tokoh islam nusantara : tok kenali

17
4 OH ISLAM, TOK KENALI OLEH : MUHAMMAD ZUL HAQIF MOHD AZMI MUHAMMAD AIZZAT AZIB MUHAMMAD SHAHIZZAT A P119 USTAZ NAIM

Upload: pakjhu

Post on 29-Jun-2015

1.782 views

Category:

Education


11 download

DESCRIPTION

Serba ringkas riwayat hidup ulama' tersohor, Tok Kenali.

TRANSCRIPT

Page 1: Tokoh Islam Nusantara : Tok Kenali

KUMPULAN : 4

TAJUK : TOKOH ISLAM, TOK KENALI

DISEDIAKAN OLEH : MUHAMMAD ZUL HAQIF MOHD AZMI MUHAMMAD AIZZAT AZIB MUHAMMAD SHAHIZZAT ASHRAF ROSLEY

PROGRAM : AP119

PENSYARAH : USTAZ NAIM

Page 2: Tokoh Islam Nusantara : Tok Kenali

TOKOH ISLAM NUSANTARA

TOK KENALI (1866-1933)

Page 3: Tokoh Islam Nusantara : Tok Kenali

TOK KENALINAMA SEBENAR : MUHAMAD YUSUF BIN AHMAD

TAHUN LAHIR : 1866

TEMPAT LAHIR : KAMPUNG KENALI, KUBANG KERIAN, KOTA BHARU

ISTERI PERTAMA : MEK NIK HAJI SALLEHISTERI KEDUA : HAJAH ROKIAH MAHMUD

ANAK : HJ AHMAD HJ MOHD SALLEH HJ MAHMUD HJ ABDULLAH ZAWAWI

JAWATAN : AHLI MAJLIS ULAMA KELANTAN, AHLI MAJLIS AGAMA ISLAM AHLI ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN KETUA PENGAJIAN ISLAM DI KELANTAN KETUA PENGARANG MAJALAH PENGASUH

MENINGGAL DUNIA : 19 NOVEMBER 1933

Page 4: Tokoh Islam Nusantara : Tok Kenali

RIWAYAT HIDUP

Bapa beliau seorang petani bernama Ahmad, manakala ibunya seorang wanita yg bersopan santun bernama Fatimah.bapanya meninggal dunia ketika beliau berumur 5 tahun.Beliau telah di besarkan dan didik dengan ilmu alquran oleh datuk nya iaitu Encik Salleh ( tok leh ) ,

Tok Kenali mengahwini Mek Nik Haji Salleh Janggut ketika berumur 16 tahun tetapi perkahwinan tersebut hanya bertahan selama setahun. Beliau kemudian mengahwini Hajah Rokiah Haji Mahmud dan telah dikurniakan 4 orang anak, iaitu Hj. Ahmad, Hj. Mohd. Salleh, Haji Mahmud dan Haji Abdullah Zawawi

Page 5: Tokoh Islam Nusantara : Tok Kenali

Tok Kenali telah menyambung pelajaraannya ke masjid besar Al Muhammadi di Kota Bharu Kelantan dan juga di tempat-tempat pengajian lain di sekitar Kelantan dalam pelajaran bahasa arab, nahu,saraf dan juga pengetahuan agama.Kebolehan beliau dalam menuntut ilmu amat luar biasa beliau telah khatam Al Quran di usia muda dan boleh menulis dan membaca..sehingga kan di usia 7 -8 tahun beliau telah dipilih bekerja di pejabat penggawa daerahnya sebagai kerani.

Masjid Besar Al Muhammadi di Kota Bharu

Page 6: Tokoh Islam Nusantara : Tok Kenali

Gambar Tok Kenali bersama pendita Za’ ba

Page 7: Tokoh Islam Nusantara : Tok Kenali

Menjelang umur 18 tahun beliau telah melanjutkan pelajarannya ke tanah suci. Pemergiannya ke tanah suci telah di sumbangkan sbyk RM50 oleh kawan-kawannya dan RM22 oleh ibunya.Kesukaran tok kenali di rantau org tidak dapat digambarkan selama 7 bulan beliau hanya menginap di serambi Masjidil al Haram, hanya dapat berehat dan tidur sesuku malam.Tok kenali terpaksa belajar mendengar sahaja tanpa kitab.disamping itu juga terpaksa membaca di kedai2 kitab dengan meminta izin tuan kedai terlebih dahulu untk membaca dan menatap kitab-kitab dengan cermat sekali.Kitab-kitab wakaf di dalam masjid juga di gunakan untuk memahami kuliah-kuliah gurunya.

Tok Kenali telah pulang ke tanah air setelah 22 tahun menimba ilmu di tanah suci.Beliau kembali pada tahun 1909, beliau telah berbakti mengajar ilmu di masjid besar kelantan,murid-murid dari seluruh kelantan bahkan dari luar negara juga berderet-deret datang untuk menimba ilmu bersama Tok Kenali.

Kemasyuran tok kenali telah menarik segenap pelajar dari seluruh negara.ada yg telah bergelar ustaz,khadi datang menimba ilmu dgn tok beliau. Tok Kenali sungguh banyak jasanya dalam penyebaran Agama Islam di kelantan bahkan di rantau asia tenggara.

Page 8: Tokoh Islam Nusantara : Tok Kenali

setelah 65 tahun menyedut udara di dunia ini, Tok Kenali telah kembali kerahmatullah pada 19 november 1933,keringat tok kenali di dalam penyebaran dan cinta beliau di dalam ilmu telah melahirkan ramai pengarang2 buku ugama yg termasyur kesemuanya adalah anak murid tok kenali.Anak-anaknda beliau juga telah terus mengembangkan usaha tok kenali

Makam Tok Kenali

Cucu-cucu Tok Kenali

Page 9: Tokoh Islam Nusantara : Tok Kenali

Cerpen

Karya didalam bentuk cerpen Menghasilkan lebih kurang 20 cerpen yang dimuatkan dalam majalah PENGASUH

Antaranya berjudul Awang Hidung, Melintang, Kemuliaan Merendah Diri, Semangat Pengorbanan Ulung dan lain lain.

Sumbangan Tok Kenali

Page 10: Tokoh Islam Nusantara : Tok Kenali

Karya-karya Tok Kenali yang ditulis dalam bentuk risalah atau kitab pula antaranya ialah Risalatud Durril Mantsur, yang selesai ditulis pada bulan Jumadil Akhir 1310 H/Disember 1892 M. Kandungannya merupakan terjemahan dan penjelasan fadhilat Burdah Bushiri. Dicetak dalam bentuk huruf batu/litografi oleh Syeikh Abdullah Mujallid, Mekah pada Jumadilakhir 1310 H.

Risalah & Kitab

Page 11: Tokoh Islam Nusantara : Tok Kenali

Karya Tok Kenali dalam bidang ilmu sharaf pula ialah Madkhal Kamil fi 'Ilmis Sharfi, selesai penulisan pada 15 Rabiulawal 1351 H. Kandungan merupakan karya tashhih tentang ilmu sharaf. Kemungkinan maksud daripada gurunya Syeikh Ahmad al-Fathani, iaitu karya berjudul Abniyatul Asma' wal Af'al. Dicetak oleh Mathba'ah al-Asasiyah al-Kalantaniyah atas perbelanjaan Haji Wan Daud bin Haji Wan Sufyan.

Ilmu Sharaf

Page 12: Tokoh Islam Nusantara : Tok Kenali

Karya Tok Kenali dalam bidang ilmu nahu pula ialah Mulhiq li Miftahit Ta'allum fi I'rabi Matnil Ajrumiyah wal Amtsilah 'ala Ratbih, selesai penulisan pada 29 Sya’ban 1354

H. Membicarakan ilmu nahu merupakan huraian kitab Matn al-Ajrumiyah.

Kitab ini dikumpulkan atau ditulis kembali oleh salah seorang muridnya iaitu Tuan Guru Haji Abdullah Thahir bin Ahmad, Bunut Payung. Dicetak oleh Persama Press, Pulau Pinang atas kehendak Tuan Guru Abdullah Thahir bin Ahmad bin Muhammad Zain pada 9 Safar 1356 H.

Ilmu Nahu

Page 13: Tokoh Islam Nusantara : Tok Kenali

"Cuba anakku tilik cerah matahari kelebihan orang yang telah dapat kemenangan kerana amalan kebajikan dan pandangan kelam orang yang telah jatuh kerana amalan yang kejahatan, maka di situlah "Pengasuh" bertimpuh (duduk) membedakkan sekalian yang hadhir dengan bedak pengharapan, mudah-mudahan subur sekalian dengan darah dan daging yang boleh mengkhidmatkan tanahair dan menunjukkan kepada Raja."

Antara kata2 yang terkandung dalam buku “Pengasuh” beliau..

Page 14: Tokoh Islam Nusantara : Tok Kenali

Mencetak buku ilmiah yang ditulis oleh Tok Kenali dengan lebih banyak .

Membuat tugu peringatan untuk di pamerkan kepada masyarakat agar masayarakat kenal akan ulamak yang terkenal pada masa dahulu di rantau ini.

Membuat dokumentari khas tentang sejarah beliau sepanjang kehidupanya dalam memperjuangkan ilmu islam.

Cadangan

Page 15: Tokoh Islam Nusantara : Tok Kenali

Renungkanlah……………..

Penutup

Page 16: Tokoh Islam Nusantara : Tok Kenali

RUJUKANhttp://ulama.blogspot.com/2006/10/tok-kenali.html

http://www.ehoza.com/v4/forum/info-sejarah/68810-mari-mengenali-ulama-biodata-tok-kenali-1868-1933-a.htmlhttp://www.jomlayan.com/mybb/tok-kenali-t-1828.html

http://sejarahmalaysia.pnm.my/portalBM/detail.php?section=sm02&spesifik_id=16&ttl_id=4

Page 17: Tokoh Islam Nusantara : Tok Kenali