topik 10 komunikas

Upload: assayuti

Post on 07-Apr-2018

242 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/3/2019 TOPIK 10 KOMUNIKAS

    1/6

    OUM 159

    TOPIK 10 KOMUNIKASI

    TOPIK 10 KOMUNIKASI

    PENGENALAN

    Dalam topik ini, kita akan mempelajari berkenaan salah satu komponen penting dalam

    perkembangan teknologi maklumat iaitu komunikasi. Terdapat 4 unsur penting yangperlu diketahui sebelum sebarang jenis komunikasi boleh berlaku. Unsur-unsur tersebutialah mesej, penghantar, penerima dan media. Dalam topik ini, kita akan mempelajari

    dengan lebih dekat setiap unsur asas tersebut.

    OBJEKTIF

    Di akhir topik ini anda seharusnya dapat:

    1. memahami 4 unsur asas untuk komunikasi;

    2. mengenalpasti komunikasi sebagai komponen penting teknologi maklumat; dan

    3. mengetahui tugas pengekod-penyahkod dalam sistem komunikasi.

    10.1 TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI

    Ada yang berpendapat bahawa perkembangan teknologi maklumat (IT) telahdiperluaskan dan kini disebut ICT, iaitu teknologi maklumat dan komunikasi. Ada takrifan

    lain yang mengatakan komponen IT ialah komputer, komunikasi dan juga tahu-guna(know-how). Jelas menunjukkan bahawa komunikasi adalah komponen penting dalamperkembangan teknologi maklumat. Antara perkembangan yang berkaitan denganperkembangan teknologi komunikasi ialah Internet, web, telekerja, telesidang, sidang

    video, telefon bimbit, komunikasi wayerles, satelit, TV interakif, 3G, e-dagang, dan

    banyak lagi yang kita akan dengar dan perhati perkembangannya. Perkembanganteknologi komunikasi juga membolehkan komputer dirangkaikan untuk kita berkongsi

    sumber dan maklumat. Apabila komputer telah dirangkaikan dan akhirnya membentuksuatu rangkaian komputer, perlu ada satu mekanisma, dan perlu ada satu protokol

    komunikasi untuk menghantar data dari satu komputer ke komputer lain; dari peranti

    input ke komputer lain; dari komputer lain ke peranti output lain ataupun dari perantiinput ke peranti output lain melalui komputer. Mekanisma penghantaran data ini akandibincangkan dalam tajuk komunikasi data dan kaedah komputer dirangkaikan akan

    dibincangkan dalam tajuk rangkaian komputer.

    Berikan pendapat anda terhadap pernyataan di bawah dari segi

    takrifannya:

    Ada takrifan lain yang mengatakan komponen IT ialah komputer,komunikasi dan juga tahu-guna (know-how).

  • 8/3/2019 TOPIK 10 KOMUNIKAS

    2/6

    160 OUM

    KOMUNIKASI TOPIK 10

    Komunikasi ialah proses penghantaran data atau maklumat dari seseorang atau peranti

    ke orang lain atau ke peranti lain.

    Secara umumnya,

    Data atau maklumat boleh dalam berbagai bentuk, termasuk teks, imej, audio, isyarat,

    video, grafik dan lain-lain. Kita selalu berkomunikasi. Komunikasi boleh berlaku antara

    manusia, antara komputer, antara komputer dan manusia, antara alat dan alat danbanyak lagi. Komunikasi tidak berlaku jika misalnya kedua-dua orang bercakap dalam

    masa yang sama dan tiada siapa yang mendengarnya. Contoh komunikasi harian ialahperbualan bersemuka, membaca buku, melihat keindahan alam ciptaanNya, membacaatau menerima surat, menonton TV, mendengar ceramah, dan tentunya mendengar

    kuliah. Rangkaian adalah satu mekanisma komunikasi.

    Ada empat unsur untuk sebarang jenis komunikasi berlaku. Unsur tersebut ialah mesej,

    penghantar, penerima dan media. Rajah 10.1 menunjukkan penghantar, penerima,mesej, dan media dalam satu komunikasi telefon.

    10.2 UNSUR PENTING KOMUNIKASI

    Manusia berkomunikasi dengan berbagai cara seperti pertuturan, bahasa

    isyarat dan sebagainya. Kemajuan teknologi maklumat membolehkanmanusia berkomunikasi dengan berbagai kaedah. Bolehkah andanyatakan kaedah-kaedah berkomunikasi melalui komputer?

    Rajah 10.1: Satu komunikasi melalui telefon

    10.2.1 Penghantar

    Penghantar adalah pemancar mesej atau tempat bermula mesej. Penghantar mungkinseorang manusia, satu aplikasi, satu mesin yang mempunyai kebolehan untukmencipta mesej atau jawapan tanpa sebarang bantuan manusia, pengguna sistem,

    penderia, pembaca kad pekerja atau peranti input lain.

  • 8/3/2019 TOPIK 10 KOMUNIKAS

    3/6

    OUM 161

    TOPIK 10 KOMUNIKASI

    10.2.3 Penerima

    Boleh terjadi ada mesej, media dan penghantar tetapi tiada penerima. Tanpa penerima,komunikasi tidak berlaku. Misalnya, kita seorang diri menjerit meminta tolong dalamhutan belantara; ada mesej, ada penghantar, ada media, tetapi tiada penerima; jadi

    tiada berlaku komunikasi. Penerima ialah sasaran mesej. Penerima mungkin komputer,terminal, pencetak, manusia, peranti kawalan jauh, dan pelbagai lagi. Dalam rangkaian

    komputer, penerima dan penghantar boleh berada dalam komputer yang samacontohnya penghantar dengan e-mel [email protected] menghantar e-mel kepada

    [email protected]; kedua-dua penghantar dan penerima berada dalam pelayan e-meloum.edu.my yang sama.

    10.2.4 Media

    Mesej dibawa dari penghantar ke penerima melalui media komunikasi. Media ialahsaluran atau kenderaan untuk membawa mesej. Contohnya, dalam komunikasi yang

    melibatkan dua orang berbual secara bersemuka, medianya ialah udara; dalamkomunikasi perbualan telefon pula, medianya mungkin talian telefon, mikrogelombang

    atau wayarles ataupun gabungan tersebut.

    10.2.2 Mesej

    Yang pasti, bila berkomunikasi, mesej diperlukan. Mesej wujud dalam berbagai format

    dan bentuk. Mesej boleh berbentuk fail, permintaan, sambutan, status, kawalan ataumel. Apabila kita menyuruh seseorang, mesej suruhan mungkin berbentuk suara, surat

    perintah (teks), kerlingan mata, atau gerak badan. Ada mesej panjang seperti leteran.Ada mesej pendek seperti perintah baca. Bila kita mencapai laman web, misalnya

    kita menaip alamat laman web www.oum. edu.my. Alamat laman web ialah mesej yangkita hantar kepada laman web yang berkenaan atau yang kita suruh perisian komputeruntuk mencari laman web tersebut. Jadi kita sebagai penghantar, komputer sebagai

    penerima, alamat laman web sebagai mesej, dan Internet sebagai media.

    Adakah dengan adanya mesej, penghantar dan media sudah cukup untuk

    komunikasi? Atau adakah perlu penerima dalam sesuatu komunikasi?

    Latihan 10.1

    Untuk mewujudkan komunikasi, kita perlukan beberapa keperluan.Antaranya ialah mesej. Bagaimana pula dengan keperluan yang lain?

  • 8/3/2019 TOPIK 10 KOMUNIKAS

    4/6

    162 OUM

    KOMUNIKASI TOPIK 10

    Mesej perlu diubah kepada bentuk yang sesuai supaya dapat melalui media dan diubah

    kembali kepada bentuk yang difahami oleh penerima. Dalam hal ini, pengekod danpenyahkod diperlukan. Pengekod tugasnya mengekod mesej penghantar untuk diubah

    kepada bentuk yang sesuai dengan media dan penyahkod menukarkan kembali mesej

    tersebut kepada bentuk yang difahami penerima faham. Rajah 10.2 menjelaskankedudukan pengekod dan penyahkod dalam sistem komunikasi.

    Fikirkan bagaimana mesej yang kita hantar dapat difahami oleh

    penerima?

    10.2.5 Pengekod-Penyahkod

    Rajah 10.2: Sistem komunikasi

    10.2.6 Pemahaman Mesej

    Walaupun keempat-empat unsur, iaitu penghantar, penerima, media dan mesej wujud,tetapi jika mesej tidak difahami, maka komunikasi yang setepatnya tidak berlaku. Dalamkomunikasi antara manusia, bahasa menjadi penghalang utama yang kadang kala

    memerlukan orang ketiga iaitu penterjemah. Dalam komunikasi antara komputer, kod

    perwakilan data ataupun maklumat akan menjadi halangan; lantaran itu terdapat kodpiawai untuk mewakili sesuatu data seperti ASCII, EBCDIC dan yang terkini ialah

    Unikod.

    10.2.7 Pengesan Ralat

    Dalam komunikasi antara penghantar dan penerima memerlukan pengesan ralat untuk

    menjamin data yang dihantar akan sama dengan data yang diterima oleh penerima.Ralat ini mungkin disetopikkan hingar, bisingan atau gangguan semasa proses

    penghantaran melalui media seperti keadaan cuaca jika medianya udara ataumikrogelombang. Jika komunikasi antara manusia, manusia sendiri boleh menjalankan

    pengesanan dan pembetulan ralat berasaskan kebolehan manusia itu sendiri. Jika

    komunikasi antara komputer, pengesan ralat amat diperlukan untuk menyediakan satu

    skema pengesanan dan pembetulan ralat mesej dengan menokok data atau maklumattambahan semasa penghantaran data supaya meningkatkan peluang pengesanan ralat.

    Skema ini akan dibincangkan kemudian.

  • 8/3/2019 TOPIK 10 KOMUNIKAS

    5/6

    OUM 163

    TOPIK 10 KOMUNIKASI

    10.3 KOMUNIKASI DATA

    Komunikasi data merujuk kepada bentuk komunikasi secara elektronik yang lazimnya

    melibatkan penghantaran data antara pengguna dan komputer, antara komputer dengan

    komputer, antara komputer dengan peranti melalui rangkaian komputer atau rangkaiankomunikasi. Perkara-perkara berikut diambil kira dalam membincangkan komunikasi

    data, iaitu:

    (i) Jenis isyarat

    (ii) Mod penghantaran

    (iii) Arah aliran data

    (iv) Kadar penghantaran

    Seperti yang disebut di atas, ada berbagai jenis media komunikasi yang bergantungkepada jenis isyarat ataupun jenis perwakilan data/maklumat. Media komunikasi ini

    contohnya kabel, gentian optik, udara dan lain-lain.

    Untuk membolehkan penghantar dan penerima memahami mesej yang dihantar melaluimedia yang telah ditentukan, beberapa protokol komunikasi data perlu diikuti seperti

    piawaian OSI, protokol TCP/IP.

    10.4 RANGKAIAN

    Rangkaian adalah satu mekanisma komunikasi. Komputer yang digunakan di seluruh

    dunia yang dihubungkan antara satu sama lain membentuk Internet. Rangkaian

    10.2.8 Keselamatan

    Apabila data dihantar, data atau maklumat tersebut akan menjadi tarikan untuk dicuri

    dengar tanpa disedari. Contohnya membeli barangan melalui Internet denganmenggunakan kad kredit. Nombor kad kredit yang dihantar melalui media akan mudah

    dicuri dengar jika langkah keselamatan tidak diambil. Antara langkah keselamatan yangselalu digunapakai ialah penyulitan. Kita akan bincangkan isu ini dalam topik dan unit

    lain.

    Latihan 10.2

    1. Apakah fungsi atau tugas skema pengesan ralat untuk penghantarandata?

    2. Kenalpasti penghantar, penerima, media untuk komunikasi berikut:

    (a) Pensyarah memberi syarahan di bilik kuliah.

    (b) Perbualan telefon antara dua orang yang berjauhan.

    (c) Siaran rancangan who wants to be a millionare di TV anda.

    (d) Perhubungan menggunakan walkie-talkie.

  • 8/3/2019 TOPIK 10 KOMUNIKAS

    6/6

    164 OUM

    KOMUNIKASI TOPIK 10

    komputer adalah untuk menyahut cabaran komunikasi antara komputer untuk

    membolehkan berbagai aplikasi dijalankan seperti e-dagang, e-mel, muat turun dan muatnaik perisian atau aplikasi, dan lain-lain lagi. Secara umumnya rangkaian boleh

    dijeniskan kepada dua iaitu rangkaian terminal dan rangkaian komputer.

    Rangkaian terminal berpaksikan kepada satu komputer hos atau komputer pusat yangdihubungkan dengan banyak rangkaian, contohnya rangkaian mesin juruwang ATM.

    Rangkaian komputer mengandungi satu atau lebih nod komputer atau terminal yangdihubungkan antara satu sama lain melalui media komunikasi data. Rangkaian komputermempunyai berbagai kaedah implementasi contohnya rangkaian setempat (LAN) dan

    rangkaian luas (WAN).

    Data atau isyarat yang dihantar melalui komputer atau peranti lain memerlukan perisian

    dan perkakasan komunikasi yang sesuai dengan ciri data tersebut.

    Latihan 10.3

    1. Jelaskan fungsi unsur komunikasi di bawah ini.

    (i) Penerima

    (ii) Pengesan ralat

    2. Apakah tugas pengekod dan penyahkod dalam sistem komunikasi?

    3. Nyatakan keperluan kod piawai dalam komunikasi antara komputer.

    RUMUSAN

    Kepentingan komunikasi dalam teknologi maklumat tidak dapat kita nafikan lagi. Malah

    istilah ICT iaitu teknologi maklumat dan komunikasi lebih luas digunakan sekarang.

    Telesidang, sidang video, telefon bimbit dan 3G adalah di antara bukti perkembanganteknologi komunikasi pada masa kini. Dalam topik ini, kita telah diberi pemahamantentang 4 keperluan asas komunikasi. Kita juga telah mengetahui peranan pengekod-

    penyahkod dalam sistem komunikasi.