disiplin mengikut tokoh islam (pentadbiran)

30
ECS3243 PENTADBIRAN PENDIDIKAN TAJUK: Bincangkan Pendekatan Yang Dikemukakan Oleh Dua Tokoh Islam Bagi Menangani Masalah Disiplin Di Kalangan Pelajar-pelajar. NAMA PENSYARAH: Haji Mohd Ismail Bin Othman NAMA AHLI KUMPULAN: Nor Suzie Aida Binti Baharim (4141004171) Nor Suzie Amira Binti Baharim (4141004181)

Upload: erwina-masir

Post on 13-Apr-2017

369 views

Category:

Education


1 download

TRANSCRIPT

ECS3243 PENTADBIRAN PENDIDIKAN

ECS3243 PENTADBIRAN PENDIDIKAN

TAJUK: Bincangkan Pendekatan Yang Dikemukakan Oleh Dua Tokoh Islam Bagi Menangani Masalah Disiplin Di Kalangan Pelajar-pelajar.NAMA PENSYARAH: Haji Mohd Ismail Bin OthmanNAMA AHLI KUMPULAN:Nor Suzie Aida Binti Baharim (4141004171)Nor Suzie Amira Binti Baharim (4141004181)Erwina Masir (4141000321)

AIDA,WEENA&EIRA

PENGENALANMasalah displin pelajar adalah lumrah dalam dunia pendidikan.Terdapat pelajar yang melakukan kesalahan yang berulang kali dan tidak takut kepada hukuman yang bakal diterima.Terdapat beberapa pendekatan yang perlu di lakukan bagi memulihkan tingkah laku pelajar.Ingin memperoleh kebahagiaan sejati hendaklah menjadikan akhlak sebagai landasannya dalam bertindak dan berprilaku.

DEFINISI DISIPLINDisiplin merupakan peraturan atau undang-undang yang bertujuan untuk membentuk para pelajar selari dengan kehendak agama,norma-norma masyarakat dan undang-undang sesebuah negara.

PUNCA-PUNCA MASALAH DISIPLIN PELAJARKegagalan Pihak Sekolah

Pengaruh Rakan Sebaya

Kurangnya Kasih Sayang Dan Perhatian Ibubapa

Pengaruh Media Massa

KESAN-KESAN MASALAH DISIPLINMenjejaskan imej dan kredibiliti sekolah sebagai pusat kecemerlangan pendidikan.

Risiko yang tinggi kepada pelajar-pelajar lain untuk menjadi mangsa mereka.

Persekitaran yang tegang di kalangan pelajar-pelajar kerana merasa terancam.

Menjejaskan kelancaran proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah terbabit.

TOKOH ISLAM YANG MEMBINCANGKAN BERKENAAN DISIPLIN PELAJAR.

IBNU KHALDUN

Nama sebenarnya Abu Zaid Abdul Rahman Bin Khaldun Dilahirkan di Tunis pada 27 Mei tahun 1332. Beliau terkenal sebagai seorang cendiakawan dan tokoh ilmuwan melalui karyanya yang masyhur iaitu Muqaddimah.Pakar Sejarah, Pakar dalam iImu Siosologi (Kemasyarakatan) dan Ahli Falsafah.Beliau belajar Lingustik Bahasa Arab (spt Nahu dan Saraf), Usuluddin dan Kesusasteraan.

PERKARA PENTING YANG PERLU DIKETENGAHKAN

Hindari pelajar dari sikap meniru semata-mata. Pelajar perlu dilayan dengan penuh hikmah.tindakan secara tegas perlu dielakkan.Tugas guru harus mempamirkan akhlak yang terpuji.

KUPASAN IBNU KHALDUN TERHADAP PENDIDIKAN

Lima perkara penting yang diketengahkan oleh beliau:Pengajaran Al-QuranPenyediaan teknik pengajaran yang berkesan,Penyediaan pendidikan akhlak, Penyediaan pendidikan psikologi Penyediaan pendidikan sosial

PENYEDIAAN PENDIDIKAN AKHLAK

GURU

Tegahan mengajar dua disiplin ilmu secara sekaligus dalam satu waktu.Tidak melakukan hukuman keras ke atas pelajar.tidak boleh melakukan paksaanMenegur kesalahan pelajar dengan kasih sayang Tidak boleh dipukul lebih dari tiga kali dalam satu-satu masa.

Guru-guru dalam sentiasa mencari formula yang berkesan dalam penyampaian pengajaran.Tidak seharusnya didedahkan dengan perlakuan seperti menyanyi dan menari di khalayak ramai, berpakaian mendedahkan.Pelajar tidak wajar dihalang untuk diberi pendidikan sosial Hukuman perlu menjadi pilihan yang terakhir

IBU BAPA

Ibu bapa dilarang untuk terlalu berlemah-lembut kerana ini boleh melalaikan anak-anak.Disarankan untuk membiasakan anak-anak untuk menghormati tetamu.Mengutamakan kehidupan yang sederhana berasaskan ajaran agamaMengukuhkan semangat kekeluargaan.Menekankan aspek keagamaan dan menjadi role model.Mengambil berat mengenai kegiatan dan tingkah laku anak-anak.

BIOGRAFI IMAM AL-GHAZALINama Beliau: Abu Hamid Muhammad bin Muhammad al-Ghazali.Lahir pada 1058M / 450H di Tusi, Khurasan.Beliau dilahirkan dalam keluarga yang kuat berpegang kepada ajaran Islam. Bapanya berketurunan Parsi.Sejak kecil, al-Ghazali suka mendalami ilmu pengetahuan dan belajar dengan ulama-ulama terkemuka. Pada zaman Nizam al-Muluk, beliau menjadi pensyarah di Universiti Baghdad selama empat tahun. Kemudian beliau menetap di Syam dan menghabiskan masanya dengan menulis kitab-kitab agung yang masih wujud hingga kini.

KARYA AGUNG IMAM AL-GHAZALIIhya' UlumuddinMizan al-AmalTahafut al-FalasifahMishkat al-AnwarRisalah al-Laduniyyah Munqidh min al-Dalal

Pendekatan Mendidik Akhlak oleh al-Ghazali5 pendekatan yang digunakan oleh beliau iaitu:Mendidik (tadib) Disiplin kendiri (riadah)Mengajar (talim)Pemeliharaan atau asuhan yang baik (tarbiyyah) Penyucian (tahzib)

Mendidik (tadib) Setiap anak dilahirkan dalam keadaan fitrah dan kedua-dua ibubapanya bertanggungjawab bagi mencorakkannya sama ada menjadi Yahudi, Kristian atau Majusi. Konsep tadib pada kaca mata al-Ghazali adalah proses bagi mendisiplinkan aspek fizikal dan spiritual anak supaya transformasi dapat dilakukan sekiranya kualiti roh lebih cenderung kepada domain negatif.

Riadah (Disiplin kendiri)Menurut al-ghazali riadah sebagai latihan kepada roh.Riadah adalah salah satu cara bagi membentuk akhlak yang baik selain daripada cara-cara lain seperti mujahadah.Disiplin kendiri merangkumi kedua-dua aspek yang memerlukan penumpuan fizikal dan keinginan spiritual.

Talim (Mengajar)Cara manusia mendapatkan ilmu yang menaikkan martabat manusia daripada tahap kehaiwanan kepada tahap kemanusiaan yang sempurna. Terdapat dua cara bagi mendapatkan ilmu, iaitu melalui proses pengajaran-pembelajaran dan ajaran terus daripada Allah.

Tarbiyyyah (Pengasuhan)Asal perkataan tarbiyyah adalah daripada perkataan rabba.Rabba pula bermaksud memelihara, membela, menjadi besar, dan mengasuh walaupun tanpa ilmu pengetahuan. Al-Ghazali mengandaikan proses tarbiyyah seperti benih kurma yang disemai, kemudiannya membesar menjadi pokok kurma, bukannya pokok epal walaupun pertumbuhan pokok kurma itu tidak diberi perhatian khusus.

Tahzib (Penyucian)Apabila dikaitkan dengan jiwa manusia, tahzib merujuk kepada penyucian akhlak. Manakala, mengikut al-Ghazali ialah penilaian kendiri dalam usaha meningkatkan diri ke tahap yang lebih sempurna.Melibatkan keupayaan roh mengawal marah dan kehendak dengan baik melalui pelbagai usaha seperti bersungguh-sungguh dan disiplin kendiri yang tinggi.

KESIMPULANKesimpulannya, pelajar seharusnya dipupuk sejak dari kecil lagi. Ibu bapa, guru, masyarakat serta pihak berkuasa bertanggungjawab dalam membentuk disiplin pelajar yang baik.Media massa juga perlu ditapis bagi mengelakkan sebarang penyalahgunaan. Maka dengan itu, kembalilah pada tiang agama masing-masing. Bersamalah kita kembali ke pangkal jalan

MASALAH DISIPLIN

DIMANAKAH IBU BAPA DALAM BERSAMA-SAMA GURU UNTUK MENANGANI MASALAH DISIPLIN PELAJAR ??

MENANGANI DISIPLIN ADALAH SUKAR. BERIKAH LANGKAH YANG WAJAR DALAM MENANGANI MASALAH DISIPLIN PELAJAR ??

ADAKAH DISIPLIN INI MERUPAKAN SATU TREND. BERIKAN PANDANGAN ANDA ??