topik 1 pengenalan (1)

13

Click here to load reader

Upload: ayisy-hariz

Post on 08-Dec-2015

234 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

SCE 3143

TRANSCRIPT

Page 1: Topik 1 Pengenalan (1)

1

1.0 SINOPSIS

Kursus ini membincangkan sains, teknologi dan masyarakat. Ia membincangkan isu-isu

yang berkaitan dengan sains, teknologi dan masyarakat, reka bentuk pembelajaran berasaskan

projek, inovasi dan reka cipta, pembelajaran berasaskan projek untuk pemuliharaan,

pembelajaran berasaskan projek untuk tenaga dalam biosfera, pembelajaran berasaskan projek

untuk pemapanan sumber, pembelajaran berasaskan projek untuk bahan tambah dalam

makanan, pembelajaran berasaskan projek untuk pencemaran dan kesannya terhadap

kesihatan manusia

1.1 HASIL PEMBELAJARAN

Pada akhir topik ini, anda akan dapat:

Menakrifkan sains

Menakrifkan teknologi

Membanding beza sains dan teknologi

Menerangkan isu-isu berkaitan sains, teknologi dan masyarakat

1.2 KERANGKA TAJUK

TOPIK 1 PENGENALAN

Sains, Teknologi

dan Masyarakat

Definisi Sains Definisi Teknologi

Persamaan antara Sains, Teknologi

Perbezaan Antara Sains, Teknologi

Isu-Isu Berkaitan Sains, Teknologi dan Masyarakat

Page 2: Topik 1 Pengenalan (1)

2

1.3 DEFINASI

1.3.1 Sains

Sains adalah ilmu yang diwarisi sejak zaman dahulu lagi atau zaman permulaan

manusia di bumi sebagai warisan sejagat. Menurut Wan Fuad (1990), sains ialah

khazanah ilmu yang telah dibuktikan kebenarannya sejak dahulu. Takrifan ini diberi

sebelum berlaku revolusi sains atau sebelum kemunculan sains moden pada tahun

1600. Pada ketika itu aspek-aspek ketuhanan dan sains digabungkan. Apabila berlaku

Revolusi sains, sains telah dipisahkan daripada aspek-aspek keagamaan atau

ketuhanan. Walau bagaimanapun sains yang dikenali pada hari ini dikenal dengan nama

falsafah tabii pada zaman Yunani. Falsafah pada ketika itu merangkumi tiga komponen

utama iaitu sains tabii, matematik dan metafizik. Mencari kebenaran adalah tujuan asas

ilmu falsafah yang akhirnya mengenali Pencipta alam semesta. Sains tabii terdiri

daripada fizik, kimia, biologi, kosmologi, geologi, perubatan, botani, zoologi, optik,

kejuruteraan dan lain-lain ilmu yang berkaitan. Matematik terdiri daripada aritmetik,

mantik, astronomi, aljebra, trigonometri, mekanik, dinamik dan lain-lain ilmu yang

berkaitan. Metafizik terdiri daripada ketuhanan, roh, jiwa, akal, akhirat, takdir, akhlak,

kebangkitan, kebahagiaan dan lain-lain ilmu berkaitan. Dalam ketiga-tiga komponen

tadi, metafizik adalah ilmu matlamat, sains tabii sebagai ilmu asas dan matematik

sebagai ilmu perantaraan antara sains dengan metafizik.. Di barat aspek-aspek

ketuhanan dipisahkan daripada sains dan bagi mereka sains bebas daripada unsur-

unsur ketuhanan. Walau bagaimanapun dalam Islam, perkataan sains merujuk kepada

ilmu secara keseluruhannya. Sains adalah sebahagian daripada agama dan merupakan

ilmu daripada Tuhan.

Pada zaman sekarang, takrifan sains telah menjadi semakin sempit iaitu sebagai

satu ilmu pengetahuan yang teratur, boleh diuji dan dibuktikan kebenarannya. Kamus

Oxford Edisi Ke Empat 1989 (Cowie et.al. 1989) memberi defmisi sains sebagai satu

cabang pengetahuan yang tersusun diperolehi melalui pemerhatian dan pengujian fakta

tentang alam semula jadi. Zirnan (1984) ialah seorang ahli sejarah sains telah membuat

takrif-takrif sains yang berlainan mengikut aspek-aspek sains yang tertentu. Jika sains

ditakrifkan sebagai "alat untuk menyelesaikan masalah" ia memperlihatkan aspek

instrumen yang berhubung rapat dengan teknologi. Menurut Seth (2000), sains adalah

hasil penyelidikan yang mempunyai kaedah tertentu, satu pengetahuan tersusun, satu

alat menyelesaikan masalah, satu institusi sosial, memerlukan sumber bahan, satu

Page 3: Topik 1 Pengenalan (1)

3

sumber kebudayaan yang perlu diurus dan merupakan satu faktor utarna dalam

pembinaan masyarakat.

1.3.2 Teknologi

Penulis akan menggunakan penulisan Seth (2000) bertajuk Pendidikan Sains,

Teknologi dan Masyarakat dalam Jurnal Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia Jilid

6 untuk memberi definasi teknologi. Seperti sains, teknologi juga boleh ditakrifkan

dalam pelbagai definasi. Gardner et al. (I990) mendefinasikan teknologi sebagai alat

atau proses-proses pembinaan yang menuju ke arah pembentukan alat tersebut.

Walaupun sains dan teknologi melibatkan kajian yang rasional tetapi kedua-duanya

berbeza dari segi rnatlamat dan hasil yang diwujudkan. Sains bertujuan untuk membuat

pengitlakan idea dan kefaharnan terhadap fenomena alam semula jadi rnanakala

teknologi pula menggunakan idea-idea tersebut bagi menghasilkan alat untuk

menyelesaikan masalah. Malcolm dan Stephens (1984) mendefinasikan teknologi

sebagai 'prosedur pemikiran dan pelaksanaan yang bercirikan perkembangan teknologi

dan juga segala produk yang dihasilkan. Scriven (1985) merujuk teknologi sebagai

keseluruhan pengetahuan dan kemahiran yang terlibat dalam pembuatan,

penyenggaraan dan pengubahsuaian alat dan juga semua alat-alat tersebut. Umumnya

definasi teknologi merangkumi kedua-dua proses dan produk. Perkembangan sains dan

teknologi adalah saling melengkapi. Dalam sains yang berasaskan teknologi, kita

melihat bagairnana penemuan teknologi telah membantu perkembangan pengetahuan

sains. Sebagai contoh ciri-ciri elektron telah dapat dikaji dengan lebih terperinci apabila

teknologi dapat menghasilkan kelalang vakum yang tahan terhadap tekanan tinggi

dicipta. Sebaliknya dalam teknologi yang berasaskan sains, teknologi tersebut wujud

hanya apabila pengetahuan atau prinsip sains yang ditemui dapat diaplikasikan dalam

pembuatan teknologi tersebut. Sebagai contoh ahli teknologi William Shockley dapat

mencipta transistor hanya apabila prinsip sains tentang simpang p-n dapat difahami

dengan jelas oleh ahli-ahli sains.

Pada masa sekarang sains terus berkembang seiring dengan perkembangan

teknologi. Perkembangan sains dan teknologi semakin mempengaruhi kehidupan

manusia. Masyarakat banyak bergantung kepada penggunaan alat-alat teknologi yang

menggunakan prinsip-prinsip sains. Disamping itu kefahaman masyarakat umum

terhadap prinsip-prinsip sains adalah sangat penting dalam menjaga kesihatan dan alam

Page 4: Topik 1 Pengenalan (1)

4

sekitar. Begitu juga untuk menyelesaikan masalah dalam atau dengan menggunakan

alat teknologi.

1.4 PENGENALAN SAINS DAN TEKNOLOGI

Dua istilah ini sering digunakan dan kadang-kala tidak dapat dipisahkan. Oleh itu,

adalah perlu jika para pendidik memahami lebih mendalam dan dapat membanding bezakan

antara kedua-dua istilah tersebut. Ada banyak contoh teknologi. Misalnya alatan saintifik, gajet

dan mesin merupakan contoh teknologi yang mudah dan ada di sekeliling kita. Sains pula

membolehkan kita mengetahui sesuatu konsep. Misalnya melalui pengetahuan sains kita tahu

bahawa objek yang bulat adalah lebih senang bergolek berbanding objek yang berbentuk

segitiga dan segiempat. Manakala teknologi memberikan kita jalan untuk menyelesaikan

masalah kita dalam kehidupan seharian. Dengan adanya ciptaan teknologi, sesuatu kerja dapat

dilakukan dengan lebih pantas, mudah dan ringkas. Malah pada peringkat yang lebih tinggi,

teknologi meliputi sesuatu yang lebih luas seperti sistem, organisasi dan teknik. Contohnya

dalam pembiakbakaan dan proses pengklonan memerlukan teknologi yang tinggi. Oleh itu,

teknologi dianggap sebagai satu „aplikasi sains‟. Walaupun teknologi banyak membantu

meningkatkan kualiti hidup manusia, namun perlu diingat sekiranya ia disalahgunakan ianya

akan mengancam dan memudaratkan kehidupan sejagat.

Secara amnya, sains boleh dianggap sebagai ilmu pengetahuan untuk memahami

fenomena alam semulajadi. Manakala, teknologi melibatkan rekabentuk produk atau sistem

yang akan mempengaruhi kualiti kehidupan manusia. Teknologi menggunakan ilmu

pengetahuan sains sebagai asas dalam penciptaan sesuatu barang/produk. Oleh itu, dapatlah

dikatakan bahawa sains dan teknologi adalah dua bidang yang saling bergantungan antara satu

sama lain dan mempunyai beberapa persamaan dan perbezaan dan digambarkan seperti

berikut :

1.4.1 Persamaan Antara Sains dan Teknologi

Bermula beribu-ribu tahun dahulu

Melibatkan penyiasatan bersistematik

Membina makna daripada dapatan penyiasatan

Hasil sentiasa diperbaiki

Page 5: Topik 1 Pengenalan (1)

5

1.4.2 Perbezaan Antara Sains dan Teknologi

Sains Aspek Teknologi

Tertumpu kepada

alam semulajadi

Punca Penyiasatan

Masalah penyesuaian

kepada persekitaran

Menjelaskan

fenomena alam

Tujuan

Menyelesaikan masalah

penyesuaian

Analisis

Kemahiran

Sintesis

Menjalankan

eksperimen

Kaedah

Penyelesaian masalah

Idea dalam bentuk

konsep, prinsip,teori

Hasil

Rekaan yang mengatasi

had keupayaan

manusia

Saintis

Pakar

Jurutera

Jadual 1 : Perbezaan Sains & Teknolog

1.5 ISU-ISU BERKAITAN SAINS, TEKNOLOGI DAN MASYARAKAT

1.5.1 Teknologi Hijau

1.5.1.1 Definasi Teknologi Hijau

Teknologi hijau adalah aplikasi sains alam sekitar untuk memulihara

sumber dan alam semulajadi bagi menangani impak negatif aktiviti manusia.

Teknologi Hijau adalah teknologi rendah karbon dan lebih mesra alam

berbanding dengan teknologi sedia ada. Apabila kita menggunakan teknologi

hijau, kita menggunakan sumber-sumber seperti tenaga, air dan sebagainya

secara minimum untuk menghasilkan sesuatu produk. Oleh yang demikian, apa-

Page 6: Topik 1 Pengenalan (1)

6

apa teknologi yang menyumbang kepada pengurangan pelepasan Gas Rumah

Hijau atau digunakan untuk membangunkan produk dan perkhidmatan yang

menghasilkan pelepasan Gas Rumah Hijau yang tinggi perlu dikurangkan

melalui kesedaran pada peringkat permulaannya dan selanjutnya melalui

penguatkuasaan. Aplikasi Teknologi Hijau juga adalah selaras dengan konsep

pembangunan mapan (sustainable development) di mana pembangunan yang

dilaksanakan perlu memenuhi keperluan semasa tanpa menjejaskan keperluan

generasi masa depan. Sehubungan itu, kita bertanggungjawab untuk

memastikan generasi akan datang dapat sekurang-kurangnya menikmati kualiti

kehidupan yang kita perolehi sekarang atau kualiti yang lebih baik dari sekarang.

1.5.1.2 Mengapakah Teknologi Hijau

Pada 9 April 2009, YAB Perdana Menteri telah mengumumkan

pembentukan Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air bagi menggantikan

Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi. Penekanan terhadap “teknologi hijau”

adalah pendekatan yang tepat dalam menangani masalah alam sekitar dan

pertumbuhan ekonomi. Ia juga selaras dengan agenda utama kerajaan-kerajaan

di seluruh dunia pada masa kini yang memberi prioriti kepada isu-isu alam

sekitar khususnya fenomena perubahan cuaca dunia. Kita sebagai penduduk

dunia perlu bertanggungjawab untuk bersama-sama memainkan peranan dalam

menjadikan dunia ini a better place to live in.

Dalam mengaplikasi teknologi hijau, faedah terbesar ialah dari segi

peningkatan kualiti hidup rakyat dengan menjamin kualiti alam sekitar yang lebih

mapan. Pencemaran udara, air, bunyi dan sebagainya akan menjejaskan kualiti

hidup rakyat sekiranya masalah tersebut dibiarkan berterusan. Apabila kita

menggunakan teknologi hijau, kesan negatif terhadap alam sekitar adalah

minima.

Teknologi hijau juga mempunyai potensi besar dalam memacu

pembangunan negara. Industri yang menggunakan atau membangunkan produk

berhubung teknologi hijau dapat menyediakan peluang-peluang pekerjaan untuk

masyarakat tempatan. Kita boleh juga meneroka peluang mengeksport produk

‟hijau‟ yang telah kita hasilkan. Pasaran untuk teknologi dan produk hijau amat

Page 7: Topik 1 Pengenalan (1)

7

besar, khususnya dalam sektor tenaga boleh diperbaharu atau renewable

energy. Contohnya, industri solar photovoltaic telah dikenalpasti sebagai sumber

pertumbuhan ekonomi baru untuk negara kita. Mengikut unjuran, menjelang

tahun 2020, industri PV dapat menyumbang sebanyak 4 peratus pendapatan

daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (GDP).

Kerajaan akan menyediakan dasar yang sesuai untuk mempromosikan

teknologi hijau. Pihak swasta, para profesional serta penyelidik harus

bekerjasama untuk mencipta dan mengkomersilkan teknologi hijau.

1.5.1.3 Kepentingan Aplikasi Teknologi Dan Amalan Hijau Dalam Kehidupan

Teknologi Hijau merupakan satu teknologi yang mesra alam dan

merupakan teknologi yang rendah karbon bagi mengurangkan pelepasan gas

karbon ke udara yang menyebabkan antara lainnya fenomena perubahan cuaca

dunia. Antara kesan-kesan fenomena perubahan cuaca dunia yang kita rasai

pada masa kini ialah cuaca yang melampau seperti keadaan cuaca panas.

Selain itu, kejadian bencana alam seperti ribut taufan, kecairan ais di Kutub

Utara dan Selatan, kenaikan paras dan suhu air laut, kepupusan spesis flora

dan fauna dan sebagainya juga merupakan kesan-kesan fenomena perubahan

cuaca dunia yang prominen pada masa sekarang. Oleh yang demikian, mitigasi

fenomena perubahan cuaca dunia telah menjadi antara prioriti dalam masyarakat

dunia pada masa kini.

Proses perubahan cuaca global sememangnya tidak dapat dihalang.

Walau bagaimanapun, usaha-usaha boleh dilakukan untuk melambatkan proses

ini. Oleh yang demikian, aplikasi Teknologi Hijau merupakan salah satu langkah

yang diambil bagi melambatkan proses perubahan cuaca dunia. Kita sebagai

pengguna merupakan salah satu daripada penyumbang terbesar dalam

pelepasan gas rumah hijau melalui aktiviti harian dan pilihan yang kita buat

sebagai contohnya penggunaan kereta, tenaga elektrik, penggunaan bahan-

bahan kimia seperti racun serangga dan sebagainya.

Page 8: Topik 1 Pengenalan (1)

8

Sehubungan itu, aplikasi teknologi dan amalan hijau seperti penggunaan

alat-alat elektrik cekap tenaga, penggunaan kenderaan awam atau bahan api

alternatif, penjimatan penggunaan air merupakan antara perkara-perkara yang

boleh dipertimbangkan dalam melaksanakan aktiviti harian kita. Walaupun

amalan-amalan hijau bukan merupakan satu kebiasaan pada sebahagian

daripada kita pada masa kini, kita perlu mengubah minda kita bagi memastikan

kita masih akan dapat menikmati kehidupan yang kita nikmati pada hari ini dalam

jangka masa panjang. Kita juga harus sedar bahawa pilihan-pilihan yang dibuat

oleh kita pada hari ini akan menentukan masa depan yang akan dilalui oleh

anak-anak kita di masa akan datang.

1.5.1.4 Ke Arah Menjadikan Malaysia Sebagai Sebuah Negara Yang Mengutamakan Teknologi Hijau

Usaha Kerajaan untuk menerapkan teknologi hijau perlu dilihat dari dua

aspek. Pertama ialah aspek inovasi, iaitu usaha mencipta atau membangunkan

teknologi hijau. Kita tidak semestinya mencipta sesuatu yang komplikated atau

kompleks. Produk mudah yang mesra alam serta praktikal untuk negara kita

boleh dihasilkan. Adalah penting supaya pelajar-pelajar digalakkan dari

peringkat sekolah lagi untuk mencipta sesuatu. Pada peringkat yang lebih tinggi

pula, para penyelidik kita boleh menghasilkan teknologi yang dapat

menghasilkan sesuatu produk tanpa membazir sumber-sumber seperti tenaga

dan air. Rekaan baru haruslah rekaan praktikal yang boleh dikomersilkan untuk

penggunaan tempatan dan untuk tujuan eksport.

Keduanya ialah penggunaan atau aplikasi teknologi hijau sama ada

dalam melaksanakan proses kerja atau amalan hidup seharian. Kita harus

mengamalkan amalan hijau sebanyak yang boleh, bermula dengan perkara-

perkara mudah yang boleh kita laksanakan. Contohnya, kita boleh membawa air

minum dalam bekas tanpa keperluan membeli botol-botol air. Kalau kita membeli

makanan untuk dibawa balik ke rumah, eloklah kita menggunakan bekas

makanan sendiri daripada menggunakan bekas styrofoam atau plastik yang tidak

mesra alam. Bawalah beg sendiri ketika membeli-belah.

Page 9: Topik 1 Pengenalan (1)

9

Pengguna juga harus mengutamakan pembelian peralatan elektrik jenis

cekap tenaga. Utamakan penggunaan lampu cekap tenaga. Tindakan

sedemikian akan menghasilkan penjimatan tenaga. Walaupun harga peralatan

cekap tenaga lebih mahal sedikit berbanding peralatan biasa, namun penjimatan

tenaga adalah banyak dan kurang menjejaskan alam sekitar. Yang penting

adalah supaya kita mulakan dengan langkah-langkah yang mudah dan murah

dahulu. Jadikan amalan hijau budaya hidup. Ibubapa harus menunjukkan teladan

yang baik kepada anak-anak supaya mereka akan turut terdorong untuk

mengamalkan budaya hijau.

Sebenarnya perubahan gaya hidup dan perubahan minda akan

mengorak langkah ke arah penghayatan dan pengamalan teknologi hijau.

Perubahan kecil yang kita buat pada hari ini akan memberi kesan yang besar

pada masa hadapan.

1.5.1.5 Galakan Menggalakkan Teknologi Hijau

Untuk bidang kecekapan tenaga dan tenaga boleh diperbaharu, Kerajaan

telah memperkenalkan pelbagai insentif fiskal sejak tahun 2003 bagi syarikat-

syarikat yang menjana elektrik daripada sumber Tenaga Boleh Diperbaharu atau

Renewable Energy (RE) dan syarikat-syarikat mengamalkan aktiviti-aktiviti

penjimatan tenaga Energy Efficiency (EE) dimana mereka layak diberi

Pengecualian Cukai Pelaburan (Investment Tax Allowance) dan Status Perintis

(Pioneer Status).

Syarikat-syarikat ini juga boleh memohon untuk mendapatkan

pengecualian duti import dan cukai jualan untuk tempoh setahun bagi mesin,

peralatan, material dan alat ganti import yang digunakan secara terus dalam

penjanaan tenaga elektrik daripada sumber RE dan dan aktiviti EE. Insentif-

insentif ini telah ditambah baik di bawah Bajet 2009 dimana pengecualian boleh

diberikan bagi:

Page 10: Topik 1 Pengenalan (1)

10

i. duti import dan cukai jualan untuk peralatan sistem solar untuk kegunaan

pihak ketiga diberi kepada pengimport termasuk penyedia perkhidmatan

photovoltaic yang diluluskan oleh ST;

ii. pengecualian cukai jualan untuk pembelian peralatan sistem pemanas

solar daripada pengilang tempatan;

iii. pengecualian duti import dan cukai jualan diberi ke atas peralatan EE

seperti motor cekap tenaga (high efficiency motors) dan bahan penebat

(insulation material) diberi kepada pengimport termasuk agen yang

diluluskan oleh ST.

iv. pengecualian cukai jualan diberi kepada pembelian EE consumer goods

yang diluluskan oleh ST seperti bahan penebat, peti sejuk domestik,

Ballast untuk lampu fluorescent, kipas domestic, lampu dan penyaman

udara.

1.5.1.6 Program Memberi Kesedaran Kepada Masyarakat Terhadap TeknoloI Hijau

Kementerian telah mula menjalankan program-program kesedaran

mengenai Kecekapan Tenaga dan Tenaga Boleh Diperbaharu yang merupakan

salah satu daripada cabang Teknologi Hijau sejak tahun 2000 lagi melalui

penubuhan Centre for Education, Training and Research in Renewable Energy

and Energy Efficiency (CETREE) oleh Universiti Sains Malaysia. Program-

program ini disasarkan kepada golongan profesional, sekolah, institusi pengajian

tinggi dan orang awam di Malaysia. Antara program yang telah dilaksanakan

oleh CETREE ialah Pameran program Kempen Penjimatan Tenaga & Alam

Sekitar dan Kempen Cekap Tenaga di USM, Pertandingan Eureka, Kereta Solar

dan Dapur Suria, Karnival Pendidikan Sains dan Teknologi Kebangsaan dan

sebagainya. Selain daripada itu, CETREE juga telah membangunkan Modul

Tenaga Boleh Diperbaharu dan Kecekapan Tenaga Merentasi Kurikulum

Sekolah Rendah di seluruh Malaysia bagi menimbulkan kesedaran murid

sekolah di peringkat awal dalam Tenaga Boleh Diperbaharu dan Kecekapan

Tenaga.

Page 11: Topik 1 Pengenalan (1)

11

Selain itu, Kementerian juga telah melaksanakan program Energy Month

peringkat Kebangsaan secara tahunan bagi meningkatkan kesedaran mengenai

Tenaga Boleh Diperbaharu dan mempromosikan amalan Kecekapan Tenaga di

kalangan orang awam dan sektor swasta. Antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan

semasa program Energy Month adalah mengadakan ceramah-ceramah

berkaitan Kecekapan Tenaga, menerbitkan buku panduan Kecekapan Tenaga Di

Rumah, menerbitkan siri artikel di surat khabar dan menggunakan media massa

untuk menggalakkan amalan Kecekapan Tenaga.

Di masa akan datang, Kementerian akan melaksanakan kempen

Teknologi Hijau yang akan melibatkan stake-holders yang berkaitan termasuk

orang awam dan Kementerian/ Jabatan Kerajaan, badan bukan Kerajaan dan

lain-lain agensi yang berkaitan bagi mendidik dan meningkatkan kesedaran dan

pengetahuan semua pihak mengenai kepentingan Teknologi Hijau dalam

kehidupan kita. Ini bagi memastikan program-program lain yang akan

dilaksanakan oleh Kerajaan dalam mempromosi dan membangunkan Teknologi

Hijau tempatan dapat dilaksanakan dengan berkesan dan dihayati oleh semua

lapisan masyarakat. (Sumber: Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air.)

1.5.1.7 Empat Tunggak Dasar Teknologi Hijau Negara

• Tenaga - Mencari ketidakbergantungan tenaga dan mempromosikan kecekapan tenaga

Alam sekitar - Memulihara dan meminimumkan kesan kepada alam sekitar

Ekonomi - Meningkatkan pembangunan ekonomi negara melalui penggunaan teknologi; dan

Sosial - Meningkatkan kualiti hidup untuk semua.

1.5.2 Budaya Digital Merentasi Sempadan

Teknologi komunikasi dan maklumat (ICT) kini menjadi sebati dengan kehidupan

manusia. ICT menjadi teknologi yang „universal‟ serta memainkan peranan dalam pelbagai

aspek dan aktiviti kehidupan manusia. Kemudahan-kemudahan yang dinikmati melalui ICT

Page 12: Topik 1 Pengenalan (1)

12

seperti perhubungan telekomunikasi dan internet telah dianggap sebagai kemudahan asas

sama seperti jalan raya, bekalan air serta elektrik dan harus tersedia untuk keperluan harian.

untuk memahami budaya digital, terlebih dahulu perlu difahami makna digital itu sendiri. Digital

merujuk kepada diskripsi tentang data yang disimpan atau dihantar dalam bentuk turutan

simbol-simbol yang diskret (yang berasingan, terpisah). Data ini selalunya dalam bentuk binari

dan diwakili menggunakan isyarat elektronik atau elektromagnetik. Perkataan digital berasal

daripada perkataan digit dan digitus dalam bahasa Latin yang bermaksud jari. Perkataan digital

kebiasaannya digunakan dalam bidang pengkomputeran dan elektronik terutama apabila

maklumat yang wujud di alam nyata ditukarkan kepada bentuk digital seperti bunyi digital dan

gambar digital (Wikipedia, 2011). Bentuk teknologi yang berkaitan dengan bidang

pengkomputeran dan elektronik sering disebut sebagai teknologi digital. Budaya digital bukan

sahaja merujuk kepada budaya berkaitan penggunaan teknologi digital semata-mata tetapi

merangkumi paradigma cara berfikir dan bertindak yang terkandung di dalam teknologi tersebut

iaitu pengabstrakan, pengkodan, peraturan kendiri, pemayaan dan pemprograman. Budaya

digital juga disebut budaya siber, budaya elektronik, era maklumat, masyarakat maklumat

(Gere, 2008) dan budaya rangkaian (Varnelis, 2010).

1.5.2.1 Kesan Budaya Digital

Di United Kingdom, Ofcom sebuah badan pemantau telekomunikasi di negara

tersebut menjalankan kajian tentang kesan telefon pintar ke atas tingkah laku para

remaja berumur 12 hingga 15 tahun serta orang dewasa berumur 16 tahun ke atas.

Daripada 521 remaja dan 2073 orang dewasa yang dikaji, 60 peratus remaja di dapati

„sangat ketagih‟ kepada telefon mereka manakala bagi orang dewasa pula ialah 37

peratus. Laporan itu juga menyebut mereka telah mengurangkan aktiviti-aktiviti lain

seperti membaca buku atau akhbar dan menonton TV. Di Malaysia, laporan akhbar

tempatan pada 10 Oktober 2011 menyatakan bahawa kira-kira 60 000 pelajar berusia

antara 12 hingga 18 tahun di Malaysia di dapati ketagih internet terutamanya laman

sosial facebook. Pada bulan tersebut Malaysia telah menduduki tangga ke 17 bilangan

pengguna Facebook paling ramai di dunia iaitu hampir 12 juta orang daripada

keseluruhan jumlah penduduk negara ini. Pelajar-pelajar ini akan menghabiskan masa

sekurang-kurangnya empat jam sehari melayari internet. Ini mengakibatkan mereka

menjadi antisosial, menyendiri, bersifat individualistik dan rasa lebih selesa

berkomunikasi melalui internet. Mereka juga akan berasa cepat marah jika keinginan

Page 13: Topik 1 Pengenalan (1)

13

mereka untuk melayari internet dihalang atau tidak dapat dipenuhi. Malah mereka

sanggup menipu, ponteng sekolah dan mencuri wang demi menghabiskan masa di kafe-

kafe siber.

Budaya digital boleh menjadi halangan, sekatan, cabaran dan ancaman kepada

budaya tempatan sekiranya teknologi digital itu „dilayan‟ seperti satu „kuasa‟ yang tidak

dapat dikawal atau sebagai satu „arus deras‟ yang menghayutkan sesiapa sahaja yang

terjun ke dalamnya. Inilah yang disebutkan oleh para sarjana sebagai technological

determinism iaitu mengutamakan dan membesarkan-besarkan perbincangan tentang

kesan-kesan teknologi ke atas manusia seolah-olah manusia itu begitu lemah bila

berhadapan dengan teknologi. Pandangan seumpama ini dianggap pelik kerana

manusialah yang telah mencipta teknologi dan seterusnya menggunakannya. Jadi pada

asasnya manusia sepatutnya meletakkan dirinya pada kedudukan yang lebih tinggi

daripada teknologi. Jadi manusia harus berperanan dalam membentuk teknologi dan

bukannya menjadi mangsa yang pasif. Jika manusia merujuk kembali kepada nilai-nilai

pegangannya, maka nilai-nilai tersebut akan menjadi panduan dan rujukannya dalam

menangani pembentukan dan pengamalan teknologi dalam bentuk budaya digital yang

terbimbing.

Rujukan

Aznan Zuhid Saidin.(2014). Budaya Digital Merentasi Sempadan: Hambatan Kepada Budaya Tempatan. Di dalam Sains dan Nilai. Penerbit IKIM. Seth Sulaiman.(2000). Pendidikan Sains, Teknologi dan Masyarakat. Jurnal Pendidikon Universiti Teknologi Malaysia. Jilid 6 Oktober. Hal.66-76 Yazid Abdul Manap. (2011). Menerokai Kegemilangan Saintis Islam. Karya Bestari Karangkraf.