3.1 kemahiran membuat rujukan

41
KEMAHIRAN MEMBUAT RUJUKAN GP 1092 WACANA PENULISAN

Upload: lady30s

Post on 18-Feb-2017

738 views

Category:

Education


21 download

TRANSCRIPT

Page 1: 3.1 kemahiran membuat rujukan

KEMAHIRAN MEMBUAT RUJUKAN

GP 1092WACANA PENULISAN

Page 2: 3.1 kemahiran membuat rujukan

Perkara yang akan dibincangkan

Sistem Rujukan American Psychological

Association (APA)

Peraturan Menulis Rujukan

Autoriti Dan Kredibiliti Sumber Maklumat

Aplikasi Kemahiran Membuat Rujukan

Page 3: 3.1 kemahiran membuat rujukan

Sistem Rujukan American

Psychological Association

(APA)

Page 4: 3.1 kemahiran membuat rujukan

Sistem Rujukan American Psychologikal Association (APA) 6th Edition

• Gaya APA dibangunkan oleh para sarjana dalam Persatuan Psikologi Amerika.

• Gaya ini amat sesuai bagi penulisan akademik dalam bidang psikologi.

• Gaya APA juga banyak digunakan di dalam penulisan akademik dan laporan penyelidikan pendidikan.

Page 5: 3.1 kemahiran membuat rujukan

Peraturan dan aplikasi menulis rujukan dalam teks

1.Rujukan yang dimasukkan dalam teks, mengikut gaya APA ada pelbagai cara;1. Meletakkan tahun terbitan dalam kurungan

selepas nama pengarang yang dirujuk. Contohnya:

“Menurut Khan (1999), pembelajaran berasaskan laman web telah berjaya meningkatkan pencapaian dan minat para pelajar di dalam pembelajaran mereka”

Page 6: 3.1 kemahiran membuat rujukan

Rujukan dalam teks2. Jika nama pengarang tidak perlu ditulis

dalam ayat, maka tuliskan nama dan tahun dalam kurungan. Contoh:

“Pembelajaran berasaskan laman web telah berjaya meningkatkan pencapaian dan minat para pelajar di dalam pembelajaran mereka (Khan, 1999)”

Page 7: 3.1 kemahiran membuat rujukan

Rujukan dalam teks3. Sekiranya bahan sumber yang dirujuk dihasilkan oleh

dua pengarang, tuliskan nama kedua-dua pengarang. Contohnya:

“Collins dan Stevens (1993) telah mencadangkan model pengajaran inkuiri bagi membolehkan pelajar membina teori sendiri berdasarkan peraturan-peraturan yang telah dipelajari”

Page 8: 3.1 kemahiran membuat rujukan

Rujukan dalam teks4. Bagi tiga pengarang atau lebih, tuliskan et.al selepas

nama pengarang pertama. Contohnya:

“Mereka yang tergolong dalam kumpulan Field Independence dapat menyelesaikan masalah baru dengan usaha gigih sendiri, mempunyai kemahiran untuk menganalisis dan lebih berminat untuk bekerja sendiri (Witkin et.al, 1977)”

Page 9: 3.1 kemahiran membuat rujukan

Rujukan dalam teks5. Gunakan huruf kecil (a,b,c), untuk mengenal pasti dua

atau lebih penerbitan bagi pengarang yang sama dan dikeluarkan pada tahun yang sama. Contoh:

“Contoh perisian yang mengunakan bahasa pengaturcaraan kekangan ialah ILOG Solver (Puget dan Albert, 1994a)”

“Pengunaan objek amat meluas, terutama dalam pengaturcaraan kepintaran buatan (Puget dan Albert, 1994b)”

Page 10: 3.1 kemahiran membuat rujukan

Rujukan dalam teks5. Gunakan huruf kecil (a,b,c), untuk mengenal pasti dua

atau lebih penerbitan bagi pengarang yang sama dan dikeluarkan pada tahun yang sama. Contoh:

“Contoh perisian yang mengunakan bahasa pengaturcaraan kekangan ialah ILOG Solver (Puget dan Albert, 1994a)”

“Pengunaan objek amat meluas, terutama dalam pengaturcaraan kepintaran buatan (Puget dan Albert, 1994b)”

Page 11: 3.1 kemahiran membuat rujukan

2.Suntingan daripada teks (sedutan kata / parafrasa) Parafrasa merupakan salah satu cara

meminjam gagasan/idea dari sebuah sumber tanpa menjadi palagiat.

Parafrasa merupakan cara mengekspresikan apa yang telah ditulis dan dikatakan oleh orang lain dengan menggunakan kata-kata yang berbeza agar membuatnya lebih mudah untuk difahami (Oxford Advanced Leaner’s Dictionary).

Page 12: 3.1 kemahiran membuat rujukan

Suntingan daripada teks (sedutan kata / parafrasa) Seorang penulis akademik harus

berkemamampuan untuk menulis semula idea atau gagasan orang lain dengan kata-katanya sendiri dan ditampilkan dalam bentuk yang baru.

Page 13: 3.1 kemahiran membuat rujukan

Parafrasa Seorang penulis akademik harus

berkemampuan untuk menulis semula idea atau gagasan orang lain dengan kata-katanya sendiri dan ditampilkan dalam bentuk yang baharu.

Parafrasa adalah lebih baik dibandingkan dengan menyalin semula dari sebuah paragraf atau tulisan secara keseluruhannya.

Page 14: 3.1 kemahiran membuat rujukan

ParafrasaContoh :• Ayat asal : Komputer mampu membawa

orang ke tempat-tempat yang belum pernah mereka kunjungi sebelumnya, termasuk ke permukaan planet lain.

• Parafrasa: Melalui komputer, orang dapat pergi ke tempat yang belum pernah mereka kenal. (Krisnawati, 2000).

Page 15: 3.1 kemahiran membuat rujukan

1. Bagi pengarang barat dimulai dengan nama keluarga. Nama selainnya hendaklah menggunakan nama parap (huruf-huruf pertama). Contoh:

John Alan Kennedy ditulis Kennedy, J.A.

Robeto Christano Ronaldo ditulis

Ronaldo, R.C.

Peraturan & Aplikasi menulis nama pengarang di dalam Bibliografi/Rujukan

Page 16: 3.1 kemahiran membuat rujukan

CATATAN:2. Nama pengarang Arab hendaklah ditulis mengikut nama

keluarga. Contoh: Abu Bakar ibn Mansor al-Tabrani ditulis sebagai al-Tabrani3. Nama pengarang melayu ditulis dengan lengkap tanpa

memasukkan bin atau binti dan gelaran. Nama warisan dimasukkan. Contoh:

Dato’ Dr. Abu Bakar bin Saleh ditulis sebagai Abu Bakar Saleh Raja Sulaiman Ahmad ditulis sebagai Raja Sulaiman Ahmad4. Nama pengarang berbangsa cina ditulis nama keluarga diikuti

huruf pertama untuk nama seterusnya. Contoh: Wong Chee Meng ditulis sebagai Wong, C. M.

Lawrance Yap Ah Chai ditulis sebagai Yap, L.A. C.5. Nama pengarang berbangsa India atau Shikh ditulis nama

penuh dan tidak dimasukkan a/p atau a/l. Contoh: Nadarajan a/l Muthusamy ditulis sebagai Nadarajan

MuthusamyPretam Singh ditulis sebagai Pritam Singh

Peraturan & Aplikasi menulis nama pengarang di dalam Bibliografi/Rujukan

Page 17: 3.1 kemahiran membuat rujukan

Bibliografi Bibliografi merupakan senarai sumber-sumber yang dirujuk dalam

menyediakan sesuatu tugasan. Ia perlu diletakkan selepas teks induk dan cara penulisannya perlulah konsisten dan mengikut standard seperti

berikut:

a. Entri hendaklah disusun mengikut abjad nama pengarang dan tidak dinomborkan. Sekiranya tanpa pengarang perlulah disusun mengikut entri judul.

b. Entri juga hendaklah disusun secara selang sebaris di antara item dan selang dua baris bagi entri yang seterusnya.

c. Setiap entri bermula di tepi margin kiri dengan baris kedua di “kedalamkan” (indent) lima jalur.

Page 18: 3.1 kemahiran membuat rujukan

Menulis Sumber Rujukan/Bibliografi1. Bukua. Seorang penulisNama Pengarang. (tahun). Tajuk buku (Edisi). Tempat

terbit: PenerbitAbu Bakar Nordin. (1986). Asas penilaian pendidikan

(Ed. ke-2). Kuala Lumpur: Heineman (M) Sdn. Bhd.

Page 19: 3.1 kemahiran membuat rujukan

1. Bukub. Dua orang penulisAlessi, S.M. & Trollip, S.R. (1991). Computer-based

instruction: methods and development. New Jersey: Prentice Hall.

c. Lebih dua orang penulisDriver, R., Squires, A., Rushworth, P. & Wood, R.V.

(1994). Making sense of secondary science: research into children’s ideas. New York: Routhledge.

Page 20: 3.1 kemahiran membuat rujukan

2. Jurnal.

Nama Pengarang. (Tahun). Tajuk kertas. Nama Jurnal,

Edisi/Volum, Nombor muka surat

a. Pengarang Tunggal. Contoh:

Iskandar Zakaria. (2005). Keberkesanan Perisian

Multimedia Bestari kepada pelajar Pendidikan

Khas. Jurnal Pendidikan, 12(2), 152-163.

Page 21: 3.1 kemahiran membuat rujukan

2. Jurnal. Nama Pengarang. (Tahun). Tajuk kertas. Nama Jurnal,

Edisi/Volum, Nombor muka suratPengarang lebih seorang. Contoh:Whyte, M., Karolick, D. & Taylor, M.D. (1995). Cognitive

style and their impact on curriculum development. Educational Communications and Technology, 11(10), 783-799.

Page 22: 3.1 kemahiran membuat rujukan

3. Makalah Nama Pengarang (Tahun). Tajuk makalah. Nama

Makalah: Nombor muka suratContoh:Azlin Norhani Mansor (2004). Amalan

pengurusan pengetua: Satu kajian kes. Prosiding Seminar Nasional Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan ke-1: 255-265.

Page 23: 3.1 kemahiran membuat rujukan

4. MajalahNama Pengarang (Tahun). Tajuk. Nama Majalah,

Bulan Terbit, Nombor muka suratContoh:Rusdina Abdul Rahim. (1993). Ke arah

pengkomputeran pengajaran bahasa: Cereka atau fakta. Majalah Dewan, Jan, 16-30.

Page 24: 3.1 kemahiran membuat rujukan

5. AkhbarNama Pengarang. (Tahun, Tarikh). Tajuk artikal. Nama

Akhbar, Nombor muka surat.Contoh:Ahmad Tajul Ansar Ibrahim. (2008, 3 Jun). Ancaman

terbaru pengguna komputer Virus Neraka. Harian Metro, ms. 1.

Page 25: 3.1 kemahiran membuat rujukan

5. AkhbarNama Pengarang (Tahun). Tajuk. Nama Akhbar

Tarikh: Nombor muka surat.Contoh:Ahmad Tajul Ansar Ibrahim (2008). Ancaman

terbaru pengguna komputer Virus Neraka. Harian Metro 3 Jun: 1.

Page 26: 3.1 kemahiran membuat rujukan

6. Badan korporat/swastaNama badan korporat (Tahun). Judul

artikel. Tempat terbit: PenerbitContoh:Commitee of Bank Rakyat (2010). Bank

Rakyat finance. Kuala Lumpur: DBP

Page 27: 3.1 kemahiran membuat rujukan

7. Badan Berkanun/Institusi/kerajaanNama institusi (Tahun). Judul artikel. Tempat

terbit: PenerbitContoh:Kementerian Pelajaran Malaysia (2010).

Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah: Spesifikasi kurikulum tahun 6. Kuala Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum

Page 28: 3.1 kemahiran membuat rujukan

8. Akhbar dalam TalianNama pengarang. (Tarikh penerbitan). Judul artikel.

Judul Akhbar. Retrieved tarikh bahan diakses, from URL.

Contoh:Feller, B. (2005, May 6). GM, Ford get “junk” rating. The

Detroit News Online. Retrieved May 6, 2005,from.http://www.detnews.com/2005/autosider/0505/ 06/A01-173553.htm

Page 29: 3.1 kemahiran membuat rujukan

9. Sumber Jurnal InternetNama pengarang (Tarikh penerbitan). Judul artikel. Judul

Jurnal, Jilid, [Online]. [Retrieved Tarikh bahan diakses], from URL.

Contoh:Summervillle, J. (1999). Role of awareness of cognitive style

in hypermedia. International Journal of Educational Technology. [Online], [Diakses: 15 Ogos 2005]. Boleh didapati: http://www.outreach.uiuc.edu/ijet/v1n1/summerville/.

Page 30: 3.1 kemahiran membuat rujukan

Autoriti dan kredibiliti sumber maklumat Apakah kepentingan menilai sumber maklumat Bagaimana untuk menyemak autoriti dan kreadibiliti sumber

maklumat?

Tidak semua maklumat yang diperolehi daripada

buku, jurnal, artikal, akhbar, sumber atas talian

dan sebagainya sesuai digunakan di dalam penulisan akademik.

Kenapa?

Page 31: 3.1 kemahiran membuat rujukan

KEPENTINGAN MENILAI SUMBER MAKLUMAT

1.Maklumat pada masa ini adalah terlampau banyak dan mudah diperolehi terutamanya

dengan adanya lebuhraya maklumat

2.Maklumat-maklumat ini perlu dipilih, diproses dan dinilai sebelum ia dapat dimanfaatkan dengan sepenuhnya oleh

pengguna.

Page 32: 3.1 kemahiran membuat rujukan

KEPENTINGAN MENILAI SUMBER MAKLUMAT

4.Maklumat pada masa ini adalah terlampau banyak dan mudah diperolehi terutamanya

dengan adanya lebuhraya maklumat

3.Proses menentukan sama ada sesuatu maklumat yang diperolehi berguna atau

tidak.

Page 33: 3.1 kemahiran membuat rujukan

KEPENTINGAN MENILAI SUMBER MAKLUMAT

5.Maklumat yang tidak tepat akan memberikan gambaran yang salah kepada penulis dan orang

ramai yang membaca tulisannya.

6. Maklumat yang bias akan memberi keuntungan kepada satu pihak dan memberi impak yang

negetif kepada satu pihak yang lain.

Page 34: 3.1 kemahiran membuat rujukan

KRITERIA MENILAI MAKLUMAT

Autoriti

( Authority )

Ketepatan Maklumat

Saksama ( Impartiality

)

Nilai Semasa

( Currency )

Lengkap dan Jelas

( Coverage )

Page 35: 3.1 kemahiran membuat rujukan

1. Autoriti ( Authority ) Sumber maklumat daripada pihak yang berkuasa

atau bertanggungjawab dan pengarang ( author ) yang mempunyai autoriti dalam bidang yang berkenaan

Contohnya kalau Profesor Ungku Aziz menerbitkan sebuah buku yang berkaitan dengan isu-isu ekonomi negara. Maka pendapat dan cadangannya akan diterima oleh kebanyakan pihak kerana ini adalah bidang beliau.

Page 36: 3.1 kemahiran membuat rujukan

2. Ketepatan Maklumat Maklumat yang tepat adalah maklumat yang

bebas daripada sebarang kekurangan atau kesilapan

Sebagai contoh, data perangkaan atau statistik yang diperolehi adalah berdasarkan dapatan kajian atau penyelidikan yang telah dijalankan.

Page 37: 3.1 kemahiran membuat rujukan

3. Saksama ( Impartiality ) Maklumat-maklumat hendaklah dapat memenuhi

objektif pengguna Maklumat yang tidak mempunyai sifat ‘ bias atau

ada kepentingan diri. Contohnya untuk melariskan jualan, mempromosi barangan dan sebagainya.

Page 38: 3.1 kemahiran membuat rujukan

4. Nilai Semasa ( Currency ) Maklumat- maklumat yang kemaskini

( up to date ) Maklumat yang semakin lama ( dari tempoh

perolehan ) , maka keesahan dan kebolehpercayanya semakin rendah

Sebagai contoh data penduduk Malaysia tahun 2013 adalah lebih tepat berbanding data tahun 2009

Page 39: 3.1 kemahiran membuat rujukan

5. Lengkap dan Jelas ( Coverage ) Maklumat-maklumat hendaklah memberi satu

gambaran yang jelas dan lengkap mengenai sesuatu perkara.

Mestilah meliputi semua bidang yang berkaitan. Maklumat-maklumat tersebut hendaklah sentiasa

konsisten

Page 40: 3.1 kemahiran membuat rujukan

Ciri-ciri maklumat yang baik

1. Tepat ( Accurate ) 2. Cepat ( Timeless )/terkini3. Lengkap ( Completeness ) dan

tersusun4. Ringkas ( Conciseness ) dan

padat5. Berkaitan ( Relevancy ) /

bertepatan dengan kehendak pengguna

Page 41: 3.1 kemahiran membuat rujukan

TAMAT

Sekian Terima Kasih