topik 10 sistem pentadbiran undang undang islam di malaysia

Upload: othman-che-yusoff

Post on 14-Oct-2015

151 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

MO

TRANSCRIPT

  • PENGENALAN

    Topik ini akan membincangkan berkaitan dengan sistem pentadbiran undang-undang Islam di Malaysia. Oleh itu dalam perbincangan ini kita akan menghuraikan secara umum tentang kedudukan undang-undang Islam di Malaysia. Perbincangan ini juga akan menyentuh huraian-huraian mengenai konsep undang-undang Islam serta sistem pentadbirannya di Malaysia pada masa kini dan hala tuju sistem undang-undang Islam di masa hadapan.

    HASIL PEMBELAJARAN

    Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:

    1. Menerangkan tentang sejarah bermulanya penyebaran Islam dan pelaksanaan undang-undang Islam di Malaysia sebelum kedatangan penjajah;

    2. Menjelaskan apakah peranan yang telah dimainkan oleh British dan bagaimanakah kedudukan undang-undang Islam di zaman penjajahan British;

    3. Menghuraikan sejarah penubuhan Mahkamah Syariah di Malaysia serta kuasa-kuasa yang ada padanya; dan

    4. Menjelaskan masa depan undang-undang Islam di Malaysia dan cabaran-cabaran yang perlu dihadapi untuk melaksanakannya.

    TTooppiikk Sistem Pentadbiran Undang-undang Islam di Malaysia

    1100

  • TOPIK 10 SISTEM PENTADBIRAN UNDANG-UNDANG ISLAM DI MALAYSIA 251

    AKTIVITI 10.1

    1. Huraikan mengapakah pelaksanaan undang-undang Islam amat mustahak dalam kehidupan seorang Muslim sama ada pelaksanaan diperingkat individu, masyarakat mahupun negara.

    2. Bincangkan dengan rakan sekelas anda apakah peranan yang harus dimainkan oleh umat Islam secara keseluruhan demi memastikan pelaksanaan undang-undang Islam dalam kehidupan umat seluruhnya.

    3. Jelaskan mengikut pemahaman anda apakah pelaksanaan undang-undang di Malaysia ini sudah memadai dan selari dengan perintah agama itu sendiri.

    SEJARAH RINGKAS BERMULANYA UNDANG-UNDANG ISLAM DI MALAYSIA 10.1

    Islam merupakan agama Allah S.W.T yang diwahyukan kepada nabi-Nya yang terakhir Muhammad s.a.w. Bermula dari zaman Nabi s.a.w lagi sehingga ke hari ini, umat Islam terutama pendakwah and para mubaligh Islam telah menjelajah ke serata pelusuk dunia untuk menyebarkan kepada manusia sejagat risalah Islam yang agong ini. Para pendakwah dan mubaligh ini tidak pernah mengenal penat dan lelah. Mereka juga bekerja tanpa mengira waktu dan tanpa mendapat upah. Hanya keredaan Allah yang diharapkan. Sejarah telah membuktikan bagaimana Islam telah tersebar ke seluruh pelusuk dunia, sehingga pernah pada suatu waktu yang terdahulu, hampir dua pertiga dunia telah berada di bawah pemerintahan Islam. Para pendakwah dan mubaligh Islam yang sebahagiannya datang sebagai pedagang telah membawa risalah Allah ini ke serata dunia termasuklah ke Alam Melayu atau disebut pada waktu itu Gugusan Kepulauan Melayu. Berkat daripada sumbangan para pendakwah dan mubaligh Islam inilah maka kita pada hari ini menikmati hidayat dan nikmat iman satu nikmat dan pemberian Allah yang paling besar. Mereka telah menunjukkan akhlak yang mulia dan terpuji, mengajak manusia kepada agama Allah dengan penuh hikmah dan bijaksana. Mereka benar-benar memahami firman Allah S.W.T yang berbunyi:

  • TOPIK 10 SISTEM PENTADBIRAN UNDANG-UNDANG ISLAM DI MALAYSIA 252

    Maksudnya: Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmah kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berhujjahlah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalanNya, dan Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk. (al-Nahl 16:125) Berkat kebijaksanaan inilah, maka Islam akhirnya tersebar dan seterusnya menjadi agama anutan, menggantikan agama Hindu yang menjadi anutan dan pegangan hidup pada waktu itu. Semoga Allah membalas segala usaha baik yang telah dilakukan oleh pendakwah dan mubaligh Islam ini dan mereka dirahmati Allah di alam barzakh kelak. Kita semua diingatkan oleh Allah menerusi firman-Nya:

    ! "# $% & ' ' () *

    (% & *+ ,- " !' (. !/0

    Maksudnya: Dan orang-orang (Islam) yang datang kemudian daripada mereka (berdoa dengan) berkata: Wahai Tuhan Kami! Ampunkanlah dosa kami dan dosa saudara-saudara kami yang mendahului kami dalam iman, dan janganlah Engkau jadikan dalam hati kami perasaan hasad dengki dan dendam terhadap orang-orang yang beriman. Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya engkau amat melimpah belas kasihan dan rahmatMu. Bermula dari waktu inilah, maka Islam mula diterima dan dihayati oleh masyarakat Melayu pada waktu itu. Manakala undang-undang Islam pula mula diaplikasikan di tengah-tengah masyarakat. Undang-undang Islam pada waktu itu bercampur aduk dengan undang-undang adat Melayu, yang sudah diterima pakai dalam masyarakat sebelum kedatangan Islam lagi. Dari sinilah bermulanya sejarah undang-undang Islam di Tanah Melayu yang kita sayangi ini.

  • TOPIK 10 SISTEM PENTADBIRAN UNDANG-UNDANG ISLAM DI MALAYSIA 253

    10.1.2 Kedatangan British dan Undang-undang Malaysia

    Setelah British datang dan menjajah Malaysia, maka British telah berusaha memperkenalkan sistem undang-undang yang dibawa dari tanah asal British untuk diguna pakai sebagai undang-undang bagi Semenanjung Tanah Melayu pada waktu itu. British kemudiannya mewujudkan dua bentuk undang-undang yang diamalkan di Tanah Melayu. Pertamanya undang-undang Inggeris yang terpakai sebagai undang-undang negara dan aplikasinya berlaku dalam kebanyakan aspek kehidupan rakyat pada waktu itu. Manakala yang keduanya adalah undang-undang Islam yang hanya terpakai ke atas orang-orang Islam dan hanya melibatkan undang-undang keluarga, warisan dan beberapa aspek kecil dalam undang-undang jenayah Islam. Dalam hal ini, sarjana undang-undang terkenal almarhum Tan Sri Prof. Dr. Ahmad Ibrahim telah menyebut dalam tulisannya bahawa dengan kemasukan British ke Tanah Melayu maka British secara langsung dan tidak langsung telah mula mencampuri hal ehwal agama Islam dan pentadbirannya. Beliau menambah lagi, dengan secara tidak langsung, perkembangan pengaruh British yang semakin bertambah di Tanah Melayu telah menyebabkan kemasukan undang-undang Inggeris bagi menggantikan undang-undang Islam yang diamalkan pada waktu itu. Beliau seterusnya menjelaskan, dengan nasihat Residen, sultan-sultan di Negeri-negeri Melayu Bersekutu telah menggubal beberapa undang-undang yang diambil dari India, yang berasal daripada prinsip-prinsip undang-undang Inggeris juga. Dengan itu tambah beliau lagi, dalam perkara-perkara seperti undang-undang jenayah, keterangan, acara jenayah, kontrak dan tanah, perundangan berdasarkan prinsip undang-undang Inggeris telah mula dipakai bagi menggantikan undang-undang Islam dan adat Melayu. Akhirnya, undang-undang Islam menurut Prof. Ahmad Ibrahim hanya terpakai dalam undang-undang keluarga, warisan dan beberapa aspek kecil dalam undang-undang jenayah. Bermula dari sinilah maka undang-undang British telah mengambil tempat undang-undang Islam, dan undang-undang Islam kemudiannya hanya menjadi undang-undang yang terhad dan diamalkan dalam amalan-amalan yang sangat terhad dan terbatas. Undang-undang Islam hanya terhad kepada undang-undang kekeluargaan Islam, hal-hal yang melibatkan warisan Islam dan beberapa kesalahan-kesalahan matrimoni dan juga kesalahan tazir sahaja. (Ibrahim, 1999) Perkara yang hampir sama juga ditegaskan oleh Abd. Jalil Borhan. Beliau menjelaskan di dalam tulisannya bahawa pengaruh Inggeris di negara ini telah melahirkan dua institusi kehakiman yang berasingan iaitu Mahkamah Awam

  • TOPIK 10 SISTEM PENTADBIRAN UNDANG-UNDANG ISLAM DI MALAYSIA 254

    dan Mahkamah Syariah. Beliau kemudiannya menegaskan bahawa undang-undang Islam yang boleh dikuatkuasakan di negeri-negeri di Malaysia dan Mahkamah-Mahkamah Syariah hanya mempunyai bidang kuasa kehakiman pada undang-undang diri dan keluarga, yang hanya berkuatkuasa ke atas orang-orang Islam sahaja. (Borhan, 1998) Jelaslah kepada kita berdasarkan apa yang telah kita nyatakan di sini bahawa dengan kedatangan British ke Tanah Melayu, maka dasar sekularisasi yang dibawa oleh Inggeris telah memasuki pelbagai ruang hidup masyarakat Melayu Islam pada waktu itu, sehingga sistem pentadbiran undang-undang Islam juga akhirnya dipinda, di mana undang-undang Inggeris telah menggantikan undang-undang Islam dan adat-adat Melayu, kecuali pada hal-hal yang sempit yang bersangkutan dengan kehidupan berkeluarga sahaja, di mana di dalam bidang ini, Islam masih menjadi undang-undang yang diamalkan melalui pembentukan Mahkamah Syariah yang telah diwujudkan pada waktu itu. Maka secara ringkasnya boleh disimpulkan bahawa kedatangan British ke Tanah Melayu telah merubah sistem pentadbiran undang-undang negara. Undang-undang Islam yang telah diamalkan oleh masyarakat Melayu Islam pada waktu itu telah digantikan dengan sistem undang-undang Inggeris, dan sistem ini masih terpakai sehingga ke hari ini.

    SEMAK KENDIRI 10.1

    1. Huraikan mengikut pandangan anda mengapakah masyarakat Melayu sangat mudah menerima Islam yang disampaikan oleh pedagang-pedangan Islam di zaman awal kedatangan Islam ke Semenanjung Tanah Melayu.

    2. Nyatakan ciri-ciri utama yang membezakan undang-undang Islam seperti mana yang pernah diamalkan di Tanah Melayu suatu ketika dahulu dan undang-undang British yang telah diamalkan selepas kedatangan British ke Tanah Melayu.

    3. Bincangkan dengan rakan sekelas anda mengapakah pihak British telah menjaya menerapkan undang-undang British di Tanah Melayu semasa penjajahannya dan ianya berterusan hingga ke hari ini.

    10.1.3 Pentadbiran Undang-undang Islam di Malaysia

    Seperti yang kita nyatakan sebelum ini, sistem undang-undang Islam di Malaysia telah disempitkan oleh Inggeris yang hanya meliputi bahagian-bahagian tertentu sahaja. Dalam hal ini, Abd. Jalil Borhan telah menegaskan dalam tulisannya

  • TOPIK 10 SISTEM PENTADBIRAN UNDANG-UNDANG ISLAM DI MALAYSIA 255

    bahawa undang-undang pentadbiran agama Islam di Malaysia yang dikuatkuasakan melalui Mahkamah Syariah adalah warisan penjajah yang sengaja memperkecil dan mempersempitkan peranan perundangan Islam yang skopnya begitu luas dan menyeluruh, yang pada suatu masa dahulu pernah menjadi undang-undang dasar di negara ini. (Borhan, 1998) Muhamad Arifin ketika membahaskan tentang pentadbiran undang-undang Islam di Malaysia telah menyebut bahawa apabila Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957, Perlembagaan Persekutuan yang baru diluluskan telah memperuntukkan beberapa perkara berkaitan agama Islam. Antara lain, Perlembagaan Persekutuan menyebut perkara berikut: Perkara 3: Agama Islam sebagai agama rasmi bagi Persekutuan. Perkara 11(4): Kebebasan Beragama: Undang-undang Negeri dan berkenaan dengan Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya, undang-undang persekutuan boleh mengawal atau menyekat pengembangan apa-apa doktrin atau kepercayaan agama di kalangan orang yang menganuti agama Islam. Perkara 74(2): Hal perkara undang-undang persekutuan dan Negeri: Badan perundangan negeri boleh menggubal undang-undang tentang mana-mana perkara yang disebut dalam Senarai Negeri atau Senarai Bersama. Senarai Negeri dengan jelas menyatakan kuasa negeri dalam perkara pentadbiran agama Islam dan hukum syarak. Selepas merdeka, undang-undang Islam ditadbirkan di Mahkamah Syariah berasaskan Enakmen Pentadbiran Undang-Undang Islam. Selangor merupakan negeri pertama yang mewujudkan Undang-undang Pentadbiran Hukum Syarak, iaitu pada tahun 1952 yang kemudiannya diikuti oleh negeri-negeri yang lain. Beliau kemudian menambah bahawa kebanyakan undang-undang di negeri-negeri lain mengambil undang-undang yang diluluskan di negeri Selangor sebagai contoh. Oleh yang demikian, terdapat beberapa peruntukan yang boleh dikatakan mempunyai persamaan. Perkara-perkara tersebut ialah penubuhan organisasi dan mekanisme pentadbiran hal ehwal agama Islam iaitu pewujudan Majlis Agama Islam, Mufti dan Mahkamah Syariah dan Mahkamah Kadi. (Arifin, 2007)

    10.1.4 Mahkamah Syariah dan Bidang Kuasanya

    Sebelum kita melangkah lebih jauh membincangkan tentang sistem pentadbiran undang-undang Islam di Malaysia, adalah penting untuk kita menjelaskan tentang Mahkamah Syariah dan bidang kuasanya menurut Perlembagaan Perseketuan. Menurut Faiza Haji Tamby melalui tulisannya "Mengenal

  • TOPIK 10 SISTEM PENTADBIRAN UNDANG-UNDANG ISLAM DI MALAYSIA 256

    Mahkamah Malaysia", beliau telah menyebut bahawa penubuhan Mahkamah Syariah dalam sesebuah negeri dibuat berdasarkan peruntukan Perlembagaan Persekutuan yang memberi kuasa kepada negeri-negeri untuk mentadbir undang-undang Islam yang digolongkan sebagai undang-undang negeri. (Tamby, 2006) Ini bermakna, seperti yang disebutkan oleh Datuk Sheikh Ghazali Abdul Rahman, ketua hakim Syarie, Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia bahawa undang-undang utama negara kita adalah Perlembagaan Persekutuan. Mahkamah Syariah menurut beliau, terletak dalam senarai negeri yang bermakna bidang kuasanya dihadkan bagi negeri-negeri tersebut sahaja. Beliau menambah lagi, negeri-negeri di dalam Persekutuan boleh menubuhkan Mahkamah Syariah yang mana hanya berbidang kuasa membicarakan perkara-perkara yang berkaitan dengan hukum syarak dan undang-undang diri dan keluarga bagi orang yang menganut agama Islam. Perkara tersebut termasuk juga yang berkaitan dengan wasiat, wakaf, nazar, zakat, amanah khairat dan hibah. Begitu juga negeri-negeri, boleh mengadakan dan menghukum kesalahan-kesalahan yang dilakukan oleh orang-orang yang menganut agama Islam terhadap rukun-rukun Islam, kecuali mengenai perkara-perkara yang termasuk dalam Senarai Persekutuan melalui Mahkamah Syariah yang ditubuhkan itu. Beliau kemudiannya menjelaskan lagi bahawa untuk melaksanakan tugas Mahkamah Syariah sebagai tempat menyelesaikan pertikaian dan perbalahan yang bersabit dengan orang-orang Islam ini, negeri-negeri boleh mengadakan beberapa undang-undang acara dan keterangan supaya perjalanan Mahkamah Syariah dapat berjalan dengan baik dan teratur. (Abdul Rahman, 2007) Pada peringkat awal, struktur Mahkamah Syariah terdiri daripada Mahkamah Kadi, Mahkamah Kadi Besar dan Mahkamah Ulang Bicara. Satu perkara yang menunjukkan rendahnya taraf Mahkamah Syariah pada masa itu boleh dirujuk kepada seksyen 45(6) enakmen yang membuat peruntukan mengenai bidang kuasa Mahkamah Syariah. Menurut peruntukan ini, jika berlaku percanggahan keputusan antara mahkamah-mahkamah tersebut tentang perkara yang sama, maka Mahkamah Sivil hendaklah mengatasi keputusan Mahkamah Syariah. Enakmen Pentadbiran Hukum Syarak, 1952 Selangor seksyen 45(6) memperuntukkan: Satu pun tiada yang ada dalam undang-undang ini boleh mengenai kuasa Mahkamah Mal (Sivil). Jika ada berlawanan oleh sebab berbangkit daripada keputusan Mahkamah Kadi Besar dan Kadi atau keputusan Mahkamah Mal menjatuhkan hukum dalam kuasanya, keputusan Mahkamah Mal hendaklah dipakai.

  • TOPIK 10 SISTEM PENTADBIRAN UNDANG-UNDANG ISLAM DI MALAYSIA 257

    Manakala, Majlis Agama Islam berfungsi sebagai badan tertinggi dalam menentukan dasar hal ehwal agama Islam di peringkat Wilayah Persekutuan dan bertindak sebagai penasihat kepada Yang di-Pertuan Agong. Bagi negeri-negeri lain, raja-raja merupakan ketua agama bagi negeri-negeri berkenaan. Bagi negeri-negeri Melaka, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan, Yang di-Pertuan Agong bertindak sebagai ketua agama. Undang-undang pentadbiran hukum syarak ini juga memperuntukkan perkara tentang pelantikan ahli jawatankuasa Majlis, fungsi, tugas dan bidang kuasa Majlis.(Arifin 2007) Seperti yang telah dinyatakan oleh Dato' Sheikh Ghazali dalam tulisannya, walaupun Perlembagaan Persekutuan menetapkan Islam sebagai agama bagi Persekutuan Malaysia, tetapi tidak wujud dalam perlembagaan satu peruntukan penubuhan Mahkamah Syariah kecuali perlembagaan memperuntukkan kepada negeri-negeri untuk mentadbir undang-undang Islam. Beliau menegaskan bahawa Mahkamah Syariah tidak diletakkan di bawah pentadbiran perdana. Mahkamah ini terpisah daripada Mahkamah Sivil dan tidak di bawah penyeliaan Ketua Hakim Negara. Sehingga tahun 1948, Mahkamah Kadi dan Naib Kadi di negeri-negeri Melayu menjadi sebahagian daripada struktur mahkamah. Dato' Sheikh Ghazali menegaskan lagi bahawa pada tahun 1948, Ordinan Mahkamah telah menubuhkan sistem kehakiman bagi Persekutuan dan telah meninggalkan Mahkamah Syariah daripada hirarki mahkamah yang ada pada masa itu. Dengan itu, tegas beliau lagi, Mahkamah Syariah telah disisihkan dan tidak diberi perhatian terhadap perlembagaan dan pembangunan organisasinya, undang-undang dan acara yang diamalkan serta bangunan-bangunan yang dijadikan pusat pentadbiran mahkamah. Keadaan ini tambah beliau lagi berlaku sehingga negara mencapai kemerdekaan dan tertakluk kepada keputusan Mahkamah Sivil sehinggalah Perkara 121 dipinda pada 1988. (Abdul Rahman, 2007) Pada waktu itu, menurut Prof. Tan Sri Ahmad Ibrahim, Mahkamah Syariah telah diletakkan di tempat yang sangat rendah. Kadi-kadi, yang mana antara mereka ada yang berkelulusan universiti, tidak diberi taraf profesional dan ini menyebabkan ramai graduan dari Fakulti Syariah tidak berminat menjadi hakim di Mahkamah Syariah. Undang-undang acara dan keterangan yang dikenakan di Mahkamah Syariah juga tidak jelas. (Ibrahim, 1999) Pada awal tahun 1990-an, Mahkamah Syariah telah terpisah dari Majlis Agama Islam. Perubahan dasar tersebut telah memberi identiti kepada tiga institusi utama dalam pentadbiran hal ehwal agama Islam negeri-negeri termasuk Wilayah Persekutuan, iaitu dengan memisahkan Majlis Agama Islam dengan Mahkamah Syariah dan Mufti.

  • TOPIK 10 SISTEM PENTADBIRAN UNDANG-UNDANG ISLAM DI MALAYSIA 258

    Kemudian, Mahkamah Syariah telah disusun semula, dan mempunyai susunan seperti yang berikut: Mahkamah Rendah Syariah, Mahkamah Tinggi Syariah, dan Mahkamah Rayuan Syariah. Berikutan dengan itu, jawatan Ketua Hakim Syarie, Hakim Mahkamah Rayuan Syariah, Hakim Mahkamah Tinggi Syariah dan Hakim Mahkamah Rendah Syariah diwujudkan. (Arifin, 2007) Enakmen sesebuah negeri juga memperuntukkan bidang kuasa Mahkamah Syariah untuk mendengar dan memutuskan mana-mana kes sivil (mal) atau jenayah atau apa-apa perkara yang berbangkit dalam sempadan tempatan bidang kuasa yang diberi kepadanya. Mahkamah yang ditubuhkan di bawah mana-mana undang-undang negeri tersebut, itu adalah bagi maksud membicarakan kesalahan-kesalahan hukum syarak. Akan tetapi sebenarnya tidak semua peruntukan kesalahan melibatkan jenayah hudud atau qisas. (Tamby, 2006) Walaupun negeri-negeri diberi kuasa untuk menubuhkan Mahkamah Syariah dan mengadakan undang-undang yang boleh menghukum mana-mana orang yang melakukan kesalahan yang diperuntukkan, namun kuasa ini disekat oleh Perlembagaan dan Akta. Mahkamah Syariah hanya diberi kuasa menjatuhkan hukuman denda tidak lebih RM5,000 atau penjara tidak lebih 3 tahun atau sebatan tidak lebih 6 kali atau kombinasi daripada mana-mana hukuman tersebut. (A. Othman, 1998) Berdasarkan apa yang kita nyatakan di atas, dapat kita fahami bahawa bidang kuasa Mahkamah Syariah adalah terhad dan amat terbatas, jika dibandingkan dengan Mahkamah Sivil yang diamalkan di Malaysia ini. Keadaan ini berterusan sehingga ke hari ini. Secara jelasnya, undang-undang yang paling berkuasa dan paling tinggi di Malaysia adalah Perlembagaan Malaysia. Perlembagaan ini ini adalah bersumberkan undang-undang British dan bukannya bersumberkan undang-undang Islam. Malah, kedudukan para hakim di kedua-dua mahkamah tersebut juga berbeza. Hakim di Mahkamah Sivil mempunyai kuasa yang jauh lebih besar berbanding hakim di Mahkamah Syariah. Oleh itu kedudukan hakim Mahkamah Sivil juga lebih dihormati kerana kuasanya lebih besar jika dibandingkan dengan hakim di Mahkamah Syariah.

  • TOPIK 10 SISTEM PENTADBIRAN UNDANG-UNDANG ISLAM DI MALAYSIA 259

    AKTIVITI 10.2

    1. Nyatakan pada pandangan anda mengapakah British telah menghadkan fungsi Mahkamah Syariah kepada batasan-batasan yang amat sempit.

    2. Bincangkan dengan rakan sekelas anda apakah kelainan yang ketara yang anda ketahui antara Mahkamah Sivil dan Mahkamah Syariah yang ada di Malaysia ini.

    3. Huraikan apakah usaha-usaha yang boleh dilakukan untuk menaikkan taraf dan kedudukan Mahkamah Syariah di Malaysia supaya ianya dilihat setanding dengan Mahkamah Sivil.

    RUANG LINGKUP SISTEM PENTADBIRAN UNDANG-UNDANG ISLAM DI MALAYSIA 10.2

    Umumnya kita perlu memahami bahawa Mahkamah Awam di Malaysia mempunyai bidang kuasa yang jauh lebih luas berbanding dengan Mahkamah Syariah. Bidang kuasa Mahkamah Awam ini meliputi semua kesalahan sama ada jenayah atau sivil yang dilakukan oleh orang Islam dan bukan Islam. Manakala undang-undang Islam telah diamalkan di Mahkamah Syariah adalah amat terbatas dan terhad, hanya terpakai dalam undang-undang kekeluargaan Islam seperti pertunangan, pernikahan, poligami, perceraian dan seumpamanya. Undang-undang Islam juga diamalkan dalam hal yang melibatkan undang-undang harta pusaka Islam. Perlu difahami, berdasarkan perundangan di Malaysia, kesalahan-kesalahan seperti mencuri, menyamun, memberontak dan sebagainya terletak secara keseluruhannya di bawah kuasa-kuasa Mahkamah Sivil. (Borhan, 1998) Oleh yang demikian, kesalahan-kesalahan yang seperti ini, walaupun kesalahan-kesalahan tersebut terdapat peruntukan di dalam jenayah hudud dan tazir dalam Islam, namun kesalahan tersebut terkeluar sama sekali daripada bidang kuasa Mahkamah-mahkamah Syariah di Malaysia. Oleh yang demikian, Mahkamah Syariah tidak mempunyai hak langsung untuk mengadili kesalahan-kesalahan yang seperti ini. Apa yang boleh dibincangkan dengan kuasa-kuasa di bawah Mahkamah Syariah di Malaysia hanyalah kesalahan-kesalahan lain daripada yang disebutkan di atas iaitu kesalahan-kesalahan seperti zina, qazaf, meminum arak dan murtad. Walau bagaimanapun perlu difahami bahawa tidak semua hal-hal yang melibatkan kesalahan tersebut boleh dibicara di bawah kuasa Mahkamah Syariah. Ini

  • TOPIK 10 SISTEM PENTADBIRAN UNDANG-UNDANG ISLAM DI MALAYSIA 260

    kerana mungkin terdapat beberapa aspek daripada kesalahan-kesahan berikut juga tertakluk di bawah kuasa Mahkamah Awam. Adalah mustahil untuk kita menjelaskan kesemua sekali berkenaan dengan undang-undang Islam yang diamalkan di Malaysia, oleh itu kita akan membicarakan beberapa bidang kuasa yang penting daripada bidang kuasa-bidang kuasa yang ada dalam pentadbiran undang-undang Islam di Malaysia.

    10.2.1 Undang-undang Keluarga Islam

    Secara umumnya boleh dikatakan bahawa kesemua negeri-negeri di Malaysia mempunyai Enakmen atau Akta Undang-undang Keluarga Islamnya yang tersendiri. Oleh itu, jika diperhalusi maka kita akan dapati wujudnya beberapa perbezaan dan kelainan dalam peruntukan di dalamnya. Namun boleh disimpulkan di sini bahawa secara keseluruhannya prinsip-prinsip am dalam undang-undang tersebut adalah lebih kurang sama. Hal-hal tersebut adalah seperti berikut: (a) PPertunangan

    Enakmen-enakmen tersebut tidak mengandungi peruntukan khas mengenai pertunangan, tetapi sekiranya pertunangan diputuskan terdapat remedinya seperti Seksyen 15 Akta Undang-undang Keluarga Islam (Wilayah Persekutuan) 1984 yang memperuntukkan bahawa:

    Jika seseorang telah mengikat suatu pertunangan mengikut hukum syarak, sama ada secara lisan atau secara bertulis, dan sama ada secara bersendirian atau melalui seorang perantaraan, dan kemudiannya enggan berkahwin dengan pihak yang satu lagi yang bersetuju berkahwin dengannya, maka pihak yang mungkir adalah bertanggungan memulangkan pemberian-pemberian pertunangan, jika ada, atau nilainya dan membayar apa-apa wang yang telah dibelanjakan dengan suci hati oleh atau untuk pihak yang satu lagi untuk membuat persediaan bagi perkahwinan itu, dan yang demikian boleh dituntut melalui tindakan dalam mahkamah.

    (b) PPernikahan

    Kesemua Enakmen memperuntukkan bahawa sesuatu pernikahan di dalam negeri itu hendaklah dijalankan mengikut peraturan dalam Enakmen yang berkaitan. Pernikahan boleh diakad nikahkan oleh:

    (i) Wali di hadapan Pendaftar (Nikah, Cerai, dan Rujuk).

    (ii) Wakil wali di hadapan dan dengan kebenaran Pendaftar.

    (iii) Pendaftar sebagai wakil wali.

  • TOPIK 10 SISTEM PENTADBIRAN UNDANG-UNDANG ISLAM DI MALAYSIA 261

    (c) WWali Am/ Raja/ Hakim Wali/ Raja/ Hakim diberi kuasa untuk menikahkan seseorang pengantin perempuan sekiranya beliau tiada mempunyai wali dari nasab. Sekiranya wali enggan, Hakim Mahkamah Syariah boleh memberi kebenaran kepada Wali Raja selepas satu perbicaraan (penyiasatan). Di Kelantan misalnya, wali mujbir mempunyai kuasa yang agak luas untuk menikahkan anak daranya tanpa persetujuan. Seksyen 13(2) Enakmen Keluarga Islam Kelantan 1983, memperuntukkan bahawa:

    Anak dara boleh dinikahkan tanpa persetujuan oleh wali mujbir, iaitu bapa atau nenek lelaki sebelah bapa ke atas jika;

    (i) Wali mujbir atau bakal suami tidak berseteru dengannya;

    (ii) Bakal suami sekufu dengannya; dan

    (iii) Bakal suami berkemampuan membayar mas kahwin berpatutan (mahar mithl).

    (d) PPoligami

    Seksyen 21 Enakmen Keluarga Islam Kelantan 1983 dan Terengganu 1985 misalnya mengatakan: Tiada seorang lelaki boleh berkahwin dengan seorang perempuan lain di mana-mana tempat dalam masa dia masih beristerikan isterinya yang sedia ada kecuali dengan terlebih dahulu mendapat kebenaran secara bertulis daripada Hakim Syarie.

    (e) PPenceraian

    Di bawah undang-undang Malaysia, terdapat empat jenis perceraian:

    (i) TTalak Undang-undang mewajibkan kesemua permohonan cerai daripada suami mahupun isteri dibuat di mahkamah. Sebelum suami boleh menceraikan isterinya, proses pendamaian dan hukum hendaklah dipatuhi. Apabila mahkamah berpuas hati pernikahan itu tidak boleh diselamatkan lagi, maka barulah dibenarkan suami melafazkan talak terhadap isterinya. Namun, sekiranya si-suami melafazkan cerai di luar mahkamah, dia perlu ke mahkamah untuk mendapatkan pengesahan undang-undang (endorsement).

    (ii) TTaklik

    Setiap negeri mempunyai sighah takliknya yang tersendiri.

  • TOPIK 10 SISTEM PENTADBIRAN UNDANG-UNDANG ISLAM DI MALAYSIA 262

    Taklik di negeri Terengganu misalnya berbunyi: Tiap-tiap kali saya tiada bersekedudukan dengan isteri saya ... yang tersebut itu bagi selama tempoh 4 bulan dengan tidak putus-putusnya, sama ada saya meninggalkan akan dia atau dia meninggal akan saya dengan ikhtiar atau dengan terpaksa dan tatkala mengadu dia kepada kadi atau naib kadi dan tatkala sabit pada sisinya di atas ketiadaan sekedudukan selama itu maka tertalaklah isteri saya ... itu dengan satu talak.

    (iii) FFasakh

    Terdapat pelbagai alasan-alasan bagi isteri menuntut perceraian fasakh iaitu: Seksyen 52 Akta Undang-undang Keluarga Islam (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1984 memperuntukkan bahawa:

    Seseorang perempuan yang berkahwin mengikut hukum syarak adalah berhak mendapat suatu perintah untuk membubarkan perkahwinan atau untuk fasakh atas satu atau lebih daripada alasan-alasan yang berikut, antaranya:

    Bahawa tempat di mana beradanya suami telah tidak diketahui selama tempoh lebih daripada satu tahun.

    Bahawa suami telah cuai atau telah tidak mengadakan peruntukan bagi nafkahnya selama tempoh tiga bulan.

    Bahawa suami telah dihukum penjara selama tempoh tiga tahun atau lebih.

    (iv) KKhulu atau Tebus Talak

    Kedua-dua suami dan isteri bersetuju isteri menebus dirinya dengan suatu bayaran kepada suami. Sekiranya jumlah bayaran tidak dipersetujui, maka mahkamah akan menentukannya. (Ainiah, 1998) Inilah antara bahagian-bahagian penting dalam sistem kekeluargaan Islam yang dibincangkan di Mahkamah Syariah di negeri-negeri di Malaysia. Yang pasti ada sebahagian enakmen di Mahkamah Syariah berbeza dari satu negeri ke negeri lain di Malaysia. Ini kerana Mahkamah Syariah terletak di bawah bidang kuasa sesebuah kerajaan negeri.

  • TOPIK 10 SISTEM PENTADBIRAN UNDANG-UNDANG ISLAM DI MALAYSIA 263

    SEMAK KENDIRI 10.2

    1. Nyatakan apakah ciri-ciri utama dalam sistem kekeluargaan Islam seperti yang ditekankan oleh Islam itu sendiri.

    2. Bincangkan dengan rakan sekelas anda kesemua bahagian-bahagian utama dalam perbahasan tentang sistem kekeluargaan Islam.

    3. Huraikan mengikut kefahaman anda mengapakah undang-undang kekeluargaan Islam amat penting dalam sesebuah masyarakat Islam.

    10.2.2 Undang-undang Harta Pusaka

    Pentadbiran pusaka dikendalikan di peringkat Persekutuan dan di Mahkamah Tinggi Sivil, kerana urusan pembahagian pusaka atau pewarisan berwasiat dan tak berwasiat serta urusan mengeluarkan surat kuasa tadbir diletakkan di bawah Senarai 1 Jadual ke-9, Senarai Persekutuan. Pentadbiran pusaka orang-orang Islam dan bukan Islam dikendalikan sepenuhnya oleh Pegawai Penyelesai Pusaka, Perbadanan Amanah Raya Berhad (Pemegang Amanah Raya) atau Mahkamah Tinggi Awam. Walau bagaimanapun, kadar pembahagian pusaka orang-orang Islam dan penentuan waris-waris sama ada berhak atau tidak, akan diputuskan oleh Mahkamah Syariah menurut undang-undang pusaka Islam (faraid). Mahkamah Syariah mempunyai kuasa mengeluar atau mengesahkan waris-waris yang berhak dan kadar bahagian masing-masing dalam bentuk Sijil Faraid atau Perakuan Ahli Waris. Demikian juga perkara-perkara hukum syarak yang lain seperti menentukan kesah tarafan anak, sah atau tidak akad perkahwinan, harta sepencarian, mengesahkan wasiat, wakaf, hibah dan sebagainya, adalah di bawah tanggungjawab dan kuasa Mahkamah Syariah. Antara undang-undang yang berkaitan dengan pusaka dan pentadbirannya adalah seperti berikut: (a) UUndang-undang Pusaka Islam (Faraid)

    Setakat ini, di Malaysia tidak ada satu bentuk undang-undang faraid yang telah dikanunkan dalam bentuk undang-undang bertulis oleh negeri-negeri seperti yang terdapat di Mesir iaitu Qanun al-Mawarith 1943. Walau bagaimanapun, kaedah pembahagian pusaka secara Islam telah diikuti sepenuhnya oleh Mahkamah Syariah negeri-negeri.

  • TOPIK 10 SISTEM PENTADBIRAN UNDANG-UNDANG ISLAM DI MALAYSIA 264

    (b) AAkta Harta Pusaka Kecil (Pembahagian) 1955 (Akta 98) Akta ini diperkenalkan untuk menyelaras dan menyeragamkan cara-cara pembahagian dan pentadbiran pusaka si-mati sama ada beragama Islam atau bukan beragama Islam. Akta ini diguna pakai kepada semua tuntutan harta pusaka seseorang si-mati sama ada semuanya mengandungi tanah-tanah sahaja atau sebahagiannya mengandungi tanah bersama dengan harta-harta alih yang lain seperti wang tunai, saham, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Amanah Saham Nasional (ASN), Amanah Saham Bumiputera (ASB), Amanah Saham Johor (ASJ) dan sebagainya, tetapi jumlah nilaian harta itu hendaklah tidak melebihi RM600,000 pada tarikh permohonan dibuat.

    (c) AAkta Probet dan Pentadbiran 1959 (Akta 97)

    Akta ini dilaksanakan terhadap harta pusaka besar (biasa) dan harta pusaka ringkas. Harta pusaka besar ialah harta pusaka yang jumlah nilaiannya lebih daripada RM600,000, sama ada terdiri daripada harta alih semuanya atau semuanya harta tak alih atau terdiri daripada campuran harta alih dengan harta tak alih atau harta pusaka yang jumlah nilaiannya kurang daripada RM600,000 tetapi si-mati ada meninggalkan wasiat. Harta pusaka ringkas pula ialah harta pusaka yang jumlah nilaiannya tidak melebihi RM600,000 yang terdiri daripada harta alih sahaja dan sebagainya. Permohonan pentadbiran harta pusaka besar hendaklah dibuat di Mahkamah Tinggi Sivil, manakala tuntutan harta pusaka ringkas pula boleh dibuat melalui Pegawai Pentadbir Pusaka atau melalui Perbadanan Amanah Raya Berhad.

    (d) EEnakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri-negeri

    Enakmen ini mempunyai kuasa untuk memutuskan beberapa perkara yang berkaitan dengan harta seorang Islam terutamanya mengenai harta sepencarian, pusaka, hibah dan wakaf dan kadangkala dalam kes-kes tertentu fatwa Mufti diperlukan bagi menentukan harta pusaka dan orang yang berhak terhadap harta itu.

    (e) AAkta Tanah (Kawasan-kawasan Penempatan Berkelompok) 1960

    (f) EEnakmen Rizab Melayu Negeri-negeri

    (g) UUndang-undang Penama

    (h) Customary Tenure Enactment

    (i) PPeraturan-peraturan Harta Pusaka Kecil (Pembahagian) 1955 dan Pekeliling-pekeliling Berkaitan. (Muda 2006)

  • TOPIK 10 SISTEM PENTADBIRAN UNDANG-UNDANG ISLAM DI MALAYSIA 265

    10.2.3 Undang-undang Jenayah Islam

    Jika kita melihat undang-undang jenayah Islam, maka kita akan dapati undang-undang jenayah Islam terbahagi kepada tiga bahagian yang khusus iaitu qisas, hudud dan tazir. Maka adalah mustahak untuk kita fahami di sini bahawa setiap daripada undang-undang jenayah Islam tidak diamalkan secara keseluruhan di Malaysia. Kesemua kesalahan qisas tidak akan sama sekali dibicara di Mahkamah Syariah. Tidak ada peruntukan di Mahkamah Syariah untuk membicara kesalahan qisas. Begitu juga dengan kesalahan hudud dan tazir. Tidak semua kesalahan hudud dan tazir boleh diadili di Mahkamah Syariah, kecuali hal-hal yang tertentu dan Mahkamah juga mempunyai kuasa yang agak terhad dalam kesalahan yang melibatkan jenayah hudud dan tazir. (a) JJenayah Hudud

    Berasaskan perundangan di Malaysia, kesalahan-kesalahan mencuri, menyamun dan memberontak terletak secara keseluruhannya di bawah kuasa-kuasa mahkamah awam. Oleh yang demikian, kesalahan-kesalahan hudud tersebut terkeluar sama sekali daripada bidang kuasa Mahkamah-mahkamah Syariah di Malaysia.

    Berdasarkan kedudukan ini, apa yang boleh dikaitkan dengan kuasa-kuasa di bawah Mahkamah-mahkamah Syariah di Malaysia hanyalah kesalahan-kesalahan lain daripada yang disebutkan iaitu kesalahan-kesalahan berzina, qazaf, meminum arak dan murtad. Walaupun begitu, ini tidak bererti semua aspek kesalahan tersebut tertakluk di bawah kuasa Mahkamah Syariah kerana mungkin beberapa aspek daripadanya juga tertakluk di bawah kuasa mahkamah awam.

    (i) PPenzinaan

    Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kedah1988 menyebut: Mana-mana orang yang berzina adalah bersalah atas suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dikenakan denda tidak melebihi RM5,000 atau hukuman penjara selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

    (ii) LLiwat

    Setakat ini, ia hanya diperuntukkan dalam enakmen di Kelantan dan Kedah sahaja. Enakmen Kanun Jenayah Kelantan 1985 menyebut: Sesiapa yang dengan sengaja melakukan perbuatan liwat yang tidak boleh dikenakan hukuman hadd mengikut hukum syarak adalah bersalah atas suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM5,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya dan disebat enam kali.(Abdul Majid 2001)

  • TOPIK 10 SISTEM PENTADBIRAN UNDANG-UNDANG ISLAM DI MALAYSIA 266

    (iii) QQazaf Kesalahan qazaf hanya diperuntukkan di Sarawak melalui Undang-undang Mahkamah Syariah Sarawak 1985. Peruntukan tersebut berbunyi: Seseorang yang menuduh mana-mana orang melakukan zina tanpa mengemukakan empat orang saksi mengikut hukum syarak adalah melakukan satu kesalahan qazaf dan boleh apabila sabit kesalahannya dikenakan hukuman denda RM5,000 atau penjara tidak lebih daripada dua tahun enam bulan atau kedua-duanya sekali.

    (b) JJenayah Qisas

    Pada umumnya, jenayah-jenayah qisas dan diyat, menurut perundangan Islam ialah jenayah membunuh dan mencederakan. Dengan kata lain, ia merupakan kesalahan-kesalahan yang melibatkan nyawa dan tubuh badan. Kesalahan-kesalahan membunuh tidak diperuntukkan sama sekali di bawah undang-undang Mahkamah Syariah. Ini kerana, semua kes pembunuhan adalah tertakluk di bawah kuasa Mahkamah Sivil dan berada di luar bidang kuasa Mahkamah Syariah. Namun ia agak berbeza dengan kesalahan-kesalahan memukul dan mencederakan. Kesalahan seperti ini telah diperuntukkan dalam undang-undang tersebut apabila ia melibatkan suami isteri dan dikategorikan sebagai kesalahan matrimoni. Sebelum penyemakan semula undang-undang, kesalahan-kesalahan seperti itu diperuntukkan dalam bahagian 'kesalahan'. Sementara dalam undang-undang yang telah disemak semula sekarang, ia diperuntukkan dalam enakmen-enakmen pentadbiran keluarga Islam. (Abdul Majid 2001)

    (c) JJenayah Tazir

    Kesalahan-kesalahan tazir yang terdapat dalam Undang-undang Mahkamah Syariah di Malaysia boleh dirumuskan seperti berikut:

    (i) Kesalahan-kesalahan yang berupa maksiat yang selain daripada kesalahan-kesalahan hudud.

    (ii) Kesalahan-kesalahan yang menyentuh kepentingan umum.

    (iii) Mengajar atau mengembangkan kepercayaan agama lain kepada orang Islam.

    (iv) Kesalahan ini telah diperuntukkan dalam enakmen negeri Pahang dan Perak. Dalam Undang-undang Negeri Pahang 1982 disebutkan: Sesiapa yang mendakyah atau mengajar ajaran atau kepercayaan agama lain daripada agama Islam di kalangan orang-orang adalah melakukan satu kesalahan dan apabila sabit bolehlah dihukum

  • TOPIK 10 SISTEM PENTADBIRAN UNDANG-UNDANG ISLAM DI MALAYSIA 267

    dengan didenda tidak lebih daripada RM500 atau penjara tidak lebih daripada enam bulan atau kedua-duanya sekali.

    (d) PPondan

    Seksyen 7, Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kelantan,1985 menyebut: Seseorang lelaki yang memakai pakaian perempuan dan berlagak seperti perempuan di mana-mana tempat awam adalah bersalah atas suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM1,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya sekali.

    (e) MMuqaddimah Zina:

    Fasal 12 dari Undang-undang Kedah dinaskan: Mana-mana orang yang melakukan perbuatan mukaddimah zina adalah bersalah atas satu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM3,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau keduanya sekali. (Abdul Majid 2001)

    10.2.4 Undang-undang Zakat

    Rang Undang-undang Zakat dan Fitrah Wilayah Persekutuan 1987 (Draf Akta Zakat Wilayah 1987) mengandungi 10 Bahagian dan 3 Jadual. Bahagian 2 Draf Akta menggariskan secara dasar rajah pentadbiran yang diwujudkan bagi tujuan meningkatkan pelaksanaan undang- undang zakat di Wilayah Persekutuan. Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan boleh melantik satu Jawatankuasa Zakat dan Fitrah. Jawatankuasa diberi tugas penting untuk membuat garis panduan tentang dasar untuk menyelia dan mengawal segala urusan, pentadbiran zakat dalam Wilayah Persekutuan. Selain daripada itu, Jawatankuasa juga dikehendaki memberi arahan-arahan am kepada Pengarah Bahagian Zakat dan Fitrah. Tugas utama Bahagian Zakat dan Fitrah adalah untuk melaksanakan:

    Pungutan zakat dan fitrah

    Pengeluaran penyata zakat

    Pengagihan pendapatan dari zakat dan fitrah mengikut kehendak hukum syarak

    Membuat cadangan kepada jawatankuasa mengenai perlantikan amil dan perkhidmatan mereka

    Penyediaan kira-kira pungutan zakat dan belanjawan tahunan

  • TOPIK 10 SISTEM PENTADBIRAN UNDANG-UNDANG ISLAM DI MALAYSIA 268

    Bancian tahunan bagi menentukan jumlah umat islam di dalam wilayah Dalam menjalankan tugas di bawah akta ini, semua pegawai dikehendaki membawa bersama waran (kad kuasa atau pengenalan) yang dikeluarkan oleh Pengarah Bahagian Zakat dan Fitrah. (Ibrahim, 1997) Secara umumnya bolehlah dikatakan inilah antara bidang kuasa yang diperuntukan kepada Mahkamah Syariah yang ada dalam sistem pentadbiran undang-undang Islam di Malaysia. Oleh itu, berdasarkan apa yang kita nyatakan di sini, maka amatlah mudah untuk kita fahami bahawa masih terlalu banyak undang-undang Islam yang masih belum dikuatkuasakan di Mahkamah Syariah di Malaysia ini. Pada masa yang sama, Mahkamah Syariah mempunyai bidang kuasa yang amat terhad dan terbatas, bidang kuasnya amat jauh terkebelakang jika hendak dibandingkan dengan mahkamah sivil atau mahkamah awam biasa. Dalam hal ini, Prof. Ahmad Ibrahim misalnya telah menjelaskan bahawa bidang kuasa Mahkamah Syariah terhad kepada orang Islam dan mahkamah ini hanya mempunyai bidang kuasa berhubung dengan kesalahan-kesalahan seperti yang diberi peruntukan oleh undang-undang Persekutuan. Akta Mahkamah Syariah 1984, di mana bidang kuasa Mahkamah Syariah membenarkan mahkamah tersebut menjatuhkan hukuman penjara sehingga tiga tahun, atau apa-apa denda sehingga RM5,000 atau sebatan sebanyak enam rotan, atau gabungan semua hukuman itu. (Ibrahim 1999) Ini bermakna mana-mana hukuman yang melebihi daripada jumlah hukuman yang dibenarkan oleh Akta Mahkamah Syariah 1984 ini, maka perkara itu di luar bidang kuasa Mahkamah Syariah yang ada di Malaysia ini dan Mahkamah Syariah tidak mempunyai kuasa untuk membicarakan kesalahan-kesalahan tersebut.

    AKTIVITI 10.3

    1. Jelaskan mengapakah pada pandangan anda terdapat enakmen yang berbeza antara negeri-negeri di Malaysia.

    2. Bincangkan dengan rakan sekelas anda cara-cara yang paling mudah untuk mengkaji dan memahami setiap enakmen di negeri-negeri di Malaysia.

    3. Huraikan perbezaan yang anda tahu tentang pembahagian harta dalam agama-agama lain selain daripada Islam.

  • TOPIK 10 SISTEM PENTADBIRAN UNDANG-UNDANG ISLAM DI MALAYSIA 269

    PENCAPAIAN MAHKAMAH SYARIAH MASA KINI DAN HALA TUJU UNDANG-UNDANG ISLAM DI MALAYSIA

    10.3

    Adalah penting untuk kita melihat setakat manakah pencapaian Mahkamah Syariah di Malaysia. Adakah apa-apa perbezaan dan perkembangan jika dibandingkan dengan masa lalu. Pada masa yang sama, adalah perlu untuk kita melihat kemanakah hala tuju Mahkamah Syariah khususnya dan perlaksanaan undang-undang Islam umumnya di Malaysia ini.

    10.3.1 Perubahan Kepada Mahkamah Syariah

    Umumnya boleh dikatakan bahawa hari ini Mahkamah Syariah telah menjadi semakin baik jika dibandingkan di awal penubuhannya. Terdapat beberapa pencapaian yang agak memberangsangkan yang telah dilalui oleh Mahkamah Syariah, antara lain: (a) KKebebasan mahkamah

    Mahkamah Syariah kini adalah bebas daripada campur tangan Mahkamah Awam sejak Pindaan Perlembagaan Persekutuan pada tahun 1988. Begitu juga dari sudut pentadbiran, Mahkamah Syariah telah terpisah daripada Jabatan Agama Islam atau Majlis Agama Islam sejak dari awal tahun 1990-an. Masalah pertindihan atau konflik bidang kuasa seperti yang dialami pada masa dahulu secara umumnya telah diatasi.

    (b) PPerundangan yang lebih jelas dan komprehensif

    Beberapa aspek undang-undang asas seperti keluarga, keterangan, jenayah dan prosedur (zakat, wasiat, wakaf) telah digubal dan dijadikan undang-undang yang berasingan.

    (c) SSkim perkhidmatan dan latihan kakitangan yang lebih baik

    Kakitangan Mahkamah Syariah sudah diserap masuk dalam kumpulan perkhidmatan perundangan. Peluang kenaikan pangkat kakitangan terbuka luas terutama dengan penubuhan Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia yang menggunakan sistem guna sama antara negeri yang bersetuju untuk masuk di bawah skim tersebut.

    (d) IInfrastruktur dan kemudahan mahkamah yang lebih baik

    Pada masa kini, persekitaran dan kemudahan Mahkamah Syariah adalah hampir setanding dengan bangunan Mahkamah Awam. Sesetengah Mahkamah Syariah pula ditempatkan di kawasan atau bangunan yang sama dengan Mahkamah Awam. Kemudahan komputer dan kaedah secara

  • TOPIK 10 SISTEM PENTADBIRAN UNDANG-UNDANG ISLAM DI MALAYSIA 270

    atas talian juga telah mula diperkenalkan melalui sistem e-Syariah. (Buang 2005)

    10.3.2 Hala Tuju dan Masa Depan Mahkamah Syariah di Malaysia

    Profesor Hooker semasa menganalisis secara deskriptif keputusan kes-kes terpilih dalam Malayan Law Journal dan Jurnal Hukum meramalkan masa depan dan kecenderungan undang-undang Islam di Malaysia sebagai terpengaruh dengan teknik undang-undang Inggeris dalam pentafsiran undang-undang, sungguhpun asas undang-undang tersebut tetap merupakan undang-undang Islam tulen. Ini menurutnya akan menghasilkan apa yang dipanggil sebagai undang-undang Anglo-Syariah. Alasan yang diberikan bagi menyokong kenyataan ini ialah:

    Penggunaan atau pengaruh sistem duluan mengikat dalam perundangan syariah di Malaysia melalui sistem pelaporan undang-undang (dan hirarki mahkamah)

    Penglibatan hakim-hakim (terutama di peringkat Mahkamah Rayuan Syariah) dan peguam syarie yang mendapat latihan dalam undang-undang sivil

    Pengaruh politik yang memberi arah tuju bagaimana sesuatu aspek Islam di dalam Negara harus dikembangkan, sama ada progresif, liberal dan sebagainya

    Sistem perbicaraan, pentadbiran, pengurusan, latihan kakitangan mahkamah syariah menggunakan kaedah yang sama seperti di mahkamah sivil

    Oleh yang demikian, pengaruh sistem perundangan sivil ke atas mahkamah syariah tidak dapat dielakkan. Walau apa pun, mahkamah syariah juga telah dan sedang sedikit demi sedikit mengembangkan budaya dan amalan sendiri mahkamah yang berbeza dengan sistem mahkamah sivil, terutama selepas pindaan perlembagaan pada tahun 1988 yang memberikan Mahkamah Syariah peluang yang luas bagi membina tradisinya sendiri. (Buang, 2005) Dato' Sheikh Ghazali Abdul Rahman pula ketika membahaskan perkembangan terkini Mahkamah Syariah di Malaysia menyatakan pendapatnya bahawa semua enakmen pentadbiran undang-undang Islam di Mahkamah Syariah yang diguna pakai di setiap negeri hendaklah diselaraskan. Beliau juga menegaskan selain daripada perkara-perkara yang berkaitan dengan pentadbiran undang-undang, soal bangunan mahkamah, peralatan, pusat sumber, kebajikan pengawai-

  • TOPIK 10 SISTEM PENTADBIRAN UNDANG-UNDANG ISLAM DI MALAYSIA 271

    pengawai juga harus diberi perhatian kerana mereka adalah merupakan aset yang harus dipelihara dengan baik. Beliau menegaskan lagi bahawa latihan kepada pegawai-pegawai adalah mustahak, ini kerana dengan latihan dan pendedahan mereka kepada teknik-teknik baru, bagi menyelesaikan masalah akan memudahkan mereka melaksanakan tugas dengan baik dan berkesan. (Abdul Rahman, 2007) Berhubung dengan masa depan mahkamah Syariah di Malaysia, mengikut penelitian Tan Sri Prof. Dr. Ahmad Ibrahim seperti yang diutarakan dalam tulisannya "Recent Development in the Shariah Law in Malaysia", beliau menjelaskan seperti berikut: "The government in Malaysia has striven to enforce Islamic values in all aspects of our life in Malaysia. In the field of economics and business, Malaysia can be proud of leading the Islamic world in the setting up of the Islamic banks, takaful, rahn, the collection and administration of zakat investment in shares and the money markets. The application of Islamic principles of in these fields have not only been adopted by other banks and insurance companies in Malaysia but have had their influence in our neighbouring countries such as Indonesia, Philippines and Brunei Darussalam. The government and many other employers have already used the principles of Islam in providing loans for the purchase of houses and motorcars, for examples to their employees. The progress has so far not been as significant in the field of law and the administration of justice. Here the legacy of the English common law still seeems to survive and the civil courts and the civil law are still the major constituents of our judicial and legal system. However, the Shariah Courts have now been accepted as part of judicial and legal system in Malaysia and it is hoped that it will play a more signifant part in future". (Ibrahim, 2000) Bermaksud: Kerajaan Malaysia sedang gigih berusaha untuk melaksanakan dasar-dasar Islam dalam semua aspek kehidupan Muslim di Malaysia. Dalam bidang ekonomi dan perniagaan, Malaysia boleh berbangga sebagai peneraju dunia Islam dalam penubuhan bank-bank Islam, takaful, pajak gadai Islam, mengumpul dan mengurus tadbir pelaburan zakat ke dalam saham dan pasaran modal Islam. Pelaksanaan prinsip-prinsip Islam di dalam bidang-bidang ini bukan sahaja telah diikuti oleh bank-bank dan syarikat insuran di Malaysia, malah juga turut mempengaruhi negara-negara jiran seperti Indonesia, Filipina dan Brunei Darussalam. Kerajaan Malaysia dan banyak juga majikan-majikan lain telah menggunakan prinsip-prinsip Islam dalam menyediakan pinjaman pembelian rumah dan kereta contohnya kepada pekerja-pekerja mereka. Perkembangan Islam setakat ini masih belum menyerlah dalam bidang undang-undang dan kehakiman negara. Dalam bidang ini, keunggulan sistem undang-undang Inggeris masih dipandang tinggi dan mahkamah sivil dan undang-

  • TOPIK 10 SISTEM PENTADBIRAN UNDANG-UNDANG ISLAM DI MALAYSIA 272

    undang masih menjadi undang-undang pilihan di dalam sistem perundangan dan kehakiman negara. Walau bagaimanapun, Mahkamah Syariah sekarang ini mula diterima sebagai sebahagian daripada sistem perundangan dan kehakiman di Malaysia dan diharapkan bahawa Mahkamah Syariah akan dapat memainkan peranan yang lebih penting di masa hadapan. Ini merupakan harapan dan impian yang telah dinyatakan oleh almarhum Tan Sri Prof. Dr. Ahmad Ibrahim, seorang pengkaji undang-undang yang cukup terkenal di Malaysia. Oleh itu kita sebagai sebahagian daripada umat Islam di Malaysia, pada masa yang sama hendaklah berusaha sepenuh tenaga untuk melihat supaya sistem pentadbiran undang-undang Islam di Malaysia ini akan dapat didaulatkan, sesuai dengan kedudukannya sebagai undang-undang Allah yang Maha Berkuasa. Kita cukup berbangga, apabila Malaysia telah menjadi peneraju dalam bidang muamalat, takaful, pasaran modal Islam dan sebagainya. Namun kebanggaan ini tidak seharusnya terhenti setakat ini sahaja. Undang-undang negara hendaklah juga didasarkan kepada undang-undang yang telah diwahyukan oleh Allah S.W.T. Semoga akhirnya, Malaysia yang kita sayangi ini akan diberkati dan dirahmati dan menjadi sebuah negara seperti yang telah digambarkan oleh Allah S.W.T dalam al-Quran:

    1 !!" " Maksudnya:Sebuah negeri yang baik (aman dan makmur), dan (Tuhan kamu adalah) Tuhan yang Maha Pengampun. (Saba 34:15)

    1. Jelaskan harapan dan cita-cita anda kepada pelaksanaan undang-undang Islam di Malaysia pada masa hadapan.

    2. Bincangkan dengan rakan sekelas anda jenis-jenis cabaran yang mungkin dihadapi oleh Mahkamah Syariah di Malaysia dan apakah langkah-langkah terbaik untuk mengatasinya.

    3. Huraikan pada pendapat anda mengapakah sebahagian umat Islam sendiri kurang yakin dengan perlaksanaan undang-undang Islam di Malaysia.

    SEMAK KENDIRI 10.3

  • TOPIK 10 SISTEM PENTADBIRAN UNDANG-UNDANG ISLAM DI MALAYSIA 273

    Islam telah datang dan berkembang di Tanah Melayu hasil kesungguhan dan

    keikhlasan mubaligh Islam yang datang berdakwah dan berdagang ke sini pada suatu waktu dahulu.

    Undang-undang Islam telah diterima pakai sebagai undang-undang di Tanah Melayu ini sebelum kedatangan penjajah.

    British telah menjajah Tanah Melayu untuk satu tempoh waktu yang agak lama dan semasa penjajahan inilah British telah memperkenalkan pelbagai polisi dan undang-undang yang akhirnya telah menjadi undang-undang negara dan telah menggantikan undang-undang Islam.

    Penjajah British telah mempersempitkan skop undang-undang Islam di mana ianya terhad kepada kehidupan berkeluarga kepada umat Islam serta aspek-aspek kecil yang lain.

    Dualisme undang-undang telah diperkenalkan oleh British di mana sistem undang-undang British dan sistem undang-undang Islam yang terhad telah diperkenalkan oleh penjajah British semasa pemerintahannya.

    Mahkamah Sivil atau Awam menguatkuasakan undang-undang berdasarkan undang-undang British, manakala Mahkamah Syariah menguatkuasakan undang-undang berdasarkan undang-undang Islam yang amat terhad.

    KedudukansistemundangundangIslammelaluiMahkamahSyariahadalahjauh terkebelakang berbandingdengan kedudukanundangundang sivil diMahkamahAwam.

    Mahkamah Syariah hanya terhad kepada kesalahan-kesalahan tertentu sahaja, sedangkan kebanyakan kesalahan jenayah akan diadili menerusi Mahkamah Sivil.

    Jika sekiranya terdapat kesungguhan daripada semua pihak, termasuk kerajaan, badan-badan berkenaan dan orang Islam secara umumnya, untuk memartabatkan undang-undang Islam di Malaysia, maka sudah pasti undang-undang Islam ini dapat dimartabatkan sebagai undang-undang negara.

  • TOPIK 10 SISTEM PENTADBIRAN UNDANG-UNDANG ISLAM DI MALAYSIA 274

    Al-Barzakh Al-Diyah Al-Faraid Al-Fasakh Al-Hibah Al-Hudud Al-Khairat Al-Khulu' Al-Muamalat Al-Nazar

    Al-Qazaf Al-Qisas Al-Sighah Al-Takaful Al-Takzir Al-Waqaf Al-Wasiah Mahar al-Mithal Qanun al-Mawarith Wali al-Mujbir

    Ibrahim, Ahmad Mohamed. (1997). Pentadbiran Undang-undang Islam di

    Malaysia. Kuala Lumpur: Institut Kefahaman Islam Malaysia.

    Azmi, Drs. Abdul Ghani. (1997). Mengenal Qanun Jenayah Islam. Kuala Lumpur: Al-Hidayah Publishers.

    Borhan, Abd. Jalil. (1998). Penubuhan Mahkamah Syariah dan Bidang Kuasanya di Malaysia. Kuala Lumpur: Universiti Malaya.

    Buang, Ahmad Hidayat. (1998). Undang-undang Islam di Mahkamah-mahkamah Syariah di Malaysia. Kuala Lumpur: Universiti Malaya.

    A. Othman, Mahmud Saedon. (1998). Institusi Pentadbiran Undang-Undang dan Kehakiman Islam. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

    Ainiah, Kamar. (1998). Undang-Undang Perkahwinan dan Perceraian Dari Aspek Amalan. Kuala Lumpur: Universiti Malaya.

    Ibrahim, Ahmad Mohamed. (1999). Undang-Undang Keluarga Islam Di Malaysia. Kuala Lumpur: Malayan Law Journal Sdn Bhd.

    Ibrahim, Ahmad Mohamed. (2000). The Administration Of Islamic Law in Malaysia. Kuala Lumpur: Institut Kefahaman Islam Malaysia.

    Abdul Majid, Mahmood Zuhdi. (2001). Bidang Kuasa Jenayah Mahkamah Syariah di Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

  • TOPIK 10 SISTEM PENTADBIRAN UNDANG-UNDANG ISLAM DI MALAYSIA 275

    Borhan, Abd. Jalil. (2002).Pengantar Perundangan Islam. Skudai: Universiti Institut Teknologi Mara.

    Buang, Ahmad Hidayat. (2005). Mahkamah Syariah di Malaysia. Kuala Lumpur: Universiti Malaya.

    Yaacob, Abdul Monir dan Shamsiah, Siti Md Supi.(2006). Manual Undang-undang Keluarga Islam. Kuala Lumpur: Institut Kefahaman Islam Malaysia.

    Tamby, Faiza Chik. (2006). Mengenal Mahkamah Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

    Muda, Mohd Zamro, dan Mohd Ridzuan Awang. (2006). Undang-undang Pusaka Islam Pelaksanaan di Malaysia. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.

    Arifin, Mahamad. (2007). Pentadbiran Undang-undang Islam di Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

    Abdul Rahman, Datuk Sheikh Ghazali. (2007). Isu dan Permasalahan Terkini Mahkamah Syariah. Bandar Baru Nilai: Kolej Universiti Islam Malaysia.

    Zulkifli bin Hasan, Abd Hamid bin Abd Murad, Arif Fahmi bin Md. Yusof, (2007). Amalan Kehakiman dan Guaman Syarie di Malaysia. Bandar Baru Nilai: Kolej Universiti Islam Malaysia.

    Shuaib, Farid Sufian. (2008). Powers and Jurisdiction of Shariah Courts in Malaysia. Kuala Lumpur: Lexisnexis Malaysia Sdn Bhd.