topik 3 media pengajaran - alpai. · pdf filemedia pengajaran topik 3 30 oum peta minda topik...

20
MEDIA PENGAJARAN TOPIK 3 OUM 29 TOPIK 3 MEDIA PENGAJARAN PENGENALAN Bidang teknologi pengajaran tercetus daripada pergerakan audio visual yang kemudiannya dikenali sebagai media pengajaran. Oleh itu, adalah tidak keterlaluan jika dikatakan media pengajaran menjadi pengasas kepada penubuhan bidang teknologi pendidikan. Hingga kini, media pengajaran masih menjadi salah satu domain utama dalam bidang ini. Dalam topik ini, perbincangan akan dimulakan dengan konsep media dan media pengajaran, diikuti dengan pengkelasan, fungsi, pemilihan dan penyediaan media pengajaran. Perbincangan ini diharapkan dapat memberi gambaran yang umum, tetapi jelas tentang media pengajaran yang biasanya disamakan pengertiannya dengan teknologi pengajaran. OBJEKTIF Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. menghuraikan konsep media dan media pengajaran; 2. merumuskan fungsi media pengajaran; 3. menghuraikan pengkelasan media pengajaran; 4. menghuraikan faktor dan cara pemilihan media pengajaran; dan 5. menghuraikan langkah penyediaan media pengajaran.

Upload: lethuy

Post on 27-Feb-2018

270 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: TOPIK 3 MEDIA PENGAJARAN - alpai. · PDF fileMEDIA PENGAJARAN TOPIK 3 30 OUM PETA MINDA TOPIK 3.1 KONSEP MEDIA DAN MEDIA PENGAJARAN Media atau medium bermakna saluran komunikasi. Istilah

MEDIA PENGAJARANTOPIK 3

OUM 29

TOPIK 3 MEDIA PENGAJARAN

PENGENALAN

Bidang teknologi pengajaran tercetus daripada pergerakan audio visual yang kemudiannyadikenali sebagai media pengajaran. Oleh itu, adalah tidak keterlaluan jika dikatakan mediapengajaran menjadi pengasas kepada penubuhan bidang teknologi pendidikan. Hingga kini,media pengajaran masih menjadi salah satu domain utama dalam bidang ini.

Dalam topik ini, perbincangan akan dimulakan dengan konsep media dan media pengajaran,diikuti dengan pengkelasan, fungsi, pemilihan dan penyediaan media pengajaran.Perbincangan ini diharapkan dapat memberi gambaran yang umum, tetapi jelas tentangmedia pengajaran yang biasanya disamakan pengertiannya dengan teknologi pengajaran.

OBJEKTIF

Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:

1. menghuraikan konsep media dan media pengajaran;

2. merumuskan fungsi media pengajaran;

3. menghuraikan pengkelasan media pengajaran;

4. menghuraikan faktor dan cara pemilihan media pengajaran; dan

5. menghuraikan langkah penyediaan media pengajaran.

Page 2: TOPIK 3 MEDIA PENGAJARAN - alpai. · PDF fileMEDIA PENGAJARAN TOPIK 3 30 OUM PETA MINDA TOPIK 3.1 KONSEP MEDIA DAN MEDIA PENGAJARAN Media atau medium bermakna saluran komunikasi. Istilah

MEDIA PENGAJARAN TOPIK 3

30 OUM

PETA MINDA TOPIK

3.1 KONSEP MEDIA DAN MEDIA PENGAJARAN

Media atau medium bermakna saluran komunikasi. Istilah ini berasal daripada perkataanLatin yang bermaksud perantara. Berdasarkan maksud asal media, ia merujuk kepada apasahaja yang membawa maklumat daripada penyampai kepada penerima. Contoh mediatermasuklah filem, televisyen, radio, rakaman audio, gambar foto, bahan bercetak, komputerdan pengajar. Bagi Heinich et al. (2002), media digunakan untuk membantu proseskomunikasi.

Namun, media masih mempunyai pelbagai makna. Percival dan Elington (1984) membahagimedia kepada dua:

• Pelbagai Alatan Fizikal Teknologi PendidikanIni termasuklah perkataan bercetak, filem, pita, piring hitam, slaid dan kombinasi diantaranya.

Media Pengajaran

Faktor Pelajar

Faktor Objektif

Faktor Kadeah

Faktor Praktikal

TOPIK 3:MEDIA PENGAJARAN

Konsep Media dan Media Pengajaran

Fungsi Media Pengajaran dalam Pengajaran

Kelebihan Media PengajaranFungsi Media

Pengajaran

Pemilihan Media Pengajaran

Pengkelasan Media Pengajaran

Penyediaan Media Pengajaran

Page 3: TOPIK 3 MEDIA PENGAJARAN - alpai. · PDF fileMEDIA PENGAJARAN TOPIK 3 30 OUM PETA MINDA TOPIK 3.1 KONSEP MEDIA DAN MEDIA PENGAJARAN Media atau medium bermakna saluran komunikasi. Istilah

MEDIA PENGAJARANTOPIK 3

OUM 31

• Pelbagai Saluran Komunikasi MassaIni termasuklah surat khabar, radio dan televisyen.

Reiser dan Gagne (1983), pula mendefinisikan media sebagai sebarang cara fizikal yangmembolehkan mesej pengajaran disampaikan. Oleh yang demikian, guru atau pengajar,bahan bercetak, persembahan slaid bersuara dan apa sahaja yang boleh menyampaikanmesej digolongkan sebagai media.

Jika diperincikan istilah di atas, gambaran sebuah media bagaikan sama seperti saluran paip.Yang menjadi fokus adalah peralatan yang membawa mesej. Konsep ini seolah-olahmengenepikan peranan mesej itu sendiri. Sedangkan, yang menggerak dan memberi kesankepada manusia adalah mesej. Justeru, konsep ini boleh dianggap kurang lengkap. Konsepyang dikemukakan oleh Torkelson (1972) adalah amat menarik. Beliau membahagikan mediakepada tiga bahagian, iaitu mesej, bentuk mesej dan saluran mesej. (Sila rujuk Rajah 3.1).

Rajah 3.1 : Konsep media menurut Torkelson

(a) Mesej adalah isi kandungani, iaitu apa sahaja yang terkandung dalam media itu samaada mesej yang berbentuk memberitahu, menaikkan semangat dan lain-lain adalahdikira sebagai mesej.

(b) Bentuk Mesej pula adalah berkaitan bagaimana mesej itu disimpan. Ia terangkum dalamsatu ruang yang luas, bermula dengan bentuk bahan sebenar hingga ke bentuk yangabstrak. Mesej boleh disimpan dalam bentuk perkataan, lisan, gambar, objek, simbol,dll.

(c) Saluran Mesej pula adalah peralatan fizikal sama ada yang berbentuk elektrikal ataumekanikal yang membolehkan mesej dipersembahkan kepada pelajar. Misalnya,televisyen, projektor filem, dll.

Saluran Mesej

Bentuk Mesej

Mesej

Apakah jenis media yang akan anda gunakan untuk mengajar:

(a) Sains mengenai rupa atom;

(b) Matematik mengenai set, subset dan tindanan:

(c) Perbezaan lagu-lagu klasik Timur; dan

(d) Contoh binatang-binatang terancam di Malaysia?

Page 4: TOPIK 3 MEDIA PENGAJARAN - alpai. · PDF fileMEDIA PENGAJARAN TOPIK 3 30 OUM PETA MINDA TOPIK 3.1 KONSEP MEDIA DAN MEDIA PENGAJARAN Media atau medium bermakna saluran komunikasi. Istilah

MEDIA PENGAJARAN TOPIK 3

32 OUM

3.1.1 Media Pengajaran

Apakah media pengajaran? Menurut Heinich et al. (2002), jika media itu membawa mesejtentang pengajaran, maka media digelar sebagai media pengajaran. Kemp dan Smellie (1994),pula mendefinisikan media pengajaran sebagai audio visual dan bahan-bahan yang berkaitandengannya yang berfungsi dalam perlaksanaan sesuatu pengajaran. Terdapat definisi mediapengajaran yang kelihatan lebih kemas daripada di atas. Definisi ini berbunyi:

Media pengajaran adalah segala sesuatu yang dapat digunakan untukmenyalurkan pesanan daripada pengirim kepada penerima sehingga dapatmerangsang fikiran, perasaan, perhatian, minat serta perhatian pelajar danseterusnya terjadinya proses pembelajaran.

Definisi ini jelas menunjukkan penggunaan media adalah untuk memberi kesan kepadapembelajaran. Namun, makna pembelajaran di sini adalah pembelajaran secara am, yangtidak dibataskan kepada pembelajaran di sekolah sahaja.

Dari sudut penggunaan media pengajaran, Ngui Kuan Sang (1989), berpandangan bahawaia adalah satu pengalaman yang melibatkan penggunaan penglihatan dan/atau pendengaranseseorang serta teknik-teknik pengajaran, termasuk juga proses pengalaman, persediaandan perasaan. Ini bermakna ia adalah satu proses pengalaman yang total.

Pandangan ini membuka skop media pengajaran dengan luas kerana ia tidak menekankanaspek alat sahaja tetapi juga teknik dan seluruh proses pembelajaran itu. Namun, penekanankepada aspek pendengaran dan penglihatan sahaja tidak memadai kerana manusia belajarmelalui seluruh pancainderanya.

Walau apapun, semua definisi di atas jelas menekankan media pengajaran sebagai satuelemen yang amat penting dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P). Ia merupakanpenghubung antara pelajar dan guru, antara pelajar dengan pelajar dan setiap orang yangterlibat dalam proses P&P. Penjelasan ini mungkin dapat menukarkan pandangan bahawamedia pengajaran itu sama dengan alat bantu mengajar (ABM).

Istilah ABM telah lama dibubarkan (sejak tahun 60an) kerana istilah ini memberi kurangperhatian kepada:

• pelajar;

• pengembangan pembelajaran; dan

• aspek penilaian.

Istilah ini juga tidak lagi bertepatan dengan arus pendidikan semasa yang semakin terbukadan terdedah dengan pelbagai pilihan. Pendidikan masa ini tidak bergantung hanya kepadaalat semata-mata. Pendidikan sekarang juga tidak memerlukan kehadiran guru setiap masa.Justeru konotasi “membantu guru” semakin kurang diterima.

Page 5: TOPIK 3 MEDIA PENGAJARAN - alpai. · PDF fileMEDIA PENGAJARAN TOPIK 3 30 OUM PETA MINDA TOPIK 3.1 KONSEP MEDIA DAN MEDIA PENGAJARAN Media atau medium bermakna saluran komunikasi. Istilah

MEDIA PENGAJARANTOPIK 3

OUM 33

Buat carta yang menunjukkan definisi media dan media pengajaran.

3.2 FUNGSI MEDIA PENGAJARAN (MP)

Berhubung dengan dunia pendidikan yang semakin demokratik, fungsi media pengajaran(MP) turut berubah dan berkembang. Bahagian ini akan memaparkan fungsi MP dalam prosespengajaran dan pembelajaran, sama ada semasa kehadiran guru mahupun tidak.

3.2.1 Kelebihan MP

Untuk memulakan perbincangan, mari kita tinjau kelebihan yang ada pada MP yang sungguhfleksibel dan dapat memenuhi kehendak P&P.

(a) Memperjelaskan Penyampaian MesejKita selalu beranggapan, perkataan sudah memadai untuk menyatakan sesuatu mesej.Seringkali, kepercayaan itu menyebabkan kita menghadapi pelbagai masalahkomunikasi.

Justeru, adalah lebih berkesan jika perkataan disertakan dengan gambar atau simbol yanglebih konkrit maknanya. Misalnya, untuk menyatakan besar, tunjukkan objek atau gambaryang menunjukkan saiz besar yang dimaksudkan. Dengan media, segala simbol, verbalyang abstrak, dapat diperjelaskan dan ini memudahkan pelajar memahami pelajaran. Dalamera teknologi komputer dan maklumat ini, penjelasan dengan lebih berkesan dan menarikseperti penggunaan animasi, bunyi dan muzik dapat dilakukan.

(b) Mengatasi Batasan Ruang, Waktu dan PancainderaAntara contoh berkaitan dengan mengatasi batasan ruang, waktu dan pancaindera:(i) Objek yang terlalu besar atau kecil boleh digantikan dengan model, gambar,

transparensi, filem atau video.(ii) Gerak yang terlalu lambat atau terlalu cepat dapat dibantu dengan timelapse atau

high-speed photography.(iii) Kejadian yang berlaku pada masa lalu dapat ditampilkan dalam bentuk filem, gambar

foto mahupun secara lisan.(iv) Objek yang terlalu kompleks (misalnya mesin) dapat ditunjukkan dalam bentuk

model, gambar rajah, dll.(v) Konsep yang terlalu luas atau abstrak dapat divisualkan.

Page 6: TOPIK 3 MEDIA PENGAJARAN - alpai. · PDF fileMEDIA PENGAJARAN TOPIK 3 30 OUM PETA MINDA TOPIK 3.1 KONSEP MEDIA DAN MEDIA PENGAJARAN Media atau medium bermakna saluran komunikasi. Istilah

MEDIA PENGAJARAN TOPIK 3

34 OUM

3.2.2 Fungsi MP dalam Pengajaran

Dengan kelebihan yang ada pada media ini, ia mampu berfungsi dalam pelbagai cara,bersesuaian dengan keperluan dan perkembangan pengajaran masa ini. Berikut dihuraikanbagaimana media berfungsi dalam pelbagai bentuk pengajaran.

(a) Pengajaran Bersama PengajarIni adalah penggunaan media yang paling biasa di mana ia membantu pengajarmelaksanakan pengajarannya secara langsung (live). Keberkesanan media dalamkonteks ini bergantung kepada bagaimana pengajar itu menggunakan media tersebut,tidak kira sama ada media itu dipilih daripada sesuatu koleksi atau disediakan olehbeliau sendiri.

(b) Pengajaran Tanpa Bergantung Kepada PengajarMedia boleh digunakan secara berkesan tanpa kehadiran pengajar, sama ada keranapengajar tidak ada atau sedang membantu pelajar lain. Ini tidak bermakna pelajar belajartanpa panduan. Pelajar dibimbing oleh pereka media tersebut (seperti mana penulismembimbing anda mempelajari modul ini) dan pengajaran jenis ini dikenali sebagaipengajaran kendiri.

Media yang digunakan dalam situasi ini biasanya dipakej dengan sempurna, iaitumenerangkan dengan jelas tentang tujuan, objektif, cara mengguna dan menilaipencapaian sendiri. Pengajaran seperti ini tidak berhasrat untuk menggantikan tugasguru. Sebaliknya, dengan cara ini guru boleh menjadi pengurus yang lebih cekap dankreatif, tidak hanya sebagai penyampai maklumat semata-mata.

(c) Penggunaan Media Pengajaran Secara Betul dan BervariasiPenggunaan media pengajaran secara betul dan bervariasi dapat mengatasi sikap pasifpelajar kerana ia menimbulkan minat, meningkatkan interaksi dan kefahaman pelajartentang realiti. Pelajar juga boleh belajar sendirian, menurut kemampuan dan keselesaanmasing-masing.

(d) Pengalaman dan Persepsi yang SamaWalaupun kurikulum dan bahan pengajaran ditentukan sama bagi setiap pelajar, sifatunik yang ada pada setiap pelajar, ditambah dengan persekitaran yang berbezamembuatkan guru mengalami kesulitan. Keadaan ini dapat diatasi dengan mediapengajaran kerana kemampuannya dalam memberikan rangsangan pengalaman danpersepsi yang sama. Misalnya, sebuah perisian kursus boleh digunakan berulang kalioleh pelajar tanpa merosakkan kandungan asal. Belajar secara berulang kali inimembantu pelajar membentuk persepsi yang sama dan tepat tentang sesuatu konsepatau prinsip.

Latihan 3.1

Dengan rigkas, nyatakan kelebihan menggunakan media dalampengajaran

Page 7: TOPIK 3 MEDIA PENGAJARAN - alpai. · PDF fileMEDIA PENGAJARAN TOPIK 3 30 OUM PETA MINDA TOPIK 3.1 KONSEP MEDIA DAN MEDIA PENGAJARAN Media atau medium bermakna saluran komunikasi. Istilah

MEDIA PENGAJARANTOPIK 3

OUM 35

Apakah masalah yang mungkin timbul akibat penggunaan media dalambentuk

(a) pengajaran bersama pengajar; dan

(b) pengajaran tanpa pengajar?

(c) Folio BermediaFolio adalah koleksi kerja pelajar yang menunjukkan perkembangan sesuatu peristiwadan proses dalam satu tempoh waktu. Folio biasanya merangkumi artifaks seperti bukubergambar, persembahan video atau audio yang dibuat sendiri oleh pelajar.

Penghasilan folio membina kebolehan pelajar untuk memahami, merumus danmembentang hasil fikiran mereka. Pembelajaran seperti ini dikenali juga sebagaipembelajaran “dengan” media (learning with media) yang didapati berupaya memupukpemikiran kreatif di kalangan pelajar. Ini adalah kerana pelajar sendiri berfungsi sebagaipereka media. Untuk itu, mereka perlu menganalisis, mendapatkan dan mentafsirmaklumat, menyusun maklumat yang ada, dan menyampaikan maklumat itu kepadaorang lain.

Kajian terhadap pembelajaran jenis ini menghasilkan pelajar yang menitikberatkan soalketepatan, bertanggungjawab terhadap maklumat yang dikemukakan, berupaya untukakses pelbagai sumber maklumat dan mempunyai komitmen yang sangat tinggi terhadaptugas.

(d) Pengajaran Tematik (Thematic)Pengajaran jenis ini berfokus kepada sesuatu tajuk yang dipilih atau ditentukan olehguru. Ia bermula dengan “perkongsian pengalaman” yang diperolehi mungkin daripadatayangan video, lawatan ke muzium atau mendengar ceramah. Kemudian, diikuti dengan“perkongsian kepakaran” di mana pelajar secara bekerjasama mengumpulkan data danmaklumat, menganalisis data tersebut dan akhirnya menggariskan kesimpulan. Suatulaporan dikeluarkan dan dibentangkan untuk dikongsi oleh semua murid di dalam kelas.Tema yang biasa dilaksanakan adalah seperti sejarah sukan Olimpik, sejarah tempatan,industri tempatan dan sebagainya.

(e) Pendidikan Jarak Jauh (PJJ)Pendidikan jarak jauh (PJJ) bukan suatu yang asing lagi bagi pelajar di Malaysia. Ia kiniberkembang luas dan menjadi tapak bagi menyediakan peluang belajar pelbagai bidangilmu kepada semua orang.

Media yang digunakan merangkumi media cetak dan elektronik. Telekonferensimembolehkan pelajar dari pelbagai tempat bertemu dan berbincang secara maya.Ruangan berbual, papan buletin dan listserv turut menyokong komunikasi pembelajaranjenis ini.

(f) Pendidikan bagi Pelajar IstimewaMedia memainkan peranan yang besar di kalangan pelajar yang kurang upaya. Pelajarpekak misalnya memerlukan bahan pembelajaran yang berbeza daripada pelajar normal.Teknologi masa kini telah menyediakan peralatan yang bersesuaian dengan merekayang kurang berupaya/kecacatan.

Page 8: TOPIK 3 MEDIA PENGAJARAN - alpai. · PDF fileMEDIA PENGAJARAN TOPIK 3 30 OUM PETA MINDA TOPIK 3.1 KONSEP MEDIA DAN MEDIA PENGAJARAN Media atau medium bermakna saluran komunikasi. Istilah

MEDIA PENGAJARAN TOPIK 3

36 OUM

3.3 PENGKELASAN MEDIA PENGAJARAN

Terdapat pelbagai klasifikasi media yang diasaskan kepada sesuatu teori tertentu. Namun,untuk tujuan perbincangan di sini, hanya sebahagian kecil sahaja yang akan disentuh.

Klasifikasi media yang pertama dihasilkan oleh Hoban dan Zissman (1937). Ia berasaskankepada kepercayaan bahawa nilai sesuatu bahan pandang dengar (istilah yang digunakanpada masa itu) terletak pada tahap realismenya. Semakin realistik sesuatu bahan, semakintinggilah nilainya kepada pembelajaran. Dalam membangunkan konsep ini, para penyelidiktersebut menyusun pelbagai kaedah pengajaran dalam hierarki realismenya – bermuladaripada konkrit (situasi sebenar) kepada abstrak (perkataan). Rajah 3.2 menunjukkankedudukan media berbanding pengalaman yang diberikan.

Rajah 3.2: Model Hoban dan Zissman

Bagi pelajar pintar, yang juga terangkum dalam kumpulan pelajar istimewa, merekadisediakan dengan bahan-bahan tambahan yang membolehkan mereka memupukkepintaran yang ada seperti menerokai sesuatu tajuk dan mempersembahkan dapatankepada kelas.

Untuk menguji kefahaman anda, sila selesaikan latihan berikut.

Media Pengalaman

PerkataanGambar Rajah

PetaGambar/Lukisan

Filem/VideoModel 3D

Objek/RealiaUjikaji/DemonstrasiKomputer (Simulasi)

Situasi sebenar

Abstrak

Konkrit

Latihan 3.2

Lengkapkan jadual yang menunjukkan perbezaan antara konsepteknologi pengajaran dengan media pengajaran.

Teknologi Pengajaran Media Pengajaran

Page 9: TOPIK 3 MEDIA PENGAJARAN - alpai. · PDF fileMEDIA PENGAJARAN TOPIK 3 30 OUM PETA MINDA TOPIK 3.1 KONSEP MEDIA DAN MEDIA PENGAJARAN Media atau medium bermakna saluran komunikasi. Istilah

MEDIA PENGAJARANTOPIK 3

OUM 37

Edgar Dale (1946), mengambil pendekatan yang sama dengan Hoban dalam membina “KonPengalaman Dale” (sila lihat Rajah 3.3). Dalam kon ini, pengalaman konkrit dimulakandengan pelajar sendiri melibatkan diri dalam suatu pengalaman yang sebenar. Pengalamankonkrit ini semakin berkurangan apabila peranan pelajar sebagai pemerhati kepada peristiwasebenar berkurangan. Peristiwa sebenar dalam bentuk salinan seperti rakaman video.Akhirnya, pengalaman abstrak dialami apabila pelajar mentafsir simbol visual dan lisan yangmewakili peristiwa tersebut.

Menurut Dale, pelajar boleh memanfaatkan aktiviti pembelajaran yang abstrak asalkan merekatelah mempunyai banyak maklumat konkrit yang boleh digunakan bagi mentafsir konsepyang abstrak tersebut.

Kon ini dianggap satu model yang praktikal bagi menganalisis ciri-ciri media pengajaran danbagaimana ia boleh dimanfaatkan.

Rajah 3.3: Kon pengalaman Dale

Berdasarkan kon yang sama, Brunner (1966), membahagikannya kepada 3 pengalaman,iaitu pengalaman enaktif, pengalaman ikonik dan pengalaman simbolik atau digital(lihat Rajah 3.4). Beliau mencadangkan penyampaian pelajaran bermula daripada pengalamanenaktif (pengalaman secara langsung atau sebenar) ke pengalaman ikonik (melalui visual)dan seterusnya kepada pengalaman simbolik atau digital (melalui perkataan). Kebijaksanaanguru menyusun bahan-bahan pengajaran akan menentukan kejayaan atau penguasaanpelajar terhadap sesuatu pelajaran. Prinsip penyusunan ini sama dengan yang disarankanoleh Dale.

Simbol/verbal

Simbol visual

Rakaman audio/videogambar kaku

Gambar Bergerak

Bahan Pameran

Lawatan

Tunjuk cara

Pengalaman melalui lakonan atau drama

Pengalaman tiruan

Pengalaman sebenar

Persimbolan

Pemerhatian

Penglibatan

Konkrit

Abstrak

Page 10: TOPIK 3 MEDIA PENGAJARAN - alpai. · PDF fileMEDIA PENGAJARAN TOPIK 3 30 OUM PETA MINDA TOPIK 3.1 KONSEP MEDIA DAN MEDIA PENGAJARAN Media atau medium bermakna saluran komunikasi. Istilah

MEDIA PENGAJARAN TOPIK 3

38 OUM

Jika dibandingkan dengan Hoban et al. dan Dale, klasifikasi media yang dilakukan oleh Gagnedan Briggs agak berbeza. Mereka mengumpulkan media dalam enam kategori berdasarkanrangsangan fizikal yang dihasilkan oleh setiap media. Enam kategori tersebut ialah:

• perkataan yang diucapkan;

• bunyi selain daripada perkataan yang diucapkan;

• perkataan bercetak;

• gambar pegun;

• gambar bergerak; dan

• sampel sebenar.

Daripada sifat fizikal ini, ia dikaitkan dengan peralatan yang memiliki ciri-ciri ini. Misalnya, gambarpegun boleh disampaikan melalui slaid, filem, video, CD dan sebagainya. Bagi Gagne danBriggs (1974), mengenali ciri ini adalah lebih penting dalam membuat pemilihan media, daripadaterus kepada menentukan peralatan dan bahan. Misalnya, jika pembelajaran itu memerlukanpelajar mengenal pasti ciri-ciri serangga, maka ciri fizikal media yang terbabit adalah gambarpegun, perkataan yang diucapkan, bunyi dan mungkin juga sampel sebenar. Terdapat pelbagaiperkakasan yang memiliki ciri-ciri gambar pegun, perkataan yang diucapkan dan bunyi sepertivideo, slaid berpita, televisyen, CD-ROM dan sebagainya. Mana-mana satu daripadanya dapatmelaksanakan objektif yang sama. Oleh itu, keputusan perlu diambil untuk memilih satu ataulebih media ini menurut kemampuan masing-masing. Andainya kos menjadi batasan, slaidberpita mungkin menjadi pilihan terbaik.

Terdapat satu pengkelasan yang juga berdasarkan ciri-ciri fizikal media. Pengkelasan inimembahagikan media kepada 8 jenis, seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 3.1.

Rajah 3.4: Kon pengalaman Dale menurut tafsiran Brunner

Simbol/verbal

Simbol visual

Rakaman audio/videogambar kaku

Gambar Bergerak

Bahan Pameran

Lawatan

Tunjuk cara

Pengalaman melalui lakonan atau drama

Pengalaman tiruan

Pengalaman sebenar

Abstrak

Ikonik

Enaktif

Page 11: TOPIK 3 MEDIA PENGAJARAN - alpai. · PDF fileMEDIA PENGAJARAN TOPIK 3 30 OUM PETA MINDA TOPIK 3.1 KONSEP MEDIA DAN MEDIA PENGAJARAN Media atau medium bermakna saluran komunikasi. Istilah

MEDIA PENGAJARANTOPIK 3

OUM 39

Jadual 3.1: Pengkelasan Media

Bil. Jenis Media Contoh1. Media Tayang Kaku transparensi, slaid dan mikrofilem2. Media Tayang Bergerak pita video, cakera padat digital dan filem3. Bahan Grafik lukisan, poster, kartun, carta dan graf4. Gambar Kaku gambar foto, kad imbasan dan poskad5. Bahan Pameran Tiga-Dimensi model, boneka, diorama dan pupet6. Papan Pameran papan kapur, papan putih, papan flanel dan papan buletin7. Media Audio pita kaset, cakera padat dan komputer8. Media Cetak modul, buku teks, surat khabar, majalah dan risalah

3.4 PEMILIHAN MEDIA PENGAJARAN (MP)

Seperti yang telah dibincangkan dalam Topik 2, pemilihan media merupakan satu perkarayang amat penting dalam memastikan pembelajaran berkesan. Dalam topik ini, pemilihanmedia akan berfokuskan kepada pemilihan format atau bentuk media. Ini bermakna,pendekatan yang akan diambil oleh anda adalah untuk menghasilkan sendiri mediapengajaran.

Biasanya kita menganggap pelajar yang tidak belajar itu malas atau bodoh, tetapi sebenarnyamereka tidak dapat belajar kerana media yang digunakan tidak sesuai dengan kandunganpelajaran serta gaya pembelajaran mereka. Misalnya, istilah yang abstrak seperti ‘ion’ dan‘molekul’ sukar dibayangkan, jika hanya diucapkan secara lisan. Akan tetapi, untuk terusberada di bilik darjah, pelajar terpaksa menghafal dan menelan apa yang diberikan tanpamengambil kira sama ada mereka benar-benar memahami konsep ini. Mereka mungkinberjaya dalam ujian, tetapi gagal dalam pengertian.

Oleh kerana itu, pemilihan MP diumpamakan sebagai memilih kasut. Kasut yang muat dikaki sedap dipakai. Kasut yang terbesar atau terkecil, walaupun cantik dan murah tidakdibeli kerana ia tidak selesa dan tidak mudah diubahsuai. Pendek kata, kita hanya membelikasut yang benar-benar padan dengan kaki kita.

Menyentuh soal “padan”, dalam konteks pengajaran, ia bermakna media pengajaran yangdigunakan itu mestilah bertepatan dengan kehendak objektif pengajaran. Prinsip pemilihanMP menyatakan:

Sesuatu media pengajaran dipilih berasaskan potensinya melaksanakan objektifpembelajaran dengan berkesan.

Latihan 3.3

Nyatakan secara ringkas jenis-jenis media pengajaran mengikutpengkelasan.

Page 12: TOPIK 3 MEDIA PENGAJARAN - alpai. · PDF fileMEDIA PENGAJARAN TOPIK 3 30 OUM PETA MINDA TOPIK 3.1 KONSEP MEDIA DAN MEDIA PENGAJARAN Media atau medium bermakna saluran komunikasi. Istilah

MEDIA PENGAJARAN TOPIK 3

40 OUM

Selain daripada faktor utama yang disebutkan di atas, terdapat juga faktor lain yangmempengaruhi pemilihan media. Berikut disertakan carta (sila lihat Rajah 3.6) yangmenunjukkan faktor yang terlibat dalam pemilihan media.

Rajah 3.6: Faktor yang mempengaruhi pemilihan dan penggunaan media pengajaran

Ini bermaksud, kita perlu mengenal pasti objektif sebelum memulakan proses pemilihan sepertimana yang telah dibincangkan dalam model ASSURE.

Seperkara lagi, pemilihan juga perlu mengambil kira keseimbangan antara soal kepentinganmedia itu dan keberkesanan kos. Rajah 3.5 mengilustrasikan aspek ini.

Rajah 3.5: Prinsip pemilihan media

Keberkesanan KosKepentingan

Isi pelajaran dan tahap pencapaian yang

dikehendaki

Pemilihan

Penggunaan media

Penggunaan

Perwatakanpelajar

Objektifpembelajaran

Sikap dan kemahiran guru

Kekangan dalampelaksanaan

Populasi sasaran

Pengajaran, ruang dan kemudahan

Page 13: TOPIK 3 MEDIA PENGAJARAN - alpai. · PDF fileMEDIA PENGAJARAN TOPIK 3 30 OUM PETA MINDA TOPIK 3.1 KONSEP MEDIA DAN MEDIA PENGAJARAN Media atau medium bermakna saluran komunikasi. Istilah

MEDIA PENGAJARANTOPIK 3

OUM 41

Berdasarkan carta di atas, faktor asas dalam pemilihan media ialah isi pelajaran, objektif,kaedah dan pelajar. Faktor yang lain merupakan faktor sampingan yang boleh digolongkandi bawah satu label, iaitu praktikal. Dalam modul ini perincian akan diberikan kepada faktorasas, iaitu:

• objektif;

• pelajar;

• kaedah; dan

• praktikal.

3.4.1 Faktor Objektif

Terdapat beberapa panduan untuk memilih media berasaskan objektif.

(a) Kajian telah menunjukkan terdapat hubungan antara MP dengan objektif pembelajaran.Sebahagiannya dapat dilihat daripada Jadual 3.2.

Jadual 3.2: Hubungan antara Media Pengajaran dengan Objektif Pembelajaran

Untuk mengetahui secara lanjut tentang taksonomi ini, anda perlu membacabuku “ The Conditions of Learning” oleh Gagne.

Jenis-jenis Objektif Pembelajaran

Media Belajar Belajar Belajar Belajar Menjalankan Membentuk

Pengajaran Maklumat Mengenal Prinsip dan Peraturan Kemahiran SikapFaktual Pasti Visual Konsep Motor

Gambar Sederhana Tinggi Sederhana Sederhana Rendah RendahPegunFilem Sederhana Tinggi Tinggi Tinggi Sederhana Sederhana

bergerakTelevisyen Sederhana Sederhana Tinggi Sederhana Rendah SederhanaObjek 3-D Rendah Tinggi Rendah Rendah Rendah RendahRakaman Sederhana Rendah Rendah Sederhana Rendah Sederhana

videoPenerangan Sederhana Sederhana Sederhana Tinggi Rendah SederhanaDemonstrasi Rendah Sederhana Rendah Tinggi Rendah SederhanaBahan cetak Sederhana Rendah Sederhana Sederhana Sederhana SederhanaPengajaran Sederhana Rendah Sederhana Sederhana Rendah Sederhana

lisan

Page 14: TOPIK 3 MEDIA PENGAJARAN - alpai. · PDF fileMEDIA PENGAJARAN TOPIK 3 30 OUM PETA MINDA TOPIK 3.1 KONSEP MEDIA DAN MEDIA PENGAJARAN Media atau medium bermakna saluran komunikasi. Istilah

MEDIA PENGAJARAN TOPIK 3

42 OUM

(b) Kon Pengalaman Dale juga boleh digunakan untuk membuat pemilihan mediaberasaskan objektif. Satu peraturan umum ditetapkan untuk pemilihan cara ini, iaitu:

“Go as low on the scale as you need to, in order to ensure learning for yourgroup, but go as high as you can for most efficient learning.”

Apakah pengertian pernyataan ini? Jika kita ingin memastikan pembelajaran terjadidengan sempurna, media yang patut dipilih adalah daripada kumpulan di tapak kon.Pendekatan ini dikatakan sebagai “Slow but sure”. Ia sesuai bagi mencapai objektifyang kandungannya amat sedikit diketahui atau dialami oleh pelajar. Ertinya, pelajarasing dengan persoalan objektif tersebut. Misalnya, bagi guru pelatih yang tidak adapengalaman mengajar, objektifnya ialah supaya mereka dapat menghayati perananguru, maka latihan mengajar adalah kaedah dan media yang paling sesuai untuk mereka.Melalui latihan ini, guru berdepan dengan suasana pengajaran yang sebenar. Akantetapi, cara ini mahal dan prosesnya agak lama.

Pendekatan yang kedua dikatakan sebagai Fast but risky. Ertinya, pembelajaran yangdirancang memanglah lebih cepat dan murah tetapi ada risikonya kerana penggunaansimbol verbal dan visual mungkin akan mengelirukan pelajar yang tidak mahir mentafsirsimbol-simbol tersebut. Pendekatan ini sesuai diambil jika pengetahuan asas atau sediaada telah dikuasai secara konkrit oleh pelajar.

(c) Sifat fizikal media terdiri daripada enam ciri fizikal, iaitu:

• visual;

• perkataan bercetak;

• bunyi dan suara;

• pergerakan;

Rajah 3.7: Padanan antara media pengajaran dengan objektif

Bagi menunjukan perkaitan antara MP dan objektif, lihat Rajah 3.7 berikut.

Kemahiranmotor

Kemahiranmental

Kemahiranlisan Sikap

MediaPengajaran

Alatan mudahalih

Perkakasanlatihan

MediaPengajaran

CartaFilemOHP

Slaid/pitaKit latihan

video

MediaPengajaran

CartaFilem jalur

FilemOHP

Alatan mudah alihSlaid/pitaKit latihan

video

MediaPengajaran

FilemSlaid/pita

Video

Page 15: TOPIK 3 MEDIA PENGAJARAN - alpai. · PDF fileMEDIA PENGAJARAN TOPIK 3 30 OUM PETA MINDA TOPIK 3.1 KONSEP MEDIA DAN MEDIA PENGAJARAN Media atau medium bermakna saluran komunikasi. Istilah

MEDIA PENGAJARANTOPIK 3

OUM 43

3.4.2 Faktor Pelajar

Mengetahui ciri-ciri pelajar merupakan satu lagi aspek utama dalam pemilihan MP. Denganmengetahui siapa pelajar kita, kita dapat pastikan media yang terbaik bagi mereka,memandangkan keberkesanan media berbeza-beza menurut ciri pelajar.

Model ASSURE menunjukkan bahawa terdapat tiga aspek utama dalam analisis ini, iaitu ciri-ciri umum, keperluan khusus dan stail pembelajaran.

(a) Daripada sudut ciri-ciri umum, khususnya umur, penyelidik mendapati pelajar dewasalebih berupaya mengendalikan pelbagai jenis pembelajaran. Mereka memerlukanpanduan yang kurang berbanding pelajar yang muda.

Untuk mencapai objektif kognitif, media abstrak adalah lebih sesuai untuk pelajar dewasaberbanding pelajar muda. Bagi sikap pula, media konkrit adalah penting bagi kedua-dua peringkat umur. Wager mencadangkan kanak-kanak didedahkan kepada ucapandaripada seseorang yang mereka pandang tinggi kerana sikap terbentuk apabilamendengar kenyataan daripada orang yang disegani.

(b) Bagi keperluan khusus, visual didapati membantu pelajar yang kurang cekap membaca.Bagaimanapun, gambar foto membantu golongan yang cekap dan kurang cekapmembaca. Pelajar yang kurang cekap membaca juga didapati lebih menggemari arahanyang berbentuk rakaman audio.

(c) Stail pembelajaran turut menyebabkan cara seseorang belajar berbeza dan ini sekaligus memerlukan sesuatu yang sesuai dengannya. Pelajar kinestatik didapati belajardengan lebih berkesan melalui kit pembelajaran yang terdiri daripada model dan latihanyang bersifat fizikal. Ini berlainan pula dengan pelajar audio yang lebih suka mendengardan bercakap. Pelajar visual pula lebih suka melukis dan melakar buah fikiran mereka.Jadual 3.3 menunjukkan hubungan antara stail belajar dengan cara belajar yang sesuai.

Ini bermakna, guru harus berusaha meneliti stail yang ada di kalangan pelajar mereka. Iatidak bertujuan untuk menonjolkan mana-mana stail, kerana setiap stail tidak lebih atau kurangdaripada yang lain. Apa yang penting, stail ini disesuaikan dengan pendekatan pengajaran.Justeru, dalam pengajaran digalakkan menggunakan pendekatan yang pelbagai untukmemenuhi keperluan yang pelbagai juga.

Ini bermakna, guru harus berusaha meneliti stail yang ada di kalangan pelajar mereka. Iatidak bertujuan untuk menonjolkan mana-mana stail kerana setiap stail tidak lebih atau kurangdaripada yang lain. Apa yang penting, stail ini disesuaikan dengan pendekatan pengajaran.Justeru itu, dalam pengajaran digalakkan menggunakan pendekatan yang dipelbagaikanuntuk memenuhi keperluan yang pelbagai juga.

Katakan objektif anda ialah, “Pelajar dapat menyenaraikan tiga sumberelektrik.” Apakah ciri media yang sesuai? Daripada ciri ini, guru dapatmenentukan penyalur yang sesuai lagi mampu diadakan.

• warna; dan

• bahan sebenar

Page 16: TOPIK 3 MEDIA PENGAJARAN - alpai. · PDF fileMEDIA PENGAJARAN TOPIK 3 30 OUM PETA MINDA TOPIK 3.1 KONSEP MEDIA DAN MEDIA PENGAJARAN Media atau medium bermakna saluran komunikasi. Istilah

MEDIA PENGAJARAN TOPIK 3

44 OUM

Jadual 3.3: Stail Pembelajaran – Cara Mengenalpasti dan Tip Pembelajaran

Sumber: Middlesex Community College, Adaptasi daripada Tutor Trainer’s Manual, TylerJunior College, Tyler, TX.

Pelajar visual biasanya:• Perlu melihat apa yang sedang dipelajari

untuk memahaminya.• Sangat peka terhadap warna.• Berbakat seni (keupayaan artistik).• Menghadapi masalah dengan arahan lisan.• Berkemungkinan bertindak balas secara

berlebihan terhadap bunyi.• Menghadapi masalah menyukai syarahan.• Kerap salah tafsir makna perkataan.

Pelajar auditori biasanya:• Lebih gemar mendapatkan maklumat

dengan cara mendengar.• Perlu dengar untuk memahami.• Menghadapi masalah mengikuti arahan

bertulis.• Kesusahan dalam membaca.• Bermasalah dalam menulis.• Tidak berupaya membaca bahasa gerak

badan dan mimik muka.

Pelajar kinestatik biasanya:• Lebih suka “hands-on” (membuat aktiviti).• Boleh mencantum bahagian-bahagian

alatan tanpa membaca panduan.• Susah duduk diam.• Belajar dengan lebih baik jika ada

penglibatan pergerakan fizikal.• Mungkin ada koordinasi badan yang baik

dan kemahiran atletik.

Cara Mengenalpasti

Pelajar visual patut:• Guna grafik untuk membuat pengukuhan;

filem, slaid, ilustrasi, gambar rajah dancontengan.

• Gunakan kod warna untuk menyusun notadan bahan-bahan persendirian.

• Minta arahan bertulis.• Guna carta alir dan rajah untuk mencatat

nota.• Gambarkan perkataan atau fakta yang ingin

dihafal.

Pelajar auditori patut:• Guna alat perakam untuk membaca dan

mengikuti kelas dan syarahan.• Belajar dengan membuat temu bual atau

aktif dalam perbincangan.• Soalan peperiksaan dan arahan dibaca

secara lisan atau guna perakam.

Pelajar kinestatik patut:• Menggunakan cara pembelajaran

“experiential” (buat model, jalankan kerjamakmal dan lakonan).

• Rehat dengan kerap semasa pembelajaran.• Tekap huruf dan perkataan semasa belajar

ejaan dan menghafal fakta.• Guna komputer untuk pengukuhan jenis

sensori.• Menghafal atau melatih dengan berjalan

dan membuat jasmani.• Kebolehan diluahkan melalui tarian, drama

atau gimnastik.

Tip Pembelajaran

Apakah stail pembelajaran anda? Adakah cara anda belajar sama sepertiyang disenaraikan? Jika tidak, cuba berlatih dan lihat kesannya.

Page 17: TOPIK 3 MEDIA PENGAJARAN - alpai. · PDF fileMEDIA PENGAJARAN TOPIK 3 30 OUM PETA MINDA TOPIK 3.1 KONSEP MEDIA DAN MEDIA PENGAJARAN Media atau medium bermakna saluran komunikasi. Istilah

MEDIA PENGAJARANTOPIK 3

OUM 45

3.4.3 Faktor Kaedah

Elton (1977), telah membahagikan kesemua pengajaran dan pembelajaran kepada tigakumpulan yang besar, iaitu:

• Pengajaran Beramai-ramai.

• Pengajaran Kendiri.

• Pembelajaran Berkumpulan.

Berdasarkan tiga kumpulan ini, beliau menggariskan kaedah dan media yang sesuaidigunakan. Jadual 3.4 menunjukkan pekara ini.

Jadual 3.4: Tiga Kelas Kaedah Pengajaran

Jika jadual di atas diperhatikan dengan teliti, pasti anda dapat melihat perbezaan media yangdigunakan untuk setiap kumpulan.

3.4.4 Faktor Praktikal

Faktor praktikal berkaitan dengan isu dan sama ada pilihan ini dapat dilaksanakan. Terdapatbeberapa persoalan yang perlu dijawab, iaitu:

• Adakah MP mudah diperoleh?

• Jika mudah diperoleh, adakah mudah digunakan?

• Jika tidak mudah diperoleh, berapa kos dan masa yang diperlukan?

• Adakah pihak pentadbir meluluskannya?

Persoalan sama ada MP mudah atau murah adalah persoalan yang relatif. Jawapan kepadapersoalan ini sangat bergantung kepada individu berkenaan. Daripada konteks realiti, setiapindividu mesti sanggup menghadapi kesusahan dan berikhtiar mengatasinya. Semangat iniharus ada di jiwa setiap guru. Andainya susah sedikit sudah mengalah, maka sukarlah untukkita membangunkan pelajar yang cemerlang dan berdaya saing.

Kaedah Pengajaran

Pengajaran Beramai-ramai

Pengajaran Kendiri

Pembelajaran Berkumpulan

Contoh

Kuliah konvensional, pelajaranekspositori, siaran TV danradio, kabel TV dan filem.

Pembelajaran jarak jauh,pembelajaran berbantukankomputer, mediated self-instruction.

Tutorial, seminar, latihanberkumpulan, projek,permainan dan simulasi, self-help groups.

Peranan Guru

Penyampai tradisional,pengawal proses pengajaran.

Penerbit dan pengurus sumberpembelajaran, tutor danfasilitator.

Pengurus dan fasilitator.

Page 18: TOPIK 3 MEDIA PENGAJARAN - alpai. · PDF fileMEDIA PENGAJARAN TOPIK 3 30 OUM PETA MINDA TOPIK 3.1 KONSEP MEDIA DAN MEDIA PENGAJARAN Media atau medium bermakna saluran komunikasi. Istilah

MEDIA PENGAJARAN TOPIK 3

46 OUM

3.5 PENYEDIAAN MEDIA PENGAJARAN

Kunci kualiti sesuatu MP terletak pada perancangan yang rapi. Jika diteliti, proses penyediaanmedia hampir sama bagi semua jenis media. Yang membezakan adalah kemahiran teknikalyang diperlukan bagi sesuatu media tertentu. Justeru, disenaraikan langkah dalam prosespenyediaan atau penerbitan media.

(a) Cetuskan idea. Idea tercetus daripada pengalaman, pembacaan, pemerhatian dansebagainya. Yang penting, fikiran diajukan kepada usaha membantu pelajar danmengatasi masalah pembelajaran mereka.

(b) Nyatakan objektif. Tuliskan dengan jelas apakah yang kita inginkan pelajar kita dapatlakukan di akhir pengajaran nanti.

(c) Analisis pelajar dari segi:

• latar belakang;

• pengetahuan sedia ada;

• kadar pembelajaran;

• kemahiran asas;

• kebolehan bertutur;

• sikap; dan

• gaya belajar.

Analisis pelajar akan mempengaruhi:

• perkembangan pengajaran;

• kepantasan pengajaran;

• paras perbendaharaan kata; dan

• cara dan tahap penglibatan pelajar.

(d) Kumpul dan susun bahan• kenal pasti sumber dengan menjalankan kajian sama ada menerusi pembacaan

atau pergi terus ke lokasi berkenaan;

• buat sorotan menyeluruh tentang kandungan;

• susun isi-isi utama; dan

• buat satu sinopsis ringkas.

(e) Tukarkan idea ke dalam bentuk visual. Perkara ini akan dibincangkan denganmendalam dalam Topik 4.

(f) Rancangkan penglibatan pelajar. Penglibatan yang aktif akan meningkatkankeberkesanan pengajaran. Pelbagai cara boleh dilakukan seperti:

• memberikan soalan yang memerlukan jawapan segera, secara lisan atau bertulis;

• membuat kesimpulan atau menyatakan pandangan; dan

• membuat pemilihan, penilaian atau perkara yang berkaitan dengan membuatkeputusan.

Page 19: TOPIK 3 MEDIA PENGAJARAN - alpai. · PDF fileMEDIA PENGAJARAN TOPIK 3 30 OUM PETA MINDA TOPIK 3.1 KONSEP MEDIA DAN MEDIA PENGAJARAN Media atau medium bermakna saluran komunikasi. Istilah

MEDIA PENGAJARANTOPIK 3

OUM 47

RUMUSAN

Media Pengajaran yang baik akan membantu agar proses pengajaran dan pembelajaranberjalan lancar dan berkesan. Seorang pengajar seharusnya peka kepada faktor objektif,faktor pelajar, faktor kaedah dan faktor praktikal semasa membuat dan menyediakan mediapengajaran. Penyediaan media pengajaran haruslah melalui langkah-langkah seperti:

• pencetusan idea;

• menyatakan objektif;

• analisis pelajar;

• mengumpul dan menyusun bahan;

(g) Semak perancangan anda. Dalam semakan ini, beberapa soalan perlu diajukan, iaitu:

• Adakah ia membantu pencapaian objektif?

• Wujudkah kesinambungan, misalnya antara satu keping slaid atau transparensidengan yang lain?

• Adakah ia membawa pertambahan pengetahuan di kalangan pelajar?

• Adakah ia berfokus kepada idea utama?

• Adakah idea itu jelas?

• Adakah semua perkara yang tidak penting telah diketepikan?

• Adakah ia dapat menyampaikan maklumat dengan berkesan?

• Adakah tajuk jelas dan cukup pendek untuk dibaca semasa persembahan?

• Adakah aktiviti yang disediakan mencukupi?

(h) PenerbitanSetelah anda berpuas hati dengan perancangan yang dibuat, maka penerbitanmerupakan langkah yang seterusnya. Dalam konteks ini, aspek teknikal penting dikuasai.Oleh kerana limitasi ruang, modul ini tidak mampu untuk menunjukkan secara terperincipenghasilan setiap jenis media. Namun, dalam Topik 4 akan dibentangkan prinsip rekabentuk visual yang merupakan asas dalam penerbitan kebanyakan media pengajaran.

Lakarkan carta aliran penyediaan media pengajaran.

Sila cuba latihan berikut bagi menguji kefahaman anda.

Latihan 3.4

Jelaskan panduan untuk memilih media berasaskan objektif.

Page 20: TOPIK 3 MEDIA PENGAJARAN - alpai. · PDF fileMEDIA PENGAJARAN TOPIK 3 30 OUM PETA MINDA TOPIK 3.1 KONSEP MEDIA DAN MEDIA PENGAJARAN Media atau medium bermakna saluran komunikasi. Istilah

MEDIA PENGAJARAN TOPIK 3

48 OUM

• tukar idea ke bentuk visual;

• rancang penglibatan pelajar;

• semak perancangan; dan

• penerbitan.

Selepas penggunaan media pengajaran, haruslah dianalisis semula media tersebut, samaada ia berkesan atau tidak. Sekiranya masih kurang berkesan, maka perlulah disediakansemula media pengajaran tersebut. Aspek penilaian telah pun diterangkan dalam Bab 3.

GLOSARI

Media/Medium – Istilah ini bermaksud saluran komunikasi, merujuk kepada apasahaja yang membawa maklumat daripada penyampai kepadapenerima. Reiser dan Gagne (1983), mendefinisikannya sebagaisebarang cara fizikal yang membolehkan mesej pengajarandisampaikan.

Media Pengajaran – Kemp dan Smellie ((1994), mendefinisikan media pengajaransebagai audio visual dan bahan bahan yang berkaitandengannya yang berfungsi dalam pelaksanaan sesuatupengajaran.

UJIAN 1

Media digunakan untuk membantu proses komunikasi. Jelaskan.

UJIAN 2

Apakah masalah yang mungkin timbul akhibat penggunaan media dalam bentuk:

(a) pengajaran bersama pengajar

(b) pengajaran tanpa pengajar