topik 1 - pengenalan kepada anatomi dan fisiologi

Upload: akhi-muhammad-aiyas

Post on 06-Apr-2018

322 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

  • 8/2/2019 Topik 1 - Pengenalan Kepada Anatomi dan Fisiologi

    1/35

    X PENGENALAN

    Anatomiialah kajian tentang struktur tubuh dan hubungan di antara bahagian- bahagiannya. Perkataan anatomi berasal daripada perkataan Greek anatomyang bermakna memotong, maka anatomi boleh dianggap sebagai kajiandengan memotong (diseksi). Sementara itu, fisiologi pula boleh didefinisikansebagai kajian tubuh manusia dalam keadaan normal. Kajian ini berkait rapatdengan pengetahuan tentang semua makhluk hidup yang terangkum dalamkajian biologi. Bidang ini juga berkait rapat dengan kajian tindakan fizikal danpergerakan yang berlaku dalam badan.

    TTooppiik

    11

    X PengenalankepadaAnatomidanFisiologiManusia

    HASIL PEMBELAJARAN

    Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:

    1. Mengenal pasti sains anatomi dan fisiologi;

    2. Mengenal pasti sistem rangka;

    3. Mengenal pasti sistem sendi; dan

    4. Mengenal pasti sistem otot.

  • 8/2/2019 Topik 1 - Pengenalan Kepada Anatomi dan Fisiologi

    2/35

    2 X TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA ANATOMI DAN FISIOLOGI MANUSIA

    Rajah 1.1: Pengenalan kepada anatomi dan fisiologi manusia

    SAINS ANATOMI DAN FISIOLOGIAnatomi adalah satu kajian mengenai struktur tubuh dan hubungannya di antarasatu sama lain. Anatomi juga dikenali sebagai kajian struktur tubuh.

    Terdapat beberapa jenis anatomi iaitu anatomi regional, anatomi fungsi dananatomi makroskopik. Anatomi regional ialah kedudukan geografi bahagiantubuh dan setiap region atau daerah. Contohnya kaki, dada, kepala dan lain-lainanggota yang terdiri daripada struktur atau susunan umum yang terdapat padasemua bahagian tubuh badan. Anatomi fungsi pula adalah kajian tentangkedudukan dan hubungan antara satu bahagian tubuh dengan yang lain. Ia juga

    menerangkan tentang kegunaan setiap struktur dan sistem tisunya. Anatomimakroskopik adalah penglihatan struktur-struktur tertentu dengan hanyamenggunakan mata kasar.

    Manakala, fisiologi pula adalah kajian yang berkaitan dengan fungsi padakeseluruhannya serta struktur dan organ-organ yang terdapat dalam tubuh badan.Fisiologi juga dikenali sebagai kajian fungsi organ. Oleh itu, mari kita lihat apayang dikatakan sebagai anatomi dan fisiologi.

    1.1.1 Organisasi Struktur Tubuh

    (a) Kepala dan LeherSeperti yang kita ketahui, kepala adalah bahagian yang paling utama padatubuh badan. Permukaan bahagian hadapan kepala dikenali sebagai muka.Manakala bahagian dalam kepala pula terdapat kaviti mulut, kaviti nasal,kaviti orbital, kaviti telinga dan kaviti kranium.

    1.1

  • 8/2/2019 Topik 1 - Pengenalan Kepada Anatomi dan Fisiologi

    3/35

    TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA ANATOMI DAN FISIOLOGI MANUSIA W 3

    Leher pula terletak di antara kepala dan toraks. Leher terdiri daripada bahagian atas esofagus, larinks, saraf-saraf kranial dan pembuluh darah.Selain daripada itu, kelenjar tiroid, paratiroid dan nodus-nodus limfa jugaterletak di leher.

    (b) BadanBadan terbahagi kepada bahagian toraks, bahagian abdomen dan pelvis.Toraks (dada) terletak di antara leher dan abdomen. Toraks ialah bahagianatas trunkus. Terdapat beberapa bahagian utama di dalam toraks seperti

    jantung, paru-paru, pembuluh darah, trakea dan esofagus. Rangka dindingtoraks terbentuk oleh kolum vertebra di belakang, tulang-tulang rusuk di

    lateral dan tulang dada (sternum) di hadapan.

    Abdomen merupakan bahagian inferior trunkus badan. Ia dipisahkandaripada toraks oleh otot diafragma. Organ yang terletak di dalamabdomen terdiri daripada trek gastrousus, hepar, pankreas, pundihempedu, limpa dan ginjal.

    Jika kita lihat, pelvis adalah bahagian paling bawah trunkus badan. Pelvisterletak di antara dua tulang pinggul. Organ yang terletak di dalam kavitipelvis terdiri daripada pundi kencing, organ pembiakan internal dan juga

    bahagian bawah trek gastrousus.

    (c) AnggotaAnggota tubuh badan juga boleh dibahagikan kepada dua bahagian iaituanggota atas dan anggota bawah.

    Anggota atas terdiri daripada bahagian bahu, lengan atas (brakium), siku(kubitus), lengan bawah (antebrakium) dan tangan (manus). Mari kita lihatsatu persatu organ pada anggota atas.

    (i) Bahagian bahuTerdapat tiga kawasan pada bahagian bahu. Kawasan-kawasantersebut dikenali sebagai kawasan pektoral atau dada di hadapan,

    kawasan skapula iaitu bahagian di sekitar tulang belikat (skapula) dibelakang, dan aksila atau ketiak di sisi tubuh.

    (ii) Lengan atas (Brakium)Lengan atas adalah bahagian di antara bahu dengan siku.

    (iii) Siku (Kubitus)Siku atau kubitus merupakan kawasan di antara lengan atas danlengan bawah. Permukaan hadapan siku terdapat satu rongga yangcetek yang dikenali sebagai fosa kubital.

  • 8/2/2019 Topik 1 - Pengenalan Kepada Anatomi dan Fisiologi

    4/35

    4 X TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA ANATOMI DAN FISIOLOGI MANUSIA

    (iv) Lengan bawah (Antebrakium)Lengan bawah adalah bahagian di antara siku dengan pergelangantangan.

    (v) Tangan (Manus)Tangan terdiri daripada beberapa bahagian. Antara bahagian-

    bahagian yang terdapat pada tangan adalah pergelangan tangan(karpus), tangan sebenar (metakarpus) dan jari (digit).

    Anggota bawah terdiri daripada kawasan gluteal, paha, tungkai bawah dankaki.

    (i) Kawasan glutealKawasan ini merupakan kawasan bulat di belakang, iaitu di antara

    badan dan hujung superior paha. Sendi pinggul terletak padakawasan ini.

    (ii) PahaAdalah bahagian di antara pinggul dan lutut.

    (iii) Lutut (Genu)Lutut terletak di antara paha dan tungkai bawah. Permukaan

    belakang lutut terdapat satu rongga yang cetek dikenali sebagai fosapopliteal.

    (iv) Tungkai bawahMerupakan bahagian di antara lutut dan pergelangan kaki. Bahagianposterior tungkai bawah ini disebut sebagai betis.

    (v) Pergelangan kakiPergelangan kaki adalah bahagian yang terletak di antara tungkai

    bawah dan kaki.

    (vi) Kaki (Pes)Sebagaimana yang kita ketahui, kaki adalah bahagian yang palingdistal pada anggota bawah. Permukaan atas kaki dikenali sebagaipermukaan dorsal dan permukaan bawah pula dikenali sebagai

    plantar.

  • 8/2/2019 Topik 1 - Pengenalan Kepada Anatomi dan Fisiologi

    5/35

    TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA ANATOMI DAN FISIOLOGI MANUSIA W 5

    Rajah 1.2: Pandangan hadapan tubuh manusia menunjukkan bahagian dan kawasannyaSumber: Abdul Hamid Abdul Rashid (2001)

    Rajah 1.3: Pandangan belakang tubuh manusia menunjukkan bahagian dan kawasannyaSumber: Abdul Hamid Abdul Rashid (2001)

  • 8/2/2019 Topik 1 - Pengenalan Kepada Anatomi dan Fisiologi

    6/35

    6 X TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA ANATOMI DAN FISIOLOGI MANUSIA

    1.1.2 Tisu-tisu Tubuh

    Apakah yang dimaksudkan dengan tisu tubuh? Pernahkah anda dengarmengenainya? Tisu adalah sekumpulan sel yang telah bersatu untukmenjalankan tugas-tugas yang tertentu.

    Terdapat empat jenis tisu utama di dalam tubuh manusia. Rujuk pada Rajah 1.4.

    Rajah 1.4: Empat jenis tisu utama di dalam tubuh manusia

    (a) Tisu EpiteliumTerdapat tiga jenis tisu epitelium:

    (i) Epitelium turusEpitelium turus terdiri daripada satu lapisan sel sahaja dan berbentuk

    bulat. Hasil daripada tisu ini adalah kilang-kilang bendalir seperti

    kilang tiroid, kilang air liur dan kilang mamari (susu). Ianya terdapatjuga di bahagian lapisan dalam perut, usus dan setengah dari lapisansaluran pernafasan.

    Fungsi tisu ini ialah untuk menghasilkan bendalir seperti lendir, bendalir perut, bendalir usus dan lain-lain. Selain daripada itu, tisuini juga berfungsi untuk menyerap zat-zat makanan di dalam saluranpenghadaman.

    (ii) Epitelium turus bersiliaIanya menyerupai epitelium turus, hanya dibezakan dengan bulu-

    bulu halus di hujung permukaan sel-sel yang dikenali sebagai silia.Epitelium turus bersilia boleh didapati di bahagian-bahagian sepertisaluran pernafasan (berfungsi sebagai lapisan) dan rongga hidung.

    Silia akan sentiasa bergerak seperti pokok lalang yang ditiup angin.Pergerakkan ini akan menahan debu, kuman dan sebarang bendasingdari memasuki salur darah. Selain dari itu silia juga akan menyapudebu yang telah masuk keluar ke arah farinks (tekak).

  • 8/2/2019 Topik 1 - Pengenalan Kepada Anatomi dan Fisiologi

    7/35

    TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA ANATOMI DAN FISIOLOGI MANUSIA W 7

    Tisu ini juga boleh didapati di lapisan dalam saluran fallopian dan disalur lengkar sperma. Fungsi tisu ini di saluran fallopian adalahuntuk membantu pergerakan ovum dari ovari ke rahim, manakala disalur lengkar sperma pula ia membantu pergerakan sperma daritempat penghasilannya iaitu buah zakar ke arah zakar.

    (iii) Epitelium leperTerdapat dua jenis epitelium leper:

    x Epitelium leper biasaTerdiri daripada satu lapisan sahaja dan dibentuk dari sel-selleper dan nipis seperti sisik ikan. Tisu ini membentuk struktur

    lapisan salur darah, salur limfatika, selaput paru-paru, selaputselom dan selaput jantung. Selain daripada itu, gelembungtenggorok di dalam paru-paru juga dibentuk daripada tisu ini.

    x Epitelium leper berlapisanTisu ini berlapisan di antara satu sama lain. Lapisan atasnya

    berbentuk leper manakala lapisan bawahnya pula berbentuk bulat. Terdapat sebanyak 12 lapisan atau lebih. Fungsi tisu iniadalah sebagai perlindungan. Ianya boleh didapati pada lapisankulit luar (epidermis), selaput lapisan di mulut, farinks,kerongkong, faraj dan sesetengah bahagian salur kencing.

    Fungsi utama tisu epitelium:x Perlindungan Membentuk kulit luar, lapisan dalam mulut, farinks,

    faraj, pundi kencing, selaput paru-paru dan selaput selom.

    x Penghasilan bendalir Lapisan dalam perut dan usus.

    x Penyerapan Lapisan dalam usus.

    x Pergerakan Lapisan salur udara.

    (b) Tisu Otot

    Terdapat tiga jenis tisu otot:

    (i) Tisu otot terkawalx Terlekat pada semua rangka tulang di mana pergerakannya boleh

    dikawal dengan kuasa otak (kemahuan).

    x Ia terbina daripada sel-sel otot (gentian otot) yang berbentuksilinder.

  • 8/2/2019 Topik 1 - Pengenalan Kepada Anatomi dan Fisiologi

    8/35

  • 8/2/2019 Topik 1 - Pengenalan Kepada Anatomi dan Fisiologi

    9/35

    TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA ANATOMI DAN FISIOLOGI MANUSIA W 9

    (iii) Tisu otot jantung

    x Terdiri daripada jenis otot luar kawal.

    x Terdapat hanya di jantung sahaja.

    x Mempunyai gentian yang bercabang dan sarkoplasmanyamenunjukkan jalur-jalur yang tidak begitu nyata.

    x Mempunyai kuasa penguncupan berirama, berlaku secaraautomatik, tanpa pengaliran utusan sarafnya.

    Rajah 1.7: Tisu otot jantungSumber: Pearce, E. C. (2005). Anatomi dan fisiologiuntuk jururawat. Kuala Lumpur:

    Golden Books Centre Sdn. Bhd.

    Ciri-ciri tisu otot;

    (i) Penguncupan Berlaku apabila tisu otot menjadi tebal dan pendek.

    (ii) Berelastik Tisu otot berupaya diregangkan dan kembali ke saizasalnya.

    (iii) Lesu Tisu otot menjadi lesu setelah melakukan penguncupanbeberapa kali, ia perlu berehat seketika sehingga bekalan oksigen danglukos yang baru di bawa oleh aliran darah kepadanya. Kemudiantisu otot boleh menguncup semula.

    (iv) Kesegaran otot Tisu otot akan sentiasa berada dalam keadaanseparuh kuncup dalam keadaan rehat. Ini membolehkannyamenguncup dengan segera tanpa membuang masa.

    (c) Tisu SarafTisu saraf terbentuk oleh neuron. Neuron terdiri daripada:

    (i) Badan sel; dan

    (ii) Fiber (gentian) terbahagi kepada dua iaitu dendrit dan akson.

  • 8/2/2019 Topik 1 - Pengenalan Kepada Anatomi dan Fisiologi

    10/35

    10X TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA ANATOMI DAN FISIOLOGI MANUSIA

    Sel saraf tidak boleh membiak seperti sel tubuh yang lain. Jika sel tersebutrosak atau musnah, ia tidak dapat diperbaiki. Walau bagaimanapun, jika iarosak atau separuh musnah, sel tersebut masih boleh dipulihkan.

    Pada otak dan saraf tunjang, sel saraf berbentuk jirim kelabu, manakalagentian saraf pula berbentuk jirim putih.

    Fungsi utama Neuron:

    (i) Gerak balas terhadap rangsangan (penggalak); dan

    (ii) Pengaliran rangsang saraf melalui fiber-fiber neuron kepada struktur-

    struktur lain.

    Sel neuroglia juga adalah jenis tisu saraf. Berfungsi sebagai tisu pengikatkepada sistem saraf dan melindungi sel-sel neuron daripada serangan

    bakteria.

    Rajah 1.8: Tisu sarafSumber: Pearce, E. C. (2005). Anatomi dan fisiologiuntuk jururawat. Kuala Lumpur:

    Golden Books Centre Sdn. Bhd.

  • 8/2/2019 Topik 1 - Pengenalan Kepada Anatomi dan Fisiologi

    11/35

    TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA ANATOMI DAN FISIOLOGI MANUSIA W 11

    (d) Tisu PengikatTisu pengikat dikenali juga sebagai tisu pengantara. Tisu pengikatmerupakan tisu yang paling banyak berbanding tisu-tisu lain pada badan.Tugas tisu ini adalah sebagai penyangga dan mengikat struktur-strukturdalam tubuh.

    Tisu perantara terdiri daripada:

    (i) Tisu berf iberTerdapat dua jenis fiber:

    x Fiber elastik Fiber ini boleh diregangkan. Fiber ini boleh

    didapati pada dinding salur darah terutamanya pada salur nadi,cabang tenggorok dan gelembung tenggorok.

    x Fiber tak elastik Terdapat pada tendon, ligamen, dura materyang melitupi otak, fascia otot dan penutup berfiber yangmelitupi pelbagai organ.

    Rajah 1.9: Tisu berfiberSumber: Pearce, E. C. (2005). Anatomi dan Fisiologiuntuk Jururawat. Kuala Lumpur:

    Golden Books Centre Sdn. Bhd.

    (ii) Tisu areolar

    Terdiri daripada fiber elastik dan fiber tak elastik. Terdapat banyakruang halus pada tisu ini. Tisu ini terdapat pada seluruh tubuh badanterutamanya di bawah kulit tubuh, di sekeliling salur darah dan uratsaraf dan juga pada semua selaput lendir (mukosa).

    (iii) Tisu adiposHampir serupa dengan tisu areolar cuma tisu ini dipenuhi oleh sel-sellemak. Tisu adipos ini terletak di bawah kulit tubuh, mengelilingi

    jantung dan buah pinggang. Fungsi tisu ini adalah sebagaipenyangga, perlindungan, penebatan dan juga sebagai storpenyimpanan bahan makanan kepada tubuh.

  • 8/2/2019 Topik 1 - Pengenalan Kepada Anatomi dan Fisiologi

    12/35

    12X TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA ANATOMI DAN FISIOLOGI MANUSIA

    Rajah 1.10: Tisu adiposSumber: Pearce, E. C. (2005). Anatomi dan fisiologiuntuk Jururawat. Kuala Lumpur:

    Golden Books Centre Sdn. Bhd.

    (iv) Tisu limfatika

    Terdiri daripada tisu fiber dan tisu areolar. Di dalam tisu ini terdapat berjuta-juta sel limfatika. Fungsi utamanya adalah untukmenghasilkan sel limfatika, sel plasma darah dan monosit (sejenis seldarah putih). Tisu ini juga memainkan peranan penting dalamserangan bakteria dalam tubuh. Organ tubuh seperti kura, tonsil,kilang limfatika dan tompok Peyer pada usus kecil dibentuk oleh tisulimfatika.

    (v) Tisu rawanTisu ini sangat liat dan kuat. Hampir kesemua tulang berasal darirawan dan kemudian diganti oleh tisu tulang. Terdapat tiga jenis tisurawan iaitu:

    x Rawan-fiberRawan ini membentuk piring rawan yang terletak di antara satutulang ruas belakang dengan yang lain. Selain itu, ia jugamembentuk rawan separuh bulat di sendi lutut dan sendi tulangari-ari (simfisisis pubis).

    x Rawan elastikFiber-fiber elastik yang terdapat pada rawan ini membentukrawan pinna (cuping telinga) dan di tudung tenggorok.

    x Rawan hialinRupa bentuk rawan ini licin dan berkilat seperti kaca. Ianya

    melitupi hujung tulang sendi. Selain itu, ia juga membentukdinding rawan salur nafas dan rawan rusuk.

    (vi) Tisu tulangMerupakan tisu perantara yang paling kuat dalam tubuh manusia.Tisu tulang terbina daripada bahan organan dan bahan bukanorganan.

  • 8/2/2019 Topik 1 - Pengenalan Kepada Anatomi dan Fisiologi

    13/35

    TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA ANATOMI DAN FISIOLOGI MANUSIA W 13

    (vii) Tisu darahTerdiri daripada sel darah dan plasma yang mengandungi bahanterlarut. Sel darah menyumbang 45% daripada isi padu darah,manakala plasma pula menyumbangkan 55%.

    1.1.3 Homeostasis

    Homeostasis adalah satu tindakan yang dilakukan oleh organisma untukmengekalkan kestabilan persekitaran dalaman melalui pengawalan suhu badan,peredaran oksigen dan kandungan garam (potasium, sodium dan klorida) di

    dalam sel badan. Homeostasis dicapai melalui satu mekanisme yang dikenalisebagai pengawalan tindak balas negatif. Apabila keadaan tidak stabil dalam badan dikesan, maklumat ini akan dihantar kepada regulator fisiologikal.Seterusnya, regulator fisiologikal akan menyebabkan perubahan kepada fungsi

    badan bagi menentang atau mengatasi keadaan tidak stabil tersebut. Misalnya,apabila kita bersenam, otot akan bekerja keras dan menyebabkan bahagian otottertentu mengalami kekurangan oksigen. Kesannya, ketegangan akan wujud danmengakibatkan tindak balas negatif berlaku, misalnya kadar denyutan nadi dankadar pernafasan akan meningkat. Perubahan ini akan menyebabkan oksigendihantar ke bahagian otot yang memerlukan oksigen dan seterusnyamenghapuskan ketegangan yang wujud.

    (a) Gangguan HomeostasisGangguan homeostasis berlaku apabila permintaan terhadap sistem tubuh

    badan melebihi keupayaan sel tubuh badan untuk bertindak balas bagimengekalkan keadaan asal. Namun, sistem tubuh badan akan bertindakuntuk mewujudkan keadaan yang stabil (homeostasis). Contohnya, suhu

    badan meningkat semasa seseorang bersenam selama 60 minit, tetapigangguan (peningkatan suhu badan) tersebut dapat diatasi selepas 40minit, iaitu suhu badan dikekalkan tanpa peningkatan (Power & Howley,2001). Rajah 1.11 menunjukkan proses gangguan homeostasis.

  • 8/2/2019 Topik 1 - Pengenalan Kepada Anatomi dan Fisiologi

    14/35

    14X TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA ANATOMI DAN FISIOLOGI MANUSIA

    Rajah 1.11: Proses gangguan homeostasisSumber: Wee Eng Hoe. (2007). Sains kejurulatihan. Shah Alam, Selangor:

    Oxford Fajar Sdn. Bhd.

    SISTEM RANGKA

    Sistem rangka adalah amat penting bagi tubuh manusia. Ia dibentuk oleh rawandan tulang. Ia merupakan rangkaian tulang yang berfungsi untuk menyokongdan melindungi beberapa organ yang lembut pada tubuh terutamanya yangterdapat pada tengkorak dan pelvis. Selain itu, sistem rangka juga bertugassebagai alat tuas pada pergerakan. Ia juga menyediakan permukaan untukpenyambung otot-otot rangka. Pada sesetengah tempat, rangka dilengkapidengan tulang rawan.

    1.2

  • 8/2/2019 Topik 1 - Pengenalan Kepada Anatomi dan Fisiologi

    15/35

    TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA ANATOMI DAN FISIOLOGI MANUSIA W 15

    1.2.1 Fungsi Sistem Rangka

    Terdapat beberapa fungsi yang dilakukan oleh sistem rangka. Antara fungsi-fungsi itu adalah:

    (a) PerlindunganTulang adalah struktur yang keras dan padat. Oleh kerana itulah ia sangatsesuai dijadikan perlindungan bagi tubuh manusia yang terdiri daripadatisu dan organ-organ penting. Contohnya, tulang tengkorak adalah satuperlindungan yang terbaik kepada otak manusia. Begitu juga dengantulang rusuk yang melindungi jantung dan paru-paru dan lain-lain organ

    di bahagian toraks.(b) Penyokong

    Tulang merupakan sokongan pada tubuh badan. Ia boleh menampungberat badan seseorang. Namun begitu, terdapat beberapa bahagian tulangyang mempunyai ligamen untuk menetapkan kedudukannya.

    (c) Stor PenyimpananPeranan lain yang dilakukan oleh sistem rangka adalah sebagai storpenyimpanan. Tulang berfungsi sebagai tempat menyimpan beberapamineral seperti kalsium, fosforus dan juga sedikit lemak.

    (d) Pergerakan

    Kita dapat bergerak dengan adanya otot dan tulang. Otot bersambung ketulang melalui tendon dan beberapa sambungan membolehkan pergerakandilakukan.

    (e) Penghasilan Sel DarahSumsum merah yang terdapat pada beberapa tulang berkebolehanmenghasilkan sel darah merah, sel darah putih dan platelet. Proses inidikenali sebagai hematopoiesis atau hemopoiesis.

    1.2.2 Struktur Tulang

    Struktur tulang boleh dilihat daripada dua aspek seperti berikut.

    (a) Struktur Tulang (Pandangan mata kasar)Terdapat beberapa bahagian pada tulang. Bahagian-bahagian tersebutadalah:

    (i) Tulang keras;

    (ii) Tulang lempung;

    (iii) Sumsum; dan

    (iv) Selaput periosteum yang melitupi tulang keras.

  • 8/2/2019 Topik 1 - Pengenalan Kepada Anatomi dan Fisiologi

    16/35

    16X TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA ANATOMI DAN FISIOLOGI MANUSIA

    Bahagian-bahagian tulang ini boleh dilihat pada Rajah 1.12.

    Rajah 1.12: Keratan rentas binaan tulangSumber: Kementerian Kesihatan Malaysia. Anatomi dan fisiologi.

    Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

    Rajah 1.13: Keratan rentas tulang panjang pada pandangan mata kasarSumber: Abdul Hamid Abdul Rashid (2001)

    (b) Struktur tulang (Pandangan melalui mikroskop)Tulang keras adalah terbina daripada unit-unit yang dinamakan sebagaisistem Havers. Salur Havers terdapat pada setiap salur halus yang terdapatpada unit-unit ini. Salur-salur Havers ini melintasi sepanjang tulang kerassejajar dengan permukaannya.

  • 8/2/2019 Topik 1 - Pengenalan Kepada Anatomi dan Fisiologi

    17/35

    TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA ANATOMI DAN FISIOLOGI MANUSIA W 17

    Di sekeliling salur Havers ini pula, terdapat lingkaran papan-papan tulangatau lamellaeyang tersusun di antara satu sama lain. Terdapat ruang-ruanghalus di antara lingkaran papan-papan ini yang dinamakan sebagai lakunadi mana sel-sel tulang boleh didapati. Ruang-ruang halus ini pula

    bersambung di antara satu sama lain melalui salur halus.

    Zat-zat makanan disalurkan kepada tulang melalui saluran darah danlimfatika yang terdapat di dalam salur Havers.

    Rajah 1.14: Sistem Havers (keratan melintang tulang keras)Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia. Anatomi dan fisiologi.

    Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

    1.2.3 Klasifikasi Tulang

    Tulang-tulang pada sistem rangka diklasifikasikan mengikut bentuk danpembentukannya. Terdapat enam jenis tulang iaitu:

    (a) Tulang Panjang

    (i) Panjangnya melebihi kelebaran atau ketebalannya;

    (ii) Mempunyai dua hujung (epifisis) dan badan atau syaf (diafisis);

    (iii) Badan atau syaf dibentuk oleh tulang padat dan dilapisi tulangspongiosa dan terdapat rongga di tengahnya. Di dalam rongga initerdapat sumsum;

    (iv) Bahagian hujungnya lebih besar daripada bahagian syaf;

  • 8/2/2019 Topik 1 - Pengenalan Kepada Anatomi dan Fisiologi

    18/35

    18X TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA ANATOMI DAN FISIOLOGI MANUSIA

    (v) Contoh bagi tulang panjang pada anggota di antaranya adalahklavikel, ulna, metakarpus tibia, fibula dan femur; dan

    (vi) Tulang panjang biasanya terbentuk daripada tulang rawan.

    Rajah 1.15: Tulang panjang dan bahagian-bahagiannyaSumber: Abdul Hamid Abdul Rashid (2001)

    (b) Tulang Pendek

    (i) Mempunyai dimensi yang lebih kurang sama;

    (ii) Komponen tulang pendek adalah tulang spongiosa, sumsum dandiliputi oleh lapisan tulang padat yang nipis;

    (iii) Berkembang daripada tisu rawan; dan

    (iv) Contoh bagi tulang pendek ialah tulang karpus tangan dan tulangkarsus kaki.

    (c) Tulang Pipih

    (i) Terdiri daripada dua lapisan tulang padat iaitu tulang spongiosa dansumsum;

    (ii) Berkembang daripada tisu mesenkima; dan

    (iii) Contoh tulang pipih adalah sternum, skapula dan kebanyakan tulangtengkorak.

  • 8/2/2019 Topik 1 - Pengenalan Kepada Anatomi dan Fisiologi

    19/35

    TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA ANATOMI DAN FISIOLOGI MANUSIA W 19

    (d) Tulang Tidak Teratur (Tidak simetri)

    (i) Bentuk tulang ini tidak teratur atau campuran;

    (ii) Dibentuk oleh tulang spongiosa dan sumsum serta diliputi lapisannipis tulang padat;

    (iii) Sebahagian daripada tulang ini amat nipis dan terdiri keseluruhannyadaripada tulang padat;

    (iv) Berkembang daripada rawan; dan

    (v) Contoh tulang tidak teratur adalah tulang vertebra, tulang pingguldan beberapa tulang tengkorak yang mempunyai bentuk tidak teraturseperti sfenoid dan maksila.

    (e) Tulang Pneumatik

    (i) Dibentuk oleh tulang spongiosa dan dilitupi oleh tulang padat;

    (ii) Terdapat kaviti berongga atau sel-sel udara pada tulang spongiosa;

    (iii) Ringan kerana terdapat udara dalam kavitinya; dan

    (iv) Contoh bagi tulang pneumatik termasuklah tulang frontal, etmoiddan temporal.

    (f) Tulang Sesamoid(i) Sesamoid membawa maksud biji;

    (ii) Tulang sesamoid terbentuk dalam beberapa tendon; dan

    (iii) Contoh tulang sesamoid adalah tulang patela di hadapan lutut yangterletak dalam tendon kuadriseps femoris.

    SENDI

    Subtopik ini akan membincangkan aspek-aspek berkaitan sendi.

    1.3.1 Konsep dan Definisi Sendi

    Seperti yang diketahui umum, tulang adalah struktur yang begitu keras dantidak boleh membengkok. Namun begitu, tulang adalah berasingan di antarasatu sama lain dan terikat di antaranya dengan sendi melalui tisu perantara yangmudah lentur (fleksibel). Sendi bertanggungjawab terhadap semua pergerakandan perubahan kedudukan tubuh. Boleh dikatakan di sini bahawa sendi adalahtitik pertemuan antara tulang-tulang atau antara rawan dengan tulang. Sila rujukrajah 1.16.

    1.3

  • 8/2/2019 Topik 1 - Pengenalan Kepada Anatomi dan Fisiologi

    20/35

    20X TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA ANATOMI DAN FISIOLOGI MANUSIA

    Rajah1.16: SendiSumber: Baharudin Omar dan Mohd Hamim Rajikin (2005)

    Fungsi sendi adalah bergantung kepada strukturnya. Semakin rapat hubunganpada titik pertemuan, semakin kuat sendi tersebut. Namun pergerakannya agakterbatas. Sebaliknya pula, jika longgar hubungan pada titik pertemuan, makasemakin banyak pergerakan yang boleh dilakukan. Kelemahan bagi sendi yanglonggar hubungan pada titik pertemuan adalah ia mudah terkehel ataumengalami dislokasi. Pergerakan sendi juga amat dipengaruhi oleh kelenturantisu perantara yang mengikat tulang serta kedudukan ligamen, otot dan tendon.

    1.3.2 Jenis-jenis Sendi dan Strukturnya

    Terdapat tiga jenis sendi yang utama iaitu:

    (a) Sendi Berfiber (Sinartrosis)Sendi ini mempunyai tisu berfiber yang menghubungkan permukaanartikular tulang. Tulang-tulang pada sendi ini terikat rapat antara satusama lain dan ianya tidak mempunyai kaviti di dalamnya. Oleh keranatulang terikat amat rapat di antara satu sama lain, maka pergerakan padasendi ini amat sedikit atau tiada sama sekali.

    Sendi berfiber ini pula boleh dibahagikan kepada dua iaitu:

    (i) Sendi sutur

    x Menghubungkan permukaan artikular tulang melalui lapisannipis tisu berfiber.

    x Amat ketat dan tiada pergerakan pada sendi sutur.

    x Sendi ini bercantum dan menjadi tulang apabila dewasa.

    x Contoh, perhubungan antara tulang leper pada tengkorak.

  • 8/2/2019 Topik 1 - Pengenalan Kepada Anatomi dan Fisiologi

    21/35

    TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA ANATOMI DAN FISIOLOGI MANUSIA W 21

    Rajah 1.17: Sendi sutur(A= rajah skema sendi sutur: tulang-tulang dihubungi oleh lapisan nipis tisu berserat.

    B = pandangan superior tengkorak yang menunjukkan sendi suturSumber: Abdul Hamid Abdul Rashid (2001)

    (ii) Sendi sindesmosis

    x Menghubungkan permukaan artikular tulang dengan tisu berfiberyang agak banyak.

    x Boleh digerakkan dan tidak menjadi tulang apabila dewasa.

    x Contoh, sendi antara hujung bawah tibia dan fibula.

  • 8/2/2019 Topik 1 - Pengenalan Kepada Anatomi dan Fisiologi

    22/35

    22X TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA ANATOMI DAN FISIOLOGI MANUSIA

    Rajah 1.18: Sendi sindesmosis

    Sumber: Abdul Hamid Abdul Rashid (2001)

    (b) Sendi RawanSendi rawan adalah di mana tisu rawan menjadi penghubung sendi bagipermukaan artikular tulang. Sendi ini juga mempunyai pergerakan yangsedikit atau tiada sama sekali.

    Sendi rawan terbahagi kepada dua:

    (i) Sendi rawan primer (Sinkondrosis)

    x Juga dikenali sebagai sendi rawan hialin kerana tulangdihubungkan melalui rawan hialin.

    x Sendi ini tidak bergerak dan menjadi tulang apabila dewasa.x Contoh, plat episifis pada tulang yang baru tumbuh.

  • 8/2/2019 Topik 1 - Pengenalan Kepada Anatomi dan Fisiologi

    23/35

    TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA ANATOMI DAN FISIOLOGI MANUSIA W 23

    Rajah 1.19: Sendi rawan primerSumber: Abdul Hamid Abdul Rashid (2001)

    (ii) Sendi rawan sekunder (Simfisis)

    x Permukaan artikular tulang diselaputi rawan hialan di manarawan hialin dihubungkan dengan tisu berfiber.

    x Dikenali juga sebagai sendi rawan berfiber.

    x Sendi ini boleh bergerak kerana tisu berfiber yang mencantumkantulang-tulang di dalam sendi ini agak tebal.

    x Contoh, sendi di antara badan vertebra.

    Rajah 1.20: Sendi rawan sekunder (simfisis)Sumber: Abdul Hamid Abdul Rashid (2001)

  • 8/2/2019 Topik 1 - Pengenalan Kepada Anatomi dan Fisiologi

    24/35

    24X TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA ANATOMI DAN FISIOLOGI MANUSIA

    (c) Sendi SinovialSendi sinovial adalah sendi yang paling banyak berfungsi pada tubuh

    badan. Sendi ini membolehkan pergerakan bebas berlaku antara tulang-tulang yang terdapat di dalamnya. Terdapat pelbagai jenis sendi sinovialdan mereka mempunyai ciri-ciri yang serupa. Ciri-ciri tersebut adalah:

    (i) Rawan artikular atau hialinBahagian tulang yang bersentuhan diliputi oleh rawan hialin. Inimembolehkan sendi dan tulang ini menampung berat tubuhseseorang.

    (ii) Ligamen kapsul

    Sendi sinovial dikelilingi dan diselaputi oleh sarung tisu berfiber yangberfungsi memegang tulang. Keadaan tisu berfiber ini sangat longgar,maka pergerakan bebas pada sendi ini boleh dilakukan. Ia juga

    berfungsi melindungi sendi daripada mengalami kecederaan.Ligamen kapsul ini biasanya melekat di sepanjang batas permukaanartikular.

    (iii) Kaviti sendiTerletak di antara permukaan artikular tulang, khususnya di dalamkapsul.

    (iv) Membran sinovial

    Merupakan lapisan epitelium skuamus ringkas yang menutupipermukaan dalam kapsul termasuk permukaan tulang di dalam sendiyang tidak diselaputi rawan hialin. Bendalir sinovial dirembeskanoleh sendi sinovial. Tujuannya untuk membolehkan sendi sentiasa

    basah dan membekalkan nutrien kepada rawan artikular. Setiap sendimempunyai kandungan bendalir sinovial yang berbeza. Tujuanutama bendalir sinovial adalah untuk melicinkan pergerakan sendi.

    Terdapat enam jenis sendi sinovial:

    (i) Sendi satah/sendi melongsor

    x Tidak mempunyai paksi, maka dua permukaan datar tulangsaling melongsor di antara satu sama lain.

    x Tidak boleh melakukan pergerakan fleksi, ekstensi, abduksi,aduksi atau putaran.

    x Contoh, sendi karpus dan tarsus.

  • 8/2/2019 Topik 1 - Pengenalan Kepada Anatomi dan Fisiologi

    25/35

    TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA ANATOMI DAN FISIOLOGI MANUSIA W 25

    (ii) Sendi engsel

    x Mempunyai hanya satu paksi transvers.

    x Pergerakan terbatas kepada satu satah sahaja. Pergerakan inimenyerupai pergerakan pada engsel pintu iaitu tutup (fleksi) dan

    buka (ekstensi).

    x Contoh, sendi siku.

    (ii) Sendi pangsi/sendi putar

    x Mempunyai satu paksi yang membolehkan pergerakan putarantulang.

    x Contoh, putaran kepala radius pada sendi radioulna proksimal.

    (iii) Sendi elipsoid

    x Mempunyai dua paksi, iaitu paksi transvers dan paksi yangmerentasi sendi sepanjang anterioposterior.

    x Sendi ini boleh bergerak dalam dua arah iaitu ke belakang dan kedepan, fleksi dan ekstensi pada paksi transvers dan aduksi danabduksi pada paksi anteriorposterior.

    x Contoh, pergelangan tangan.

    (iv) Sendi pelana

    x Permukaan artikular kedua-dua tulang berbentuk pelana.x Permukaan satu tulang berbentuk cembung dan satu lagi

    berbentuk cekung.

    x Merupakan sendi elipsoid yang terubah suai dan boleh bergerakdengan lebih bebas.

    x Contoh, metakarpus ibu jari.

    (v) Sendi lesung/sendi soket

    x Permukaan artikular tulang berbentuk bulat dan bolehdimasukkan ke dalam soket tulang lain yang berbentuk seperticawan.

    x Sendi ini boleh bergerak dalam tiga satah: pergerakan fleksi danekstensi; abduksi dan aduksi; dan putaran dan sirkumduksi.

    x Contoh, sendi bahu.

  • 8/2/2019 Topik 1 - Pengenalan Kepada Anatomi dan Fisiologi

    26/35

    26X TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA ANATOMI DAN FISIOLOGI MANUSIA

    Rajah 1.21: Jenis-jenis sendi sinovialSumber: Baharudin Omar dan Mohd Hamim Rajikin (2005)

    1.3.3 Fungsi Sendi

    Fungsi sendi yang utama adalah untuk membuat pergerakan. Pergerakan padasendi boleh dibahagikan kepada tiga yang utama iaitu:

    (a) Gerakan Meluncur

    Merupakan pergerakan geseran di antara dua permukaan pipih.Contohnya adalah pergerakan antara tulang-tulang karpal dan tarsal.

    (b) Gerakan Bersudut

    Adalah diterangkan sesuai dengan arah pergerakan berlaku seperti fleksi,lenturan dan pelipatan.

    (c) Gerakan PutaranMenerangkan tentang satu tulang yang bergerak mengitari tulang lain ataudi dalam tulang lain. Contohnya seperti putaran radius mengelilingi ulna.

    Antara gerakan-gerakan lain yang berlaku adalah sirkumduksi iaitu kombinasigerakan putaran dan bersudut. Gerakan ini selalunya melibatkan putaran dalamlingkaran. Contohnya pergerakan sirkumduksi adalah gerakan membawa lenganke depan, ke atas, ke belakang dan ke bawah.

  • 8/2/2019 Topik 1 - Pengenalan Kepada Anatomi dan Fisiologi

    27/35

    TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA ANATOMI DAN FISIOLOGI MANUSIA W 27

    SISTEM OTOT

    Sebahagian besar daripada berat tubuh manusia adalah disumbangkan oleh otot.Kira-kira 40 hingga 50 peratus jumlah berat tubuh manusia terdiri daripada otot.Otot membolehkan tulang dan sendi membuat pergerakan. Pergerakan berlakuapabila otot melakukan kontraksi (pengecutan) dan pengenduran. Untukmembolehkan otot berfungsi ia disambungkan pada tulang, tulang rawan,ligamen dan kulit. Otot yang terletak di bawah permukaan kulit berbentukmendatar, manakala otot pada anggota gerak adalah berbentuk lebih panjang.

    1.4.1 Jenis-jenis Otot

    Otot terbahagi kepada tiga jenis:

    (a) Otot JantungBerbentuk segi empat tepat dan dibentuk oleh gentian otot jantung.Merupakan sejenis otot bebas yang istimewa kerana ia boleh bertindaktanpa rangsangan saraf. Oleh itu, jantung adalah dikategorikan sebagai otottak voluntari (otot luar kawal). Ia tidak boleh dikawal secara sedar.

    Gentian-gentian otot jantung bercabang antara satu sama lain. Cabang-cabang ini membentuk seperti satu jaringan. Setiap gentian merupakan seltunggal yang dikelilingi oleh membran sel. Semua gentian akan terangsang

    jika salah satu sahaja serat dalam jaringan tersebut dirangsang.

    (b) Otot LicinIanya sama seperti otot jantung, di mana ia adalah otot tak voluntari.Perbezaannya dengan otot jantung adalah otot licin tidak berjalur. Gentianotot licin berbentuk fusiform (gelendong). Terdapat satu nukleus berbentuk

    bujur di tengahnya. Ukuran serat ini di antara 30 200 m panjang danbahagian yang terlebar berukuran antara 5 10 m.

    1.4

    AKTIVITI 1.1

    1. Mengapakah tulang manusia sewaktu kanak-kanak lebih banyakdaripada orang dewasa?

    2. Senaraikan jenis-jenis sendi yang terdapat pada tubuh manusia.

  • 8/2/2019 Topik 1 - Pengenalan Kepada Anatomi dan Fisiologi

    28/35

    28X TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA ANATOMI DAN FISIOLOGI MANUSIA

    Dua jenis tisu yang dibentuk oleh otot licin ialah:

    (i) Tisu otot visera (Unit tunggal)Selalu terdapat di dinding luar arteri dan vena kecil serta visera

    berongga seperti gaster, usus, uterus dan pundi kencing. Tisu otot initerikat kuat antara satu sama lain untuk membentuk satu jaringanyang berterusan. Serat-serat akan terangsang apabila impuls dihantarmelalui gelombang dalam bentuk kontraksi.

    (ii) Tisu otot licin (Berbilang unit)Setiap satu tisu otot ini mempunyai akhiran saraf motor yangtersendiri. Oleh yang demikian, hanya otot yang terangsang sahaja

    yang akan berkontraksi. Tisu ini boleh didapati di dinding arteribesar, saluran udara besar paru-paru, otot arektor pili yang melekatpada folikel rambut dan iris mata.

    Rajah 1.22: Tisu otot licinSumber: Baharudin Omar dan Mohd Hamim Rajikin (2005)

    (c) Otot RangkaKebanyakan otot ini melekat pada rangka dan menghasilkan pergerakanrangka. Dikenali juga sebagai otot voluntari kerana ia boleh dikawal secara

    sedar. Kadangkala ia dipanggil juga otot berjalur kerana mempunyai jaluryang merentasinya.

    Otot rangka selalunya melekat pada tulang dan merentasi satu atau lebihsendi. Pergerakan pada sendi akan terhasil apabila berlaku kontraksi.Namun, bagi otot rangka di muka, ia melekat pada kulit pada satuhujungnya. Keadaan ini membolehkan kita mengedut dan mengerutkanmuka untuk menunjukkan emosi. Otot-otot ini lebih dikenali sebagai otot-otot ekspresi muka.

  • 8/2/2019 Topik 1 - Pengenalan Kepada Anatomi dan Fisiologi

    29/35

    TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA ANATOMI DAN FISIOLOGI MANUSIA W 29

    Otot artikular pula adalah otot rangka yang mempunyai satu hujungmelekat pada kapsul sendi. Tugas otot ini adalah menarik kapsul sendisemasa berlaku pergerakan supaya kapsul tidak terperangkap dalam sendiyang bergerak. Sfinkter pula adalah otot rangka yang berbentuk cecincin. Iaterdapat di sekeliling kelopak mata, bibir mulut dan anus. Konstriktoradalah otot rangka yang tersusun berbentuk tiub. Otot ini membentukfarinks dan bahagian atas esofagus.

    Rajah 1.23: Keratan melintang otot rangkaSumber: Abdul Hamid Abdul Rashid (2001)

    1.4.2 Struktur dan Fungsi Otot Rangka

    (a) Struktur Internal Otot RangkaSetiap satu otot rangka dibentuk oleh banyak serat. Setiap serat otot inimerupakan satu sel otot. Ukuran sel otot rangka adalah 50 - 100 m lebardan panjang sehingga mencapai 10cm. Sel otot rangka berbentuk silinderdan panjang. Kita boleh melihat sel otot rangka ini dengan menggunakanmata kasar. Kebanyakan sel otot mempunyai nukleus di bahagianperiferinya.

    Endomisium adalah otot perantara yang mengelilingi setiap serat otot.Fasikulus adalah nama yang diberi kepada sekumpulan serat otot bersama-sama endomisiumnya. Bagi setiap fasikulus pula, ia dilitupi tisu perantarayang diberi nama perimisium. Sekumpulan fasikulus akan membentukkeseluruhan massa otot dan dikelilingi oleh epimisium.

    Serat otot merah adalah kandungan mioglobin yang tinggi pada serat ototrangka. Manakala, serat otot yang mempunyai kandungan mioglobin yangrendah dikenali sebagai serat otot putih.

  • 8/2/2019 Topik 1 - Pengenalan Kepada Anatomi dan Fisiologi

    30/35

    30X TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA ANATOMI DAN FISIOLOGI MANUSIA

    (b) Fungsi Otot RangkaOtot melakukan beberapa fungsi penting melalui kontraksi seperti:

    (i) GerakanGerakan adalah apa-apa sahaja gerakan yang berlaku sama ada bolehdilihat atau tidak. Gerakan luaran yang boleh dilihat adalah seperti

    berjalan, berlari, fleksi dan ekstensi anggota dan tubuh. Gerakan ototyang tidak boleh dilihat pula adalah seperti denyutan jantung,gerakan gaster dan usus semasa proses pencernaan dan kontraksi ototpernafasan.

    (ii) Penetapan postur

    Fungsi tisu otot juga adalah untuk menetapkan postur tubuh melaluikontraksi otot dan penetapan tegangan otot tanpa memendekkanotot. Aktiviti ini disebut sebagai kontraksi isometrik. Maksudkontraksi isometrik adalah kontraksi otot tanpa perubahan panjang.Sementara itu dalam latihan isotonik, beban yang digunakan adalahtetap sepanjang perlakuan pergerakan dan berasaskan set ulanganmaksimum serta membangunkan tiga komponen kecergasan iaitukekuatan, kuasa dan daya tahan. Kelebihan latihan ini ialah iamenggunakan alat yang murah dan senang didapati contohnya berat

    bebas ataupun freeweights. Kekuatan dibangunkan melalui rangkaianpergerakan. Kelemahan latihan ini ialah beban tidak dikekalkan

    sepanjang rangkaian pergerakan. Tambahan pula, pertukaran beratuntuk senaman yang berbeza memakan masa dan ini menyebabkanmasa latihan terbuang.

    (iii) Penghasilan habaUntuk melakukan kontraksi, otot memerlukan tenaga. Jadi apabila

    berlaku kontraksi otot, haba akan dihasilkan. Haba yang dihasilkanini berfungsi untuk menetapkan suhu tubuh badan. Adalahdianggarkan 85% daripada haba badan adalah terhasil dari kontraksiotot.

    1.4.3 Lokasi dan Tindakan Otot Utama(a) Lokasi

    Otot kebanyakannya melekat secara langsung atau melalui tendon atauaponeurosis kepada tulang, rawan, ligamen atau fasia. Terdapat otot yangyang melekat pada organ dan ada juga yang melekat pada kulit. Otot yang

    berkontraksi akan menjadi pendek, tetapi salah satu tempat perlekatannyabiasanya kekal, tidak bergerak atau bergerak sedikit sahaja.

  • 8/2/2019 Topik 1 - Pengenalan Kepada Anatomi dan Fisiologi

    31/35

    TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA ANATOMI DAN FISIOLOGI MANUSIA W 31

    Istilah punca (pelekatan proksimal) otot diberikan kepada bahagian yangtidak bergerak atau bergerak sedikit. Manakala istilah penyelitan(pelekatan distal) pula diberikan kepada bahagian yang yang bergerak atau

    bergerak lebih. Contoh, satu hujung otot bisep braki yang terletak dihadapan lengan atas melekat pada skapula dan hujungnya yang satu lagimelekat pada radius di lengan bawah. Apabila fleksi dilakukan oleh sendisiku untuk mengangkat barang, bisep braki berkontraksi. Hujung otot yangmelekat pada skapula tetap dan tidak bergerak, tetapi hujung yang melekatpada radius menarik lengan bawah dan bergerak. Sebaliknya, jika kitamemegang batang besi tetap yang terletak di atas kita dan menaikkantubuh ke atas, hujung otot yang melekat pada radius akan tetap, tetapi

    hujung yang melekat pada skapula menarik tubuh ke atas dan bergerak.

    Rajah 1.24: Pergerakan fleksi sendi sikuSumber: Abdul Hamid Abdul Rashid (2001)

    Oleh yang demikian, istilah punca dan penyelitan amat mengelirukan.Istilah baru diperkenalkan untuk mengelakkan kekeliruan. Istilah tersebutadalah perlekatan proksimal dan perlekatan distal. Hujung otot yangterletak berhampiran dengan tubuh badan dirujuk sebagai perlekatanproksimal. Manakala hujung otot yang terletak jauh dari tubuh badan atauhujung yang melekat pada organ dirujuk sebagai perlekatan distal.

  • 8/2/2019 Topik 1 - Pengenalan Kepada Anatomi dan Fisiologi

    32/35

    32X TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA ANATOMI DAN FISIOLOGI MANUSIA

    (i) Tindakan otot utamaTerdapat empat cara tindakan yang dilakukan oleh otot. Tindakantersebut adalah penggerak utama (prime mover), antagonis, penetap(fixator) dan sinergistik.

    (ii) Penggerak utamaSesuatu otot menjadi penggerak utama apabila otot tersebut

    bertindak sebagai otot yang utama atau sebahagian daripadasekumpulan otot yang bertanggungjawab terhadap sesuatu gerakantertentu. Contohnya, otot bisep braki di hadapan lengan atas menjadipenggerak utama dalam gerakan fleksi sendi siku.

    (iii) AntagonisAntagonis adalah otot yang pergerakannya berlawanan denganpenggerak utama. Sebangai contoh, otot trisep yang terletak di

    belakang lengan atas melawan tindakan otot biseps braki apabilasendi siku berada dalam keadaan fleksi. Otot antagonis perlu beradadalam keadaan relaksasi yang seimbang sebelum otot penggerak

    boleh berkontraksi. Tindakan ini dikenali sebagai perencatan reflekssaraf.

    Rajah 1.25: Otot biseps braki dan trisepsSumber: Abdul Hamid Abdul Rashid. (2001). Anatomi Umum. Hulu Kelang, Selangor:

    Percetakan Dewan Bahasa dan Pustaka

    (iv) PenetapPenetap adalah otot yang berkontraksi secara isometrik. Ini

    bermaksud otot mempunyai panjang yang tetap dan keteganganmeningkat. Tindakan penetapan dilakukan untuk menstabilkanperlekatan proksimal otot penggerak utama. Ini akan menghasilkantindakan otot yang berkesan. Contoh, otot yang melekatkan girdelpektoral pada badan. Otot ini berkontraksi sebagai penetap untukmembolehkan otot deltoid bertindak lebih berkesan pada sendi bahu.

  • 8/2/2019 Topik 1 - Pengenalan Kepada Anatomi dan Fisiologi

    33/35

    TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA ANATOMI DAN FISIOLOGI MANUSIA W 33

    (v) SinergistikBerfungsi sebagai penstabil sendi intermediat dan menghalangsebarang gerakan yang tidak diperlukan. Contohnya otot fleksor danekstensor pergelangan tangan berkontraksi untuk menetapkan sendipergelangan tangan. Dengan ini, otot fleksor dan ekstensor panjang

    bertindak dengan cekap pada sendi-sendi jari tangan.

    Otot-otot boleh menjadi sama ada penggerak utama, antagonis, penetapatau sinergistik. Semua tindakan ini adalah bergantung kepada gerakanyang perlu dilakukan oleh seseorang individu.

    x Sains anatomi dan fisiologi menunjukkan tentang organisasi struktur tubuh.Organisasi struktur tubuh mengandungi kepala dan leher, badan dan anggota.

    x Tisu-tisu tubuh terbahagi kepada empat bahagian iaitu tisu epitelium, tisuotot, tisu pengikat dan tisu saraf.

    x Usaha organisma mengekalkan kestabilan persekitaran dalaman melalui

    pengawalan suhu badan, peredaran oksigen dan kandungan garam (potasium,sodium dan klorida) dalam sel badan dikenali sebagai homeostasis.

    x Sistem rangka berfungsi sebagai perlindungan, penyokong, storpenyimpanan, pergerakan dan penghasilan sel darah.

    x Struktur tulang keras adalah terbina daripada unit-unit yang dinamakansebagai sistem Havers.

    x Tulang boleh diklasifikasikan kepada enam jenis iaitu tulang panjang, tulangpendek, tulang pipih, tulang tidak teratur (tidak simetri), tulang pneumatikdan tulang sesamoid.

    AKTIVITI 1.2

    1. Berpandukan laman web ini, www.bio.psu.edu/faculty/strauss/anatomy/biology29.htm, senaraikan dapatan yang berkaitan denganhubung kait antara sistem tubuh.

    2. Apakah kepentingan anatomi dan fisiologi kepada kehidupan kita?

    3. Bagaimana sistem-sistem organ yang lain berhubung kait dengansistem rangka dari segi fisiologi?

    4. Apakah peranan sistem rangka kepada sistem organ yang lain?

  • 8/2/2019 Topik 1 - Pengenalan Kepada Anatomi dan Fisiologi

    34/35

    34X TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA ANATOMI DAN FISIOLOGI MANUSIA

    x Sistem sendi terbahagi kepada tiga iaitu sendi berserat (sinartrosis), sendirawan dan sendi sinovial.

    x Sendi berserat (sinartrosis) terbahagi kepada dua iaitu sendi sutur dan sendisindesmosis.

    x Sendi rawan pula terbahagi kepada dua iaitu sendi rawan primer(sinkondrosis) dan sendi rawan sekunder (simfisis).

    x Sementara itu sendi sinovial adalah sistem sendi yang terakhir. Sendi inimempunyai ciri-ciri sendi sinovial seperti rawan artikular atau hialin,ligamen kapsul, kaviti sendi dan membran sinovial.

    x Terdapat enam jenis sendi sinovial iaitu sendi satah/sendi melongsor, sendiengsel, sendi pangsi/sendi putar, sendi elipsoid, sendi pelana dan sendilesung/sendi soket.

    x Otot membolehkan tulang dan sendi membuat pergerakan. Pergerakanberlaku apabila otot melakukan kontraksi (pengecutan) dan pengenduran.

    x Otot terbahagi kepada tiga jenis iaitu otot jantung, otot licin dan otot rangka.

    x Otot membolehkan tulang dan sendi membuat pergerakan. Pergerakanberlaku apabila otot melakukan kontraksi (pengecutan) dan pengenduran.

    x Setiap satu otot rangka dibentuk oleh banyak serat. Setiap serat otot ini

    merupakan satu sel otot. Ukuran sel otot rangka adalah 50 -100m lebar danpanjang sehingga mencapai 10cm. Sel otot rangka berbentuk silinder danpanjang.

    x Otot rangka berfungsi sebagai agen penggerak, penetapan postur danpenghasilan haba.

    x Tindakan otot utama ialah sebagai penggerak utama, antagonis, penetap dansinergistik.

  • 8/2/2019 Topik 1 - Pengenalan Kepada Anatomi dan Fisiologi

    35/35

    TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA ANATOMI DAN FISIOLOGI MANUSIA W 35

    Antagonis

    Endomisium

    Gerakan bersudut

    Gerakan meluncur

    Gerakan putaran

    Hematopoiesis

    Hemopoiesis

    Homeostasis

    Homeostasis

    Insertion

    Klasifikasi tulang

    Lokasi dan tindakan otot utama

    Organisasi struktur tubuhOrigin

    Otot jantung

    Otot licin

    Otot rangka

    Penetap

    Penggerak utama

    Perimisium

    Regulator fisiologikal

    Sains anatomi

    Sains fisiologi

    Sinergistik

    Sistem otot

    Sistem rangka

    Sistem sendi

    Sistem tisu

    Stor penyimpanan

    Struktur tulang

    Tisu epitelium

    Tisu otot

    Tisu pengikatTisu saraf

    Tulang panjang

    Tulang pendek

    Tulang pipih

    Tulang pneumatik

    Tulang sesamoid

    Tulang tidak teratur (tidak simetri)