tokoh pendidikan

25

Upload: sivanesan-bala

Post on 12-Jun-2015

1.391 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: Tokoh Pendidikan
Page 2: Tokoh Pendidikan

1.0Pengenalan

Negara kita kaya dengan tokoh-tokoh pendidik yang telah mewujudkan perbezaan

yang amat ketara dalam sistem pendidikan. Ada juga tokoh yang telah melahirkan

pendapat- pendapat yang baru yang mampu mencungkil idea baru dalam bidang

pendidikan ini. Namun ramai yang tidak begitu terkenal di persada dunia, ditelan zaman

atau dilupai oleh masyarakat disebabkan beberapa perkara yang tertentu.

Mereka merupakan perintis anak muda yang telah membentuk pemimpin atau

anak muda yang berjaya dalam kehidupan mereka. Secara tidak langsungnya, tokoh-

tokoh pendidik ini juga menyumbangkan jasa yang amat bernilai kepada negara dengan

melahirkan idea dan pelajar dimana ia membantu dalam mewujudkan komuniti yang

berpelajaran.

Maulana Lebai Maadah Bin Layang ( 1895 – 1943) merupakan

seorang ulama yang telah bertungkus lumus demi negara kita dimana beliau

pernah menjadi kontroversi ini dianggap pelopor fahaman 'Kaum Muda'

negeri ini.

Beliau berasal dari Kampung Jeram, Tengkek iaitu sebuah

kampung di pendalaman kira-kira 28 km dari Bandar Kuala Pilah jika melalui

Pekan Batu Kikir.

Menurut cerita orang-orang tua di kampung itu, beberapa suku

keturunan orang-orang Minangkabau dari sekitar Talang atau Seri Menanti

dipercayai telah meredah hutan belantara untuk membuka kampung baru

melalui kawasan Langkap.

Tidak dinafikan juga ada penduduk asal kampung dari suku-suku

yang mudik ke hulu Sungai Jempol melalui Kuala Jempol atau Ulu Sungai

Muar. Proses migrasi ini dijangka bermula pada awal abad ke 19.

Page 3: Tokoh Pendidikan

1.1 Biodata diri

Nama penuh beliau ialah Muhamad Maadah bin Layang. Beliau lahir

dalam tahun 1895 di Kampung Jeram, Tengkek.

Bapanya adalah penduduk kampung yang bertugas sebagai

pesawah, pencari damar dan antara pembuka awal kampung.

Bapanya meninggal dunia ketika beliau masih menuntut di India.

Ibunya pula bernama Aman.

Kampung Jeram mempunyai kawasan rekreasi air terjun yang indah

dan menjadi kawasan kunjungan pelancong dari dalam dan luar sekarang ini.

Rumah kelahiran Maulana ini tidak jauh dari kawasan rekreasi

tersebut.

1.2 Pendidikan Awal

Maulana Lebai Maadah mula mendapatkan pendidikan awal di Sekolah Melayu

Tengkek tahun 1907 dan kemudiannya meneruskan pengajian agama secara di

sekolah pondok di Pondok Alor Keladi, Kedah selama lebih kurang empat tahun antara

tahun 1915 hingga 1919. Allahyarham juga dikatakan bahawa pernah mengaji di

Tualang Sekah di bawah asuhan Tuan Guru Yunus Al Masri dan di sinilah beliau telah

belajar berqasidah dan berlagu.

1.3Berkahwin

Sekembalinya beliau ke kampung, Lebai Maadah bertemu jodoh dengan

Page 4: Tokoh Pendidikan

gadis yang dinamakan 'Sori' dari Johol dalam Daerah Kuala Pilah. Usia

perkahwinannya tidak lama kerana ramai penduduk mukim tersebut kurang senang

dengan Lebai Maadah yang selalu menegur perilaku atau amalan penduduk yang

dianggapnya bersalahan dengan syariat.

1.4 Meneruskan pelajarannya di rantau

orang

Apabila diberitakan ada seorang ulama dari India berkunjung ke Kuala Pilah

tetapi beliau menghadapi kesukaran berdakwah kerana masalah bahasa.

Lebai telah tampil menawarkan diri untuk membantu ulama tersebut sebagai

penterjemah bahasa Arab.

Beliau mendapat upah lebih kurang RM80.00 berkerja sebagai penterjemah dan

mengikut ulama itu berdakwah hingga ke Perak.

Ulama India inilah memberi perangsang kepadanya untuk menuntut agama di

Benua India.

Kemudian beliau belayar ke India mengikut ulama tersebut untuk menimba ilmu

agama lebih mendalam.

India ketika itu menjadi lokasi pengajian Islam terkenal selain Mekah khasnya di

Karachi ( sebelum ditubuhkan Pakistan) dan Deoband.

Maulana ini dikatakan terpaksa mendapatkan derma orang ramai untuk

perbelanjaan belayar ketika itu.

Kerana kesempitan kewangan, beliau terpaksa berjalan kaki dari suatu tempat

ke suatu tempat lain ketika berkelana di sana. Emak penyusun Hajjah Zabidah

Faseh pernah mendengar sendiri perbualan Maulana dengan datuknya Tokki

Page 5: Tokoh Pendidikan

Omar Bail sekembalinya dari India, Maulana memberitau kesusahannya di

rantau orang dalam mencari ilmu agama dan terpaksa mengikat perut menahan

kelaparan.

Haji Md Zin @ Lajin Ujang iaitu murid tua dan pangkat bapa saudara kepada

Lebai Maadah, mengatakan Lebai Maadah hanya sempat bersama tiga hari

sahaja dengan ulama itu ketika menjejakkan kaki di sana kerana ulama itu terus

keluar bertabligh.

Tinggallah Lebai Maadah bersendirian dan beliau menggunakan kebolehannya

berqasidah untuk menarik perhatian orang ramai.

Sebelum berqasidah, beliau akan membentang kain kendungnya dan para

pengunjung akan melemparkan derma.

Lebih kurang tiga bulan pula Lebai Maadah berqasidah begitu untuk

mengumpulkan duit bagi menampung perbelanjaannya seharian.

Beliau mengambil kesempatan untuk mempelajari bahasa Urdhu dalam tempoh

tersebut.

Lebai Maadah bernasib baik diterima menuntut Kolej Darul Ulum walau pun

beliau tidak mempunyai sumber kewangan untuk membiayai yuran pengajian.

Pengetua Kolej tersebut bersimpati dengannya dan menyarankan Lebai Maadah

membuat kerja sampingan seperti berkhidmat dengan guru-guru dan melakukan

kerja-kerja ringan di kantin.

Beliau juga tidak lekok membasuh pakaian guru dan kawan-kawan beliau untuk

mendapat pendapatan harian.

Dia berada India selama lebih kurang 8 hingga ke 13 tahun di Darul Ulum dan di

Alegar, India.

Page 6: Tokoh Pendidikan

Haji Abdul Aziz Yunus, anak murid awal di Madrasah Aliah Islamiah Kuala Pilah

pula memaklumkan Tuan Gurunya itu  banyak terpengaruh dengan perjuangan

Shah Waliyul'Lah al- Dehlawi dan dalam gerakan pembaharuan ketika menuntut

di India. Di sana juga mungkin telah membentuk kecenderungan beliau kepada

aliran "as sunnah" (Salafiyyah) dan tidak terikat kepada mazhab yang empat.

1.5 Kembali Ke Kampung

Kepulangan beliau dikatakan mendapat sambutan hangat penduduk kampung

kerana dia adalah sesatunya anak kampung yang mendapat pendidikan tinggi

agama dan dari luar negeri pula ketika itu.

Maulana Lebai Maadah yang berkulit cerah dan bertubuh gempal amat secocok

apabila memakai tarbus hitam serta berkot.

Pakaian lain yang kerap dipakainya ialah jubah putih sehingga ke lutut seperti

jubah pakaian kumpulan Tabligh sekarang ini.

Pakaian beliau yang sentiasa kemas bersih ini juga turut menjadi ikutan murid-

muridnya.

Lebai Maadah balik ke tanahair selepas merantau mengaji agama pada tahun

1933. Ada pandangan lain iaitu beliau balik tahun 1937 dan dengan perantaraan

saudaranya serta bantuan orang ramai, beliau telah membuka madrasah

pertama di Alor Gajah, di hadapan Balai Polis Daerah Alor Gajah sekarang.

Terdapat juga dakwaan bahawa beliau ke sana kerana di Alor Gajah telah mula

subur fahaman aliran as sunnah sejak tahun 1920an.

Dianggarkan lebih 80 pelajar dari berbagai tempat telah menuntut dengan di

Madrasah Alor Gajah ini.

Page 7: Tokoh Pendidikan

Haji Md Zin Ujang yang banyak membantu penyusun mengimbas perjalanan

hidup Lebai Maadah ini kerana beliau merupakan murid pertamanya di Alor

Gajah. Mereka juga dikatakan mempunyai hubungan kekeluargaan.

Keistimewaan ketara pusat pengajian yang ditubuhkan oleh Lebai Maadah ialah

sekolahnya diselia secara formal dan menerima pelajar wanita. Suatu hari dalam

tahun 1938, Lebai mengajak beberapa anak muridnya makan besar kerana

beliau telah menerima ijazah pengajiannya dari Darul Ulum.

Lebai mensyarahkan bidang pengajiannya sehingga memperolehi sarjana

( master) dalam pengajian Islam. Menurutnya, beliau terpaksa mengaji 35 mata

pelajaran peringkat ijazah pertama dan 47 subjek lagi untuk melayakkannya

menerima sarjana tersebut.

Beliau tidak meneruskan pengajiannya untuk ke peringkat Phd kerana pelajar

disyaratkan menjadi kerakyatan India dan berkhidmat di kolej tersebut.

Ijazah sarjana beliau dikirimkan melalui pos oleh Pentadbir Darul Ulum. Tidak

dapat dipastikan sejauh mana kesahihannya Lebai Maadah telah berbahas

dengan tokoh utama as sunnah di Alor Gajah bernama Haji Muluk.

Maulana yang dikatakan alim dalam agama itu berada di pihak yang menang.

Mungkin ekoran dari peristiwa itu menyebabkan Lebai Maadah kembali ke Kuala

Pilah untuk mendirikan sekolah baru bagi mengelakkan perbalahan.

Di kampung halamannya, Maulana membuka sebuah Madrasah Jameah

Islamiah yang mengajar berbagai mata pelajaran di Kampung Bukit Tempurung

kira-kira 3 km dari Kampung Tengkek. Sekolah berdinding kayu ini didirikan di

atas bukit dan mula menerima pelajar-pelajar lelaki dan perempuan.

Sekolah ini didirikan secara gotong royong penduduk kampung.. Sekolah itu

mampu menampung pelajar lebih 50 orang. Pelajar lelaki dan perempuan di

asingkan. Sebelah malam pula dibuka kelas untuk orang-orang dewasa.

Page 8: Tokoh Pendidikan

Sekolah ini turut menerima penuntut luar dari Negeri Sembilan, walaupun jalan

perhubungan untuk sampai ke kampung itu terpaksa berbasikal atau berjalan

kaki lebih 15km dari pekan Batu Kikir.

1.6Perkahwinan

Lebai Maadah dijodohkan dengan gadis kampungnya bernama Salbiah Ibrahim.

Perkahwinan kali keduanya ini berlangsung dalam tahun 1938 ketika itu Lebai masih

mengajar di Alor Gajah. Menurut Haji Md Zin Ujang, emaknya dan emak saudara Lebai

bernama Bayau merundingkan untuk menjodohkan Lebai Maadah dengan Salbiah.

Walau pun mereka tidak pernah bertemu muka tetapi Lebai Maadah ada bertanyakan

rupa paras dan keperibadian bakal isterinya dari Haji Md Zin. Salbiah dikatakan gadis

pingitan kampung yang menarik waktu itu. Pasangan ini dianugerahkan Allah dengan

anak lelaki yang diberikan nama Muhammad Kassim.

Di Madrasah Bukit Tempurung, beliau telah menjodohkan pula seorang

penuntut beliau bernama Abdul Jalil bin Salim yang berasal dari Pekan Alor Gajah,

Melaka dengan Latifah Omar Bail yang turut menuntut di Madrasah Bukit Tempurung

itu. Abdul Jalil merupakan penuntut awal beliau ketika di Alor Gajah dan turut

meneruskan pengajianya di Bukit Tempurung. Penyusun masih ingat masa hidupnya,

Allahyarham Ustaz Abdul Jalil amat tegas dalam fahaman as sunnahnya dan tidak

bertolak ansur dalam perkara-perkara yang dianggap bidaah dalam amalan ibadah.

Contohnya, beliau hanya berdiam diri ( lelapkan mata) masa majlis ratip tahlil arwah

dan tidak mengangkatkan tangan ketika berdoa. Kehadiran beliau ke majlis-majlis

kenduri kendara sanak saudara di kampung hanyalah untuk mengeratkan siraturrahim

sahaja.

Page 9: Tokoh Pendidikan

1.7 Perubahan yang dibawa oleh Lebai

Maadah

Mungkin kerana perbezaan kefahaman yang dibawa oleh Lebai Maadah bin

Layang yang dianggap mewakili kaum muda dan bertembung pula dengan kaum

tua yang didakwa golongan Syafiiyah, sedikit sebanyak telah mengocak struktur

amalan ibadah tradisi setempat.

Sebahagian besar penduduk kampung mulai memandang serong kepada aliran

ini. Maulana Lebai Maadah memahami usaha untuk mengubah fahaman yang

sudah berakar umbi itu bukan suatu kerja yang mudah. Selain berdepan

pertembungan tersebut, Lebai Maadah turut tampil untuk membasmi amalan–

amalan khurafat yang masih mewarnai budaya masyarakat yang jauh di

pendalaman itu.

Antara amalan yang pernah dilakukan ialah seperti upacara memuja semangat

padi sebelum turun ke sawah, mandi safar, ilmu pembomohan, amalan

kebatinan dan lain-lain lagi.

Awal tahun 1900an sering berlaku perdebatan antara kaum muda dengan kaum

tua Lebai Maadah dianggap pelopor bagi fahaman ini di Negeri Sembilan. Kesan

dari penubuhan beberapa madrasahnya di Kuala Pilah menyebabkan aliran ini

berkembang di Negeri Sembilan.

Pengikut fahaman ini telah berkampung di Kuala Pilah dan menubuhkan

Madrasah Ittibaus Sunnah di Jalan Parit, Kuala Pilah yang masih beroperasi

hingga sekarang. Peringkat awalnya, kelompok ini dianggap sering bermasalah

dengan Majlis Agama Negeri tetapi kini dilaporkan telah kendur.

Page 10: Tokoh Pendidikan

1.8 Cita-cita Menubuhkan Institusi

Pengajian Tinggi

Lebai Maadah melihat dengan ilmu sahaja permasalahan ummah dapat

ditangani. Tanpa ilmu sudah tentu amal tidak akan menepati kehendak agama. Dalam

suasana negeri yang masih dijajah dan perhubungan komunikasi yang sukar waktu itu,

beliau harus memikul amanah untuk membimbing anak bangsanya keluar dari

kegelapan. Bagi merealisasikan wawasannya, beliau menubuhkan pula Madrasah Aliah

Islamiah Harapannya untuk melihat anak bangsanya mendapat pendidikan lebih tinggi,

ini ditegaskan oleh beliau sendiri dalam buku penubuhan Madrasah Aliah Islamiah atau

juga dikenali sebagai Islamic High School.

Difahamkan Maulana Lebai Maadah bercita-cita untuk menjadikan pusat

pengajiannya itu sebagai asas kepada penubuhan Pusat Pengajian Tinggi Islam

( Universiti Islam) sebagaimana yang terdapat di Darul Ulum India. Malangnya, cita-cita

murninya ini tidak kesampaian apabila meletus Perang Dunia Kedua. Menurut Haji

Abdul Aziz Yunus, penuntut-penuntut terpaksa meninggalkan pengajian dan balik

kampung bila Jepun mula sampai ke negeri ini. Madrasah ini hanya sempat beroperasi

selama empat tahun sahaja. Maulana sendiri akhirnya balik memberi tumpuan kepada

Madrasahnya di Kampung Bukit Tempurung ketika itu.

Sebelum menubuhkan Madrasah di Pelangai ini, beliau telah menyahut seruan

Dato' Menteri Mohd Idris Abdullah ( Ketua adat ) untuk membuka sekolah di Sungai

Dua Kecil ( kini menjadi kawasan masjid Sg Dua Kechil) dalam Daerah Kuala Pilah.

Tanah ini adalah milik keluarga Dato' Idris tetapi selepas beberapa lama beroperasi,

Dato' Idris telah mendapat persetujuan ahli keluarganya untuk mewakafkan tanah

mereka di Pelangai untuk dijadikan kawasan sekolah. Kawasan baru ini lebih strategik

Page 11: Tokoh Pendidikan

dan di tepi jalan besar Kuala Pilah ke Batu Kikir/ Bahau bagi menggantikan sekolah di

Sungai Dua

.

1.9 Sekolah yang telah ditubuhkan oleh

beliau

Beberapa nama disebutkan oleh beliau dalam buku penubuhan Madrasah ini kerana

anak-anak kampung bermuafakat membinanya seperti Dato' Muhamad Idris, Yang

Mulia Dato' Laksamana Sholleh dan Dato' Putih Isa. Madrasah ini siap didirikan

pada 15 Januari 1939.

Madrasah ini juga dilaporkan dibiayai oleh YTM Tuanku Abdul Rahman Yang

Dipertuan Besar waktu itu. Dua bangunan sekolah didirikan untuk memisahkan

murid-murid lelaki dan perempuan.

Jadual waktu persekolahan bermula jam lapan pagi sehingga pukul dua belas

tengahari bagi sesi pagi. Penuntut-penuntut diberi rehat sebentar untuk makan

tengahari dan dijadualkan bersolat zuhur secara berjamaah di surau. Sesi kedua

bermula jam dua petang hingga jam empat petang.

Selepas solat asar mereka di benarkan bermain atau beriadah untuk menjaga

kesihatan. Pelajar lelakinya berpakaian seragam berkot dan bertali leher seperti

sekolah Inggeris waktu itu tetapi bertarbus.

Sistem persekolahan yang agak sistematik ini membuktikan Lebai Maadah seorang

pendidik atau pemimpin yang berkarisma. Setiap penuntut samada lelaki atau

perempuan mendapat didikan atau tarbiah secara langsung dan sama rata dari

Lebai Maadah.

Dinyatakan belum sampai dua tahun terdirinya sekolah ini, lebih seratus penuntut

lelaki – perempuan dari beberapa negeri seperti Perak, Selangor, Pahang dan

serata daerah dalam Negeri Sembilan telah belajar di sini.

Page 12: Tokoh Pendidikan

Bagi membantu beliau mengendalikan perjalanan sekolah dan asrama, maka

beberapa penuntut yang telah senior dilantik sebagai kerani atau pengelola asrama.

Guru-guru lelaki dan perempuan pula dilantik di kalangan penuntut yang telah

mampu membimbing pelajar-pelajar baru. Penuntut–penuntut lelaki dan perempuan

disediakan asrama yang berasingan.

Mereka ada memasak sendiri dan ada juga yangmemakan di kantin. Manakala

penuntut perempuan pula ada yang tinggal bersama Lebai Maadah dikenakan

bayaran makan dan belanja persekolahan secara bulanan.

Tukang masak makanan disediakan. Guru-guru sentiasa ada bersama penuntut

untuk membimbing mereka. Pada waktu petang, kelas pengajian terbuka kepada

penduduk sekitar yang dikatakan mendapat sambutan hangat.

Antara mata pelajaran yang diajar di Madrasah ini ialah seperti ilmu saraf, ilmu

nahu, tajuid, fiqh, tauhid, akhlak, tafsir dan terjemahan al Quraan, usul hadith dan

kitab-kitab hadith, tasawuf, al mudharabat, ilmu berkhutbah atau bersyarah, bahasa

Inggeris , membaca al Quraan dan banyak lagi.

Menurut Haji Abdul Aziz Yunus, Maulana Lebai Maadah agak tegas ketika

mengajar. Beliau selalu membawa rotan semambu bila mengajar. Setiap ayat yang

diajar mesti difahami dengan teliti dan penuntut – penuntut terpaksalah mengulang

kaji dan menghafal pelajaran di asrama sebelah malamnya.

Esoknya beliau akan menyoal kembali pelajaran yang telah diajar. Sesiapa yang

gagal menjawab dengan tepat atau tergagap – gagap akan dimarahi. Pernah Ustaz

Abdul Jalil dirotan dan peristiwa itu menjadikan penuntut lain kecut perut. Antara

anak murid awal beliau yang dianggap kontroversi dalam negara kita ialah

Shamsiah Fakeh iaitu pemimpin PKM yang diharamkan itu.

Keistimewaan cara mengajar Maulana ialah ia mengajar menterjemah al Quran

secara harfiah iaitu terjemahan dari ayat ke ayat dalam Bahasa Melayu bersekali

dengan tajuidnya. Haji Abdul Aziz mendakwa penuntut – penuntut mampu

menamatkan terjemahan al Quran dalam tempoh lapan bulan sahaja. Salah seorang

Page 13: Tokoh Pendidikan

murid beliau, Haji Abdul Malik Husin turut mengakui keistimewaan pengajian tafsir Al

Quran cara Lebai Maadah kerana ia merangkumi dengan ilmu saraf, nahu, maani,

mantik dan bayan. ( Rujukan dari artikel oleh Zaharuddin Pilus, Berita Mnggu 27

Julai 1980).

Dianggarkan penuntut – penuntut yang belajar ketika itu lebih 280 orang pada hari –

hari akhir sebelum meletusnya perang. Beliau sendiri waktu itu membuat kerja

sampingan selain menuntut iaitu ditugaskan sebagai kerani dan pengelola asrama

lelaki.

Selain kesibukan Lebai menguruskan sekolahnya di Pelangai dan Bukit Tempurung,

beliau masih sempat memberi pengajian agama kepada orang ramai secara

memberi syarahan kerana beliau begitu mahir berpidato dan lancar pula tutur

katanya. Kebolehannya menguasai banyak bahasa juga berupaya meruntun

pendengar untuk mendekati tokoh istimewa ini.

Page 14: Tokoh Pendidikan

1.10 Perbahasan agama

Lebai Maadah merupakan tokoh pemidato dan pandai berbahas. Seperti yang

disebut sebelum ini, beliau pernah berbahas masalah agama dengan tokoh assunnah

di Alor Gajah dan seorang ulama terkenal bernama Tuan Haji Muhamad Mustaffa dari

Kuala Jempol ( riwayat hidupnya turut dipaparkan dalam buku Jejak Ulama ini) ulama

ini mendapat didikan dari Mekah Al Mukarramah dan sangat terkenal di kalangan

pembesar negeri termasuk Al Marhum Tuanku Abdul Rahman Ibni Tuanku Muhammad

sendiri.

Majlis perbahasan ini telah diadakan di Istana Besar Seri Menanti dengan

dihakimi oleh Tunku Besar Burhanuddin Ibni Tuanku Antah iaitu kerabat raja ketika itu.

Menarik juga dicatitkan di sini iaitu kecenderungan pihak istana dalam bidang agama

agak menonjol ketika itu kerana selain di Negeri Sembilan, Raja Kelantan Tengku Long

Senik yang memerintah tahun 1900 – 1920 turut menjadikan ulama sebagai tempat

rujukan utama ketika dilemma kemasukan amalan tarekat Ahmadiyah ke Kelantan.

Dalam perbahasan tersebut, Lebai Maadah dikatakan sekali lagi menunjukkan

keistimewaannya apabila beliau yang bermodalkan Al Quran berjaya melengkapkan

hujahnya. Apabila beliau ingin merujuk bahasannya, beliau hanya menepuk kitab suci

itu dan nashkah yang terbuka itu tepat menunjukkan ayat-ayat yang beliau kehendaki

dengan izin Allah. Bukan itu sahaja, Maulana ini juga dikatakan pernah berbahas

dengan orang-orang kristian yang diadakan di Sekolah Menengah King George V

Seremban. Kebolehan Maulana menguasai banyak bahasa termasuk Bahasa Inggeris

selain bahasa Urdu dan Arab memudahkan beliau menyampaikan dakwah.

Page 15: Tokoh Pendidikan

1.11 Hasil Karangan

Selain daripada menubuhkan institusi pendidikan, beliau juga pernah

menghasilkan pelbagai jenis karya yang bagus. Walaupun beliau pernah menulis

banyak karangan dan buku, namun hanya beberapa karya sahaja yang dapat

dikenalpasti dan dapat diterbitkan.Beberapa karya beliau yang diketahui sempat

ditinggalkan ialah seperti berikut:

i. Kitab " Percubaan Tuhan" perbicaraan tentang keimanan setebal 40 muka.

Diterbitkan oleh The Teruna Press, Kuala Pilah. 1939 dalam Bahasa Melayu, Inggeris

dan Arab.

ii. "Urujul Akhwam" mengandungi 100 halaman, terbitan The Teruna Press, Kuala Pilah.

1939.

iii. "Persaudaraan" diterbitkan oleh The Mutbah Al Zainiah, Bukit Mertajam tahun 1939.

iv. " Suluh Tengkek" setebal 80 muka iaitu buku panduan syarahan agama. Terbitan

The Teruna Press, Kuala Pilah. 1939

Malangnya, sebahagian besar kitab – kitab pengajian dan beberapa hasil

tulisan beliau tidak dapat dikesan lagi selepas kematiannya. Ada penduduk kampung

mendakwa Maulana pernah memberi pesanan sebelum ajalnya supaya kitab- kitab

beliau diserahkan kepada muridnya Ustaz Abdul Jalil yang telah menyemenda atau

lebih dikenali sebagai berkahwin dengan penduduk kampung, kerana beliau sahaja

yang dikatakan mampu menguasai dan memahami kitab-kitab Arab tidak berbaris itu.

Walau bagaimanapun, kitab – kitab tersebut telah beralih tangan kepada kerabat

sebelah isterinya iaitu bapa mertuanya Imam Ayin ( Ibrahim).

Page 16: Tokoh Pendidikan

1.12 Hari – Hari Akhirnya

Dalam musim perang, Lebai Maadah hanya menumpukan masanya di Madrasah

Bukit Tempurung. Kegigihannya untuk mencurahkan ilmu disanjungi oleh penuntut-

penuntut beliau. Adakalanya beliau akan pergi ke rumah anak muridnya untuk mengajar

secara langsung. Ini disahkan sendiri oleh Ustazah Hambiah Md Som ( telah meninggal

dunia beberapa bulan selepas pertemuan dengan penyusun) yang menyatakan Tuan

Gurunya sering datang ke rumah mengajar ketika beliau masih dalam pantang ( baru

bersalin). Lebai ingin menjadikan Hambiah sebagai penghulu atau ketua muslimat yang

mendalami ilmu agamanya.

Antara kata-kata yang masih diingati oleh Hambiah ialah " ..apa nak buat, tiada

rezeki anak-anak untuk belajar.." Ini seolah-olah beliau telah merasakan tempoh

hidupnya begitu singkat. Sudah ditakdir Allah jua, ketika anak lelakinya berusia dua

tahun, isteri beliau telah meninggal dunia. Allahyarhamah Salbiah Ibrahim dikatakan

meninggal kerana mengalami sakit perut. Beliau menghembuskan nafas terakhirnya di

rumah emak saudara Lebai Maadah di Kampung Jeram. Berita sedih itu disampaikan

kepada suaminya di Madrasah, Maulana menyambut berita kesedihan itu dengan kata-

kata lebih kurang begini,

" Biarlah.. dia ( Lebai ) pun akan mati di sana jugak.."

Benar, lebih kurang beberapa hari selepas pemergian isterinya, Maulana yang alim ini

pun turut mengikuti isterinya dalam usia 48 tahun dan dikebumikan di sebelah pusara

isterinya di Tanah Perkuburan Kg Jeram, Tengkek. Kematiannya diibarat kehilangan

permata atau payung ilmu oleh penduduk di negeri ini

Menurut Haji Md Zin Ujang pula, malam sebelum kematiannya, beliau bercakap dengan

rakan sekampungnya bernama Sidek ( dipanggil Sidiadik) supaya diuruskan segera

sebelum zuhur. Rupanya beliau perlu dikebumikan sebelum zuhur itu. Seorang anak

muridnya bernama Md Yassin dari pelangai Kuala Pilah berdiri kaku di kubur ketika

Page 17: Tokoh Pendidikan

orang ramai sudah mula beredar dari kubur. Apabila ditanya apa yang beliau

perhatikan, katanya dia nampak seorang berpakaian serba putih keluar dari kubur dan

terus menghilang. Allahyarham meninggal dunia di rumah emak saudaranya Puan

Bayau, rumah itu jugalah tempat isteri tersayangnya menghembuskan nafas terakhir.

Menurut penduduk kampung kubur sepasang suami isteri itu adalah berhampiran

bawah pokok kundang yang rendang. Sekolah yang diasaskan beliau di Pelangai,

Kuala Pilah telah diambil alih oleh kerajaan dan dinamakan Sekolah Menengah Rendah

Agama Pelangai. Malah ada juga perkhabaran bahawa beliau turut mengharapkan

sesatunya anak lelakinya yang masih belajar merangkak waktu itu diberi didikan agama

sehingga sampai ke Darul Ulum juga. Anak lelaki yang yatim piatu itu dibela oleh emak

saudaranya Hajjah Bedah Ibrahim. Anaknya itu kini adalah seorang pakar perubatan

yang pernah bertugas di Hospital Pakar Tawakkal Kuala Lumpur dan kini membuka

klinik sendiri di Taman Tun Dr. Ismail.

Maulana Lebai Maadah bin Layang bolehlah dianggap tokoh pendidik yang ulung

di negara ini kerana terbukti dalam tempoh tidak sampai 15 tahun beliau balik ke

tanahair, beberapa jejak-jejak yang ditinggalkannya telah meninggalkan kesan yang

mendalam terhadap pendidikan negara kita.

Beliau adalah tokoh pertama yang menubuhkan sekolah agama atau madrasah

berasrama secara formal dan sistematik. Mata pelajaran yang diajar di madrasahnya

merangkumi semua lapangan pengajian agama termasuk memperkenalkan Bahasa

Inggeris sebagai subjek tambahan.

Pengajian terjemahan al Quran secara harfiah terbukti memudahkan penuntut-

penuntut di madrasah ini menguasai ilmu pengajian al Quran dengan cepat. Beliau juga

telah membuka madrasahnya untuk anak-anak bangsa samada lelaki atau perempuan

tanpa membezakan mereka. Pelajar-pelajar yang mendapat tarbiah dari madrasah

secara langsung dari beliau itu datang dari banyak tempat dan negeri. Melalui

pendedahan ini menyebabkan pemikiran dan aliran yang dibawa oleh beliau

berkembang di banyak tempat pula.

Page 18: Tokoh Pendidikan

Maulana Lebai Maadah Bin Layang juga dianggap tokoh yang berwawasan tinggi.

Ini adalah kerana pernah bercita-cita untuk menubuhkan pusat pengajian tinggi agama

sama seperti Darul Ulum di Nusantara yang telah beliau belajar.

Terbukti pemikiran dan aliran " as sunnah" atau lebel "Kaum Muda" yang

dicetuskannya telah bertapak di Negeri Sembilan khususnya di Kuala Pilah adalah

kesinambungan gerakan awal yang dirintis oleh beliau.

Pendek kata, kemunculan beliau di persada dunia pendidikan dalam negeri

pengamal adat perpatih ini benar-benar dirasai dan sebagai pelopor fahaman yang

tidak terikat kepada aliran bermazhab.beliau merupakan antara tokoh-tokoh yang

terdapat dalam negera kita. Namun namanya tidak begitu tersebar dalam kalangan

masyarakat kita. Sumbangan besar beliau dalam dunia pendidikan agama tetap

terakam dalam lipatan sejarah negeri ini.

Page 19: Tokoh Pendidikan