topik 1 pengenalan siasah shariyyah

Upload: tia-fathiah-hj-ismail

Post on 08-Jul-2018

228 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/19/2019 Topik 1 Pengenalan Siasah Shariyyah

    1/14

     

    PENGENALANTopik ini akan membincangkan perkara yang berkaitan dengan pendefinisianSiasah SharÊiyyah yang dikemukakan oleh para ulama Islam. Perbahasan yangdikemukakan oleh mereka adalah penting untuk diperhalusi bagi memahamisecara menyeluruh berkaitan dengan Siasah SharÊiyyah dari aspek ruang lingkupdan matlamatnya dalam pemikiran Islam.

    SIASAH SHAR’IYYAH DAN

    PENGENALANNYASiasah Syariah atau Sistem Politik Islam bukanlah ilmu baru dalam kalanganulama Islam, malah perbahasan dan perbincangan mengenainya telah merentasmasa mahupun sempadan geografi. Ianya sejajar dengan kepentingannya yangsecara langsung berkait rapat dengan kelangsungan Islam dan umat Islam itusendiri.

     Justeru, semenjak awal kurun lagi telah wujud ramai cendekiawan Islam yangmenulis tentang Siasah SharÊiyyah seperti:

    1.1

    TTooppiik k  

    1Pengenalan

    Siasah SharÊiyyah

    Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:

    1. Mendefinisikan Siasah SharÊiyyah;

    2. Menjelaskan ciri-ciri Siasah SharÊiyyah;

    3. Menjelaskan tentang falsafah dan matlamat Siasah SharÊiyyah; dan

    4. Menghuraikan pandangan sarjana Islam tentang Siasah SharÊiyyah.

    HASIL PEMBELAJARAN

  • 8/19/2019 Topik 1 Pengenalan Siasah Shariyyah

    2/14

        TOPIK 1 PENGENALAN SIASAH SHAR’IYYAH2

    (a) Abu Yusuf (181H);

    (b) Imam al-Mawardiy al-ShafiÊiy (450H);

    (c) Abu YaÊla al-Hanbaliy (458H); dan(d) Imam al-Haramain al-Juwainiy al-ShafiÊiy (476H).

    Manakala pada zaman pertengahan pula, telah lahir penulisan-penulisan berkaitan Siasah SharÊiyyah hasil karangan para ulama seperti:

    (a) Ibn Taimiyyah al-Hanbaliy (728H);

    (b) Ibn Qayyim al-Jawziyyah (751H);

    (c) Ibn JamaÊah (749H); dan

    (d) ÂAbd al-Rahman ibn Khaldun (1406M/808H).

    Dalam era sains dan teknologi terkini, ditambah dengan kepelbagaian teori danpraktikaliti sistem politik serta pemerintahan, ulama kontemporari Islam yang adapada masa itu adalah seperti:

    (a) Al-Maududi;

    (b) Dr. Yusuf al-Qaradawi;

    (c) Dr. ÂArif Khalil Abu ÂEid;

    (d) Dr. Muhammad Salim al-ÂEiwa;

    (e) Dr. Mustafa al-SibaÊiy; dan

    (f) para intelektual Islam yang lain.

    Mereka terus gigih berbincang dan menulis berkaitan disiplin ilmu Siasah Syariah berserta pendekatan-pendekatan baru yang selari dengan syariat agar ianya tetaprelevan sepanjang zaman.

    Walaupun penulisan-penulisan hasil karangan para ulama sepanjang zaman ini di

    didatangkan dengan tajuk-tajuk yang pelbagai seperti Al-Imamah , Al-Khilafah ,Nizam al-Hukm , Al-Siyasah al-SharÊiyyah  dan sebagainya, yang pasti kesemuanyasaling berkaitan iaitu membicarakan tentang asas dan struktur pemerintahan sertapentadbiran sesebuah negara Islam.

  • 8/19/2019 Topik 1 Pengenalan Siasah Shariyyah

    3/14

      TOPIK 1 PENGENALAN SIASAH SHAR’IYYAH 3

    AKTIVITI 1.1

    1. Kenali para ulama yang dinyatakan di atas, kemudian nyatakan jodol-jodol buku karangan mereka dalam Siasah SharÊiyyah.

    2. Terangkan dengan ringkas tentang riwayat hidup dua orang tokohpolitik Islam yang memperjuangkan kemerdekaan negara.

    1.1.1 Pengertian Siasah Shar’iyyah

    Pengertian Siasah SharÊiyyah boleh dibahagikan kepada bahasa dan syarak. Rajah

    1.1 berikut menerangkan pengertian Siasah SharÊiyyah dari segi bahasa dansyarak.

    Rajah 1.1: Pengertian Siasah SharÊiyyah

    Ini bermakna, adalah menjadi tanggungjawab seorang ketua negara dan barisankepimpinannya memastikan bahawa setiap prinsip, kaedah, pemikiran dan nilai-nilai tradisi daripada sistem politik dan kuasa pemerintahan yang diterima pakaioleh negara tersebut bertepatan dengan Islam dan dapat berjalan dengan baiksekali gus mendatangkan kebaikan dan manfaat kepada rakyat.

    " -""-    "

    - "" 

    - "

  • 8/19/2019 Topik 1 Pengenalan Siasah Shariyyah

    4/14

        TOPIK 1 PENGENALAN SIASAH SHAR’IYYAH4

    1.1.2 Perbahasan Ilmu Siasah (Politik)

    Siasah merupakan perkataan Melayu yang berasal daripada bahasa Arab dengan

    sebutannya yang hampir serupa: Siyasah. Ia pernah digunakan dalam disiplin-disiplin pengajian tertentu sebelum digantikan oleh istilah Inggeris:  politics . Iakemudian dimelayukan dengan pengubahsuaian ejaan yang kita gunakansekarang iaitu politik.

    Pengajian ilmu siasah atau politik amat penting kepada umat Islam kerana ia berkait rapat dan saling bergantungan dengan kehidupan dan kelangsungan umatIslam dan Islam itu sendiri.

    Umumnya, terdapat dua perkara yang menjadi perbahasan utama dalam ilmu

    politik iaitu berkaitan dengan:

    (a) Negara yang merupakan platform perlaksanaan kuasa pemerintahan; dan

    (b) Kerajaan yang merupakan pihak berkuasa di dalam sesebuah negara.

    Kedua-duanya menjadi asas kepada perbahasan yang lebih khusus di kalangansarjana silam dan kontemporari Islam serta Barat.

     Justeru, telah bermula perbincangan, perbahasan mahupun perdebatan dikalangan mereka berhubung elemen penting di dalam negara dan kerajaan.

    Elemen-elemen tersebut adalah seperti di Rajah 1.2:

  • 8/19/2019 Topik 1 Pengenalan Siasah Shariyyah

    5/14

      TOPIK 1 PENGENALAN SIASAH SHAR’IYYAH 5

    Rajah 1.2 : Elemen-elemen penting dalam negara dan kerajaan

    SEMAK KENDIRI 1.1

    1. Huraikan dengan jelas definisi dan maksud Siasah SharÊiyyah.

    2. Apakah elemen-elemen penting di dalam negara dan kerajaan yangmenjadi topik utama perbahasan Siasah SharÊiyyah?

    1.1.3 Ciri-ciri Siasah Shar’iyyah

    Sebagai satu disiplin ilmu yang penting, terdapat beberapa ciri utama yangmembezakan antara Siasah SharÊiyyah dengan sistem Politik Moden anjurannegara Barat. Antara ciri-ciri tersebut adalah seperti dalam Jadual 1.1 berikut.

  • 8/19/2019 Topik 1 Pengenalan Siasah Shariyyah

    6/14

        TOPIK 1 PENGENALAN SIASAH SHAR’IYYAH6

    Jadual 1.1: Ciri-ciri Siasah SharÊiyyah 

    Ciri ciri Penjelasan

    Berpegang kepada prinsip al- Uluhiyyah.  Segala pelakuan

    dan matlamat dalam

     berpolitik adalah ikhlas

    kerana Allah S.W.T dan

    semata-mata mencari

    keredaan-Nya.

    Meletakkan unsur al-Hakimiyyah yakni syariatsebagai kuasa utama dalam memerintah (al-ÂAmr ) dan

    menegah (al-Nahy ), seterusnya mengikat para

    pemimpin dan kerajaan dengan Islam dan maqasid nya

    dalam semua aspek pemerintahan serta urus tadbir.

    Berpegang kepada falsafah al- 

    ÂUbudiyyah   iaitu kepatuhan

    dan penyerahan diri

    sepenuhnya kepada AllahS.W.T dengan penuh

    keyakinan dan kecintaan.

    Menerapkan siasah dalam segenap aspek kehidupan.

    Iltizam dan komitmen yang tinggi dituntut untuk

    direalisasikan sejajar dengan tujuan penciptaan

    manusia. Kerajaan yang dibentuk hanyalah sebagaiwasilah (perantara) bagi ummah melaksanakan

    pelbagai tanggungjawab agama dan dunia dengan

    sempurna.

    Kerajaan terbina atas

    gabungan kekuatan spiritual

    dan material.

    Kolaborasi ini merupakan pemangkin dan

    pemudahcara dalam pelaksanaan hukum serta urusan

    duniawi dan ukhrawi. Justeru, nurani individu

    memahami bahawa kewajipan terhadap negara

    merupakan sebahagian daripada simbol ketaatan

    kepada Allah S.W.T.

    Pemerintahan merupakanamanah Allah kepada

    manusia.

    Ianya merupakan satu kelangsungan daripada risalahpara nabi dan rasul terdahulu. Pemimpin

     bertanggungjawab memelihara agama dan mentadbir

    dunia dengan prinsip serta nilainya. Oleh itu, sesuatu

    perlantikan dan tindakan hendaklah dilaksanakan

    dengan penuh ketelusan kerana ianya adalah milik

    rakyat untuk kepentingan rakyat.

    Kesamarataan taraf antara

    pemimpin dan rakyat.

    Ciri ini memberi impak besar dalam mengawal

    tingkah laku dan tindakan para pemerintah. Ianya

    menafikan imuniti mereka di sisi undang-undang

    sekali gus dapat melahirkan pemimpin yang adil, bertanggungjawab dan berjiwa rakyat. Ciri ini juga

    meletakkan kedudukan pemimpin itu kekal sebagai

    „manusia‰ sekali gus dapat menjauhkan unsur-unsur

    pendewaan dan penyanjungan berlebih-lebihan

    terhadap seseorang pemimpin seperti mana yang

    pernah berlaku dalam sejarah Maharaja Rom (Kaisar)

    dan Maharaja China.

  • 8/19/2019 Topik 1 Pengenalan Siasah Shariyyah

    7/14

      TOPIK 1 PENGENALAN SIASAH SHAR’IYYAH 7

    AKTIVITI 1.2

    1. Cari bersama rakan anda beberapa definisi Siasah SharÊiyyah yangtelah diutarakan oleh para cendekiawan Islam dan bandingkannyadengan definisi sistem politik Barat.

    2. Huraikan kaitan antara definisi Siasah SharÊiyyah dengan Kaedah

    Fiqhiyyah "  "   yang bermaksud:Tindakan pemimpin tertakluk kepada maslahah rakyat.

    1.2 FALSAFAH TEORI ILMU POLITIK ISLAMIslam merupakan agama yang komprehensif di mana setiap sistem atau teori yangterbentuk secara semula jadi adalah selari dengan falsafah kehidupan Islam yangterangkum dalam doktrin Iman, Islam dan Ehsan. Justeru, sejak zamanNubuwwah lagi teori ilmu politik Islam telah wujud dan dikembangkan darisemasa ke semasa dalam perbahasan para ulama dan umara khususnya selepaskewafatan Rasulullah s.a.w. Keprihatinan ini lahir daripada kesedaran betapapentingnya politik dalam memastikan kelestarian dan survival  Islam dan ummah.Hasilnya, sebatian yang terbentuk daripada dua unsur utama yang wujud dalam

    masyarakat Arab pada zaman awal Islam iaitu „al-din‰  dan „al-asabiyyah‰   telahmelahirkan satu kekuatan spiritual dan fizikal yang telah berjaya memacu ummahmenuju kegemilangan.

    1.2.1 Perbahasan Ulama Mengenai Ilmu Politik

    Siasah SharÊiyyah atau Politik Islam dari segi penggunaan istilahnya merupakansatu disiplin ilmu yang masih baru di kalangan ulama syariah sungguhpun isikandungan dan teori-teorinya telah wujud seiring dengan kedatangan Islam.Masyarakat masih berada dalam kesamaran untuk memahami disiplin ilmu ini

    kerana pada masa lalu, ianya lebih bersifat eksklusif yang hanya diperbincangkandalam kuliah dan seminar akademik oleh para intelektual dalam bidang ini sahaja.Tambahan pula, Islam sendiri tidak menetapkan secara terperinci bentuk sistempolitik dan pemerintahan yang khusus untuk diaplikasi oleh umatnya.

    Namun begitu, jika disingkap khazanah ilmu silam, perbahasan tentangpengertian, teori mahupun aplikasi ilmu politik atau siasah telah pun bermulasemenjak kurun pertama Hijrah lagi. Imam Abu Hanifah r.a contohnya, pernahmengutarakan satu pendapat yang menyatakan hukum hudud tidak dilaksanakanke atas ketua negara. Pendapat beliau ini bukan bermaksud menafikan hukuman

  • 8/19/2019 Topik 1 Pengenalan Siasah Shariyyah

    8/14

        TOPIK 1 PENGENALAN SIASAH SHAR’IYYAH8

    tersebut tetapi hanya menimbulkan persoalan tiada kuasa pelaksana yang lebihtinggi daripada kuasa ketua negara.

    Ibn Qayyim al-Jawziyyah di dalam bukunya „al-Turuq al-Hukmiyyah ‰ telahmenukilkan kata-kata Imam al-Syafie r.a yang menyebut bahawa:

    „Tiada siasah (politik) kecuali yang berlandaskan hukum syarak...‰.

    Ibn Qayyim sendiri turut membicarakan tentang politik apabila beliaumembahagikan politik itu kepada siasah yang berasaskan keadilan dan siasahyang berasaskan kezaliman.

    Ibn ÂUqayl al-Hanbaliy menerusi kitabnya „al-Funun ‰ menyatakan bahawa:

    „Politik dalam Islam menjurus kepada segala perbuatan dan tindakan yang mendekatkan manusia dengan segala kebaikan (al-solah) danmenjauhkan mereka daripada sebarang kebinasaan (al-Fasad)meskipun ianya tidak datang melalui sunnah Rasulullah mahupunwahyu Ilahi‰.

    Kata-kata beliau ini bukanlah satu penolakan terhadap apa yang dinyatakan olehImam Syafie r.a, tetapi sebagai menolak pandangan sempit segelintir ulama yangenggan menerima secara total sesuatu yang tidak bersandarkan kepada nas-nasdaripada al-Quran dan sunnah.

    Perbahasan tentang ilmu politik turut disentuh oleh ulama silam seperti al-Mawardiy dan Abu YaÊla al-Hanbaliy di dalam kitab mereka „al-Ahkam al- Sultaniyyah ‰ walaupun menghadapi pelbagai tekanan daripada pemerintahketika itu.

    Ibn Taimiyyah pula di dalam kitabnya „al-Siyasah al-SharÊiyyah ‰ bukan sahaja

    mendatangkan nas-nas daripada al-Quran dan sunnah yang berkaitan denganpolitik dan pemerintahan semata-mata, tetapi turut membawa hasil ijtihad yang

     berasaskan realiti semasa umat Islam dan pemerintahan ketika itu. Muhammad al-Mubarak dalam pengantarnya kepada buku berkenaan menyatakan bahawakarangan Ibn Taimiyyah ini bukan sahaja mengandungi teori dan idealisme, tetapiturut memuatkan hasil analisa yang bertepatan dengan realiti umat ketika itukerana beliau merupakan seorang yang fakih dan aktif dalam bermasyarakat.

     Jelasnya di sini bahawa walaupun istilah Siasah SharÊiyyah masih baru dikalangan kita, kewujudan isi kandungannya dari segi idealisme mahupun

  • 8/19/2019 Topik 1 Pengenalan Siasah Shariyyah

    9/14

      TOPIK 1 PENGENALAN SIASAH SHAR’IYYAH 9

    aplikasinya telah pun wujud sejak zaman awal Islam lagi. Kemunculan negaraseterusnya empayar Islam sejak zaman-berzaman serta penguasaannya yangmelangkaui benua juga menjadi satu bukti yang kukuh bahawa terdapat satu

    sistem politik dan pemerintahan berlandaskan syariat yang mampan dan uniktelah diguna pakai dalam pentadbiran negara dan empayar tersebut. Bukti inisekali gus menolak pandangan beberapa sarjana Barat seperti Schacht dancendekiawan Islam yang terpengaruh dengannya seperti ÂAli ÂAbdul Raziq yangmendakwa bahawa Islam tidak mengandungi ajaran-ajaran yang bersifat politikmanakala ulama Islam tidak memberi apa-apa sumbangan terhadap penulisandan perkembangan ilmu politik. Sebaliknya, menurut mereka Islam hanyamelakukan plagiat dan penjenamaan semula terhadap hasil penulisan Parsi danGreek.

    1.2.2 Perbincangan Isu-isu Semasa Politik Islam

    Sebagai satu cabang ilmu Islam yang lebih bersifat praktis, Siasah SharÊiyyah tidakdapat lari dari pelbagai persoalan semasa yang memerlukan kepada satuperbincangan serius dan terbuka bukan sahaja dalam kalangan ahli akademik,tetapi turut melibatkan gabungan antara ahli akademik sebagai pemikir dan ahlipolitik yang lebih bersifat pelaksana.

    Dewasa ini, pelbagai tohmahan dilemparkan oleh musuh-musuh Islam denganmenyatakan bahawa sistem Politik Islam bersifat kuno dan tidak lagi relevan

    untuk diamalkan pada masa kini. Hal ini dibuktikan dengan kejatuhan satu-persatu negara Islam dan bertukarnya sistem pemerintahan negara tersebut samaada kepada sistem Barat sepenuhnya atau sebahagian daripadanya seperti sistemdemokrasi berparlimen.

    Mereka juga turut memanipulasi hukum-hukum jenayah Islam yang dilihat amatkejam serta mencabuli hak-hak asasi manusia. Selain itu, dengan perkembangansains dan teknologi serta arus media dan perniagaan yang bersifat global danliberal, musuh-musuh Islam terus memperkecilkan kesesuaian Islam dansistemnya bagi menangani situasi semasa sambil mewarwarkan kehebatan dankesempurnaan sistem Barat ciptaan mereka.

    Selain itu, umat Islam sendiri turut bercakaran sesama sendiri di bidang politikdan terlibat dalam pelbagai jenayah salah laku seperti rasuah dan sebagainya,sehingga menjejaskan prinsip ketuanan dan kepimpinan mereka di mata orang

     bukan Islam. Ini memberikan satu impak besar dan tekanan yang tinggi untukterus melihat keunggulan Islam dan sistem politik dan pemerintahannya terusunggul dan diyakini untuk kembali diimplementasikan di negara berkenaan.

  • 8/19/2019 Topik 1 Pengenalan Siasah Shariyyah

    10/14

        TOPIK 1 PENGENALAN SIASAH SHAR’IYYAH10

    Mengulas persoalan-persoalan ini, apa yang nyata ialah tiadanya pelaksanaansistem Islam di negara tersebut bukan bermakna ketidaksesuaiannya, tetapi lebihmerujuk kepada kelemahan dan kecuaian umat Islam sendiri dalam memelihara

    prinsip agama, ketidakupayaan mereka menghayati keindahan syariat dantewasnya mereka dengan dakwaan dan idealisme musuh terhadap agama sendiri.Malah di sesetengah negara Islam, keadaan diburukkan lagi dengan kewujudancampur tangan kuasa-kuasa besar dari Barat dalam struktur pentadbiran negara.Antara campur tangan ini termasuklah penyerahan urusan-urusan pentadbirannegara kepada pemimpin boneka sama ada yang kurang arif dan tidak komiteddengan agama atau yang tidak mendapat kepercayaan dan legitimasi rakyat.

    Seperkara lagi, umat Islam tidak seharusnya melihat secara makro bahawa sebuahnegara Islam itu ialah apabila undang-undang Islam dapat dilaksanakansepenuhnya di negara tersebut. Umat Islam harus lebih realistik dan terus

     berusaha dengan penuh keyakinan bahawa sungguhpun undang-undang Islam belum sempurna dilaksanakan, tetapi negara tersebut masih sebuah negara Islamdari sudut pandangan mikro. Justeru, usaha yang berterusan berserta strategi yangmampan perlu digembleng agar syariat dapat diterapkan dengan penuh harmonitanpa mengganggu atau menggugat kestabilan dan kemakmuran negara

     berkenaan.

    AKTIVITI 1.3

    1. Berikan contoh-contah pelaksanaan Siasah SharÊiyyah dalamurusan pentadbiran negara pada zaman KhulafaÊ Rasyidin danKhalifah MuÊawiyah r.a.

    2. Bincangkan secara berkumpulan, isu-isu politik semasa yangsedang berlaku di tempat anda.

    1.3 RUANG LINGKUP SIASAH SHAR’IYYAH

    Sebagai satu disiplin ilmu yang dipelajari dan dipraktikkan secara berterusan sejakzaman-berzaman, para pengkaji Siasah SharÊiyyah sentiasa melahirkan pelbagaiidea dan perbahasan politik yang dilihat mampu menyumbang kepadapembangunan ilmu Siasah SharÊiyyah sekali gus dapat dipraktikkan dalammasyarakat. Oleh itu, bagi memastikan idea dan titik perbahasan tersebut tidakmenyimpang dari disiplinnya, ilmu Siasah SharÊiyyah mempunyai ruanglingkupnya yang tersendiri sebagai satu mekanisme bagi mengelak daripada

     berlakunya pertindihan ilmu siasah dengan ilmu-ilmu lain seperti ilmu falsafah,sosiologi, ekonomi dan sebagainya.

  • 8/19/2019 Topik 1 Pengenalan Siasah Shariyyah

    11/14

      TOPIK 1 PENGENALAN SIASAH SHAR’IYYAH 11

    1.3.1 Bidang Siasah Shar’iyyah

    Skop perbincangan Siasah SharÊiyyah amat luas. Ia merangkumi pelbagai perkara

    dan hukum-hakam berkaitan urusan pemerintahan yang terdapat di dalam al-Quran dan sunnah Rasulullah s.a.w, selain daripada perkara-perkara yang perlu

     bersandar kepada sumber-sumber perundangan yang lain seperti ijmak dan qiyas.

    Sebagai tambahan, skop perbincangan Siasah SharÊiyyah juga meliputi perkara-perkara yang menerima perubahan sejajar dengan peredaran masa dan perubahantempat. Justeru, aplikasi ijtihad para ulama yang muktabar dari semasa ke semasaamat diperlukan agar sistem ini sentiasa dilihat mampu menangani perubahantersebut.

    Secara umumnya, skop perbincangan Siasah SharÊiyyah meliputi segala perbuatanpemimpin, rakyat dan organisasi yang ada hubung kait dengan urusanpemerintahan dan pentadbiran. Namun, dari segi hakikat dan kebiasaannya, skopperbincangan Siasah SharÊiyyah adalah berkisar kepada perkara-perkara berikut:

    (a) Konsep negara dan kenegaraan;

    (b) Doktrin kepimpinan negara;

    (c) Kekuasaan kepimpinan dalam negara;

    (d) Hak dan tanggungjawab rakyat dan syarat-syarat kewarganegaraan;

    (e) Prinsip perlembagaan dan sistem perundangan negara;

    (f) Sistem syura dan amalan demokrasi berparlimen;

    (g) Metod pelaksanaan Siasah SharÊiyyah dalam urusan pentadbiran negara; dan

    (h) Institusi Islam semasa di dalam dan luar negara.

    SEMAK KENDIRI 1.2

    1. Sejauhmanakah kepentingan ijtihad dalam Siasah SharÊiyyah?2. Nyatakan perkara-perkara yang sering menjadi persoalan utama

    dalam skop perbincangan ilmu Siasah SharÊiyyah.

  • 8/19/2019 Topik 1 Pengenalan Siasah Shariyyah

    12/14

        TOPIK 1 PENGENALAN SIASAH SHAR’IYYAH12

    1.3.2 Matlamat Siasah Shar’iyyah

    Siasah SharÊiyyah sama ada dari sudut teori mahupun praktisnya telah

    memperlihatkan kepada kita bahawa ianya wujud sebagai salah satu wadahkepada kelangsungan agama Islam dan kehidupan generasi manusiakeseluruhannya. Dengan berpaksi kepada dua matlamat asas iaitu memeliharaajaran Islam secara komprehensif (Hirasat al-Din ) dan mengurus tadbir halehwal dunia berlandaskan syariat (Siyasat al-Dunya ), Siasah SharÊiyyah atauPolitik Islam mampu mempertahankan prinsip-prinsip keadilan sejagat sekaligus bertindak sebagai pengimbang tara (check and balance ) kepada tingkah lakumanusia.

    Matlamat ini jelas bertepatan dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh RabiÊ

    ibn ÂAmir di hadapan Rustum (pemimpin Parsi) menerusi kata-katanya:

    „Sesungguhnya Allah mengutus kami untuk mengeluarkanmanusia dari penyembahan terhadap manusia kepada

     penyembahan terhadap Allah semata-mata, dari kesempitan duniakepada keluasannya dan dari kezaliman berbagai macam agamakepada keadilan Islam...‰.

     Justeru, bagi mencapai kedua-dua matlamat ini, pemimpin yang

    mengaplikasikan Siasah SharÊiyyah adalah bertanggungjawab menyediakanprasarana pendidikan serta mendirikan institusi dakwah yang sewajarnyasebagai satu wahana pengembangan agama dan ilmu pengetahuan yang sangatdituntut dalam ajaran Islam. Ini kerana, jaminan kebahagiaan, keharmonian dankestabilan dalam masyarakat lebih mudah terbentuk dengan kewujudantamadun Islam dan generasi umatnya yang berilmu, berakhlak, berkaliber dantinggi jati diri. Oleh sebab itulah Rasulullah s.a.w begitu menitikberatkan aspekpembelajaran dalam kalangan sahabat-sahabat Baginda r.a hingga dalam tempohsatu dekad sahaja majoriti penduduk Madinah terdiri daripada golongan yang

     boleh menulis dan membaca.

    AKTIVITI 1.4

    1. Jelaskan empat daripada perkara yang menjadi inti patiperbincangan dalam Siasah SharÊiyyah.

    2. Bincangkan bersama rakan-rakan anda tentang sejauh manapencapaian matlamat Siasah SharÊiyyah di Malaysia.

  • 8/19/2019 Topik 1 Pengenalan Siasah Shariyyah

    13/14

      TOPIK 1 PENGENALAN SIASAH SHAR’IYYAH 13

    Siasah SharÊiyyah merupakan satu disiplin ilmu yang membicarakan tentangurus tadbir dan pemerintahan negara, serta hal ehwal kehidupan ummah.

    Ciri-ciri utama Siasah SharÊiyyah yang membezakannya dengan sistem politikBarat antaranya ialah prinsip Uluhiyyah, ÂUbudiyyah, Hakimiyyah, ÂAdliyyah  dan Musawah .

    Falsafah dan matlamat utama Siasah SharÊiyyah ialah memastikan kelestarianIslam dan survival  ummahnya secara komprehensif menerusi konsep Hirasatal-Din  dan Siyasat al-Dunya .

    Para cendekiawan Islam sentiasa peka dengan isu-isu politik yang melandaumat Islam khususnya bagi menangkis serangan ideologi dan tohmahan Baratterhadap Islam.

    Umat Islam harus memantapkan perpaduan sesama mereka sertameningkatkan tahap keilmuan dan jati diri bagi memastikan ketuanan dankepimpinan mereka dalam masyarakat berbilang agama dan bangsa terusdiiktiraf.

    Islam adalah agama yang lengkap dan sempurna.

    Nas-nas al-Quran, hadis dan logikal akal telah menggariskan prinsip dan asasSiasah SharÊiyyah yang wajib dilaksanakan.

    Siasah SharÊiyyah merupakan salah satu disiplin ilmu yang sangat pentingdalam kehidupan umat Islam.

    Umat Islam harus bersedia dan kreatif dalam menangkis serangan pemikirandan kekuatan persenjataan Barat.

    Sifat keterbukaan dan toleransi sesama umat Islam amat dituntut demimerealisasikan penubuhan sebuah negara yang bergerak atas sistem politikIslam.

    Kejayaan mencapai matlamat Siasah SharÊiyyah banyak bergantung kepadakekuatan modal insan di samping pertolongan dari Allah S.W.T.

  • 8/19/2019 Topik 1 Pengenalan Siasah Shariyyah

    14/14

        TOPIK 1 PENGENALAN SIASAH SHAR’IYYAH14

    Siasah SharÊiyyahSistem politik Islam

    Sistem politik barat / moden

    Penulisan dan nukilan ulama dalam

    pemerintahan dan pentadbiran

    NPH

    H

    S

     

    egara, kerajaan dan organisasirinsip Uluhiyyah, Rububiyyah danakimiyyah

    irasat al-Din

    iyasat al-Dunya

    ÂArif Khalil Abu ÂEid. (1995). Nizamul-Hukm fi al-Islam . Jordan: Dar al-Nafais.

    Ibn Qayyim al-Jawziyyah. (t.t.). Al-Turuq al-Hukmiyyah fi al-Siasah al- SharÊiyyah .

    Al-Mawardiy Abu Hasan ÂAli ibn Muhammad ibn Habib al-Basariy al-Baghdadiy. (1993). Al- Ahkam al-Sultaniyyah wa al-Wilayah al-Diniyyah .Lubnan : Dar al-Kutub al-ÂIlmiyyah.

    Al-Qaradawiy Yusuf, Dr. (1998). Al-Siyasah al-SharÊiyyah fi Daw`i Nusus al- ShariÊah wa Maqasidiha . Kaherah : MatbaÊah al-Madaniy.