topik 1 - pengenalan kepada rangkaian

20
KURSUS TMK TAHUN 5 2014 PROGRAM LATIHAN UNTUK GURU TMK TAHUN 5 BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA Tajuk SISTEM RANGKAIAN DAN DUNIA INTERNET Topik 1.0 PENGENALAN KEPADA RANGKAIAN A. Objektif Pada akhir sesi ini, peserta dapat: 1. Menerangkan konsep rangkaian. 2. Menerangkan medium rangkaian : wayar dan tanpa wayar. 3. Menyatakan kegunaan rangkaian. 4. Membuat ilustrasi model rangkaian. B. Kandungan Pengajaran 1.1 Perkembangan Rangkaian. 1.2 Maksud Rangkaian. 1.3 Kegunaan Rangkaian. 1.4 Jenis Rangkaian. 1.5 Jenis Senibina Rangkaian. 1.6 Jenis Topologi. 1.7 Jenis Teknologi Komunikasi. 1 MODUL SISTEM RANGKAIAN DAN DUNIA INTERNET

Upload: rachel-weeks

Post on 18-Jan-2016

105 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

FREE

TRANSCRIPT

Page 1: Topik 1 - Pengenalan Kepada Rangkaian

KURSUS TMK TAHUN 5 2014

1 MODUL SISTEM RANGKAIAN DAN DUNIA INTERNET

PROGRAM LATIHAN UNTUK GURU TMK TAHUN 5BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Tajuk SISTEM RANGKAIAN DAN DUNIA INTERNET

Topik 1.0 PENGENALAN KEPADA RANGKAIAN

A. Objektif

Pada akhir sesi ini, peserta dapat:

1. Menerangkan konsep rangkaian.

2. Menerangkan medium rangkaian : wayar dan tanpa wayar.

3. Menyatakan kegunaan rangkaian.

4. Membuat ilustrasi model rangkaian.

B. Kandungan Pengajaran

1.1 Perkembangan Rangkaian.

1.2 Maksud Rangkaian.

1.3 Kegunaan Rangkaian.

1.4 Jenis Rangkaian.

1.5 Jenis Senibina Rangkaian.

1.6 Jenis Topologi.

1.7 Jenis Teknologi Komunikasi.

Page 2: Topik 1 - Pengenalan Kepada Rangkaian

KURSUS TMK TAHUN 5 2014

PENGENALAN KEPADA RANGKAIAN

1.1 Perkembangan Rangkaian

Rangkaian yang pertama ialah pada sekitar akhir 1960-an dan awal 1970-an, iaitu

ARPANET yang dibina oleh ARPA untuk Kementerian Pertahanan Amerika Syarikat.

Perkembangan rangkaian komputer bermula pada tahun 1969 ketika jabatan Pertahanan

Amerika membentuk Defense Advance Research Projects Agency (DARPA) yang bertujuan

mengadakan penyelidikan mengenai cara menghubungkan sejumlah komputer sehingga

membentuk rangkaian.Program penyelidikan ini dikenali dengan nama ARPANET ( Advance

Research Projects Agency Network ). Pada tahun 1970, lebih dari 10 buah komputer telah

dapat dihubungkan, saling berkomunikasi dan membentuk sebuah rangkaian.

Pada tahun 1972, Roy Tomlinson telah membangunkan satu aplikasi iaitu Mel Elektronik

(emel) untuk penyelidikan ARPANET. Aplikasi tersebut mendapat sambutan baik pada

ketika itu dan pada waktu yang sama "at" atau "pada" ([@]) diperkenalkan sebagai ikon dari

emel tersebut. Pada tahun 1973, jaringan komputer yang diberi nama ARPANET mulai

dikembangkan meluas keluar dari Amerika Syarikat. University College di London

merupakan komputer anggota rangkaian ARPANET pertama di luar Amerika Syarikat. Pada

tahun yang sama dua orang ahli komputer Vinton Cerf dan Bob Kahn membentangkan

sebuah gagasan yang lebih besar yang menjadi pengasas pemikiran rangkaian

antarabangsa (International Network) iaitu Internet. Idea ini dipersembahkan untuk pertama

kalinya di Sussex University.

Pada 26 Mac 1976, dimana pada masa itu ratu Inggeris telah berjaya mengirimkan sebuah

emel dari Royal Signals and Radar Establishment di Malvern. Setahun kemudian, lebih dari

100 komputer telah bergabung dalam sistem ARPANET dan membentuk sebuah rangkaian

atau Network.

Pada tahun 1979, Tom Truscott, Jim Ellis, dan Steve Bellovin telah mencipta Newsgroups

pertama yang dikenali sebagai USENET (User Network). Pada tahun 1981, France Telecom

telahn mencipta dan melancarkan telefon televisyen pertama dunia (pengguna dapat saling

berhubung antara satu sama lain dengan menggunakan pautan video (video link)).

Seiring dengan bertambahnya komputer yang membentuk rangkaian, sebuah protokol rasmi

yang dapat diakui dan diterima oleh semua rangkaian diperlukan. Pada tahun 1982, sebuah

jawatankuasa Transmission Control Protocol (TCP) atau lebih dikenal dengan sebutan

Internet Protocol (IP) telah dibentuk. Sementara itu di Eropah muncul sebuah rangkaian

2 MODUL SISTEM RANGKAIAN DAN DUNIA INTERNET

Page 3: Topik 1 - Pengenalan Kepada Rangkaian

KURSUS TMK TAHUN 5 2014

saingan yang dikenali sebagai Europe Network (EUNET) yang meliputi wilayah Belanda,

Inggeris, Denmark, dan Sweden. Jaringan EUNET ini mennggunakan emel dan newsgroup

USENET.

Pada tahun 1984, sebuah sistem dengan nama DOMAIN atau lebih dikenali sebagai

Domain Name System (DNS) telah diperkenalkan. Tujuannya adalah untuk menyeragamkan

semua alamat rangkaian komputer yang sudah ada di dalam sistem DNS komputer yang

bersambung dengan jaringan yang melebihi 1000 buah komputer. Pada tahun 1987,

bilangan komputer yang bersambung ke rangkaian telah melonjak 10 kali ganda dan

menjadi 10000 buah lebih komputer.

Pada tahun 1988, Jarkko Oikarinen yang berasal dari Finland telah mencipta dan

memperkenalkan Internet Relay Chat (IRC) dimana ia membolehkan dua orang atau lebih

pengguna komputer berinteraksi secara langsung dengan penghantar mesej (chatting).

Setahun kemudian jumlah komputer yang saling berhubungan melonjak ke 100000 buah

komputer. Pada pertengahan tahun 1990, ini adalah tahun yang paling bersejarah dimana

Tim Berners Lee ketika itu telah merancang sebuah program editor dan pelayar (browser)

yang dapat melayari komputer dalam rangkaian. Program ini dikenali sebagai WWW atau

World WideWeb.

Pada tahun 1992, komputer yang telah membentuk rangkaian sudah melebihi 1000000

buah komputer. Pada tahun yang sama, muncul satu istilah baru iaitu Surfing (menjelajah).

Pada tahun 1994, laman sesawang (website) dunia mulai tumbuh dengan subur (terdapat

3000 alamat halaman) dan pertama kalinya Virtual Shopping atau e-retail muncul dalam

pelbagai situasi. Dunia berubah sejajar dengan adanya Enjin Carian (Search Engine) yang

pertama, iaitu Yahoo yang dibangunkan oleh David Filo dan Jerry pada bulan April 1994.

Pada hujung tahun 1994, Netscape Navigator 1.0 telah dilancarkan. 

1.2 Maksud Rangkaian

Rangkaian terdiri daripada dua atau lebih komputer yang dihubungkan untuk berkongsi

sumber (seperti pencetak dan pemacu CD), pertukaran fail dan membenarkan komunikasi

secara elektronik. Komputer dalam rangkaian boleh dihubungkan melalui kabel, talian

telefon, gelombang radio, satelit, bluetooth dan cahaya inframerah (infrared).

3 MODUL SISTEM RANGKAIAN DAN DUNIA INTERNET

Page 4: Topik 1 - Pengenalan Kepada Rangkaian

KURSUS TMK TAHUN 5 2014

Rajah 1.1

1.3 Kegunaan Rangkaian

1. Berkongsi fail - rangkaian membolehkan pengguna berkongsi data dan menyimpan

salinan data (backup) kepada komputer yang berbeza, contoh berkongsi gambar, fail

muzik dan dokumen.

2. Berkongsi peranti – Pengguna dapat berkongsi peranti pencetak mesin faks,

modem, pengimbas dan pemacu CD-ROM dengan pengguna yang lain.

3. Berkongsi akses internet – Rangkaian komputer membenarkan pengguna

mengakses internet secara serentak tanpa perlu membayar ISP untuk beberapa

akaun.

4. Pengurusan perisian berpusat - Salah satu manfaat yang besar bagi memasang

rangkaian adalah semua perisian boleh dimuatkan di dalam komputer pelayan

(server). Komputer pelanggan (client) dapat berkongsi perisian dengan pelayan. Ini

menjimatkan masa pemasangan perisian.

5. Mel Elektronik (E-Mel) - Di syarikat yang besar, emel atau alat mesej segera

(instant messaging tools) digunakan untuk berkomunikasi dengan cepat dan untuk

menyimpan mesej untuk rujukan masa hadapan. Contoh, mel elektronik di rangkaian

kawasan setempat membolehkan murid berkomunikasi dengan guru dan rakan

sebaya di dalam rangkaian sekolah mereka sendiri (intranet seperti VLE FROG).

4 MODUL SISTEM RANGKAIAN DAN DUNIA INTERNET

Page 5: Topik 1 - Pengenalan Kepada Rangkaian

KURSUS TMK TAHUN 5 2014

1.4 Jenis Rangkaian

Rangkaian Kawasan Setempat (Local Area Network - LAN)

Rangkaian kawasan setempat adalah sekumpulan komputer dan peranti yang disambung

bersama-sama yang biasanya di bangunan yang sama seperti di kawasan fizikal yang kecil,

seperti rumah, pejabat, atau sekumpulan keci l bangunan sepert i sekolah atau

lapangan terbang. Bentuk LAN yang paling mudah adalah dua buah komputer

berhubung menerusi wayar atau tanpa wayar.

Rangkaian Kawasan Setempat

Rangkaian Kawasan Metropolitan (Metropolitan Area Network – MAN)

MAN lazimnya meliputi suatu kawasan georgafi yang agak luas berbanding dengan

rangkaian yang diliputi oleh LAN. Ia beroperasi di bandar–bandar, gabungan beberapa buah

sekolah ataupun di sesebuah daerah. MAN menyediakan perkhidmatan yang lebih dari LAN

termasuk gabungan suara, data, imej dan video.

Antara ciri–ciri MAN ialah sambungan rangkaian melebihi 100 buah komputer. MAN

menggunakan media penghantaran berprestasi tinggi (gentian optik) dan menjangkau

seluruh bandar. MAN juga dikaitkan dengan Bandar bestari yang menyediakan rangkaian

khas untuk sesuatu bandar misalnya Putrajaya dan Cyberjaya.

5 MODUL SISTEM RANGKAIAN DAN DUNIA INTERNET

Page 6: Topik 1 - Pengenalan Kepada Rangkaian

KURSUS TMK TAHUN 5 2014

Rangkaian Kawasan Metropolitan

Rangkaian Kawasan Luas (Wide Area Network - WAN)

WAN merupakan rangkaian komputer jarak jauh dan biasanya digunakan untuk

menyambungkan komputer yang berada pada lokasi yang berbeza seperti negeri,

negara dan benua. WAN disambungkan melalui sistem telefon atau satelit. WAN yang

paling besar dan terkenal ialah Internet.

Rangkaian Kawasan Luas

Rangkaian Kawasan Peribadi (Personal Area Network – PAN)

PAN merupakan rangkaian komputer yang digunakan oleh orang perseorangan sebagai alat

komunikasi di antara peranti komputer. Ia juga rangkaian yang meliputi kawasan beberapa

meter yang terdiri daripada peranti wireless seperti komputer peribadi, komputer riba,

pencetak PDA, telefon selular, dan lain-lain. PAN boleh dibuat melalui port USB, Port

FireWire, infrared dan bluetooth

6 MODUL SISTEM RANGKAIAN DAN DUNIA INTERNET

Page 7: Topik 1 - Pengenalan Kepada Rangkaian

KURSUS TMK TAHUN 5 2014

PAN – Rangkaian Kawasan Peribadi

Rangkaian Network Maya / Virtual Private Network (VPN)

VPN ialah rangkaian yang menggunakan infrastruktur awam dan internet untuk capaian dan

akses yang lebih selamat antara ibu pejabat dan cawangan-cawangannya yang lain.

Rangkaian ini menggunakan terowong untuk mengekalkan data terjamin.Ia selalu digunakan

oleh bank dan syarikat berskala besar.

Rangkaian Network Maya / Virtual Private Network (VPN)

7 MODUL SISTEM RANGKAIAN DAN DUNIA INTERNET

Page 8: Topik 1 - Pengenalan Kepada Rangkaian

KURSUS TMK TAHUN 5 2014

Rangkaian Kawasan Setempat Tanpa Wayar / Wireless LAN (WLAN)

WLAN adalah jenis LAN yang menggunakan gelombang radio yang tinggi untuk

berkomunikasi di antara nod. Liputan bagi WLAN hanya 100 meter tanpa halangan dan ia

menggunakan piawaian 802.11 yang dibina oleh Institute of Electrical and Electronics

Engineers, IEEE

Rangkaian Kawasan Setempat Tanpa Wayar / Wireless LAN (WLAN)

WORLDWIDE INTEROPERABILITY FOR MICROWAVE ACCESS (WIMAX)

WiMAX merupakan satu teknologi baru yang menyerupai WiFi. Rangkaian ini dikenali

dengan wireless MAN (Metropolitan Area Network). Jarak WiMAX ialah 50 kilometer.

WiMAX mempunyai 2 Bahagian iaitu;

1. Sistem pangkalan WiMAX yang berasaskan konsep manara telefon bimbit

2. Penerima WiMAX yang dipasang dirumah.

8 MODUL SISTEM RANGKAIAN DAN DUNIA INTERNET

Page 9: Topik 1 - Pengenalan Kepada Rangkaian

KURSUS TMK TAHUN 5 2014

Rangkaian WiMax

1.5 Jenis Senibina Rangkaian

Senibina rangkaian adalah reka bentuk rangkaian komputer dan sistem komunikasi yang

merangkumi konfigurasi dan strategi yang digunakan. Ia termasuklah penggunaan transmisi,

perisian dan protokol – protokol komunikasi dan infrastruktur penghantaran data berwayar

atau tanpa wayar. Terdapat dua jenis senibina rangkaian iaitu:

Pengguna – ke – Pelayan ( Client – to – Server)

Pengguna – ke – Pelayan (Client – to – Server)

Senibina rangkaian ini terdiri daripada sebuah komputer pelayan (server) untuk

melayan komputer lain yang bertindak sebagai pengguna (Client). Komputer pelayan

akan menjalankan pengurusan berpusat (centralized) untuk melayan pengguna dari

segi perkongsian perisian aplikasi, data, pencetak dan lain – lain.  Pelayan biasanya

mempunyai spesifikasi berkuasa tinggi manakala komputer pengguna adalah

9 MODUL SISTEM RANGKAIAN DAN DUNIA INTERNET

Page 10: Topik 1 - Pengenalan Kepada Rangkaian

KURSUS TMK TAHUN 5 2014

komputer yang meminta sebarang perkhidmatan atau fail daripada komputer

pelayan. Dalam masa yang sama, komputer pengguna dalam rangkaian masih boleh

membuat kerja – kerja individu dan menyimpan fail kepunyaan individu di dalam

komputernya. Komputer pelayan pula tidak memproses atau mengubah data yang

dikirim dan tidak perlu tahu jenis fail sebaliknya terus menjawab permintaan dari

komputer pengguna atas fail yang disimpannya.

Antara ciri–ciri senibina rangkaian pengguna – ke – pelayan (Client – to – Server)

adalah seperti berikut:

I. Keselamatan sumber dan data dikawal oleh pelayan

II. Perkongsian data dan perisian aplikasi boleh di lakukan.

III. Perbelanjaan yang lebih mahal diperlukan untuk sebuah

komputer pelayan.

IV. Perlu melakukan penyelenggaran (maintenance) untuk menjamin

keberkesanan sistem

V. Rangkaian tidak berfungsi jika berlaku kerosakan pada pelayan.

Rakan – ke – rakan (Peer – to – Peer)

Rakan - ke - Rakan (Peer – to – Peer)

Rangkaian ini juga dikenali dengan P2P di mana semua komputer di dalam rangkaian

bertindak sebagai komputer pelayan dan juga pengguna. Semua komputer berupaya

mencapai fail yang terdapat di dalam komputer lain dan juga menyediakan fail untuk

komputer lain pada satu-satu masa. Rangkaian komputer ini tidak mempunyai komputer

pelayan dan pengguna hanya perlu berkongsi fail dan ruangan simpanan serta sumber-

sumber lain dari setiap komputer dalam rangkaian. Setiap komputer dapat mengirim,

menerima dan memproses fail data kerana setiap komputer mempunyai potensi yang sama.

P2P hanya disyorkan untuk rangkaian yang tidak lmelebihi 5 buah komputer dan tidak

10 MODUL SISTEM RANGKAIAN DAN DUNIA INTERNET

Page 11: Topik 1 - Pengenalan Kepada Rangkaian

KURSUS TMK TAHUN 5 2014

menggunakan fail-fail atau aplikasi yang besar. Namun pada hari ini, P2P boleh berkongsi

data dan maklumat merentasi sempadan dan jarak menerusi talian internet.

Antara ciri-ciri senibina rangkaian P2P adalah seperti berikut:

I. Tidak terdapat komputer pusat yang mengawal rangkaian dan sumber.

II. Perkongsian pada perkakasan dan fail boleh dibuat

III. P2P tidak dapat menjamin keselamatan data di dalam sesebuah komputer

IV. Semua komputer di dalam rangkaian mempunyai keupayaan yang sama di

dalam mengirim, menerima dan memproses fail.

1.6 Jenis Topologi

Topologi ialah susunan geometrik perkakasan (nod) yang boleh dilihat secara fizikal pada

rangkaian setempat (LAN).

Rajah 1.6 Jenis Topologi

Topologi utama ialah:

• Topologi Bintang (Star Topology)

• Topologi Cecincin (Ring Topology)

• Topologi Bas (Bus Topology)

• Topologi Hybrid (Hybrid Topology)

TOPOLOGI BINTANG

11 MODUL SISTEM RANGKAIAN DAN DUNIA INTERNET

Page 12: Topik 1 - Pengenalan Kepada Rangkaian

KURSUS TMK TAHUN 5 2014

Topologi bintang ialah topologi di mana semua kabel penyambung dari nod akan masuk ke

satu lokasi pusat, di mana semua akan disambungkan ke peranti yang dikenali sebagai hab.

Rajah 1.7 Topologi Bintang

Nod-nod dalam LAN berkomunikasi menerusi hab.

Sebagai contoh, komputer B dapat berkomunikasi secara terus dengan perkakasan

lain dalam rangkaian seperti pelayan, pencetak dan komputer A,C dan D.

TOPOLOGI CINCIN

Topologi cincin adalah topologi  di mana setiap nod disambungkan dengan dua nod yang

lain, membentuk satu laluan sejajar tunggal untuk penghantaran isyarat terus ke setiap nod.

Data akan melalui dari setiap nod ke setiap nod seterusnya, setiap laluan nod yang dilalui

akan menerima setiap paket data.

Rajah 1.8 Topologi Cincin

Penghantaran dan maklumat dilakukan satu arah sahaja (arah jam / lawan arah jam)

12 MODUL SISTEM RANGKAIAN DAN DUNIA INTERNET

Page 13: Topik 1 - Pengenalan Kepada Rangkaian

KURSUS TMK TAHUN 5 2014

Jika sambungan di antara komputer A dan komputer B rosak, komputer B, C, D dan

lain-lain nod tidak akan dapat menerima sebarang maklumat yang dihantar.

TOPOLOGI BAS

Topologi bas, juga dikenali sebagai bas linear, ialah topologi yang paling mudah. Ia terdiri

dari satu kabel yang dikenali sebagai segmen atau tulang belakang (backbone), yang

menyambungkan semua nod dalam rangkaian ke dalam satu barisan.

Rajah 1.9 Topologi Bas

Kelebihan – apabila talian komputer A rosak, hanya komputer A terjejas.

Kekurangan – apabila tulang belakang rosak, seluruh rangkaian terjejas.

TOPOLOGI HYBRID

Rajah 1.10 Topologi Hybrid

Merupakan gabungan ketiga-tiga jenis topologi utama LAN.

13 MODUL SISTEM RANGKAIAN DAN DUNIA INTERNET

Page 14: Topik 1 - Pengenalan Kepada Rangkaian

KURSUS TMK TAHUN 5 2014

Pengguna mempunyai akses pada sebarang sumber / data yang dikongsi oleh

pengguna di dalam rangkaian.

Kebanyakan sumber di tempatkan di pelayan (server).

1.7 Jenis Teknologi Komunikasi

INTRANET

Intranet adalah rangkaian komputer yang khusus untuk kegunaan pada persekitaran

dalaman suatu organisasi. Intranet menggunakan teknologi rangkaian sebagai alat untuk

memudahkan komunikasi antara orang atau kumpulan kerja untuk meningkatkan keupayaan

perkongsian data seluruh kakitangan organisasi.

Perkakasan rangkaian standard dan teknologi perisian yang digunakan seperti Ethernet,

WiFi, TCP / IP, pelayar web dan pelayan web. Intranet sesebuah organisasi biasanya

termasuk akses internet tetapi perlu melalui tembok api (firewall) yang tidak boleh dicapai

terus dari luar dan dalam.

Rajah 1.11 Contoh intranet dalam organisasi

EKSTRANET

Ekstranet adalah rangkaian persendirian yang menggunakan teknologi Internet dan sistem

telekomunikasi awam untuk berkongsi sebahagian daripada maklumat atau operasi

perniagaan dengan pembekal, vendor, rakan kongsi, pelanggan, atau perniagaan lain.

Ekstranet itu boleh dilihat sebagai sebahagian daripada intranet syarikat yang diberikan

kepada pengguna di luar syarikat.

14 MODUL SISTEM RANGKAIAN DAN DUNIA INTERNET

Page 15: Topik 1 - Pengenalan Kepada Rangkaian

KURSUS TMK TAHUN 5 2014

Rajah 1.12 Contoh ekstranet dalam organisasi

INTERNET

Internet ialah rangkaian global komputer yang saling berkait di seluruh dunia, yang boleh

diakses oleh orang awam. Internet merupakan rangkaian komputer yang berlainan yang

disambungkan melalui rantaian menggunakan wayar tembaga, gentian optik dan

sambungan tanpa wayar terkini. Internet berfungsi berdasarkan penghantaran data melalui

satu jenis pensuisan paket yang dikenali sebagai IP atau protokol internet.

Rajah 1.13 Contoh rangkaian Internet

15 MODUL SISTEM RANGKAIAN DAN DUNIA INTERNET