hbss3203 pengenalan sosiologi topik 1

45
TOPIK 1: APA ITU SOSIOLOGI? Disediakan oleh: Chin Han Wei

Upload: university-for-teachers-xd

Post on 20-Jun-2015

2.511 views

Category:

Education


7 download

DESCRIPTION

HBSS3203 Pengenalan Sosiologi

TRANSCRIPT

Page 1: HBSS3203 Pengenalan Sosiologi Topik 1

TOPIK 1: APA ITU SOSIOLOGI? Disediakan oleh: Chin Han Wei

Page 2: HBSS3203 Pengenalan Sosiologi Topik 1

PENGENALAN

Sosiologi merupakan kajian saintifik tentang tingkahlaku manusia.

Menunjukkan kepada kita bagaimana manusia bertingkahlaku dan bertindak, apakah ciri-ciri kumpulan dan masyarakat, dan bagaimana semua ini bergabung dan mempengaruhi tingkahlaku manusia.

Page 3: HBSS3203 Pengenalan Sosiologi Topik 1

1.1 PERSPEKTIF SOSIOLOGI

Imaginasi Sosiologi Sosiologi dalam Sains Sosial Sosiologi dan Asas Logik

Page 4: HBSS3203 Pengenalan Sosiologi Topik 1

1.1.1 IMAGINASI SOSIOLOGI

Apabila ahli sosiologi mengkaji tentang manusia dan tingkahlakunya, mereka memfokus kepada bagaimana manusia dipengaruhi oleh manusia lain dan juga oleh masyarakat.

Tidak kira apa pengalaman peribadi kita, pasti kita akan dipengaruhi oleh arus sosial masyarakat walau di mana pun kita berada.

Page 5: HBSS3203 Pengenalan Sosiologi Topik 1

C.Wright Mills (1916-1962) menyatakan imaginasi sosiologi adalah keupayaan untuk kita melihat pengalaman dan kepayahan yang kita lalui sebagai mencerminkan perancangan struktur masyarakat dan zaman tersebut.

Lazimnya, kita melalui kehidupan seharian kita dengan memikirkan tentang aktiviti yang berkaitan dengan pekerjaan, keluarga dan jiran tetangga.

Imaginasi sosiologi memberi kita peluang untuk kita mengaitkan pengalaman kita dengan masyarakat serta peristiwa silam.

Page 6: HBSS3203 Pengenalan Sosiologi Topik 1

Mengikut Mills, masalah peribadi dan isu masyarakat saling bertindih untuk membentuk struktur sosial dan kehidupan masyarakat yang lebih luas.

Imaginasi sosiologi memberi kita ruang untuk memahami kehidupan masyarakat pada ketika itu dalam konteks faktor seperti persekitaran tempat kerja serta masyarakat keseluruhannya.

Page 7: HBSS3203 Pengenalan Sosiologi Topik 1

Kesimpulannya, imaginasi sosiologi memberi kita peluang untuk mengenalpasti hubungan di antara kehidupan peribadi kita dengan kehidupan sosial masyarakat di sekeliling kita.

Page 8: HBSS3203 Pengenalan Sosiologi Topik 1

1.1.2 SOSIOLOGI DALAM SAIN SOSIAL Ahli sosiologi mengkaji tentang

tingkahlaku manusia seiring dengan bidang sains sosial yang lain seperti: Ekonomi Sejarah Sains politik Psikologi Antropologi Kerja sosial

Page 9: HBSS3203 Pengenalan Sosiologi Topik 1

EKONOMI

Adalah kajian tentang pengeluaran dan pengagihan bahan dan perkhidmatan.

Ahli sosiologi juga berminat mengkaji perkara ini.

Mereka mengkaji tentang bagaimana manusia bekerja dan bagaimana pekerjaan dan agihan bahan ekonomi mempengaruhi kehidupan manusia.

Page 10: HBSS3203 Pengenalan Sosiologi Topik 1

SEJARAH

Sejarah adalah kajian tentang peristiwa lalu.

Sejarawan bukan sahaja menggambarkan peristiwa lalu tetapi juga menerangkan peristiwa bersejarah berdasarkan kepada petunjuk sosial.

Ahli sosiologi juga berminat mengkaji sejarah tetapi mereka menggunakan fakta sejarah untuk menerangkan tentang sikap sosial dan tingkahlaku masa kini.

Page 11: HBSS3203 Pengenalan Sosiologi Topik 1

SAINS POLITIK

Sains politik mengkaji kuasa, ciri-ciri, dan operasi kerajaan dan aktiviti politik dalam pelbagai masyarakat.

Ahli sosiologi lebih berminat mengkaji bagaimana institusi keluarga dan sistem pendidikan mempengaruhi sikap politik dan tingkahlaku pengundi.

Page 12: HBSS3203 Pengenalan Sosiologi Topik 1

PSIKOLOGI

Psikologi merangkumi bidang biologi dan sains sosial.

Kajian tentang proses pemikiran dan tingkahlaku individu.

Perkara yang dikaji adalah fisiologi otak manusia dan sistem urat saraf, pembelajaran, perasaan, motivasi, personaliti dan tingkahlaku yang tidak normal.

Mereka mengkaji masalah daripada aspek individu.

Page 13: HBSS3203 Pengenalan Sosiologi Topik 1

Manakala ahli sosiologi memfokus kepada masyarakat yang moden dan kompleks.

Akhir ini,ahli antropologi semakin berminat mengkaji tentang cara hidup zaman moden disebabkan manusia sudah mula berpendidikan.

Page 14: HBSS3203 Pengenalan Sosiologi Topik 1

ANTROPOLOGI

Seperti psikologi adalah gabungan di antara bidang biologi dan sains sosial.

Ahli antropologi fizikal mengkaji tentang evolusi biologikal spesis manusia serta perbezaan fizikal diantara kumpulan manusia seperti kaum.

Ahli antropologi budaya pula mengkaji tentang budaya dan cara hidup pelbagai masyarakat.

Manakala ahli sosiologi memfokus kepada masyarakat yang moden dan kompleks.

Akhir ini, ahli antropologi semakin berminat mengkaji tentang cara hidup zaman moden disebabkan manusia sudah mula berpendidikan.

Page 15: HBSS3203 Pengenalan Sosiologi Topik 1

KERJA SOSIAL

Ahli sosiologi lebih tertumpu kepada mencari ilmu tentang tingkahlaku manusia.

Manakala mereka yang bergiat dalam kerja sosial mengkaji tentang bagaimana menggunakan ilmu sosiologi untuk membantu manusia menyelesaikan masalah-masalah sosial seperti keretakan rumahtangga dan penagihan dadah.

Page 16: HBSS3203 Pengenalan Sosiologi Topik 1

1.1.3 SOSIOLOGI DAN ASAS LOGIK

Ilmu logik ada sekurang-kurangnya dua kelemahan: Ia tidak objektif. Realitinya tidak diuji

secara sistematik tetapi secara subjektif, iaitu berdasarkan perasaan, kepercayaan atau pengalaman seseorang itu. Iajuga merupakan kepercayaan yang lazimnya diterima pakai oleh sesebuah komuniti.

Idea logik ini memberi kita sebuah idea yang lapuk dan tidak konsisten.

Page 17: HBSS3203 Pengenalan Sosiologi Topik 1

Pendekatan sosiologi memerlukan fakta dan idea yang sistematik dan diuji berdasarkan bukti.

Ini akan memberi kita peluang untuk mempelajari sesuatu yang baru.

Manakala ilmu logik adalah subjektif, tidak konsisten dan tidak semestinya diterima oleh masyarakat.

Ahli sosiologi mencari sesuatu yang objektif, konsisten dan baru.

Page 18: HBSS3203 Pengenalan Sosiologi Topik 1

Untuk mencapai hasrat ini, mereka menggunakan kaedah saintifik.

Ini merupakan salah satu sebab mengapa sosiologi ini menarik.

Ini menunjukkan kepada kita bahawa sesuatu yang menjadi kebiasaan dan logik boleh bertukar kepada sesuatu yang tidak biasa dan tidak umum.

Maka perbezaan di antara sosiologi dan perkara yang logik adalah ketara.

Page 19: HBSS3203 Pengenalan Sosiologi Topik 1

1.2 ASAL-USUL TEORI SOSIOLOGI

Auguste Comte Harriet Martineau Herbert Spencer Emile Durkheim Max Weber Karl Marx

Page 20: HBSS3203 Pengenalan Sosiologi Topik 1

1.2.1 AUGUSTE COMTE

Sosiologi melihat masyarakat daripada satu perspektif baru iaitu pendekatan saintifik yang mementingkan kaedah pemerhatian yang sistematik, pengujian kajian dan analisis perbandingan sejarah.

Membahagikan pengajian masyarakat kepada: Dinamika sosial

Melibatkan proses kehidupan sosial yang mencorakkan perkembangan institusi yang berkaitan dengan perubahan sosial.

Statik sosial Melibatkan aspek kehidupan sosial yang berkaitan dengan

peraturan, kestabilan dan organisasi sosial yang membuat kumpulan dan masyarakat hidup bersama dan berkekalan.

Page 21: HBSS3203 Pengenalan Sosiologi Topik 1

1.2.2 HARRIET MARTINEAU

Menterjemahkan penulisan Comte daripada bahasa Perancis kepada BI.

Banyak mengutarakan tentang gejala perhambaan dan menekankan perlunya undang-undang untuk menjaga pekerja kilang dan kedudukan kaum wanita.

Martineau juga telah memperkenalkan satu disiplin baru hasil pemerhatiannya terhadap tinglahlaku orang di Amerika dan England.

Page 22: HBSS3203 Pengenalan Sosiologi Topik 1

Kajian keatas masyarakat merupakan satu bidang saintifik.

Antara sumbangan beliau adalah sebuah buku kaedah kajian sosial yang bertajuk How to Observe Manners and Morals (1838).

Memperjuangkan kemajuan kaum wanita. Beliau mengkaji bagaimana asas nilai moral

negara yang muda seperti Amerika mencorak penyusunan institusinya.

Page 23: HBSS3203 Pengenalan Sosiologi Topik 1

Beliau juga menekankan persamaan di antara kedudukan wanita dalam masyarakat Barat dan hamba di Amerika di mana beliau memperjuangkan kebebasan dan keadilan untuk mereka.

Page 24: HBSS3203 Pengenalan Sosiologi Topik 1

1.2.3 HERBERT SPENCER

Seorang ahli sosiologi Inggeris, bersependapat dengan Comte tentang statik sosial dan dinamik sosial.

Beliau melihat masyarakat sebagai satu sistem biologi yang terdiri daripada bahagian yang saling berhubungan.

Menurut beliau, masyarakat terdiri daripada institusi (keluarga, agama, pendidikan, kerajaan dan ekonomi) seperti sebuah badan manusia yang terdiri daripada pelbagai organ.

Page 25: HBSS3203 Pengenalan Sosiologi Topik 1

Beliau memfokus kepada struktur dan sumbangan fungsi struktur ini kepada kewujudan sesebuah masyarakat.

Pada masa ini, masyarakat yang berstruktur sedemikian disebut dalam teori fungsional-struktur.

Spencer percaya bahawa dunia akan berkembang dengan lebih baik.

Beliau menerangkan bahawa kerajaan tidak seharusnya campur tangan dalam perkembangan dalam masyarakat.

Page 26: HBSS3203 Pengenalan Sosiologi Topik 1

Manusia dan corak masyarakat yang kukuh akan hidup manakala mereka yang tidak kukuh akan mati.

Sekiranya prinsip dibenarkan wujud dengan bebas, manusia dan institusi sosial akan menyesuaikan diri dengan persekitaran dan perkembangan ke tahap yang lebih tinggi.

Pandangan Spencer menunjukkan bahawa persepsi kita terhadap diri kita dan juga persekitaran kita dicorak oleh zaman sosial yang kita lalui.

Page 27: HBSS3203 Pengenalan Sosiologi Topik 1

1.2.4 EMILE DURKHEIM

Menumpukan perhatian kepada cara masyarakat hidup bersama dan mengekalkan keharmonian.

Sosiologi adalah konsep penyatuan sosial yang melibatkan perhubungan sosial yang wujud di kalangan sekumpulan manusia.

Hubungan yang rapat di antara ahli kumpulan akan menghasilkan perasaan yang lebih kukuh serta bermakna.

Penyatuan sosial penting untuk menyokong keharmonian dan kesejahteraan individu.

Beliau mencadangkan bahawa untuk seseorang individu mengekalkan kesejahteraan hidupnya, dia perlu mencari sesuatu yang bermakna di luar dirinya.

Page 28: HBSS3203 Pengenalan Sosiologi Topik 1

Perkara ini wujud dalam konteks penglibatannya dalam kumpulan masyarakat di sekelilingnya.

Menerangkan bahawa keruntuhan hubungan sosial (misalnya penceraian) akan mengakibatkan kesan negatif.

Dalam sesetengah keadaan, ini akan mendorong seseorang itu untuk membunuh diri.

Kita perlu memfokus kepada kumpulan dan bukannya individu.

Page 29: HBSS3203 Pengenalan Sosiologi Topik 1

Menekankan fakta sosial yang merujuk kepada aspek kehidupan sosial yang tidak boleh dijelaskan secara biologikal atau ciri-ciri mental individu tersebut.

Manusia mengalami fakta sosial sebagai pengalaman luaran di mana ia menjadi sebahagian daripada pengamatan manusia terhadap alam sekelilingnya.

Fakta sosial berperanan mengawal tingkahlaku yang melibatkan peraturan, nilai,moral, undang-undang serta corak tingkahlaku di sekeliling yang akan mempengaruhi kehidupan manusia seharian. Aspek peraturan sosial yang melibatkan kepercayaan individu.

Page 30: HBSS3203 Pengenalan Sosiologi Topik 1

Seseorang individu tidak boleh lepas daripada dipandang serong oleh masyarakat sekiranya ia melanggar peraturan sosial ini.

Bahan-bahan fakta sosial yang merangkumi masyarakat dan institusi utama (misalnya kerajaan, agama, keluarga dan pendidikan) dan juga beberapa bentuk yang terdapat dalam masyarakat (misalnya corak rumah, tahap jenayah, taburan populasi dan sebagainya).

Manakala aspek-aspek yang bukannya bahan fakta sosial adalah seperti peraturan sosial, prinsip moraliti, pengertian kepada simbol dan kesedaran yang wujud daripada pengamatan kepada fakta sosial ini.

Durkheim merupakan ahli sosial yang pertama yang cuba berdepan dengan masalah kompleks yang berkaitan dengan disiplin dan kepantasan kehidupan sosial manusia seharian.

Page 31: HBSS3203 Pengenalan Sosiologi Topik 1

1.2.5 MAX WEBER

Pengaruh beliau boleh dilihat dalam kehidupan sosial yang merangkumi topik seperti politik, organisasi, stratifikasi sosial, perundangan, agama, kapitalisme, muzik, bandar dan perbandingan budaya.

Weber mengkaji tentang tingkahlaku manusia daripada aspek seperti niat, nilai, kepercayaan dan sikap.

Beliau menggunakan pendekatan “memahami” atau “melihat” dalam menggambarkan hubungan manusia dengan tingkahlakunya.

Page 32: HBSS3203 Pengenalan Sosiologi Topik 1

Lazimnya, ahli sosiologi akan cuba meletakkan dirinya dalam keadaan orang lain dan mengenalpasti apakah yang difikirkan olehnya dan apakah perasaan mereka.

Weber berpandangan bahawa ahli sosiologi perlu menyiasat lebih daripada apa yang terdapat dalam tingkahlaku manusia.

Weber percaya adalah penting untuk ahli penting untuk ahli sosiologi mengkaji definisi yang digunakan oleh manusia dalam membentuk tingkahlaku mereka.

Page 33: HBSS3203 Pengenalan Sosiologi Topik 1

Sosiologi ialah konsep “kesempurnaan”. Misalnya jabatan polis dan bomba mempunyai

perbezaan dalam banyak aspek seperti matlamat, prosedur dan bagaimana setiap jabatan memberi khidmat kepada masyarakat.

Walaubagaimanapun, kedua-dua jabatan mempunyai persamaan dalam aspek birokrasi.

Konsep kesempurnaan ini mempunyai kepiawaian yang menjadi pengukur dalam menilai kes-kes sebenar.

Page 34: HBSS3203 Pengenalan Sosiologi Topik 1

Sekiranya ahli sosiologi menetapkan situasi dan peristiwa bersejarah sebagai bukti bahawa kesempurnaan birokrasi mempunyai ciri-ciri spesifik, maka mereka boleh membuat perbandingan di antara kesempurnaan ini dengan birokrasi yang wujud dan seterusnya memberikan penjelasan mengapa terdapat perbezaan di antara kedua-dua birokrasi.

Dengan itu, kita boleh mempelajari apakah perbezaan yang wujud di antara cara organisasi tersebut berfungsi.

Page 35: HBSS3203 Pengenalan Sosiologi Topik 1

1.2.6 KARL MARX

Melihat setiap bidang melalui cara saintifik di mana beliau menggunakan sains untuk memahami masyarakat dan juga sebagai alat untuk membentuk masyarakat.

Marx ingin mengubah struktur institusi kapitalis dan menubuhkan institusi baru untuk memberi khidmat kepada masyarakat.

Marx cuba mencari prinsip asas dalam sejarah.

Page 36: HBSS3203 Pengenalan Sosiologi Topik 1

Marx menumpukan pencariannya ke atas persekitaran ekonomi masyarakat yang sedang membangun, terutamanya daripada aspek teknologi dan cara mereka merancang pengeluaran mereka (memburu, mengumpul hasil pertanian, industri).

Pada setiap zaman dalam sejarah, aspek-aspek inilah yang akan mengimplakkan sesebuah kumpulan dalam masyarakat di mana mereka ini yang akan menguasai dan juga kumpulan yang akan dikuasai.

Page 37: HBSS3203 Pengenalan Sosiologi Topik 1

Marx berpendapat bahawa sesebuah masyarakat dibahagikan kepada mereka yang mempunyai keupayaan untuk menjana kemewahan dan mereka yang tidak mampu berbuat demikian.

Keadaan inilah yang akan menimbulkan konflik kelas dalam masyarakat.

Beliau percaya bahawa sejarah dibentuk oleh konflik di antara kelas-kelas dalam masyarakat, misalnya konflik di antara masyarakat patricians dan plebeians dan di antara hamba dan tuan pada zaman Rom.

Page 38: HBSS3203 Pengenalan Sosiologi Topik 1

Beliau berpandangan bahawa perkembangan masyarakat bergantung atas perkembangan pendapat yang berlainan dan ini mengakibatkan wujudnya struktur yang lebih hebat.

Merurut beliau, dunia ini bukannya mengandungi struktur yang statik tetapi melalui proses penstrukturan yang dinamik.

Page 39: HBSS3203 Pengenalan Sosiologi Topik 1

1.3 APLIKASI SOSIOLOGI DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN KITA PADA ABAD KE-20

Apabila sosiologi diaplikasikan dalam kehidupan seharian, kita akan mendapat manfaat-manfaat berikut: Menolong kita menilai kebenaran asas logik.

Pendekatan sosiologi menggalakkan manusia bertanya:

Sama ada kepercayaan yang dianuti itu benar atau tidak.

Sejauh manakah ia benar atau tidak. Mengapa kepercayaan tersebut diterima oleh

masyarakat.

Page 40: HBSS3203 Pengenalan Sosiologi Topik 1

Perspektif sosiologi membuat kita melihat sesuatu peluang atau kekangan dalam hidup kita secara lebih kritikal. Apabila kita melihat sesuatu melalui kanta sosiologi, kita dapat menyimpulkan bahawa dalam kehidupan kita boleh terlibat dalam menentukan sesuatu tetapi masyarakatlah yang berhak membuat penentuan terakhir. Maka lebih banyak kita memahami tentang kehidupan, semakin bijaklah kita mengendalikan kehidupan kita. Sosiologi membantu kita mencapai matlamat kita dengan lebih berkesan.

Page 41: HBSS3203 Pengenalan Sosiologi Topik 1

Perspektif sosiologi mendorong kita melibatkan diri secara aktif dalam masyarakat. Sekiranya kita memahami bagaimana masyarakat berfungsi, kita mampu menjadi ahli masyarakat yang aktif. Kepada sesetengah pihak, ini bermakna mereka memberi sokongan kepada masyarakat, manakala yang lain pula cuba mengubah masyarakat atau dunia dengan menggunakan pelbagai cara. Dalam kita mengukur mana-mana aspek masyarakat, kita perlu mengenalpasti tekanan sosial dan menguji kesannya.

Page 42: HBSS3203 Pengenalan Sosiologi Topik 1

Perspektif sosiologi membolehkan kita hidup dalam berbagai “dunia”. Setiap kaum dalam negara-negara didunia ini hidup dengan cara mereka tersendiri. Setiap masyarakat akan mengatakan bahawa cara hidup mereka adalah yang “terbaik” dan “lebih baik” daripada masyarakat yang lain. Perspektif sosiologi akan menggalakkan kita berfikir secara kritikal tentang kekuatan dan kelemahan semua cara hidup masyarakat di dunia ini termasuk masyarakat kita sendiri.

Page 43: HBSS3203 Pengenalan Sosiologi Topik 1

Sosiologi banyak mencabar kita membuka minda kita untuk meneroka akan sosial yang kita lalui secara objektif dan kritikal.

Dengan mendalami ilmu sosiologi, kita diperkasakan dengna ilmu yang boleh membantu kita memahami bagaimana struktur-struktur sosial dalam hidup kita mempengaruhi dan menentukan tingkahlaku kita sebagai manusia.

Pada abad ke-20 yang mencabar ini, sosiologi masih relevan kerana ia berupaya menjawab persoalan asas yang difikirkan oleh manusia: siapakah manusia dalam konteks masyarakat sekeliling?

Page 44: HBSS3203 Pengenalan Sosiologi Topik 1

RUMUSAN

Bidang sosiologi mempunyai pertalian dengan bidang-bidang lain seperti ekonomi, sejarah, sains politikm psikologi, antropologi dan kerja sosial.

Perspektif sosiologi berlainan daripada perspektif asas logik. Ahli sosiologi membuat kajian berdasarkan fakta manakala mereka yang berpegang kepada perspektif asas logik lebih tertumpu kepada kepercayaan dan perkara yang subjektif.

Page 45: HBSS3203 Pengenalan Sosiologi Topik 1

Di antara tokoh sosiologi yang terkenal termasuklah Auguste Comte, Harriet Martineau, Herbert Spencer, Emile Durkheim, Max Weber dan Karl Marx. Mereka merupakan pengasas kepada bidang sosiologi.

Pada hari ini, sosiologi merupakan bidang yang sangat penting kerana ia boleh diaplikasikan dalam kehidupan seharian kita.