dapat memanfaat sepenuhnya sistem pendidikan

sedia ada.• Ini kerana motivasi dan keperluan mereka berbeza.

Page 13: Topik 6 ketaksamaan peluangpndidikan

• 7 kategori kanak-kanak istimewa memrlukan Program Pendidikan Khas

• i. Kerencatan mental• ii. Bermaslah pembelajaran• iii. Kecelaruan tingkah laku• iv. Cacat pendengaran dan bermasalah komunikasi• v. cacat penglihatan• vi. Cacat fizikal• vii. Piontar cerdas dan berbakat istimewa.

Page 14: Topik 6 ketaksamaan peluangpndidikan

• Isu-isu ketaksamaan peluang• Orang Asli• -kadar keciciran tinggi• -masih terpinggir• -golongan bijak pandai masih kurang• -latar belakang akademik rendah• Tahap pendidikan isi rumah juga rendah

Page 15: Topik 6 ketaksamaan peluangpndidikan

• Indigenous• Merujuk kepada penduduk pribumi di pedalaman Sabah dan

Sarawak.• Dibezakan dari segi kawasan tempat tinggal, ekonomi,

sosial dan budaya• Di Sabah terdapat 23 suku kaum• Terbesar Kadazan, Bajau, Murut, Suluk dan orang Brunei• di Sarawak : Melayu, Melanau,Iban, Bidayuh, Penan,

Kelabit.

Page 16: Topik 6 ketaksamaan peluangpndidikan

• Indigenous merujuk kepada kelompok masyarakat dan etnik yang tinggal jauh di pedalaman dan masih belum menerima sebarang perubahan dunia luar.

• Taksub kepada kehidupan yang dibina sejak dulu.• Ketaksamaan peluang pendidikan tetap berlaku.• Mereka masih belum menerima perubahan dalam dunia

pendidikan kerana masih berpegang kepada budaya hidup tradisional

Page 17: Topik 6 ketaksamaan peluangpndidikan

• Masyarakat pedalaman

• Faktor Ketaksamaan peluang pendidikan;• Kurang guru pakar• Pertumbuhan pusat urban yang lembab• Suasana persekitaran fizikal dan sosio budaya kurang

memberangsangkan• Lokasi• Jurang digital

Page 18: Topik 6 ketaksamaan peluangpndidikan

• Secara am, terdapat dua isu berkaitan dengan ketidaksamaan pendidikan iaitu budaya tersekat dan pendidikan imbuhan.

Isu-Isu Ketidaksamaan Peluang Pendidikan:

Page 19: Topik 6 ketaksamaan peluangpndidikan

Budaya Tersekat:

• Budaya tersekat bermaksud sekatan peluang ke atas segolongan masyarakat disebabkan fkator-faktor seperti kemiskinan, etnik dan lain-lain.

• Konsep ini amat popular semasa tahun 60an di Amerika Syarikat di mana kanak-kanak berkulit hitam (African American) atau taraf sosio-ekonomi yang rendah dipinggirkan haknya.

• Dalam konteks Malaysia, sebelum kemerdekaan, pelajar kawasan terpencil atau luar bandar itu dianggap sebagai tersekat hak mereka untuk mendapatkan kemudahan pendidikan yang asas berbanding dengan pelajar bandar.

Page 20: Topik 6 ketaksamaan peluangpndidikan

Budaya Tersekat:

• Budaya Tersekat juga merujuk kepada pelajar yang mempunyai pencapaian yang rendah di sekolah kerana latar belakang keluarga.

• Isitilah ini juga digunakan untuk bermaksud “culturally disadvantage” kerana dipercayai bahawa masalah utama ialah kekurangan relatif antara pengalaman rumah dengan corak budaya yang diperlukan untuk pembelajaran di sekolah.

• Contohnya, di kebanyakan kawasan luar bandar di Malaysia, pendapatan keluarga dan pendidikan ibu bapa adalah rendah. Tambahan pula, tumpuan diberi kepada tugas-tugas mengerjakan kebun.

Page 21: Topik 6 ketaksamaan peluangpndidikan

Budaya Tersekat:

• Selain itu, loghat bahasa tempatan digunakan dalam kehidupan seharian.

• Suasana persekitaran rumah seumpama ini tidak membantu seseorang kanak-kanak untuk memenuhi kehendak pembelajaran di sekolah yang memerlukannya menulis, membaca dan berkomunikasi dengan menggunakan bahasa formal.

• Jelaslah bahawa latar belakang seseorang kanak-kanak itu boleh menjadi satu kekangan atau halangan terhadap pencapaiannya di sekolah.

• Kemahiran yang dikuasai dan nilai yang telah diterap semasa di rumah tidak dapat digunakan di sekolah kerana kekurangan relatif.

Page 22: Topik 6 ketaksamaan peluangpndidikan

Budaya Tersekat:

• Jika dibandingkan dengan kanak-kanak kelas menengah di bandar, pendapatan keluarga dan pendididkan formal ibu bapa mereka adalah lebih tinggi, dan tumpuan diberi kepada pendidikan di sekolah.

• Ibu bapa membeli bahan-bahan untuk anak mereka dan menggalakkannya membaca serta menggunakan bahasa yang lebih kompleks untuk berkomunikasi.

• Latarbelakang seumpama ini banyak memberi seorang kanak-kanak kelebihan dari segi peluang untuk lebih berjaya di sekolah.

• Berbanding dengan golongan kanak-kanak ini, tidak mustahil mengapa kanak-kanak daripada kalangan budaya tersekat mempunyai risiko keciciran sekolah yang tinggi (Sharifah,1995).

Page 23: Topik 6 ketaksamaan peluangpndidikan

Pendidikan Imbuhan:

• Satu lagi faktor berkaitan dengan ketidaksamaan pendidikan yang disebabkan oleh ketidaksamaan status sosio-ekonomi.

• Tidak dapat dinafikan bahawa orang miskin di kawasan luar bandar dan orang kaya di bandar mempunyai peluang pendidikan yang berbeza.

• Atas sebab ini, maka pendidikan imbuhan diperkenalkan untuk mengatasi keadaan yang tidak seimbang itu.

• Pendidikan imbuhan sebenarnya adalah satu konsep baru dalam pendidikan yang wujud selepas Perang Dunia Kedua di beberapa negara Barat.

• Keadaan ini timbul akibat kesedaran rakyat terhadap kepentingan pendidikan.

Page 24: Topik 6 ketaksamaan peluangpndidikan

Pendidikan Imbuhan:

• Hasil daripada itu, satu pergerakan dimulakan untuk menuntut hak peluang pendidikan yang sama, khasnya untuk kalangan rakyat kelas bawahan (Chazen, 1973).

• Sebelum pendidikan wajib diperkenalkan, peluang pendidikan melanjutkan pelajaran mereka ke sekolah menegah, kolej dan universiti amatlah terhad untuk kanak-kanak kelas sosio-ekonomi yang rendah berbanding dengan mereka daripada golongan memengah dan atasan.

• Ini menunjukkan bahawa status sosio-ekonomi ibu bapa yang rendah mengurangkan atau menghalang anak mereka daripada menerima pendidikan.

Page 25: Topik 6 ketaksamaan peluangpndidikan

Pendidikan Imbuhan:

• Kesulitan peluang pendidikan sedemikian kemudian mengakibatkan masalah keciciran yang serius dan pengangguran yang boleh menjejaskan kestabilan dan keamanan sesebuah negara.

• Akibat kesedaran tentang kesan buruk masalah tersebut dan desakan rakyat, maka beberapa negara Barat telah mengambil tindakan tegas untuk memperbaharui sistem pendidikan mereka.

• Salah satu negara Barat tersebut ialah Amerika Syarikat. Apabila berlakunya masalah ketidak stabilan sosial yang serius, akibat ketidaksamaan pendidikan, satu program baru yang dipanggil “Head Start” telah diperkenalkan untuk membantu perkembangan pendidikan di kalangan golongan rendah masyarakat.

Page 26: Topik 6 ketaksamaan peluangpndidikan

Pendidikan Imbuhan:

• Di Malaysia pula, lanjutan daripada Laporan Keciciran (1973), Kementerian Pendidikan talah melaksanakan dan melancarkan Projek Pendidikan Wajib pada tahun 1975.

• Di bawah projek ini, pelajar-pelajar luar bandar dibekalkan dengan bahan-bahan pembelajaran khas serta guru-guru berkelayakan yang telah melalui latihan khas untuk mengajar.

Page 27: Topik 6 ketaksamaan peluangpndidikan

Faktor Persekitaraan Rumah Dan Sekolah Yang Mempengaruhi Pencapaian Akademik

• Pencapaian akademik seseorang pelajar tidak bergantung kepada IQ semata-mata.

• Sebaliknya, faktor-faktor lain seperti perbezaan kelas sosial, sosialisasi, dan lokasi di bandar atau luar bandar juga mempengaruhi pencapaian akademik pelajar.

Page 28: Topik 6 ketaksamaan peluangpndidikan

Perbezaan Kelas Sosial:

• Mengikut Ting (1985), Kelas Sosial merujuk kepada golongan individu yang mempunyai status sosio-ekonomi yang sama, contohnya gaji, jenis rumah yang didiami, dan lokasi rumah.

• Ahli sosiologi selalu mengaitkan pencapaian akademik pelajar dengan latarbelakang budaya ibu bapa, tahap pendidikan dan profesion mereka.

Page 29: Topik 6 ketaksamaan peluangpndidikan

Pengaruh Kelas Sosial Terhadap Pencapaian Akademik Pelajar

Aspek Kelas Sosial Atasan Kelas Sosial Bawahan

1. Bahan Pembelajaran

Bahan pembelajaran yang mencukupiKesan:Pelajar bersedia untuk belajar

Tidak ada bahan pembelajaran atau tidak mencukupiKesan:Pelajar menghadapi masalah dalam pembelajaran dan oleh kerana itu keupayaan belajar terjejas

2. Kelas tambahan Pelajar mempunyai seorang tutorKesan:Kemahiran dan pengetahuan pelajar dapat ditingkatkan kerana menerima bimbingan secara individu

Tidak mampu membayar yuran kelas tambahanKesan:Pemerolehan pengetahuan bergantung sepenuhnya kepada sekolah dan diri sendiri

3. Pakaian seragam Sekolah

Pakaian seragam sekolah pelajar kelihatan bersih, kemas dan baru Kesan:Harga Kendiri pelajar tinggi. Yakin semasa mengikuti pelajaran yang diajar

Pakaian seragam sekolah pelajar selalunya menjadi lusuh, compang-camping dan tidak terurus.Kesan:Harga kendiri pelajar rendah. Kurang yakin untuk mengikuti pelajaran yang diajar

4.Pendidikan Ibu Bapa

Ibu bapa biasanya berpendidkan tinggi dan mementingkan pendidikan anakMenggalakkan anak mencapai akademik yang lebih tinggi. Mereka membimbing anak dalam kerjayanya. Kesan:Pelajar sedar tentang pentingnya pembelajaran dan perancanganawal kerjaya mereka

Ibu bapa biasanya berpendidikan rendah dan tidak memberi perhatian kepada pendidikan anakMereka kurang berpengetahuan lalu tidak boleh membimbing kerjaya anak.Kesan:Pelajar kurang bermotivasi untuk pencapaian akademik yang cenerlang

Page 30: Topik 6 ketaksamaan peluangpndidikan

Perbezaan Sosialisasi Dan Bahasa

• Mengikut Marimuthu (1990), sosialisasi merujuk kepada proses seorang individu belajar cara bagaimana hidup bermasyarakat supaya dapat disebatikan cara tersebut dengan personalitinya.

• Melalui proses ini, individu berkenaan memperoleh nilai, kepercayaan, norma, dan ciri-ciri serta tingkah laku sosial masyarakat dimana dia adalah seorang ahli.

• Sebaliknya, komunikasi adalah satu alat untuk berkomunikasi. Berdasarkan kegunaannya, bahasa boleh diklasifikasi kepada dua kategori utama: bahasa kompleks dan bahasa biasa.

• Bahasa kompleks berkait dengan kegunaan kata sifat, kata kerja, kata penghubung dan kata nama. Corak bahasa sejenis ini membolehkan seorang itu menyampaikan mesej dengan jelas dan tepat. Manakala, bahasa biasa lebih menggunakan kata nama dan frasa biasa sehingga menjadi pertuturan yang stereotaip (Sharifah Alwiah, 1985).

Page 31: Topik 6 ketaksamaan peluangpndidikan

Implikasi Sosialisasi Dan Bahasa Terhadap Pencapaian Akademik

Aspek Sosialisasi Bahasa Kompleks Bahasa Biasa

1. Nilai: Kepentingan ilmu Pengurusan Masa

Penggunaan bahasa komplek oleh ahli keluarga dapat memupuk nilai yang berkaitan dengan kepentingan ilmu dan pengurusan masa di kalangan anak remaja mereka Kesan: Kesedaran di atas menjadi motivasi intrinsik kepada anak untuk mencari ilmu

Penggunaan bahasa biasa oleh ahli keluarga tidak dapat memupuk nilai yang berkaitan dengan kepentingan ilmu dan pengurusan masa di kalangan anak merekaKesan:Pelajar tidak bagitu sedar tentang kepentingan pendidikan maka mengabaikan tanggungjawab untuk mencari ilmu

2. Kepercayaan agama

Kepercayaan agama digalakkan oleh ahli keluarga atau ibu bapa dengan menggunakan bahasa yang kompleks. Anak mendapat bimbingan yang baik Kesan:Ajaran agama menjadi garis panduan tindakan anak-anak remaja dan mereka memberi tumpuan kepada kepentingan memperoleh ilmu.

Bimbingan terhadap kepercayaan agama oleh ahli keluarga yang menggunakan bahasa dan loghat tempatan tidak begitu berjaya dan anak remaja kurang menerima bimbingan tersebutKesan:Ajaran agama diabaikan, dan anak remaja kurang dibimbing atau dibantu. Maka kepentingan memperoleh ilmu bukan merupakan tanggungjawab utama

Page 32: Topik 6 ketaksamaan peluangpndidikan

Perbezaan Lokasi Bandar Dan Luar Bandar

• Sebagaimana yang kita ketahui, pelajar-pelajar di negara ini tinggal bersama keluarga mereka sama ada di bandar mahu pun di kampung.

• Data statistik menunjukkan bahawa sebanyak 84% daripada sekolah-sekolah rendah terletak di kawasan luar bandar dan 40% daripada sekolah-sekolah tersebut mempunyai bilangan murid kurang daripada 150 orang (Sharifah, 1995).

• Hal ini membawa implikasi terhadap pencapaian akademik pelajar.

Page 33: Topik 6 ketaksamaan peluangpndidikan

Perbezaan Kemudahan Awam Antara Bandar Dengan Kampung.

Aspek Bandar Kampung

1. Bekalan air dan lektrik

Mempunyai bekalan air dan lektrik Kesan:Pelajar boleh memberi tumpuan kepada pelajaran. Mereka boleh belajar dalam keadaan yang selesa.

Ada kalanya tidak mempunyai bekalan air dan elektrikKesan:Pelajar membazir masa mengangkut air daripada perigi dan sungai.

2. Pusat tuisyen Terdapat banyak pusat tuisyenKesan:Boleh mengikuti kelas tuisyen untuk meningkatkan lagi kemahiran dan pengetahuan

Sukar mendapat pusat tuisyenKesan:Pembelajaran hanya bergantung kepada input sekolah sahaja

3. Perpustakaan Terdapat perpustakaan awam.Kesan:Ini membolehkan pelajar membuat rujukan tambahan dan tempat belajar yang selesa

Tidak ada perpustakaan awam.Kesan:Hanya bergantung kepada bahan rujukan perpustakaan sekolah. Oleh kerana saiz sekolah kecil, maka bahan rujukan adalah terhad.

Page 34: Topik 6 ketaksamaan peluangpndidikan

Ciri-ciri Sekolah Yang Mempengaruhi Pencapaian Akademik

• Terdapat beberapa ciri sekolah yang boleh mempengaruhi pencapaian akademik pelajar.

• Tiga daripada ciri-ciri tersebut, ialah budaya sekolah, jangkaan guru, dan keberkesanan sekolah.

Page 35: Topik 6 ketaksamaan peluangpndidikan

A) Budaya Sekolah

• Mengikut kebiasaan, budaya sekolah merujuk kepada persekitaran keseluruhan pelajar itu di sekolah.

• Persekitaran yang menggalakkan dan menyokong dikatakan mempunyai kesan positif terhadap proses pengajaran dan pembelajaran.

• Mengikut Colin Marsh (2000), budaya sekolah sering berubah dan tidak statik.

Page 36: Topik 6 ketaksamaan peluangpndidikan

Ciri-ciri Positif Sekolah

Aspek Ciri Positif 1. Keadaan fizikal sekolah yang baik

a. Bilik darjah yang mencukupi dan tiada kelas terapung membolehkan pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar

b. Kemudahan untuk aktiviti rekreasi, contohnya padang, dan jimnasium mengurangkan tekanan pembelajaran di kalangan pelajar

2. Aspek sosial yang menghasilkan seorang insan yang baik dan berguna

Sekolah menganjurkan projek gotong royong, dan kem kaunseling untuk memupuk nilai murni, dan Hari Kantin bertujuan mengutip derma untuk pelajar miskin serta memberi pelajar mencari pengalaman berniaga

3. Budaya ilmu yang positif

a. Pengetahuan dan kemahiran yang diperoleh semasa di sekolah membantu pelajar memilih kerjaya masa depan

b. Pengetahuan yang dipelajari itu membantu pelajar membentuk personaliti dengan kreativiti sendiri

4. Menguasai bahasa a. Pelajar yang dapat menguasai bahasa dengan baik boleh mengambil bahagian dalam bahas, pidato, dan lain-lain

b. Penguasaan bahasa yang baik memberi keyakinan kepada pelajar untuk berinteraksi dengan orang lain.

Page 37: Topik 6 ketaksamaan peluangpndidikan

(B) Jangkaan Guru

• Jangkaan guru merujuk kepada kepercayaan guru terhadap pencapaian pelajarnya dalam aktiviti pembelajaran.

• Jangkaan ini terbentuk hasil daripada penelitian data pencapaian akademik yang lepas, pemerhatian perlakuan pelajar serta interaksi guru dengan pelajar.

• Jangkaan ini membantu guru memotivasi pelajarnya ke arah pencapaian akademik yang lebih tinggi.

• Guru selalunya menyampaikan jangkaan ini melalui mimik muka, gaya dan tingkahlaku personal.

Page 38: Topik 6 ketaksamaan peluangpndidikan

Hubungan Antara Jangkaan Guru Dengan Pencapaian Akademik Pelajarnya

1. Jangkaan guru yang tinggi terhadap kemampuan pelajar bertujuan untuk:

• Meningkatkan usaha pembelajaran;• Mempunyai keyakinan dalam penglibatan diri semasa

aktiviti pembelajaran;• Menghasilkan tugasan yang baik; dan• Selalu bersedia untuk menerima pembelajaran yang baru.

Contoh: membaca topik dahulu sebelum pengajaran dilaksanakan, dan menyediakan soalan yang berkaitan untuk bertanya dalam kelas.

• Kesan: Pencapaian akademik pelajar meningkat.

Page 39: Topik 6 ketaksamaan peluangpndidikan

2. Jangkaan guru yang rendah terhadap pencapaian pelajar menyebabkan pelajar: :

• Malas untuk mencuba;• Mengamalkan sikap mencari jalan yang paling senang

semasa melengkapkan tugasan;• Kurang memberi tumpuan kepada guru; dan • Kurang terdorong untuk melibatkan diri dalam aktiviti

pembelajaran di bilik darjah seperti bertanya dan menjawab soalan.

• Kesan: Pencapaian akademik pelajar mula merosot.

Page 40: Topik 6 ketaksamaan peluangpndidikan

Ciri-ciri Sekolah Berkesan

• Secara am, sekolah berkesan menawarkan peluang pembelajaran yang sama kepada pelajar tanpa mengira ras, status sosio-ekonomi atau jantina.

• Selain daripada itu, sekolah berkesan juga memastikan bahawa semua pelajar dapat belajar dalam keadaan yang kondusif.

Page 41: Topik 6 ketaksamaan peluangpndidikan

• Mortimore (Sharifah:2000) mentakrifkan sekolah berkesan sebagai sekolah yang menolong pelajar berkembang lebih daripada jangkaan berdasarkan latar belakang keluarganya.

• Beliau menambah bahawa sebuah sekolah adalah berkesan sekiranya ia dapat:

• Mendorong pelajar untuk mencapai matlamat yang lebih tinggi dengan mengambil kira kebolehan sebenar dan latar belakangnya.

• Memastikan setiap pelajar boleh memaksimumkan potensinya.• Meningkatkan pencapaian dan perkembangan pelajar dalam semua

aspek.• Sentiasa menunjukkan peningkatan setiap tahun.

Page 42: Topik 6 ketaksamaan peluangpndidikan

Perhubungan Antara Ciri-ciri Sekolah Berkesan Dengan Pencapaian Akademik Pelajar

Ciri-ciri Sekolah Berkesan Pencapaian Akademik Pelajar

1. Pengurusan yang berkesan, dinamik, proaktif, dan mesra dengan klien;

2. Peraturan sekolah yang jelas;3. Guru berterampilan dalam bidang masing-

masing dan mesra dengan klien;4. Kemudahan dan infrastruktur fizikal yang

mencukupi;5. Persekitaran sekolah yang ceria;6. Jangkaan yang tinggi terhadap pelajar dan

guru;7. Kepimpinan yang kukuh; 8. Semua ahli mempunyai komitmen untuk

mencapai kejayaan;9. Kerjasama rakan sejawat dan kerja

berpasukan.

1. Pelajar berasa selamat dan selesa belajar dalam iklim sekolah;

2. Pelajar bermotivasi untuk mengikuti pelajaran;3. Tumpuan murid terhadap pengajaran menjadi

lebih berfokus;4. Disiplin pelajar terkawal;5. Aktiviti pengajaran dan pembelajaran dilakukan

dalam suasana yang menyeronokkan;6. Keperluan pelajar dapat dipenuhi;7. Persaingan yang sihat di kalangan pelajar

dapat meningkatkan tahap pencapaian akademik;

8. Hubungan yang mesra antara murid dan antara guru dengan murid menyebabkan persekitaran sosio-emosi yang boleh merangsang pembelajaran.

Page 43: Topik 6 ketaksamaan peluangpndidikan

Rujukan:

• Ebel, Robert L. & Fribie David A. (1991). Essentials of educational measurement. Englewood Cliffs. New Jersey: Prentice Hall.

• Gay, L. R. (1985). Educational evaluation and measurement: Competencies for analysis and application. 2nd Edition. Columbus, Ohio: Charles E. Merrill Publishing Co. a Bell and Howell Company.

• Kementerian Pendidikan Malaysia (2001). Penilaian kendalian sekolah. Kuala Lumpur: Pusat Perkembangan

Kurikulum , Kementerian Pendidikan Malaysia. • Mok, S.S. (2002). Ilmu pendidikan untuk KPLI (Kursus Perguruan Lepasan Ijazah) Semester 1 & 2. Edisi

kedua. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman. • Sprinthall, R.C. (1994). Basic statiscal analysis. 4th Edition. Needham Heights, Massachusetts: Allyn & Bacon • Wiersma, W. & Jurs, S.G. (1990). Educational measurement and testing. 2nd Edition. Needham Heights,

Massachusetts: Allyn & Bacon.

Page 44: Topik 6 ketaksamaan peluangpndidikan

• Burden, P.R. & Byrd, D.M. (1994). Methods for effective teaching. Boston: Allyn Bacon.

• Chavez,C. (2003). Combating social inequalities through Education. • http://WWW.collegetermpapers.com

• Gredler, M.E. (2001). Learning and instruction. Theory into practice. 4th Edition. New Jersey: Merrill Prentice Hall.

• Gronlund, N.E. & Linn,R.L. (1990). Measurement and Evaluation in Teaching. New York: Macmillan Publishing Co.

• Hopkins,C.D & Antes,R.L.(1990). Classroom Measurement and Evaluation. Itasca: Peacock Publishers,Inc. • Jones, K. (1995). Simulations. A handbook for teachers and trainers. London: Kogan Page.

• Kementerian Pendidikan Malaysia (2003). Education studies module 1/2.Kuala Lumpur: Bahagian Pendidikan Guru

• Kementerian Pelajaran Malaysia (1975), Kajian Keciciran, Kuala Lumpur: Kementerian Pelajaran Malaysia

Page 45: Topik 6 ketaksamaan peluangpndidikan

• Mehrens, W.A & Lehmann,I.J.(1984). Measurement and Evaluation in Education and Psychology. Forth Worth:Holt, Rinehart and Winston,Inc.

• Ministry of Education (2002). Education resource book for lecturers. Teacher Education Division. • Marimuthu,T. (1990). Pengenalan kepada sosiologi pendidikan.Petaling Jaya: Fajar Bakti Sdn. Bhd.

• Linn R. L. & Gronlund, N. E. (1995). Measurement and assessment in teaching. Englewood Cliffs, New Jersey: Prentice Hall.

• Sharifah Alwiah Alsagoff.(1984). Falsafah pendidikan. Petaling Jaya: Fajar Bakti Sdn. Bhd. • Sharifah Md. Nor (2000). Keberkesanan sekolah-satu perspektif sosiologi.Serdang: Penerbit Universiti Putra

Malaysia

• Universiti Putra Malaysia (2000). Sosiologi pendidikan.Serdang: Fakluti Pengajian Pendidikan.