tokoh islam

24
TAMADUN ISLAM Tokoh - tokoh serta Pemikiran dan Sumbangan dalam Sains dan Teknologi AHLI KUMPULAN: MUHAMAD FAISAL BIN MUHAMAD NOOR SEF 120020 MOHAMAD ALPHIAN BIN ABD GHAFFAR SEF 120015 AMIR BIN ASMAIL @ ISMAIL SEF 120003 MOHD TAUFIK BIN ABU SALIM SEF 120019 JUFFRY JOHAR DHARMAPALAN SEY 110005 ILMIE ALURI BIN ABDUL JIMIN SEF 120010

Upload: watashiwa-taufik

Post on 12-Jul-2015

289 views

Category:

Education


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: Tokoh islam

TAMADUN ISLAMTokoh-tokoh serta Pemikiran dan Sumbangan dalam Sains

dan Teknologi

AHLI KUMPULAN:MUHAMAD FAISAL BIN MUHAMAD NOOR SEF 120020MOHAMAD ALPHIAN BIN ABD GHAFFAR SEF 120015AMIR BIN ASMAIL @ ISMAIL SEF 120003MOHD TAUFIK BIN ABU SALIM SEF 120019JUFFRY JOHAR DHARMAPALAN SEY 110005ILMIE ALURI BIN ABDUL JIMIN SEF 120010

Page 2: Tokoh islam

TOKOH TAMADUN ISLAM

1.Ibnu Sina

2.Al-Biruni

3.Ibnu Haitham

Page 3: Tokoh islam

IBNU SINA

• Nama sebenarnya ialah Al-Husain bin

Abdullah bin Al-Hasan bin Ali bin Sina.

• Ibnu Sina dilahirkan pada tahun 370

Hijrah bersamaan 980 Masihi di Afsyanah,

Bukhara, Turkistan.

• Ibnu Sina lebih dikenali di Barat dengan

nama Avicenna

• Beliau merupakan seorang yang berbangsa

Parsi dan dilahirkan di Afsyanah, Bukhara

pada 980 Masihi.

Page 4: Tokoh islam

FALSAFAH PEMIKIRAN IBNU SINA

• Matematik boleh digunakan untuk mengenal Tuhan.

• Sesuatu barangan mempunyai angka-angka dan angka itu berkuasa di alam ini.

• Imam al-Ghazali telah menyifatkan fahaman Ibnu Sina sebagai sesat dan lebih

merosakkan daripada kepercayaan Yahudi dan Nasrani.

• Hanya Tuhan saja yang memiliki wujud Tunggal secara mutlak.

• Pencipta yang dinamakan sebagai "Wajib al-Wujud" ialah satu. Dia tidak berbentuk

dan tidak boleh dibahagikan dengan apa-apa cara sekalipun.

Page 5: Tokoh islam

• Allah hanya mengetahui dengan ilmuNya yang Kulli, sebab dalam

alam selalu terjadi perubahan, seandainya Allah juga mengetahui

yang juz'iyyat (terperinci) maka akan terjadi pula perubahan ilmu

Allah, dan itu mustahil terjadi padaNya.

• alam ini qodim secara zaman, namun tidak secara zat.

• Pemikiran Ibnu Sina telah mencetuskan kontroversi dan telah

disifatkan sebagai satu percubaan untuk membahaskan zat Allah.

• Antara percanggahan yang diutarakan oleh al-Ghazali ialah

penyangkalan terhadap kepercayaan dalam keabadian planet bumi,

penyangkalan terhadap penafian Ibnu Sina dan al-Farabi mengenai

pembangkitan jasad manusia dengan perasaan kebahagiaan dan

kesengsaraan di syurga atau neraka.

Page 6: Tokoh islam

• Ibnu Sina percaya bahawa setiap tubuh manusia terdiri daripada

empat unsur iaitu tanah, air, api dan angin. Keempat-empat

unsur ini memberikan sifat lembap, sejuk, panas dan kering serta

sentiasa bergantung kepada unsur lain yang ada dalam alam ini.

• Ibnu Sina percaya bahawa wujud ketahanan semula jadi dalam

tubuh manusia untuk melawan penyakit.

• Manusia juga memerlukan ketahanan yang kuat dalam tubuh

bagi mengekalkan kesihatan dan proses penyembuhan.

• Menekankan eratnya hubungan antara jiwa dan raga.

Page 7: Tokoh islam

AL BIRUNI

• Nama sebenar beliau ialah Abu Al Raihan Muhammad ibn

Ahmad Al Biruni.

• Beliau dilahirkan di di Birun, ibu negeri Khawarizm

(Turkistan) pada tahun 973 masihi dan meninggal dunia pada

tahun 1048 Masihi.

• Ia kemudian lebih dikenali dengan nama Al-Biruni. "Al-

Biruni" yang bermaksud 'asing', adalah dinisbahkan kepada

wilayah tempat tanah kelahirannya, iaitu Turkistan.

• Al biruni dikenali sebagai seorang tokoh islam yang

berpengetahuan luas di dalam bidang fizik, metamatik,

astronomi dan sains semulajadi.

• Al Biruni adalah pengasas Indologi, antropologi dan geodesi.

• Beliau juga adalah seorang ahli sejarah dan pakar bahasa.

Beliau boleh bertutur dalam bahasa Parsi, Arab, Sanskrit dan

juga mempunyai pengetahuan dalam bahasa Yunani, Hebrew

dan Syiria.

Page 8: Tokoh islam

FALSAFAH & PEMIKIRAN AL-BIRUNI

• Al-Biruni memperlihatkan kecenderungan tidak menerima bulat-bulat falsafah

pemikiran Aristoteles dan berfikir secara kritikal terhadap beberapa hal dalam teori

fizik paripatetik, seperti berkaitan dengan masalah gerak dan tempat.

• Ini kerana semua yang dilakukannya itu selalunya berlandaskan pada prinsip-prinsip

Islam, serta meletakkan sains sebagai alat untuk menyingkap rahsia alam. Hasil kajian

dan penelitiannya akhirnya adalah untuk mengakui akan wujudnya Allah sebagai

maha pencipta.

• Menurut Al-Biruni jika seorang ilmuwan ingin membezakan kebenaran dan kepalsuan,

dia perlu menyelidiki dan mempelajari alam..

• Al-Biruni berjaya membuktikan bahawa gandingan falsafah dan ilmu pengetahuan

telah membolehkan agama terus hidup subur dan berkembang sertamem bantu

menyelesaikan permasalahan yang dihadapi oleh umat.

• Al-Biruni juga membuktikan bahawa golongan ahli falsafah bukan merupakan golongan

yang sesat dan hidup di awang-awangan. Sebaliknya mereka merupakan golongan

ilmuwan yang perlu diberi pengiktirafan. Peranan dan kedudukan mereka amat besar

dalam pembinaan tamadun Islam serta peradaban manusia.

Page 9: Tokoh islam

• Dalam bukunya Al-Jamahir, Al-Biruni juga menegaskan, "Penglihatan adalah

penghubung apa yang kita lihat dengan tanda-tanda kebijaksanaan Allah dalam

ciptaan-Nya. Daripada penciptaan alam tersebut kita akan menemukan kewujudan

Yang Maha Pencipta".

• Pandangan Al-Biruni ini tentu berbeza sekali dengan pandangan saintis Barat pada

zaman moden ini yang mengenepikan sains daripada agama. Pandangan mereka

tentang alam seolah-olah menafikan keberadaan Allah sebagai pencipta.

• Beliau menyatakan bahawa ajaran Hindu berasaskan konseppenjelmaan yang

mempunyai persamaan dengan syahadah Tauhid dalam Islam dantriniti dalam

agama Kristian.

Page 10: Tokoh islam

SUMBANGAN DALAM BIDANG SAINS DAN TEKNOLOGI

Geografi : Mineralogy

•Berjaya mencipta alat untuk menimbang dan menentukanGraviti Tentu beberapa jenis logam dan mineral denganketepatan yang agak jitu.

Fizik

•Beliau menyumbang di dalam sains mekanik, hidrostatic danhidrodinamik.

Sumbangan terbesar Al Biruni ialah dalam bidang astronomi, matematik dan geografi.

Page 11: Tokoh islam

ASTRONOMI

Pergerakan bumi.

• Beliau bersetuju bahawa bumi ini berputar.

• Di dalam bukunya Kitab ta'rikh al-Hind Al Biruni memberi ulasanterperinci tentang astronomi india di mana beliau telah berjayamenyelesaikan masalah tentang pemahaman putaran bumi.

Berjaya menentukan garis bujur dan lintang bumi.

• Beliau juga berjaya mencipta kaedah untuk memberi anggaranradius dan ukur lilit bumi.

• Di dalam bukunya the Mas’udi Canon, beliau menggunakan data pemerhatiannya untuk menyangkal teori Ptolemy berkaitandengan astronomi.

Page 12: Tokoh islam

IBNU HAITHAM

• Nama lengkapnya Abu Ali Muhammad al-

Hassan ibnu al-Haitham atau Ibnu Haitham.

• Lahir di Basra, 965 M dan meninggal di Kairo,

1039 M ketika usianya 74 tahun.

• Dikenali dalam kalangan cerdik pandai di Barat,

dengan nama Alhazen.

• Pendidikan awalnya di Basrah sebelum dilantik

menjadi pegawai pemerintah di bandar

kelahirannya.

Page 13: Tokoh islam

PEMIKIRAN DAN FALSAFAH

• Melakukan beberapa kerja penyelidikan mengenai aliran dan saliran

Sungai Nil serta menyalin buku-buku mengenai matematik dan falak.

• seorang yang amat mahir dalam bidang sains, astronomi, matematik,

geometri, kedoktoran, dan falsafah.

• Tulisannya mengenai mata, telah menjadi salah satu rujukan yang

penting dalam bidang pengajian sains di Barat. Malahan kajiannya

mengenai pengubatan mata telah menjadi dasar kepada pengkajian

kedoktoran moden mengenai mata.

Page 14: Tokoh islam

KARYA DAN PENYELIDIKAN

• Penyelidikannya mengenai cahaya telah memberikan ilham kepada

ahli sains barat seperti Boger, Bacon, dan Kepler mencipta mikroskop

serta teleskop.

• Beberapa buah buku mengenai cahaya yang ditulisnya telah

diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris, antara lain Light dan On

Twilight Phenomena.

• Kajiannya banyak membahas mengenai senja dan lingkaran cahaya

di sekitar bulan dan matahari serta bayang-bayang dan gerhana.

• Dalam kajiannya, beliau juga telah berhasil menghasilkan

kedudukan cahaya seperti bias cahaya dan pembalikan cahaya.

Page 15: Tokoh islam

• Ibnu Haitham juga turut melakukan percubaan terhadap kaca yang dibakar, dan

dari situ beliau menemui teori kanta pembesar.

• Ibnu Haitham telah menemui prinsip isi padu udara sebelum seorang ilmuwan

yang bernama Trricella yang mengetahui perkara itu 500 tahun kemudian.

• Ibnu Haitham juga telah menemukan kewujudan tarikan graviti sebelum Isaac

Newton mengetahuinya

• teori Ibnu Haitham mengenai jiwa manusia sebagai satu rentetan perasaan yang

bersambung-sambung secara teratur telah memberikan ilham kepada ilmuwan

barat untuk menghasilkan wayang gambar.

• Ibnu Haitham juga banyak menulis mengenai falsafah, logik, metafizik, dan

persoalan yang berkaitan dengan keagamaan.

• Ibnu Haitham, falsafah tidak boleh dipisahkan daripada matematik, sains, dan

ketuhanan.

Page 16: Tokoh islam

RINGKASAN SUMBANGAN

• Teori hukum pembiasan(fenomena atmosfera)

• Teori penglihatan optik

• Cermin kanta cembung dan kanta cengkung

• Teori biasan cahaya

• Ahli bidang falsafah

• Bidang astronomi

• Bidang fizik

Page 17: Tokoh islam

TEORI HOKUM PEMBIASAN

• Selama di Sepanyol, Ibnu Haitham melakukan beberapa penyelidikan dan

percubaan ilmiah berhubungan dengan bidang optik.

• Penemuannya yang terkenal ialah “hukum pembiasan”, iaitu hukum fizik yang

menyatakan bahwa sudut pembiasan dalam pancaran cahaya sama dengan sudut

masuk.

• Menurut pendangan Ibnu Haitham, beliau berpendapat bahwa cahaya merah di

kaki langit di waktu pagi (fajar) bermula ketika matahari berada di 19 darjah di

bawah kaki langit.Sementara cahaya warna merah di kaki langit di waktu senja

(syuruk) akan hilang apabila matahari berada 19 darjah di bawah kaki langit

selepas jatuhnya matahari.

• Dalam fizik moden, hukum ini dikenali dengan nama “hukum pembiasan Snell”

sempena nama ahli fizik Belanda, Willebrord van Roijen Snell.

Page 18: Tokoh islam

TEORI PENGLIHATAN (OPTIC)

• Dengan menggunakan kaedah matematik dan moden fizik yang baik

beliau dapat membuat eksperimen yang teliti.

• beliau telah mengkaji gerakan cahaya, ciri-ciri bayang dan imej dan

banyak lagi fenomena optik yang penting.

• Beliau telah menolak teori Ptolemy dan Euclid yang mengatakan bahwa

manusia melihat benda melalui pancaran cahaya yang keluar dari

matanya.

• Tetapi menurut Ibnu Haitham, bukan mata yang memberikan cahaya

tetapi benda yang dilihat itulah yang memantulkan cahaya ke mata

manusia

Page 19: Tokoh islam

CERMIN KANTA CENGKUNG DAN CEMBUNG

• Ibnu Haitham telah menggunakan mesin lathe (larik) untuk

membuat cermin kanta cekung dan kanta cembung untuk

penyelidikannya.

• Beliau telah mengkaji tentang cermin sfera dan cermin

parabolik.

• Beliau mengkaji Aberasi Sfera dan memahami bahwa dalam

cermin parabola kesemua cahaya dapat tertumpu pada satu titik.

Page 20: Tokoh islam

TEORI BIASAN CAHAYA

• Teori ini agak mengagumkan, beliau telah menggunakan

segi empat halatuju pada permukaan biasan beberapa abad

sebelum Isaac Newton memperkenalkannya di dunia Barat.

• Beliau juga percaya kepada prinsip masa tersingkat bagi

rentasan cahaya (Prinsip Fermat)

Page 21: Tokoh islam

AHLI BIDANG FALSAFAH

• Ibnu Haitham telah disenaraikan diantara salah seorang ahli falsafah

Aristo.

• Dikalangannya adalah sahabat beliau iaitu Ibnu Sina dan al-Biruni.

Ibnu Haitham telah mendahului Kant lebih tujuh abad lamanya.

• Teori yang diperkenalkan oleh Kant sebenarnya datang dari beliau

iaitu: “bahwa untuk mencapai kebenaran hendaklah dengan

mengetahui pendapat-pendapat yang berunsur kepada kenyataan

yang dapat digambarkan dengan akal rasional”

Page 22: Tokoh islam

BIDANG ASTRONOMI

• Beliau melanjutkan pendapat ilmuwan Yunani tentang proses

pengubahan langit abstrak menjadi benda-benda padat.

• Dalam karya astronominya, beliau melukis gerakan planet-plenet,

tidak hanya dalam terma eksentrik dan episiklus, tetapi juga dalam

satu model fizik.

• Pendapatnya banyak mempengaruhi Dunia Pemikiran Barat pada

zaman Johannes Kepler. Tiga abad kemudian karya ini ditukar dalam

bentuk ringkasan oleh astronomi muslim iaitu Nasiruddin

Page 23: Tokoh islam

BIDANG FIZIK

• Dalam bidang fizik Ibnu Haitham telah mengkaji tentang

gerakan yang membawa beliau menemui prinsip intersia

dan statik.

• Beliau telah mengasaskan dan menjadikan optik menjadi

satu sains baru. Banyak kajian beliau telah mendahului

dan diikuti oleh Francis Bacon,Leonardo da Vinci,

dan Johannes Kepler.

Page 24: Tokoh islam

RUJUKAN

• http://global.britannica.com/EBchecked/topic/66790/al-Biruni

• http://en.wikipedia.org/wiki/Abu_Rayhan_al-biruni

• http://bsi.unissula.ac.id/2013/01/ibnu-al-haitham-ilmuwan-islam-di-masa-lampau/

• http://tokohislam2u.tripod.com/id7.html

• http://www.islamgrid.gov.my/articles/tokohislam/Ibn_Haitham.php

• http://ms.wikipedia.org/wiki/Abu_Raihan_Al-Biruni

• http://tokoh1038.blogspot.com/2009/03/abu-raihan-al-biruni-pakar-ilmu-fizik.html

• http://www.slideshare.net/ErwinKurniawan1/al-biruni