tokoh-tokoh pendidikan barat

Upload: zuuuuuuul

Post on 10-Jan-2016

86 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

pendidikan

TRANSCRIPT

TOKOH-TOKOH PENDIDIKAN TIMURTokoh Pertama : Hamka1. Riwayat HidupProfesor Doktor Haji Abdul Malik Bin Seikh Abdul Karim Bin Syeikh Muhammad Amrullah telah dilahir pada tahun 1908 di desa kampung Molek, Maninjau, Sumatera Barat dan beturunan ulamak. Beliau sangat terkenal sebagai seorang ulamak, ahli reformasi, ahli agama, falsafah, politik dan kesusasteraan. Kerana kepakarannya dalam pelbagai bidang ilmu pendidikan beliau digelar Buya, iaitu panggilan buat orang Minangkabau yang bermaksud ayahku atau seseorang yang dihormati. Beliau telah meninggal dunia di Jakarta pada 24 Julai 1982.Beliau menerima pendidikan dari bapa dan datuknya pada peringkat awal. Beliau mempelajari Al-Quran serta menghafaznya. Pendidikan rendahnya ialah di Sekolah Dasar Maninjau sehingga kelas dua Meneruskan pengajian di beberapa buah tempat di Indonesia seperti di Jogjakarta dan mempelajari ilmu tafsir serta pernah mengikuti pengajaran agama di surau dan masjid yang diberikan ulama terkenal seperti Syeikh Ibrahim Musa, Syeikh Ahmad Rasyid, Sutan Mansur, R.M. Surjopranoto dan Ki Bagus Hadikusumo. Kelebihan yang dimiki oleh beliau adalah dari segi kepetahan berkata-kata serta mahir dalam berkarya telah mendorong beliau menghasilkan penulisan novel, cerpen, buku-buku ilmiah serta menulis dalam majalah dan akhbar.

1. Sumbangan Beliau banyak menyumbangkan ilmu yang dimiliki dengan cara berdakwah,ceramah dan penulisan seperti menerbitkan majalah Khitabah al-Ummah. Beliau juga menubuhkan Persatuan Hindia Timur (untuk menunjuk ajar cara menunaikan haji), menubuhkan koleh Kuliah al-Muballighin, menerbitkan majalah Pedoman Masyarakat (menyedarkan rakyat kepada kemajuan zaman), menerbitkan majalah Panji Islam dan Gema Islam. Di samping itu beliau bergiat aktif dalam politik sehingga pernah dipenjarakan kerana berbeza pendapat dengan Bung Karno tentang dasar Negara Pancasila. Namun, beliau Berjaya menghasilkan kitab Tafsir al-Azhar semasa berada di dalam penjara.

Hasil karyanya yang lain adalah seperti Khatibul Ummah, Jilid 1-3, ditulis dalam huruf Arab, Si Sabariah (1928), Pembela Islam -Tarikh Saidina Abu Bakar Shiddiq (1929), Adat Minangkabau dan agama Islam (1929), Ringkasan tarikh Ummat Islam (1929), Kepentingan melakukan tabligh (1929), Hikmat Isra' dan Mikraj, Arkanul Islam (1932) di Makassar, Laila Majnun (1932) Balai Pustaka dan Majallah 'Tentera' (4 nomor) 1932, di Makassar.

Tokoh Keenam : Konfusius

1. Riwayat HidupNama asalnya ialah Kong Fu Tze dan dilahirkan di China. Beliau merupakan pengasas kepada ajaran Konfusianisme. Beliau mementingkan akhlak yang mulia dengan menjaga hubungan antara manusia di langit dengan manusia di bumi dengan baik. Ajaran beliau dikembangkan oleh muridnya yang bernama Mencius keseluruh China dengan beberapa perubahan. Ajaran beliau ditulis oleh muridnya dalam Analect. Beliau menggunakan kepetahan berkata-kata untuk menerangkan idea dan buah pemikiran beliau. Fahaman Konfusianisme disekat ketika Dinasti Qin. Dinasti Qin yang diperintah oleh Maharaja Qin Shih Huang memikirkan bahawa falsafah legalisme adalah sesuai untuk menguasai seluruh negara China dan mengawal penduduk-penduduk negaranya daripada memberontak. Pengikut-pengikut ajaran Konfusianisme ditanam hidup-hidup, buku-buku beliau dibakar dan ajaran beliau diharamkan secara rasmi. Ketika pemerintahan Dinasti Han (206 B.C 220 A.D) penemuan semula buku-buku yang berkaitan dengan ajaran dan falsafah Konfusianisme telah membawa semula ajaran tersebut kembali ke China. Falsafah beliau telah diterima rasmi sebagai falsafah rasmi kerajaan dan dijadikan asas dalam sistem peperiksaan kerajaan setelah falsafahnya dimasukkan ke dalam asas kurikulum persekolahan. 1. Sumbangan Melalui ajarannya, Konfusius telah menerapkan nilai-nilai murni dan moral yang tinggi dalam kehidupan dengan menekankan kepada beberapa aspek seperti junzi, ren, ren-zhong dan shu. Junzi bermakna orang yang bermoral. Ren dijadikan adalah asas kepada etika masyarakat cina yang bermaksud kasih sayang atau perikemanusiaan sesama makhluk mahupun alam sekitar. Memahami ren akan menjadikan seseorang itu berdisiplin untuk bertindak mengikut norma sosial dalam masyarakat. Intipati ren zhong pula bermaksud berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai sesuatu dan shu adalah perihal mengawal perasaan dan keinginan supaya tidak melakukan sesuatu yang tidak diingini kepada orang lain. Aspek-aspek ini telah berhasil memperkukuhkan hubungan sesama manusia untuk menjamin keseimbangan sosial.Beliau menekankan bahawa pendidikan penting untuk semua dalam usaha melahirkan insan yang berkebolehan serta bermoral tinggi. Pendidikan haruslah mempunyai kurikulum yang merangkumi mata pelajaran seperti Pendidikan Moral, falsafah, politik, ekonomi, kebudayaan, muzik, puisi, kesusateraan, sejarah serta kod dan tatacara kelakuan yang baik. Beliau juga menekankan tentang peranan guru dalam pendidikan. Menurutnya, guru perlu komited, bertanggungjawab, mengenali dan memahami murid-muridnya dalam mewujudkan proses pendidikan yang berkesan.

Tokoh Ketujuh : Lao Tze1. Riwayat HidupLao Tze dalam bahasa cina juga dieja sebagai Lau zi, Laozi atau Lao Tzu. Dilahirkan di negeri Chu (sekarang Henan).Lao Tze lahir pada tahun ke 3 Pemerintahaan kerajaan Kai Ping, Dinasti Tjiu. Beliau merupakan ahli falsafah terkemuka yang dipercayai hidup sekitar abad ke-4 SM (570 SM-470 SM). Laozi mencapai kemasyhuran kerana karyanya, Daode Jing,yang amat popular hingga ke hari ini. Beliau pernah bekerja sebagai seorang pengurus perpustakaan dan penjaga kitab Negara pada zaman pemerintahan Maharaja Dinasti Dongzhou di Luoyang dan seorang pegawai yang penting di istana semasa Dinasti Chou.Laozi meletak jawatannya ketika keruntuhan Dinasti Dongzhou dan menunggang kerbaunya meninggalkan bandar untuk menetap di luar bandar. Semasa beliau tiba ke Kastam Hangu, Yixi, pegawai kastam ketika itu meminta Laozi meninggalkan sepatah dua. Laozi bersetuju dan menulis Daode Jing yang mengandungi 5,000 perkataan untuk pegawai itu. Selepas itu, Laozi berlepas menuju ke tempat sunyi yang tidak diketahui umum. Lao Tze dianggap oleh pengikut-pengikutnya sebagai nabi bagi ajaran Taoisme.

1. Sumbangan

Beliau menghasilkan buku yang bertajuk "Tao Te Ching" yang mengandungi idea falsafah Taoisme. Taoisme ini pada asalnya berbentuk falsafah tetapi kemudiannya menjadi ajaran berbentuk agama. Dasar ajaran ini lebih menumpukan konsep Tao yang bermaksud jalan bagi mencapai keharmonian alam semesta. Ajaran Taoisme adalah gabungan anarkisme dan kepercayaan bahawa kebenaran di luar fahaman manusia boleh diperolehi dengan cara bersemadi atau tasawuf.Lao Tze tidak mementingkan duniawi. Perkara yang ideal bagi pengikut Taoisme ialah manusia harus bebas daripada peraturan ciptaan manusia. Lao Tze menganggap bahawa seseorang tidak seharusnya mementingkan masyarakat pada keseluruhan. Beliau tidak bersetuju dengan konsep kerajaan kerana ia dianggap menghalang perjalanan alam. Menurutnya lagi, penyelesaian kepada masalah-masalah yang dihadapi oleh negara China adalah dengan kembali ke alam semesta dan menolak tamadun. Sumbangan penting Taoisme ialah sami-sami telah membuat banyak perjumpaan dalam bidang perubatan tradisional. Mereka juga mencipta ubat bedil, jarum magnetic dan herba-herba asli. Taoisme juga membawa pengaruh dalam bidang kesusasteraan dan kesenian masyarakat China. Buku-buku Taoisme yang merupakan koleksi ajaran yang bertulis dalam bentuk sajak menjadi warisan kesusasteraan yang terkenal.

Tokoh Kelapan : Rabindranath Tagore1. Riwayat HidupBeliau dilahirkan di Kolkata, India pada tahun1861. Dilahirkan daripada keluarga Brahmin yang kaya dan bercita-cita untuk menjadi seorang peguam. Namun, cita-cita tersebut tidak tercapai dan mendorong beliau membuka sebuah sekolah di Santiniketan yang akhirnya menjadi sebuah universiti. 1. Sumbangan

Beliau menyumbangkan hasil karya tentang falsafah, agama, pendidikan dan lain-lain dalam bentuk buku-buku dan esei berbahasa Benggali. Namun, terdapat sebahagian dariapda hasil karyanya telah diterjemah ke dalam bahasa Inggeris.

Beliau memiliki pandangan yang hampir sama dengan Konfusius tentang pendidikan. Baginya, pendidikan adalah satu proses menyediakan individu untuk menyara kehidupan pada masa hadapan. Pendidikan juga haruslah dapat menghasilkan individu yang menyeluruh melalui interaksi dengan persekitaran. Pendidikan juga harus mempunyai kurikulum yang menekankan ilmu pengetahuan dan aktiviti fizikal. Antara pelajaran yang disyorkan adalah muzik, seni, sastera, drama dan tarian, sejarah serta pendidikan alam sekitar. Untuk itu, guru perlu mengaktifkan murid melalui perbincangan dan menjana idea-idea kreatif murid-murid mereka.

TOKOH-TOKOH PENDIDIKAN BARATTokoh Pertama:John Deweya) Riwayat hidupDilahirkan di Burlington, Vermont pada tahun 1859. Minat beliau terhadap bidang falsafah telah dipupuk sejak beliau melanjutkan pelajaran di peringkat sarjana muda lagi. Oleh itu, pengkhususan beliaudi peringkat sarjana di Universiti John Hopkins adalah dalam bidang tersebut. Setelah bertugas di Universiti Minnesota selama 10 tahun, pada tahun 1894 pula, Dewey bertukar ke Universiti Chicago yang mana beliau telah mengetuai Jabatan Falsafah, Psikologi dan Pedagogi. Kemudian beliau menubuhkan Sekolah Makmal Universiti yang lebih dikenali denganSekolah Dewey. Di sebabkan kontroversi yang timbul di sekolah tersebut, Dewey meletak jawatan lalu berpindah ke Kolej Guru Columbia, sebuah institusi pendidikan yang terkenal kerana sering dikunjungi oleh ahli-ahli pendidik seluruh dunia.Kolej tersebut seterusnya telah menjadi tempat sebaran ilmu mengenai teori-teori Dewey.

Beliau pernah dijemput ke negara Jepun, Cina, Turki, Mexico, Afrika Selatan dan Russia di mana beliau menjalankan banyak kajian atau menghasilkan laporan-laporan pendidikan. Dewey telah bersara secara rasmi pada tahun 1930. Akan tetapi beliau kekal dengan jawatan sebagai Professor Emeritus sehingga tahun 1939. Beliau meninggal dunia di New York pada tahun 1952. b) SumbanganDewey telah menggariskan pandangan beliau mengenai pendidikan dalam bukunya Democracy and Education. Berikut merupakan butiran penting yang di petik daripada buku tersebut. Secara keseluruhan pendidikan boleh dianggap sebagai satu proses yang mewujudkan keadaan kondusif dan selesa agar dapat memudahkan individu menyesuaikan diri dengan persekitaran fizikal dan moral mereka Di dunia kini yang senantiasa berubah, pendidikan bukan lagi dianggap sebagai suatu yang tetap dan muktamad; keadaan dan keperluan berbeza antara sebuah Negara dengan Negara lain dan antara satu lokasi dengan lokasi yang lain. Oleh itu, satu-satu system pendidikan mungkin sesuai dan berkesan di satu-satu tempat atau untuk satu-satu sasaran tertentu sahaja pada satu masa. Namun, besar kemungkinan ia tidak bersifat sedemikian di tempat, pada masa atau untuk sasaran yang lain Setiap individu mempunyai potensi yang unik tanpa mengambil kira cirri-ciri fizikal atau psiologi masing-masing. Jesteru, matlamat pendidikan ialah untuk membantu setiap individu mencapai potensi mereka demi kepentingan masyarakat