topik 1 pengenalan kepada wacana

41
GWP 1092 WACANA PENULISAN Topik 1: Pengenalan kepada Wacana

Upload: 6pintarskkj

Post on 26-Jan-2016

261 views

Category:

Documents


13 download

DESCRIPTION

Penulisan Wacana PPISMP

TRANSCRIPT

Page 1: Topik 1 Pengenalan Kepada Wacana

GWP 1092WACANA PENULISAN

Topik 1: Pengenalan kepada Wacana

Page 2: Topik 1 Pengenalan Kepada Wacana

Pengenalan

Apakah yang anda faham maksud WACANA ?

Page 3: Topik 1 Pengenalan Kepada Wacana

Definisi Wacana1. Wacana adalah terjemahan dari

perkataan Inggeris discourse.“ Kata discourse berasal daripada bahasa Latin discursus yang bererti lari kian-kemari.

2. Wacana berasal daripada perkataan bahasa Jawa wocono. Wocono pula daripada woco yang bermaksud baca.

Page 4: Topik 1 Pengenalan Kepada Wacana

Definisi Wacana Wacana ialah 1. hubungan fikiran dengan

kata-kata; ekspresi idea-idea atau gagasan-gagasan; atau percakapan 2. hubungan secara umum, terutama sebagai suatu subjek kajian atau pokok telahan 3. Risalah tulis; disertasi formal; kuliah, ceramah; khutbah.

(Kamus Webster, 1983)

Page 5: Topik 1 Pengenalan Kepada Wacana

Definisi Wacana Menurut kamus linguistik, wacana didefinisikan sebagai satuan kebahasaan terlengkap; dalam hierarki gramatikal merupakan satuan gramatikal tertinggi atau terbesar. Wacana direalisasikan dalam bentuk karangan yang utuh (buku, ensiklopedi, novel, dll) paragraf, kalimat atau kata yang membawa amanat yang lengkap (Kridalaksana, 2008).

Page 6: Topik 1 Pengenalan Kepada Wacana

Definisi Wacana Wacana ialah 1. keseluruhan tutur yang

merupakan suatu kesatuan, ucapan, pertuturan, percakapan 2. kesatuan fikiran yang utuh, sama ada dalam bentuk lisan (seperti pidato, khutbah) atau tulisan (seperti surat, artikel, novel, cerpen).

(Kamus Dewan Edisi Keempat)

Page 7: Topik 1 Pengenalan Kepada Wacana

Definisi WacanaWacana ialah unit bahasa yang melebihi batas ayat, yang di dalamnya memperlihatkan hubungan-hubungan dan perkembangan fikiran yang berurutan seperti ayat, sejumlah ayat, ceraian, perenggan, bab, buku, novel, cerpen, cerita, dialog, siri buku (cerita) dan sebagainya.

(Asmah Hj Omar,1982)

Page 8: Topik 1 Pengenalan Kepada Wacana

Definisi WacanaWacana adalah keseluruhan kelahiran bahasa oleh penutur atau penulis iaitu penglahiran sistem bahasa dan unsur-unsur luar pada sistem bahasa yang menyumbang ke arah menjadikan petuturan atau tulisan itu sebagai yang bermakna dalam berkomunikasi.

Asmah Hj Omar (1986)

Page 9: Topik 1 Pengenalan Kepada Wacana

Definisi WacanaWacana adalah unit bahasa yang melebihi batas ayat, kerana itu ia boleh terdiri daripada ayat, sejumlah ayat, ceraian, bab, buku, dialog, siri buku dan sebagainya yang di dalamnya memperlihatkan hubungan-hubungan dan perkembangan fikiran yang berturutan. Menurut beliau lagi, wacana merupakan kesatuan bahasa yang lengkap.

(Raminah Haji Sabran, 1984)

Page 10: Topik 1 Pengenalan Kepada Wacana

Definisi WacanaWacana adalah rentetan kalimat yang berkaitan sehingga terbentuklah makna yang serasi di antara kalimat itu.

( Anton M.Moeliono, 1995)

Page 11: Topik 1 Pengenalan Kepada Wacana

Definisi Wacana Istilah wacana digunakan bukan hanya mencakupi percakapan, tetapi juga dalam syarahan di khalayak, tulisan, laporan-laporan ilmiah, dan lakonan. Wacana meliputi keempat tujuan penggunaan bahasa, iaitu;

a. Ekspresi diri sendirib. Eksposisi (pemaparan)c. Sasterad. Persuasi

(Landsteen, 1979)

Page 12: Topik 1 Pengenalan Kepada Wacana

Definisi WacanaUnit-unit wacana mempunyai struktur dalaman apabila ditelaah, ternyata sama teratur dan terpercayanya dengan struktur ayat-ayat. Unit-unit ini dibentuk oleh sejumlah perinsip kepaduan yang rasmi dan yang bersifat kultural, termasuk pengaturan kala atau waktu, struktur pohon, dan keseluruhan jaringan asumsi-asumsi sosial tentang cara, hal-hal itu ada dan cara hal-hal itu menjelma.

(Linde, 1981)

Page 13: Topik 1 Pengenalan Kepada Wacana

Definisi WacanaWacana merupakan satu peristiwa yang berstruktur yang dimanifestasikan dalam perilaku linguistik (atau yang lainnya), sedangkan teks adalah suatu urutan ekspresilinguistik yang berstruktur dan membentuk suatu keseluruhan yang padu atau unit.

(Edmondson, 1981)

Page 14: Topik 1 Pengenalan Kepada Wacana

Definisi Wacana Wacana adalah seperangkat proposisi yang saling berhubungan untuk menghasilkan suatu rasa kepaduan atau rasa kohensi bagi penyemak atau pembaca. Kohensi atau kepaduan itu sendiri harus muncul daripada isi wacana, tetapi banyak sekali rasa kepaduan yang dirasakan oleh penyemak atau pembaca perlu mundur daripada cara pengutaraan atau pengutaraan wacana tersebut.

(Deese,, 1984)

Page 15: Topik 1 Pengenalan Kepada Wacana

Definisi Wacana Wacana merupakan kesatuan bahasa yang lebih besar daripada ayat atau klausa. Dengan perkataan lain wacana wacana merupakan unit-unit linguistik yang lebih besar daripada ayat atau klausa, seperti pertukaran-pertukaran percakapan atau teks-teks tulisan. Secara ringkas: yang disebut teks bagi wacana adalah ayat bagi ujaran (utterance).

(Stubbs,, 1983)

Page 16: Topik 1 Pengenalan Kepada Wacana

Rumusan WacanaMenurut Asmah Haji Omar dalam artikel Jurnal Dewan Bahasa yang bertajuk “ Analisis Wacana “ menyatakan terdapat lapan unsur-unsur penting dalam wacana iaitu :

1.satuan bahasa

2.terlengkap

3.mengatasi ayat atau klausa

4.teratur atau tersusun rapi

5.berkesinambungan

6.kohesi

7.lisan atau tulisan

8.awal dan akhir yang nyata.

Page 17: Topik 1 Pengenalan Kepada Wacana

Rumusan Wacana Unsur-unsur penting wacana yang dapat dilihat adalah seperti berikut:

HAKIKAT WACANA

satuanbahasa terlengk

ap & tertinggi

di atas ayat/klausateratu

r rapi/ koheran

awal & akhir yang nyata

lisan & tulis

rasa kohensi/rasa kese- paduan

berkesi-nambun-gan

Page 18: Topik 1 Pengenalan Kepada Wacana

Struktur Wacana“wacana adalah satuan bahasa yang paling lengkap, lebih tinggi dari klausa dan perkataan”

fonem

morfem

kata

frasa

klausa

Kalimat/ayat

WACANA

Page 19: Topik 1 Pengenalan Kepada Wacana

Rumusan Definisi Wacana Antara definasi wacana yang lengkap.

Henry Guntur Tarigan (1987), mengemukakan bahwa wacana adalah satuan bahasa yang paling lengkap, lebih tinggi dari klausa dan perkataan, memiliki kohesi dan koherensi yang baik, mempunyai awal dan akhir yang jelas, berkesinambungan, dan dapat disampaikan secara lisan atau tertulis.

Page 20: Topik 1 Pengenalan Kepada Wacana

Kesimpulan

Wacana adalah rangkaian kalimah yang serasi dan menghubungkan proposisi satu dengan proposisi lain dan kalimat satu dengan kalimat lain, sehingga membentuk satu kesatuan.

Kesatuan wacana mengikat kalimat-kalimat tersebut menjadi sebuah teks dan menyebabkan pendengar atau pembaca mengetahui bahawa ia sedang berhadapan dengan sebuah teks atau wacana.

Page 21: Topik 1 Pengenalan Kepada Wacana

Ciri-Ciri Wacana Apakah ciri-ciri wacana?

Page 22: Topik 1 Pengenalan Kepada Wacana

Ciri-Ciri Wacana Menurut Beaugrande dan Dressler (1981), terdapat tujuh ciri ketekstualan yang perlu dipenuhi untuk menghasilkan wacana yang utuh, iaitu;

1.tautan (kohensi)

2.runtutan (koheren)

3.tujuan

4.penerimaan

5.maklumat

6.keadaan

7.interteks

Page 23: Topik 1 Pengenalan Kepada Wacana

Ciri-Ciri WacanaMenurut Nik Safiah Karim dalam Tatabahasa Dewan edisi Ketiga pula, ciri-ciri dalam sebuah wacana yang utuh iaitu,

1. kohesi (tautan)

2. koheren (runtutan)

3. tujuan sesuatu wacana

4. penerimaan oleh pendengar atau pembaca,

5. maklumat yang terkandung,

6. keadaan yang mewujudkan wacana

7. Interteks (peranan wacana–wacana lain yang membantu pendengar atau pembaca memahami apa yang didengar atau dibaca)

Page 24: Topik 1 Pengenalan Kepada Wacana

Ciri-Ciri Wacana

1) Tautan atau kohesi

Tautan atau kohesi ialah keserasian hubungan antara satu unsur linguistik dengan unsur linguistik yang lain dalam sesebuah wacana untuk menghasilkan wacana yang mantap.

Keserasian hubungan ini lazimnya dilihat melalui hubungan antara sesuatu perkataan, frasa atau ayat dengan perkataan, frasa atau ayat lain yang terdapat dalam wacana tersebut.

Page 25: Topik 1 Pengenalan Kepada Wacana

Ciri-Ciri Wacana

1) Tautan atau kohesi

Kohesi juga merujuk kepada idea atau esei yang dijalin rapi hingga menjadi bersepadu.

Kohesi juga dikenali sebagai tetenunan, tautan, kepaduan dan sebagainya.

Contohnya:1. Syazwani, Siti dan Faiznur ke perpustakaan.2. Mereka ke sana untuk meminjam buku.

kedua-dua ayat di atas mempunyai tautan dan ia dianggap sebagai wacana

Page 26: Topik 1 Pengenalan Kepada Wacana

Ciri-Ciri Wacana

2) Runtutan atau koheren

Runtutan atau koheren merupakan kesinambungan idea yang terdapat dalam sesebuah wacana sehingga menjadikan sesebuah teks itu bermakna.

Oleh itu, runtutan merupakan asas dalam pembinaan wacana kerana sesuatu teks itu dianggap sebagai wacana jika teks tersebut mempunyai makna.

Page 27: Topik 1 Pengenalan Kepada Wacana

Ciri-Ciri Wacana

2) Runtutan atau koheren

Contohnya:Penyakit sindrom kurang daya tahan atau Aids bukanlah gejala yang baharu. Penyakit ini telah lama dikesan di beberapa buah negara di Eropah. Walaupun bidang sains dan teknologi berkembang maju, tetapi masalah ini masih tidak dapat diatasi.

Contoh di atas jelas menunjukkan kesinambungan idea melalui perkataan Aids, gejala, penyakit dan masalah ini. Kesinambungan idea ini telah menjadikan ayat-ayat tersebut bertaut di antara satu sama lain untuk membentuk wacana yang bermakna.

Page 28: Topik 1 Pengenalan Kepada Wacana

Ciri-Ciri Wacana

2) Runtutan atau koheren

Contoh ayat-ayat yang tidak koheren: Wanita itu membeli baju baharu bewarna biru. Warna biru ialah warna kegemaran muda-mudi kini. Muda-mudi kini ramai yang menghadapi masalah sosial.

Berdasarkan teks di atas, setiap ayat mempunyai tautan. Tetapi teks tersebut tidak merupakan wacana kerana teks tersebut tidak bermakna dan tidak difahami. Malahan, teks tersebut tidak mempunyai kesinambungan idea atau tidak koheren.

Page 29: Topik 1 Pengenalan Kepada Wacana

Ciri-Ciri Wacana

3) Tujuan

Setiap wacana yang diujarkan sama ada dalam bentuk tulisan atau lisan perlu mempunyai tujuan.

Tujuan sesuatu wacana ini ditentukan oleh penghasil wacana tersebut sama ada penulis atau pembicaranya. Sesuatu wacana perlu mempunyai tujuan untuk menimbulkan interaksi yang komunikatif.

Page 30: Topik 1 Pengenalan Kepada Wacana

Ciri-Ciri Wacana

3) Tujuan

Tujuan ini akan menentukan jenis wacana yang digunakan. Jika tujuan seseorang adalah untuk mendapatkan maklumat, ayat yang sering digunakan ialah ayat Tanya, tetapi jika seseorang itu ingin menyatakan atau menerangkan sesuatu, ayat yang digunakan ialah ayat penyata.

Page 31: Topik 1 Pengenalan Kepada Wacana

Ciri-Ciri Wacana

4) Penerimaan

Sesuatau wacana sama ada lisan atau tulisan, perlu mempunyai pendengar atau pembaca. Pendengar dan pembaca merupakan penerima sesuatu wacana.

Tahap penerimaan seseorang itu tinggi jika pendengar atau pembaca memahami sepenuhnya wacana yang diujarkan sama ada dalam bentuk tulisan atau lisan. Oleh itu, tahap penerimaan adalah tinggi apabila tahap tujuan sama dengan tahap penerimaan.

Page 32: Topik 1 Pengenalan Kepada Wacana

Ciri-Ciri Wacana

5) Maklumat

Setiap wacana mempunyai maklumat.

Maklumat terdiri daripada dua jenis, iaitu maklumat lama dan maklumat baharu.

Maklumat lama ialah maklumat yang telah dinyatakan terdahulu.

Maklumat baharu pula ialah maklumat yang baru sahaja dinyatakan dengan andaian pendengar atau pembaca tidak mengetahui maklumat itu sebelum ini.

Page 33: Topik 1 Pengenalan Kepada Wacana

Ciri-Ciri Wacana

5) Maklumat

Contohnya:(1) Puan Rita mengajar di sekolah menengah.(2) Sekolah itu sekolah berasrama penuh.

Sekolah itu dalam ayat (2) merupakan maklumat lama kerana telah dinyatakan dalam ayat sebelumnya. Sekolah berasrama penuh ialah maklumat baharu kerana baru disebutkan dalam ayat itu

Page 34: Topik 1 Pengenalan Kepada Wacana

Ciri-Ciri Wacana

6) Keadaan

Keadaan ialah latar sewaktu bahasa itu digunakan, dan membantu pendengar atau pembaca memahami sesuatu wacana. Ungkapan “Sila masuk”, misalnya, difahami kerana digunakan dalam keadaan latar seseorang mempelawa seorang lain masuk ke dalam bilik atau rumahnya.

.

Page 35: Topik 1 Pengenalan Kepada Wacana

Ciri-Ciri Wacana

6) Keadaan

Dalam kehidupan sehari-hari terdapat pelbagai jenis latar, misalnya latar rumah tangga, latar tempat kerja, latar tempat membeli-belah, latar berekreasi, latar beribadat, dan bermacam-macam lagi. Setiap latar menghasilkan wacana tersendiri.

Page 36: Topik 1 Pengenalan Kepada Wacana

Ciri-Ciri Wacana

6) Keadaan

Tiap-tiap wacana tidak boleh dimansuhkan maklumat yang bertentangan dengan maklumat yang terdapat dalam ayat sebelumnya.

Contohnya:

“Kelmarin dia tidur sehari suntuk.” “Kelmarin dia tidur sehingga jam 9.00 pagi.”

Page 37: Topik 1 Pengenalan Kepada Wacana

Ciri-Ciri Wacana

6) Keadaan

Tiap-tiap wacana tidak boleh dimansuhkan maklumat yang bertentangan dengan maklumat yang terdapat dalam ayat sebelumnya.

Contohnya:

“Kelmarin dia tidur sehari suntuk.” “Kelmarin dia tidur sehingga jam 9.00 pagi.”

Page 38: Topik 1 Pengenalan Kepada Wacana

Ciri-Ciri Wacana

7) Interteks

Interteks bermaksud sesuatu wacana itu bergantung kepada wacana yang lain.

Hal ini beerti wacana-wacana lain juga memainkan peranan penting untuk membantu seseorang memahami sesuatu wacana yang sedang dibaca atau didengarinya dengan mudah.

Page 39: Topik 1 Pengenalan Kepada Wacana

Ciri-Ciri Wacana

7) Interteks

Dengan kata lain, kefahaman seseorang terhadap sesebuah wacana bergantung kepada pengetahuannya terhadap perkara yang dibaca atau didengarnya itu.

Page 40: Topik 1 Pengenalan Kepada Wacana

SEKIAN

Terima Kasih

Page 41: Topik 1 Pengenalan Kepada Wacana

RujukanAsmah Hj. Omar (1980). Analisis Wacana, dalam Jurnal

Dewan Bahasa 24:3, hal. 11-25 dan 24:4, hal. 9-25.

Tarigan, Henry Guntur (1995), Pengajaran Wacana. Kuala Lumpur: DBP.

Wacana Bahasa Melayu(2009). [Online], [Diakses: 5 Januari 2014]. Boleh didapati: http://gurubahasamelayu.blogspot.com/2009/07/wacana-bahasa-melayu.html